GAMBAR DR PAKCIK GOOGLE
BAB 3
KEESOKKAN
harinya.Ok hari minggu dua hari sahaja memang tak puas duduk rumah.Nak tak tak aku kena balik
kampus aku petang ni tak pun malam ni.Tengoklah abah aku hantar aku pukul
berapa nanti.Bukan jauh pun dari rumah
nak ke kampus.Kalau ikutkan aku tak nak duduk asrama pun boleh cuma aku tak nak
menyusahkan abah datang hantar dan jemput aku saja.
Bukan
aku tak ada lessen kereta,tapi abah yang tak bagi aku drive.Biasalah jalan
sekitar shah alam ni sesak juga tambahan
pula aku ni selalu terbolah sikit bila memandu.Takut-takut beb.Maklum sajalah
baru je dapat lesen, tu yang abah aku tak nak kasi aku bawa.Abah kata bukan
abah sayang dekat kereta tu tapi sayang dekat aku.Bila aku dah mahir baru abah
bagi aku drive sendiri.Sayang abah lebih la macam ni.
“Adik..Adik..”.Kedengaran
suara abang Amar memanggil aku sambil mengetuk pintu bilik aku.
“Masuklah
abang , pintu tak kunci pun”.
“Adik
tengah buat apa tu”?soal abang aku lagi.Ish abang aku ni nak kena ni tak nampak
gamaknya aku tengah buat apa.
“Tengah
buat keklah abang.Tak nampak ke ni adik tengah putarkan mentega dengan telur
ni.”
“Amboi
kemain loyar buruk adik abang sekarang.Adik malam nanti abang hantar adik balik
asrama ok.Lepas kemas nanti jom keluar dengan abang .Kita pergi ronda-ronda
nak?” .Tu dia abang aku dah mula memancing aku.Mesti ada fishball dalam mee
udang ni.
“Nak
pergi mana”? aku mula menyoal siasat abang.Jeng jeng jeng
“Adalah.Abang
nak jumpa seseorang.Bolehlah dik temankan abang.Abang nak perkenalkan adik pada
seseorang”.ujar abang aku sambil tersengih seperti kerang busuk.See kan aku dah
kata ada fishball dalam mee udang.
“Jumpa
siapa?Hah kejap-kejap biar adik teka.Abang ada makwe eh?cepat bagitau adik
kalau tak adik report dekat abah”.Cewah aku ugut abang .
“Amboi
pakai ugut-ugut pula.Alah tak lama lagi abah akan tahulah.Abang nak adik kenal
dengan bakal kakak ipar adik.”.
“Kemain
eh abang.Oh nak suh adik berkenalan.Tak ada hal tapi abang berani ke nak
bagitau ibu dengan abah?” mulut aku berkata-kata lagi sambil menggangkat
kedua-dua belah kening.
“Adikku
Amani sayang for your information abah dengan ibu tahulah semua tu.Tapi bukan
abang nak kahwin sekarang.Abang nak kerja dulu kumpul duit baru leh masuk
pinang anak dara orang tahu”.
“Aik
apasal adik tak tahu menahu pun?Ibu dengan abah tak cakap pun dekat adik”. Aku
mula menunjukkan muka sepuluh sen depan abang aku.Pura-pura merajuk.Konon la
merajuk padahal tak pun.Dalam hati gembira dengar berita yang abang aku
sampaikan itu.
“Janganlah
merajuk adik,bukan abang tak nak bagitahu adik.Tapi masa tu tak sesuai untuk
abang bercerita pada adik.So sebab tu la abang nak perkenalkan adik dengan
dia.Abang nak tengok apa kata adik tentang pilihan abang.Boleh”.Abang Amar mula
memujuk aku.
“Kalau
adik tak berkenan dengan buah hati abang tu macam mana?Abang akan pilih dia
juga ke?”Kata-kata aku telah membuatkan muka abang aku yang ceria tadi kembali
mendung seperti hari mahu hujan.
“Kalau
adik tak setuju abang tak pilih dia la”.Jawab abang aku lagi dengan
perlahan.Alamak kesian aku tengok muka abang aku yang dah macam ayam berak
kapur.
“Abang
ni muka macam ayam berak kampur je.Adik acah je tadi.Yeah abang sudah terkana
bang bang boom.”Aku sudah tergelak kemenangan.
“Cis
adik sengaja nak kenakan abang eh?nak kena sekeh ni.Mari sini abang nak
sekehkan kepala tu.Makin nakal eh sekarang”. Aku sudah tergelak dan sudah
bangun .Ok abang aku semakin dekat untuk menyekeh aku.Ok one , two , three
lari…Lintang pukang aku lari menuju ke tingkat bawah.Apa lagi main kejar-kejar
dengan abang akulah kat ruang tamu tu.
“Ya
Allah budak berdua ni kan tak ada kerja lain ke.Korang berdua bukannya kecil
lagi.Apa ni berlari sana sini.Ni bukan padang untuk berlumba lari ke apa.Korang
berdua dah besar panjang tau dah boleh jadi mak dengan bapak budak dah”.Sudah
Puan Sharifah dah mula bising.Ops lupa
pula nak kenalkan puan Sharifah tu ibu kitaorang la.
“Ibu
tengoklah abang ni.Dia yang start dulu.”Aku mula membela diri sambil
menjelirkan lidah pada abang aku.Bantal kecil di sofa aku campak kearah muka
abang aku.
“Ibu
tengolah anak dara ibu ni.Mengada-ngada.Dia tipu .Dia dulu yang mula.”.Balas
abang aku cuba membela dirinya.Bantal kecik yang aku campak tadi di campak
semula kearah aku.Aduh kang dah terkena kat muka.Ceh kemain lagi bantal kecil
tu landing keatas muka aku yang comel ni.
“Sudah
berhenti.Dah besar panjang perangai macam budak kecil.Apa nak jadi dengan
korang berdua ni.Makin pening kepala ibu ni.Ibu .”.Puan Sharifah sudah bercekak
pinggang.Sudah ibu dah naik minyak.
“Ehem..Ehem”.Kedengaran
suara orang berdehem.Dengan selamba aku terus melabukan punggung aku ke sofa
lalu ku capai remote TV.Pura-pura tengok TV.Tu dia abah aku dah datang.Tau
takut kalau abah marah lagi la haru.
“Ada
apa ni bising-bising sampai ke luar”.Abahku Encik Hisham sudah bersuara.
“Errk
tak ada apa-apa abah.Amar bergurau dengan Amani je kan adik ?” soal abang aku
tiba-tiba sambil mengenyitkan matanya pada aku,.Abang aku dah bagi signal dah
tu.
“Be..
Betul abah tak ada apa-apa.Kitaorang gurau je.Eh abang cerita ni dah main cepat
la tengok”.Aku mula menarik tangan abang aku.Pura-pura tengok TV.Abang aku pula
hanya mengikut saja rentak aku.
“Tahu
pula takut dekat abahnya.Kalau ibu cakap ni bukan nak dengar kan”.ibu aku
bersuara lagi.
“Kenapa
Pah?” soal abah lagi.Aku dengan abang mengalihkan pandangan pada ibu.Buat muka
kesian depan ibu.Kalau ibu cakap sah-sah kena berleter dengan abah.Memanglah
abah aku tu sporting tapi kalau dia tahu aku main kejar dengan abang mestilah
dia marah.Yelah kalu zaman kecil dulu a.k.a zaman kanak-kanak ribena tak apa la
ni semua dah besar panjang.
“Tak
ada apa-apa bang.Budak berdua ni bergurau je tadi.Ye la lama tak bersua.Abang
bukan tak tahu Amani dengan Amar ni kalau dah jumpa mulalah perangai lama
diorang tu.Macam anjing denga kucing.Asyik nak bertekak saja”.Alamak ibu jangan
cakap.Tidak !
“Kamu
berdua ni .Dah besar tapi perangai macam budak-budak.Haish apa nak jadilah
korang berdua nih , tapi tak sangka anak abah dah besar panjang.Rasanya korang
berdua ni kecil lagi.”Ujar abah sambil tersenyum pada aku dan abang.
“Sebab
dah besar panjang la yang makin nakal tu bang”.Ibu aku mula menggelengkan
kepalanya .
“Abang beli tak barang yang saya kirim tadi?”
“Mestilah
beli.Nah ni barang yang awak pesan tadi”.Abah aku menghulurkan plastik barang
pada ibuku.
“Terima
kasih bang.Sekejap ye saya buatkan air untuk abang”.
“Sama-sama.Ye
lah.Saya nak naik tukar baju sekejap”.Ibu hanya tersenyum sambil mengganggukkan
kepalanya pada abah.Mak aih dari nada mereka mercakap aku boleh rasa yang ibu
dengan abah aku tu romantik.Fulamak untung ibu dapat abah .Abah memang
terbaiklah dalam dunia ni.Kalau macam tu aku nak cari calon suami sama macam
abahlah.Hehehe.Sempat lagi berangan.Tapi ada ke lelaki yang macam tu kat zaman
ni?
MALAM
itu seperti yang dijanjikan abang aku menghantar aku pulang ke asrama.Sewaktu
di dalam perjalanan menuju ke kampus aku melayan lagu-lagu di radio hotfm.Abang
aku pula tengah khusyuk memandu.Ingat lagi jalan ye abang aku ni walaupun
bertahun tinggal di oversea.Jangan tak tahu abang aku belajar di UK.Abang aku
mengambil jurusan engineering.Hebatkan abang aku leh sampai sana.
Aku
pun teringin juga nak menyambung pelajaran disana,tapi nanti-nantilah.Lagipun
apa kurangnya belajar kat negara sendiri ini.Mungkin pengalaman dan cara
pembelajaran dan juga budaya yang berlainan.
“Adik macam mana tadi?ok tak kak Raisya tadi?”
Abang aku sudah bertanya tentang perjumpaan dengan kak Raisya petang tadi.
“Adik kenalkan ni la Kak Raisya yang abang
cerita pagi tadi”.ujar abang aku sambil menepuk bahuku yang tengah khusyuk dok
melantak burger di McD.Dapat makan Big Mac tak ingat dah orang dekat sekeliling
aku ni.
Aku
terus mengelap tangan aku dengan tisu yang berada diatas meja.Sempat lagi aku
menyedut air Coca Cola.Aku menyambut salam dari kak Raisya.
“Raisya
kenalkan ini adik abang Amani”.
“Assalamualaikum
Amani.Apa khabar?”.kak Raisya mula bersuara
“Waalaikumussalam.Alahamdulilah
sihat.Akak sihat?” Aku mula tertarik dengan perwatakan Kak Raisya.
“Alhamdulilah
akak pun sihat”.balas Kak Raisya sambil tersenyum manis.
“Eh
duduklah kak,tak kan nak berdiri pula.” Aku mempelawa Kak Raisya duduk manakala
abang aku mula mengatur langkah untuk ke kaunter nak order makanan untuk Kak Raisya
la tu.Bagus betul abang aku ni.Tersungging sebuah senyuman di bibirku.
“Kak
Raisya ni orang mana?Dah lama ke kenal abang Amani tu?”.Aku mula menyoal siasat
.Jeng jeng.
“Akak
orang Shah Alam juga.Akak dah lama kenal abang Amani tu.Kami belajar sama-sama
dekat UK”.
“Fulamak
kiranya akak ni satu kelas dengan abanglah?”
“Eh
taklah akak ambik bidang lain.Cuma kami satu university sahaja”.jawab Kak Raisya
lagi sambil tersenyum.Lepas tu apa lagi makin rancak la aku berborak dengan Kak
Raisya.
Memang
tak dinafikan kak Raisya bukan saja cantik tapi lemah lembut.Macam mana abang
kesayangan aku tak tertawan.Aku suka dengan kak Raisya.Dia seorang yang tak
menyombong.Yang paling best kepala dia pun sama macam aku.Kepala
gila-gila.Boleh jadi geng woo.Sukanya aku ada geng sekepala.
“Dengar
tak ni? Haish budak ni.Abang tanya boleh pula dia mengelamun”.abang aku
bersuara lagi.Tersentak aku dari lamunan.
“Abang
ni kacaulah .Orang tengah melayan perasaan dengar lagu ni”. Lagu dari kumpulan
unggu yang bertajuk Percaya Padaku yang sedang berkumandang dicorong radio.Saja
je tipu abang aku cakap duduk melayan lagu tu padahal aku fikiran melayang
tempat lain.
“Amboi
jiwang juga adik abang ni ye”?
“Tak
sayang mulut nampak.Biasalah sekali sekala kena juga berjiwang karat ni.Alah
abang pun sama kan.Mentang-mentanglah dalam hati ada taman.” Aku membalas
sambil menjelirkan lidah padanya.Abang aku apa lagi tersengih la.
“Soalan
abang tak jawab lagi?Macam mana dengan kak Raisya tadi?Ok tak dia?Sesuai tak
dengan abang?”.Mak aih banyak bebenor soalannya.Mana satu aku nak jawab ni.
“Abang
ni banyak sangat soalan,nak suruh adik jawab yang mana dulu ni?”
“Ok
sorry..Adik jawablah yang mana adik suka.”balas abang aku lagi matanya terus
fokus pada jalan raya.
“Errmm
Kak Raisya ye?ermm ..Errmm macam mana ye nak jawab”.
“Hai
dik tak reti nak jawab ke pulanya.Apa susah gunalah mulut tu”.
“Amboi
mulalah nak kenakan adik.karang adik reject Kak Raisya baru padan muka abang
tu”.
“Eh
janganlah sampai gitu”.Ujar abang aku dengan muka gelisah.Haaa tahu
menggelabah.Padan muka !
“Oklah
adik jawab.Jujur adik kata adik suka dengan Kak Raisya tu.Dia memang
baik.Sesuai sangat dengan abang.Maka dengan ini adik ingin mengumumkan
bahawasanya adik bersetuju dengan pilihan hati abang”.Abang aku kat sebelah
kemain lagi tersenyumnya.Boleh sampai ke telinga senyum bukan main lebar lagi kan.Dalam hati ada
taman katakan.
“Thanks
you adik.Abang cari seorang kakak yang boleh jaga adik abang seperti mana abang
jaga adik”.
“Ish
abang ni adik dah besar ,tak payah la nak jaga sampai macam tu sekali”.
“Mana
boleh.Adik tanggungjawab abang tahu.Ingat abang akan lepaskan adik macam tu je
ke.Selagi adik tak kahwin selagi tu abang tak akan sesekali lepaskan
tanggungjawab abang sebagai abang adik.Faham!”.Abang aku ni memanglah.Aku tahu
dia sayangkan aku.Aku pun sayangkan dia juga.
“Ye
adik faham.Thanks abang” .Aku tersenyum.Tulah abang aku.Dia selalu dahulukan
aku .Sama seperti abah.Mereka berdua hero dalam hidup aku.
SaLaM KaSiH
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D