cinta
satu ungkapan yg belum pasti keindahannya
kerana d'sebalik keindahan cinta itu
tersirat seribu kepahitan
patinya merentap kedamaian jiwa
seorang pecinta yg setia.
tatkala ikatan d'undng kekecewaan
namu ia tetap betah mjemput setiap jiwa
yg punya hati dan perasaan
hakikat yg tersimpan disebalik anugerah ini
x terungkai dgn bicara d'bibir
x tergambar dgn lakonan
begitu syahdunya kurniaan Allah
lahirnya dari hati seorang insan
berakal,beremosi,penyayang dan perasaan
BAB 1
BAB
1
PAGI-PAGI lagi aku dah kelam kabut
macam orang gila.Semua benda yang aku semuanya tak menjadi.Entah kenapa nasib
aku begitu malang hari ini.Dah la aku terlambat masuk kelas Encik Kamarul hari
ini gara-gara bangun lambat.Salah aku juga buat kerja last minit macam nilah
sampai tak tidur.Penyakit cari sendiri namanya tu.Tu la perangai aku yang susah
nak ubah.Projek ke assignment ke suka sangat buat last minit.Apa nak jadi
dengan kau ni wahai Aku.
Kejap
lagi sah-sah la aku kena membebel dengan Encik Kamarul a.k.a Encik
Penyibuk.Haish tak berkat la kau belajar Aku oit kalau dok mengutuk pensyarah
sendiri.Nama tu aku yang bagi pada dia.Serius aku tak suka dengan perangai
encik kamarul suka sangat menyibuk hal aku.Jangan tak tahu encik kamarul ni ada
hati dengan aku.Semua benda dia nak ambil port.Kemana aku pergi, dengan siapa
aku keluar .Semualah.Rimas aku dibuatnya.Namun aku sabarkan juga la bertahan
ada beberapa minggu lagi untuk semester ini berakhir.Roomate aku pula tak boleh
di harap langsung bukannya nak kejutkan buat derk saja.Kalau time nak minta
tolong apa-apa dengan aku barulah bermuka manis.Ceh tension aku mengadap muka
dia .Biasalah manusia dalam dunia ni macam-macam ragamnya.
Nasiblah
kau Aku dapat roommate yang boleh dikatakan sakit mental.Asal ada problem sikit
si Maya macam orang meroyanlah jawabnya.Menanggis dekat celah dinding
sorang-sorang.Kadang-kadang aku risau juga takut dia buat perkara bodoh.Nasib
baik aku yang jadi roommate dia.Kalau orang lain memang dah lama dah cabut.Aku
je yang masih mampu bertahan.Walaupun mulut aku ni macam petir tapi hati aku
baik juga.Ceh kau jangan nak perasan pagi-pagi ni Aku.Lebih baik bersiap-siap
.Karang naya aku kena bebel dengan Encik Penyibuk.
Aduh masak aku hari ni ,nak masuk ke tak
ni.Aku dah sampai di depan pintu kelas aku dah.Longgar skru kepala lutut aku ni
berjalan .Eh silap bukan berjalan tapi berlari-lari itik.Dah la berlari dengan berbaju kurung hijau pisang tersarung
dekat badan aku ni haa.Sah-sah mata yang
memandang tergelak tengok aku berlari.Alamak hai tak boleh nak control ayu la
hari ni.Puh kanan puh kiri .Aku membetulkan beg sandang serta buku
ditangan.Sempat lagi baiki tudung beb.Control ayu gitu.Haish perasan tak
habis-habis aku sorang ni.Dengan berhati-hati aku memulas tombol pintu dan
memberikan salam.
“Assalamualaikum ..Maaf Encik Kamarul saya
terlambat hari ini?”
“Haaa Aku apasal awak lambat hari ini.Awak
tahu kelas saya pukul berapa hari ni.Awak tak tengok jam ke Amani?Kelas saya
bermula jam sembilan pagi ni sekarang cuba awak tengok jam awak tu dah pukul
berapa?”
Boom kebabo.Ambik kau ,tu dia encik kamarul
dah mula membebel macam mak nenek.Nampak je garang tapi dalam hati ada taman
beb.Bila aku tak layan mulalah dia meroyan marah sana marah sini..Cewah dia
ingat aku ni apa.Huh sabar je la Amani.Aku hormatkan dia sebagai pensyarah aku
dan dah lebih dari itu.Masalahnya bukan dia faham pun dah banyak kali aku cakap
tapi tak faham-faham betullah.Dia nak suruh aku cakap bahasa apa lagi nak suruh
kasi dia faham yang aku tak suka dia.Diulang sekali lagi ye aku tak suka dia
full stop !.
“Awak dengar tak ni Amani?”.Tersentak
Amani dari lamunan.Terus saja matanya menatap jam kesayangannya itu.Jam itu
dihadiahkan oleh ibunya sewaktu birthday nya yang ke dua puluh tiga tahun.Tahun
lepas punya ok.Bermakna umur aku tahun dan dua puluh empat tahun.Oh No.
“Awak
dengar tak saya cakap ni Amani?”.Ulang encik kamarul lagi.Bergegar anak telinga
aku.
“Dengar Encik Kamarul.Jam saya
menunjukkan pukul Sembilan setengah pagi”.Jawab Amani acuh tak acuh .
“Sembilan setengah awak kata?tengok jam
dekat dinding tu pukul berapa?”.Sudah Encik Kamarul dah mula bercekak pinggang
sambil menunjukkan marker yang berwarna hitam
kearah jam yang tergantung pada dinding.Lalu aku mengangkat muka melihat
jam di dinding.Alamak dah pukul sepuluh pagilah patutlah dia mengamuk sakan
hari ini.Amani..Amani silalah tadah telinga anda ye.
“Erkk maaf encik kamarul.Jam saya rosak
.Saya tak perasan jam tangan saya ni dah rosak.Agaknya bateri dia dah kong kot.”jawab
aku dengan selamba .Jauh disudut hati rasa bersalah tapi memandangkan Encik
Kamarul aku jadi selamba aja.Ringan saja mulut aku menjawab.Sengaja aku membuat perangai yang sedemikian .
“Menjawab bukan main lagi.Dah tau jam
tangan rosak kenapa tak tengok jam lain.Kalau awak nak saya boleh beli.” Ujar
Encik kamarul dengan tegas.Jap-jap apasal ayat last tu aku rasa macam pelik
aja.Wah kalau setakat nak ambil hati aku dengan idea nak beli jam baru tak
payahlah..Tak jalan punya idea tu.
Alamak
hai .Dah lenguh kaki aku ni berdiri kat depan meja dia ni.Bila nak suruh aku
duduk ni.Dah la penat berlari naik atas bukit ni. Aku mengeluh perlahan sambil menggaru kepalanya
yang tidak berapa nak gatal itu.Aku menarik nafas perlahan-lahan sebelum
menyambung semula bertekak dengan encik Kamarul.
“Encik kamarul juga kan yang tanya pada
saya.So saya jawablah “. Selepas Amani berkata begitu satu kelas ketawa.Mereka
semua sudah masak dengan karenah aku tambahan pula ni memang sejak dari
awal-awal sem lagi aku tidak sebulu dengan Encik Kamarul.Terlukis kerutan di
dahi encik kamarul.
“Haaa korang gelak kenapa?Dah senyap
semua.Amani sila ke tempat duduk awak.Ok sekarang kita sambung semula kuliah
kita hari ini.”.Akhirnya dapat juga aku duduk.Fuh lega beb mulut aku pun dah
penat nak menjawab soalan cepumas dari Encik Penyibuk..
“Terima kasih Encik Kamarul”.Ujar aku
sambil tersengih .Encik kamarul hanya menggangukkan kepalanya sahaja.Aku terus berjalan menuju ketempat duduknya.
“Kenapa aku call dan mesej kau tak
jawab?Berkali-kali tahu aku kejutkan kau Amani”.Bisik Alia sebaik sahaja amani
melabuhkan punggungnya pada kerusi yang bersebelahan dengannya.
“Aku tak perasanlah beb.Aku tak sedar
langsung.Malam tadi aku tidur lambat siapkan projek Puan Hidayah”.bisik aku pada Alia.Manakala Alia hanya tersengih.
“Kau
memang kalau buat kerja tak ingat dunia.tak ingat siang ke malam ke kan”.
“Ssshhh
senyaplah.Lepas kelas nanti kita cerita.Nanti encik penyibuk tu nampak kita
duduk berbisik macam ni tak pasal-pasal aku kena lagi huh..” Alia sudah
tersengih.Aku tahu Alia faham maksud aku tu.
“Ok
beres Cik Amani”.Lepas saja Alia berkata-kata aku pula yang tersengih sambil
mengerdipkan mata.
Alia adalah satu-satunya sahabat baik aku
sepanjang dia berada di menara gading ini.Mereka berkenalan pada minggu
orientasi lagi.Semenjak itu mereka bersahabat baik,malahan nak pergi
kemana-mana pun mesti berdua.Dah macam kembar.Kembar tak seiras tak sehati tapi
dua-dua kepala gila-gila .
TENGHARI
ITU , aku berjalan bersama Alia menuju ke kafetaria untuk mengisi perut.Maklum
sajalah sejak dari pagi lagi perutnya minta diisi, kalau dikira dah macam radio
buruk dah mana taknya nak menunggu habis kelas kemain lagi perutnya mendendangkan
lagu yang entah apa-apa.Muzik dan lirik semuanya dah tunggang terbalik
sampaikan Aku sendiri tidak tahu lagu apa yang sedang berdendang dalam perutnya
itu.
“Weh
cik Amani apasal kau diam aje dari
tadi?” soal Alia tiba-tiba
“Tak ada apa-apalah.Aku sebenarnya tension
sikit kebelakangan ni.Dengan assignment dan projek yang menjerit-jerit kat
cuping telinga aku ni minta disiapkan”.jawab Aku sambil tersengih.
“Ceh dah mula dah nak loyar buruk dengan
aku.”.jawab Alia sambil mencebik bibirnya pada aku.
“Biasalah beb.Kau macam tak kenal aku
kan.Eh lupa pula aku nak tanya, kau dah beli ke CD kartun yang aku minat
tu”?soal Aku .
“Kau ni Amani macam kanak-kanak ribenalah.Kau
tahu tak cerita kartun Tom & Jerry tu untuk budak-budak.Kalau kau sebaya
adik aku si Danial tu tak apalah juga nak tengok cerita tu tapi kau ni dah
layak untuk jadi mak budak tahu.”.Tu dia Alia mula membebel dah.
“La nak buat macam mana dah memang aku
minat gila cerita tu.Hello cik kak aku belum nak jadi mak budak lagi la.Kita ni
belajar pun tak habis lagi , so jangan nak menggatal ok.Dahulukan yang penting
dulu.”
“Ye la tu.Jual mahallah kononnya .Dah jom
hari ini aku nak makan nasi ayam cik kiah vogue tu” .
“Fulamak nasi ayam cik kiah
vogue..Sedapnya..Kau la ni pandai sangat sebut makanan rasa nak meleleh air
liur aku ni dengan bau aroma masakan cik kiah tu.Jom jom “.Aku mula menarik
tangan Alia.
“Kau memang bab makan patut serahkan pada
kau.Makan banyak tapi badan macam lidi kurus kering je.Pelik betul aku
tengok”.Ujar Alia sambil menggelengkan kepalanya.Memang tak dinafikan Aku kalu
bab makan memang nombor satu, yang peliknya badan tetap maintain tak naik naik
pun.Takat tu je.Ish.Ish ..Ish
“Well biasalah la beb.” aku mula menunjukkan
muka perasan .
“Eeiii
..kau ni pantang aku puji sikit .Mulalah perasan tak ingat dunia.Ish.Ish .Ish
.” balas Alia lagi sambil bercekak pinggangnya sambil tersenyum .Aku tayang
muka sengih.Ok beri laluan untuk iklan ubat gigi.Amani..Amani….
To Be Continued ...
SaLaM KaSiH
penulis novel kew??
ReplyDeleteEh bkn la.sy menulis sekadar suka2 je.tq singgah kemari.huhu
DeleteBEST JUGA SUKA SAYA BACA.
ReplyDeleteheehehe..Tq baby Mio sebab sudi singgah dan baca karya Ayra Zahra..:)
ReplyDelete