Selamat petang semua. Hari ni kak ayra update lagi 2 bab kisah Amani dan Rafique ni. Jemput baca dan terima kasih. :D
BAB
LIMA
PETANG itu, Syed Rafique tidak
keluar ke mana-mana. Dia menghabiskan masanya di tepi air terjun buatan yang
ada di Villa. Dalam terpaksa Syed
Rafique perlu tinggal di sini memandangkan kedua-dua orang tuanya sudah
berpindah di sini. Rumah milik Daddy nya di jaga oleh orang sementara waktu.
Keadaan neneknya kurang sihat membuatkan daddy
Syed Rafique mengambil keputusan untuk kembali ke Villa.
Sharifah Maimum dan Syed Bakar di
kurniakan dua orang anak saja. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Adik
kepada Syed Zainal iaitu Sharifah Zalida kini berada di luar negara mengikut
suaminya Syed Azman.
“Abang tengoklah tu. Sejak balik
sini keje si Rafique tu termenung sana termenung sini. Susah nak bercakap
dengan dia tu. Ada saja alasan yang di berikan.” Ujar Puan Sharifah Noraini
sambil memandang anak bujangnya dari tingkat atas.
“Abang nak turun bawah sekejap. Ada
hal sikit nak cakap dengan anak lelaki awak tu.” Tuan Syed Zainal terus
melangkah . Isterinya hanya membiarkan saja. Matanya masih lagi terlekat pada
anaknya yang sedang duduk termenung seorang diri. Dia sendiri buntu mengapa
Syed Rafique boleh berubah sedemikian rupa. Adakah kerana mereka terlalu
memaksa Syed Rafique?
“Apa ni mummy , daddy. Rafique
belum terfikir lagi untuk berkahwin. Tolonglah. Jangan sesuka hati cari jodoh
untuk Rafique. Please la. Jangan desak Rafique boleh tak? Rafique berhak buat
keputusan sendiri.” Berangin Syed Rafique sewaktu mereka sekeluarga makan
tengahari bersama.
Sungguh bingit sekali telinganya
mendengar leteran orang tuanya, Tak habis-habis di ungkit hal dua tahun lalu.”
Malah permintaan orang tuanya itu menyesakkan dada. Dia bersetuju balik ke mari
pun setelah dia merasa sakit hati dan marah dengan tindakan yang di lakukan
oleh Syed Zarith.
“Rafique ..” Panggil Tuan Syed
Zainal sewaktu tiba di situ . Dia menyentuh lembut bahu Syed Rafique yang
sedang mengelamun seorang diri.
“Daddy…” Sahut Rafique . Dia
mengukir senyuman tawar buat Tuan Syed Zainal.
“Sampai bila nak macam ni? Rafique
termenung sana termenung sini. Apa yang Rafique dapat? Ada baiknya Rafique
tolong papa uruskan hotel tu. Papa boleh harapkan pada kamu je.Adik kamu Emelyn
langsung tak minat.” Syed Zainal bersuara. Rafique menarik nafasnya
dalam-dalam.
“Hmmm bukan Rafique tak nak tolong
daddy tapi Rafique pening sekarang ni daddy.Kenapa nenek terlalu mengongkong
hidup Rafique sehingga mencari calon isteri tanpa persetujuan Rafique.Apakah
Rafique tak berhak menentukan pilihan sendiri? Soal Syed Rafique.
“Rafique.. Kami mahukan yang terbaik
pada Rafique. Lagipun….”
“Kalau nak yang terbaik biarlah
Rafique sendiri yang tentukan.” Ada sedikit getaran pada suara Syed Rafique
ketika ini. Dia cuba menahan sabar yang di pendam selama dua tahun ini.
“Rafique dengar sini. Bukannya nenek
nak kahwinkan Rafique dalam masa terdekat ni.
Apa yang jadi dua tahun dulu dah jadi pengajaran pada kita semua. Yalah
buat keputusan tanpa mempedulikan perasaan Rafique dan aturkan perancangan
sendiri. Tapi daddy nak pesan satu je pada Rafique. Apa yang nenek lakukan itu
ada sebab yang tersendiri.” Jelas Tuan
Syed Zainal.
“Sebab apa? Nenek langsung tak nak
bagitahu sebabnya dulu. Yang dia kata dulu dia dah jumpa jodoh yang sesuai
untuk Rafique. Selepas Nadira Rafique akui yang Rafique benci perempuan. Nenek
paksa juga Rafique untuk berkahwin sedangkan Rafique tengah kecewa dengan
Nadira.” Protes Syed Rafique.
“Sebab apa tu ada baiknya Rafique
tanyakan sendiri pada nenek. Semua jawapan ada pada nenek. Sampai bila Rafique
tak nak bercakap dengan nenek. Rafique tahu tak selama dua tahun Rafique pergi
hati nenek tak pernah senang malah dia seringkali risaukan Rafique.” Jawab Tuan
Syed Zainal lagi. Dia sememangnya tahu apa sebab ibunya membuat keputusan untuk
menjodohkan anaknya itu dengan pilihan mereka namun dia sengaja tidak mahu
memberitahu anaknya. Dia ingin Rafique sendiri yang menemui neneknya itu dan
bertanyakan sebab musababnya. Dia berharap yang hubungan antara Rafique dan
ibunya akan kembali mesra seperti dulu. Syed Rafique boleh di katakan cucu
kesayangan Puan Sharifah Maimun.
Syed Rafique terdiam. Dia perlu
bersemuka dengan neneknya untuk mengetahui perihal sebenar. Apa yang dia dengar
dari Acad sedikit sebanyak membuatkan dia di berfikir panjang. Ianya
seakan-akan puzzle yang masih tak lengkap.
“So bila Rafique nak kembali ke hotel?”
Soal Tuan Syed Zainal setelah lama mereka mendiamkan diri. Syed Rafique langsung tidak menjawab soalan
itu malah dia leka memandang air terjun buatan. Tangan Syed Zainal sekali lagi
menyentuh bahu anaknya apabila pertanyaannya sebentar tadi langsung tidak di
jawab oleh Syed Rafique.
“Apa daddy?” Soal Syed Rafique
sewaktu memandang wajah daddy nya.
“Daddy tanya bila Rafique nak
kembali ke hotel?” Ulang Tuan Syed Zainal. Rafique berfikir sejenak.
“Daddy bagi Rafique berehat
seminggu lagi. Lepas tu Rafique akan kembali bekerja. Rafique perlu jumpa nenek
dulu.” Pinta Syed Rafique. Tuan Syed Zainal mula mengukir senyuman. Nampak
gayanya rancangan untuk memulihkan kembali hubungan antara ibunya dengan Syed
Rafique akan menjadi.
“Kalau macam tu baguslah. Daddy
tunggu.” Jawab Tuan Syed Zainal dengan lega.
AMANI sedang fokus menyiapkan
assignment di kafetaria bersama Alia. Mereka berdua saling sibuk menaip report
yang perlu di hantar pada hari jumaat nanti. Assignment kelas Dr Amira di
teliti satu persatu.
“Amani case study yang nombor dua tu kau
dah selesaikan ke? Aku tak berapa fahamlah . Dua tiga kali aku baca masih tak
dapat lagi apa yang dia nak kita selesaikan.” Soal Alia. Mata Amani kemudiannya
memandang Alia yang sedang melihat skrin laptopnya.
“Aku pun tengah confuse juga ni.
Tak berapa faham. Macam ni kita selesai
dulu soalan-soalan yang lain. Soalan nombor dua tu nanti kita tanya
classmate kita yang faham okey?” Jawab Amani.
“Okey. Eh kau tolong tengokkan
barang aku kejap ye. Aku nak pergi belikan airlah. Haus tekak aku ni. Kau nak
tak?” Soal Alia . Dia mencari dompetnya di dalam beg.
“Hmmm boleh juga. Aku pun haus
ni.” Sengih Amani. Alia bangun dari tempat duduknya.
“Nah duitnya. Kau belikan aku
nescaffe ais okey?” Pinta Amani lalu menghulurkan duit kepada Alia. Selepas itu
Alia terus menuju ke arah kaunter air.
“Hai Amani. Dah lama ke kau lepak
sini?” Sapa Maya yang baru saja muncul. Dia baru habis kelas sebentar tadi.
“Hai Maya. Aku dengan Alia dah duduk
sejam dah dekat sini. Kelas batal tadi jadi aku ajaklah Alia lepak sini sambil
siapkan kerja. Kau tak ada kelas ke lepas ni?” Soal Amani sewaktu mendongak
pada teman sebiliknya.
Maya kemudiannya mengambil tempat
duduk lalu meletakkan beg dan fail yang di bawanya.
“Kelas aku pukul dua nanti.
Sekarang ni aku bolehlah rest. Aku tunggu Yaya ni. Kitaorang nak bincang pasal
kerja sikit. Sekejap lagi dia sampailah.” Jawab Maya.
“Maya..” Sapa Yaya yang baru muncul
dengan senyuman. Amani dan Maya membalas senyuman dari Yaya.
“Panjang umur kau Yaya. Aku baru je
sebut.” Yaya kemudiannya mengambil tempat duduk setentang dengan Maya.
“Eh Alia mana?” Soal Yaya. Amani menunjukkan
jarinya ke arah Alia yang sedang berjalan menuju ke arah mereka.
“Korang bila sampai. Amani ni
air kau punya.” Sapa Alia lalu duduk di kerusinya. Air Amani di letakkan di
tepi.
“Baru je lagi ni baru habis kelas.
Eh aku nak pergi beli air jap ye.” Jawab Yaya . Dia mula berdiri.
“Aku pun nak ikut sekali Yaya.”
Maya turut bangun . Mereka sememangnya rapat walaupun berlainan bidang.
Pertemuan pertama ketika minggu orientasi dua tahun lalu telah menjadikan
mereka berempat sahabat baik.
“Alia terima kasih belikan aku
air.” Amani menarik gelasnya lalu di sedut air nescaffe . Hilang rasa hausnya
sebentar tadi.
“Sama-sama. Alamak Amani nampak
gayanya si pengacau dah datang ke mari.” Alia sudah ternampak kelibat seseorang
yang mungkin menghampiri mereka.
“Siapa? Encik ulat bulu ke?” Soal
Amani dengan pelik. Gelas tadi di tolak ke tepi.
“Bukan Encik ulat bulu tetapi Mazlyn
dengan Wina.” Jawab Alia. Mata Amani terus membulat. Dia kemudiannya menoleh
dan melihat Mazlyn bersama-sama Wina menghampiri meja mereka.
“Aku dengar ada orang dapat hadiah
dari Encik Kamarul. Untungkan Wina. Bukan calang-calang orang yang bagi Amani
ni hadiah.” Kedengaran suara Mazlyn menyapa mereka berdua. Amani dan Alia hanya
diam.
“Betul tu. Kau juga yang rugi Mazlyn.”
Jawab Wina selamba. Ketika itu Mazlyn menjeling tajam pada Wina. Wajah Wina
mula terkulat-kulat. Di garu kepalanya.
“Aku salah cakap lagi ke?” Soal Wina
dengan perlahan. Amani dan Alia menahan ketawa.
“Amani kau ni tak malu ke? Kau tak
rasa ke yang orang akan memandang serong pada kau bila tengok kau dengan Encik
Kamarul tu ?” Soal Mazlyn.
“Malu apanya Mazlyn. Aku dengan Encik
Kamarul tu bukan ada apa-apa hubungan pun. Aku hormatkan dia sebagai pensyarah
aku. Itu aje. Kalau pasal hadiah tu kau janganlah nak cemburu pula. Dia
bukannya bagi aku kunci rumah atau kereta dia bagi aku jam loceng je la. Itu pun
pasal aku selalu lambat masuk kelas dia . Kau suka Encik Kamarul eh?” Selamba
Amani menyoalnya.
“Gila kau tak suka. Encik Kamarul
dahlah handsome, solo dan ada kerjaya. Perempuan mana yang tak suka dia.”
Selamba je Mazlyn menjawab.
“Memanglah cukup pakej Encik
Kamarul tapi sayang ada penyakit ulat bulu sikit. Baik cari orang lainlah
Mazlyn. Ramai lagi yang kacak dan berkerjaya seperti Encik Kamarul tu.” Mazlyn mencebik.
“Eh Amani kau dah buat eh Case
Study Dr Amira tu?” Soal Wina sebaik saja memandang skrin laptop Amani.
“Kami tengah buatlah ni. Kenapa?”
Soal Alia pula.
“Aku tak tahulah nak buat macam
mana. Korang boleh tak tolong ajarkan aku.” Pinta Wina sambil memandang Alia
dan Amani silih berganti.
“Eh Wina apahal pula kau nak minta tolong
diorang. Aku kan ada.” Marah Mazlyn. Dia menyiku lengan Wina.
“Kau Mazlyn? Kau sendiri pun tak
tengok lagi case study tu ada hati nak tolong aku. kau lain Mazlyn. Ada orang
boleh tolong kau.” Jawab Wina selamba. Mencerlung terus mata Mazlyn ketika ini.
“Mulut tu jaga sikit ya Wina. Kau
jangan nak bagi aku naik angin.”
“Korang berdua pun ada juga.” Sapa
Maya . Dia dan Yaya mula duduk di kerusi. Di biarkan saja Mazlyn dan Wina yang
berdiri di tepi Amani.
“Wina jom pergi sekarang. Sakit
mata pula aku tengok minah ni dekat sini. Menyampah .” Marah Mazlyn lalu cuba
menarik tangan Wina.
“Eh kejaplah. Aku nak tanya Amani
pasal case study tu.” Wina menarik tangannya dari pegangan Mazlyn.
“Tak payah. Nanti aku tolong kau.
Jom pergi.” Mazlyn terus menarik lengan Wina dan meninggalkan mereka berempat
di situ.
“Apasal Mazlyn tu?” Soal Alia
pelik.
“Diakan anti sikit dengan aku. Ini
mesti kes hadiah yang Encik Kamarul bagi pada kau tu. Dia nampak waktu Encik
Kamarul bagi jam untuk aku serahkan pada kau. Kau pun tahukan siapa Encik
Kamarul tu dengan aku.” Jawab Maya selamba.
“Lupa pula aku yang Encik Kamarul
dengan kau tu sepupu.” Jawab Yaya pula.
“Ini kes dia marah sebab kau pun
macam menolong Encik Kamarul nak mengorat Amani la ni.” Jawab Alia selamba.
“Korang ni tak habis-habis pasal
Encik Kamarul. Tersedak nanti dia. Aku dah cakapkan yang aku langsung tak
berminat dengan dia. Maya kau pun tahukan yang aku hanya hormatkan sepupu kau
tu sebagai pensyarah je.” Jawab Amani.
“Mestilah aku faham. Aku pun
kalau boleh tak nak kau dengan dia. Aku kenal abang sepupu aku tu. Lagi pun kalau
korang nak tahu abang sepupu aku tu dulu ada yang suka dekat dia. Bukan
calang-calang orang tau. Anak Tuan Syed Zainal kot. Pemilik hotel yang
terkemuka dekat Kuala Lumpur ni. Tapi tu la abang sepupu aku pula yang tak
nak.” Maya membuka cerita lama abang sepupunya.
“Ye ke. Memilih juga Encik
Kamarul tu ya.” Alia menambah.
“Dah-dah. Jangan nak bergosip
pasal dia lagi. Aku nak sambung buat kerja okey.” Amani terus meneliti soalan
case study yang ketiga. Alia memandang Maya dan Yaya lalu tersenyum. Amani
langsung tak beminat dengan perihal Encik Kamarul.
ENCIK Kamarul baru saja selesai
makan malam bersama keluarganya. Dia kemudiannya mendaki anak tangga nak menuju
ke biliknya. Pintu biliknya di tutup dengan perlahan-lahan. Dia terus menuju ke
meja komputernya. Di hidupkan laptopnya lalu di bawa keluar kertas-kertas
jawapan yang telah selesai dia periksa. Sekarang ini dia perlu masukkan
markah-markah pelajarnya di dalam document yang telah dia sediakan.
“Apa khabar agaknya Emelyn. Aku
dah lama tak tahu perkembangan dia sekarang ni. Emelyn maafkan abang Kamarul
kalau apa yang abang Kamarul lakukan dulu buat Emelyn tutup pintu hati pada
lelaki lain.” Ujar Encik Kamarul sendirian. Dia merasa bersalah pada Emelyn.
“Perlukah aku menghantar email
dan bertanya khabar padanya. Kalau aku buat begitu pasti aku akan melukakan
hatinya .” Encik Kamarul dilema seketika. Dia memang sayangkan Emelyn tetapi
sayangnya hanya sebagai adik.
“Tak salah kot kalau aku
bertanyakan khabar pada dia. Hantar sajalah. Kalau dia balas Alhamdulilah. Kalau
dia tak balas maknanya dia masih marah pada aku.” Dia mula membuka peti
emailnya. Selepas kejadian yang di mana dia menolak cinta Emelyn dulu terus
mereka terputus hubungan..
Jari-jari Encik Kamarul
berperang dengan keyboard. Dia sedang menaip sesuatu untuk di email pada
Emelyn.
Assalamualaikum…
Apa khabar Emelyn.
Masihkah Emelyn ingat pada abang Kamarul? Sudah lama abang Kamarul tidak
mendengar khabar berita dari Emelyn. Adakah Emelyn masih marah dan membenci
abang Kamarul. Maafkan abang Kamarul Emelyn. Abang tak terniat langsung nak
lukakan hati Emelyn dulu. Walau di mana saja Emelyn berada abang Kamarul akan
sentiasa mendoakan kebahagiaan Emelyn.
Semoga hubungan di antara kita sebagai kawan tidak akan terputus.
Salam Dari Malaysia.
Abang Kamarul.
Selesai
saja noktah terakhir , Encik Kamarul terus menekan butang send. Dia sendiri
tidak pasti sama ada Emelyn masih menggunakan email ini lagi atau tidak.
Harapannya Emelyn membalas emailnya . Encik Kamarul kemudiannya kembali semula
ke inbox untuk memeriksa email. Dia melihat ada email dari beberapa pelajarnya
.
Encik Kamarul menekan tetikus untuk membuka
email dari salah seorang pelajarnya yang bernama Mazlyn.
“Mazlyn Mazlyn. Aku suruh dia submit kerja tapi dia di selitkan
sekali email layang untuk aku?” Lain yang dia tunggu lain yang datang. Dia
menunggu peluang dari Amani namun sehingga kini tiada sebarang pertunjuk.
Malahan pertolongan dari Maya juga tidak dapat membantunya untuk mendekati
Amani. Bukan hari ini saja dia menerima email layang dari Mazlyn tetapi sudah
berkali-kali. Ada saja yang di tulis
oleh Mazlyn. Encik Kamarul tergelak kecil membaca email layang tersebut.
Sesiapa saja yang melihat wajah
Encik Kamarul pasti akan tertarik namun Mazlyn bukanlah orang yang boleh
buatkan Encik Kamarul tidak lena tidur. Layanan Encik Kamarul pada pelajar
perempuan sememangnya membuatkan sesiapa saja salah tafsir. Di sebabkan itulah
Amani menggelarkan dia Encik ulat bulu. Layanannya itu pasti akan menawan
hati-hati pelajar perempuan yang mengenalinya.
BAB
ENAM
HARI ini Syed Rafique
Iskandar memulakan tugasnya sebagai Ceo
hotel yang di miliki oleh keluarganya. D’ Crown Hotel gah berdiri . Sebuah
hotel yang agak mewah di ibu kota. Hiasan dalaman yang moden dan klasik yang
membuatkan sesiapa saja yang datang terpegun dan berpuas hati menginap di situ.
Malahan kombinasi warna-warna magenta , kuning dan krim memancarkan warna
keemasan menyebabkan hotel ini kelihatan exclusive .
Kebanyakan staf-staf yang bekerja di sini
sudah mengenali siapa Syed Rafique Iskandar. Pewaris D’ Crown Hotel yang di
bangunkan sendiri oleh atuknya Syed Bakar tetapi di terajui dan di usahakan
dengan gigih oleh anak lelakinya Syed Zainal.
“Good morning Tuan Syed Rafique.”
Sapa receptionist yang bertugas sewaktu Syed Rafique melintasi di situ.
“Good morning.” Jawab Syed Rafique
dengan senyuman manis. Di belakangnya pula ada Acad yang turut menjadi pembantu
peribadinya.
“Acad minta setiausaha daddy masuk
jumpa saya nanti.” Arah Syed Rafique sebaik saja kakinya menjejaki bilik yang
di huni oleh daddy nya sebelum ini.
“Baiklah Encik Rafique. “ Jawab Acad
lalu melangkah pergi mencari setiausaha Tuan Syed Zainal.
Syed Rafique menarik kerusi lalu
di henyakkan punggungnya dengan perlahan. Dia bersandar seketika dan melihat
persekitaran ruang pejabat yang kini menjadi miliknya. Suasana bilik ini masih
lagi sama seperti mana dia tinggalkan dua tahun lalu.
“Masuk.” Arah Syed Rafique sebaik
saja mendengar pintu biliknya di ketuk . Dia membetulkan duduknya lalu
memandang seorang perempuan yang baru saja masuk bersama dengan Acad.
“Apa khabar Izzati?” Soal Syed
Rafique dengan senyuman.
“Alhamdulilah saya sihat Tuan
Rafique.” Jawab Izzati dengan senyuman.
“Silakan duduk. Saya perlukan
bantuan awak . Dua tahun saya tak datang sini rasanya banyak yang dah
berubahkan.”
“Itu sudah tentu. Boleh kita
mulakan. Saya dah siapkan seperti mana yang Tuan minta tempoh hari.” Jawab
Izzati.
“Silakan.” Acad turut mendengar
apa yang di terangkan oleh setiausaha majikannya.
SELESAI perbincangan antara Syed Rafique dan
setiausahanya, dia kembali keseorangan di dalam bilik mewah tersebut. Dia mula
menyemak satu persatu fail yang telah dia minta. Dia mula meneliti perkembangan
sepanjang dua tahun peninggalannya itu. Berjam-jam dia duduk di kerusinya.
Sedar-sedar saja telefon di mejanya berdering.
“Macam mana hari pertama kerja?”
Kedengaran suara Syed Zainal. Syed Rafique bersandar di kerusinya.
“Banyak benda yang Rafique
kena buat daddy. Sudah dua tahun Rafique tinggalkan hotel ni. So mungkin ambil
masa balik untuk biasakan diri.” Jelas Rafique.
“Baguslah kalau macam tu. Lega
hati daddy dengar. Jadi bolehlah daddy berehat dan tak perlu lagi fikir tentang
kerja.”
“Daddy jangan risau ya. Trust me.”
Jawab Rafique.
“Daddy percayakan Rafique. Kami
semua percayakan Rafique sebab itulah kami serahkan pada Rafique untuk
menjaganya . Okeylah daddy tak nak ganggu Rafique bekerja. Good luck my son.”
Syed Rafique tersenyum.
“Insya-Allah. Thanks daddy.”
Jawab Syed Rafique sebelum mematikan talian.
Mata Syed Rafique kemudiannya tertumpu pada frame gambar yang besar
tergantung di depan matanya. Gambar keluarga. Matanya redup memandang wajah
neneknya yang masih lagi cantik walaupun sudah berumur.
“Apa yang nenek buat untuk kebaikan
Rafique. Nenek harap Rafique setuju dengan permintaan nenek kali ini.” Mohon
Puan Sharifah Maimum sambil mengusap tangan cucunya. Syed Rafique hanya
mendiamkan diri ketika itu. Pagi itu dia nekad untuk bertemu dengan neneknya dan
bertanyakan tentang perjodohannya itu.
“Apa sebab nenek buat semua ni pada
Rafique?” Soal Syed Rafique sewaktu memandang neneknya. Puan Sharifah Maimum
menghela nafasnya dengan berat.
“Suatu hari nanti Rafique akan tahu
sebabnya. Buat masa ni nenek tak nak bagitahu kenapa nenek lakukan semua ini.
Nenek nak Rafique dan perempuan itu bertemu kemudian nenek nak Rafique kenali
hati budi dia sebelum buat keputusan. Rafique perlu dapatkan kemaafaan dari
perempuan tu dan keluarganya. Di sebabkan kita mereka menanggung malu . Nenek
sangat malu dengan keluarga mereka tetapi mereka langsung tak salahkan kita
cumanya isteri tak jadi kamu saja yang tidak boleh terima. Sehingga ke hari ini
dia langsung tidak mahu bertemu nenek. Ya sesiapa pun akan marah Rafique.”
Terang Puan Sharifah Maimum.
“Nenek berhajat nak bawa Rafique
bertemu dengan dia nanti. Rafique setuju tak?” Pujuk Puan Sharifah Maimun lagi.
“Nantilah Rafique fikirkan.” Jawab
Syed Rafique.
“Siapa sebenarnya perempuan ni
sehinggakan nenek beria-ria sangat nak jodohkan aku dengan dia? Apa yang dia
dah lakukan pada keluarga aku? Mengapa nenek tidak mahu memberitahu sebabnya
.Aku perlu tahu siapa dia.” Soal Syed Rafique sendirian. Dia makin tertanya-tanya
sebabnya.
“Perempuan itu pasti seorang yang hebat kerana
berjaya memikat hati nenek. Sedangkan nenek amatlah cerewet sekali. Arwah Nadira
dulu pun bukan main susah nenek nak setuju. Aku nak jumpa dia atau tidak?” Keluh Rafique. Makin dia fikir makin dia
merasa bingung.
AMANI bermalasan untuk bersiap pagi ini.
Seperti biasa setiap hari selasa dan khamis dia akan bertemu dengan Encik
Kamarul. Amani tiada pilihan mahu atau tidak dia perlu berdepan dengan Encik
Kamarul.
“Amani cepatlah siap.” Tegur Maya.
Dia sedang bersiap di hadapan cermin. Pagi ini dia ada kuliah.
“Rasa malaslah Maya nak pergi
kelas. Bilalah sem ni nak habis. Aku dah bosanlah nak mengadap Encik Kamarul
tu.” Jawab Amani dengan selamba. Maya menoleh.
“Sabarlah Amani. Aku tahu kau tak
selesa dengan abang sepupu aku tu. Dia tu memang suka sangat dengan kau. Aku
tak boleh nak buat apa. Tak lama dah semester ni akan berakhir. Sabar okey.
Janganlah malas macam tu. Pergi siap sekarang. Nanti kalau kau lambat masuk dia
bising pula.” Pujuk Maya.
Dia sememangnya bersimpati dengan
Amani. Dia tahu sangat perangai abang sepupunya. Sudah banyak kali dia cuba
masuk jarum namun Amani terus menolak. Pelbagai hadiah Amani dapat sepanjang
semester ini dari Encik Kamarul. Amani terima hadiah tersebut sebab tak mahu
Encik Kamarul kecil hati tambahan pula Encik Kamarul adalah pensyarahnya.
Hadiah yang di berikan abang sepupunya itu, Amani simpan dalam satu kotak.
Amani
mengambil pakaiannya yang telah siap di gosok lalu dia menukar pakaiannya. Baju
kurung moden sudah pun tersarung di badannya. Selepas itu Amani menuju ke
cermin lalu menepek sedikit bedak di wajahnya. Rambutnya yang panjang dan lurus
di sanggul lalu di ikat dengan rapi. Amani mencapai shawl lalu di letakkan di
atas kepala sebelum di pinkan.
“Dah siap pun. Jomlah ke kelas.” Maya
sudah tersenyum manis. Amani terus mencapai beg serta fail yang ada di atas
katilnya . Dia sempat menarik kad pelajar miliknya lalu di gantungkan di leher.
“Jomlah. Mesti Alia dah bising
tunggu aku dekat bawah.” Amani mengekori Maya dari belakang. Dia kemudiannya
menarik pintu lalu di kunci dengan rapat. Dengan perlahan-lahan mereka menuruni
tangga menuju ke bawah.
“Sampai pun kau. Aku baru je
nak telefon Maya tanya pasal kau.” Sapa Alia sewaktu ternampak wajah Amani dan
Maya yang sedang menuju ke arahnya.
“Aku dah siap dah. Jomlah pergi
kelas dia. Nanti kalau lambat dia bising pula.” Jawab Amani. Mereka berjalan
seiringan mendaki menuju ke fakulti masing-masing.
“Amani.. Awal awak hari ni. Selalunya
awak lambat je masuk kelas saya.” Sapa Encik Kamarul. Di kala itu Amani baru
saja menarik pintu dewan kuliah. Amani sempat menoleh ke belakang lalu
tersenyum. Dia terus masuk ke dalam dan mencari tempat duduknya. Alia hanya
mengikut dari belakang.
“Morning class..” Sapa Encik
Kamarul.
“Morning Encik Kamarul.” Jawab
pelajar-pelajar kelas Amani serentak.
“Terima kasih Amani sebab hari ni
awak tak lambat datang kelas saya.” Seloroh Encik Kamarul. Amani menongkat dagu
hanya anggukan kepala. Malas dia nak menjawabnya.
“Jam loceng yang Encik Kamarul
bagi pada dia berfungsi dengan baik kot. Itu pasallah dia awal hari ni. Tak
gitu Amani?” Soal seorang pelajar lelaki.
“Pandai kau Nazmi.” Jawab Amani
dengan selamba. Siap di naikkan ibu jarinya pada lelaki yang bernama Nazmi.
Mazlyn yang mendengarnya terus menjeling pada Amani.
“Kalau dasar nak menggedik memang
macam tu.” Bidas Mazlyn dengan perlahan. Namun sempat telinga Encik Kamarul
mendengarnya.
“Apa dia Mazlyn. Saya kurang
jelas dengan apa yang awak cakap tadi.” Soal Encik Kamarul dengan tiba-tiba.
Mazlyn terus memandang ke depan dan terus menelan air liurnya.
Dia dengar ke apa yang aku cakap?
Desis hatinya.
“Tak ada apa-apa Encik Kamarul.”
Dalih Mazlyn sambil menggelengkan kepalanya.
“By the way email korang saya dah
terima dan Mazlyn rasanya awak tersalah hantar email pada saya ni.” Mazlyn tersentak.
“Email apa tu Encik Kamarul. Email
layang ke?” Dengan selamba Nazmi membidas. Mazlyn terus memberikan satu
jelingan yang tajam pada Nazmi.
“Mazlyn lepas kelas nanti jumpa
saya ya. Okey sekarang ni tak perlu nak bincangkan hal ni. Kita teruskan dengan
bab hari ni pula. Semester ni dah nak habis. So saya nak awak semua fokus.
Final exam bakal menjelma nanti.” Encik Kamarul mula membuka slide untuk di
terangkan dan di sampaikan pada pelajar-pelajarnya.
“Buka nota masing-masing.
Sebelum tu saya nak tanya ada tak di kalangan kamu yang sudah baca sepintas
lalu slide yang kita nak bincangkan hari ni?”
“Belum..” Jawab mereka dengan
selamba. Encik Kamarul menggelengkan kepalanya.
“Sepatutnya korang baca dulu.
Kalau tak faham sekurang-kurangnya boleh tanya saya hari ni dan saya boleh
terangkan pada korang. Tolong fokus ya. Jangan main-main dekat belakang. Korang
bukan lagi pelajar sekolah menengah yang boleh buat bising tak kira tempat dan
masa. Faham maksud sayakan?” Soal Encik Kamarul.
“Faham.” Jawab satu kelas. Amani
membawa keluar notanya. Dia turut membawa keluar alat tulisnya begitu juga
dengan Alia. Mereka sudah bersedia untuk menerima pelajaran baru hari ini.
TAMAT saja kelas Encik Kamarul ,
Amani dan Alia mula mengemas dan bergegas keluar. Pelajar-pelajar lain mula
bergerak keluar dari dewan kuliah. Encik Kamarul pula sedang menyusun buku dan
nota yang di bawanya.
“Mazlyn , Amani tunggu sekejap.”
Panggil Encik Kamarul. Amani tersentak.
Bukan ke tadi dia nak jumpa Mazlyn je. Soal hati Amani.
“Saya ada hal ni Encik Kamarul.
Lain kali boleh tak?” Dalih Amani . Dia mencari alasan untuk tidak berada di
situ tambahan pula Mazlyn turut ada bersama.
“Hmmm tak apalah. Saya jumpa
awak kemudian. Okey Mazlyn sini sekejap. Ada hal saya nak bincang dengan awak.”
Amani menarik nafas lega. Dia pantas menarik tangan Alia untuk meninggalkan
bilik kuliah tersebut.
“Minta diri dulu Encik Kamarul.” Jerit
Amani sebaik saja tiba di pintu. Encik Kamarul hanya menganggukkan kepalanya.
Matanya mula memandang Mazlyn.
“Mazlyn berapa kali saya nak
bagitahu awak jangan sesekali hantar email layang pada saya. Awak tau tak saya
dengan awak siapa? Tolong jaga kelakuan diri awak boleh tak?” Soal Encik
Kamarul sambil bersandar di meja. Mazlyn terus menundukkan kepalanya.
“Kenapa tak boleh. Kalau Amani
bukan main lagi Encik Kamarul ambil peduli.” Soal Mazlyn . Encik Kamarul
menghela nafasnya dengan berat.
“Awak tahu kan saya memang suka pada Amani
bukan pada awak. Jadi saya nak minta tolong jangan main hantar lagi email
layang. Saya suruh emailkan kerja awak pada saya bukannya email puisi, pantun
dan syair bagai.” Jelas Encik Kamarul.
“Kenapa Encik Kamarul tak boleh
nak suka saya seperti mana Encik Kamarul menyukai Amani? Apa kurangnya saya
dengan Amani tu?” Soal Mazlyn tidak puas hati.
“Ada kurangnya Mazlyn.” Bengang
Mazlyn di buatnya.
“Apa kurangnya saya dengan Amani?
Encik Kamarul pun tahu dia tu anak kampung saja saya ni pula lahir dekat bandar
menetap dekat sini. Keluarga saya berada. Apa lagi yang kurang Encik Kamarul?”
Soal Mazlyn.
“Bukan sebab dia budak kampung
dan juga bukan sebab awak berada Mazlyn
tapi ini melibatkan soal hati dan perasaan. Hati saya terpaut pada
Amani. Cuba awak bandingkan diri awak dengan dia sudah pasti awak akan tahu di
mana kurangnya diri awak.” Mazlyn mendengus geram. Dia tidak menyukai jawapan
yang di berikan oleh Encik Kamarul ketika ini.
“Saya minta diri dululah Encik
Kamarul. Selagi Encik Kamarul tak berkahwin dengan sesiapa pun saya masih lagi
berpeluangkan. Saya tak akan mengalah. Kalau Encik Kamarul cakap ini melibatkan
soal hati dan perasaan begitu jugalah dengan apa yang saya rasai. Pergi dulu.”
Mazlyn terus melangkah pergi dengan hati yang sebal.
“Huh ada hati nak suruh aku
bandingkan diri aku dengan Amani tu.” Bebel Mazlyn sewaktu menghempas pintu
bilik kuliah dengan kuat . Sakit hatinya .
“Kau tunggulah Amani. Aku tak
akan sesekali mengalah pada kau.” Ujar Mazlyn lagi sewaktu berjalan seorang
diri. Dia mencari kelibat Wina. Di pandang kiri dan kanan dan akhirnya dia
ternampak Wina sedang duduk di suatu sudut sambil merenung telefonnya. Mazlyn
terus mendekati Wina.
Bersambung...
NotaTersepit: Masih lagi mengedit mss ni untuk round pertama. Blm siap lagi. Mudah-mudahan siap sebelum pertengahan tahun. Hihihi.. :D
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D