Learn From Yesterday Live for today Hope for tomorrow
GAMBAR DR PAKCIK GOOGLE
BAB
5
“BENCI ..BENCI …BENCI
…” Telinga aku mendengar suara yang
sedang menanggis sambil menjerit benci benci.Tak payah buka pintu bilik pun aku
dah tahu siapa yang tengah meroyan.Siapa lagi kalau bukan roommate aku tu si
Maya tu.Ada la tu yang tak kena dengan dia malam ni.Nasib aku la nak buat macam
mana sem depan baru aku duduk rumah sewa boleh la nanti aku duduk sekali dengan
Alia.Lagi senang tak payah aku nak melayan orang yang psiko macam tu.Sabar je
la.
Aku terus mengeluarkan
kunci bilik hostel lalu menyuakan kunci tersebut ke dalam tombol pintu.Minggu
ni minggu akhir sesi kuliah semua.Minggu depan bermula la Study Week.Selepas
itu pula aku bakal berhempas pulas dengan final exam yang bakal kunjung
tiba dalam masa seminggu lebih lagi.Aku
memulas tombol pintu bilik lalu melangkah masuk ke bilik aku.Hari ni aku
tersangatlah penat dengan Presentation .
“Ya Allah , apa ni
bersepah sangat ni?dah tak ada rupa bilik aku tengok.Kau ni dah kenapa Maya.Apa
kau buat ni?” .Terkejut aku bila buka pintu bilik.Tunggang langgang habis bilik
ni dengan nota-nota bertaburan ditambah pula dengan peralatan menulis, bantal
,frame gambar semua bersepah kat lantai.
Aku berpusing tiga ratus enam puluh darjah
melihat keadaan bilik aku.Tetiba aku rasa kepala aku pening melihat bilik
ni.Aku dah la penat hari ni balik bilik ingatkan boleh la berehat tapi macam ni
pula jadinya.Tangan kanan aku mula memicit kepala manakala tangan kiri bercekak
pinggang.Ni la padahnya apabila tidak boleh mengawal emosi.Bercakap pandai tapi
bila berdepan dengan masalah tak boleh kawal emosi sendiri.
“Maya kenapa dengan kau
ni.Angin tak ada ribut tak ada tiba-tiba kau buat perangai.Kau ada masalah ke
apa ni?” Aku mula menyoal siasat Maya, mataku terus terarah kearah Maya yang
sedang duduk bersandar di tepi dinding yang sedang menganggis teresak-esak.
“Aku..aku..aku tak
sengaja nak sepahkan bilik ni.Kepala aku
berserabut Amani.” Balas Maya sambil menundukkan kepala.
“Maya berapa kali aku
nak pesan.Jangan buat macam ni.Kawal emosi kau jangan nak lepaskan amarah kau
dengan cara macam ni.Semua orang ada masalah Maya , suka ke tak suka ke memang
kena hadapinya.Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.” Tu dia kemain lagi
aku menasihati orang.Tak kena kat batang hidung sendiri memang la senang cakap
itu cakap ini.Tapi kita sedar tak dalam dunia ni mana ada orang yang tak ada
masalah.Masalah tu kan salah satu cabaran dalam kehidupan kita.Apa yang aku
merepek pula ni.Adoyai Maya ..Maya suka
sangat buat perangai gini.
“Sudahlah tu Maya kau
tenangkan diri kau dulu.Lepas tu kalau kau rasa kau nak kongsikan masalah kau
dengan aku , kau ceritakanlah dekat aku nanti.Aku pun penat sangat hari ni aku
nak mandi dan nak solat asar.Kau dah solat belum ni?” Aku membiarkan sahaja
Maya yang menanggis .
Maya hanya menggelengkan
kepalanya sebaik sahaja aku menyoalnya tentang solat.Sudah aku agak .Aku harap
satu hari nanti pintu hatinya akan terbuka.Solat itu merupakan tiang agama.
“AMANI ..” kedengaran suara yang memanggil aku dari
belakang.Mendengar suara itu pun sudah aku tahu itu suara Alia.Aku berhenti
melangkah lalu memusingkan badan ke belakang.Terkedek-kedek Alia berlari menuju
kearah aku.
“Mana kau pergi
Alia.Dari tadi aku dok mencari kau kat
area hostel ni.Aku pergi bilik kau roommate kau kata kau tak ada.Selalunya kau
nak pergi mana-mana mesti bagitahu aku”.
“Sorry Amani.Aku pergi
binding report ni tadi dekat
koperasi.Orang ramai pula tu.” Balas Alia sambil termengah-mengah.
“Ya Allah terlupa pula
aku pasal report ni.Kenapa kau tak ajak aku temankan kau.Report ni kan report
aku juga”. Aku diselubungi perasaan bersalah kerana membiarkan Alia
sorang-sorang pergi binding report.
“Ala tak apa la ,
lagipun petang semalam kau dah bertungkus lumus betulkan balik report kita
ni.So pagi ni biar aku pula yang setel kan tentang binding report.Lagipun tadi
aku dah singgah bilik kau tapi si Maya cakap kau tengah mandi tu yang aku pergi
koperasi terus .Aku terlupa nak mesej bagitahu kau”.Jawab Alia panjang lebar
sambil menghulurkan report yang sudah siap binding.Tinggal report yang ni saja
yang belum di hantar pada pensyarah.
“Kesian dekat kau,
errmmm macam ni la apa kata lepas kita hantar report ni kat Puan Hidayah aku
belanja kau makan ok?”.
“Rezeki jangan
ditolak.Kau nak belanja makan lagi aku suka”. Alia sudah tersengih-sengih .
“Kau memang bab makan
suka.Itulah dulu kemain mengata aku suka makan tengok kau pun sama juga
sekarang ni kan.Dah berjangkit penyakit seleraku seleramu jua”.
“Banyak la kau punya
seleraku seleramu jua .Dah jom la kita gerak sekarang.Eh kejap sebelum aku
terlupa aku nak tanya kau ni minggu depan dah study week kan.Kita study
sama-sama eh nanti.macam biasalah eh.” Alia mengerdipkan matanya.
“No problem .Kita stay
up macam biasalah nanti.Kalau kau nak tidur bilik aku lagi bagus.Lagi senang
kita nak study nanti.Aku pun….”
“Boleh tak kalau aku
nak join korang berdua study?” .Eh bila masa si Maya terpacak kat depan ni?konpius
aku jap.Aku dengan Alia terus terdiam dan pelik melihat Maya hari ni.Semalam
kemain menaggis hari ni dah ok yang paling ketara yang membuat aku dan Alia
ternganga adalah Maya sudah memakai tudung.
“Is that you Maya?”
Soal aku .Lainnya muka dia bila pakai tudung macam tu.Cantik.
“Yes Amani.Ini aku
Maya.Amani aku nak minta maaf pasal semalam sebab aku dah sepahkan bilik kita
semalam.Aku ..aku..”..
“Alhamdulilah.Lainlah
muka kau bila pakai tudung macam ni.Bertambah ayulah.”
“Aaah betul-betul.Aku
sokong tu Amani.Serius lain la muka kau Maya.” Alia masih lagi menilik muka Maya
“Amani , Alia kalau aku
nak jadi kawan korang boleh tak?” Soal Maya lagi .Aku dan Alia memandang sesama sendiri .Dengan pantas kami berdua
menganggukkan kepala.
“Mestilah boleh.Selama
ni pun kau kawan aku kan Maya”.
“Korang berdua memang
baik tapi aku ni yang tak baik kan.Ada je masalah aku yang akan menyusahkan kau
Amani.Aku tak tahu kenapa aku jadi begini.Salah aku ke Amani?”. Maya sudah
menundukkan kepalanya kebawah.Dimatanya sudah bergenang air mata tunggu saat
untuk gugur saja.
“Maya sudahlah
tu.Semalam kau dah ceritakan tentang tu.Dalam dunia ni kita tak boleh lari dari
masalah.Mungkin semalam hari kau mana tahu tiba masanya hari kami berdua pula
hadapi masalah begitu rupa.”.Terlintas kembali di kotak fikiran aku sewaktu
Maya meluahkan masalah yang melanda dirinya.
“MAYA kau ok tak
ni?Kalau kau rasa nak kongsikan dengan aku kau ceritalah pada aku.Mana tahu aku
boleh tolong ke?”. Aku bertanya sewaktu Maya berada di tepi tingkap sambil
memeluk frame gambar keluarganya.
“Amani sebenarnya ibu
bapa aku dah bercerai minggu lepas dan aku baru tahu hari ni.Hati aku kecewa Amani.Kecewa
sangat.Aku tak tahu apa punca mereka bercerai.Aku sayangkan keluarga aku.Kenapa
begini jadinya Amani.Mummy dengan Daddy aku tak pernah fikir ke perasaan aku
macam mana?Kenapa perlu berakhir dengan penceraian begini.”
“Sabar Maya.Kau juga
cakap kau masih tak tahu apa punca mereka bercerai.Kau kena tanya sendiri
dengan family kau.Barulah kau tahu apa masalah mereka sampaikan mereka nak
bercerai.”
“Entah la Amani selama
ni aku tengok mereka bahagia saja.Susah aku nak tengok diorang bergaduh ke apa ke.Daddy aku tak pernah pun nak tinggikan
suara pada Mummy aku dengan aku.Kenapa diorang bercerai.Kenapa Amani kenapa?aku tak faham semua ni?Ke ada orang ketiga yang telah menghancurkan
kebahagian keluarga aku Amani”.Luah Maya air mata sudah jatuh ke pipinya.
“Sabar Maya.Kau tak
boleh macam ni.Ingat Maya Final Exam dah dekat.Kau nak gagal ke kau nak
berjaya?Aku tahu perit untuk kau hadapi semua ni Maya.Tapi sekarang aku minta
satu je dari kau Maya aku nak kau focus pada pelajaran dahulu.Selepas habisnya final
exam kau balik rumah dan tanya apa sebenarnya yang berlaku.Kau kena kuat Maya
anggaplah ni salah satu ujian dari Allah untuk kau.” Panjang lebar aku memujuk
Maya.
Maya ni korang nampak
je tak bertudung macam ni tapi dia ni tak ada la suka pakaian seksi yang
menjolokkan mata yang boleh buat berdarah mata ke hidung lelaki kat dunia ni
tengok. Actually Maya ni salah sorang dari best student.Owh ye terlupa pula aku
nak bagitahu korang.Maya ni merupakan pelajar jurusan Teknologi Maklumat.Kami
bertiga ni berjumpa kali pertama sewaktu hari pendaftaran pelajar-pelajar baru
di UITM tercinta ni.
“Macam mana aku nak
focus pada final exam kalau kepala aku tengah berserabut macam ni Amani?Aku
buntu .Aku marah aku benci semua ada.Aku rasa nak telan ubat penadolbanyak-banyak kat atas meja tu.Pening kepala aku.”.
“What kau jangan cari
pasal Maya.Kau jangan nak gatal telan ubat panadol tu. Aku tak benarkan.Kau
jangan nak buat kerja gila.Ni boleh jadi kes cubaan bunuh diri, kau tahu tak
bunuh diri tu berdosa .” Aku sudah mula meninggikan suara pada Maya lalu aku ke
meja study milik Maya lalu mengambil botol ubat penadol itu dan aku pegang.Aku
akan sorokkan ubat ini demia kebaikan diri Maya.Aku tahu kalau emosi tidak
stabil macam-macam benda boleh jadi.Waktu begini kadang-kadang manusia tak tahu
apa yang dia buat .
“Dengar sini Maya.Kau
ingat dengan telan ubat boleh lenyapkan masalah kau semua.?Jangan haraplah
.Fikir dulu sebelum bertindak Maya.Jangan kau nak buat kerja gila.Aku nak kau
pergi ambil wudhuk dan sembahyang .Kau dah lama tak sembahyang Maya.Berubahlah
Maya.Aku tak nak tengok kau begini rupa.Aku tak nak tengok kau menghancurkan
diri kau sendiri.Fikir Maya .” Setelah berkata sebegitu aku terus berlalu .Ubat
panadol masih lagi dalam gengaman tangan aku.Aku ingin biarkan Maya
bersendirian sementara waktu.Biar dia fikir sebaik-baiknya.
Maya terdiam tanpa
sepatah kata .Maya hanya menitiskan air mata tanpa henti.Harap-harap dia tidak
akan buat kerja gila la malam ni.Maya ..Maya.
“Terima Kasih Amani ,
Alia.Aku sebenarnya malu dengan korang berdua.” Kedengaran suara Maya mematikan
terus lamunan aku tentang cerita malam tadi.Aku mengeluh perlahan.
“Dah la tu Maya.Tak ada
orang dalam dunia ni yang perfect yang tak pernah membuat salah.Aku juga pun
ada buat salah.Maya aku minta maaf eh kalau aku terkasar bahasa dengan kau
malam tadi.Aku nak minta maaf sebab selama ni aku selalu mengumpat kau.Sorry
.”Aku memeluk bahu Maya.
Memang sebelum ni aku
buat salah dengan Maya.Ye la aku selalu memgumpat hal dia .Aku tersalah
mentafsir Maya .Aku mengeluh sendirian.
“Tak apa
Amani.Kata-kata kau malam tadi banyak menyedarkan aku.Semalaman aku tak boleh
tidur memikirkan kata-kata kau semalam.Terima kasih Amani atas nasihat yang kau
berikan pada aku.” Balas Maya sambil tersenyum.
“Aku ni boleh la bagi
nasihat sekarang ni tapi kalau suatu hari nanti aku hadapi masalah yang lebih
kurang sama or sama macam kau aku pun tak tahu bagaimana aku nak hadapinya.Entah-entah
aku langsung tak boleh nak kawal emosi aku.Korang berdua pun kena la juga tegur
kalau aku ada melakukan kesalahan.Apa orang cakap saling ingat mengingati tak
gitu?” .Aku sudah tersengih.
“Tak ada hal
Amani.Jangan kau merajuk lari dari rumah sudah la.karang susah pula aku dengan
Maya nak menjejaki kau”.Balas Alia sambil ketawa.Maya juga turut ketawa.Haip
diorang berdua ni memang la boleh jadi geng sekepala.
“Dah-dah kesitu pula
kau, kang aku tak nak belanja makan baru tahu.” Tu dia aku dah mula sesi
mengugut Alia.Terus berhenti ketawa.
“Mana aci macam ni.Aku
tak kira kau dah janji tadi kan.Tak baik mungkir janji.” Alia sudah mempamerkan
muka merajuk depan aku.Saja aku nak permainkan Alia.
“Wah kau nak belanja
Alia makan ke?Untuk aku pula tak ada ke?” gurau si Maya pula sambil
tersengih.Ni lagi sorang nak kenakan aku lah tu.
“Ok ok dah Alia kau
jangan nak buat ayam berak kapur pula.Dah jom aku belanja korang berdua makan
cendol nak tak?Tapi bukan sekarang la tunggu tengahari sikit.Kita settle kan
dulu hantar report ni dan juga ke library hantar buku yang aku pinjam minggu
lepas.Amacam boleh?” Aku mmengangkat kening pada mereka berdua.
“Orait boleh-boleh ,
tak ada masalah”. Balas Alia dan Maya serentak.See kan aku dah kata memang
sekepala budak berdua.Cakap pun dah sama.Hehehhe..Bertambahlah sorang lagi kawan baik aku dengan Alia .Alhamdulilah .
“Eh serentak pula
korang jawab ye.Memang sah seleraku seleramu jua.” Giliran aku pula yang
ketawa.Alia sudah tergelak .Maya saja yang tersengih sambil mempamerkan muka
blur.Sah dia tak faham maksud aku tadi seleraku seleramu jua.Maya ..Maya dial
up pula dia.Ahaks..
“SEDAPNYA cendol ni ..”
Kemain lagi aku makan cendol .
“Betul-betul aku
sokong.Sedap woo cendol ni.Dah la makan diwaktu tengahari begini.Perh memang nikmatlah
aku rasa.” Sampuk Alia pula.
“Setuju dengan kau
Amani , Alia.Cendol ni memang sedap dengan manisnya cukup rasalah orang kata.
Aku rasa macam nak tambah lagi je.Boleh tak?” Balas Maya pula sambil menyuapkan
cendol kedalam mulutnya.
“Boleh juga tu.Aku pun
nak tambah juga la.” Ujar Alia sambil
tersengih pada aku.
“Ye la.Boleh je aku belanja kan.Kemain korang berdua ni makan ye.Kalah
aku kalau…..”
“Hai korang,makan
cendol je ke tengahari ni?Korang diet ke apa?” . Alahai dia dah mai dah si
Mazlyn ni.Apa kejadahnya minah ni.Menyibuk betul la.Kat mana aku ada kat situ
juga la dia nak ada.Kalau datang tak menyakitkan hati memang tak sah.
“Biarlah kalau
kitaorang nak diet pon cik Mazlyn oit.Bukan ada kena mengena dengan kau pun.”
Selamber saja aku berkata-kata pada Mazlyn , tapi mulut tetap dengan makan
cendol.Alia dan Maya buat tidak tahu.
“Whatever la Amani.By
the way aku bagi amaran ni.Janganlah kau mengedik dengan Encik Kamarul tu.Dia
tu tak sesuai pun dengan kau.Lainlah kalau macam aku ni yang sentiasa cantik”.
Ujar Mazlyn sambil mengibaskan rambutnya yang mengurai .Terngnga jap aku dengar.
Perasan betul minah
ni.Apa dia ingat aku gila sangat ke dengan Encik kamarul tu.Huh tak nak aku
.Eleh nak tunjuk rambut barulah tuh.Ni mesti baru rebonding ni rambut yang
straight semacam je aku tengok.Aku memandang Alia dan Maya.Kemain lagi budak
berdua ni mencebik melihat gelagat si Mazlyn.
“Euuuwww tak ingin aku
dengan Encik Kamarul tu.Kalau kau nak sangat pergi la tackle dia.Lepas ni aman
sikit hidup aku tanpa ganguan dia.Lagi pun aku tengok kau dengan dia memang
sepadan dan secocok la orang kata.” Aku mula memuji Mazlyn.Saja nak tengok
bagaimana rupa dia bila aku cakap begitu.
“Haaaa tau pun kau yang
aku ni memang secocok dan sepadan dengan Encik Kamarul.Kau apa yang ada.Nak
kata cantik lagi cantik muka aku ni haa.” Balas Mazlyan dengan bangga.Tangannya
dari tadi dok memintal rambut baru miliknya.Aku buat muka tak tahu.Tak kuasa
aku nak melayan minah ni.Perasan cantik la sangat.!
“Meluat betul la aku
dengan minah ni..” Bisik Alia pada Maya namun masih lagi dapat didengari oleh
aku.
Kalau diorang meluat
dengan gelagat Mazlyn aku ni lagi la meluat dengan minah perasan ni.Aku pun
pelik apa hal sepupu aku ni dari dulu sampai sekarang tak sebulu dengan
aku.Suka sangat bangga diri .Suka cari pasal dengan aku. Pelik aku.
“Suka hati kaulah
Mazlyn .Aku malas nak …..”
“Wait..wait ..Hello haa
korang kat mana.Dah lama aku tunggu ni.Kata nak keluar.Penat tau aku tunggu
korang bertiga ni.”. Alahai belum sempat aku habis cakap handphone minah ni dah
berbunyi.Mesti kawan baik dia la tu yang tiga orang tu siapa lagi kalau bukan
si Lina , Fiqa dengan Rozi.Diorang bertiga tu pun classmate aku juga.Entah
macam mana la budak bertiga tu boleh kamceng dengan minah ni.
“Ok cepat sikit.Bye…Sorry
ye Amani.Aku kena pergi dulu aku ada hal
sikit denga kawan –kawan aku.Nanti kita cerita lagi ye pasal Encik kamarul tu
ye.Ok daaa…” Kemain lengang lagi minah ni sorang sambil melambaikan tangannya.
“Ok daaa…Menyampah aku
tengok minah ni.Perasan betul.Macam la dia tu cantik sangat”. Cebik Alia
sewaktu Mazlyn sudah melangkah beberapa tapak ke depan.
“Sepupu kau tu kenapa
Amani?” Soal Maya pula.
“Entahlah dia.Kau
faham-faham je la perangai dia macam mana.Pening kepala aku melayan orang
perasan macam tu.Apa la nasib aku dapat sepupu macam tu.Errrmm “
“Dah la Amani , Maya
abaikan je la.Jom habiskan cendol ni dulu.Pastu kita balik ke hostel.Kaki aku
ni dah lenguh dah ni.” Sampuk Alia tetiba sambil tersengih.
“Ye la.Dah makan
cepat.Lepas tu kita balik ok.”. Alia dan Maya sudah tersengih sambil
menghabiskan saki baki cendol di dalam mangkuk milik mereka.
SaLaM KaSiH
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D