SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, July 29, 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU SPECIAL PART 1

Assalamualaikum u oll...


Minggu ni akan di update teaser special dari 2 bab yang ada dalam ADU yang di mana x di mention bab berapa.Hehehhee..Hari Khamis ni last update ADU..Mekasih semua yang singgah dan baca cerita ni.. =)



                             




TEASER SPECIAL PART 1

    “SAYANG nanti  kita sambung lagi cerita , nak kena sambung buat kerja.Balik karang saya hantarkan awak seperti biasa ok.”Tingkah Zafran Nufail sambil tersenyum pada Dian.
    “Ok.Pergilah sambung kerja.Saya pun ada kerja nak kena buat.Petang nanti saya tunggu awak dekat pintu depan.”Balas Dian sambil membalas senyuman dari tunangnya.

    Sejak Dian bekerja semula di Khalid Group ni pergi dan balik memang di jemput oleh Zafran Nufail.Pada mulanya Dian ingin memandu sendiri namun sebaik saja Dian beritahu pada Zafran terus Zafran menghalangnya.Dian hanya mengikut saja.

    Kemudian Zafran terus menoleh menuju ke meja Suzie sambil mengambil sesuatu sebelum bergerak menuju ke ruang kerjanya.Dian pula sudah pun mengadap skrin komputer untuk menyambung kerjanya yang terbengkalai sejak tadi.Pagi tadi sememangnya Dian sudah berkobar-kobar untuk membuat kerjanya tetapi di sebabkan dia tiada idea yang menarik jadi Dian banyak buat research dekat internet untuk mencari idea atau dapatkan sedikit gambaran.

    Zafran baru saja ingin melabuhkan punggungnya di kerusi namun tidak sempat kerana Zafran terpandangkan seseorang.Di kala itu Hana sedang melambaikan tangannya pada Zafran.Hana melambaikan tangannya pada Zafran supaya Zafran datang ke tempatnya.

    Apa helah Hana sebenarnya ni?Ada saja Hana ini.Jangan si Hana ni buat hal mengarut sudahlah.Terima sajalah kenyataan tu cik Hana Yasmin oii.Cinta itu bukannya boleh di paksa.

    Zafran tidak faham dengan lambaian tangang dari Hana.Zafran apa lagi tayang muka blur lah sambil mengerutkan dahinya.Si Hana ni melaung pun manalah Zafran nak dengar jikalau Hana berada di jabatannya yang di kelilingi cermin.Zafran membuat gaya tidak dengar sambil meletakkan tangannya di telinga.Hana mengeluh sekejap lalu mengangkat tangannya sambil buat aksi tunggu sekejap.

   Hana mengambil telefon bimbitnya yang terletak di atas meja lalu di dail nombor telefon Zafran.Terperanjat Zafran mendengar telefonnya berbunyi.Zafran mengerut dahi lagi sebelum menjawab panggilan dari Hana.

    “Perempuan ni nak apa pula?” Bebel Zafran sendirian .
    “Hello Hana .Kenapa?” Soal Zafran di talian.

    “Zafran.Sorry kacau you.Boleh datang dekat jabatan saya tak sekejap.” Soal Hana di sebelah sana.Zafran menoleh kembali kea rah jabatan yang di huni oleh Hana.

    “Awak nak apa?Saya banyak kerja ni.” Tingkah Zafran pula.Memang dia ada banyak kerja yang harus dibuat olehnya.

    “Sekejap saja.Ada hal sikit.” Pujuk Hana sambil melambaikan tangannya lagi.
     “Ada apa ni Hana?Saya banyak kerja nka buat dekat sana?” Soal Zafran sebaik saja tiba di depan Hana Yasmin.Di kala itu juga senyuman di bibir Hana sangat lebar.

     “Saja je.Zafran sebenarnya saya ingat nak ajak awak makan.Bolehlah.Saya belanja.Lagipun tak lama lagi awak dah nak kahwin dengan Dian.Lepas ni saya janji saya tak akan ganggu awak berdua lagi.” Tingkah Hana Yasmin sambil merenung Zafran Nufail.

     “Makan?Saya sorang atau saya dan Dian.” Sengaja Zafran tekankan nama Dian di situ.
      “Saya ingat nak buat party sikit , ala-ala bachelor party macam tu.” Jawab Hana dengan selamba.

     “What bachelor party.Hana awak sedar tak apa yang awak cakap ni.Yang awak nak ikut gaya barat sangat tu kenapa.Saya tak nak.Dah la saya nak pergi sambung buat kerja.Awak ni banyak terikut dengan gaya barat sangat ni.” Tingkah Zafran sambil menggelengkan kepalanya.

    Eh mamat ni.Aku ajak je.Tu dah nak melenting.Bebel Hana sendirian di dalam hatinya.
    “Ok sorry.Kalau awak tak nak macam tu jadi saya belanja awak makan sajalah.Kalau awak menolak bermakna saya ni bukan kawan awak.”Hana cuba menggugut Zafran Nufail.

     “Awak ugut saya ke Hana.Kalau setakat nak belanja makan boleh saja tapi saya kena datang dengan Dian lah.Dian kan tunang saya.”Balas Zafran Nufail dengan selamba.

     Sebaik saja mendengar nama Dian .Hana mengetap bibir tanda geram dan protes.
     Relax Hana.Tak mengapa.Biarkan Dian datang.Barulah best sikit orang kata.Gerutu Hana sendirian di dalam hatinya.

     “Ok memanglah awak patut datang dengan Dian.Dia kan tunang awak.Ok nanti awak bagitahu Dian sekali.Saya belanja .” Tingkah Hana dengan gembira.Jerat mengena kali ini.Zafran hanya mendiamkan diri sebelum berlalu nak menyambung kembali kerjanya.

    Hana peluang depan mata.Kau kenalah guna sepenuhnya.Desis hati Dian sendirian .Bibirnya terus saja tersenyum.

     TASHA baru saja balik dari outstation pagi ini.Dengan kepenatan Tasha memulas tombol pintu rumahnya.Tasha menarik beg berodanya lalu di bawa masuk ke dalam.Kali ini Tasha outstation di Perak.Sebaik saja ingin melangkah masuk ke dalam rumah Tasha pelik kerana melihat kasut lelaki bewarna hitam ada di lantai.Tasha menggarukan kepalanya.

    “Kasut siapa pula ni?Jangan kata si Hana bawa lelaki balik masa aku tak ada dekat rumah.Gila ke apa perempuan ni?” Bebel Tasha sendirian lalu melangkah masuk ke dalam ruamh.Sempat juga Tasha menjenggukkan kepalanya di ruang tamu namun tiada sesiaap di situ.Tasha meletakkan beg rodanya di tepi sofa sebelum bergerak ke dapur.

    “Hana..Kau dekat mana?” Panggil Tasha.Namun langsung tiada sahutan.Tasha ke ruang dapur jelas sekali tiada orang di situ.Tasha menoleh kanan dan kiri mencari kelibat Hana namun tidak juga kelihatan.

     “Mana pula minah ni?” Soal Tasha sendirian sambil bercekak pinggang.Entah kenapa hantinya tiba-tiba saja tidak merasa sedap hati.

    Tasha menapak semula ke ruang tamu lalu di labuhkan punggungnya di situ.Baru saja Tasha ingin merebahkan kepalanya tiba-tiba saja kedengaran loceng rumahnya berbunyi.
    “Assalamualaikum..”Kedengaran seseorang memberikan salam.

    “Waalaikumussalam..Eh Dian.Lama tak jumpa kau.Kau sihat?” Soal Tasha sambil memeluk erat Dian.
     “Awak kenal saya?” Soal Dian dengan terpinga-pinga sebaik saja pelukan di lepaskan.
     “Dian..Kau tak kenal aku.Tasha?Kawan serumah kawan baik kau Hana.Aku juga berkawan baik dengan arwah Dhiya’.” Terang Tasha dengan muka keliru.

      “Maafkan saya Tasha.Saya tak ingat.Selepas jatuh tangga saya di sahkan amnesia.Memang saya tak ingat.Bukan awak saja yang saya tak ingat malah Hana dan juga tunang saya Zafran juga saya tak ingat.” Terang Dian pula.Tasha melopong seketika.

     “Ya Allah Dian.Aku minta maaf sebab langsung tak tahu kau hilang ingatan.Aku melawat kau waktu kau sedang mengalami kemurungan dulu.Waktu tu kau langsung tak nak bercakap dengan aku.Selepas itu aku kena transfer ke Perak sekejap atas urusan kerja.Aku baru saja sampai pagi ini dekat rumah ni.Macam mana kau boleh datang ke mari?” Soal Tasha pula.

   “Tak mengapa Tasha.InsyaAllah nanti saya akan ingat kembali.Saya datang ke mari sebab Hana hantar mesej pada saya suruh datang ke mari.Dia send mesej tu malam tadi cakap dia tidak sihat.Dia minta saya datang pagi ni .Minta tolong saya hantarkan dia ke klinik.” Jawab Dian pula.Tasha menganggukkan kepalanya.

   “Ya ke.Aku pun cari dia.Tapi dia tak ada dekat ruang tamu.Mungkin juga Hana sedang tidur di bilik kot.Marilah kita masuk jengguk Hana di dalam.” Jawab Tasha lalu menarik tangan Dian masuk ke dalam rumah.Dian hanya tersenyum dan mengikut saja langkah Tasha.

      “Dian dapat dekat mana alamat?” Soal Tasha sebaik saja Dian menjejakkan kikinya di ruang tamu.
      “Hana hantar alamat rumah ni melalui sms.” Jawab Dian lagi.
      “Jomlah kita tengok Hana dekat bilik dia.” Tingkah Tasha lalu menarik tangan Dian sambil menuju ke arah bilik Hana.

       “Hana..kau dah bangun belum?” Soal Tasha sambil mengetuk pintu bilik Hana.Berkali-kali juga dia cuba memanggil dan mengetuk pintu bilik Hana namun tiada sahutan.Tasha cuba memulas tombol pintu.Tersenyum Tasha pada Dian apabila tombol pintu bilik Hana tidak berkunci.

    “Bukalah Tasha.Hana masih tidur kot.” Ujar Dian sambil menyuruh Tasha membuka pintu bilik Hana.Tasha hanya menganggukkan kepalanya sebelum membuka pintu bilik Hana dengan perlahan.

     “Hana bangunlah.Dian dah daaa…..” Tasha terkelu seketika apabila melihat Hana yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya pula ada seorang lelaki.Namun wajah lelaki yang sedang terbaring itu tidak dia tahu siapa.Dian menekup mulutnya sambil memandang Tasha.

    “Astagfirullah A’lazim ..Hana….Apa kau buat ni?Jerit Tasha dengan lantang sekali menyebabkan Hana tersedar.Hana membuka mata dengan perlahan-lahan seolah-olah tiada apa yang berlaku.Hana bangun dan duduk menampakkan dirinya yang sedang memakai baju tidur satin yang tersangat jarang.Terbeliak mata Tasha dan Dian melihat keadaan Hana ketika ini.

     “Kau ni nak apa bising pagi-pagi.” Marah Hana sambil menenyehkan matanya.
      “Banyak kau bising.Apa kau buat ni Hana?Siapa lelaki sebelah kau tu?” Jerit Tasha lagi.Nafasnya turun naik ketika ini.Sakit hati dengan perangai Hana.Tidak sangka Hana akan bawa balik lelaki di rumanhya sewaktu ketiadaanya.

    “Oh sebelah aku ni.Kawan aku.”Jawab Hana dengan selamba.
    “Hana apa semua ni?Hana mesej Dian cakap Hana tak sihat.Minta Dian datang bawa Hana ke klinik.” Tingkah Dian pula setelah berdiam diri.Mahu terkejut Dian melihat sahabatnya begini rupa.
    Lelaki tersebut tersedar sebaik saja mendengar suara perempuan sedang bising.Dengan payah sekali lelaki tersebut membuka mata.Kepalanya masih lagi pening.

    “Aku dekat mana ni?” Soal lelaki tu sambil membuka mata .Sebaik saja melihat  suasana bilik yang lain lelaki itu kelam kabut lalu bangun dan menoleh ke arah Dian dan juga Tasha.
    “Zafran.” Jerit  Dian dan Tasha serentak dengan muka yang terkejut.Zafran masih lagi kebinngungan di kala ini.Kepalanya di pegang kerana masih lagi terasa pening.

     “Dian macam mana awak ada dekat sini?” Soal Zafran dengan blur dan keliru.Kemudian Zafran memandang orang di sebelahnya.Sebaik saja melihat sesusuk tubuh di sebelahnya terus saja Zafran membuka mata seluas-luasnya.

     “Zafran apa semua ni?” Marah Dian. Wajah putih Dian sudah bertukar menjadi merah kerana menahan kemarahan.

      “Sampai hati awak buat kerja terkutuk ini Zafran.Awak tunang saya.Awak boleh buat macam ni pada saya.Hana sanggup awak buat saya macam ni.Awak berdua memang pengkhianat.Saya bencikan awak berdua.” Ujar Dian.Air matanya sudah gugur jatuh ke pipi.

    Jantung Dian hampir-hampir berhenti berdegup sebaik saja melihat wajah Zafran yang tidur dengan lena bersebelah Hana.Hati perempuan mana yang tidak sakit?Dian meraup wajahnya yang basah dengan air mata sebelum berlari keluar dari bilik tersebut.

    “Dian..Sayang tunggu dulu.Saya tak tahu bagaimana saya boleh ada di sini.Percayalah Dian.” Laung Zafran sambil berlari menuruni katil sebelum mengejar Dian.Tasha sudah mencerlungkan matanya pada Hana.Namun hati Hana sememangnya keras langusng tidak mengendahkan pandangan Tasha pada ketika ini.

   “Aku tak sangka perangai kau seteruk ni Hana.” Jerit Hana dengan marah.
     Dian berlari keluar menuju ke kereta.Dian mengambil sandle miliknya lalu di pegang,Dian berlari dengan berkaki ayam menuju ke kereta.Hancur luluh hatinya di kala ini.Tunangnya tidur dengan perempuan lain.Dian memejam mata seketika.

     “Sayang dengar dulu.” laung Zafran sambil mengejar Dian.Zafran berjaya mencerkup tangan kanan Dian.

     Dian meronta dan menarik tangannya dengan kasar dari cengkaman Zafran.Dian cuba untuk melintas jalan menuju ke keretanya .

     “Cukup Zafran.Awak khianati saya.I hate you very much.Saya tak akan maafkan awak.”Jerit Dian .Air matanya kala ini sudah mencurah-curah mengalir di pipi.

     “Bagilah peluang untuk saya terangkan semua ni.Percayalah Dian.Saya tak tahu bagaimana saya boleh berada di sini.” Zafran cuba membela dirinya.Dian menggelengkan kepala pada Zafran.

    Kepercayaan Dian pada Zafran sudah hilang dengan serta merta.Dian tetap membisu seribu bicara .Air matanya saja yang mengalir tanpa henti .Dian tidak mahu mendengar apa-apa lagi.Dian ingin pergi dari situ.

    Zafran cuba meraih tangan Dian kembali namun Dian menepisnya.Dian cuba untuk menuju ke keretanya yang terletak di seberang jalan berhadapan dengan rumah milik Hana.

     “Lepaslah.Saya benci awak.benci awak.” Marah Dian sambil menoleh lalu menuju ke keretanya, Zafran mencuba sekali lagi.Dian menepis lagi sekali sebelum berlari menuju ke keretanya.Namun malang tidak berbau apabila Dian langsung tidak menoleh kiri dan kanan sewaktu melintas lalu menyebabkan Dian di langgar lagi sekali.Dian di rempuh oleh sebuah kereta .Pemandu kereta tersebut menekan brek dengan mengejut.Dian sudah tidak sedarkan diri.Di kala itu juga Tasha dan Hana keluar dari rumahnya.

    “Dian..”Jerit Zafran dengan sekuat hatinya lalu berlari dan memangku kepala Dian.Tasha terus berlari mendapatkan Dian.

     “Dian..Ya Allah..Dian bangun.Zafran cepat kita bawa Dian ke hospital.” Jerit Tasha .Zafram terus memangku Dian lalu di bawa Dian ke kereta Tasha.

     Hana hanya melihat saja tanpa membantu.Hari ini puas hatinya apabila dia sudah berjaya dengan rancangannya.Terlukis satu senyuman di bibir Hana.Padan muka kau Dian.Gerutu Hana di dalam hatinya.


    Astagfirullah A’lazim Hana.Busuknya hatimu.Sanggup kau buat begini pada Dian.Ke manakah hilangnya hati budi mu .Kejam sungguh kamu Hana . 

Bersambung...

NotaTersepit: Sekarang sedang menyiapkan cerpen raya cristall ball vs almond london.Esok akan di update sambungan cerpen itu.


6 comments:

  1. rase nak bagi penampaq sedas dua dekat Hana nuh .. huhu

    ReplyDelete
  2. hehehehe kan..Hana ni macam x da hati perasaan cikit Janji dia akan dpt apa yg dia nak..:D

    ReplyDelete
  3. Nak lagi!!!bestnya good luck ayra.

    ReplyDelete
  4. jahat cam hantu meroyan si hana nih!!!eeeeeeeee gerammmmmmmmmm hehe dek writer best,sedehhhhhhhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..Memang Hana jahat .Mekasih singgah baca. Karya ini sudah di hantar kepada penerbit untuk di nilai.InsyaAllah kalau ada rezeki adalah.Kalau tak ada mungkin akan di publish semuanya di blog. :)

      Delete

Tq sudi komen.:D