SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Friday, January 25, 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 10

Assalamualaikum u oll..



                                     




BAB 10




DESTINASI kami yang pertama adalah menjejakkan kaki ke AEON Jusco Bandaraya Melaka Bersejarah .Boleh tahan besarlah Jusco ni.Jusco ini terletak berdekatan dengan Melaka sentral dan juga Tesco.Pelbagai jenis kedai yang terdapat di sini.Dari pakaian, kasut, makanan,buku  dan banyaklah lagi.Kalau yang kaki shopping dan gila shopping memang  rambang mata la tengok .

Perempuan memang sesuai dengan shopping ni.Kalau aku dapat duit banyak nak beli tu nak beli ni.Ye la tengok baju ke beg ke memang mata bling bling terus.Tapi nak shopping tu janganlah sampai boroskan.Apa orang kata shopping barang yang memang diperlukan sudah tak payah nak membazir beli benda yang bukan-bukan.

Aku , Alia, Maya dan juga Kak Sofea berjalan menuju ke arah escalator untuk menuju ke tingkat atas.Aku singgah sebentar di Verns melihat kasut dan selipar yang ada di pamerkan diatas rak.Alia dan Sofea mengikut aku dari belakang manakala Kak Sofea pula menuju ke toilet .

“Amani lawa tak kasut ni?” Soal Maya kepada aku.
“Errmm boleh tahan dia punya design and warna dia pun cantik.Try kau pakai aku nak tengok sikit”. Aku melabuhkan punggung ke sofa yang tersedia untuk pengunjung .Sempat jua aku mencapai sandle yang aku berkenan tadi untuk mencuba.

“Ok tak Amani?” Maya menyoal lagi sambil membelek kakinya di hadapan cermin yang telah tersedia di tengah kedai tersebut.

“Kau jalan sikit.Aku nak tengok ….Huyoooo macam  model tengah catwalk di atas pentas.” Usik aku.Tapi memang sesuai pun kasut tumit tinggi tu dengan Maya.
“Pheewwiittt…Tu dia..” Kedengaran suara Alia pula menyampuk sambil menepuk tangan.
“Korang berdua ni nak kenakan akulah tu kan.Aku tahulah aku macam model”. Maya membidas.Dah mai dah keperasaaannya,

“Ceh perasan lak dia nih.Aku puji kasut tumit tinggi yang terlekat di kaki kau tu haa.Bukan puji kau cik Maya oit.” Aku mencebik kearah Maya dan selepas itu kami bertiga tergelak.

Dari satu kedai ke satu kedai aku masuk.Bukan shopping di tiap-tiap kedai ye.Kalau shopping gitu mahu gugur rambut pontianak aku ni.Aku ternampak pula kedai buku Popular yang gah berdiri di depan mata aku.Aku sudah tersenyum lalu menapak masuk ke dalam .Well korang pun tahu kan aku ni kalau tak sibuk aku isikan masa dengan membaca buku.Tak kisahlah buku apa pun.Kalau buku tu best aku rembatlah dan belilah.Aku ni kan sememangnya ulat buku.Ahaks,Eh perasan pula kita.

Aku menuju dari satu rak ke satu rak.Banyak buku yang terdapat di dalam ni.Pelbagai jenis genre tau.Sampai saja di rak novel terus mata aku terarah pada satu novel.Dalam banyak-banyak novel yang di susun di situ novel itu yang mencuri perhatian aku yang bertajuk Takdir Itu Milik Aku karya Siti Rosmizah  . Aku menilik novel yang berkulit hijau tu sambil melihat synopsis yang terletak di cover belakang novel tersebut.

“Kalau dah berkenan tu ambiklah cik Amani oit”. Kedengaran suara disebelah aku.Aku berpaling lalu tersengih melihat Kak Sofea dimana ditangannya sudah ada sebuah buku masakan.
“Huyooo akak nak belajar masak ke apa ni?Siap dengan buku rsepi bagai ni?” Soal aku  dengan teruja sewaktu melihat buku-buku masakan yang di pegang olehnya.

“Mestilah.Nak cari resepi baru.Maklum sajalah tinggal beberapa bulan lagi akak bakal bergelar isteri kepada Hafiz.Orang kata nak pikat hati suami kenalah ikat perutnya.” Tu dia Kak Sofea .Terbaiklah.Thumbs Up sikit.Ibu jari aku naikkan kearah Kak Sofea.

“Cewah mentang-mentanglah nak kahwin dah.Apa perasaan akak bila  makin dekat nk kahwin?” Eh aku ke yang bertanya soalan macam tu.Amboi Cik Amani kemain lagi ye.

“Ermm susah nak cakap.Gembira ada takut pun ada.Orang kata nak kahwin ni senang tapi nak melayari bahtera sesebuah perkahwinan tu yang susah.Banyak cabaran.Akak Cuma harap perkahwinan akak nanti bahagia.Ni yang bertanya ni terasa nak kahwin juga ke?” Soal Kak Sofea.Alamak Kak Sofea ni dah nak buat spekulasi pula.Aku tayang sengih .Dah macam model iklan ubat gigi Colgate dah.

“Eh akak ni Amani tanya akak , akak tanya Amani balik.Edisi nak kenakan Amanilah ni.Amani muda lagi la kak.Amani tunggu akak bersalin  dua  tiga orang dulu baru Amani kahwin.Ok ?” Ujar aku sambil mengangkat kening kearah Kak Sofea.

“Amboi kemain ye Amani.Ni lupa akak nak tanya.Abang Amar apa cerita?siapa awek dia sekarang ? bila dia nak kahwin?” Soal Kak Sofea bertubi-tubi.

“Amboi kak banyak soalannya.Ni nak suruh Amani jawab yang mana satu dulu?” Aku mengecilkan kelopak mata aku.

“Oppss Sorry.Amani jawablah yang mana-mana.Akak nak Amani jawab semua soalan tadi”. Jawab Kak Sofea sambil tersengih.

“Kahwin tu tak tahulah bila Kak.Abang kata coming soon.Abang Amar tu dah lama dah ada awek.Awek dia pun kawan dia masa dia belajar dekat UK.Amani dah jumpa Kak Raisya tu.Cantik , baik dan lemah lembut.” Aku sudah tersenyum sambil terbayang wajah Abang Amar dan juga Kak Raisya.

“Ye ke.Baguslah lepas ni bolehlah makan kenduri Abang Amar pula.Nak tunggu Amani entah bila”. Usik Kak Sofea lagi.Tengah musim orang kahwin agaknya.Ye la pergi sana orang tanya bila nak kahwin?pergi sini pun sama.Tak ada soalan lain dah gamaknya.Diorang ni tak tahu ke aku ni masih lagi menuntut di Universiti.Ish Ish Ish.
“Agak-agaklah kan Alia berapa lama ni ye mesyuarat ahli tingkap ni nak tamat?Tadi kata nak tengok wayang dekat tingkat atas.Jadi ke tak ni?” Suara Maya pula yang menyampuk entah bila masa dia terpacak dekat sini oun aku tak perasan.

“Aku tak pastilah .Weh korang jomlah .Aku nak tengok wayang ni.Mata aku dok nampak Pop Corn .Sedapnya Pop Corn.” Alia sudah membayangkan Pop Corn la tu.

“Kau ni Alia bab makan memang juara”. Aku menyampuk .Alia dah tersengih –sengih.
“Ok dah jom kita pergi tengok wayang .” Kedengaran suara Kak Sofea pula menyampuk lalu melangkah menuju ke tingkat atas ke GSC.

LEBIH kurang empat jam lebih kami berada di sekitar Jusco tu.Kini kami sudah pun berada di dalam perut kereta.Menurut Kak Sofea dia akan membawa kami ke tempat yang dia cakap semalam.Bila aku tanya dia kata adalah.Haish akak ni suka buat aku suspen.Layankan je.

Sepanjang dalam perut kereta Alia boleh pula dok melantak pop corn yang dibeli sewaktu tengok wayang di GSC .Orang lain kemain seronok melayan cerita Jackie Chan CZ 12 tapi selamba badak je si Alia ni tidur.Ada ke patut?Cerita punyalah best boleh pula dia terlelap.Alia.. Alia..

“Kak Sofea, kita nak pergi mana ni?nak balik rumah ke?” Maya bertanya sambil mata melilau melihat jalan .

“Adalah.Nanti korang akan tahu.” Jawab Kak Sofea sambil tersengih , sewaktu itu kereta yang dipandu Kak Sofea sudah pun sampai di traffic light area Melaka Mall.Aku dah agak dah itu mesti jawapan dia

“Ni bukan jalan nak balik ke rumah akak ke?” Alia pula menyampuk.
“Memanglah.Tapi kita bukan nak balik rumah lagi.Kita pergi jalan-jalan dulu.Lepas pergi tempat tu kita singgah ke Mydin Mall MITC untuk beli  barang-barang makanan untuk berpicnic.Esokkan kita nak picnic di Pantai Pengkalan Balak.

“Ahaa bab picnic tu memang Amani suka.Esok nak buat Istana Pasirlah.Lama dah tak main pasir.Akak ingat lagi tak waktu kecil-kecil dulu kita suka buat Istana Pasir tiap kali family kita bawa pergi picnic.” Tiba giliran aku pula menyampuk .

“Mestilah ingat.Best kot time tu.Tak apa esok kita main pasir pantai buat istana pasir.” Balas Kak Sofea lagi

“Cantik “ Ujar Aku, Alia dan Maya serentak.Kak Sofea yang sedang memandu memandang ke arah kami sambil tersenyum.Teruja pula  ye la lama dah tak pergi pantai.

AKHIRNYA kami sampai jua.Aku ingat tempat apa la Kak Sofea nak bawa rupa-rupanya di bawa kitaorang ke Taman Mini Malaysia. Sebenarnya aku pun tak pernah lagi sampai ke Taman Mini ni.Ye la datang Melaka je pergi merayap ke tempat lain.Pergi Jonker Walk la, pergi naik menara Taming Sari , Shopping je keje.Macam mana nak pergi tempat-tempat begini.Patutlah ramai orang kata dekat Melaka ni banyak tempat yang harus di lawati, dah nama pun Bandar Bersejarah.

“Huyoooo cantiknya pintu gerbang Taman Mini Malaysia “  . Mata aku melilau melihat pintu gerbang berwana kelabu putih yang gah berdiri .Di pintu gerbang itu tertera tulisan bewarna putih  Mini Malaysian & Asean Cultural Park.Sebelum aku terlupa Taman Mini Malaysia ni terletak di Ayer Keroh .

“Cantiknya tempat ni “ Giliran Alia pula teruja
“Betul –betul “ Maya pula menyampuk dah macam rupa cerita upin dan ipin .
“Kak tempat ni baru buka ke apa ?” Soal aku pada Kak Sofea yang baru saja mengunci kereta di tempat parking.

“Yup tempat ni baru je buka pada satu Disember yang lalu.Tempat ni dah lama di tutup sebab diorang tengah renovate baru.Tengok pintu gerbang dia pun cantikkan.” Kak Sofea menerangkan pada aku.Aku, Alia dan juga hanya menganggukkan kepala.

“Jomlah kita masuk.Dekat dalam ni ada banyak rumah-rumah untuk setiap negeri .Nanti kita pergi skodeng apa yang ada rumah-rumah tu semua.Akak pun baru first time datang selepas Taman ni di buka semula selepas renovation .” Tingkah Kak Sofea lalu menarik tangan aku menuju ke kaunter tiket.

Sewaktu menjejakkan kaki ke dalam Taman tersebut mata aku memandang kanan dan kiri melihat banyak rumah yang di perbuat dari kayu.Ibarat rumah zaman- zaman dulu la.Rumah pertama yang aku jejaki ialah rumah Perlis.Aku menjenguk ke dalam rumah tersebut sambil melihat perabot yang ditayangkan dalam rumah tersebut.Rumah ini hanya terdapat dua buah bilik.Ruangan dapur yang cantik.Ada mesin jahit jahit teletak di sudut berehat.

Seterusnya aku menjejakkan kaki ke rumah Kedah.Rumah kedah bertemakan perkahwinan di mana di satu pelamin yang cukup lengkap disiapkan si ruang tengah yang luas.Di kanan dan kiri pelamin tersebut pula terhias bunga telur.Aku tersenyum melihat keletah si Alia dan Maya.Berangan nak jadi pengantin gamaknya.Siap posing kemain depan tu haa.

Aku meninggalkan mereka semua sewaktu di rumah Pahang.Aku turun tangga terus melihat di sebelahnya rumah Sarawak.Rumah ini terletak paling hujung dan juga berdekatan dengan Auditorium di sini.

“Weh korang aku nak pergi rumah sebelah.Rumah Sarawak” Aku melaung sambil melihat papan tanda Rumah Sarawak

“Hah rumah hujung tu ke?Nak ikut juga “ . Kedengaran suara Alia terpacul di muka pintu.
“Jomlah kita pergi tengok apa yang ada dekat dalam tu?” .Maya dan Kak Sofea juga sudah keluar dari rumah Pahang

“Jomlah kita pergi sana.Tengok apa yang ada”.Kak Sofea pula menyampuk.
“Errkk Amani aku tak nak masuklah rumah ni,nampak seram je.Korang naiklah aku tunggu korang dekat bawah ni?” Ujar Alia sewaktu kakinya sudah memijak tanah depan Rumah Sarawak.

“Kau ni kenapa Alia?” Aku bersuara apabila melihat muka Alia yang ketakutan.Nampak sedikit pucat wajah Alia.

“Tak..tak ada apa-apa.Aku tunggu bawah je.Pergilah naik”. Alia bersuara lagi.
“Aku pun tak nak naiklah.Aku temankan Alia je la dekat bawah ni”.

“Errm akak pun tak naik juga.Tengok macam kosong je rumah ni.Gelap pula tu.Jomlah kita pergi meronda rumah lain eh?” Kak Sofea pula menyampuk.

“Sure tak nak masuk ni?” Soal aku lagi sambil melihat mereka bertiga.Dengan serentak mereka bertiga anggukkan kepala.Aku pula hanya menjungkit bahu.

“Apalah agaknya yang ada dalam rumah Sarawak tu ye?” Aku membebel seorang diri sambil melangkah ke rumah tersebut.Dengan perlahan-lahan aku memanjat anak tangga lalu aku naik ke atas.Keadaan dalam rumah tersebut agak suram.

“Apa kebenda ni?Macam tak ada yang istimewa je kat rumah ni?” Aku bercakap sorang-sorang lagi.Ohooii kemain gelap lagi rumah ni.Seram sejuk pula aku rasa.Tu la tadi kemain gatal sangat nak berkunjung ke rumah ni.

Aku terpacak dekat depan pintu utama.Kaki melangkah setapak demi setapak.Sampai satu tempat aku dah tak boleh nak melangkah.Entah kenapa aku terasa seram.Dengan laju jantung aku berdegup kencang.Tiba-tiba aku ternampak  satu bayangan yang melintas di bahagian tepi.Aku berpaling  ke kanan namun keadaan suram agak menyukarkan penglihatan aku.Kenapa la tak buka tingkap jendela yang ada ni?.

“Haaaaaaannnnntuuuuuuuu……” Aku menjerit sewaktu berpusing ke belakang.Dengan sepantas kilat handphone yang berada di tangan tercampak ke depan .Terus aku menutup mata dan badan aku menggigil.Ya Allah selamatkan hambamu ini.

“Adoiii sakitnya ..Yang awak menjerit macam orang gila ni dah kenapa?Muka saya ni ada rupa hantu ke?” Kedengaran suara seorang lelaki mengaduh sambil melepaskan amarah.dengan perlahan-lahan aku membuka mata.

“Hah awak lagi?” Dengan serentak kami berdua berkata.
“Apasal awak ada dekat sini.Yang awak duduk kat tempat gelap tu kenapa ?Saya ingatkan lembaga mana la lalu tadi” Marah aku sambil mengurut dada.Nasib baik tak kena heart attack

“Hello cik kak , tempat ni kan tempat awam.Sesiapa saja berhak untuk datang berkunjung kemari?So apa masalahnya?” Soal lelaki tu lagi

“Asal jumpa dengan awak je mesti ada benda yang jadi.Eiii menyampah betullah.Awak ekori saya eh ?Tapi macam mana awak tahu yang saya bercuti di Melaka?” Aku menggaru-garu kepala di sebalik tudung.Alahai macam mana dia tahu aku dekat sini.Penyibuk betul.Apa la malang nasib aku ni.

“Macamlah awak tu cantik sangat yang saya nak mengekor awak ke sini ke mari.Tolong sikit ye cik kak saya ada urusan di sini tadi.Alang-alang tu saya singgahlah masuk tengok apa yang ada di sini.Jangan nak perasan “ Luah lelaki tu lagi.

“Encik Rafique , habis awak ingat awak tu handsome sangat ke? “ Aku sudah mula bercekak pinggang,.

“La awak tak tahu ke saya ni sememangnya lelaki handsome yang menjadi pujaan ramai gadis-gadis di luar sana.” Mak oiii berlagaknya mamat ni.Aku rasa nak lempang je muka dia.Aku sudah mula mengigit bibir.

“Tolonglah jangan nak perasan.Huh menyampah betul.Apalah malang nasib jumpa awak hari ni.Dah ketepi saya nak turun.”.Tingkah aku lagi sambil mencapai handphone yang terjatuh di atas lantai.Habis handphone Samsung Ace aku.Adoyaiii.

“Kalau handphone saya rosak ni siap awak.Saya akan cari awak minta ganti rugi “. Ugut aku.

“Eh eh eh handphone dia yang dirisaukan , habis tu dahi saya yang bengkak ni apa cerita?” soal Rafique lagi

“Salah siapa?Awakkan?So faham-faham je la.Siapa suruh terkejutkan saya?” Ujar aku lalu mengangkat kaki melangkah keluar.

“Eh  saya pula yang kena.Awak tu yang terkejut sendiri.Jalan tu hati-hati nanti tergelincir dekat tangga tu susah pula saya nak mencempung  awak?” Aku dapat mendengar tawa di hujung ayat dia tadi.

Aku berpaling semula ke belakang lalu aku hadiahkan satu jelingan tajam kearahnya.Namun dengan selamba badak dia tayang muka sengih.Eeee geramnya aku.Aku menghentakkan kaki tanda protes dan tanda tidak puas hati dengan si Rafique ni.Ada ubi ada batas ada hari aku balas.Siaplah dia nanti.Ini cik Amani ok.Huh !

“Kau kenapa Amani muka masam ni?” Soal Maya sewaktu aku tiba di hadapan mereka.Boleh pula diorang buat gossip dekat jambatan gantung ni.Kemain penat aku berpusing cari mereka bertiga.

“Aku cari koranglah.kata nak tunggu dekat bawah rumah tu je.Alih-alih aku turun korang tak ada.Aku menjerit kat atas sana pun korang tak dengarkan”. Protes aku.Aku bukan marah diorang tapi aku tengah angin dengan mamat perasan tu.Menyampahnya aku.Geram-geram.Aku mengepal tangan aku .

“Kau ni kenapa?ada yang tak kena ke?Cuba cerita dekat aku sikit.” Soal Alia pula
“Kenapa Amani menjerit?Sorrylah akak tak dengar pun?” Balas Kak Sofea pula.
“Bukan apa kak , Amani terkejut tadi.Ingatkan lembaga hitam manalah dekat dalam rumah tu rupa-rupa muka manusia .Si Rafique yang perasan.Huh menyampah betul.” Aku sudah membebel.

“What ?Rafique ada sini?Dia buat apa?” Soal Alia dan Maya serentak.
“Entah aku tak tahu.Tetiba ada depan aku, dah aku terkejut tadi aku terbalinglah handphone aku kat dahi dia.Bukan aku sengaja pun dah terkejut nak buat macam mana.”
Wait wait..Boleh akak tahu siapa Rafique?” Tingkah Kak Sofea dengan blur.

“Kalau akak nak tahu Rafique dengan Amani ni memang tak boleh bertembung.Asal bertembung je mesti ada benda yang berlaku.Pastu mulalah bertekak.Dua-dua sama naik tak nak mengalah langsung.Sesuai sangatlah tu jadi laki si Amani ni Kak?” Dengan panjang lebar Alia membuka cerita.

“Akak tak fahamlah.Cuba korang cerita dari A sampai Z ?” Kak Sofea bersuara lagi.Maya dan Alia sudah memandang ke arah aku.

“Kalau akak nak cerita detail pasal Rafique tu bolehlah tanya si Amani ni kak.”. Tambah Alia lagi sambil tersengih.Maya pula hanya mengiakan.Ermm nampak gayanya memang aku kena ceritalah ni pada Kak Sofea.Tak ada pilihan.Tu la terlepas cakap nama Rafique pula tadi.Kak Sofea kalau dia nak tahu memang sampai ke lubang cacing la dia korek.Nak cerita ke tak ni?Nanti-nantilah aku cerita dekat Kak Sofea.

“Nantilah Kak Amani cerita.Jomlah balik .Dah lenguh kaki Amani ni berjalan hari ni.” Dalih aku sambil tersengih..

“Saja la tu nak alihkan topik ,ok jomlah kita balik tapi akak akan  tuntut cerita ni dengan Amani tau.Jangan nak menyorok .” Tingkah Kak Sofea sambil mengangkat jari terlunjuknya kearah aku , nak tak nak aku kena la anggukan kepala.

PEMANDANGAN di kala petang sememangnya sungguh indah.Aku memandang laut yang terbentang luas di hadapan aku.Seperti yang di janjikan oleh Kak Sofea semalam , hari ni kami ke Pantai Pengakalan Balak untuk berkelah.Cuaca pada hari ni pun baik.Aku melihat awan di dada langit .Subhanallah Indah sungguh alam ciptaan Allah.Syukur Ya Allah kau masih berikan aku peluang untuk menikmati keindahan alam ciptaanMu .Sungguh tenang dan damai aku rasa.Aku tersenyum .Dari jauh aku melihat kapal-kapal yang berada di nun jauh disana.

“Hoi Amani kau berangan ke apa?Kata nak buat Istana Pasir?Aku dah tak sabar ni ?” Jeritan Alia memeranjatkan aku.Ish budak ni potoong betul.

“Kau ni buat terkejut aku je la Amani.” Balas aku sambil bangun dari  batu yang tinggi lalu melangkah menuju ke arah tangga yang telah sedia ada.Kemain tinggi diorang buat penghadang dari batu ni.

“Amboi korang dah siap bersila atas pasir .Excited ye ?” Soal aku sewaktu kakiku sudah pun berada di atas pasir pantai.
“Mestilah.Dah lama tak main benda alah ni.” Sampuk Maya pula.Kak Sofea sudah tergelak .
“Ohoii mana dapat benda alah ni, dah macam sudip dekat rumah aku tengok “. Aku membebel seorang diri ditangan sudah aku pegang seperti sudip.Apa nama dia pon aku tak tahulah.

“Akak rembat dekat dapur rumah tadi?” Jawab Kak Sofea selamba.
“Hahh..Apa dia?” Dengan serentak kami bertiga bersuara.Terlepas benda alah tu di tangan aku lalu terus tangan aku jatuh di atas dada sambil mengayakan aksi terkejut.Muka si Alia dengan Maya lagi la ternganga.

“Ye la akak rembat dekat dapur la tadi.Ni yang korang terperanjat sampai ternganga mulut tu  kenapa.” Soal Kak Sofea bila melihat aksi-aksi kami.

“Akak ambil sudip ni dekat dapur?You mean yang Mak Long guna untuk masak?” Akak ?” .Kedengaran Kak Sofe gelak sakan.

“Hey korang ni lurus la pula.Memanglah akak rembat dekat dapur tapi yang ni tak di gunakan sebagai peralatan memasak ye adik-adikku sekalian.Yang ni memang simpan untuk di buat main-main time keluar berkelah la.Ish korang ni”. Terang Kak Sofea sambil ketawa san menggelengkan kepala .

“Laaaaaaa …iye ke?” Serentak Alia dan Maya menyampuk sambil menarik nafas lega.
“Korang ni tak kan akak nak rembat peralatan yang di gunakan dekat dapur rumah tu.” Sambung Kak Sofea lagi.

“Mahu tak terkejut.Karang tak pasal-pasal Mak Long cari sudip dia yang hilang.Haaaa siapa nak tanggung?” Tingkah aku pula.
“Ok jom kita buat istana pasir..Weehoooo..” Jerit Alia sambil mengenggam pasir pantai lalu di masukkan ke dalam baldi kecil .

“Jom..” Serentak Aku, Maya dan Kak Sofea berkata.
Selepas  menyiapkan istana pasir kami semua mandi manda di dalam laut.Syok woo bila boleh mandi laut.Berendam dalam laut sambil bermain bola tampar.Ada ke patut main bola tampar dalam laut.Kalah kanak-kanak ribena yang tengok aksi kami.

“Amani akak pergi ke tandas awam dulu ye?Nak mandi .” Kedengaran Kak Sofea lalu berjalan menuju ke persisiran pantai

“Kak Sofea cepatnya dah naik.” Suara Maya pula menyampuk.
“Alah nanti ramai orang dekat tandas tu.” Balas Kak Sofea lagi
“Kalau macam tu Alia nak ikut akak sekali la”. Alia pula bersuara .
“Maya pun nak ikut sekali la Kak”.

“Eh korang bertiga semua habis tu takkan tinggal aku sorang je dekat sini?” Tingkah aku.
“Ala biar kitaorang siap mandi dulu pastu kitaorang datang balik .Then turn kau la pula”. Tokok Alia pula sambil mengenyit mata.Sajalah tu.

“Yee la tapi jangan lama-lama.” Laung Aku lagi.Mereka bertiga  semua membuat gaya thumbs up.

Setelah puas berendam aku bangun lalu berjalan menuju ke istana pasir yang telah siap .Aku tersenyum senang melihatnya.Mata aku melilau –lilau mencari selipar .Ahaaa ada pun.Dekat sini ye .Bisik hatiku.Setelah itu aku berpusing semula menuju ke arah istana pasir.Alangkah sedihnya aku melihat istana pasir aku yang cantik itu di pijak oleh seorang jejaka dari planet mana entah.Aku berjalan menuju ke istana pasir yang hanya dalam lima , enam langkah saja dari tempat aku ambil selipar aku.

“Excuse me ?Awak tak nampak ke istana pasir tu?” Aku  menegurnya dari arah belakang
“Opppss sorry.Tersengaja pula kaki saya ni memijaknya”.Kedengaran suara jejaka itu lalu berpusing ke arah aku.Namun matanya asyik dok menilik camera DSLR miliknya.Ternganga sekejap aku melihat jejaka itu

“Awaakkk lagi??Dah kenapa mana-mana tempat saya pergi mesti ada muka awak hah?Awak ekori saya lagi eh?” Aku sudah bercekak pinggang.Tidak aku sangka boleh bertembung dengan mamat perasan dekat pantai ni.Menyibuk je.
“Awak Amani?” Soal jejaki itu lagi

“Yelah saya Amani.Awak dah lupa ingatan ke Encik Rafique?” Aku mengangkat kening kea rah Rafique.

“Cik Amani awak ingat awak tu cantik sangat ke yang saya nak follow awak sangat.Jangan perasan ye.Tempat ni tempat awam kan.So sesiapa saja berhak datang.” Balas Rafique
Cis dia mengata aku.Siap dia.

“Tu istana pasir saya awak dah rosakkan.Saya penat-penat buat awak sesuka hati pergi pijak tu kenapa?dah tak ada tempat lain nak lalu ke?”

“Manalah saya nampak istana awak yang buruk ni.Sorry lah bukan sengaja pun.” Rafique membela diri

“Istana buruk awak kata ?Yang awak tu berjalan mata letak mana?” Balas aku sambil mengetap bibir.

“Dah nak buat macam mana saya dah terpijak istana buruk awak ni.Oklah saya jalan dulu.Nak pergi ambil gambar dekat depan sana.Matahari terbenam lagi cantik dari awak punya istana pasir ni?”  Ujar Rafique lagi sambil menunjukkan camera DSLR dia .Cis nak menunjuk la tu konon.Macamlah dia sorang je yang ada.Aku pun ada la Encik Perasan hoi..Bebel hati aku.

“Geram..geram geram” Jerit aku sambil  mengepal kedua –dua tangan aku.Ada ke patut istana pasir yang aku buat ni dia kata buruk.Sengaja nak cari pasal mamat ni.

“Tak payah cari garam.Air laut tu dah masin cik Amani oii..” Laung Rafique sewaktu dia berpaling semula ke arah aku tadi.Cis dengar je mamat ni .Aku sebut geram dia dengar garam.Telinga dia tak berfungsi dengan baik gamaknya.Geramnya aku.Rafique sudah melangkah beberapa tapak ke depan.Dengan pantas aku menanggalkan selipar aku lalu aku baling ke arah Rafique namun sasaran tidak terkena tapi selipar aku tu terover jatuh ke depan dia.Haaa sudah…

“Main kasar nampak?” Ujar Rafique sambil pusing ke arah aku.Mati terus niat aku nak ambil selipar aku apabila dengan selamba badak selipar aku di pegang oleh Rafique.
“Selipar awak ni saya ambil ok.Kira ganti rugi  balingkan handphone awak semalam dekat dahi saya.Jumpa lagi.Rafique terus berjalan sambil tersenyum sinis

“Eh awak gila ke apa nak ambil selipar saya.Saya nak balik selipar saya tu.”Laung aku.Rafique berpaling semula ke belakang sambil mengenyitkan matanya ke arah aku.

“Byee.Jumpa lagi Cik Amani “ Laung Rafique sambil melambai selipar aku.Kurang asam jawa,gelugur semua la mamat ni.Sengaja nak cari pasal dengan aku.Macam mana ni tak kan aku nak kejar dia.Itu kerja gila namanya.Dah la ramai orang buat malu je main kejar-kejar dengan mamat perasan ni.Salah aku juga siapa suruh gatal pergi baling selipar dekat dia.Sekarang padanlah dengan muka  aku.Adoyaii.Aku menghentak kaki berkali-kali.Sakitnya hati aku.Geramnya.Aku memicit dahi aku berkali-kali sambil menarik nafas panjang.

SaLaM KaSiH

2 comments:

  1. Hahahha. Rafique jahat. Saje kenakan amani. :D

    ReplyDelete
  2. hehehehe..kan kan kan..Lepas ni byk lg Rafique kenakan Amani..:D

    ReplyDelete

Tq sudi komen.:D