Sambungan Dirimu satu..Selamat membaca.
NotaKecik : Perempuan yang cantik kat atas ni nama dia shaznida merupakan salah sorang model Radiusite.Comelkan dia.Inilah Amani dalam imaginasi Ayra Zahra .Hehehhe.
BAB
15
PETANG itu, aku banyak menghabiskan masa
dengan membaca novel Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah di kerusi
batu yang terletak di luar rumah..Sejak tiga empat hari ni aku banyak
mengahabiskan dengan membaca , menontotn tv, melayan cerita korea semua tu.
“Amani
buat apa tu?” Aku terus menoleh mencari-cari suara itu.
“La
Mak Som rupanya.Ingatkan siapa tadi.Amani tengah baca buku , Mak Som buat apa?”
Ujar aku sambil tersenyum.
“Mak
Som siram pokok bunga ni haa.” Balas Mak
Som yang sedang membuka paip air untuk menyiram pokok bunga miliknya.
“Pak
Rahman mana pergi mana Mak Som?” Soal aku lagi sambil menutup dan meletakkannya
di atas meja lalu aku bangun melangkah menuju ke tempat mak Som.
“Pak
Man kamu tu bukannya lekat dekat rumah.Petang-petang begini memang dia selalu
keluar dengan kawan-kawan dia .Pergi borak kosong dekat warung belah sana la
kot.Kalau dah jumpa geng berborak memanglah , tak makan dekat rumah pun tak
apa.” Ujar mak Som sambil leka menjirus pokok bunga miliknya.
“Kesianlah
mak Som duduk sorang je, abang Am pun
tak lekat dekat rumah.” Tingkah aku lagi.
“Nak
buat macam mana Amani.Anak mak Som sorang tu je.Disuruh kahwin katanya tak
jumpa calon lagi.Entah yang macam mana
dia cari pun mak Som tak tahu.”. Jawab mak Som lagi.
“Habis
tu mak Som tak tolong carikan untuk abang Am ke?” Aku sudah tersengih memandang
mak Som.Terus saja mak Som memandang aku.
“Ish
kamu ni, kalau mak Som cari takut abang Am kamu tak berkenan pula.Zaman
sekarang ni ada lagi ke mak yang carikan
calon menantu untuk anak dia.Sekarang ni bukan anak-anak ke yang buat
pilihan.Orang tua macam mak Som ni mengikut aja.” Tambah mak Som.
“Eh
mestilah ada mak Som.Bukan orang kata pilihan orang tua adalah pilihan yang
terbaik ke ?” Soal aku lagi.
“Tak
juga Amani.Ada yang bahagia ada yang separuh jalan saja.Kita tak tahu apa yang
bakal jadi masa depan.” Jawab mak Som lagi.
“Kalau
Am suruh mak Som carikan memang mak Som masuk meminang Amani la.” Terkejut aku,
Mak Som bergurau ke ni?Biar betik.Aku
nak di jadikan calon menantu dia?
“Eh
mak Som kenapa Amani pula.Amani ni tak pandai masak mak Som.” Tingkah aku.
“Ala
masak tu boleh belajar Amani.” Dalih mak Som lagi.
“Amboi
rancaknya berborak .” Kedengaran suara ibu aku pula yang sedang menyarung
selipar .Ibu nak mengadap pokok bunga dia .
“Tak
adalah akak borak kosong je dengan Amani.Usik dia ni.” Mak Som bersuara sambil
tersenyum.
“Kak
Som hidup tak bunga orkid yang Pah bagi minggu lepas tu.” Ujar ibu aku sewaktu
menapak ke ruang pokok bunga miliknya.
“Hidup
je.Terima kasihlah Pah. Susah-susah je belikan akak pokok bunga orkid tu.” Mak
Som pula membalas.Aku sudah menapak semula ke tempat duduk tadi untuk
menyambung kembali membaca buku tadi.
Kedengaran
deruman enjin memasuki kawasan pagar rumah.Abang Amar sudah pun balik dari kerja.Aku
sudah tersenyum melihat abang Amar keluar dari kereta.
“Assalamualaikum…”
Abang Amar memberikan salam.
“Waalaikumussalam
..” Jawab aku dengan ibu serentak.
“Macam
mana kerja abang?” Soal aku sewaktu abang aku melabuhkan punggung di depan aku.
“Ok
je , seperti biasa.Kalau time busy memang penatlah sikit.Nanti bila adik dah
kerja nanti adik akan rasa la apa yang abang rasa.Sekali fikir nak kembali
semula zaman belajar bila dah kerja ni.” Ujar abang aku lagi sambil membuka
tali leher miliknya.
“Pulak
dah.” Balas aku lagi.
“Adik
bawa keluar makan petang dekat luar ni.Tadi ibu ada buat pisang
goreng.Panggilkan abah sekali.Dia tengah ralit tengok tv.” Ibu aku bersuara sambil membuang daun-daun
kering di dalam pasu bunganya .
“Sekejap
adik ambilkan.” Aku sudah bangun kembali
“Adik
tolong ambilkan abang ais kosong eh.Dahaga la.” Abang aku sudah tersengih.
“Baik
bos.” Ujar aku sambil memgenyit mata.
HARI
ni aku sudah berjanji dengan Maya untuk keluar berjalan-jalan sambil golek bola
bowling.Sudah agak lama aku tak lepas gian main bowling ni.Hari ni abang aku
yang hantar kebetulan dia ada urusan di luar aku pun apa lagi kan ambil
kesempatan menumpang abang Amar la.
“Adik
, balik nanti mesej abang tahu.Adik nak abang ambil ke?” Soal abang aku sewaktu
aku ingin membuka pintu kereta.
“Errm
adik minta Maya tolong hantarkan adik baliklah.Kalau Maya ada hal tak boleh hantar adik nanti adik call
abanglah ambil adik dekat sini.Boleh?”
Tingkah aku pula.
“Alright.Apa-apa
hal nanti adik call abang ok.Abang pergi dulu.Take care .” Ujar abang aku
lagi.Terus aku bersalaman dengan abang aku sebelum aku melangkah keluar dari
perut kereta.
“Ok
abang pun hati-hati tau bawa kereta.” Ujar aku sambil tersenyum ke arah tingkap kereta .Abang aku terus memakai kaca mata
hitam sambil tersenyum ke arah aku sebelum berlalu pergi.
Mata
aku melilau mencari kelibat Maya.Manalah Maya ni.Ramai pula orang dekat Ole-Ole
yang terletak di seksyen lapan belas Shah Alam.Sudah lama juga aku tidak
berjalan cuci mata dekat Ole-Ole ni.Sementara menunggu kelibat Maya aku
menghabiskan masa di kedai myNew.com . Aku melihat majalah-majalah yang
tersusun di atas rak. Dengan pantas aku mengapai majalah wanita lalu
membeleknya .Aku menapak ke kaunter lalu membayar harga majalah wanita
tersebut.
“Amboi
khusyuknya kau membaca.” Tersentak aku.Maya sudah tersengih .
“Haaa
kenapa kau lambat ?Penat tau aku tunggu kau dekat sini.” Ujar aku pula sambil
bercekak pinggang.
“Ala
sorry la, bukan sengaja pun.Kau tahulah jalan jamm kan.Kau dah makan belum ni?”
Soal Maya lagi.
“Perut
aku ni dah macam-macam lagu tau tunggu kau.Di sebabkan kau lambat hari ni kan
kan, apa kata kau belanja aku makan.Ok?” Tingkah aku sambil tersenyum penuh
makna.
“Kau
memang bab makan laju.Ye la aku belanja kau makan, tapi lain kali turn kau pula
belanja aku.Ok?” Jawab Maya lagi.
“Cantik.No
problem nanti aku belanja kau makan.” Ujar aku sambil mengangkat ibu jari
membuat gaya thumb up.
“Kau
nak belanja aku makan apa ni?” Tambah aku lagi sewaktu kaki kami berdua mula
melangkah ke depan.
“Hmmm
aku belanja kau makan kek Secret Recipe nak tak?”
“Mestilah
nak.Kau tahu kan aku suka makan kek.Sedapnya kek Chocolate Indulgence .” Aku
sudah terbayang kek Chocolate Indulgance.
“Aku
nak makan White Dark Chocolate Cheese la.” Maya juga sudah terbayang kek tersebut
di ruang matanya.
“Eh
yang kau dok berangan lagi kenapa.Jomlah masuk .” Ujar Maya lagi sambil menepuk
bahu aku.
“Eh
eh kau punya pasallah ni, tengok aku dah berangan makan Chocolate Indulgence.”
Tingkah aku sambil tersengih.mata sudah aku arahkan pada pintu utama Secret
Recipi.
“Kau
memang suka berangan.Aku dah tahu lama dah.” Usik Maya lagi.
“Ala
kau pun sama suka berangan macam aku.” Cebik aku pada Maya.Maya terus menarik
tangan aku memasuki ke Secret Recipi.
Selepas
tamat sesi memenuhkan perut dengan kek aku dan Maya mula menapak ke Ole-Ole
Super Bowl di mana terletak di aras dua.Sewaktu di kaunter aku ternampak
kelibat Zarith iaitu anak lelaki kepada auntie Zalida.Zarith pun ada dekat sini
juga ke? Aku terus berjalan menuju ke kaunter.
“
Zarith..Buat apa dekat sini?” Soal aku.Bagus punya soalan.Dah nama pun tempat
bowling yang pergi tanya lagi tu kenapa.Alahai Amani oit tak ada soalan lain ke
nak tanya?.
“Eh
kak Amani.Main bowlinglah kak.Bosanlah duduk rumah je.” Tingkah Zarith.
“Zarith
sorang je ke?” Soal aku lagi.
“Eh
taklah Zarith dengan sepupu Zarith.Dia pergi toilet kejap.Ni pun Zarith yang
paksa dia datang temankan Zarith.Abang Fiq tu boleh tahan sibuknya.”. Macam
pernah dengar je nama Fiq ni.Kalau tak silap aku masa aku jumpa auntie Zalida dengan
Zarith dekat pasaraya Mydin hari tu.Aku berfikir sendirian.
“Owh
ye lupa pula kak Amani nak kenalkan.Ni kawan kak Amani nama dia Maya.Zarith
boleh panggil dia Kak Maya.”
“Hai
..Nice to meet you.” Ujar Maya sambil tersenyum.Zarith juga tersenyum.
“Kak
Amani dengan Kak Maya pun nak main bowling eh?Jomlah main sekali dengan Zarith
dengan abang Fiq.” Tingkah Zarith .
“Zarith
..” Kedengaran suara lelaki yang memanggil Zarith.Dengan pantas aku memusingkan
badan ke belakang.macam kenal je suara tuh.Takkanlah….
“Awak
lagi?” Dengan serentak aku dengan
Rafique berkata .
“Aik
kak Amani dah kenal ke dengan abang Fiq.” Soal Zarith pelik.
“Memang
diorang berdua ni saling kenal mengenali Zarith.Jangan kejap lagi perang
meletus sudahlah.karang tak jadi pula kita nak main bowling hari ni.” Usik Maya
pula , Zarith pula tayang muka blur.
“Maksud
kak Maya?” Tingkah Zarith sambil menggarukan kepalanya.
“Ehem..Zarith
sebenarnya abang Fiq dah kenal dengan kak Amani ni.” Terang Rafique.
“Macam
mana abang Fiq boleh kenal dengan kak Amani?” Soal Zarith lagi dengan pelik.
“Nanti
ada masa abang Fiq ceritakan dekat Zarith.” Tambah Rafique lagi.Aku hanya
mendiamkan diri.
“Zarith
tadi kata nak main sekali kan.Jomlah.” Ujar Maya pula.
“Aah
jomlah kak Maya,kak Amani kita main sekali senang.” Tambah Zarith lagi.
“Abang
Fiq on je tapi tak tahulah kalau orang tu takut dengan bola bowling.” Usik
Rqfique.Aku sudah menjeling tajam ke arahnya.Sengaja nak cari pasal mamat ni.
“Kak
Amani dengan kak Maya macam mana?” Soal Zarith lagi.
“Aku
ok je Amani.Kau macam mana?” Soal Maya pada aku pula.
“Ok
Zarith akak setuju.Kak Amani nak tengok orang yang cakap kak Amani takut dengan
bola bowling tu main .Teror sangat ke dia tu?” Bidas aku ke arah
Rafique.Seperti biasa dia tayang muka selamba dan tersenyum sinis pada
aku.Geram betul la.
“Well
..abang Fiq memang dah terror kan Zarith.” Ujar
Rafique lagi.Sengaja nak menaikkan darah akulah tu.Eee perasan sungguh
mamat perasan ni.Over.
“Silakan
Encik Rafique yang perasan terror.” Tingkah aku sambil memyindir Rafique.Zarith
sudah mencuit Maya.Kalau aku jadi Zarith pun mesti pelik.Ye la tengok gaya aku
dengan Rafique tak ubah seperti anjing dengan kucing.Ada saja benda yang nak di
gaduhkan.
“Ye
Cik Amani, sila tengok saya main ok.” ? Tingkah Rafique sambil menyarungkan
kasut dan bersiap sedia untuk memulakan permainan bowling.Zarith dan Maya pula
sudah siap bersedia dari tadi.Aku hanya memandang kosong ke arah Rafique yang
perasan tu.
Balingan
yang pertama.Memang aku tak sangka mamat perasan ni pandai main bowling.Sekali
baling terus strike.Terkebil-kebil mata aku memandang pin-pin yang jatuh .
“Yes
strike..” Tingkah Rafique sambil tersenyum penuh makna ke arah aku.Dengan
selamba aku hanya mencebik bibir.Seterusnya turn Zarith pula yang bermain.
Selepas
itu tibalah giliran aku pula.Aku mengambil bola yang bewarna hijau gelap lalu
membalingnya.
“Yes
strike..” Tingkah aku sambil tersenyum senang.Zarith dan Maya sudah bertepuk
tangan.
“Wow
not bad.Pandai juga cik Amani main bowling.Ingatkan tak larat dah nak angkat bola
tu.” Ujar Rqfique lagi sambil memandang ke arah aku.
“Awak
ingat awak sorang je ke yang tahu main bowling Encik Rafique ?” Soal aku
sambil bercekak pinggang.
“Manalah
tahu, kot tak larat nak angkat bola ke.” Usik Rafique lagi
“Ada
awak nampak saya tak larat angkat bola tu tadi?” Soal aku sambil mengecilkan
kelopak mata aku dan mengetap bibir.
“Agaklah.Ada
nampak sikit kerutan di dahi awak sewaktu angkat bola tu tadi.” Tingkahnya
sambil tersengih .Cis nampak je mamat ni .Geram pula aku tengok muka dia.Sabar
Amani.Jangan nak cari gaduh dengan mamat yang suka perasan ni.Memang kau takkan
menang punya dengan si Rafique ni.
“Korang
berdua nak main bowling ke nak gaduh?” Soal Maya sambil bercekak pinggang.
“Abang
Fiq dah turn abang Fiq main.cepatlah.” Kedengaran suara Zarith pula yang
menyampuk.
“Ye
ke.Sorry..” Tingkah Rafique pula sambil melangkah ke depan.
“Cik
Amani tengok ye saya main ni.Jangan awak baling dalam longkang kejap lagi
sudahlah.” Tingkah Rafique lagi sambil mengenyitkan mata pada aku.Sempat lagi
dia berpusing ke belakang semata-mata nak cakap tu je.
Aku
sudah mengepal tangan aku.Encik perasan yang bajet diri dia bagus sangatlah
tu.Over betul encik perasan ni.Menyampah pula aku tengok.Ish..Relax Amani kau
datang sini nak main bowling.Abaikan mamat perasan ni.Fokus pada game.Jangan
kalah dengan mamat perasan ni.Kalau aku kalah makin teruk aku kena ejek dengan mamat perasan yang bajet diri
bagus tu.Huh.
“Kau
kenapa Amani?Muka merah je .” Tegur Maya sambil mencuit bahu aku.
“Kau
tengoklah encik perasan bagus tu.Sakit hati pula aku tengok.Perasan sungguh.”
Tingkah aku pula sambil menunjukkan ke arah Rafique.Maya sudah tergelak kecil.
“Korang
berdua ni kan , memang sesuai sangat jadi laki bini.”. Usik Maya
“Apa
kau kata tadi.Ulang balik.Aku tak berapa jelas tadi.” Aku sudah bercekak
pinggang.
“Eh
tak ada apa-apalah.Aku cakap Zarith tu pandai main bowling.” Tingkah Maya
sambil tersengih.Alih topik nampak.
“Giliran
kak Amani pula.” Sampuk Zarith.Aku tersentak lalu berlalu ke depan.Aku
memandang muka Rafique sewaktu melintas di hadapannya.
“Good
luck cik Amani.” Ujarnya sambil mengenyitkan mata pada aku lagi.Mamat ni kan
suka sangat main kenyit mata.Aku korek biji mata dia karang baru tahu.Aku
tayang muka tak ada perasaan.Eh kejap
macam mana rupa muka tak ada perasaan tu ye.?Ish Ish Ish.Amani.Amani….
“Kita
tengok siapa yang menang nanti.” Tingkah aku sambil menjeling tajam kepada
Rafique.Dengan selamba badak si Rafique ni tersengih nakal.Huh panasnya hati
ini.Sabar Amani.
BERSAMBUNG.....
SaLaM KaSiH
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D