selamat petang u olsss.. Maaflah kak ayra u ollsss ni kejap ada kejap x da. Al maklumlah sibok nau nau orang kata dengan anak dan bussines. Cewah business ckit2 ya tak? Okey petang ni kak ayra update dua lagi bab. Jemput baca ya. :D
BAB
TIGA
SYED Rafique sedang bersandar di kereta miliknya sambil
menikmati panorama petang hari. Keretanya sengaja di berhentikan di bahu jalan.
Dia rimas berada di rumah neneknya yang tak habis-habis nak ungkit perihal dua
tahun yang lalu. Jauh sekali pandangan Rafique ketika ini. Kehilangan dua tahun
lalu bersebab.
Sejurus selepas itu, tibanya sebuah
kenderaan lalu berhenti di hadapan kereta Rafique. Seorang jejaka yang baru
saja keluar dari keretanya lalu menuju ke arah Rafique. Dia mendekati Syed
Rafique .
“Rafique. Jauhnya kau mengelamun
ya.” Ujar lelaki itu.
“Eh Kamarul. Kau sihat?” Sapa Syed
Rafique dengan senyuman sebaik saja menoleh pada Encik Kamarul.
“Alhamdulilah aku macam ni la.
Sihat. Kau ke mana menghilang dua tahun tanpa khabar berita. Aku terkejut bila
kau call aku semalam cakap yang kau dah balik Malaysia. Pergi tak bagitahu aku
pun.” Jawab Encik Kamarul . Syed Rafique mengukir senyuman.
“Aku larikan diri ke luar negara
selama dua tahun. By the way thanks la kau sudi datang jumpa aku ni. Hari
bekerja pula tu.” Jawab Rafique.
“Kau ni kata je kawan baik tapi
masalah kau langsung tak nak share dengan aku kan?” Apa yang terjadi ni? Bila
aku tanya orang tua kau diorang senyap je tak bagitahu aku apa-apa pun.” Soal
Kamarul lagi.
“Masalah keluarga akulah.
Masalah dengan nenek aku dia nak kahwinkan aku dengan pilihan dia. Aku langsung
tak mengenali pun budak tu. Tetiba je aku tahu yang aku akan bernikah dengan
dia. Aku tak bersedia lagi selepas kecewa
dengan Nadira. Kalau kau ditempat aku apa yang kau akan buat?” Soal Rafique.
Encik Kamarul terdiam seketika. Syed Rafique tidak memberitahu pada sahabatnya
itu alasan utama mengapa dia meninggalkan Malaysia begitu saja. Dia masih belum
bersedia untuk bercerita soal itu pada Encik kam arul.
“Pasal kahwin rupanya. Aku
ingatkan pasal apalah yang kau bawa diri ke luar negara tu. Kau ni Rafique
belajar tinggi sampai ke peringkat Phd tetapi masalah kecil macam ni kau tak
boleh nak handle. Come on Rafique. Kalau aku jadi kau kan aku akan jumpa dulu
dengan perempuan tu. Tengok dia dulu macam mana . Rupa dia, akhlak dia dan
sebagainya lepas tu kau nilailah sendiri sebelum buat keputusan. Ini tidak kau
pergi macam tu saja.” Encik Kamarul menggelengkan kepalanya dengan perlahan.
“Siapa nama perempuan tu?” Soal
Encik Kamarul lagi.
“Entah aku tak pernah nak ambil
tahu. Selepas kejadian tu nenek dan mommy sibuk carikan jodoh buat aku. Lagi
satu Kamarul ada perkara yang lagi penting dari perkahwinan ni.” Jawab Syed
Rafique.
“Itulah kau. Pergi macam tu je
sepatutnya kau fikir dulu nak buat macam mana. Perkara penting dari perkahwinan
apa maksud kau?” Syed Rafique menggelengkan kepalanya.
“Tak ada apa-apa. Sekarang ni nenek
aku dah bising suruh aku pergi jumpa keluarga perempuan tu dan minta maaf.
Mereka berhajat nak satukan aku kembali dengan perempuan tu. ” Syed Rafique menghela nafasnya dengan berat.
Persoalan lagi satu di biarkan sepi tanpa jawapan.
“Apa lagi inilah masanya kau nak
mengenali dia. Pergi aje lah.” Jawab Encik Kamarul.
“Entahlah Kamarul. Bingung aku di
buatnya. Kau pula apa cite sepanjang dua tahun ni?” Dalih Syed Rafique. Sungguh
sekarang ini dia masih lagi tiada jawapan pada soalan itu.
“Aku macam ni la. Bekerja sebagai
pensyarah. Kahwin je belum tak ada jodoh lagi.” Sengih Encik Kamarul.
“Kau tu yang memilih sangatkan.
Dulu adik aku syok dengan kau tapi kau tak layan.” Sengih Rafique. Encik
Kamarul tersentak.
“Kau sebut pasal adik kau
Emelyn. Dia dekat mana sekarang ni?” Soal Encik Kamarul.
“Dia pun bawa diri juga. Frust
dengan kau katanya.” Jawab Rafique dengan selamba. Encik Kamarul terkejut.
“Serius ke? Dia ke mana?” Soal
Encik Kamarul ingin tahu.
“Dia tak ke mana pun. Lepas dia
balik dari bercuti tahun lepas dia buka galeri lukisan. Kau pun tahukan adik
aku tu suka melukis. Sekarang ni dia tak ada pergi mengembara cari inspirasi yang
baru. Mungkin dua minggu lagi dia kembali ke tanah air.” Jawab Rafique.
“Rindu pula aku pada dia.” Ucap
Encik Kamarul dengan perlahan. Rafique memandang temannya dengan pelik.
“Rindu. Eh kata tak suka dekat adik
aku. Kenapa pula kau nak rindu. Kau pun dah lama tak jumpa dia kan?” Soal
Rafique lagi. Dia memandang wajah Encik Kamarul.
“Rindulah . Dia tu kan aku dah
anggap macam adik.” Jawab Encik Kamarul.
“Tak payahlah. Nanti adik aku
bersedih lagi. Dia tu sayang sangat dekat kau Kamarul.” Encik Kamarul menghela nafasnya dengan berat.
Ya dia tahu hati Emelyn terluka kerananya namun apakan daya cinta tidak boleh
di paksa. Dia menyanyangi Emelyn sebagai adik tak lebih dari itu.
“Aku harap aku dapat jumpa dia
nanti. Dia dah jumpa ke pengganti aku?” Soal Encik Kamarul ingin tahu. Rafique
menggelengkan kepalanya.
“Adik aku tu jenis yang setia.
Bukan mudah dia nak lupakan kau Kamarul. Insya-Allah mungkin suatu hari nanti
dia jumpalah pengganti kau .” Jelas Rafique. Kamarul mula merasa serba salah.
HUJUNG minggu itu, Amani menghabiskan
masa bersama-sama Alia dan Maya. Mereka menuju ke mall yang berdekatan untuk
membeli buku. Memandangkan baucer buku telah mereka terima tiga hari yang lepas
jadi mereka membuat keputusan untuk keluar shopping buku pada hari ini.
“Korang cepatlah . Aku dah tak
sabar ni nak masuk kedai buku popular tu. Inilah tempat yang paling aku suka sangat.”
Ujar Amani sebaik saja tiba di pintu masuk kedai buku popular. Mata Amani
memandang pada banner yang tergantung. Dia mula teruja melihat buku-buku yang
ada di dalamnya.
“Kau tengok Maya. Amani ni gila
pada buku. Tengoklah tahun lepas berapa jam kita duduk dalam kedai buku.
Punyalah lama. Excited sungguh si Amani.”
“Kau ni Alia macamlah tak kenal
Amani. Bukan dia je yang excited aku pun sama weh. Aku dah bawa list tau nak
beli hari ni. Harap-harap adalah buku yang aku nak. Selalunya kalau waktu dapat
baucer buku memang banyak buku yang habis .” Jawab Maya. Dia dan Alia mendekati
Amani sebelum mereka melangkah masuk ke dalam.
Amani sudah tidak peduli pada Alia dan Maya. Ketika ini matanya hanya
fokus pada buku-buku yang tersusun cantik di rak. Dari satu rak ke satu rak di
rondanya. Bakul bewarna merah di ambilnya sewaktu melintasi pintu masuk
sebentar tadi . Amani mula rambang mata. Banyak buku yang baru di pasaran.
Amani mendapatkan beberapa buah
buku yang di cari termasuklah buku pelajarannya. Dia kemudiannya menuju ke stesen
alat tulis lalu membeli keperluan yang di perlukan. Bakul Amani mula penuh
dengan buku dan alat tulis akan tetapi bakul milik Maya dan Alia masih lagi
banyak ruang kosong.
“Amani cepat gila kali kau cari .
Selalunya lama betul kau berdiri depan rak buku.” Soal Alia.
“Dah aku nampak dan jumpa buku
yang aku cari apa lagi ambil je la.” Sengih Amani dengan selamba.
“Okey. Selalu kitaorang tunggu
kau, so kali ni kau pula yang tunggu boleh?Aku dengan Maya nak cari buku dulu.”
Amani membuat gaya okey.
“Alia sini sekejap. Aku dah jumpa
buku yang kau cari.” Maya memanggil Alia.
“Serius? Jap-jap.” Alia terus
melangkah pergi mendapatkan Maya. Pada ketika itu telefon milik Amani berbunyi.
Dia melihat nama yang tertera lalu dia tersenyum.
“Waalaikumussalam. Abang Amar dekat
mana? Kata nak jumpa Amani hari ni?” Soal Amani dengan wajah gembira.
“Abang dekat belakang Amani la.” Sengih Amar.
Amani terkejut lalu menoleh sebelum dia mendekati abangnya.
“Macam mana abang tau Amani
dekat kedai buku?” Soal Amani ingin tahu.
“Dah sebelum datang sini tadi
Amani cakap nak beli buku. Abang terus ke sinilah.” Jawab Amar lalu memasukkan
handphone miliknya ke dalam poket seluar. Amani menghulurkan tangan lalu
bersalam dengan abangnya.
“Banyak beli buku?” Soal Amar
sebaik saja terpandangkan bakul adiknya. Amani tersengih.
“Macam biasalah bang. Jangan
lupa belanja kitaorang makan sekejap lagi. Abang dah dapat gajikan .” Sengih
Amani penuh makna.
“Mana ada. Belum masuk lagi.
Amani je la yang belanja abang hari ni.” Seloroh Amar. Amani mencebik.
“Ni semalam ibu ada pesan. Dia
minta kita pergi ziarah nek Pah. Kita pergi nak?” Amar memandang wajah adiknya
yang ceria tadi terus berubah.
“Amani tak nak pergilah.Abang pergi je
la sorang-sorang eh.” Amani terus melangkah . Sebut saja tentang keluarga nek
Pah Amani pasti akan berdalih. Amar menghela nafasnya dengan berat.
“Amani tak kesian dekat nek Pah ke?
Dia nak sangat jumpa Amani tau.” Amar mengekori adiknya dari belakang. Namun
Amani hanya mengambil langkah berdiam diri. Dia bukan tidak kasihan pada nek
Pah tetapi dia belum lagi bersedia untuk menemui nek Pah.
“Amani je ke perlu kasihan nek Pah.
Habis tu Amani sendiri siapa yang nak tolong kesiankan?” Soal Amani sebelum
melangkah pergi. Amar melepaskan keluhan berat.
SELESAI memborong buku-buku di kedai
popular, Amani serta rakan-rakannya mengikuti Amar dari belakang. Abangnya
sudah berjanji untuk belanja makan mereka bertiga.
“Orderlah apa lagi. Amani kata lapar
sangat .” Arah Amar . Dia menilik menu di tangannya. Amani tersengih lalu
menyiku teman-temannya.
“Korang nak makan apa. Order cepat.
Abang Amar belanja jangan risau.” Amani memandang Alia dan Maya yang sedang
menilik menu yang tertera.
“Seganlah aku. Asyik abang kau je yang
belanja. Kita bila pula nak belanja dia makan?” Soal Alia. Amar terus memandang
Alia.
“La tak apalah. Lagipun korang ni kan
masih pelajar. Tunggulah korang kerja barulah belanja abang Amar. Sekarang ni
makan dulu. Kita isi perut dulu lepas tu bolehlah jalan lagi.” Jawab Amar.
“Tak yah nak malu-malu. Hari ni
bolehlah nak paw abang aku.” Sengih Amani pada Maya dan Alia.
Sementara menunggu makanan yang di
pesan tiba, Amani menuju ke toilet bersama Maya. Tinggallah abangnya dengan
Alia di meja makan.
“Amani abang kau tu baikkan. Untung
kau ada abang. Aku jugalah yang tak ada abang. Aku ni anak tunggal.” Ujar Maya
sewaktu mencuci tangan di sinki. Ketika itu Amani baru saja keluar dari bilik
air. Amani menuju ke sinki lalu di cuci tangannya. Sempat Amani membetulkan
shawl yang di pakainya.
“Abang Amar aku tu memang baik. Aku pun
bertuah sebab ada abang sebaik dia. Cumanya abang aku tu tak nak kahwin je
lagi. Katanya selagi aku tak kahwin selagi tu la dia tak nak kahwin.” Jawab
Amani.
“Tengok betapa sayangnya abang Amar kau
tu pada kau. Sanggup tu membujang tak nak kahwin selagi kau tak kahwin.”
“Aku kahwin? Tak naklah. Aku malas nak
fikir. Cukuplah apa yang jadi dulu. Aku rasa seriklah. Jomlah kita keluar
makan. Perut aku dah lapar ni.” Jawab Amani. Maya memahami apa yang di rasai
oleh Amani. Ada peristiwa yang cukup pahit Amani tanggung suatu ketika dulu
sewaktu dia baru je tamat dari matrikulasi. Maya dan Amani berjalan seiringan
menuju ke luar.
Apa yang terjadi pada Amani dulu
cukup melukakan hatinya. Dia tidak mahu lagi mengungkit perkara itu. Bila dia
mendapat tawaran sambung ijazah terus dia buat keputusan. Dia meninggalkan
kampung halaman dan berhijrah ke sini untuk menuntut ilmu. Pada masa yang sama
juga dia mahu melupakan peristiwa yang berlaku dulu. Dia di umpat dan di keji
oleh orang kampung sedangkan dia sendiri tidak tahu apa salah dirinya. Semenjak
peristiwa itu juga Amani langsung tidak mahu bertemu dengan keluarga nek Pah
lagi walaupun di pujuk berkali-kali oleh keluarganya. Perasaan sakit hati dan
marah masih lagi bertapak di dalam dirinya.
Sewaktu menuju ke meja makan, Amani
langsung tidak perasan yang dia melintasi kawasan licin. Dia langsung tidak sedar papan kuning yang di
letakkan di situ. Dia hampir-hampir
tersunggkur namun sempat di tarik oleh seseorang.
“Hati-hati.” Sapa suara seseorang. Maya
menoleh ke belakang. Dia tidak perasan yang Amani tiada di sisinya. Matanya
hanya di halakan pada meja makan di mana waktu itu makanan yang mereka pesan
baru saja tiba. Amani mendongakkan kepalanya lalu memandang pemilik suara itu.
“Sorry dan terima kasih.” Ujar Amani
lalu menarik tangannya dari pegangan lelaki tersebut.
“Amani kau okey ke? Apasal kau ni ikut situ.
Kau mengelamun eh tadi?” Soal Maya sewaktu mendekati Amani.
“Ye kot. Aku tak perasan. Fuh
nyaris-nyaris nak tersungkur. Lantai licin aku tak perasan langsung .” Jawab
Amani sewaktu memandang wajah Maya .
“Tu la berangan lagi. Kau fikir apa?”
Maya geleng kepala.
“Amani.. Kenapa ni?” Soal Amar yang
muncul di situ. Alia hanya menunggu di meja makan. Dia melihat dari jauh .
“Tak ada apa la abang. Amani nak
terjatuh tadi sebab tak perasan langsung lantai dekat sini licin. Jomlah
makan.” Jawab Amani lalu menarik lengan abangnya.
“Terima kasih ya Encik….” Soal Amani
sewaktu memandang lelaki yang menariknya sebentar tadi.
“Just call me Rafique.” Senyuman
manis di hadiahkan pada Amani.
“Terima kasihlah Encik Rafique.
Adik saya ni memang suka mengelamun sikit.” Jawab Amar. Rafique menyambut salam
yang di hulurkan oleh Amar.
“Sama-sama. Kebetulan saya nak ke
toilet. Lain kali hati-hati ya cik.” Jawab Rafique lalu melangkah pergi. Amani
juga turut melangkah bersama-sama abangnya dan juga Maya .
“Handsome kan mamat tu tadi.”
Sengih Maya. Amani mencebik.
“Kau ni Maya pantang nampak lelaki
handsome kan.” Marah Amani.
“Sudahlah tu. Rezeki depan mata ni
kita makanlah dulu.” Arah Amar pula. Dia sudah menarik pinggannya. Mereka mula menjamu selera tanpa mempedulikan
orang sekeliling.
Saat itu, Syed Rafique yang baru
saja keluar dari toilet melihat gadis tadi sedang menjamu selera. Tanpa di
sedari bibir Rafique mengukir sebuah senyuman manis sebelum dia meninggalkan
restoran tersebut. Dia baru saja selesai makan bersama Acad sebentar tadi.
**************************************************
BAB
EMPAT
SESEKALI mata Acad melirik pada
majikannya Rafique yang berada di tempat duduk belakang. Dia melihat senyuman
Syed Rafique. Dahinya berkerut semacam.
“Encik Rafique okey ke?” Sapa Acad
. Syed Rafique menoleh ke depan.
“Saya okey je. Kenapa awak nampak
saya tak okey ke Acad?” Soal Syed Rafique dengan selamba.
“Tak adalah. Pagi tadi bukan main
Encik Rafique moody sekarang ni pula dah tersenyum sorang-sorang.” Soal Acad.
Ketika itu sekali lagi Syed Rafique tersenyum.
“Tak adalah. Saya senyum sebab
teringat dekat budak perempuan tadi. Main jalan je sampaikan tak nampak lantai
licin. Entah apa yang dia mengelamun pun tak tahulah.” Jelas Rafique. Dia
teringat pada wajah manis milik Amani.
“Dekat mana tu Encik Rafique jumpa
dia?” Soal Acad.
“Dalam restoran yang kita makan
tadi tu la.” Acad tersenyum.
“Mesti budak tu comelkan? Kalau
tak tak adalah Encik Rafique tersenyum je tengok dia.” Seloroh Acad.
“Comellah juga.” Jawab Syed Rafique
dengan selamba lalu membawa keluar telefon pintarnya.
“Tak tanya ke nama dia?” Soal Acad
lagi. Rafique terdiam seketika dan cuba mengingati nama budak perempuan yang
comel tadi.
“Kalau tak salah saya nama dia
Amani. Itu pun terdengar sebab kawan dan abang dia panggil.” Jawab Syed Rafique
lalu menunduk merenung telefon pintarnya. Ada mesej masuk lalu dia di bukanya.
“Acad dua tahun lepaskan awak
pernah jumpa ke perempuan yang sepatutnya menjadi isteri saya?” Soal Syed
Rafique dengan tiba-tiba. Dia menghela nafasnya dengan berat apabila membaca
mesej dari neneknya yang ingin dia bertemu dengan keluarga perempuan tersebut
dan meminta maaf.
“Saya tak pernah jumpa pun dia.
Yalah saya selalu tunggu Tuan Zainal dekat kereta. Saya tak pasti bagaimana rupa dia. Nama dia
pun saya dah lupa. Kenapa Encik Rafique tanya ni?” Soal Acad dengan pelik.
Setahunya Syed Rafique langsung tidak mengambil peduli ‘tentang perempuan
tersebut .
“Nenek bising lagi minta saya jumpa
keluarga perempuan tu.” Jawab Syed Rafique dengan keluhan.
“Encik Rafique tak nak jumpa dia
ke?” Acad memandang majikannya melalui cermin. Kereta yang di pandu olehnye
berhenti di hadapan lampu isyarat merah.
“Entahlah. Nanti-nantilah saya
jumpa mereka.” Acad menggelengkan kepalanya.
“Encik Rafique tahu tak apa yang
jadi dekat sini selepas Encik Rafique terbang ke luar negara? Apa yang jadi
dengan keluarga Encik Rafique dan keluarga perempuan tu?” Acad cuba memancing
Rafique.
“Saya tak tahu dan saya tak nak
ambil tahu langsung ketika itu. Yang saya tahu saya harus pergi Acad. Ada yang
lebih memerlukan saya saat itu .” Mudah saja jawapan Syed Rafique.
“Encik Rafique sedar tak pada hari
yang Encik Rafique pergi itu adalah hari pernikahan Encik Rafique dengan
perempuan yang di pilih oleh Puan Sharifah Maimun.” Jelas Acad.
“What. Hari yang saya naik flight
tu adalah hari pernikahan saya? Awak biar betul Acad. Saya tak tahu menahu
langsung pun tentang ni?” Soal Syed Rafique dengan terkejut.
“Saya tak tipu Encik Rafique.
Betul. Memang nek Pah dan mommy encik rancang majlis ni tapi encik Rafique
menghilangkan diri tanpa memberitahu mereka .” Acad mula mengimbau peristiwa
yang berlaku dua tahun yang lalu. Dia mahu Syed Rafique berfikir dengan apa
yang telah dia lakukan dua tahun yang lalu.
“Habis tu apa jadi dengan
pernikahan tu?Saya perlukan masa waktu tu. Banyak benda yang buat saya rasa
tertekan.” Jelas sekali wajah Syed
Rafique terkejut. Jadi baju melayu yang di letakkan di atas katilnya dulu
adalah pakaian untuk akad nikahnya. Ketika itu dia hanya sekilas pandang pada
baju melayu tersebut sebelum menarik luggage miliknya.
“Encik tak tengok ke borang
permohonan kahwin semua tu? Bukan Encik Rafique ke yang isi semua dan sign? Saya
pun tak tahu dengan detail sangat. Ada baiknya Encik Rafique tanyakan sendiri
pada nenek Encik Rafique. Dia tahu apa yang terjadi pada keluarga perempuan
tersebut.” Jelas Acad lagi. Syed Rafique
termenung seketika.
“Borang kahwin. Aaah la saya ada isi
sebab nenek yang suruh,waktu tu saya plan nak kahwin dengan Nadira tapi tu la
lain pula jadinya. So sebab ni la nenek
nak saya pergi jumpa keluarga dia dan minta maaf?” Soal Rafique. Acad
menganggukkan kepalanya. Rafique mula teringat pada permintaan nenek yang
beria-ria minta dirinya pergi berjumpa dengan perempuan itu dan keluarganya.
“Lebih kurang begitulah Encik
Rafique. Sampai ke hari ni kami semua masih tertanya-tanya kenapa Encik Rafique
buat keputusan melulu dengan melarikan diri jauh ke negara orang. Kalau Encik
Rafique tak setuju dengan penjodohan tersebut Encik Rafique boleh bawa berbincang
tetapi awal-awal lagi Encik Rafique dah pergi jauh. Kenapa tak nak berikan
peluang pada diri Encik Rafique? Nenek Encik Rafique lakukan semua ni
bersebab.” Syed Rafique membisu.
Soalan yang di tanyakan oleh Acad
langsung tidak di jawab oleh Rafique.
AWAL pagi lagi Amani bersiap-siap.
Shawl sudah pun berada di kepalanya lalu di pinkan. Dia harus keluar awal pagi
ini memandangkan dewan kuliahnya agak jauh sikit dari asrama.
“Amani.. kau dah siap belum. Jomlah
kita gerak sekarang.” Panggil Alia di luar sambil mengetuk pintu bilik Amani.
“Ya sekejap. Aku dah siap ni. “ Jerit
Amani. Dia mengambil beg serta failnya. Dia menilik jam di pergelangan tangan
yang sudah menunjukkan angka lapan pagi.
Kelas mereka bermula jam sembilan pagi namun mereka keluar awal untuk ke
bangunan yang agak jauh sikit dan pada masa yang sama juga mereka perlu mengisi
perut awal pagi memandangkan kelasnya agak padat sikit hari ini.
“Maya .. Maya… Aku nak pergi kelas
ni. Bangunlah. Kau ada kelas nanti pukul sepuluh. bangun tau.” Amani
mengejutkan teman sebiliknya Maya. Dengan bermalasan Maya menyahut.
“Hmmm ya ya.. Nantilah aku bangun.
Aku mengantuk ni siapkan assignment malam tadi. Lepas subuh baru aku tidur
tau.” Ujar Maya dengan mata yang terpejam. Jenuh dia mengadap laptop miliknya
menyiapkan assignment yang melibatkan coding. Banyak eror yang keluar dan perlu
dia baiki. Perah otak dia semalaman.
“Ya aku tahu. Tapi jangan lupa
bangun jangan sampai kau terlepas pergi kelas pula. Aku pergi dulu.” Tambah
Amani. Ketika itu Maya membuka sedikit matanya lalu memandang Amani.
“Okey Amani. Terima kasih kejutkan
aku.” Maya menenyehkan matanya berkali-kali. Kepalanya turut terasa berat. Namun
dia tetap bersyukur kerana assignment nya sudah siap dan hari ini dia hanya ada
satu kelas saja. Maya merupakan pelajaran jurusan Teknologi Maklumat manakala
Amani dan Alia pula mengambil jurusan perniagaan.
“Sama-sama. Bye.” Amani menuju ke
pintu keluar. Dia memulas tombol lalu melihat Alai yang sedang bersandar di
tepi tangga .
“Alia jomlah.” Panggil Amani. Alia
yang sedang ralit membelek nota terkejut lalu memasukkan nota tersebut ke dalam fail. Dia kemudiannya mendekati
Amani dan mereka berjalan seiringan menuju ke bangunan yang terletak di atas
bukit sana.
“Maya dah bangun belum?” Soal Alia.
Amani tersenyum.
“Aku dah kejutkan dia tadi. Kasihan dia
lepas subuh baru tidur siapkan assignment. Nasib baik hari ni dia satu kelas je
. Balik nanti bolehlah dia qadha tidur balik. Mata dia punyalah lebam tak cukup
tidur.” Jawab Amani.
“Hidup sebagai pelajar macam ni la
Amani. Nak berjaya kenalah usaha lebih. Tidur ke tak tidur tu sudah menjadi
perkara biasa hidup sebagai mahasiswa dan mahasiswi.” Jawab Alia pula.
“Be….” Belum sempat Amani
berbicara kedengaran bunyi hon yang mengejutkan mereka dari belakang. Amani dan
Alia terus berhenti melangkah dan menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang
berani bunyikan hon pada mereka.
“Amani, tu pensyarah kesayangan kau
Encik ulat bulu. Nampak je dia kita dekat sini.” Alia menyiku Amani. Dengan geram
Amani mengetap bibir lalu merenung Alia dengan tajam.
“Good morning Amani, Alia. Awal hari
ni. Awak berdua nak ke mana ni?” Soal Encik Kamarul sebaik saja menurunkan
cermin keretanya. Amani dan Alia mempamerkan senyuman manis pada pensyarahnya.
“Nak pergi kelaslah Encik Kamarul.
Kami dah lewat ni. Pergi dulu ya.” Jawab Amani lalu melangkah ke depan.
“Ye ke. Kelas korang dekat mana? Lagi
satu dah sarapan pagi ke belum ni?” Soal Encik Kamarul dengan ramah sekali.
“Ini yang aku tak suka ni. Kalau
keluar awal pagi mesti terserempak dengan Encik ulat bulu ni.” Gerutu Amani
dengan perlahan.
“Apa awak cakap Amani? Saya tak
dengarlah.” Sapa Encik Kamarul.
“Amani cakap kelas kami dekat
bangunan atas bukit sana. Sarapan pagi
jap lagi. Maaf ya Encik Kamarul minta diri dulu takut lambat.” Jawab Alia bagi
pihak Amani.
“La kalau macam tu biar saya
hantarlah ke sana. Boleh kita sarapan pagi sama-sama.” Encik Kamarul mula
menawarkan diri.
“Tak apalah Encik Kamarul.
Jangan nak susahkan diri. Pergi dulu ya. Assalamualaikum.” Jawab Amani lalu menarik lengan Alia. Dia perlu bergegas
dari situ. Malas dia nak melayan karenah Encik Kamarul pepagi ni.
“Kalau macam tu hati-hati ya.”
Jerit Encik Kamarul. Alia menoleh lalu tersenyum. Amani langsung tidak menoleh.
Dia meneruskan langkahnya dengan cepat sekali.
“Mazlyn kau tengoklah tu Encik
Kamarul. Kalau dengan Amani bukan main lagi dia. Kalau dengan kau?” Soal
seseorang pada perempuan yang bernama Mazlyn. Matanya masih leka melihat
telatah Encik Kamarul sebentar tadi.
“Kau ni saja nak panaskan hati
aku ke Wina?” Soal Mazlyn denga geram. Dia mula menyusup keluar dari celahan
pokok bunga. Wina terus mengekori Mazlyn dari belakang.
“Mana ada aku panaskan hati kau.
Aku cuma cakap je Mazlyn. Kau tu yang syok dekat Encik Kamarul. Dekat kampus
kita ni ramai student lelaki yang handsome pasal apa yang kau berkenan dengan
Encik Kamarul tu. Kau pun tahu yang dia ada hati pada Amani.” Bebel Wina
membuatkan Mazlyn terus berhenti melangkah. Dia menoleh dan merenung tajam pada
Wina.
“Apa tak betul ke yang aku cakap?”
Soal Wina dengan lurus.” Mazlyn kemudiannya memandang ke depan kembali sebelum
melangkah pergi. Soalan Wina di biarkan sepi. Malas dia menjawabnya. Salahkah
dia menaruh hati pada pensyarahnya sendiri?
ENCIK Hisham baru saja pulang dari
kebunnya dengan menaiki motorsikal. Di tempat duduk belakang motornya ada
setandan pisang baru baru saja masak di kebunnya. Dia kemudiannya
memberhentikan motorsikalnya di tepi pintu dapur lalu turun.
“Bang air.” Ujar Puan Sa’adah lalu
di hulurkan segelas air masak untuk suaminya.
“Terima kasih. Tak lama lagi
masaklah buah-buahan kita dekat kebun. Balik Amani dengan Amar nanti mulalah
diorang berebut nak makan.” Jawab Encik Hisham lalu menyambut gelas yang berisi
air minuman. Selepas membaca Bismillah terus dia meneguk air tersebut. Dahaga
sungguh tambahan pula keadaan cuaca yang panas sekarang ini.
“Alhamdulilah. Menjadilah
buah-buahan kita tahun ni bang.” Jawab Puan Sa’adah dengan senyuman.
“Alhamdulilah. Rezeki Allah. Pisang
ni jangan lupa buatkan lepat pisang untuk abang.” Encik Hisham menghulurkan
gelas tadi kepada isterinya.
“Yalah bang. Nanti saya buatkan
lepat pisang kesukaan abang tu.” Encik Hisham kemudiannya mengibas-ngibas
wajahnya dengan tuala kecil. Selepas ini boleh dia naik untuk membersihkan
diri.
“Mak Pah ada hubungi awak lagi
ke?” Soal Encik Hisham dengan tiba-tiba. Puan Sa’adah tersentak.
“Saya ada hubungi dia bang tanya
khabar. Yalah dengar kata tempoh hari dia tak berapa sihat. Dia asyik
bertanyakan tentang Amani bang. Bagaimana keadaan Amani sekarang ni.” Jelas
Puan Sa’adah pada suaminya.
“Amani pula macam mana?” Soal
suaminya.
“Amani macam tu la bang. Asal
saya buka cerita pasal nek Pah mulalah dia nak mengelak. Saya pun tak tahulah
nak buat macam mana. Abang rasa macam mana? Kalau berterusan begini susahlah
bang. Mak Pah datang sini sebelum ni dia tak nak jumpa apatah lagi kalau kita
ke rumah mereka.” Jelas Puan Sa’adah.
“Amani masih terkilan lagi tu.
Yalah anak kita tu kena keji dan di cemuh sebab peristiwa tu. Mana mungkin
Amani boleh lupa. Macam ni la. Abang rasa awak bagitahu pada Mak Pah yang Amani
akan balik cuti semester nanti. Jadi inilah masanya untuk Mak Pah jumpa Amani.Biar
diorang duduk lama sikit dekat sini.” Encik Hisham memberikan cadangan.
“Lagipun kita perlu jernihkan semula
hubungan Amani dengan Mak Pah. Mereka tak bersalah. Yang salah adalah cucunya
yang menghilangkan diri waktu tu. Kalau memang Amani dengan cucu Mak Pah tu
berjodoh pasti mereka akan bersatu tetapi kalau tak ada jodoh nak buat macam
mana. Sekurang-kurangnya kita telah berusaha. Bukan kita yang menentukan jodoh
mereka. Kita ni boleh merancang saja Dah.” Terang Encik Hisham panjang lebar.
“Nanti saya bagitahu pada Mak Pah.
Memanglah kalau ikutkan hati, perasaan marah dulu masih bertapak di dalam hati
saya bang tapi nak buat macam mana. Benda dah jadi. Mulut-mulut orang pun dah
berhenti mencemuh dan bercerita tentang Amani bang. Saya terkilan juga dengan
tetangga kita yang menuduh bukan-bukan
pada anak perempuan kita. Amani tu anak yang baik mengikut je kehendak kita dan
juga arwah nenek dia.” Jawab Puan Sa’adah. Rindu pada anak perempuannya.
“Orang yang tak tahu cerita
sebenar bolehlah nak mencemuh sana sini. Biarlah mulut orang nak cakap apa pun.
Dah lumrah kehidupan kita atas dunia ni tak selalunya senang. Yang kaya tak
semestinya akan hidup bahagia apatah lagi kalau yang miskin. Ujian sentiasa ada
datang menguji kita. Abang tetap bangga dengan Amani. Dia anak yang tabah dan
kuat. Biar di cemuh biar di keji tetapi Amani hanya mengambil langkah
mendiamkan diri. Abang faham perasaan dia. Cukuplah kita biarkan dia memendam
rasa dalam tempoh dua tahun ni” Tambah Encik Hisham lagi sebelum dia bangun dan
menuju ke dalam. Dia ingin menyegarkan dirinya terlebih dahulu sebelum berehat.
Bersambung..
NotaTersepit: Masih jauh lagi cerita ni haaaa. Moga siap dalam bulan Ramadhan/ lepas raya . Mudah-mudahan :)
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D