Ok ni bab seterusnya.My adik dah bising 2, 3 ari lepas asyik dok tanya "Kaklong bila nak update DMS." Taaadaaaaa ni dia bab 13.Thanks pada yg singgah ke blog ni baca ye...
SYED RAFIQUE ISKANDAR (Ada la iras Dong Hae ni )
BAB
13
BAB
13
MALAM
itu ahli keluarga aku berkumpul di ruang tamu .Berselerak barang-barang
hantaran di atas permaidani .Dengan dulang , dengan bunga, reben,gam ,
barang-barang untuk di buat hantaran semua.Aku menolong ibu menyusun
barang-barang tersebut.Aku melihat ibu test mengubah bunga untuk di jadikan
hiasan di atas hantaran.
“Tu
dia berseleraknya.Ini edisi mengubah ke apa?” Soal abang aku tiba-tiba lalu
melabuh punggung di atas permaidani sambil membelek-belek barangan yang di beli
semalam.
“Sibuklah
abang ni.Janganlah kacau ibu nak buat kerja tu.” Aku mula membebel.
“Eleh
padahal adik yang menyibuk mengacau ibu buat kerja ni.” Tingkah abang aku
.Ibuku sudah tersenyum.
“Eh
kan adik dah cakap adik ni kan assistant ibu, abang apa tahu.Dah abang duduk
diam-diam .Ambil remote ni tengok tv jangan sibuk orang nak buat kerja .” Jawab
aku sambil menghulurkan remote tv pada abang aku.
“Kedekutnya....”
Sempat lagi abang aku menyindir aku.Aku
buat muka selamba je.
“Apa
yang bising-bising ni?” Kedengaran suara abah pula yang baru muncul di ruang
tamu.
“Budak
berdua ni la abang.Bukan abang tak tahu anak-anak abang ni ada je benda nak di
gaduhkan.” bebel ibuku pula.
“Bukan
abah, adik nak tolong ibu mengubah ni.Abang yang sibuk mengacau.” Dalih aku
selamba.
“Eh
mana ada abang kacau, tadi abang tanya je.” Cebik abang aku pula.
“Korang
berdua ni ada je.Bagus juga adik tengah cuti ni boleh tolong ibu .Kalau tidak
jenuh juga tangan ibu nak buat untuk dua belah pihak.” Ibuku bersuara lagi
sambil membelek bunga ros plastik di tangannya.
“Jangan
risau ibu.Adik ada boleh tolong ibu.” Jawab aku sambil tersengih.
“Jangan
tolong tengok sudahlah .” Sampuk abang aku selamba matanya tengah ralit
memandang kaca televisyen di mana cerita Majalah 3 sedang di tayangkan, dengan
pantas tangan aku membalingkan bunga ros plastik ke arah abang aku.Namun sempat
di sambutnya.Pihak abang aku tema Coklat
manakala pihak Kak Raisya pula bewarna Cream.
“Eh
adik lupa abang nak tanya semalam.Kak Sya ada bagitahu abang yang adik
terlanggar seseorang masa dekat surau semalam.Siapa?” Soal abang dengan
tiba-tiba.
“Hah
siapa?kejap-kejap nak fikir..Haaa ingat dah adik terlanggar seorang auntie
ni.Apa dah nama dia eh.Da..Ida…Haaaa auntie Zalida .” Ujar aku ke arah abang aku.
“Uhuk..uhukk..”
Kedengaran abah aku tersedak sewaktu menghirup air kopi sambil menonton
televisyen.
“Abah
ok ke? “ Soal aku dengan cemas.Air kopi
panas lagi kot.
“Abah
ok.” Ujar abah aku sambil membuang pandang ke arah ibu aku.
“Macam
mana rupa dia?” soal abang aku lagi.
“Boleh
tahanlah cantik juga orangnya.Putih pula tu.Dia datang dengan suami dan anak
lelaki dia waktu tu, tapi adik tak nampaklah suami dengan anak dia sebab
diorang ada di surau juga.”.
“Abang..
tapikan waktu dia tengok adik memang lama.Adik panggil berkali-kali kot dengan
kak Raisya.Adik tanyalah kenapa pastu dia cakap muka adik ada iras-iras anak
perempuan dia .Adik terlupa pula nak tanya pasal anak dia .” Mata aku masih
ralit menilik pada bunga.
Sekali
lagi abah aku tersedak.Ibu aku terus bangun dan merapati abahku.Aku terus memandang
pada abah.Wah romatiknya aku tengok.
“Abang
ok tak ni,kopi tu panas lagi.Tu la mata lekat dekat tv.” Bebel ibuku pula.Aku
dengan abang aku hanya tersenyum .
“Adik
tak tanya ke pasal anak auntie Zalida tu?” Soal abang aku lagi
"Tak
sempat pula adik nak tanya.”
“Huyoo
besar juga beruang koala yang adik dapat ni ye.” Abang aku mengambil beruang
koala yang aku letak di atas sofa sewaktu turun bawah tadi.
“Janganlah
jeles.”Balas aku.
“Best
juga buat peluk tidur ni.” Ujar abang aku lagi sambil memeluk koala pemberian
abang Am petang semalam.
“Amboi
itu adik punya ye.Abang nak abang pergi terbang beli sendiri.” Aku tersengih.
“Eleh
kedekut.Abang boleh beli banyak tau.” Usik abang Amar.Aku mencebik bibir sambil
menyambung kembali mengadap bunga ros.
OOHOOIIII
penatnya aku dua tiga hari ni.Sibuk betul aku menolong ibu aku menyiapkan
barang-barang hantaran untuk majlis pertunangan abang aku.Ni baru tunang kalau
nak kahwin nanti lagi penat gamaknya.Aku terus buat gaya penerjun melompat ke
atas katil.Beruang koala yang ada di tengah tu aku ambil lalu aku peluk.
“Apa
khabar si Maya dengan Alia ye.Banyak hari dah aku tak ber facebook and ber
skype dengan diorang.” Aku membebel seorang diri sambil merenung kipas yang
berputar.
Aku
bangun lalu mengambil laptop kesayangan aku yang berada di atas meja solek lalu
aku bawa naik ke atas katil dan membuka laptop.Terus saja tangan aku menekan
butang On.
Pertama
sekali aku buka email, mana tau kot-kot ada email baru yang masuk ke
kan.Selepas itu baru aku log in facebook aku di mana facebook merupakan salah
satu laman social yang sangat popular masa kini.Berita di facebook lagi laju
dari berita yang di tayangkan dekat tv.Adakalanya berita yang disebarkan di
facebook itu tidak benar.Jangan terpengaruh sudahlah.Teknologi semakin canggih
dan jenayah cyber pun makin canggih.Kadang-kadang aku pelik dengan mereka yang
pandai dalam teknologi tetapi salah menggunakan teknologi.Mengapa perlu di
salah gunakan ilmu yang ada? Ada lagi satu laman sosial yang tengah popular
sekarang iaitu twitter.
Aku
membuka satu persatu notication facebook aku.Kedengaran pop up chat naik
tertera nick name Maya iaitu MayaSari.
MayaSari: Assalamualaikum cik Amani
oit..
Budak Nerd : Waalaikumussalam cik
Maya oit..Kau tak tidur lagi?
MayaSari:Tak lagi.Aku tak boleh
tidolah .Berserabut kepala otak aku ni.
Budak Nerd : Why ?
MayaSari: Family akulah.Nampak
gayanya memang tiada jalan dah kot.Kes
penceraian tu dah settle.Aku dah tak boleh buat apa-apa.Sekarang ni aku dah
malas nak ambil tahu.
Budak Nerd : Sabar Maya mungkin
jodoh mereka setakat itu.Kita tak ada hak kan.
MayaSari: Entahlah Maya.Aku sedih
tengok keluarga aku berpecah begini rupa.Tapi aku kena redha kan.Aku kena
laluinya dengan tabah.Apa-apa pun aku tak boleh membenci Mummy dengan Daddy
aku.Aku tak nak di labelkan anak derhaka.
Budak Nerd : Kau kena sabar dan
tabah.Ingat aku dengan Alia sentiasa ada dengan kau tahu.Eh minggu depan abang
aku tunang tahu.Kau ikut sekali eh temankan aku please.Ibu dengan abah aku yang
suruh aku jemput kau sekali.
MayaSari: Ok no problem.Lagipun aku
bosan juga ni tak ada benda nak buat dekat rumah nanti kau roger dekat aku la
tarikh dan masanya .
Setelah
puas berchat dengan Maya , mata aku sudah mula mengantuk.Lalu aku log out
facebook dan juga shutdown laptop dan
meletakkan semula di meja solek lalu aku memadam lampu tidur dan meletakkan kepala di atas bantal.Sebelum
tu jangan lupa baca doa tidur.
KEESOKKAN
harinya aku menemani ibuku ke pasaraya Mydin untuk membeli barang dapur.Kali ni
aku keluar berdua dengan dengan ibu jadi akulah yang drive kereta.Lama tak bawa
kereta tapi kira oklah boleh bawakan.Setelah siap parking kereta aku dan ibuku
terus melangkah masuk ke dalam mydin aku menarik troli lalu mengekori ibu
aku.Ibuku sudah pun mengeluarkan list barang dapur yang perlu di beli.
Aku
berjalan – jalan sambil memandang barang yang tersusun di rak.Dari satu lorong
ke satu lorong aku jelajah.Sampai di rak bahagian sabun mandi dan syampu aku
terus pergi.Memandangkan sabun dan syampu dekat bilik aku tu nak habis maka aku
pun belilah yang baru.
“Aduh…”
Kedengaran orang mengaduh kesakitan sewaktu aku mendongak ke rak atas untuk
mengambil syampu tapi sayang tak sampai.Apasal orang yang jual syampu ni letak
di bahagian atas.Aku ni dahlah tinggi sangat nak mengambilnya.Aku terus menunduk
ke bawah sambil melihat orang yang mengerang kesakitan tadi.
“Awak
lagi?” Soal suara itu.Kalau dah rupa itu siapa lagi yang aku jumpa kalau bukan
dengan si Rafique.
“Awak
buat apa dekat sini?” Soal aku pula tidak puas hati.Asal terserempak lagi
dengan mamat perasan ni?
“Saya
tengah main bola.” Jawab Rafique selamba.Aku sudah mendengus geram.
“Yang
awak pergi langgar kaki saya dengan troli ni kenapa?” Soal Rafique lagi
“Mana
saya tahu awak ada dekat sini.Saya nak ambil syampu dekat atas tu tapi tak
sampai pula.Dah nama pun trolikan ada kaki mestilah bergerak.Sorry lah bukan
sengaja pun tertolak tadi.” Balas aku sambil mengeluh.Apalah selalu ada je
kejadian yang menimpa bila terserempak
dengan dia.Pelik betul.
“Tak
apalah , nak buat macam mana.Awak nak syampu yang mana?” Soal Rafique lagi
sambil memandang muka aku.
“Tu
syampu jenama Clear yang botol biru putih tu.” balas aku pula sambil
menunjukkan botol syampu itu dengan jari telunjuk aku.
“Ok
nah ambil ni.” Rafique sudah mencapai botol syampu yang aku nak lalu dia
menghulurkan ke arah aku.
“Thanks..”
Balas aku sambil menyambut syampu tadi.
“Awak
sorang je ke?” Soal Rafique lagi
“Saya
dengan Ibu saya.Dia ada dekat sebelah sana.Ni selipar saya mana?” Soal aku bila
teringat kembali sebelah selipar aku ada dengan dia.
“Alamak
selipar awak saya dah terbuang kot.Sorry.” Aku mengeluh perlahan.Ermm dah buang
nak buat macam mana.Kalau aku marah pun tak guna buat penat mulut aku je.
“Oklah
saya minta diri dululah.” Balas aku sambil menolak troli ke depan.Malas aku nak
banyak cakap dengan mamat ni.Mana pula ibu aku pergi ni.Mata aku melilau
mencari ibu aku.
“Ibu..apa
lagi kita nak beli?Biar adik tolong carikan .” Aku menegur ibuku yang sedang
melihat botol sos cili.
“Adik
tolong ibu ambilkan sabun Bio Zip dengan softlan sekali.Softlan warna purple
tau ambil yang paling besar ye.Ibu tunggu adik dekat sini.” Ujar ibu aku .
“Ok
baik Puan.” Aku membuat gaya tabik hormat dan terus melangkah ke bahagian
sabun.
“Mana
sabun biozip ni? Haaaa tu pun.” Aku membebel seorang diri sambil mengangkat
sabun bio zip yang plastiknya colour
pink.Dekat rumah aku memang guna yang ni.Cewah promote ke cik Amani?
Aku
mencari-cari botol softlan pula.Ada yang refill dan juga ada yang dalam
plastik.Mana botol yang besar ye.Alahai kenapalah tinggi diorang
letak?Menyusahkan orang betul.Aduhai.Mana orang yang jaga di bahagian ni?Aku
nak minta tolong dia ambilkan.
“Awak
cari apa cik Amani?” Kedengaran suara seseorang.Macam kenal je suara tu.Aku
terus berpaling.
“Awak
lagi.Ingat dah balik dah tadi .” Balas aku sambil mengeluh.
“Kenapa
mengeluh je ni cik Amani?” Soal Rafique lagi.
“Tu
haa saya nak ambil softlan yang warna unggu tu tapi ada dekat atas tu.Manalah
tangan saya ni nak sampai.” Luah aku sambil mengeluh dan membuang pandang pada
botol softlan.
“Biar
saya tolong ambilkan.” Rafique mula mengangkat tangannya untuk mengambil
softlan yang aku tunjuk tadi.
“Thanks,
ni kali kedua dah awak tolong saya hari ni.” Aku mengambil softlan tersebut.
“Sama-sama
.Lepas ni awak banyak la makan calcium ye?” Kedengaran suara Rafique. Ada nada
menyindir di situ.
“Awak
mengata saya ke Encik Rafique?” Aku menyoal pula.
“Terasa
ke cik Amani?” Soalnya pula.
“Dah
memang saya ni tak tinggi macam awak kan.So tak payah la nak mengata saya ye.By
the way terima kasih sebab tolong saya.Pergi dulu.” Balas aku sambil melangkah
meninggalkan Rafique.
Sabar
Amani sabar.Nasib baik dia tolong .Kalau bukan sebab dia tolong tadi memang aku
dah kenakan dia cukup-cukup .Asyik jumpa je dengan mamat ni kenapa?Dah tak ada
orang lain ke aku nak jumpa.Aku membebel dalam hati.
“Ibu
barang apa lagi nak beli ni?” Tanya aku lagi sambil meletakkan sabun dan
softlan dalam troli.
“Barang-barang
kering dah settle, kita pergi ke barang basah pula.Ibu nak beli lauk pauk ,
sayuran dan buah-buahan sikit.” Ujar ibuku sambil membelek list yang di
bawanya.
“Ok
jom ibu kita ke sana.” Aku mula menolak troli menuju ke bahan basah.
Sewaktu
aku berjalan sekitar bahagian sayur aku ternampak kelibat seorang
perempuan.Macam kenal je.
“Auntie
Zalida kan ?” Aku bertanya sambil tersenyum ke arah wanita tersebut.
“Amani
kan?” Aku hanya mengiakan lalu menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Auntie
shopping sorang je ke?” Soal aku lagi sambil melilau mencari kelibat ibu
aku.Cepatnya ibu aku jalan dah ada dekat tempat ayam.
“Auntie
dengan anak lelaki auntie beli barang dapur sikit.Amani sorang je ke?” Soal
auntie Zalida.
“Taklah
, Amani dengan ibu .Dia ada dekat tempat ayam tu haa.” Aku menunjukkan kelibat
ibu aku di sana.Auntie Zalida tersenyum pada aku.
“Mama
dah siap belum?” Kedengaran suara seorang lelaki yang sudah terpacak depan aku.
“Dah
siap dah.Boleh pergi bayar dah ni.Oh ye mari mama kenalkan ni Amani, yang mama
cerita hari tu yang terlanggar mama .” Auntie Zalida sudah memperkenalkan aku
kepada anak terunanya.
“Hai
nama saya Zarith Aiman.” Anak teruna auntie Zalida memperkenalkan diri.
“Hai
nama saya Amani.” aku tersenyum manis.
“Rasanya
Amani lagi tua dari anak auntie kan.Umur Amani berapa ye sekarang?” Soal auntie
Zalida.
“Umur
Amani dah dua puluh empat tahun auntie.” Jawab aku sambil tersenyum manis.
“Kalau
macam tu Zarith panggil Kak Amani la ye.Umur Zarith Sembilan belas
tahun.Sekarang sedang menuntut Universiti Malaya.” Sampuk Zarith sambil
tersengih ke a rah aku.
“Kak
Amani pun masih belajar lagi di UITM Shah Alam .” Balas aku pula.
“Mama
jomlah, tadi papa dah call tanya dah siap belum.” Ujar Zarith lagi.
“Oklah
Amani , auntie minta diri dulu ye.InsyaAllah ada rezeki kita jumpa lagi.” Auntie Zalida menepuk bahu aku sambil memeluk
aku.Aku hanya menganggukkan kepala saja sambil tersenyum.
“Abang
Fiq mana Zarith?Cuba call dia cakap kita dah nak balik ni.” Kedengaran suara
auntie zalida bertanya kepada anak lelakinya Zarith.Siapa Fiq aku tak tahu.
“Jumpa
lagi auntie Zalida , Zarith.” Aku melambaikan tangan ke arah mereka
berdua.Auntie Zalida dan Zarith hanya tersenyum sambil melambai tangan sebelum
bergerak menuju ke kaunter bayaran.Aku terus berpaling menuju ke arah ibu aku.
“Adik
pergi mana?” Soal ibu aku sewaktu aku sampai di depannya.
“Sorry
ibu, tadi adik terserempak dengan auntie Zalida tadi .” Jawab aku sambil
tersenyum.
“Auntie
Zalida?Mana dia?” Soal ibuku pula sambil mencari kelibat auntie Zalida.
“Dah
ada dekat kaunter bayaran belah sana.”
“Auntie
tu siap peluk adik lagi ibu sebelum dia
gerak ke kaunter.Pelik adik.” Aku mengaru kepala yang tidak gatal.Ye la ni kali
kedua aku berjumpa dengan dia tapi kenapa aku dapat rasa yang aku dah lama
kenal auntie Zalida tu.
“Entahlah
ibu tak pasti pula.Mungkin dia anggap adik seperti anak dia.” Balas ibu
aku.Namun aku perasan riak muka ibu lain seperti menyembunyikan sesuatu saja.
“Ye
kot.Dah siap ke ibu?Jomlah kita balik.” Tingkah aku sambil menghapuskan
persoalan yang sedang bermain di fikiran aku.
“Dah
..dah.Jomlah kita balik.Ibu nak kena masak nanti adik tolong ibu hari ni
ye.Malam nanti abang Shah kamu nak singgah rumah kita.Dia ada dekat Kuala
Lumpur ni atas urusan kerja.”
“Owh
abang Shah nak datang rupanya.Adik pun dah lama tak jumpa dia ibu.Ok balik ni
adik tolong ibu masak .” balas aku sambil tersenyum manis lalu menolak kembali
troli tadi ke kaunter.Ibuku pula berjalan seiringan dengan aku.
“ASSALAMUALAIKUM…”
Kedengaran orang memberi salam di luar rumah.Aku terus berlari ke luar sambil
membuka tingkap melihat siapa gerangannya.
“Laa
abang Shah dah sampai .” Ujar aku sambil tersenyum sewaktu membuka grill rumah.
“Apa
khabar Amani?Lama tak jumpakan”. Soal abang Shah pula.Aku menghulurkan tangan
bersalaman dengan abnag Shah.
“Alhamdulilah
sihat.Minggu lepas Amani pergi Melaka holiday tapi abang tak ada.Mak Long kata
abang outstation.” Balas aku sambil tersengih.
“Nak
buat macam mana dah kerja macam tu la Amani.” Tambah abang Shah lagi.
“Jomlah
masuk abang Shah.Semua ada dekat dalam .” Aku menutup semula pintu dan
mengekori langkah abang Shah yang sudah pun masuk ke dalam rumah.
Bersambung .....
SaLaM KaSiH
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D