Lambat lak update .Mentang2lah cutikan.Holiday sakan.Selamat membaca...
BAB
14
ROMBONGAN
dari pihak aku dan keluarga sampai ke rumah Kak Raisya dalam pukul tiga
setengah petang.Aku menaiki kereta dengan Maya dan Kak Sofea.Manakala abang aku
naik kereta sekali dengan ibu dan ayah aku.Mak Long, Pak Long dan abang Shah
sebuah kereta .Selepas itu Mak Ngah dengan Pak Ngah naiki kereta bersama
anaknya Firdaus.Nasib baik sepupu aku yang lagi sorang iaitu kakak kepada
firdaus tidak hadir.Menurut kata Mak Ngah , Mazlyn pergi bercuti ke Langkawi
dengan kawan baiknya.Aman sikit majlis hari ni.Kalau dia ada aku tak tahulah
apa yang jadi.Ribut taufan kot.Entahlah.Ada lagi dua buah kereta yang mengikut
ke rombongan ini.Dua buah kereta lagi milik jiran kami merangkap kawan baik ibu
dan abah aku.Owh ye Mak Som pun ada sekali Cuma abang Am je yang tak ada.
Majlis
di mulakan dengan upacara doa yang di bacakan oleh family Kak Raisya.Selepas
itu bermulah perbincangan antara kedua-dua pihak keluarga.Kemain lagi diorang
berpantun.Aku hanya melihat dari jauh.Kesian abang aku ada dekat luar seorang
diri.Ibu kata jangan masuk lagi sebelum di panggil.Orang suruh duduk rumah tak
nak .Mengada betul abang aku ni.Tak sabar nak tengok kak Raisya keluar.
Setelah
selesai upacara menyarung cincin kepada Kak Raisya , aku dan Maya terus
melangkah menuju ke atas pelamin kecil yang menempatkan kak Raisya lalu aku
memeluknya sambil tersenyum.
“Tahniah
kak Sya.Selamat bertunang.” Ujar aku selepas melepaskan pelukan .
“Selamat
bertunang dan tahniah Kak Raisya.” Maya pula mengucapkan tahniah sambil memeluk
kak Raisya.
“Thanks
korang berdua.Jangan lupa makan tau.Banyak yang akak sediakan untuk korang
berdua.” Usik kak Raisya.
“Haa
ni yang Amani sayang akak ni.” Luah aku pula sambil tersengih.
“Eh
abang Amani mana? Mari kita ambil gambar
sekali.” Kedengaran suara seorang wanita yang bertanyakan kepada aku.
“Kenalkan
ni mak Su Kak Sya.” Kak Raisya memperkenalkan mak Sunya.
“Panggil
je Mak Su.” Balas Mak Su sewaktu menyambut huluran dari aku untuk bersalam
“Abang
ada dekat luar.Sekejap ye Amani panggilkan dia.” Aku melangkah menuju ke luar
rumah untuk memanggil abang aku yang berada di kereta yang di parking di bawah
pokok.
“Abang
, diorang panggil abang masuk untuk bergambar.Jomlah.” Ujar aku sewaktu aku
berada di depan abang aku.
“Ye
ke.Dah selesai ke upacara sarung cincin?” Soal Abang aku
“Dah
semua dah selesai.Jomlah masuk.” Aku menarik tangan abang aku.
“Kejaplah
dik , abang tunggu member abang datang ni.” Balas abang Amar lagi sambil
matanya melilau ke jalan raya.Aku mengerut dahi.
“Kawan
abang?Siapa?” Soal aku dengan pelik.
“Assalamualaikum..Sorry
lambat sikit.Jalan jamm.” Kedengaran suara seorang lelaki aku terus menoleh.
“Awak
Rafique?” terkejut aku melihat si Rafique ada di depan mata.
“Yup
saya,kenapa pelik ke?” soal Rafique.Aku mengalihkan pandangan aku kepada abang
aku.Aku memandang muka abang aku dengan keliru.
“Sejak
bila abang kawan dengan Rafique ni?” Soal aku tidak puas hati.Setahu aku abang
aku jumpa Rafique sewaktu aku meminta pertolongannya untuk memberikan baju yang
aku gantikan sewaktu accident kecil dengan rafique ni.
“Adik
sebenarnya, Rafique ni member lama abang masa sekolah.Kitaorang dah lama
terputus hubungan selepas tamat sekolah.Tup-tup jumpa balik masa adik minta
abang bagi baju dekat dia hari tu la.” Terang abang aku.Aku mengerut dahi.Apa
mereka ni berkawan dah lama.Aku sudah terlopong memandang muka mereka berdua.
“Thanks
Amani.Kalau bukan sebab accident hari tu saya pun tak kan kenal awak dan saya
juga tak kan jumpa kembali member baik saya waktu sekolah dulu.” Tingkah
Rafique sambil menepuk bahu abang aku..Aku pula hanya mendiamkan diri.Aku tak
tahu nak kata apa.Hanya tersenyum je la.Biar pun dekat kepala terselit seribu
persoalan kan.
“Sama-sama.Errmm
abang jomlah masuk Kak Sya dah panggil tadi.” Aku menarik lengan abang aku.
“Jom
Rafique masuk sekali.” Abang aku menepuk bahu si Rafique .Kami bertiga terus
menuju ke dalam rumah Kak Raisya.
“Oit
macam mana si Rafique boleh ada sekali dekat majlis ni?” Soal Maya dengan
tiba-tiba sewaktu aku duduk termenung jauh.Termenung fikirkan pasal abang aku
dengan mamat perasan tu la.Satu kerja pula aku nak kena fikir.Aku ni kalau nak
tahu sesuatu sampai ke lubang cacing aku gali.
“Tu la, kau tahu tak si Rafique tu member
abang Amar sewaktu sekolah Menengah.Adoyai masak aku macam ni.” Bisik aku
dengan perlahan.
“Korang
berdua ni mengumpat siapa?” Kedengaran suara Kak Sofea yang sudah bercekak
pinggang di meja makan kami.
“Gosip
baru kak.Rafique ada dekat sini.” Ujar Maya denga perlahan.
“Hah
ye ke?Mana-mana?akak nak tengok rupa dia sikit.” Balas Kak Sofea matanya sudah
melilau memadang ke kiri dan kanan mencari orang yang bernama Rafique.Haish Kak
Sofea ni coverline la sikit.
“Ish
akak ni perlahanlah sikit.Karang mamat perasan tu nampak kita naya je.” Tingkah
aku sambil mengangkat jari telunjuk ke bibir.,
“Yang
mana satu Amani?” Soal Kak Sofea lagi.
“Tu
yang pakai T-Shirt biru muda tu haaa.Sebelah abang Amar tu kak.”
“Owh
handsome juga si Rafique tu ye.” Tingkah Kak Sofea sambil menoleh semula ke
arah aku sambil tersengih.
“Sepadankan
Kak dengan Amani.” Maya pula yang menyampuk sambil tersengih.
“Korang
semua ni dah makan belum?Kemain lagi bersembang
akak tengok.” Kedengaran Kak Raisya yang cantik berbaju kurung modern
bewarna coklat cream dan berselendang coklat cair.
“Baru
je lepas.Kak Sya dah makan ke?” Soal aku pula sambil tersengih.
“Akak
tuan rumah tak apa.Korang ni jangan tak makan pula.Family akak masak special
lagi tau.” Balas Kak Raisya lagi.
“Terima
kasih kak , perut Amani dah full ni.” Ujar aku lagi sambil tersenyum.
“Hai
korang…” Muncul abang aku dengan tiba-tiba dan di sebelahnya pula si Rafique a.k.a mamat perasan.
“Eh
abang dah makan belum?” Soal Kak Sya sambil tersenyum pada tunangnya.
“Dah
abang dah makan dengan Rqfique.Oh ye lupa abang nak kenalkan dekat Sya ,
kenalkan ni Rafique member abang masa sekolah menengah.” Abang Amar sudah
memperkenalkan Rafique.
“La
ye ke.Nice to meet you Rafique.” Ujar Kak Sya lagi sambil tersenyum.Aku hanya
diam seribu bicara.
“
Eh adik abang ni kenapa senyap je,selalunya mulut adik bukan main kepoh lagi
macam murai tercabut ekor.” Kedengaran abang aku bersuara untuk mengenakan aku.
“Perut
dah kenyang sebab tu mulut pun dah diam .” jawab aku sambil tersengih pada
abang aku namun langsung tidak memandang muka Rafique.Karang kalau buka mulut
mahu je mulut aku ni bertekak dengan mamat perasan ni.
“Kuat
makan juga ye Amani ni Amar.” Tu dia mulut si mamat perasan ni dah berbunyi.Aku
cili baru tahu.
“Kuat
tak kuat jugalah.Kalau setakat dua
pinggan boleh je.” Balas aku sambil memandang Rafique.Dia boleh senyum tengok
muka bengang aku memang tak patut betul.
“Amani
kenal ke dengan Rafique ni?” Soal Kak Sya dengan pelik .
“Errmm
diorang ni memang dah kenal, tapi barulah lagi kot.Nantilah ada masa abang
cerita dekat Sya.” Tingkah abang aku.Rafique pula sudah tersenyum manis.Aku pula
buat muka tak ada perasaan.Malas nak melayan.
“Kak
Sofea , mana abang Shah?” Soal aku dengan tiba-tiba.
“Entah
tadi ada, mana dah hilangnya.” Balas Kak Sofea sambil melilau matanya mencari
kelibat abang Shah.
“Mazlyn
kenapa tak datang Amani?” Soal Maya pula sambil tersengih.
“Entahlah.Bagus
juga dia tak datang , aman sikit hidup aku ni.Cukup-cukuplah aku tahan telinga
dekat kampus dengan kerenah dia.Bosan.” Aku membebel sambil mendengus.
“Mazlyn
ada kacau adik ke?” Soal abang Amar aku pula.Alamak terlepas cakap pula tadi.
“Errk..”
“Kalau
abang nak tahu kitaorang dengan geng Mazlyn memang tak sekepala.Ada je benda
yang dia nak kecohkan.Lagi satu Mazlyn ni suka dekat pensyarah kelas diorang ni
apa dah nama dia.Haaa Encik Kamarul.Masalahnya Encik Kamarul ni pula ada hati
dengan Amani.” Sudah Maya dah membuka cerita hal Encik Kamarul.
“Kenapa
adik tak bagitahu abang?” Tingkah abang aku.
“Sorry,
adik malas nak kecohlah bang.Lagipun setakat ni semuanya ok lagi.One more thing
adik dengan Encik Kamarul tu tak ada apa-apa .Adik hormatkan dia sebagai
pensyarah adik je tak lebih dari tu.” Balas aku pula.
“Famous
juga ye cousin akak ni.” Usik Kak Sofea.
“Memang
famous kak ..Amani ni..Adoii…” Belum sempat Maya menyudahkan kata-katanya aku
sudah hadiahkan dia penyepit ketam.Padan muka.
“Orang
cantik mestilah ramai yang berkenan..” Sampuk Rafique.Terus mata aku memandang
ke arahnya.Sempat lagi dia mengenyitkan mata dekat aku.Wah-wah aku cungkil biji
mata tu baru tahu.Siap dia nanti.!
PADA
malam itu seluruh family aku berkumpul di ruang tamu.Family Mak Long dan Mak
Ngah bermalam di rumah aku untuk dua tiga hari ni.Bila family berkumpul macam
gini banyaklah ceritanya.Aku dengan Kak Sofea lepak di dapur sambil buat air
.Manakala abang aku, abang shah dan juga Firdaus duduk melepak di luar rumah
sambil berborak.Abah dan ibu aku pula di ruang tamu berbual bersama Mak Long,
Pak Long, Mak Ngah dan Pak Ngah.
“Bila
kamu nak bagitahu dia Sham?” Soal Pak Long aku pada abah aku sewaktu aku
membawa dulang yang berisi air teh dan juga biskut .Aku melangkah menuju ke
arah mereka.
“Jemput
minum semua..” Aku menyusun cawan yang berisi air teh di depan mereka.
“Terima
kasih Amani.” Pak Long aku bersuara.
“Sama-sama.Amani
minta diri dulu ye nak pergi dekat luar.Mereka yang lain ada dekat luar tu.”
Ujar aku sambil berdiri semula dan mula melangkah ke pintu utama.
“Entahlah
abang Long, tak tahulah dari mana nak mula.Risau pun ada.” Aku terdengar abah
menjawab sewaktu aku melangkah tadi. Telinga lintah betul aku ni kan.Apa yang
abah risaukan?abah ada masalah ke?tapi tak ada pula aku dengar.Errmm.Eh cik
Amani hal orang tua jangan nak masuk campur.
Aku
pantas berjalan menuju ke luar rumah.Apalah yang abang aku dan sepupu-sepupu
aku tu borak malam –malam gini.Kalau dah semua lelaki berkumpul kalau bukan hal
bola mesti hal kereta yang mereka bincangkan, tak pun hal perempuan.Apa ingat
orang lelaki ni tak tahu bergosip ke.Ada tau yang suka bergosip ni sekali
diorang buka cerita kalah perempuan gossip ok.
“Ehem..Kemain
borak.Bergosip ke mengumpat ni?” Soal aku sewaktu melabuhkan punggung di atas
kerusi batu.
Kak
Sofea sudah pun ada di ada di situ sewaktu aku tiba tadi.Dia sedang
menghulurkan cawan ke arah mereka bertiga.
“Aah
kitaorang bergosip tentang hal adik.” Balas abang aku dengan selamba.
“Eh
apasal pula nak gosip hal adik?Adik ni bukannya retis.” Tingkah aku pula sambil
mencebik bibir pada abang aku.
“Ala
Amani ni hal orang lelaki, mestilah bergosip hal lelaki.” Kedengaran suara
Firdaus pula.
“Ye
la tu.Kak jomlah kita borak dua.Kita dua je perempuan kat sini.Jom kita lepak
berdua.”
“No
hal.Kalau diorang bergosip hal lelaki , kita berdua gosip hal perempuan.”
Tingkah Kak Sofea sambil tersngih.
“Ala
jangalah merajuk pula.Duduklah sekali.Lagipun bukan senang kita nak berkumpul
begini.” Tingkah abang Shah pula.
“Tengok
abang Shah je yang sayangkan kitaorang.” Usik aku sambil tersengih.
“Jangan
di layan kepala si Amani ni.Kau tak tahu Sofea budak ni makin besar makin kuat
loyar buruknya.” Abang aku pula bersuara sempat lagi tangannya membuat aksi
edisi menyekeh kepala aku.Dengan pantas aku mengelak.
“Kak
jangan dengar.Itu semua spekulasi nak menjatuhkan Amani.Jangan percaya tau.”
Tingkah aku sambil mencebik bibir pada abang aku.
“Berapa
lama lagi Amani bercuti ni?” Soal abang Shah dengan tba-tiba.
“Ada
dalam dua minggu lagi lepas tu dah masuk semester baru.” Balas aku lagi sambil
mengeluh.
“Hai
mengeluh je bila sebut semester baru?kenapa?” Kak Sofea mula menyoal.
“Tak
ada apa-apalah kak.”
“Amani
, Mazlyn kacau kau ke dekat kampus?” Soal Firdaus sambil mengerut dahi
“Eh
taklah.Aku dengan dia ok je”. Tingkah aku sambil tayang gigi.Biarpun aku dengan
si Mazlyn tu tak penah nak sebulu.
“Habis
tu yang adik mengeluh je kenapa?” Tu dia abang aku mula menembak lagi.
“La
tak ada apa-apalah.” Tingkah aku lagi.
“Ke
Amani risau Encik Kamarul ganggu Amani ?” Tembak Kak Sofea.Tembakan dia memang
mengena.Walawei macam mana aku nak jawab ni.Abang Amar,abang Shah dan Firdaus
sudah memandang muka aku tanpa bekelip.
“Encik
Kamarul.” Soal abang aku
“Mana
akak tahu ?” Soal aku pada Kak Sofea.
“Alia
ada cerita pada akak sewaktu korang datang ke Melaka .” Jawab Kak Sofea jujur.
“Ish
Alia ni tak boleh simpan rahsia langsung.” Bebel aku sendirian.
“Adik
abang tanya ni.?” Soal abang aku dengan serius.
“Erk
...Dia pensyarah adik ala yang adik cerita siang tadi.” Jawab aku jujur .
“Then..?”
Soal abang Amar lagi.
“Dia
suka dekat adik tapi adik taklah layan.Adik hormatkan dia as my lecturer. That
all.”
“Encik
Kamarul?...Dia orang yang Kak Mazlyn sukakan? Tembak Firdaus.
“Mana
kau tahu?” Soal aku pelik.
“You
know what Kak Mazlyn tampal gambar Encik Kamarul tu dalam bilik dia.Di gambar
tu tertera nama tu.” Ujar Firdaus ,aku sudah ternganga.Gila ke apa Mazlyn ni?
“Jadi
selama ni adik tak sebulu dengan Mazlyn sebab Encik Kamarul la?” Abang aku pula
menambah.
“Akak
tak tahu pula yang Amani dengan Mazlyn tak sebulu.” Sampuk Kak Sofea sambil
mengerutkan dahi.
“Amani
dengan dia dari dulu lagi tak sebulu kak bukan sebab Encik Kamarul.” Balas aku.
“Kak
Mazlyn bukan apa, dia jeleskan kau je Amani.Aku tahu kakak aku tu, tapi aku
pelik apa yang dia dengki dengan kau pun aku tak tahu.Aku pun tak faham dengan
perangai dia.Sekejap mood dia ok sekejap mood dia tak ok.” Ujar Firdaus.
“Masalahnya
aku sendiri pun tak tahu.Aku ada buat salah ke dengan dia.Kalau dia nak Encik
Kamarul tu bagus juga aman hidup aku tanpa ganguan.” Balas aku lagi.
“Macam
ni la, kalau dia kacau Amani lagi kan, Amani cakaplah yang Amani dah bertunang
ke dah berpunya ke mesti dia tak kacau punya.” Kak Sofea memberikan idea.
“Ish
akak ni tu idea mengarut tu.Kalau cakap rupa itu nanti dia tanya mana orangnya
mana Amani nak cari.Cari nahas namanya tu.” Tingkah aku .Mereka yang lain
tersenyum penuh makna.
“Abang
rasa abang tahu siapa yang boleh jadi tunang atau buah hati adik?” Jawab abang
Amar selamba sambil mengenyitkan mata pada aku.Haa sudah abang aku dah bagi
idea gila.
“Siapa?”
Mereka menyoal serentak dengan aku.
“Abang
rasa tak perlu kot menyamar.Terima je orang tu.Lagipun abang tengok dia dah
suka dekat adik.” Balas abang aku lagi.
“Siapa
Amar?” Soal abang Shah pelik.
Siapa
yang abang maksudkan ? takkanlah abang Am kot.Ish mustahillah takkan la abang
Am ada hati dekat aku kot.Mengarut je semua ni.Mengarut.
“Nanti
korang akan tahu siapa.Kita tunggulah nanti.” Jawab abang Amar sambil tersengih.
“Siapa
pun pilihan Amani , kitaorang sokong.” Kak Sofea pula menyampuk.
“Yup
aku pun sokong Amani.Tak adalah si Mazlyn tu meroyan nanti kalau kau tak pilih
encik Kamarul.” Firdaus pula menambah sambil tersenyum.
“Kau
mengata kakak kau sendiri Firdaus?” Soal aku
“Sebab
aku tahu dia kakak akulah , aku setuju kau buat macam tu.Aku kenal kak Mazlyn
tu.Dia akan pastikan dapat apa yang dia inginkan.Aku tak nak tengok kau susah
.Dia kakak aku , kau pula sepupu aku.Dua-dua aku sayang .” Balas Firdaus dengan
panjang lebar.Walaupun beza umur aku dengan Firdaus beza setahun je tapi dia ni
lagi matang dari kakak dia.Jauh bezakan perangai diorang berdua.Errmm entahlah
belalang…
BERSAMBUNG.....
SaLaM KaSiH
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D