SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Wednesday, December 19, 2012

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 6


Assalamualaikum u oll...


Kerana Coffee
BAB 6.




SEMINGGU BERLALU…

      SEDAR tak sedar seminggu sudah berlalu.Lusa bakal bermulalah minggu final exam dan juga merupakan paper pertama bagi aku dan kawan-kawan aku yang lain untuk sem ni.Sepanjang seminggu ni  aku, Alia dan juga Maya study dekat bilik.Sepanjang seminggu ni juga Alia banyak menghabiskan masa di bilik aku dan Maya, rasanya boleh dikatakan tiap-tiap hari juga la dia tidur di bilik aku.Mahu taknya study dah sampai pukul tiga pagi tak kan Alia nak balik ke biliknya.Biliknya terletak sebelah bangunan belakang asrama aku ni je tapi kalau dah lewat rupa itu memang aku tak bagilah dia balik.Lagipun Maya juga tidak akan benarkan Alia balik sorang diri.Korang jangan tak tahu budak berdua ni dah semakin rapat.Aku gembira sebab tengok Maya dah happy kembali .Aku dan Alia akan buat macam-macam sepanjang minggu study week ni untuk Maya .Aku tak nak dia terlalu memikirkan tentang hal penceraian keluarga dia.

  “Amani awalnya kau bangun.Dah pukul berapa ni?” ..Soal Alia matanya sudah terpisat-pisat memandang keadaan sekeliling.

“Tak ada la awal sangat.Sekarang dah pukul  sebelas pagi cik Alia oit?” Aku tersengih-sengih kearah Alia.Memang dah pukul sebelas.Tidur dah pukul tiga pagi lebih lepas tu bangun sembahyang subuh sambung tidur balik.Kalau dah tidur lepas subuh memang akan terlajak la kan.Hehhehe…Ni la kehidupan student masa kini.Korang yang pernah belajar ataupun masih belajar selalu hadapi situasi begini juga kan.Betul tak?baik ngaku?Hehehe….

“Haah dah pukul sebelas pagi.Lamanya aku tidur.Eh Maya tak bangun lagi ke?” Soal Alia lagi sambil mencari pengepit rambutnya di sebalik bantal.Bangun tidur mahu rambut tak kusut masai macam ni.Dah la aku, Alia dan Maya semuanya rambut panjang.Sesuai jadi geng Pontianak malam-malam woo..

“Maya ada dekat bilik air tengah mandi.Aku tunggu dia siap mandi la dulu .Tadi aku pergi bilik air ramai pula yang nak mandi yang nak basuh baju semua tu yang aku patah balik ke bilik semula.” Aku mula mengemas buku dan nota yang bersepah diatas meja .Ali pula mula mengemas tempat dia tidur.

“Eh korang berdua dah bangun.Morning”.Kedengaran suara Maya di belakang aku dan Alia.
“Morning la sangatkan.Dah nak tengahari la”.Aku tersengih sambil memandang kearah Maya .Alia juga sudah tersengih.

“Eh baru pukul sebelas pagi tak tengahari lagi “. Balas Maya lagi sambil menggulung tuala pada rambutnya itu.

“Korang tak rasa lapar ke?Perut aku ni dah nyanyi la .” Kedengaran suara Alia merengek sambil memegang perutnya.

“Mahu tak lapar cik Alia.Perut aku ni dah macam-macam bunyi tau.Aku nak pergi mandi dulu lepas tu kita siap-siap keluar makan ok?” 

“Alright.Aku pun nak pergi mandi juga ni.Nanti korang temankan aku balik bilik la nanti.Aku  nak jenguk bilik aku tu haa.Dekat seminggu juga aku tinggal dan menumpang kat bilik korang ni.Hehehhe.Mesti bilik aku tu rindu kat aku kan.” Balas Alia lagi.Aku dan Maya sudah tergelak dengar kata-kata Alia.

“Banyaklah kau punya rindu Alia. Dah-dah pergi siap nanti kitaorang temankan kau balik bilik kau tu haa.Lepas habis final exam nanti bolehlah kita kemas barang-barang ni semua dan hantar ke rumah sewa kita .” Sem depan aku , Alia dan Maya bakal berpindah ke rumah sewa .Rumah sewa kami pun tidaklah  jauh sesangat dengan kampus.Cari yang dekat senang nak menapak ke kampus hari-hari.

“Ye ye aku nak pergi mandi la ni.Kau pun sama cik Amani oit pergi mandi”.Balas Alia sambil tersengih.

“Eh aku tak mandi lagi eh?” soal aku pada Maya dan Alia sambil tersengih.
“Kau jangan nak buat muka blur cik Amani.Korang berdua baik pergi mandi sekarang.Korang berdua siap kemain lama.” Balas Maya pula sambil menunjukkan jari telunjuknya itu kearah pintu bilik.

“Uishh garangnya cik Maya ni.” Alia sedah tergelak mendengar kata-kata dari aku.Tapi memang betul pun akalu aku dan Alia bersiap memang lama.Hehhehe.Nasib baiklah aku dengan Alia ni tak pandai nak bermekap-mekap .Kalau tak mahu berganda lamanya.Sebut pasal mekap memang aku ni jenis yang tak berapa suka nak mekap.Haip rimaslah aku tengok budak-budak kelas aku yang perempuan nak pergi kelas je pun tapi sorang-sorang mekap kemain woo dengan bulu mata palsunya, dengan mascara bagai tak masuk lagi dengan blusher tu haaa , gincu lagi aku ni setakat tahu pakai bedak dengan pelembab bibir je yang lain tu semua memang aku tak reti dan tak berapa suka  sangat mekap tebal-tebal bagai .

“Cik Amani hoii kau berangan ke apa?” Balas Alia pula bila melihat aku masih tidak bergerak lagi.Maya yang mendengar kata-kata dari Alia terus berpaling kearah aku.Sewaktu tu Maya sudah pun menyikat rambutnya.

"Korang berdua ni bila nak gerak pergi mandi ni.Aku dah nak siap korang berdua mandi pun tidak lagi.Haish”.Tu dia Maya dah mula berleter sambil bercekak pinggang.Jangan tak tahu Maya ni boleh tahan gak kalau bab membebel.

“Ye la ye la aku nak pergi mandi la ni.” Terus aku mencapai tuala di penyangkut lalu menapak keluar dari bilik.

“Baik cik Maya.Tunggu noo aku pun nak pergi mandi jap.” Balas Alia pula lalu menapak keluar bilik mengekori aku .Bilik air tu bukan jauh sangat pun selang beberapa bilik je.Hidup dekat asrama macam gini la.

          “ADUH sakitnya .Siapa yang berani langgar aku ni?Memang nak kena dengan aku ni, mood aku dahlah tak berapa nak baik hari ni .Semua yang aku buat  tak menjadi.Hari malang untuk aku ke apa hari ni”.

      “Eh awak ni buta ke?   tak nampak ke saya dekat depan ni? Tahulah saya ni handsome janganlah sampai main rempuh pula”.

       Mulut mamat mana pula ni.Sesuka hati sesedap rasa dia saja mengata aku. Aku mula bangun  dengan perlahan-lahan .Boleh tahan sakit siku aku ni cium lantai tu haaa..

“ Maaf ye encik saya tak perasan encik tadi.”  Aku  mengangkat muka mengadap  lelaki yang dilanggarnya. Fuyooo hensemnya mamat ni. Dia ni anak mat saleh ke apa?Putih melepak kulitnya kalah kulit aku ni .

   “ Yang awak duduk tilik muka saya dari tadi tu kenapa? Tahulah yang saya ni handsome tak payahlah tenung saya macam tu sekali”.Tegur  lelaki itu tadi. Perasan betul mamat nih.

   “ Perasan pula dia.Siapa yang tengok dia entah.Anak kucing jiran aku lagi handsome lah.” .
   “Apa awak cakap tadi?” soal lelaki itu lagi sambil menanggalkan cermin mata hitam yang tersangkut di matanya itu.

“Tak ada apa saya cakap cermin mata awak tu lagi handsome dari awak” Ish mulut aku ni pun satu yang pergi cakap macam tu kenapa. Jangan nak cari pasallah cik Amani oi karang naya je kau kena dengan mamat perasan nih

“Boleh tahan juga mulut awak ni ye. Ni siapa nak ganti baju saya yang dah  basah dengan air kopi awak ni?”.Soal lelaki tu lagi.

 “ Haaaa..air kopi saya.Awak punya pasal la ni.Siapa nak ganti air kopi saya ni” . berkerut seribu dahi aku melihat air kopinya yang terkena di baju kemeja lelaki tersebut.Hari ni aku , Alia dengan Maya melepak di Mc Donald untuk study.Dah seminggu lebih berkurung dekat bilik bosan juga aku.So ada baiknya aku study di sini sambil makan-makan and cuci mata.Amboi tang cuci mata tu memang la kan.Ni nak study ke nak cuci mata cik Amani oit.

  “Hello , cik adik memang itu air kopi awak tapi baju ni baju saya.Baju saya dah kotor so macam mana?”

   “Errkk macam mana ye.Kejap ye saya fikir.Apa kata saya belikan awak baju baru nak tak?”.Tiba-tiba idea tu terlintas difikiran aku.Ala baju T-Shirt biru je pun.kecoh betul la mamat perasan ni.

    “Mampu ke awak nak beli baju kemeja seperti yang saya pakai ni?” Ujar lelaki itu lagi .

    “Hello awak ingat awak tu siapa? Kaya sangat ke awak ni ? Saya mampu ke tak peduli apa saya yang saya tahu saya gantikan baju awak yang baru”.Aku dah  mula naik angin.Perasan betul mamat ni.Suka hati mengata aku.Ingat aku ni tak ada duit ke nak beli baju kemeja tu sambil mencebik bibir.Ni mesti anak orang kaya kalau bongkak semacam ni.Ada juga ye anak orang kaya yang sombong macam ni.Harap muka aja handsome tapi hati macam hampeh.Menyampah aku tengok.
“Ni air kopi saya siapa yang nak ganti?” Aku sengaja nak kasi dia panas sikit.Seronok juga main-mainkan mamat perasan ni.Gelak jahat dalam hati.Kalau dia nampak aku gelak mahu aku kena sumpah seranah dia.

“Eleh setakat air kopi awak tu apa la sangat.Bukan mahal pun.” Cewah  berlagaknya mamat ni.
“Haa kalau dah tak mahal apa kata tolong gantikan balik air kopi saya, tapi bukan satu tapi tiga..Mampu?” Aku menyoal mamat tadi pula.Sengaja cari nahas la kau Amani.Aku memang tak boleh dengan orang sombong macam ni.Mahu panas je hati ni.

“Tiga je?kenapa tak minta satu Mc Donald ni terus?” Kemain mamat ni.Over sungguh

“Eh awak mampu ke kalau saya kata saya nak satu Mc Donald ni?”

“Why not?” .Wait .Adik tolong kasi air kopi kat adik yang tak berapa nak comel ni ye.Tiga tahu.” Lelaki tersebut sudah order pada orang yang menjaga kaunter tersebut.

“Cissss dia kata aku tak berapa comel.Mesti rabun ni mamat ni.” Aku sudah mengepal tangan sambil membebel seorang diri

“Awak cakap apa tadi?Saya tak dengar.Can you repeat again?”. Balas dia sambil memandang tepat ke mata aku.

“Err..Tak ada apa-apa tengah fikir nak order apa.Tadi awak kata bolehkan ?” Soal aku kepada mamat itu sambil menganggat kening kearahnya.

“Boleh tak ada masalah tapi baju saya ni macam mn?Mampu ke awak nak ganti baju saya yang mahal ni?” .

“Ala nanti esok ke lusa ke saya ganti la baju awak yang  ‘Mahal’ sesangat tu”.Sengaja aku menekankan perkataan mahal.Macam mana aku nak ganti baju dia ni?Haip memang cari penyakit betul la cik Amani nih.Apa nak buat ni .Aku memandang kearah Alia dan Maya.Kemain budak berdua ni study tak pula nak pandang kat sini.Aduhai..

“Ok saya tuntut nanti,tapi macam mana saya nak tahu awak akan gantikan baju saya ni?Karang jap lagi awak cabut lari ke apa ke ?” Ujar mamat perasan tu sambil mengangkat keningnya.Aku pula tak tahu nak cakap apa.Tak kan aku nak pergi beli baju dia sekarang kot.Nak pergi beli kat mana malam-malam gini?Masak aku kalau macam ni.Ahaa aku ada idea.Aku sudah tersenyum .

“Errmm macam ni la.Apa kata nanti saya tinggalkan nombor telefon saya pada awak.Nanti awak telefonlah saya .Confirm punya saya ganti baju awak tu.Setuju?” Aku tersenyum penuh makna sambil mengangkat kening.

“Ok saya setuju “.Balas mamat tu lagi sambil tersenyum manis.Perhh manisnya senyuman dia.Wake up Amani kau jangan nak teruja pula dengan mamat over ni.Korang agak-agak aku bagi ke nombor handphone aku tu? memang tak la kan.Ahaaa nombor siapa aku nak kasi ni.Itu nanti korang akan tahulah.Jeng Jeng jeng.

“AMANI lamanya kau pergi belikan kopi ke kau pergi bancuh kopi tu sendiri?” Kemain mulut Alia ni membidas aku.

“Eh bukan tadi kata nak  order air kopi je ke?Dah kenapa ada Big Mac ni tiga pula tu?kau belanja ke apa ni?” Soal Maya sambil terkejut melihat aku membawa tiga  set Big Mac.

“Aah la Amani .Aku tak pesan pun Big Mac tadi kat kau” . Balas Alia dengan blur.
“Bukan aku yang belanja tapi ada seorang mamat perasan tu yang belanja.Dia langgar aku tadi habis air kita tumpah.Apa lagi aku minta ganti rugi la.Aku paw dia cukup-cukup .Ambik kau perasan sangat biar padan muka dia”.Bidas aku dengan geram.

“Gila la kau ni Amani.Mamat mana?handsome tak?Mana-mana aku nak tengok dia?” Soal Alia bertalu-talu matanya pula mencari-cari kelibat lelaki yang dicakapkan oleh Amani.

“Tak payah cari dia dah blah tadi.Sekarang ni dia gantikan ni untuk kita manakala aku pula kena gantikan baju t-shirt dia tu.Baju dia  kena air kopi “. Aku mula melabuhkan punggung ke kerusi.
“Haaa ..habis tu macam mana ?Kau nak gantikan baju dia macam mana?” Soal Maya pula.

“Adalah aku bagi nombor telefon kat dia.So nanti dia contact la aku.” Aku sudah tersenyum penuh makna sambil mengangkat kening.

“What aku tak salah dengar ke ni?Kau bagi no handphone kau kat mamat tu?Pelik aku .Mana pernah kau bagi nombor handphone kau dekat lelaki melainkan budak-budak kelas kita saja?” Soal Alia pelik.

“Relax la korang.Ingat senang-senang ke aku nak bagi nombor telefon aku dekat orang yang aku tak kenal.Aku bagi nombor orang lain.Hehhehe.” Aku mengenyitkan mata pada mereka berdua.
“Eh tak baik tau kau buat macam tu kat mamat tu.Kesian dia tau.” Balas Maya pula.

“Jangan risau baju tu nanti aku beli dan bagi pada dia tetapi bukan aku la yang akan bagi kat dia nanti”.

“Habis tu siapa?” soal Alia dan Maya serentak dan memandang sesame sendiri.
“Nanti korang akan tahulah.By the way jangan risau aku tak bagi no handphone korang pada mamat perasan tu”. Mahu ketawa aku melihat wajah kawan aku ni.Mesti diorang ingat aku bagi no telefon diorang. Alia dan Maya terus menarik nafas lega bila mendengar bukan nombor diorang yang aku bagi.Agaknya nombor siapalah yang aku bagi tu ye.

“Boleh makan tak ni?Tetiba aku rasa lapar pula tengok Big Mac ni.” Balas Maya sambil tersengih
“Of course la boleh makan.Orang kata rezeki jangan ditolak.Tapikan mamat tu  tak kedekutlah .Ye la aku minta tiga set dia ikut aja.Tapi tu la yang aku tak berapa nak suka kan mamat tu perasan sesangat.Harap muka je handsome “. Aku mula mengalihkan nota-nota ketepi.Maya sudah mengambil burger miliknya.

“Kau jangan Amani  kata dia perasan , sekali yang perasan tu gak yang jadi suami kau macam mana?nak?”Balas Alia pula.

“Eee tak naklah aku.Dah jangan banyak songeh .Kita makan dulu pastu kita sambaing lagi study .Esok kita exam petang kan.Kau ada paper tak esok Maya?” Aku menyoal Maya pula.
“Esok ada tapi paper aku malam la.” balas Maya sambil mengunyah makanan miliknya.Aku dan Alia pula hanya menganggukkan kepala.

“HELLO.. abang dah sampai belum?” .
“Ye adikku sayang abang dah ada kat bawah ni cepatlah turun” Kedengaran suara abang aku Amar di telefon

“Ok kejap adik turun”. Aku terus memakai tudung ala kadar lalu turun ke bawah .
“Haaa apa dia ni dik?” Soal abang aku sewaktu aku berada di depan matanya.Abang aku sudah pun menyandarkan badanyya ke kereta.

“Ala yang adik bagitahu abang pagi tadi la.Abang tolong eh?Please…” aku mula mempamerkan muka sedih depan abang aku .

“Errm ye la abang tolong.Adik lain kali buat macam ni lagi memang abang sekehlah la kepala adik tu.” Balas abang aku Amar

“Ala sekali sekala tolong adik apa la sangat”.

“Memang la tapi lain kali jangan nak memandai bagi no handphone abang.Terkejut abang dapat mesej dari nombor mana entah tanya bila nak ganti baju?” balas abang aku dengan geram.
“Ala sorry la abang.Tak kan adik pula nak jumpa dia.Janganlah marah adik”. aku mula mempamerkan muka sedih .

“Abang tak marah  la kot ye pun bagilah hint dulu kat abang tak adalah abang terkejut.Nasib baik abang tak sempat nak balas mesej budak tu adik dah call bagitau hal tu”. Balas abang Amar lagi sambil menepuk bahu aku.

“Mana la adik tahu yang dia nak mesej.”.Aku mula tersengih.
“Menjawab kemain pandai.Oklah abang gerak dulu,nak pergi jumpa Encik Perasan yang adik cakap tu.”

“Eh abang tak keluar dengan Kak Raisya ke?” soal aku pula sewaktu abang Amar membuka pintu untuk meletakkan plastik yang aku bagi tadi.

“Hari ni taklah.Kak Raisya busy sikit dengan kerja dia.” Balas abang aku lagi sambil tersenyum manis.Sebut nama Kak Raisya mula la tersenyum macam gitu.Maklum sajalah tengah angau orang kata kan.

“Abang thanks tau.Sayang abang.Nanti adik belanja abang makan eh tapi lepas adik habis exam nantilah eh .” Aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang aku.
“Ok  no problem.Study elok-elok.Good Luck for your exam my dear.”  Balas abang Amar lagi sambil mencubit pipi aku.

“Auuchh sakitlah abang.Suka sangat cubit pipi adik.Nanti kirim salam dekat abah dengan ibu tau.Cakap kat diorang adik rindu sangat.Lepas exam nanti adik balik rumah.” Balas aku sambil menggosok pipi yang  kena cubit tadi.Abang aku ni memang suka cubit pipi aku yang tak berapa nak gebu nih.Dari kecik sampai la besar pipi aku juga yang dia nak cubit.Haish.

“InsyaAllah.Ok abang gerak dulu”. Aku hanya melambaikan tangan sambil tersenyum kearah abang aku.

SaLaM KaSiH

No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D