SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, March 19, 2018

[E-NOVEL ] : KASIH YANG TERTANGGUH BAB 1 & 2

Assalamualaikum u ollsss.

Petang ni kak ayra nak kongsikan mss yg dah lama terperam since 2013. Lama kan? Biasalah rombak sana rombak sini. Hihihi. Tukar tajuk dah berapa kali ntah. Haisshhhh... Jemput baca ya. :D











BAB SATU
            “ASTAGFIRULLAHALAZIM. Apa pasal aku mimpi lelaki tu lagi? Kenapa dia? Dah lama aku cuba lenyapkan dia dalam kotak fikiran aku? Mimpi tapi tak nampak jelas wajah lelaki kurang ajar tu. Ya Allah apa makna mimpi ini pada aku. Aku tidak betah mahu pun bersedia untuk bersemuka dengan lelaki itu.  Cukuplah apa yang dia telah lakukan pada aku dan keluarga.” Rintih Amani sebaik saja tersedar dari lena. Berpeluh wajahnya ketika ini. Sejurus selepas itu mata Amani beralih pada jam. Terbeliak matanya.
            “Ya Allah aku dah lambat pergi kelas. Jam tiga empat biji ada tapi satu pun tak boleh nak kejutkan aku. Masak aku. Pagi ni kelas dengan Encik Kamarul.  Ya Allah macam mana boleh tak sedarkan diri ni.” Amani melompat dari katilnya lalu bergegas keluar mencari bilik air.  Rambut yang panjang kusut masai di biarkan. Yang dia tahu sekarang ni dia sudah terlambat untuk ke kelas.
            Amani mandi ala-ala P Ramle. Sekembalinya ke bilik terus dia mencapai baju kurung yang tergantung di dalam almari. Dia menyarungkan baju kurung bewarna unggu muda dengan pantas. Sesekali matanya melirik pada jam di telefonnya yang sudah pun menunjukkan pukul lapan empat puluh minit.
         “Apasal aku selalu lambat masuk kelas Encik Kamarul tu? Asal kelas dia je mesti aku lambat. Encik ulat bulu tu pun satu hal suka sangat bagi assignment yang banyak. Aku bersengkang mata nak siapkan  kerja yang dia bagilah ni jadi macam ni.” Bebel Amani seorang diri di hadapan cermin. Dia menempek sedikit bedak ke wajahnya sebelum dia mencapai shawl lalu di pakainya. Sempat dia mencucuk pin di shawl agar kemas.
           Siap je terus Amani mengambil beg sandang serta fail bewarna merah jambu  dan tidak ketinggalan juga telefon pintarnya. Amani mencapai sandle miliknya lalu di sarungkan ke kaki. Dengan laju Amani berlari menuju ke kelas.  Termegah-megah dia sebaik saja tiba di hadapan pintu kelas. Badannya di bongkokkan sedikit akibat kepenatan. Penat dia berlari mendaki bukit untuk ke kelas.  Pagi ni kelasnya di bangunan yang berada di atas bukit.
          “Ya ampun penat gila aku lari. Macam mana aku nak masuk ni? Kalau masuk sah-sah aku kena marah dengan Encik Kamarul tu. Kalau aku tak masuk rugi pula kehadiran aku hari ni. Ish tak boleh jadi ni. Nak masuk ke tak?” Amani membetulkan shawl nya. Fail bewarna merah jambu di peluk erat.
          “Amani tarik nafas dulu. Relax jangan risau Encik Kamarul tak makan kau punya. Dia tu hanya sepsis ulat bulu je.” Amani bermain dengan lekuk bibirnya agar tersenyum .
          “Go Amani. Bismillah…” Dengan perlahan-lahan Amani menolak pintu dewan kuliah. Dengan sengihan Amani masuk ke kelas.
          “Assalamualaikum dan selamat pagi. Encik Kamarul maafkan saya sebab terlambat masuk kelas hari ni.” Amani tersengih pada pensyarahnya. Lelaki yang bernama Encik Kamarul menoleh dan memandang pelajar kesayangannya.
           “Haaa waalaikumussalam. Good morning. Saya ingatkan awak dah lupa kelas saya hari ni. Asal kelas saya je awak yang lewat. Kenapa ya Amani? Ada masalah yang saya tak tahu ke?” Jawab Encik Kamarul dengan senyuman manis. Keningnya di naikkan. Amani mengerdipkan matanya berkali-kali.
       “Sorry Encik Kamarul. Saya janji yang saya cuba untuk tidak datang lewat ke kelas Encik Kamarul ya. Saya tahu saya yang salah tapi nak buat macam mana memang saya terlewat bangun pagi ni sebab siapkan kerja yang Encik Kamarul bagilah.” Amani menjawab dengan tenang sambil menunjukkan fail bewarna merah jambu pada pensyarahnya.
           “Awak ni Amani kalau menjawab memang pandai. Apa jam yang saya bagi awak tempoh hari tu tak boleh nak kejutkan awak juga ke?” Soal Encik Kamarul lagi. Amani menggelengkan kepalanya dengan selamba.
           “Encik Kamarul, Amani ni kalau bom meletup pun belum tentu lagi dia sedar.” Ada kalangan pelajar lelaki yang mengusik Amani. Mencerlung mata Amani memandang lelaki itu siap tunjuk penumbuk lagi pada budak tu. Uishh ganas juga Amani ni ya.
           “Jam tu dah rosak dah hari tu.” Jawab Amani selamba.
          “Apa rosak? Macam mana boleh rosak Amani? Apa awak dah buat dengan jam tu? Jangan-jangan awak baling dekat dinding tak?” Encik Kamarul menggelengkan kepalanya.
           “Mana ada. Dia rosak sendirilah.” Ringan saja mulut Amani menjawab. Padahal jam tu terjatuh sebab itulah rosak.
           “Nampak gayanya lepas ni saya kenalah call awak pagi-pagi sebelum kelas saya bermula ya tak? Saya bagi jam pun tak menjadi. Kita cuba cara yang ni pula la.” Encik Kamarul memberikan cadangan baru. Amani tersentak.
            Eleh macamlah aku tak tahu niat sebenar Encik Kamarul tu. Omel Amani di dalam hatinya. Dia sudah masak dengan karenah pensyarahnya yang ni. Bukan dia tidak tahu yang Encik Kamarul ni spesis ulat bulu juga dengan pelajar perempuan. Tahulah muka Encik Kamarul tu handsome tapi kalau spesis ulat bulu buat apa.
          “Tak yah call saya. Kalau telefon bunyi lagilah saya tak dengar.” Dalih Amani .
          “Encik Kamarul senang-senangkan Encik kahwin je dengan Amani ni habis cerita. Hari-hari Encik boleh kejutkan dia yang liat nak bangun tu.” Ada suara lain menyampuk. Amani memandang dengan geram. Ada juga yang nak makan cili hari ni.  Gumam hati Amani lagi.
          “Encik Kamarul tak nak bagi saya duduk ke? Kaki dah lenguh ni berdiri tau. Dahlah nak datang kelas ni saya berlari . Penat tau. Boleh tak kita sambung lain kali je pasal ni.” Amani sudah menunjukkan jarinya ke kaki.
           “Hmmm. Pergilah duduk Amani. Okey class kita sambung semula topik yang kita pelajari hari ni. Oh ya Amani. Awak dah tertinggal beberapa slide. Kalau tak faham awak boleh tanya pada saya lepas kelas nanti.” Encik Kamarul bersuara. Dia menekan tetikus untuk menukar slide yang seterusnya.
          “Terima kasih Encik Kamarul.” Amani terus bergegas menuju ke tempatnya. Fuh nasib baik aku berjaya alihkan topik. Tak kuasa telinga aku nak dengar pasal isu kahwin ni tambah-tambah dengan Encik Kamarul. Minta jauhlah Ya Allah. Kalau aku nak berlaki pun biarlah dapat yang baik hati yang boleh bimbing aku yang paling penting tak berperangai macam Encik ulat bulu tu. Gerutu Amani sendirian. Sempat lagi dia mengutuk pensyarahnya.
          “Aku call kau langsung tak berangkat Amani. Kau telan ubat tidur ke apa semalam?” Bisik Alia di telinga Amani.
           “Aku langsung tak sedar beb. Serius aku tak dengar langsung telefon aku berdering. Aku tidur lambat sebab siapkan assignment Encik ulat bulu tu la” Jawab Amani dengan perlahan. Alia ingin ketawa setiap kali mendengar nama manja yang di berikan oleh Amani pada Encik Kamarul.
            “Kau ni kesian tau dekat Encik Kamarul tu. Dia tu memang syok gila dekat kau. Tengok sajalah dia selalu ambil berat pasal kau. Siap bagi kau jam lagi tau .” Perli Alia sambil menutup mulutnya menahan dari ketawa.
             “Cik Alia sayang mohon jangan bagi cik Amani berangin pagi-pagi ni ya.  Dahlah fokuskan mata dekat skrin depan tu . Di buatnya Encik ulat bulu tu perasan kita dok berbisik macam ni tak ke naya nanti.”  Alia menganggukkan kepalanya.
              “Amani.. Alia apa yang korang berdua buat tu siap angguk kepala lagi.  Awak berdua faham tak apa yang saya cakap tadi?” Sapa Encik Kamarul membuatkan Amani dan Alia saling berpandangan.
              “Faham Encik Kamarul.” Jawab mereka serentak. Entah apa yang Encik Kamarul terangkan tadi pun mereka langsung tak berikan perhatian. Mengiakan saja.
              “Good.” Encik Kamarul menyambung kembali kuliahnya .
               Dasar Encik ulat bulu nampak je apa aku dengan Alia buat. Agaknya mata dia ada banyak kot. Jangan-jangan dia bela saka tak? Amani berteka-teki sendirian .
              “Weh fokus dekat depanlah. Karang Encik ulat bulu kau tu tegur lagi.” Bisik Alia.
               “Ya aku tahulah.” Amani mengeluarkan buku notanya lalu mencatat sedikit info yang tertera di slide.
               TENGAHARI itu Amani dan Alia ke kafetaria untuk makan tengahari. Amani dan Alia sememangnya rapat sejak hari pertama mereka berkenalan di university ini. Bermula detik itu hubungan Amani dan Alia semakin akrab.
             “Perut aku ni dah bergendang pelbagai jenis lagu Alia. Dah bercampur aduk semua genre tau. Serius lapar sangat. Kita nak duduk mana ni? Macam penuh je .” Amani bersuara sambil mengusap perutnya yang berbunyi. Matanya pula mencari tempat duduk yang kosong.
           “Aku pun. Eh kita duduk sanalah. Tu diorang dah bangun tu. Jomlah.” Alia terus menarik lengan Amani. Hampir-hampir tersungkur Amani di tarik oleh Alia.
            “Kau ni Alia nasib baik aku tak jatuh tau. Kalau tak buat malu je la.” Marah Amani sambil gelengkan kepala.
           “Sorry la beb.” Sengih Alia. Mereka terus menuju ke tempat duduk yang berdekatan dengan makanan.
          “Kau tak rasa stress ke kebelakangan ni. Assignment projek banyak betul yang nak kena siapkan. Itu belum lagi masuk dengan nak test la kuiz la. Pening kepala fikir.” Alia membebel sewaktu makan tengahari . Amani menarik gelasnya lalu di sedut air sirap limau.
           “Tau tak apa. Aku ni double stress tau. Di tambah pula dengan karenah Encik ulat bulu tu. Bilalah sem ni nak habis weh. Jemu dah aku nak tengok muka Encik ulat bulu tu tau.” Marah Amani. Alia tergelak kecil.
           “Dah Encik Kamarul tu sukakan dekat kau nak buat macam mana. Apasal kau tak terima je cinta dia tu. Encik Kamarul handsome apa?” Soal Alia membuatkan bibir Amani terus mencebik.
          “Memanglah dia handsome tapi dia tu spesis ulat bulu. Aku tak sukalah. Lagi pun macam tak kena je la. Dia tu pensyarah kita ni pelajar dia. Tak nak aku.” Amani menggelengkan kepalanya berkali-kali.
          “Kasihan kau kan Amani. Nak kena berdepan dengan Encik Kamarul tu. Eh aku sebenarnya kan musykil tau apasal kelas dia je yang kau lambat eh?” Soal Alia . Sudah lama dia ingin tanyakan perihal itu. Amani memandang temannya dengan senyuman penuh makna.
          “Aku pun tak pasti. Agaknya niat aku sebelum tidur kot nak masuk lambat kelas dia. Aku sebenarnya malas nak melayan karenah dia. Kalau dia ternampak aku jalan kaki nak pergi kelas confirm dia akan panggil aku. Itu yang aku tak suka. Ini kampuslah . Banyak mata-mata yang memandang.  Aku tak selesa dengan dia la. Rimas tau. Semuanya dia nak tahu. Sejak-sejak dia tahu aku punya phone number lagilah makin rimas.  Siang malam nak hantar mesej dekat aku tanya aku buat apa? Apa kejadahnya nak tahu semua. Abang aku pun tak ada macam dia tau.” Bebel Amani lalu menyambung kembali menyuapkan nasi ke dalam mulut.
         “Baru aku teringat kau dah jumpa ke cerita yang aku nak tu?” Soal Amani dengan tiba-tiba. Tersedak Alia waktu yang sedang menyedut air minumannya.
         “Kau ni Amani buat aku terkejut je la. Cerita apa pula ni?” Soal Alia . Bibirnya di lap dengan tisu.
         “Sorry Sorry. Cerita korea la. Cerita baru pelakon pujaan hati aku tu la.” Jawab Amani. Dahi Alia berkerut.
          “Siapa pula pelakon pujaan kau ni?” Alia menyambung menyuapkan nasi ke dalam mulut.
           “Siapa lagi kalau bukan Lee Dong Wook Oppa.” Sengih Amani. Alia geleng kepala berkali-kali.
            “Kau ni memang peminat tegar Lee Dong Wook gamaknya. Aku dah tanyakan dekat budak bilik aku. Dia ada cerita tu. Kalau kau nak nanti aku masukkan cerita tu untuk kau lepas tu kan kau tilik dan tenunglah puas-puas pelakon pujaan kau tu.” Wajah Amani terus menjadi teruja.
             “Ni yang aku sayang kau Alia. Terima kasih. Petang nanti aku pergi bilik kau eh ambil cerita tu. Apa kata kau tengok drama tu juga confirm kau akan jatuh hati dengan hero pujaan aku tu tau. Kau tau tak betapa handsome dan comelnya Lee Dong Wook tu. Kalaulah dapat suami sebiji macam rupa Lee Dong Wook tu kan best.” Amani mula berangan. Alia memandang Amani yang tengah tersengih-sengih.
           “Berangan je la cik Amani . Senang-senang kau ajak je Lee Dong Wook tu kahwin dengan kau kan senang.”
            “Kan. Agak-agak kau la kan Alia. Kalau aku ajak dia kahwin dengan aku dia nak ke tak?” Soal Amani selamba.
           “Weh jangan nak beranganlah Amani. Cepatlah makan. Kita pergi surau dulu solat lepas tu masuk kelas Puan Hidayah pula. Kau jangan lupa pula hari ni ada kuiz tau.”  Mata Amani terus terbeliak.
               “Hah kuiz? Bila dia bagitahu? Aku tak ingat pun.” Amani mula kelam kabut.  Nasi di dalam pinggan sudah pun licin. Dia menghabiskan air sirap limaunya.
                “Itulah asyik ingat pada Lee Dong Wook kan sampai kau lupa kuiz hari ni. Puan Hidayah dah bagitahu minggu lepaskan. Dia kata kuiz tu bab yang kita dah belajar sebelum ni.”
                “Ya Allah. Aku terlupa.  Tak apalah kejap lagi aku study apa yang patut.” Amani mengeluh dengan perlahan. Selepas itu mereka meninggalkan kafetaria.  Kelas Puan Hidayah akan bermula pada jam tiga petang. Maknanya dia masih ada masa untuk study.
                 LAPANGAN terbang antarabangsa agak sibuk pada hari ini. Ramai yang sedang menunggu flight masing-masing. Seorang jejaka yang berkaca mata hitam sedang melangkah seorang diri. Di tarik luggage miliknya.  Dia mula menuju ke arah pintu keluar.
                  “Encik Rafique.” Sapa seseorang. Lelaki yang berkaca mata hitam tadi terus tersenyum lalu melambaikan tangannya pada lelaki yang memanggilnya sebentar tadi.
                  “Selamat kembali.” Ucap lelaki itu lagi lalu bersalaman dengan jejaka yang bernama Rafique.
                 “Terima kasih Acad. Sihat?” Soal Rafique lalu memeluk lelaki tersebut.
                “Alhamdulilah saya sihat Encik Rafique. Macam mana flight tadi?” Soal lelaki yang bernama  Acad lalu mengambil bagasi milik Rafique dan di masukkan ke dalam bonet kereta.
                 “Alhamdulilah. Semuanya baik saja.” Jawab Rafique . Selepas itu dia terus menarik pintu kereta lalu memboloskan dirinya ke dalam perut kereta. Sebaik saja bonet kereta di tutup  Acad menuju ke tempat pemandu .
                 “Encik Rafique nak balik rumah terus atau nak ke rumah Puan Sharifah Maimun?” Soal Acad sebaik saja dia menarik seatbelt. Rafique yang berada di tempat duduk belakang terus menarik kaca mata hitamnya. Dia menghela nafasnya dengan berat sekali.
                “Balik ke rumah je la Acad. Saya belum bersedia untuk berhadapan dengan nenek. Dia pasti masih marahkan saya tentang hal  dulu.” Jawab Rafique. Acad menganggukkan kepalanya.
               “Sudah dua tahun berlalu , saya yakin yang kemarahan nenek Sharifah sudah reda Encik Rafique. Kebelakangan ni nenek Sharifah seringkali sakit.” Ujar Acad lalu memandu kereta. Sesekali matanya melihat Rafique melalui cermin.
                 “Saya tau Acad. Mummy ada call dan bagitahu tentang kesihatan nenek. Kalau ikutkan hati saya memang tak mahu balik tapi mummy dengan daddy dah bising. Nak tak nak saya kenalah balik sini.” Jawab Rafique. Matanya di halakan ke luar . Dia melihat keindahan yang dia rindui. Dia meninggalkan bumi Malaysia selama dua tahun pun bersebab.  Walaupun dua tahun dia berada di luar negara namun hatinya tidak pernah lupa tentang negara sendiri. Acad hanya mampu mendiamkan diri dan membiarkan saja Rafique melayan perasaannya.
              Sedang asyik Rafique melayan perasaannya itu, telefon miliknya berdering. Di lihat  nama yang tertera. Dengan bermalasan dia menjawab panggilan tersebut.
             “Assalamualaikum Syed Rafique Iskandar. Kamu dekat mana? Nenek nak kamu singgah ke rumah nenek dulu bolehkan. Lagi  satu mummy dan daddy kamu pun ada di sini. Datang sini dulu jangan terus balik ke rumah daddy kamu.” Arah Puan Sharifah Maimun di talian.
            “Waalaikumussalam nek. Hmmm yalah..” Jawab Rafique. Selepas itu dia terus mematikan talian. Antara rela dan terpaksa dia harus berdepan dengan neneknya sebelum mummy dan daddy nya memberi ceramah free.
             “Acad . Kita singgah rumah nenek dulu.” Arah Rafique pada pemandunya.
             “Baiklah Encik Rafique.” Jawab Acad. Dia menambahkan kelajuan kereta yang di pandunya. Arahan dari Puan Maimun tiada siapa  mampu bantah tetapi Syed Rafique Iskandar sudah pun membantah dua tahun dulu. Permintaan Puan Maimun menyebabkan Rafique menghilangkan diri ke luar negara.


*********************************************************************

BAB DUA

             AMANI sibuk mengulangkaji di dalam biliknya. Esok pagi dia akan menjawab test dari Encik Kamarul. Amani menghabiskan masanya di meja belajar. Sesekali matanya melirik ke arah skrin laptop untuk melihat nota-nota tambahan yang lain. Pensel di selitkan di telinga.
            “Assalamualaikum.. Amani. Kau dah makan belum?” Soal teman sebilik Amani. Di kala itu Amani menoleh ke belakang.
           “Waalaikumussalam. Eh Maya kau baru habis kelas malam ke? Aku dah makan dah tadi dengan Alia. Sekejap lagi dia nak datang sinilah belajar sekali. Esok pagi kitaorang ada test.” Jelas Amani. Perempuan yang bernama Maya mula mendekati katilnya. Dia meletakkan buku dan beg di atas meja belajar.
            “Aah aku baru je habis kelas. Test apa Amani?” Soal Maya lalu merebahkan badannya ke atas tilam . Penat sungguh kelas dari pagi sehinggalah malam.
           “Test kelas Encik ulat bulu tu la.” Jawab Amani membuatkan Maya tergelak kecil.
            “Kau ni Amani suka sangat gelarkan Encik Kamarul tu Encik ulat bulu. Kasihan dia tau. Bukan main lagi dia syok dekat kau tapi kau je yang jual mahal.” Maya memandang Amani dan waktu itu bibir Amani mula herot mencebik. Dia memang tidak suka di kaitkan dengan Encik Kamarul.
              “Tak naklah aku.” Jawab Amani dengan selamba.
              “Kalau Encik Kamarul ajak kau kahwin macam mana?” Soal Maya. Amani berkerut.
             “Aku dah cakapkan dengan kau Maya. Jangan sesekali kau sebut soal kahwin. Aku tak suka.” Marah Amani lalu menoleh kembali pada nota-nota yang berselerak di atas mejanya. Maya mula rasa bersalah. Berangin pula dia malam ni bila sebut hal kahwin.
             “Amani.. Sorry aku terlepas cakap. Aku tak bermaksud pun nak mengguriskan hati kau. Maafkan aku ya Amani.” Mohon Maya. Dia sudah terlepas cakap . Amani memang tidak suka apabila di sebut soal kahwin.  Maya memandang Amani yang sedang tekun di meja belajar. Amani terus diam.
            “Amani kau marahkan aku ke?” Soal Maya lalu bangun dan mendekati temannya.
            “Maafkan aku ya. Aku tersalah cakap tadi.” Tambah Maya . Dia bersandar di meja belajar Amani.  Waktu itu Amani mula hilang fokus untuk study. Dia mendongak kepalanya lalu memandang Maya.
             “Amani.” Kedengaran suara Alia memanggilnya. Pintu bilik mereka terkuak. Maya dan Amani menoleh dengan serentak. Melihat wajah Amani yang masam mencuka Alia memandang dengan pelik.
              “Amani kau okey ke ni?” Soal Alia. Dia mendekati Amani dan Maya.
              “Aku minta maaf ya Amani.” Sekali lagi Maya meminta maaf.
              “Aku okeylah. Saja je nak test kau Maya.” Sengih Amani dengan selamba. Maya membesarkan matanya.
              “Ish kau ni mati-mati aku ingat kau marahkan aku tadi.” Jawab Maya. Amani tersengih. Alia bingung.
                “Ada yang aku tak tahu ke ni?” Soal Alia ingin tahu.
                “Tadi aku usik Amani pasal Encik ulat bulu dia. Aku cakap kalau Encik Kamarul tu nak ajak kahwin dengan dia macam mana.” Terang Maya.
               “Errkk . Kau okey ke Amani?” Soal Alia . Amani mengerutkan dahinya.
               “Kenapa kau tanya macam tu Alia?” Di tenung wajah Alia.
               “Ye la. Setahu aku kau tak suka sangat bila orang sebut pasal kahwin  atau nak suruh kau kahwin sebelum ni. Kau dah tak marah macam dulu dah?” Soal Alia ingin kepastian. Amani tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.
                 “Aku okeylah. Itu cerita lama tak payahlah kita nak fikir. Sekarang ni misi aku adalah nak tamatkan pelajaran. Perkara yang lepas tu biarlah lepas. Aku harap aku tidak akan di pertemukan lagi dengan dia.” Jawab Amani dengan tenang. Maya dan Alia saling berpandangan. Mereka tahu apa yang terjadi pada Amani sebelum ini. Sewaktu tahun pertama mereka menuntut di sinilah Amani telah menceritakan tentang kisah peribadinya.
           “Kalau macam tu aku dengan Maya nak usik kau hal kahwin lepas ni kau dah tak marahlah kan?” Soal Alia. Amani anggukkan kepalanya.
           “Ya. Aku dah tak marahlah. Perkara dah lepas buat apa nak kenang lagi. Eh kau datang sini nak study dengan aku kan? Hah apa tunggu lagi meh sini kita study. Sekejap lagi mata aku mengantuk susah pula.” Amani memandang Alia yang mula tersengih.
          “Yalah nak study dengan kau la ni. Esokkan test dari Encik ulat bulu kau tu. Kasihan aku tengok Encik Kamarul tu Amani. Feeling habis dia dekat kau haaaa. Kau tak nak bagi dia peluang ke?” Soal Alia dengan selamba.
             “Tak payahlah kita nak cerita pasal Encik Kamarul ya. Aku malas nak fikir. Banyak benda lagi tau nak kena fikir. Jom study.” Arah Amani lagi. Dia mengelak daripada menjawab pertanyaan Alia. Maya membuatkan isyarat mata pada Alia namun Alia hanya jongket bahu.
             “Korang study la dulu. Aku nak pergi mandi.” Maya meminta diri. Dia mencapai tuala miliknya. Baru saja Alia duduk kedengaran telefon milik Amani berdering. Maya sudah menghilangkan diri ke bilik air.  Amani terus menjawabnya.
             “Anak ibu sihat?” Sapa seseorang di talian. Amani tersenyum.
             “Alhamdulilah ibu, Amani sihat. Ibu dengan abah macam mana? Oh ya ibu esok pagi Amani ada test tau.” Jawab Amani . Matanya memandang suatu sudut. Wajah-wajah keluarga kesayangannya.
            “Alhamdulilah ibu dengan abah sihat sayang. Ibu doakan agar Amani dapat jawab test esok ya. Ini ibu nak tanya jadi tak balik cuti semester nanti?” Soal ibu Amani.
            “Mestilah balik ibu. Amani rindu dengan ibu, abah dan juga abang Amar tau.” Jawab Amani dengan ceria. Sudah hampir dua bulan dia tidak bertemu dengan keluarganya. Dia agak sibuk semester ini.
             “Baguslah kalau macam tu. Amani balik bercuti nanti kita ke rumah nek Pah ya. Dia tak berapa sihat kebelakangan ni. Dia pun rindukan kamu sangat Amani.”  Sebaik saja mendengar tentang nek Pah Amani terus menghela nafasnya dengan berat.
            “Tengoklah macam mana nanti Ibu. Amani tak pasti lagi. Nanti kita bincang lagi ya. Amani nak sambung study dengan Alia ni.” Amani mula berdalih. Setiap kali ibunya mengajak ke rumah nek Pah ada saja alasan yang di berikan olehnya.
            “Yalah . Pergilah study. Kirim salam ibu pada Alia dan Maya ya.” Jawab ibu Amani.
            “Insya-Allah. Ibu sampaikan salam Amani pada abah ya. Assalamualaikum.” Amani terus mematikan talian. Dia meletakkan telefon ke tepi. Dia memandang pada Alia yang sedang khusyuk membaca.
             “Alia.. Ibu aku kirim salam pada kau.” Ujar Amani.
            “Waalaikumussalam. Amani test esok kau agak masuk yang mana eh? Kau ada tanda tak bahagian yang penting dalam nota kau?” Soal Alia. Amani tersenyum .
             “Ada. Sekejap ya.” Amani mula mencari bahagian-bahagian penting yang telah di tanda dengan sticky note lalu di tunjukkan pada Alia. Apa yang di minta oleh ibunya tadi terus hilang dari fikirannya. Dia perlu fokus pada test yang akan berlangsung esok pagi.
                “JAUHNYA termenung . Awak dah hubungi Amani ke?” Soal seorang lelaki yang baru muncul di ruang tamu. Puan Sa’adah menoleh pada suaminya. Telefon di letakkan di atas meja.
                 “Dah bang. Baru je tadi cakap dengan Amani. Saya dah bagitahu yang cuti nanti kita nak pergi ke rumah Mak Pah.”
                 “Apa jawapan Amani kali ni?” Soal suaminya lagi lalu duduk setentang dengannya.
                 “Dia kata tengoklah macam mana nanti. Amani masih berkecil hati dengan keluarga Mak Pah bang.” Jawab Puan Sa’adah.
                 “Nak buat macam mana. Apa yang di rasai anak kita tu bukanlah sesuatu yang mudah untuk di lupakan. Di sebabkan perkara tu la dia mudah naik angin apabila isu kahwin di bincangkan. Abang tahu dia fobia bila isu kahwin di bangkitkan. Apa yang dia lalui dua tahun lalu memang melukakan hatinya.” Jelas suaminya lagi.
                “Entahlah bang. Susah nak cakap. Memang saya kasihankan Amani tu bang. Harap-harap kali ni dia nak lah berjumpa dengan Mak Pah.” Puan Sa’adah menghela nafasnya dengan berat  memikirkan nasib anak gadisnya.
                “Soal Amani tu biarlah dia. Kalau dia nak pergi nanti kita bawa kalau dia tak nak pergi janganlah kita paksa dia. Ini anak bujang awak tu bila nak balik sini? Semenjak bekerja ni susah sangat dia nak balik sini.” Soal suami Puan Sa ‘adah sebaik saja wajah anak bujangnya terbayang di ruang mata.
              “Amar? Abang ni macamlah tak kenal dia. Sejak kerja ni dia memanglah selalu sibuk bang. Dia cakap dia nak balik waktu Amani cuti semester nanti. Sajalah tu nak balik sekali dengan adik kesayangan dia. Abang ni macamlah tak kenal Amar.” Suami Puan Sa’adah tersenyum.
             “Nasib baiklah  Amar dapat kerja dekat sana. Dapatlah dia tengok-tengokkan anak perempuan kesayangan kita tu. Yalah kita ni duduk kampung anak kita jauh dekat di negeri orang.”
             “Cepat je masa berlalukan bang. Sudah dua tahun Amani menjadi penuntut universiti. Sekarang ni tinggal setahun setengah je lagi.”
           “Masa Dah. Pejam celik pejam celik dah bertukar haribulan. Setahun sekejap je berlalu. Ini tekak abang haus ni. Tolong buatkan abang air.” Pinta suami Puan Sa’adah. Isterinya itu tersenyum manis.
             “Yalah Encik Hisham oiii. Nanti saya buatkan.”  Jawab Puan Sa’adah lalu bangun dan melangkah menuju ke dapur. Encik Hisham pula mula mencapai remote televisyen.
             “MASA telah tamat. Sila paskan kertas jawapan dan kertas soalan ke depan ya.” Kedengaran suara Encik Kamarul bergema di dalam dewan kuliah. Amani menarik nafas lega. Ujian pertengahan semester dapat di jawabnya dengan sebaik mungkin. Dalam masa yang sama dia turut lega kerana subjek-subjek lain juga telah pun selesai ujian yang sama.
             “Amani macam mana? Ada tak yang kau tak boleh jawab tadi?” Soal Alia sewaktu mencuit bahu Amani. Alia berada di meja belakang Amani.
            “Alhamdulilah. Boleh jawab. Betul ke salah aku tak tahulah kan.” Sengih Amani. Alia terus menaikkan ibu jarinya.
          “Aku pun. Fuh lega weh mid sem test dah selesai. Sekarang ni boleh fokus pada assignment dan projek yang perlu kita siapkan. Tak lama lagi kita nak berperang dengan Final Exam pula. Aku tak sabar nak cuti weh. Kita cuti lama pula tu. Sukanya aku.” Alia mula teruja memikirkan cuti semester yang bakal tiba tidak lama lagi.
             “Okey semua dah hantarkan? So macam mana dengan soalan exam hari ni?” Soal Encik Kamarul lalu memandang pelajar-pelajarnya.
             “Boleh tahan susahnya Encik Kamarul.” Jawab salah seorang pelajar lelaki. Encik Kamarul tersenyum.
              “Awak ni Rizal selalu cakap susah tapi saya tengok pada kertas jawapan awak ni banyak yang betul.” Tambah Encik Kamarul sewaktu dia membelek-belek kertas jawapan milik Rizal.
            “Amani awak pula macam mana?” Amani tersenyum lalu menganggukkan kepalanya dengan perlahan.
            “Alhamdulilah.” Encik Kamarul kemudiannya mencari kertas jawapan milik Amani lalu di periksa sepintas lalu. Bibirnya mengukir senyuman manis.
            “Ermmm bagus-bagus. Cukup saja untuk hari ini. Jangan lupa projek yang saya minta korang buatkan. Sebelum minggu study week bermula saya nak projek dah siap termasuklah dengan report. Pastikan setiap kumpulan siapkan bahagian masing-masing. Saya tak nak dengar kalau ada yang report dekat saya yang ahli kumpulan dia tak nak buat kerja ya.”
             “Faham.” Jawab pelajar-pelajar Encik Kamarul serentak.
             “Good. Thank you.” Encik Kamarul mula melangkah keluar dari dewan kuliah tersebut sambil mengelek kertas soalan dan jawapan ujian tadi. Pelajar-pelajar mula bangun dan meninggalkan dewan kuliah tersebut.
            “Kau tengok Amani betapa Encik Kamarul tu pilih kasih. Dalam ramai-ramai student kau juga yang dia tanya. “ Seloroh Alia dengan selamba.
            “Mulalah tu nak mengusik aku. Tak ada maknanya. Dah la jom kita gerak sekarang.  Sekejap lagi kelas Doktor Amira pula.” Amani dan Alia berjalan seiringan menuju ke tingkat dua. Kelas doktor Amira terletak di tingkat dua.
            “Amani…” Jerit seseorang dari belakang. Alia dan Amani menoleh serentak.
           “Eh Encik Kamarul. Bukan ke Encik Kamarul dah keluar tadi. Ada apa ni?” Soal Amani dengan selamba.
           “Saya singgah dekat bilik kuliah sebelah tu. Ni sebelum saya terlupa group awak masih belum bagi tajuk pada saya untuk projek tu. Bila nak bagi pada saya?” Soal Encik Kamarul sambil merenung lembut wajah Amani.
             “Ya Allah. Maafkan saya Encik Kamarul. Saya terlupa pula.” Jelas Amani sambil menepuk dahinya.
             “Kami dah dapat tajuknya Encik Kamarul. Apa kata petang nanti saya emailkan pada Encik Kamarul tajuk yang kami pilih.” Jawab Alia pula.
            “Baguslah kalau macam tu. Jangan lupa ya. Ni kamu berdua nak ke mana pula ni?”
            “Ke kelas la Encik Kamarul. Pergi dulu.” Jawab Amani . Mereka sempat tersenyum pada Encik Kamarul sebelum beredar dari situ.
              ACAD sedang leka mengilap kereta. Dia sedang menunggu bosnya di tempat parking kereta The Villa milik Syed Bakar.  Syed Rafique Iskandar melangkah keluar dari The Villa dengan wajah yang masam mencuka.
           “Encik Rafique nak guna kereta ke?” Soal Acad sebaik saja melihat Syed Rafique menuju ke arahnya.
            “Yup. Saya nak guna kereta. Awak tak perlu ikut . Hari ni saya nak bersendirian . Saya nak keluar sekejap.” Jawab Syed Rafique.
            “Baiklah.” Jawab Acad. Dia membiarkan saja Syed Rafique menuju ke arah kereta yang di parking sebelah dengan kereta yang sedang di gilapnya. Kereta itu milik Syed Zainal. Daddy kepada Syed Rafique. Selepas itu kereta mewah milik Syed Rafique mula meninggalkan perkarangan The Villa.
             “Acad.. Mana Rafique pergi?” Soal mummy Syed Rafique Sharifah Noraini sewaktu berada di pintu utama The Villa.
             “Tak pasti Puan. Dia tak bagitahu pun . Dia hanya cakap dia nak bersendirian hari ni.” Jawab Acad.  Sharifah Noraini menghela nafasnya dengan berat.
             “Rafique ke mana Aini?” Soal Puan Sharifah Maimum pula yang muncul di situ.
             “Dah keluar. Biarlah dia bersendirian dulu Umi.” Jawab Sharifah Noraini.
             “Hmmm tak mengapalah Aini. Berikan dia masa. Asalkan dia tak tinggalkan kita lagi sudahlah. Cukuplah dua tahun kita bagi dia berada dekat luar negara tu. Bukan main payah lagi nak pujuk dia balik.”
      “Dia masih marahkan umi la tu pasal hal dua tahun yang lepas.” Tambah Puan Sharifah Maimun lagi.
      “Mun kita bagilah dia masa. Dia baru je balik sini. Jangan ungkitkan lagi hal dua tahun yang lalu.” Ujar Syed Bakar pula.
      “Habis tu kita nak buat macam mana bang.” Soal Puan Sharifah Maimum.
      “Kita gunalah rancangan lain. Selagi mereka tak di pertemukan selagi tu masalah kita tak akan selesai.” Jelas Syed Bakar. Isterinya dan menantu  memandang Syed Bakar dengan pelik.
       “Abang ada rancangan ke?” Soal Sharifah Maimum. Dia memandang menantunya di sebelah. Apa pula rancangan Syed Bakar untuk Syed Rafique kali ini. Syed Bakar tersenyum penuh makna pada isteri dan menantunya.    



Bersambung....

No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D