BAB 2
BAB
2
HARI
ini hari minggu.Bolehlah aku bangun lambat.Sekarang cuba teka aku berada
dimana.Sudah semestinya aku duduk tergolek-golek atas tilam empuk aku.Oh
jawapan korang memang salah , sebabnya
aku bukan berada dekat asrama aku tapi aku sudah berada dirumahku di Shah Alam
dan sedang terbaring-baring dalam bilik aku.Sembahyang subuh sudah aku
tunaikan.So sekarang masa untuk aku sambung tidur kembali.Bila weekend macam ni
bolehlah aku relax sikit.Lalu aku mengambil patung beruang yang aku panggil Cik
teddy yang berada disebelah aku peluk untuk menyambung mimpi indah semula.Dalam
beberapa minit selepas itu aku terus terlelap.
Kini
aku berada di taman bunga.Tapi aku tak pasti dimana aku berada .Tempat itu
begitu indah sekali.SubhanaAllah begitu hebatnya kuasa Allah yang mencipta alam ini
yang sangat indah.Aku menghirup udara yang segar pada pagi itu.Sungguh nyaman
ku rasanya..Sejuknya itu boleh dirasa
sampai ke tulang.Dah macam duduk kat oversea pula.
Oversea
ke? Over The Sea ?.Aah lantaklah.Tak kiralah kat mana-mana pun yang penting
tempat ini memang cantik.
“SubhanAllah cantiknya ciptaan Engkau Ya
Allah..”
Sewaktu
melalui taman tersebut tangan aku mula menggatal untuk memetik bunga yang
sedang mekar tu.Dengan pantas aku menyuakan tanganku pada bunga tersebut.Lalu
aku membawa bunga tersebut ke hidungku untuk mencium keharuman yang terbit dari
kelopak bunga tersebut.
“Hacum…hacum” tiba-tiba aku bersin.Apasal
pula aku bersin ni ?Setahu akulah kan
aku bukannya alah pada bunga.Orang kata kalau perempuan alah pada bunga
rugi woo.Iye ke rugi?Entahlah.Biasalah mulut orang yang kata bukan mulut aku
yang kata.Hehehe..
“Ceh kurang asam patutlah aku bersin bila
cium bunga ni.”. Mesti korang tertanya-tanya kan kenapa aku bersin
tiba-tiba.Mungkin ada yang cuba meneka bau bunga tu busuk ke apa ke kan?Eh
kejap ada ke bunga yang bau busuk?.
“Rupa-rupanya kau duduk kat dalam bunga ni
ye cik lady bird.Ceh terkejut aku.Nasib baik kau tak masuk dalam lubang hidung
aku.Kalau tak naya aku tak pasal-pasal aku di tuduh sebagai pembunuh pula.”AKu
membebel seorang diri.
Tangan
aku mula merayap ke badan lady bird yang sangat comel.Warnanya badannya merah
manakala bintik-bintik diatas belakangnya pula berwarna hitam.Comel betul la
kau cik lady bird.Beberapa detik kemudian cik lady bird terus saja terbang.
“Bye
bye cik lady bird “.
Aku
terus berjalan disekitar taman tersebut.Disebelah kiri taman itu pula ada anak
sungai yang mengalir.Wah cantiknya.Dengan taman bunga macam ni siap dengan anak
sungai .Eh anak sungai ke?bukan tasik ke.Aah tak kisahlah anak sungai ke tasik
ke yang penting tempat ni memang cantik.Aku suka dengan keindahan tempat ini.
Kakiku
mula melangkah menuju ke jambatan yang berada di tengah tasik tersebut.Bila
sampai sahaja di jambatan tersebut aku terpukau dengan suasana disebelah
sana.Oleh kerana mata aku asyik terpandang keindahan pada sebelah sana dengan
serta merta kakiku mula melangkah melalui jambatan tersebut.Nak kata jambatan
kayu pun tak, nak kata jambatan batu pun tak.Habis tu jambatan jenis apa?konkrit
kot?
Aku
mula merasakan yang diriku ni bagaikan
seorang puteri yang sedang bermain-main di dalam taman istana.Alangkah indahnya
hidup disini.Cantik dan mendamaikan hati dan juga perasaan.Mak aih aku dah mula
berangan sudah.Perasan ala-ala Cinderella gitu.Kalau nak berangan jadi Cinderella mesti aku kena pakai kasut
kaca.Mata aku mula memandang bawah melihat kasut kasut kaca aku beb.
Bila
pandang saja dekat bawah , alamak hai tak dapatlah nak jadi Cinderella sebab
kasut aku bukan kasut kaca .Di kaki aku cuma tersarung selipar jepun je.Ceh tak
sesuai langsung aku nak berangan.kacaulah selipar jepun ni.Tak apalah kalau tak
boleh berangan nak jadi Cinderella aku nak jadi snow white la pula.Aku ni
memang tak habis-habis dengan berangan sepanjang masa.Snow white pun snow white
lah.Tengok terpengaruh dengan kisah-kisah dongeng la ni.
Aku
meneruskan lagi perjalanan aku.Sesampai sahaja selipar jepun yang aku pakai ni
ke suatu kawasan mata aku ternampak
sebuah bangku yang cantik.Ada meja dan juga tiga buah kerusi yang
indah.Bersebelahan dengan bangku tersebut terpacak pokok yang rendang.Ala-ala
seperti pokok bunga sakura pula , nak
kata seperti pokok Ru pun boleh juga.Ahaks !
Sewaktu kakiku menghampiri bangku tersebut ,
baru aku perasan yang ada orang sedang duduk dibangku tersebut.Bila dekat baru
nampak maklum sajalah aku ni memang rabun sedikit.Rabun jauh je ok bukan rabun
warna tau .Walau bagaimanapun aku tak dapat lihat mukanya kerana orang tersebut
memandang kearah lain.Siapakah dia.Aku cuba gagahi kakiku ini untuk melangkah
menuju kearahnya.Hatiku berdegup pantas untuk mengetahui orang itu.Teruja beb
nak tahu.
Ohh jejaka rupanya.Namun begitu aku masih
tidak dapat melihat rupanya dengan jelas lagi.Akhirnya kakiku sampai jua
dibangku tersebut.Aku teragak-agak untuk menegurnya.Macam mana ye.Dibuatnya
kalau orang tu orang jahat tak ke naya aku.Mana tau kot-kot penculik ke,
perompak ke,tapi kalau penculik ke perompak ke tak kanlah dia duduk disitu
sambil membaca buku.Nak tegur ke tak nak, nak ke tak nak.Aduh.Tegur jelah.
Ibu
aku kata kita tak boleh menyombong dengan orang , so tegur je la.Alamak rasa
tersekat pula anak tekak aku ni untuk mengeluarkan suara.Aduhai..Ok cuba sekali
lagi .Bertenang Amani.Bertenang jangan menggelabah .Dup dap dup dap.Apa pasal
jantung aku ni kencang semacam saja?Tenang Amani.
“Assalamualaikum…”..mulut
aku sudah mula menyapa jejaka tersebut.
“Waalaikumussalam”..Jejaka
tersebut menjawab .Belum sempat jejaka tersebut memalingkan mukanya ke arah aku
.Telinga aku sudah kedengaran sayup-sayup memanggil namaku .Eh macam kenal
je suara tu .
“Adik
adik ..bangun..dah pukul berapa ni”.Aku terus terkejut dari lena.Sah suara
ibu.Aduh ibu ni pun satu time macam ni juga la nak kacau aku dari tidur.Haish
potong line betul la.Aku membuka mata perlahan-lahan sambil menggeliat.Alah tak
sempat aku nak ushar jejaka dalam mimpi aku tu.Haish.
“Apa
nak jadi dengan kamu ni adik.Dah pukul berapa ni tak bangun lagi.Elok sangat la
tu tidur lepas subuh.Macam mana rezeki nak masuk kalau perangai macam ni nak
berlaki macam mana kalau bangun lambat macam ni.Bertuah punya anak dara”.Ibu
aku sudah membebel.
Kebabom..Habislah
aku.Pagi-pagi lagi dah kena ceramah khas dengan ibu.Aduhai tadah telinga je la
jawabnya.Aku mula buat muka bosan sambil menggaru-garu kepala.
“Kamu
dengar tak ibu cakap ni Amani”?Ujar ibu aku lagi sambil menepuk paha aku.Haa kalau dah panggil nama
Amani tu habislah aku.
“Iye
ibu, adik dengar.Pukul berapa dah ibu?”Tangan aku mula meraba-raba bawah bantal
mencari handphone kesayangan aku.Mana pula perginya handphone aku ni?
“Amani
Qaleesya anak dara kesayangan ibu jam di dinding tu menunjukkan pukul
berapa.Cuba adik buka mata luas-luas dan tengok”.Ibu aku mula menunjukkan jari
telunjukkan kearah jam Angry Bird yang terlekat di dinding bilik aku. Aku terus
memandang kearah jam angry bird dengan mamai lagi.Syyhhh jangan bagitau jam aku
jam angry bird nanti malu aku .Ahaks.
“Baru
pukul lapan empat puluh lima minit ibu.Awal lagi.Kejaplah kasi adik tidur kejap
je lagi.Lepas itu adik bangunlah eh
ibu.Adik nak sambung bermimpi sekejap je lagi ibu.”Ujar aku dengan selamba sambil merebahkan badan
aku kembali ke tilam.
“Oh pukul lapan empat puluh lima ye.Adik tau tak sekarang ni dah pukul Sembilan empat
puluh lima.Amboi-amboi sempat lagi nak sambung mimpi”.Ujar ibu aku sambil
menepuk pipi aku.Bila saja mendengar kata-kata ibu terus aku membuka mata
seluas-luasnya.Sekali aku memandang jam angry bird di dinding.Berkali-kali juga
aku menggosok mata aku ni.Eh betul la kata ibu dah pukul Sembilan empat
lima.Apa lagi mula la aku menggelabah tak tentu pasal.Aku dah mula bingung
sampaikan aku tak tahu nak buat apa.
“Ibu
..ibu..Abah ada dekat bawah tak?” .Aku mula mempamerkan muka risau.
“Abah
tak ada.Dia keluar pagi-pagi lagi .Abah pergi ke KLIA jemput abang Amar kamu.”.Selamat
aku , nasib baik.Kalau abah tahu aku bangun lambat mahu taknya berdarah telinga
aku dengar ceramah abah lagi.
“Eh
abang Amar balik hari ni eh ibu”.
“Ye
la.Sekejap lagi mesti abah kamu dengan abang kamu sampai.Baik adik pergi mandi
sekarang.Kalau abah tahu adik bangun lambat macam ni habislah adik .”Toko ibu
aku lagi.
“Alaa
ibu dengan abah sama je.Suka bagi syarahan
dekat adik”.
“Amboi
mulut bukan main lagi menjawabnya.Karang ibu sepit mulut tu baru tahu”.Ibu aku
dah mula mempamerkan muka marah pada aku.Ala marah-marah sayang gitu.
“Alah
ibu adik gurau je.Oklah adik pergi mandi
dulu.Kalau abah dengan abang sampai adik tak turun lagi ibu backup la adik sikit eh.Ibu
kan tahu amani kalau mandi lama sikit.”.Aku mula buat muka kesianlah
kan.Confirm ibu kesian tengok muka aku nih.Hehehe.
“Yelah.Cepat
turun.”Ujar ibu aku sambil bangun dari katil aku lalu menggelengkan
kepala.Jangan tak tahu walaupun mulut ibu aku kadang-kadang macam petir tapi
bila aku kena marah dengan abah kan ibu
akan backup aku .Maklum sajalah aku sorang je anak perempuan dia.
“Ok
bos”.Aku mula menggangkat tangan kanan buat ala-ala tabik hormat gitu.Aku mula
bangun dan melangkah kemeja solek aku yang berada di tepi katil aku belah
kiri.Tangan aku mula mengambil sikat lalu disua sikat tu pada rambut aku yang
panjang mengurai.Sekali tengok tak ubah
seperti mayang mengurai.Eh kalau
jadi rapunzel pun ok apa? .Sempat lagi aku berangan depan cermin.
Ish
Amani..Amani tak habis-habis nak berangan.Selesai saja menyikat rambut terus
aku menuju kearah penyidai tuala.Dengan
sepantas kilat tangan aku mengambil tuala tersebut lalu melangkah menuju kearah
bilik air.Haaa korang jangan nak mengintai aku mandi pula.Dah-dah pergi sana
nanti kejap lagi aku sambung cerita lagi.Bagi masa untuk aku bersiap sebelum
abah dan abang aku sampai.Kalau tak naya aku kena marah dan juga kena ceramah
dengan mereka.
“ASSALAMUALAIKUM” kedengaran
orang memberi salam dari luar.Lalu aku melajukan langkah menuju ke ruang
pintu utama.
“Waalaikumussalam”
.Aku menjawab salam lalu aku memulas tombol pintu.
“Abang”..Aku
menjerit melihat abang aku berada di depan aku.Dengan pantas aku menyuakan
tangan untuk bersalam dengan abang kesayangan aku.Satu-satunya abang yang aku
ada di dalam dunia ni.
“Apa
khabar adik abang ni?Rindunya dekat adik.Adik tak rindukan abang ke?”Balas Amar
sambil memeluk Amani erat.Bertahun-tahun berada diluar negara untuk menuntut ilmu.Akhirnya hari ni abang
Amar kembali ke tanah air setelah berhempas pulas dengan pelajaran disana.
“Mestilah
adik rindu kat abang”.
“Ibu
mana dik?abang tak nampak pun?”.Ujar abang aku lagi .Matanya melilau-lilau
mencari kelibat ibu kami.
“Tu
ibu” .Waktu itu ibuku sedang berjalan menuju kearah kami sambil tersenyum.
“Ibu.Apa
khabar?Amar rindu sangat dekat ibu”.Ujar abang aku lagi sambil mencium tangan
ibuku lalu memeluk ibu dengan erat..Ibuku menitiskan air mata melihat abang
balik hari ni.Hati ibu mana yang tak rindukan anak dia kan.
“Alhamdulilah
ibu sihat.Kamu sihat.Ibu pun rindu sangat dengan kamu”.ujar ibu dengan sebak
“Ibu
jangalah menanggis.Amar dah balik ni.Ibu jangan risau lagi ye”.Jawab abangku
pula.
“Ni
sampai bila ni nak macam ni?Kot ye pun masuklah dalam rumah dulu.” Tiba-tiba
abah kesayangan aku bersuara.Manakala kami bertiga hanya tergelak.Akhirnya kami
berempat menuju ke ruang tamu rumah.Disinilah rumah aku.Inilah family aku.Aku
tak ramai adik beradik.walaupun tak ramai tapi keluarga aku tetap meriah.Aku ni
kan memang penyeri rumah ini.Alamak dah
mula perasan aku ni.hehehe..
Aku
dengan abanglah racun dan penawar untuk ibu dan abah.Aku bersyukur kerana
dikurniakan seorang ibu , abah dan juga
abang yang sangat baik dan sangat sayang pada aku.Mereka bertiga ibarat nyawa
aku.
To Be Continued ....
SaLaM KaSiH
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D