SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, January 3, 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 7

Assalamualaikum u oll...






        Setiap pertemuan ada cerita 

                                              P/S : Verangan Hero dia mcm DongHae.Hehehe.. 



BAB 7





“YAHOOOO….sukanya aku hari ni , selesai sudah paper terakhir untuk final exam .” Kemain si Alia ni bersorak sambil bertepuk tangan.

“Amboi kau Alia kemain lagi bersorakkan tapi aku pun gembira woo.Finally habis juga exam kita untuk semester ni kan.Ahaaa lepas ni kita dah start cuti semester lagi aku suka tak terkata.Alhamdulilah semuanya sudah selesai.Aku tersenyum puas.

“Tahu tak apa.Eh tadi aku nampak Encik Kamarul dalam dewan peperiksaan maklum sajalah hari ni memang paper untuk subjek yang diajar.Confirm kejap lagi dia cari kau”. Ujar Alia selamba.

“Tak ada maknanya dia nak cari.Aku nak mesej Maya sekejap nak tanya dia ada dekat mana?Nak ajak dia makanlah sambil-sambil tu boleh kita celebrate dah habis exam.Untunglah si Maya dah merdeka malam tadi.Jealous aku.Last paper selalunya aku liat sikit nak study fikir nak cuti je dalam kepala aku ni haaa.” Aku menekan butang on pada handphone Samsung Ace  milik aku.Tadi kan aku tengah exam handphone aku off kan la.

“Aah la mana handphone aku tadi eh.Haaa ada pun .” Balas Alia lagi sewaktu meraba-raba handphone miliknya .Setelah itu Alia juga terus  menekan putang On pada handphone miliknya itu.Pada masa yang sama juga tangan aku dengan pantas menaip mesej lalu aku menekan butang send.Beberapa saat kemudian handphone aku berbunyi mempamerkan delivery report.Ok mesej aku sudah selamat sampai ke Maya.Aku tersenyum senang.

“Hai korang.Macam mana exam tadi?Boleh jawab ke tak?” Kedengaran satu suara di belakang aku.Tak payah toleh ke belakang pun tak  apa sebab aku dah tahu siapa empunya badan.Siapa lagi kalau bukan si Mazlyn ni haa merangkap sepupu aku.Penyibuk betul minah ni.Di mana ada aku disitulah dia nak menyibuk.

“Alhamdulilah semuanya baik.” Aku menjawab sambil menoleh ke belakang.
“Korang semuanya baik.Maklum sajalah korang berdua ni kan best student.Selalu dapat dekan setiap sem.” Balas si Lina merangkap best friend kepada sepupu aku tu.Sengaja si Lina tekankan best student.Perlilah tu.

“Semua orang boleh dapat dekan cik Lina asalkan kita berusaha.Kau pun boleh kalau kau usaha.” Alia sudah menjawab bagi pihak aku.

“Hai Amani..Alia .So macam mana exam tadi semua ok ?” Kedengaran suara Faizal pula mencelah dengan tiba-tiba.Bila masa entah dia terpacak dekat tepi Alia ni.

“Alhamdulilah .Kau pula macam mana ?” Giliran aku pula menjawab soalan dari Faizal.Mazlyn sudah pun mencebik dan berbisik  dengan kawan-kawanya.Dia ingat aku tak nampak dia cebik tu.Hello ni cik Amani ok nampak je.

“Samalah .Semuanya ok.” Jawab Faizal sambil tersenyum.
“Ala Faizal diorang berdua ni kan memang best student.Confirm la OK je .” Mazlyn menyampuk pula sambil tersenyum sinis.Perempuan ni dah kenapa?

“Assalamualaikum semua .” Kedengaran suara seorang lelaki yang sudah pun terpacak di kalangan kami semua.

“Waalaikumussalam ..” Serentah semua yang berada disitu menjawab salam
“Eh eh Encik Kamarul .” Mazlyn sudah tersenyum mesra kearah Encik Kamarul.
“So macam mana dengan Paper subjek saya?Boleh jawab tak ?” Soal Encik Kamarul kearah kami semua.Last sekali baru tilik muka aku.Amboi kemain tilik aku.Dengan selamaba aja aku buat tak tahu tapi di bibir masih tergaris sebuah senyuman padanya.Ala senyuman paksa la tu .

“Boleh je Encik kamarul “. Faizal menjawab

“Saya pun ok juga Encik Kamarul.Agak-agak ada harapan tak saya nak dapat A untuk subjek ni ?” Ujar Mazlyn dengan lembut sambil memintal rambutnya dengan gaya gedik okeh.Sakit mata aku ni haa tengok.Alia menyiku aku sebaik saja Mazlyn berkata-kata.Kawan-kawan yang lain berpandangan sesama sendiri.

“Errmm harapan tu mungkin ada kot.Saya tak tahu lagi macam mana.Lagipun paper awak ni saya tak periksa lagi so saya tak tahulah bagaimana keputusannya.Amani  , Alia awak berdua macam mana?”  Balas Encik Kamarul sambil menunjuk dua plastic yang sudah diikat yang di dalamnya berisi kertas jawapan pada ujian tadi.

“Errkk.. Alhamdulilah Encik Kamarul.Semua ok.” Aku menjawab pula.Mazlyn sudah pun mencebik bibir.Faizal pula hanya memandang sejak dari tadi sambil mengelengkan kepala kearah Mazlyn.

“Baguslah kalau macam tu.” Balas Encik kamarul sambil tersenyum.
“Errmm Encik Kamarul dah makan ke?Kalau tak makan lagi apa kata kitaorang berempat belanja Encik Kamarul makan.Perut saya pun dah lapar ni Encik Kamarul.” Mazlyn ke yang berkata-kata tu.Biar betik !.

“Hai tak kan korang berempat je kot.Aku, Amani dan Alia korang tak nak ajak pula ye?” Sindir Faizal pula sambil mengangkat keningnya kearah Mazlyn.Kawan-kawan Mazlyan si Lina, Rozi dan juga Fiqa terpinga-pinga mendengar kata-kata dari mulut Mazlyn sebentar tadi.

“Sorry la .Sebenarnya saya ada hal lagi selepas ni.Saya ada meeting after this.Lain kalilah rasanya saya join korang semua makan .”Balas Encik Kamarul.Dari riak muka Encik Kamarul pun aku tahu yang dia tak berapa suka dengan Mazlyn.

“Ala ye ke.Rugilah Encik Kamarul .” Balas Mazlyn lagi sambil gedik.Haish berbulu mata tengok perangai dia ni sekarang.Cepat-cepatlah pergi Encik Kamarul.

“Lain kalilah Mazlyn.Oklah saya minta diri dulu.Jumpa lagi Amani, Alia , Faizal and Mazlyn the geng.” Balas Encik Kamarul sambil memulakan langkah untuk meningkalkan perkarangan dewan exam itu.Aku apa lagi menarik nafas legalah.Bagus juga budak-budak ni ada tak ada la Encik Kamarul tu nak mengayat sangat.Hehhehe.Selamat aku..

“Jumpa lagi Encik kamarul .”Jawab aku , Alia dan Faizal serentak.
“Oklah Alia , Amani aku pun nak minta diri dululah aku dah janji dengan kawan aku.Selamat bercuti dan juga jumpa korang sem depan .Ok Bye .” 

“Ok Bye Faizal .Happy holiday and see you next sem .” Balas Alia pula sambil tersenyum  dan melambaikan tangan.

“Happy holiday Faizal.See you next semester”. Aku juga turut melambaikan tangan selepas habis berkata-kata.

PETANG itu , aku, Alia dan juga Maya keluar makan bersama-sama di sekitar SACC Mall .Makan- makan sambil celebrate dah habis final exam.Syukur Alhamdulilah hari ni berakhir sudah penat lelah untuk semester ini.Semester baru pula bakal muncul dan aku tak tahu apa pula yang akan berlalu di semester depan.

“Alhamdulilah .Kenyang sudah perut aku ni .”  Aku sudah tersenyum puas sambil meletakkan sudu dan garpu.

“Perut aku pun dah kenyang ni.Kemain berselera kau makan Amani hari ni.Mentang-mentanglah dah habis exam kan .” Maya pula bersuara sambil tersengih.Sengajalah tu nak mengusik aku.Aku kan ratu makanan.Ahaks..

“Amboi perli aku la tu kan.Alaa..kau pun sama juga hantu makanan. “. Balas aku pula sambik mencebik bibir pada Maya.

“Amani cer kau tengok si Alia ni?Kekenyangan melampau ke apa ni ?Diam je dari tadi aku tengok?” .Maya bersuara lagi .Dengan serentak mata aku dan Maya berkalih pada Alia.
“Aah la kau ni kenapa Alia.Senyap je?” Soal aku pula pada Ali.Pelik ni tetiba Alia senyap.Something wrong somewhere .

“Bukanlah aku rasa sakit perut pula.Makan kenyang-kenyang macam ni pula jadinya .” Balas Alia sambil berkerut manakala tangannya pula menggosokkan perutnya yang sakit.
“Tu la makan tak ingat duniakan.Aku bukan tak tahu kau kalau makan memang lupa orang dekat sekeliling ni”.

“Aku setuju dengan statement kau tu Amani .Habis tu kau ok tak ni?Kejap lagi kita nak berjalan-jalan ni?” balas Maya lagi.Terpamer kerisauan di wajah Maya melihat keadaan Alia.

“Aku ok.Korang aku pergi tandas sekejap eh?Korang nak tunggu dekat sini or korang nak  jalan-jalan dulu?” Soal Alia sambil membetul duduknya.

“Macam ni la .Apa kata aku dan Maya tunggu kau kedai buku MPH boleh.Aku ingat aku nak cari novel la.Dah lama aku tak beli sekarang kita dah nak start cuti jadi boleh la aku beli novel .Tak ada la aku bosan nanti.”  Aku memandang muka Alia dan Maya silih berganti.

“Alright . Korang pergi dulu.nanti korang tunggu aku dekat MPH ok.Aku pun nak beli buku juga.Aku pergi dulu eh.” Balas Alia sambil bangun menuju ke tandas.

“Ok jom Amani.Boleh juga aku tengok buku-buku dekat situ.Mana tahu tersangkut satu dua ke kan “. Balas Maya pula.Dia juga turut bangun.Aku terus mencapai beg di kerusi sebelah lalu memulakan langkah menuju ke MPH bookstore.

“ADUH sakitnya bahu aku “. Manusia mana pula ni langgar aku.Mata letak mana sampaikan tak nampak aku dekat tepi rak ni. Dengan automatiknya buku yang aku pegang tadi terjatuh  ke lantai . Aku ingin menunduk ke lantai untuk mengambil buku tersebut namun sewaktu aku tunduk ke bawah ada tangan yang sudah memegang buku tersebut.

“ Nah buku awak “ Ujar orang yang mengambil buku aku yang jatuh .Dengan serentak mata aku terus memandang tepat kearah suara itu.

“Awak lagi  ?” Soal aku dengan dia serentak.Aduhai nasib malang ke apa  aku hari ni.
“Awak buat apa dekat sini ?” Soal si dia lagi.Korang kenal tak muka mamat ni?Ala yang langgar aku hari tu la.

“Tak nampak ke saya tengah main bowling kat sini .” Jawab aku dengan geram .Dah tahu aku kat mana boleh pula dia tanya.Huh dah terang lagi bersuluh nak juga tanya .
“Eh eh saya salah tempat la ni.Saya ingat tadi padang bola rupanya tempat bowling .” Ewah- ewah melawak pula dia.

“Saya rasa awak ni rabun kot sebab tu suka langgar saya kan kan kan ?” Soal aku sambil mengecilkan mata kearah muka si dia yang sesuka hati melanggar aku.

“Ye la kot.” Jawab lelaki itu dengan selamba dan tersengih.Namun begitu tanganya meraba kearah poket seluar.Aku rasa nak hempuk je mamat ni.Selamber badak je dia sengih rupa itu.Tahulah muka kau tu handsome macam pelakon korea.Eh eh dah kenapa pula aku pergi puji mamat senget ni.Huh

“Yang awak dok meraba-raba poket seluar tu kenapa?” Soal aku pelik.
“Nak cari cermin mata sayalah, tadi awak juga kata saya ni rabun tak gitu?”  Aku menepuk dahi sambil mengeleng kepala.Lurus bendul la pula mamat ni.

“Aduhai ikut suka hati awaklah.Boleh tak bagi buku tu pada saya?” Aku mula menghulurkan tangan kearahnya.Malas aku nak melayan mamat senget ni.Makin dilayan makin menjadi.Boleh tahan auta mamat senget ni.Ya Allah Amani suka hati je kau panggil dia mamat senget.Apa nak jadi dengan kau ni Amani.


“Nah buku awak.By the way sorry pasal tadi.Saya tak sengaja pun nak langgar awak tadi.” Ujar si dia lagi sambil tersenyum manis.Huyooo cute gila bila dia senyum rupa itu dekat aku.Tak berkelip mata aku tengok mamat ni senyum.

“Hello .Cik Amani? Oh Cik Amani?” mamat itu melambaikan tangan kearah muka aku.Dengan pantas aku tersedar.Cis biat malu je aku ni, yang kau pergi tenung senyuman dia tu dah kenapa.Aduhai.Suka sangat la aku ni memalukan diri sendiri.

“Eh mana awak tahu nama saya?” soal aku pelik bila aku flash back kembali panggilan dia pada aku sebentar tadi.

“Awak lupa ke ? Baju  ? kopi ? Abang awak ? .Ingat tak?” Lelaki itu menyoal aku kembali sambil memasukkan kedua tanganya ke dalam poket seluar.

“Apa kaitannya? “ aku mula mengaru-ggaru kepala yang tidak gatal sambil itu otak aku ligat memikirkan maksud kata-kata dari lelaki itu.

“Saya tahu nama awak melalui abang awak. Hari tu abang awak yang jumpa saya ?” Balas lelaki itu lagi sambil tersenyum.Matanya pula tepat memandang kearah muka aku.

“Oh ok .Lupa pula abang saya yang jumpa dengan awak hari tu.Jadi abang sayalah yang bagitahu nama saya dekat awak? “.Si lelaki itu hanya mengiakan kata-kata dari mulut aku.
“By the way thanks ye pasal baju tu.Cantik warna yang awak pilih tu .”

“Errkk ye ke? “  Aku tersenyum  malu.Dah kenapa aku buat muka malu-malu kucing depan mamat ni.

“Amani dah jumpa belum buku?. Aku dah nak bayar ni kau tak nak gerak lagi ke? Karang lambat pula sampai dekat hostel. Esok kan kita nak mengemas pula “  Kedengaran suara Maya yang baru muncul depan mata aku  dimana di tangannya sudah pun ada tiga naskah novel iaitu Cinta Dalam Hati karya Salwati Haris , Dah Jodoh karya Iman Nizrina dan juga Hello Mr Perfect karya Waniey Zakaria .

“Hah kejap-kejap.Maya mana Alia? “ Soal aku pula sambil melilau mata mencari kelibat Alia.Tadi selepas dia ke tandas dah terpacak kat kedai buku ni.

“Alia ada dekat sana Dia tengok komik.kau bukan tak tahu si Alia tu suka komik .Tadi dia dah rembat dua novel. “.

“Eh Amani ni siapa pula?”  soal Maya pelik.
“Erkk ni ? Jap aku tanya dia.Errmm nama awak apa eh?”

“Owh saya tak kenalkan diri saya lagi eh dekat awak?” Jawab lelaki itu lagi aku pula hanya mengiakan.Memang aku tak tahu nama mamat senget ni.

“Hai nama saya Rafique Iskandar . “ Ujar mamat itu sambil tersenyum manis.
“Owh Rafique . Eh Amani aku tunggu kau dekat kaunter la eh. Tak nak la aku kacau daun.” Balas Maya dengan selamba sambil mengenyitkan mata ke arah aku dan Rafique. Sedap juga nama mamat ni ye. Haaaa cik Amani jangan nak berangan pula.

“Boleh saya tahu nama kawan cik Amani ni?”

“ Lupa pula nak kenalkan diri.Hai saya Maya .Saya pergi kaunter dulu ye .Jumpa lagi “. balas Maya sambil tersengih-sengih.Sengajalah tu.mahu jap lagi dia korek rahsia bertanya aku itu dan ini. Rafique pula tersenyum mesra.Aduhai senyuman dia menawan sungguh.Mahu cair hati aku ni.Dengan aku sekali tenggelam melihat senyuman dia.Namun nasib baik aku pantas tersedar.Cik Amani kau ni dah kenapa.Jangan kata kau “tersuka” pula pada si Rafique ni.Haish merepek la.Aku suka tengok senyuman dia saja.Desis hati kecil aku..


 SaLaM KaSiH

No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D