Sambungan Dirimu satu.Aku makin excited nak siapkan
cerita ni.Heheheh.Tq yg baca ye.
Kahlil Gibran mengatakan, "Hidup tanpa cinta itu seperti pepohonan tanpa bunga pun tanpa buah."
“GERAAAMMNYAAAA
aku, rasa nak bagi penampar free je dekat muka mamat perasan tu.Selamber badak
dia bawak lari aku punya selipar.Siaplah dia kalau aku jumpa dia lagi tahulah
nanti aku kenakan dia cukup-cukup” Aku sudah membebel dalam kereta sambil mengepal
kedua-dua belah tangan aku.
“Cuba
kau cerita dengan aku apa yang dah jadi tadi?” Soal Alia sambil memandang ke arah
muka aku.
“Mamat
perasan tu la , si Rafique.Dah la semalam terjumpa dia di Taman Mini Malaysia
hari ni terjumpa pula dekat Pantai ni haa.Tak ada muka orang lain ke lagi dekat
muka bumi ni?Asal terserempak dengan dia ada saja yang buat aku angin semacam
.Ada je benda tak kena dan ada saja kejadian yang memalukan .Huh...” Ujar aku
lagi sambil mengeluh dan aku membuang pandang ke arah tingkap kereta.
“Jangan-jangan
kau berjodoh tak dengan dia.Ye la asyik dua tiga menjak ni asyik bertembung
je?” Sampuk Maya pula .
“Betul
akak setuju tu.Mana tahu kot dia jodoh dari Allah untuk Amani.Orang kata jodoh
ni rahsia Allah.” Kak Sofea pula menambah.
“Ish
tak nak la Amani.”
“Jangan
kata tak nak.Yang tak nak tu la yang selalu dapat.Lagipun aku tengok si Rafique
tu baik je dah la handsome.” Tambah Alia.
“Korang
ni menangkan si Rafique je aku dengar.Tidakkah korang kesian dekat aku ni.Dah
la selipar aku kena ambil dengan mamat tu.Dia pijak istana pasir yang kita
bersusah payah dirikan.Korang tak rasa apa-apa ke?” Soal aku pada mereka
bertiga.
“Memanglah
rasa geram je bila tengok istana pasir tu hancur, tapi kita datang untuk enjoy
kan.So janganlah ambil kisah sangat.”.Balas Maya pula
“Errmmm
suka hati koranglah.Kak nanti kita singgah kedai selipar eh, nak beli selipar
la takkanlah nak jalan dengan selipar sebelah.”
“Ok
apa sebelah , ala-ala Cinderella gitu.” Usik Kak Sofea sambil tergelak.Si Alia
dengan Maya kemain lagi ketawa.Kang aku cubit kang baru tahu.Sabar je la.
“Cinderella
la sangat.Cinderella kasut kaca ni selipar kak.Jauh nau bezanya.” Aku menjawab
pula.Mereka apa lagi ketawa la.
“Cinderella
zaman moden kenalah lain sikit.Tak gitu Maya.” Alia menyampuk sambil menyiku
Maya disebelahnya.Maya tergelak sambil mengiakan.Aku menghadiahkan satu
jelingan buat Alia dan Maya.
SETELAH
seminggu aku berada di rumah Mak Long , banyak tempat sudah kami semua jelajah
dan meronda.Maka hari ni kami semua haruslah berangkat pulang ke Kuala
Lumpur.Sepanjang seminggu berada di Melaka memang tak di nafikan sangatlah
melihat keindahan Melaka yang sememangnya penuh dengan sejarah warisan dunia.
“Amani
dah siap kemas ke?” Kedengaran suara Mak Long yang baru muncul dari dapur .
“Dah
Mak Long.Amani tunggu Maya dengan Alia la ni.Diorang tak siap lagi.” Jawab aku
yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.Mak Long juga turut melabuhkan
punggungnya bersebelahan aku.
“Amani..Mak
Long ada hal sikit nak bagitahu Amani .” Ujar Mak Long dengan gelisah.Ada yang
tak kena ke ni?
“Mak
Long nak bagitahu apa?” Soal aku sambil berkerut dahi.Kini tumpuan mata aku
tidak lagi pada skrin televisyen tapi terus anak mata aku memandang kearah Mak
Long.
“Kalau
suatu hari nanti Amani dapat tahu yang .........
“Amani
aku dah siap ni.” Kedengaran suara Alia yang baru saja turun tangga sambil
membawa begnya.Di belakang pula di ekori Maya yang turut sama turun tangga.Aku
terus berpaling ke arah mereka.
“Erk
Mak Long cakap apa tadi dekat Amani?” Soal aku lalu mengarahkan kembali mata ke
wajah Mak Long
“Errm
tak ada apa-apa.Lain kalilah ye.Ni Mak long kirim barang sikit dekat Ibu kamu
nanti bagi dekat dia ye.” Dalih Mak Long.Alahai aku tak berapa dengar apa yang
Mak Long cakap tadi.Apa yang Mak Long cuba sampaikan tadi.Aku tak faham.
“Baiklah
Mak Long.” Balas aku sambil tersenyum.
“Sebelum
korang bertolak balik, makan tenghari dulu sini ye.Mak Long dah masak tadi,
nanti tak payahlah korang berhenti makan on the way balik nanti.” Ujar Mak
Long.
“Boleh
sangat Mak Long.Amani pun lapar ni.” Tambah aku lagi sambil tersengih.
“Kau
memang bab makan memang tak boleh tolak ansur .Makan je kerja .Ish .” Bebel
Alia sambil mencebik bibirnya ke arah aku.
“Eleh
mengata orang kau pun sama cik Alia oit.” Tambah Maya pula sambil melabuhkan
punggungnya di sofa belah kiri aku.Mak Long hanya tersenyum melihat gelagat
kami.
“Dah
tak payah nak bertekak.Semua boleh makan.” Tambah Mak Long pula.Kami bertiga
sudah tersengih malu.Over betul kalau sebut bab makanan.Siapa yang tak suka
makan hoii...
Kereta
Proton Preve milik Maya sudah pun berhenti di depan pintu pagar rumah
aku.Akhirnya sampai sudah rumah aku.Boleh tahan penat duduk dalam kereta
walaupun bukan aku yang drive.
Aku
menanggalkan tali pinggang keledar lalu membuka pintu dan melangkah keluar dari
kereta Maya.Seterusnya aku membuka bonet kereta Maya untuk mengambil beg aku
dan juga barangan yang di kirim oleh Mak Long.Alia turut sama menyertai
aku.Esok malam Alia pula akan bertolak balik ke kampung halamannya di
Kelantan.Maya juga turut keluar sama dari perut kereta.
“Thanks
Maya.Nanti bosan-bosan kau call la aku nanti kita pergi meronda berdua.” Ujar
aku sewaktu bersalaman dengan Maya lalu tubuhnya aku peluk .
“Alright.Aku
nak kena settle kan hal keluarga aku pula.” Balas Maya sambil mengelauh
panjang.Ye aku tahu walaupun Maya tersenyum riang dengan kami tetapi masalah
keluarganya masih belum lagi pulih.Oleh sebab itu aku suruh Maya ikut kitaorang
holiday.Aku nak dia tenangkan diri dan mencari semula kekuatan untuk berdepan dengan
masalah keluarganya.
“Untunglah
korang boleh pergi jalan-jalan.Sedih aku.Esok aku dah nak balik kampung.Korang
berdua bila nak datang kampung aku holiday.” Kedengaran suara Alia yang sedih
“Ala
janganlah sedih.Nanti ada masa sesuai kita plan cuti dekat Kelantan ok.Aku bagi
can kau bercuti sakan dekat kampung.Nanti sem depan kita jumpa ok.” Maya pula
membalas.
“Betul
tu aku setuju.Nanti kita buat plan pergi holiday ke kampung kau pula.Jangan
sedih tahu.Kalau kau rasa tak boleh tidur sebab rindukan aku kau skype je la
dengan aku.” Sampuk aku sambil tergelak.
“Eleh
.Aku rasa aku tak rindu kau kot.Aku lagi suka sebab bebas dari kau sekejap.”
Balas Alia yang sudah kembali ceria.
“Amboi
tak sayang mulut Nampak.Ok sem depan kau tidur luar.” Aku cuba mengugut Alia
sambil mengangkat kening.
“Amboi
kejamnya kau Amani.Tak apa kalau kau bagi aku tidur luar aku merempat di bilik
Maya.Boleh kan Maya?” Soal Alia pada Maya pula.Maya hanya tersenyum dan
mengangguk.Alia sudah tersenyum lebar.Akhirnya kami bertiga ketawa serentak.
“Ok
Alia , Amani aku gerak balik dulu,korang nanti apa-apa call la aku eh.Alia
jumpa sem depan tau.Muah muah..” Maya bersalaman dengan Alia sambil berkata
muah muah.
“Hati-hati
tau bawa kereta.” Aku pula menyampuk.
“Baik
kawan-kawan ku.” Tingkah Maya lalu membuka pintu kereta.Selepas itu kereta
milik Maya sudah pun bergerak meninggalkan kami berdua di luar pagar .
“Jom
masuk Alia .” Ujar aku sambil mejinjit beg dan barang yang di kirimkan oleh Mak
Long.Alia mengekori aku dari belakang.
SELEPAS
menunaikan solat maghrib berjemaah sebentar tadi aku dan Alia terus menuju ke
bilik untuk membuka telekung.Sekejap lagi boleh makan malam.Aku dan Alia
berjalan menuju ke tangga untuk turun ke tingkat bawah.Aku menjenguk di meja
makan, Ibu aku tiada di situ mesti dia berada di dapur.
“Ibu..Ibu
...”. Aku memanggil ibuku.
“Ye
ibu di dapur sayang.” Laung ibu aku pula.Aku menjenguk ibuku di dapur yang
sedang memasukkan lauk pauk di dalam mangkuk.
“Ibu
..Amani tolong eh?” .Aku mula mengangkut pinggang mangkuk yang untuk di bawa
keluar ke meja makan yang tersedia di ruang tamu.
“Boleh
sayang.Ni Alia mana?” Soal ibu aku pula.
“Caakk
saya di sini mak cik.” Alia sudah terjengkul di muka pintu sambil tersengih.
“Nasib
baik mak cik tak terkejut.Alia ..Alia..” Kedengaran suara ibuku pula.
“Nak
Alia tolog apa-apa tak mak cik?” Tambah Alia lagi.
“Eh
tak payahlah .Alia kan tetamu kami.” Ibuku menghalang niat Alia yang sudah pun
memegang jag air.
“Alah
tak apalah mak cik , biar Alia tolong eh bawa air ni ke depan.” Tingkah Alia
lagi terus melangkah ke ruang tamu.
“Biarkan
je ibu, si Alia ni tengah rajin.” Ujar aku sambil tergelak.
“Tambahlah
lagi Alia jangan malu-malu.” Kedengaran suara abah menegur Alia sewaktu kami
tengah ralit dengan menjamu selera.
“Alia
kau janganlah malu dekat abang aku pula.” Usik aku.Alia hadiahkan aku penyepit
ketam dekat aku.
“Adoiii
sakitnyaa....” Tingkah aku.Waktu itu muka Alia kemerah-merahan apabila abang
Amar aku memandang ke arahnya.
“Eh
kenapa pula tu?” Soal Ibuku.
“Tak
ada apa-apa ibu, Alia ni malu dengan abang.” Balas aku sambil mengeyitkan mata
aku ke arah Alia.Masam mencuka Alia.
“La
kenapa nak malu-malu Alia.Relax la abang Amar tak makan oranglah.” Usik abang
Amar sambil tersenyum manis ke arah Alia.Apa lagi menggelabahlah minah
ni.Merahnya muka Alia menahan malu.
“Dah-dah
kamu berdua jangan nak mengusik Alia, karang sampai ke sudah Alia tak makan
.Kamu jangan layan budak dua orang ni Alia .Bab membuli memang juara.”
Kedengaran suara abah aku menyampuk.
“Abang
ni abah yang suka membuli .Adik tak.”
Tingkah aku membela diri.
“Eh
eh mengata kita pula.Adik pun sama.Dah la tak malu minta hadiah dengan si Am.”
Abang aku dah mula dah.Aku memijak kaki dia yang berada di bawah meja.
“Ehem..ehem.Jangan
nak bertekak depan rezeki pula.Makan dulu.Kalau nak membuli ke nak bercerita ke
apa ke tunggu lepas habis makan.” Kedengaran abahku memberi amaran kecil kepada
aku dan abangku.Ibuku di sebelah abah boleh tersenyum lagi.Ibu memang masak
benar perangai abah aku tu.
“Siap
abang kejap lagi adik kerjakan.” Aku berbisik perlahan pada abang Amar sambil
menghadiahkan satu jelingan.
“Adik
ingat abang takut ke dengan adik .” Abang aku pula berbisik sambil
tersengih.Siap abang aku sekejap lagi.
Selepas
solat Isyak aku dan Alia lepak di sofa yang terletak di ruang tamu sambil
tengok TV.Aku mengambil remote astro lalu menekan channel satu tiga empat astro
mustika HD.Sewaktu buka channel tersebut sedang di mainkan drama yang tengah
naik sekarang ni iaitu drama Adam Dan Hawa yang di adaptasi dari novel.Aku ni
memang suka tengok drama ni.Best kot.Watak utama yang menerajui drama ini
adalah Aaron Aziz dan juga Nadiya Nissa.Cerita ni pun sudah bakal ke
penghujung.Sama-samalah kita tengok kesudahannya.Time aku duduk rumah bolehlah
tengok kalau dah balik kampus memang taklah.
Alia
di sebelah aku ni pula tengah ralit tengok drama ni juga sambil membelek
majalah wanita.Mata tengok TV tapi tangan pula asyik membelek majalah.
“Alia
kau tengok tv ke kau belek buku ni?” Aku menyiku Alia di sebelah aku.
“Dua-dua
“ .Balas Alia sambil tersengih.
“Ehem..Ehem..”
Aku dan Alia berpaling serentak.
“Hai
diam je.Tadi time makan kemain lagi mulut tu” . Abang aku sudah pun duduk si
sofa belah sana.
“Abang
jangan kacau kitaorang nak tengok cerita ni.” Aku memberi amaran pada abang
aku.Alia hanya tersenyum dan kembali fokus pada televisyen.
“Adik
nanti adik pergi rumah Mak Cik Som bila free.Siang tadi dia tanya pasal adik .”
Abang aku memulakan cerita namum matanya juga terarah pada drama Adam Dan Hawa
juga.
“Hah
ye ke.Kenapa Mak Cik Som cari adik?” Soal aku dengan teruja.
“Amboi
asal sebut Mak Cik Som dah excited belum
lagi abang sebuat pasal Am.Kalau abang cakap pasal Am confirm Amani
melompatkan?” Usik abang aku.
“Abang
jangan nak main-mainlah.Orang tanya pasal Mak Cik Som la bukan pasal Abang Am..”
Dalih aku.
“Ye
la tu.Abang tahulah adik suka dekat si Am tu.” Tambah abang aku lagi
“Mana
ada.Abang jangan nak buat ceritalah .” Dalih aku lagi sambil mencampak bantal
kecil ke arahnya.Namun dengan pantas abang Amar menyambutnya.
“Eleh
ye la.Kalau tak betul kenapa muka adik merah je?” Abang aku membaling semula
bantal kecil tadi ke arah aku.Terkena pula tocang rambut aku.Aku campak tepi
bantal lalu mengemas kembali tocang rambut aku.
“Mana
ada.Alia kenapa senyap je.Malu dekat abang aku eh?” Aku mengenakan Alia.
“Weh
agak-agaklah kau ni pun, dah mata aku dok mengadap tv ni kan.” Tingkah Alia
sambil menarik muka.
“Abang
tak nak berkenalan ke dengan Alia ni.Esok malam dia dah nak balik Kelantan
dah.” Usik aku lagi .Alia tayang muka blur.Mata terus di fokus pada Tv.Malas
nak layan akulah tu.
“Amboi
ubah topic nampak ?” Tingkah abang Amar pula.
“Abang
bila nak tunang?” Soal aku pula sambil bersela pula di atas sofa.Mataku kini
terarah pada muka abang aku.
“Errmm
Ibu dengan Abah kata dalam dua minggu lagi .Alia pun datanglah sekali?” Balas
abang aku sambil memandang Alia.
“Errk maaflah abang Amar.Esok Alia dah nak
balik kampung.Alia pergi nanti kenduri kahwin je la nanti eh .” Balas Alia
sambil tersenyum.
“Eh
awalnya.Hari tu bukan abang kata nak tunggu kewangan stabil dulu ke?” Soal aku
pelik
“Ok
jangan lupa datang nanti ye .” Ujar abang Amar sambil tersenyum manis.Lama
sekali aku melihat abang aku memandang Alia.Haaa abang jangan tenung macam tu
karang kalau Alia syok abang betul-betul tak ke naya nanti.Makan hati la Alia
nanti.Ish minta jauhlah.
“Apa
adik cakap tadi?” Soal abang aku.Amboi mentang-mentang Alia ada depan mata
boleh dia tak dengar aku cakap aku.Memang nak kena nih.”
“Adik
tanya kenapa awal sangat , bukan abang kata nak tunggu kewangan stabil dulu ke?”
Tanya aku lagi sekali.
“Ibu
dengan abah minta percepatkan.Keluarga kak Sofea pun nak satukan cepat-cepat.So
abang pun ikut je la.” Aku aku sudah tersengih
“Amboi
kemain sengih nampak seri pengantin tu”.
Usik aku sambil tergelak.Alia juga turut tersengih ke arah aku.
“Baru
tahu ke?” Balas abang aku.Haa bagus abang dengan adik sama naik bab perasan.Ish
ish ish..
SaLaM KaSiH

No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D