Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
BAB
8.
ALARM handphone sudah pun menjerit-jerit
dicuping telinga aku.Dengan gaya bermalas-malasan aku meraba handphone yang
berada di tepi bantal tidur aku.Tangan je yang meraba-raba handphone tapi mata
tak juga lagi nak celik.Alia yang tidur terbongkang sebelah aku ni lagi la
langsung tak dengar jam aku menjerit-jerit.Minah sorang ni kalau rumah terbakar
tak tersedar gamaknya.Aku terus bangun dan mengepit rambut yang panjang
mengurai lalu menapak ke bilik air.
Alia menumpang tidur di rumah keluarga
aku untuk beberapa hari ni.Maklum sajalah kampung Alia jauh di Kelantan
sana.Sekali si Alia cakap Kelantan dengan family dia mahupun pelajar yang dari
senegeri dengannya mahu aku blur saja.Sepatah haram aku tak faham.Pekat woo
bahasa dia.Sebenarnya sebelum Alia bertolak balik ke Kelantan , aku dan Maya
sudah plan untuk holiday ke Langkawi pada mulanya tetapi disebabkan Abah aku
sudah menggunakan kuasa vetonya bahawasanya kalau nak pergi Langkawi tunggu
pergi dengan abang aku sekali.Kiranya trip holiday bersama family.Ye la kami
bertiga kan semuanya perempuan.Jangan haraplah abah aku tu kasi nak bagi
holiday jauh-jauh.
Jadi disebabkan itu rancangan aku bertukar
tempat dari Langkawi ke negeri Melaka . Sudah agak lama aku tidak menjejakkan
kaki ke Melaka Bandaraya Bersejarah .Last sekali aku berada di Melaka sewaktu
bertandang kerumah Mak Long Rosnah pada raya tahun lepas .Mak long Rosnah
merupakan kakak sulung kepada ibu aku.Mak long aku menetap disana sebab
suaminya merangkap pak long aku tu sememangnya orang Melaka.
“Alia
bangunlah . Sembahyang subuh dulu. Rumah aku solat berjemaah cepat siap.Karang
bising pula Abah aku tu .” Aku mengejutkan Alia sambil menepuk-nepuk lengan
Alia.Namun dengan selamber badak saja si Alia ni tarik selimut. Mata aku menjadi
segar selepas mengambil air wdhuk sebentar tadi
“Bangunlah,
Cepat. “ Aku mula memekak dicuping telinga Alia.Sejurus itu aku penyet hidung
mancung milik Alia biar padan muka dia.Ambik kau tak nak bangun sangat.
“Amani
kau ni nak bunuh aku ke apa main tutup-tutup hidung ni “. Marah Alia kepada aku
sambil berdiri tegak.Aku sudah mengekek ketawa melihat muka masam Alia .
“Sorry
la weh.Aku suruh kau bangun tak nak.Dah cepat pergi siap kejap lagi kita solat
subuh berjemaah .Kalau tak nak dengar abah kesayangan aku tu bagi ceramah free
pepagi buta ni silalah kau bergerak ke bilik air sekarang ye.” Alia menarik
muka geram.Marah dekat akulah tu .
“Ye
la aku bangun dah ni kan.Eh kejap-kejap abang kau ada sekali ke nanti?Seganlah
aku.Dengan abah dan ibu kau aku memang tak segan tapi dengan abang kau tu aku
malulah”. Alia mempamerkan muka malu rimau dia.
“Tak
payah nak mengada-ngada malu .Cepat siap.Jangan risau abang aku tu baiklah dan
paling sporting tau.”.Balas aku lagi.
“Nasib
baik abang kau tu dah berpunya tau kalau tak memang aku dah masuk jarum
dah.Abang Amar kau tu dah la handsome .Siapa tengok pun cair woo”. Ujar Alia
sambil tersengih.
“Dah
kau jangan nak berangan and jangan nak buat drama tak komedi pula pagi-pagi
ni.Aku keluar dulu.Cepat tau .” Aku sudah pun membawa keluar telekung aku.
“Eh
kau dah ambik air sembahyang dah ke?” Soal Alia lagi sambil mengikat rambut
panjang miliknya.
“Dah
tadi.Cepat sikit .” Laung aku pada Alia yang sudah pun bergerak ke bilik air
yang berada di tepi almari pakaian aku.
“Ok
kejap.Bagi aku dua minit.” . Balas Alia pula sambil mengangkat dua
jarinya.Sekali tengok dah rupa peace okeh.Peace Yaw..Dah kenapa aku ni dah
terikut gaya AC Mizal dalam Maharaja Lawak Mega tu.Aku tersengih sendirian lalu
memulas tombol pintu bilik lalu melangkah menuju ke ruangan solat berjemaah .
“SEDAPNYA
bau mee goreng ibu ni.Perut Amani pun dah berbunyi-bunyi ni ibu.” Aku menerjah
ke ruangan dapur sambil tersengih depan ibu aku.
“Memang
sedap,bertuah punya anak dara bukan nak menolong Ibu dekat dapur ni .” Balas
ibuku sambil mengelengkan kepala.Tangannya lincah memasukkan mee goreng yang
telah dimasak ke dalam mangkuk besar dan
aku dengan selamba tersengih tanpa rasa bersalah.
“Ibu
biar adik buatkan air la eh?” Ujar aku lagi sambil berjalan menuju ke arah ibu
aku.
“Boleh
sangat.Errmm pagi ni adik buatkan milo
panas je la.Abang dengan abah adik nak minum milo panas pagi ni.Lepas solat
subuh tadi diaorang bagitahu dekat ibu .” Balas Ibuku panjang.Beruntung abah
dapat ibu aku kan.
“Ok
baik bos “. Aku mula bergerak ke cabinet lalu mengambil teko , milo dan juga
susu pekat manis.
“Wow
Ibu betul ke ni apa yang abang nampak ni?Adik buatkan air pagi ni?Adik mimpi
apa semalam eh?” . Kedengaran satu suara di belakang aku.Siapa lagi pemilik
suara tu kalau bukan abang aku yang sorang tu.Sengajalah nak perli aku.
“Eh
air milo adik buat ni sedap tau.Lagi sedap dari kedai mamat dekat simpang sana
haaa..”
“Iye
ke?Entah-entah air milo adik rasa macam air teh o .” Ujar abang aku sambil mengangkat kening.
“Kenapa
air milo nak jadi air teh o pula?” Dengan lurus aku bertanya sambil berkerut
dahi.
“Ye
la mana tahu kot-kot adik dah tak kenal yang mana satu milo mana satu teh .Adik kan memang ‘rajin’ masuk dapur .” Kemain abang aku
ketawa . Cis kurang asam punya abang.Memang nak kena dengan aku ni .
“Tak
sayang mulut nampak.Karang orang lain makan mee abang makan pinggan kosong.”
Aku mula menarik muka masam.Sengaja betul suka sangat menyakat aku.Sejak balik
dari oversea ni asyik aku je kena buli dengan dia.Haip.Tahulah aku sorang je
adik dia yang comel sempat lagi aku puji sendiri .Ahaks..
“Marah
ke dik?Ala abang gurau je la .Janganlah merajuk.Adik merajuk muka adik macam
..macam nenek kebayan la”. Abang aku terusan ketawa.
“Korang
berdua ni kalau tak bertekak sehari memang tak sah,Dah siap belum air milo tu
adik.Abang panggilkan abah turun bawah sarapan.Haaa adik kawan adik si Alia
mana?” Ibu aku sudah bersuara .Terbantut
niat aku nak kenakan abang aku balik.
“Ya
Allah lupa pula Alia ada dekat atas.Tadi masa adik nak turun dia tengah
mandi.Milo panas dah siap ni ibu , adik naik atas kejap nak panggil Alia turun
sarapan.” Aku terus meletak dulang berisi teko milo panas dan juga beberapa
biji cawan diatas meja .Dengan pantas juga aku melangkah menuju ke tingkat atas
untuk memanggil Alia turun sarapan.Pukul sepuluh pagi nanti Maya akan datang
ambik aku dan Alia dekat sini dan terus gerak ke Melaka.
“Alia
kau dah siap belum?Jom sarapan pagi .” Sempat lagi mulut aku melaung sewaktu
memanjat tangga menuju ke tingkat atas.
“Abah
jom sarapan.Ibu dan siapkan sarapan pagi”. Kedengaran abang aku Amar memanggil
abah yang sedang duduk di atas kerusi sambil membaca surat khabar sewaktu aku
mendaki tangga selepas aku menjerit
memanggil nama Alia.
“
PIN PIN “ Kedengaran bunyi hon di luar
pagar rumah aku. Abang Amar menjenguk kearah tingkap melihat siapa
gerangannya.Aku perhatikan gelagat abang aku dari jauh. Rasanya bunyi hon tu
milik kereta Maya kot.
“Adik
. kawan baik adik dah datang tu ?” Laung abang aku.Kemain laung macamlah aku
jauh dari dia.Aku sembunyi di balik dinding kat tepi tangga tu je haaa.
“Alia
cepatlah , Maya dah sampai ni.” Aku pula menjerit memanggil Alia .Bergegas Alia
keluar dari bilik air dekat dapur mendengar Maya sudah terpacak di depan rumah
aku.
“Jap
weh.Kau ni Amani menjerit macam Pontianak la.Ni kalau ada jiran sebelah rumah
kau nak masuk minang terus tak jadi dengar kau menjerit begitu rupa “. Alia nak
mengusik akulah tu .
“Opppss
kuat sangat ke aku jerit.Alahai kalau Mak Cik Som dengar aku jerit confirm dia
reject aku.Dah la anak dia si abang Am tu handsome.”.Aku menutup mulut sambil
tersengih kearah Alia.
“La
ye ke?Apasal kau tak cakap.Jiran kau ada anak teruna handsome.Boleh aku ushar
kot “. balas Alia lagi
“Amboi
kemain.Dah-dah jom kita gerak.Karang masuk kereta jap lagi mahu si Maya tu
membebel.Dia tu kan right on time “.
“Ok
bos .Sekejap aku nak pergi salam dengan Ibu dan Abah kau.” Ujar Alia pula
sewaktu menganggut beg baju yang akan dibawa ke Melaka
“Ok
sekejap lagi aku menyusul kau.Aku nak ambik handphone aku jap “.
“Adik
nanti kirim salam dekat Mak Long dan Pak Long ye? “ Pesan ibuku sewaktu aku
bersalaman dengannya.
“Yelah
nanti adik sampaikan dekat Mak Long .” Jawab aku sambil tersengih.Kemudian aku
menghulurkan tangan kearah abah pula.
“Nanti
sampai Melaka telefon “. Abah aku pula memesan .
“Yee
nanti adik call abah “. Seterusnya aku menuju kearah abang aku pula.
“Jangan
nakal-nakal pula dekat sana”. Giliran abang aku pula memesan
“Eh
mana ada adik nakal.Adik budak baik la kan ibu “. Ujar aku sambil tersengih
“Baiklah
sangat kan” . Agang aku menyampuk dengan tiba-tiba.
“Aduhh
sakitnya.Suka sangat cubit pipi orang.Ibu tengok abang ni “. Aku mengadu pada
Ibuku .
“Kamu
berdua ni ada je nak bertekaknya “. Ujar Abahku pula.
“Budak
berdua ni memang bang .Sama nakal “. Giliran ibuku pula menambah secukup rasa.
“Mak
cik , Pak cik , abang Amar rasanya kitaorang gerak dulu la.Pergi dulu ye “.
Balas Maya lalu menghulurkan tangan bersalam dengan ibu dan abah aku.Haaa
jangan salam dengan abang aku sudah la..
“Ye
la .Bawa kereta hati-hati ye “.
“Mak
cik minta diri dulu “. Ujar Alia pula.Dia sudah siap bersalaman dengan Ibu dan
Abah aku tadi.Kemain excited nak pergi Melaka.Aku pun kemain excited nak pergi
jalan-jalan di Melaka Bandaraya Bersejarah.
“
Assalamualaikum “.. Kedengaran seseorang memberi salam sewaktu aku ingin
membuka pintu kereta.
“Waalaikumussalam
“ Abah , Ibu dan juga abang Amar menjawab salam
“La
Am rupanya.Dari mana ni ?” Soal Ibuku pula.
“Am
baru balik dari airport ni . “
“Am
kau baru balik fly dari mana?” Soal Abang Amar aku pula.Aku masih lagi berdiri
kaku dengan pintu kereta terbuka.Maya dan Alia hanya memandang seribu kerutan
di dahi.
“Amani
cepatlah masuk.” Alia sudah membebel.
“Aku
baru sampai dari Australia .” Jawab Abang Am sambil tersenyum .
“Syhhh Sekejaplah.”
“Hai
Amani.Nak kemana ni?” Soal Abang Am pada aku.Aku sudah tersengih.Abang aku dah
mengecilkan kelopak matanya kearah aku.Saja nak usik aku .Mentang-mentang la
dia tahu aku suka dekat abang Am ni.
“Amani
nak pergi holiday dekat Melaka Abang Am “. Balas aku malu-malu.Sebenarnya kan
aku memang suka dekat abang Am.Sebab dia baik macam abang aku juga tapi kalau
abang aku ada sekali memang dia berpakat
untuk membuli aku.
“La
ye ke.Tengah cuti eh.By the way Abang Am ada bawa ole-ole dari Australia .”
“Amani
…kamu minta apa dengan abang Am kamu?” Soal Abahku pula.
“Erk
Amani main-main je abang Am hari tu .” Aduhai habislah aku.Abah jangan marah
.Masak aku kena syarahan nanti.
“Tak
ada apa-apa Pak Cik.Memang Am nak hadiahkan pada Amani tanda terima kasih Am pada
Amani sebab tolong tengokkan Mak Am masa mak demam hari tu.Am dah susahkan
family Pak Cik.Bukan buah tangan untuk Amani saja yang Am bawa balik tapi untuk
semua.” Dengan panjang lebar abang Am menerangkan pada Abah.
“Am
kamu jangan ikut sangat karenah Amani ni.Botak kepala kau nanti dikerjakan si
Amani ni.Tak payah la sampai beli ole-ole .Mak kamu tu kan jiran kami.” Luah
Ibuku pula.Aku sudah menarik muka masam kearah Ibu.Abang aku sudah tergelak
kecil bersebelahan dengan ibuku .
“Aah
Am kalau kau ikut si Amani ni memang botaklah kepala kau tu.” Abang Amar
menambah secukup rasa.Geramnya aku tengok.Rasa nak cubit-cubit je lengan Abang
Amar.Sempat lagi aku hadiahkan satu jelingan kearah abang aku.
“Ala
Mak cik , Amar bukan hadiah mahal
pun.Biasa-biasa saja .” Balas Abang Am lagi sambil tersenyum manis.
“Ye
la Am tapi tak pasal-pasal pula
menyusahkan kamu .” Luah Abah pula sambil menggeleng kearah aku.Aku pula hanya
menunduk sahaja.
“Tak
ada susahnya Pak Cik. “
“Errmmm
Amani gerak dulu la., nanti lambat sampai .” Aku baru berkira-kira memasukkan
kaki kanan aku ke dalam kereta.Aku duduk seat depan bersebelahan pemandu
manakala Alia pula duduk di belakang.
“Ye
la hati-hati Maya bawa kereta.Nanti sampai sana adik call Ibu.Ingat tu “. Balas
Ibuku pula.
“Ye
la ibu.Nanti adik call eh “.
“Amani
nanti hadiah tu abang Am bagi selepas Amani balik dari holiday eh .” Laung Abang Am pula.
“Ok
nanti Amani balik Amani tuntut hadiah tu
nanti .” Aku tersengih sambil membuat gaya peace kearah Abang Am.
“Gerak
dulu.Assalamualaikum .” Selepas itu aku terus menarik pintu kereta .Maya pula
sudah bersedia untuk memandu kereta proton Preve miliknya.
“HUYOOO
handsome wooo.Siapa lelaki yang tinggi lampai tu tadi ?” Soal Alia pula.Aku dah
agak dah memang si Alia akan bertanyakan soalan ni.
“Aah
la Amani.Siapa gerangan lelaki yang bercakap dengan kau tu tadi .” Giliran Maya
pula bertanyakan pada aku sewaktu kereta kami berhenti di traffic light.
“Haaaa
kalau korang berdua nak tahu yang tadi tu la Abang Am.” Aku sudah tersengih.
“Hah
Abang Am?” Soal member aku berdua tu serentak.
“Ye
la Abang Am.Nama penuh dia Armshaheezed Idham.Handsome kan .”
“Perh
nama pun kemain lagi.Oh jadinya Abang Am tadi tu anak Mak Som yang kau cakap tu
eh ?” Soal Alia pula.
“Pandai
pun kau Alia”. Aku sudah tersengih .
“Umur
dia berapa Amani?” Soal Maya pula
“Umur
dia kalau tak silap aku dalam dua puluh tujuh tahun kot.”
“Dah
ada awek belum?Kalau tak ada aku nak cucuk jarum ni”. Ujar Ali sambil
tersengih.
“Itu
aku tak pasti .Tapi aku pun minat juga dekat abang Am tu.Handsome dan baik.“ Ujar
aku sambil berangan masa depan la kononya.
“Korang
berdua jangan nak berebut pula ye.Karang tak pasal-pasal kawan baik jadi
musuh.” Balas Maya pula.
“Haish
kau ni ke situ pula.Tak adanya sampai nak gaduh-gaduh.Aku memang la minat dia
tapi tak ada la sampai feeling habis “
“Betul-betul.Aku
setuju.Tapi apa salahnya kan kalau kita minat .Mana tau kot-kot kita bermadu ke
Amani “. Alia sudah ketawa besar.Kemain lagi .
“Amboi
tak sayang mulut nampak.Kau nak ke bermadu ?” Soal aku pula.
“Ok
apa bermadu dengan kau.Confirm tak akan gaduh punya.”
“Kau
jangan cakap tu ibarat doa tahu.Dibuatnya betul-betul jadi macam mana?sanggup?”
Aku menyoal lagi
“Ala
kau ni Amani aku gurau je la .Kalau tak dapat jadi madu jadi kakak ipar pun
boleh juga.” Bidas Alia selamber sambil tersengih.
“Ohh
ada hati dekat Abang Amar eh Alia?” Soal Maya sambil tersengih.
“Oooppss
terlepas cakap pula.Malunya.” Alia menutup mulutnya.Aku dan Maya sudah
tergelak.
“Maya
, kalau nak tahu cik Alia kita ni memang syok dekat abang aku tuh haaa..” Aku
mula mengusik Alia. Sempat lagi Alia menepuk bahu aku.
“
Ala aku suka-suka macam tu je.Tak ada la sampai feeling habis “. Balas Alia
sambil mencebik bibirnya kearah aku,
“Hai
macam kenal je ayat tu.Kau kenakan aku ke Alia?” Aku sudah ketawa.Alia dan Maya
juga ketawa.
“Korang
nanti berhenti la dekat petronas ke, R&R ke? Aku nak beli jajan.Rasa lapar
pula perut aku ni.”
“Hai
tadi dah makan dekat rumah aku lapar lagi ke cik Alia?” Soal aku lagi.
“Bukan
lapar tapi mulut ni haaa yang terasa nak makan.Berjangkit dengan kau la
ni.Asyik nak makan je .” Bidas Alia sambil tersengih.
“Tu
nama seleramu seleraku jua .” Aku sudah tergelak kecil.Memang pun sejak Alia
jadi kawan rapat dengan aku selera dia pun dah ikut rentak aku.Time perut lapar
makan.Tak ada maknanya aku nak berdiet ni.Diet apa kebenda kalau badan kerding
macam lidi.
“Ok
nanti aku berhenti dekat petronas nanti.Mulut aku pun rasa nak makan juga ni ”
Balas Maya pula sambil tersengih.Aku dah agak dah seleraku seleramu jua.Ahaks..
SaLaM KasiH

No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D