Sebelum aku post sambungan novel bersiri ni aku nak bagitahu yang tajuk novel bersiri ini bukan lagi Ku Ingin Kamu.Aku telah menukar tajuknya kerana jalan cerita dia sudah berubah.So tajuk Ku Ingin Kamu tidak lagi sesuai untuk di guna.By the way tajuk baru untuk novel bersiri ini adalah DIRIMU SATU.
DIRIMU SATU bakal mengungkap kisah kehidupan Amani dan juga kisah silam keluarganya.Kasih seorang ibu yang kehilangan anaknya dan juga kasih seorang suami yang sentiasa berusaha mendapatkan cinta seorang Isteri.
Ok dah masuk bab 9.Selamat membaca u oll..
GAMBAR DARI PAK CIK GOOGLE
BAB
9.
PERJALANAN
dari Kuala Lumpur ke Melaka memakan masa dua jam lebih juga la.Tak kisahlah dua
jam ke empat jam ke janji selamat sampai ke destinasi ya tak?Lama juga aku
tidak berkunjung ke Melaka dah banyak perubahan ye.Melaka semakin Maju .Rumah
Mak Long Rosnah terletak di Bukit Katil.Nasib baik aku masih ingat jalan menuju
ke kawasan perumahan rumah Mak Long , kalau tak ingat tadi memang sah-sah la
aku makan buah langsat kan.Boleh tahan kuat juga memori aku ni pasal
jalan.Hehehhe..
“Assalamualaikum”.
Aku mula memberi salam sewaktu terpacak di pintu pagar rumah Mak Long.Alia dan
Maya juga turut terpacak di belakang aku.
“Waalaikumussalam
..Haaa dah sampai pun anak buah Mak Long “ .Kedengaran suara Mak Long Rosnah
yang sudah pun berada di muka pintu lalu menuju kearah aku sambil tersenyum.
“Mak
Long sihat ?” Aku bersalaman dengan Mak
Long , Alia dan Maya juga turut sama bersalaman.
“Alhamdulilah
, Mak Long sihat , ni Ibu dengan Abah kamu sihat? .Soal Mak Long Rosnah lagi
sambil tersenyum.
“Alhamdulilah
Ibu dengan Abah sihat.Abang Amar pun dah balik “.
“Alhamdulilah
.Ye ke.Dah tu kenapa Amar tak ikut datang sekali?Eh masuklah dulu tak kan nak
borak depan pagar ni.Amani jemput kawan-kawan kamu sekali”. Ujar Mak Long
sambil menepuk bahu aku.
“Abang
sibuk.Dia baru mula kerja .Mak Long , mana Pak Long , Kak Sofea dengan Abang
Shah ?” Soal aku lagi sewaktu menuju ke pintu utama rumah Mak Long
“Pak
Long kamu keluar sekejap , Kak Sofea kamu tak balik lagi tadi katanya nak pergi
rumah kawan dia hantar barang.Abang Shah kamu tu memang tak ada dia pergi
Outstation kat Penang.Baru pergi semalam “. Dengan panjang lebar Mak Long aku
explain.
“Owh
ye ke ?Patutlah sunyi je rumah ni”.
Balas aku pula manakala Mak Long aku sudah tersenyum .
“Ni
kawan kamu ni nama apa Amani?” Soal Mak Long aku sewaktu kami bertiga berkumpul
di ruang tamu.Maya dan Alia tersenyum manis mendengar pertanyaan dari Mak Long.
“Nama
saya Alia “. Jawab Alia sambil tersengih.Laju je dia perkenalkan diri.Tak
sempat aku nak cakap tadi...
“Saya
pula Maya Mak Cik .” Giliran Maya pula mengenalkan diri.
“Korang
bertiga mesti penat kan.Jalan jauh.Dah mari Mak Long tunjukkan bilik korang
bertiga.Berehat la dulu nanti baru kita bercerita panjang.Mak Long pun dah lama
tak bercerita panjang dengan kamu Amani”.
“Baik
Mak Long “. Balas aku lagi sambil tersenyum.Alia dan Maya sudah tersenyum
gembira.Penat jalan jauh tak hilang.Tak ada la jauh sangat.Rasanya jauh Alia
lagi.Ye la kampung dia kan dekat Kelantan . Kalau nak balik kampung Alia mahu
makan masa enam ke tujuh jam.Itu pun kalau jalan tak jamm.Aku , Alia dan Maya
menurut belakang Mak Long yang sedang mendaki tangga menuju ke tingkat atas.
“Haaa
ni bilik korang bertiga.Berehat la dulu ye.Dah makan tengahari belum ni?” .Soal
Mak Long dengan tiba-tiba .
“Belum
lagi Mak Long .” Aku sudah pun duduk
diatas katil.Alia dan Maya masih lagi di muka pintu sambil melilau melihat
suasana bilik ni.
“Kalau
macam tu nanti turunlah makan.Mak Long siapkan,Alia dengan Maya masuklah bilik
ni jangan malu-malu pula.Kamu bertiga berehat la dulu ye.Mak Long turun bawah
dulu.” Ujar Mak Long Rosnah lagi sambil melangkah ke muka pintu.Waktu itu Alia
dan Maya sudah pun berada di penhuru katil.
“Ala
Mak Long tak yah la susah-susah.nanti kalau kitaorang bertiga nak makan
kitaorang turun.”
“Ye
la.Tapi jangan tak turun makan pula.Mak Long turun dulu.” Mak Long Rosnah terus
berjalan menuju ke tingkat bawah selepas selesai berkata-kata.Bilik aku duduk
ni pun berdekatan dengan tangga.
“Penatnya.Aku
rasa nak nak golek-golek tidur ni”. Maya mula bersuara .Tu dia siap landing
lagi minah sorang ni.Kesian Maya dia yang bawa kereta mahu tak penat aku dengan
Alia tolong tengok sambil buat kecoh dalam kereta.Macam-macamlah kitaorang buat
sewaktu on the way tadi daripada berborak , buat konsert , dengan makan
jajan-jajan yang dibawa lagi.Memang tak ingat dunia.Time buat konsert tiga-tiga
test vocal.Ada peluang ni nak masuk Vocal Bukan Sekadar Rupa yang ditayangkan
dekat TV3.
“Aku
pun penat juga.Penat melalak dalam kereta tadi.Tengok suara aku dah serak.” Aku
pula menambah rasa.
“Haaaa
aku setuju tu Amani.Aku pun dah sakit tekak dok buat konsert dalam kereta
tu.Agak-agak kau la kan kalau aku nak masuk Mentor, tunjuk ajarku sifu yang
dekat TV3 tu lepas tak kalau pergi audition.” Alia pula meyampuk sambil melompat
ke katil berdepan dengan aku dan Maya .Kemain tersengih lagi si Alia.Aku dan
Maya sudah berpandangan sesama sendiri dan selepas itu meletuskan tawa
kami.Alia sudah menarik muka masam bila aku dan Maya gelak.
“Aku
rasa kalau kau pergi audition confirm tak sempat nak nyanyi ya tak Amani.”
Balas Maya sambil sambil memandang kearah aku.
“Kenapa
pula tak sempat nyanyi?” soal Alia lagi sambil membuka tudungnya lalu bangun
dan disidai tudungnya di kerusi tepi dinding.
“Ye
la juri pun terkejut dengar suara kau menjerit.Tambah-tambah bawa lagu yang
memang tone tinggi.Aku rasa pengsan juri nanti .” Aku mwnjawab sambil tergelak.
“Cis
amboi tak sayang mulut nampak cik Amani kita ni.” Alia sudah mengecilkan
kelopak matanya memandang ke arah aku sambil bercekak pinggang.Marahlah tu .
“Ala
sekali sekala kan usik kau.” Aku mencampak bantal kecil ke arah Alia.Dengan
pantas Alia menyambutnya .
“Kau
memang suka usik aku kan.Nah ambik ni.” Balas Alia sambil melemparkan kembali
bantal kecil yang aku baling kearahnya tadi .
“Bertekaklah
korang berdua.Aku nak tidur sekejap.Amani nanti kejutkan aku ye.” Maya pula
bersuara lalu meletakkan kepalanya di atas bantal.Penat drive katakana.
“Ye
la.Kau tidurlah kejap.Nanti aku kejutkan kau.”
“Aku
pun nak tidur jugalah.Mengantuk ni .” Ujar Alia sambil memanjat katil lalu
merebahkan diri disebelah Maya.Aku sudah pun bangun menuju ke meja solek lalu
membuka pin di tudung.Selepas itu aku terus menyikat rambut lalu aku sanggul
tinggi rambutku dan memulakan langkah menuju ke bilik air untuk mandi.Terasa
melekit badan aku ni haaa tu yang tak selesa nak kena mandilah .
Pada
sebelah malam Mak Long dan Pak Long aku membawa aku makan malam di Tom Yam
Klasik yang terletak di Jalan Sungai
Putat. Restoran ini juga dikenali
sebagai Restoran Klasik Terapung pada suatu ketika dahulu.Namun kini nama restoran telah berubah nama kepada
Restoran Klasik Terapung (Tomyam Klasik ) Gardent Restaurant Melaka .Suasana
pada malam hari di Restoran ini sangatlah cantik.aku pernah berkunjung disini
bersama family aku.
Disini
banyak jenis menu pilihan dimana terdiri daripada masakan ala Thai , Melayu,
Cina dan makanan Barat.Kalau nak tahu menu istimewa disini sudah semestinya
Tomyam yang juga merupakan favourite aku, ikan siakap stim , Asam pedas , dan
banyak lagi.Manakala minuman seperti sirap bandung cincau , ABC special , Ice
blended , air kelapa dan banyaklah lagi.Sebut pasal pelbagai jenis makanan dan
minuman memang akan buat aku terasa nak makan .Untuk dinner pada malam ni Pak
Long and Mak Long aku order banyak makanan maklum sajalah anak buah dia datang
kan.Aku , Alia dan Maya apa lagi kalau bab makan memang tak usah cakaplah.
“Haaa
dah sampai pun tomyam . Amani makan banyak-banyak Pak Long tahu tomyam ni
memang favourite Amani”. Ujar Pak Long sambil tersenyum.
“Terima
Kasih Pak Long.” Balas aku pula.
“Jemput
makan semua.Amani suruh kawan kamu berdua tu makan banyak-banyak.” Kedengaran
suara Mak Long pula.
“Mana
Kak Sofea tak sampai lagi?Dia pergi mana Mak Long?” Soal Aku pula sambil
melilau mata kearah jambatan Tomyam Klasik ni.Dah nama pun Restoran
Terapungkan.Dekat bawah jambatan ni ada ikan-ikan tapi aku tak tahulah ikan apa
yang ada kat dalam ni yang diorang pelihara.Aku nampak kelibat ikan dalam air
tu.Ada jugalah ikan yang besar.
“Kak
Sofea kamu, kata sekejap lagi dia sampailah.Kak Sofea kamu tu kemain sibuk
sekarang ni nak uruskan hal perkahwinan dia.Tinggal tiga dan empat bulan lagi
Kak Sofea kamu tu nak kahwin dengan Abang Hafiz kamu.
“Nak
kahwin ni banyak benda yang nak kena uruskan.Itulah inilah.Ni Abang Amar kamu
Amani bila nak kahwin?” Soal Pak Long pula.
“Tak
tahulah Pak Long.Abang nak kumpul duit dulu la kot.” Jawab aku sambil tersengih
sambil menghirup kuah tomyam.Errmm sedapnya tomyam dia..
“Amani
tolong hulurkan aku Asam Pedas tu.Aku nampak macam sedapnya asam pedas tu ?”
Kedengaran suara Alia pula.
“Kau
memang bab makan semua sedap.”
“La
makan Alia.Jangan malulah.Kalau malu rugi.Bukan senang Pak Long Amani kamu ni
nak belanja makan malam ni?” Ujar Mak Long lagi sambil tersenyum mesra ke arah
Pak Long.
“Hah
ye la tu,Alia dengan Maya kamu jangan nak malu ke segan ke.Makan je.Buat macam
si Amani ni bab makan memang dia juara.” Seloroh Pak Long pula.
“Terima
kasih Pak Long, Mak Long.Sebenarnya saya dengan Alia ni lebih kurang sama je
dengan Amani.Suka sangat kalau bab makan.” Sampuk Maya sambil tersengih sambil
menambah kuah tomyam ke dalam pinggan nasi miliknya.
“La
ye ke.Baguslah gitu.Bolehlah korang habiskan makanan yang banyak ni.” Usik Pak
Long lagi.
“Tak
ada hal Pak Long.Serahkan pada Amani.” Aku sudah tersengih .
“Assalamualaikum
“..Kedengan orang memberi salam
“Haaa
sampai pun Sofea.” Ujar Mak Long sewaktu menoleh ke ke belakang.
“Sorry
Mama .Sofea lambat sikit.Tadi lepas ke rumah Sarah terus pergi petronas isi
minyak sekejap.” Balas Kak Sofea sambil melabuhkan punggung di sebelah Mak
Long.Aku pula duduk bertentangan di hadapan Pak Long, Alia berdepan dengan Mak
Long manakala Maya pula mengadap Kak
Sofea.
“Makan
Kak Sofea.” Aku menjemput Kak Sofea makan.
“Eh
makan-makan.Perut akak pun tengah lapar juga ni.Sedapnya bau tomyam ni.” Balas
Kak Sofea sambil tersengih.
“Ni
lagi dorang geng si Amani.Diorang berdua ni memang bab makan memang power
.Sebab tu abah order banyak malam ni.” Kedengaran suara Pak Long menoleh ke
arah Kak Sofea.
“Ala
abah macamlah tak kenal anak dara abah ni macam mana .” Ujar Kak Sofea sambil
ketawa.
“Yeaaa
give me five “ Aku pula sempat main give
me five dengan Kak Sofea.Kak Sofea memang sepupu aku yang baik.Jauh beza dengan
sepupu aku yang lagi sorang.Ala yang selalu nak tunjuk over depan aku tu la
yang buat mata aku berbulu .Haish sempat lagi mengutuk ye cik Amani.Lupa ke
orang yang awak kutuk tu kaum kerabat awak juga.Kak Sofea pun melayan juga
karenah aku nih.
“Alia
dengan Maya jangan terkejut melihat Amani ni.Diorang ni memang kamcing
sikit.Walaupun jarang jumpa tapi sekali jumpa memang tak ingat dunia la.” Mak
Long aku pula bersuara .Maya dan Alia tersenyum sambil membuat gaya thumbs up.
“Esok
korang nak pergi mana?Esok akak tak ada hal nak buat boleh akak temankan korang
jalan-jalan dekat Melaka ni?” Ujar Kak Sofea sambil menyuapkan nasi ke dalam
mulutnya.
“Amani
ingat nak pergi dekat area Makhkota Prade.Jalan-jalan sekitar Bandar hilir ke,
Dataran pahlawan ke , shopping dan makan-makan.Si Alia dengan Maya ni teringin
nak pergi muzium .Ingat nak bawa diorang pergi area Stadthuys , Muzium Samudera
,Taman rama-rama. Banyak sangat tempat dekat Melaka ni .”
“Ok
.Boleh-boleh.Kalau hari akak tak bekerja akak temankan korang.Korang holiday
dekat sini seminggu kan.Boleh la pergi jalan banyak tempat.”
“Thanks
kak.Sayang akak lebih la macam ni?” Aku mula mengusik Kak Sofea.
“Ala
apalah sangat.Lagipun alang-alang keluar tu boleh la akak pergi cuci mata
juga.Dah lama akak tak keluar dengan Amani kan.” Balas kak Sofea lagi.
“Banyak
juga ye tempat di Melaka ni.Excited pula aku Amani.Dekat Melaka ada pantai
tak?” Sampuk Alia pula sambil tersengih .
“Ada
je.Kalau nak pergi pantai pergilah Pantai Pengkalan Balak.Cantik juga
pemandangan di situ .Orang pun ramai yang berkunjung ke situ.” Jawan Kak Sofea.
“Bestnya
pantai.Lama tak pergi pantai.” Sampuk Maya pula dengan teruja.
“Baguslah
tu.Bila lagi nak berjalan kalau bukan time cuti.Alang-alang nak pergi pantai tu
bolehlah korang picnic sekali.” Mak Long pula bersuara sambil memandang ke arah
kami semua.
“Aaah
la.Boleh kita picnic.Jom kak Sofea kita pergi picnic”. Aku pun memang suka
tengok laut.
“Boleh-boleh.Akak
pun cuti esok dan lusa.” Jawab Kak Sofea lagi sambil menganggukkan
kepalanya.Aku dan yang lain sudah tersenyum senang.Tak sabarnya nak
picnic.Boleh tengok laut.Boleh main pasir pantai , hirup udara segar sambil
menikmati keindahan alam .
AKU
sudah pun bersiap – siap pagi ni dengan memakai seluar jean dan juga blous warna cream bercorak
hijau.Tinggal nak pakai tudung je.Errm nak pakai tudung bawal or nak pakai
selendang.Aku ni memang suka pelbagai jenis shawl.Baju dah warna cream jadi aku
pakai shawl warna hijau mudalah memandangkan corak pada baju ini warna hijau
pucuk pisang.
“Wow
kemain kau bergaja hari ni.Tahulah nak keluar jalan-jalan.”
“Oh
mak kau..” Aku melatah terus aku memusing badan ke arah muka pintu.
“Kau
ni kenapa.Saja nak terperanjatkan aku ke apa.Cuba bagi salam dulu tak pun ketuk
pintu dulu ke.Ini tak main redah je.Terkejut aku , kalau dibuatnya aku sakit
jantung siapa nak jawab?” Aku menjeling tajam kerah Alia yang hanya pamerkan
muka tak bersalah.
“Alah
mana aku tahu kau tengah berangan.Lain kali kalau nak berangan cakap dengan aku
dulu .Bagi hint sikit ke tak adalah aku terperanjatkan kau.” Jawab Alia sambil
melabuhkan punggung di atas tilam.
“Banyaklah
kau punya hint.Ni Maya mana?” soal aku pula mata aku sudah melilau ke arah
pintu bilik.
“Maya
ada dekat bawah.Dia tengah borak dengan Mak Long kau tu haa.”
“Amani
dah siap belum?” Kedengaran suara Kak Sofea di muka pintu.Dengan laju sekali
kaki Kak Sofea melangkah ke dalam bilik
lalu berdiri tegak di depan aku.
“Dah
siap dah kak , destinasi kita hari ni ke mana Kak Sofea?”
“Kamu
tak siap lagi ke Alia.Ke tak nak ikut keluar jalan-jalan?hari ni kita pergi
shopping then akak nak bawa korang dekat suatu tempat yang baru saja di buka.”
Balas Kak Sofea sambil tersengih.
“Tempat
apa tu Kak Sofea?” Dengan teruja si Alia ni bertanya.
“Dekat
mana tempat tu Kak?Amani pernah pergi ke situ ke sebelum ni?” Soal aku pula
sambil berkerut seribu.Kemanakah tempat baru tu?Kalau setakat shopping tu
banyak je dekat Melaka ni.Aku pernah pergi dekat Makhkota Prade , Dataran
Pahlawan tu.Shopping dengan ibu dan abah aku.
“Rahsia.Dah
jom gerak.Korang kalau shopping sekejap lagi mahu lamakan?Nanti lambatlah kita
sampai dekat tempat baru tu.”
“Ish
Kak Sofea ni suka sangat buat Amani tertanya-tanya. “ Aku mula mempamerkan muka
sepuluh sen depan Kak Sofea.
“Dah
tak payah nak tayang muka rupa itu.Kita
tunggu dan lihat je.Jom jom.Naik kereta akak lah eh?” . Kak Sofea sudah pun
mengeluarkan kunci kereta lalu dimain-mainkan di jari telunjuknya.Tetiba mata
aku terasa berputar tiga ratus enam puluh darjah.Mahu tak berputar kalau dah
mata dok mengikut rentak kunci tu berpusing-pusing.Yang aku pun satu pergi
tenung kunci kereta di jari Kak Sofea tu
kenapa?
“Jom
gerak.” Kak Sofea sudah pun menarik tangan aku dan Alia.Kini Kak Sofea berada
di tengah.Sebelah kanan dia aku manakala sebelah kiri dia pula si Alia.
“One
Two Three Go..I Love You Kak Sofea sebab hari ni jadi driver kitaorang .” Aku
tersenyum puas.Tak payah la susah-susah Maya drive hari ni.Nak harapkan aku
drive memang taklahkan.Lagipun tu kan kereta orang bukan kereta aku.Kalau
kereta aku dah lama dah aku drift.Ehemm berani ye cik Amani nak drift.Amboi
Amani over kau ni.
“I
Love You Too my cute cousin.” Balas Kak Sofea pula sambil mengenyit mata
sewaktu kami semua berada di kereta Myvi Hitam miliknya.
“Yeah
kita enjoy.” Kedengan suara Alia bertempik riang sambil mengangkat kedua belah
tangannya dengan meniru gaya Nora Danish dalam cerita puteri. Dah macam
kanak-kanak ribena aku tengok.Minah ni kalau bab berjalan memang laju.
“Banyaklah
kau punya enjoy Alia.Jom kita dah nak gerak ni.” Balas Maya pula yang baru saja
selesai menepuk bahu milik Alia lalu dia membuka pintu kereta .
“Kau
ni kacaulah Maya.Aku baru nak ambil feel ni?” Ujar Alia sambil mencebik
bibirnya lalu memasuki ke dalam perut kereta.Meletus ketawa kami semua seaktu
berada di dalam perut kereta.
SaLaM KaSiH

No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D