Ni sambungan Dirimu satu.Maaflah lambat update di blog memandangkan kesibukan melanda diri ini.Hhehehe.Selamat membaca...
NotaKecik : Perempuan yang cantik kat atas ni nama dia shaznida merupakan salah sorang model Radiusite.Comelkan dia.Inilah Amani dan juga Syed Rafique dalam imaginasi Ayra Zahra .Hehehhe.
BAB
16
CUTI
semester sudah pun berakhir,esok pagi aku akan berangkat ke rumah sewa aku yang
terletak di area Shah Alam ni juga.Rumah sewa kami terletak di seksyen 7 Shah
Alam .Rumah sewa kitaorang ni apartment la kiranya.Biasalah hidup sebagai
pelajar begini la gamaknya bila tiba masa kenalah duduk luarkan.Apa pun cari
rumah yang berdekatan dengan kampus senang nak ulang alik.
“Adik
dah kemas belum barang-barang yang nak bawa ke rumah sewa esok?” Soal ibu aku
sewaktu aku sedang melipat telekung.Di kala itu aku baru saja selesai
menunaikan solat isyak di bilik.Malam ni aku tak ikut abah solat berjemaah
memandangkan aku terlambat tadi gara-gara keluar merayap dengan Maya.Sejak Alia
balik kampung aku banyak lepak dengan Maya.Kalau dulu memang taklah kan.Aku dengan
Maya ibarat langit dengan bumi dulu tapi kini dah kamcing .Alhamdulilah aku
gembira melihat Maya sekarang.Jauh beza dengan Maya yang dulu.
“Sekejap
lagi adik sambung mengemas.”Balas aku sambil melemparkan sebuah senyuman manis
kepada ibu aku.
“Jangan
tangguh-tangguh , nanti ada pula barang yang tertinggal.Susah pula nak ulang
alik balik ambil.” Ujar ibuku lagi sambil melabuhkan punggungnya ke katil aku.
“Ibu
esok , ibu ikut sekali la eh ke rumah sewa adik.” Tingkah aku lagi sambil
memanjat katil lalu merebahkan kepala aku ke riba ibuku.
“Mestilah
ibu ikut.Ibu nak juga tengok rumah sewa adik tu.Duduk rumah sewa ni kena
hati-hati sikit tau.Jangan cuai sangat
tahu.” Ibu aku sudah memberi nasihat.
“Eh
abang pun nak ikut sekali juga esok.Mana tahu ada awek-awek cun ke boleh abang skodeng.”
Kedengaran suara abang aku yang tetiba
saja muncul di muka pintu bilik aku.
“Sibuk
je la abang ni.Ibu tengok abang ni ada ke patut nak skodeng awek, tak sedar
gamaknya diri dia tu dah jadi tunang orang.Ibu patutnya kan hari tu kita
kahwinkan terus je abang dengan Kak Sya tu.” Tingkah aku lalu bangun dari riba
ibuku.
“Kamu
berdua ni pantang berjumpa mula la nak bertekak.”
“Ibu .. adik yang mula dulu.Salahkan dia.Kalau ibu
nak suruh abang sekehkan kepala dia boleh je ibu.” Acah abang aku sambil
mengangkat tangan membuat gaya ala-ala nak menyekeh kepala aku.Ewah sesedap
rasa je.
“Ibu
tengok abang dulu yang mulakan tadi.Dah ada tunang ada hati nak ushar awek.”
Aku mencebik bibir pada abang aku.
“Ala
relax ar.Lelaki ada empat koata kot kan ibu.” Tingkah abang Amar aku sambil
tersengih.
“Tengok
ibu ada hati nak pasang empat.Sorang pon tak terjaga inikan pula empat.” Tambah
aku lagi.
“Betul
lelaki ada empat koata .Abah sekarang masih kosong tiga tempat lagi.”
Kedengaran abah aku pula muncul di depan pintu bilik aku.Semua mata terarah
pada abah aku.
“Amboi
bang ada hati juga ke nak tambah koata ni?” Ibu aku sudah menjawab
“Eh
kalau awak izinkan apa salahnya kan.” Usik abah aku sambil tersenyum.
“Abang
jangan, nanti ada juga orang tu tidur luar malam ni.” Tu dia ibu aku sudah bagi
amaran tu.Aku memandang abang aku lalu menjungkit bahu.
“Hai
Pah, sampai hati awak nak bagi abang
tidur luar ye.?” Tingkah abah aku lalu duduk di kerusi yang di tariknya dari
meja solek .Aku melihat ibu aku sudah masam mencuka.
“Abang,
adik nampak gayanya macam nak hujan je malam ni.” Usik abah aku lagi.Terus mata
aku memandang ke muka ibu aku.
“Ibu
sedih ke?Ala ibu abah main-main je la ibu.Abahkan sayang ibu.” Ujar aku memujuk
ibu aku.
“Ayooo
abah ..abang tak tahu nak pujuk.Abah la yang kena pujuk ibu ni.” Usik abang aku
pula.
“Ish
korang berdua ni mula la kan nak kenakan ibu, nanti ibu cubit baru tahu.” Ugut
ibu aku dengan membuat gaya muka geram untuk mencubit aku dengan abang aku.Selepas itu serentak kami
semua ketawa.Haiii romatiknya ibu dengan abah aku ni.Aku terus tersenyum.
“Haaa
yang adik tersenyum sorang-sorang ni dah kenapa?Teringat dekat Rafique ke?”
Soal abang Amar dengan tiba-tiba.
“Hah
Rafique?Apa kaitannya?” Soal aku kembali pada abang Amar lalu berkerut dahi.
“Manalah
tahu kot-kot teringat dekat Rafique ke?” Abang Amar sudah tersengih penuh
makna.
“Tak
ada maknanya.” balas aku lagi.
“Siapa
Rafique?” Ibu aku pula yang menyoal.
“Ala
ibu , Rafique kawan abang masa sekolah .Masa abang tunang hari tu abang ada
jemput dia.Adik dengan Rafique ni memang suka cari gaduh.” Ujar abang Amar.Cis
dia kenakan aku .
“Ibu
jangan percaya.Abang tipu.” Tingkah aku sambil menghadiahkan satu cubitan di
lengan abang aku.Padan muka !.
“Rafique
tu abah tengok baik budaknya.” Abah aku pula menambah.
“Abah….”
tingkah aku.
“La
kenapa pula.Betullah abah cakap.” Ujar abah aku lagi.
“Haa
dik abah dah bagi green light dah tu.Sesuai tuk di jadikan calon menantu kan
abah.” Abang Amar sudah tersenyum pada abah.Korang percaya tak kalau aku cakap
abah aku boleh anggukan kepala tanda setuju dengan kata-kata abang aku.Pelik
betul.Sejak bila abah berkompromi dengan abang Amar ni.Musykil aku.
“Ibu tengok abang ni..” Aku mengadu pada ibu
aku pula.
“Betullah
tu apa yang abah cakap.” Tingkah ibu pula sambil tersenyum penuh makna
tersirat.
“Mana
aci ni tiga lawan satu.” Aku tidak puas hati ni.Sejak bila mereka bertiga
saling menyokong dan cuba mengenakan
aku.
“Sorry
lah dik aci tak ada dekat sinilah.” Tingkah aku sambil tergelak.Lalu aku baling
dia dengan bantal.Geramnya suka sangat menyakat aku.Memang satu kepala dengan
si Rafique yang perasan tu.
“AMANI..”
aku berpaling ke belakang.
“Haa
Alia dah sampai pun kau.Rindunya aku dekat kau tahu.”Ujar aku sewaktu Alia
memeluk aku.
“Sorry
lah aku terlambat sikit.Maya dah sampai ke?” Soal Alia pula sambil melepaskan
pelukan.
“Belum
lagi.Sekejap lagi dia sampailah.Kau ni mentang-mentanglah cuti sem kemain lagi
lupa dekat aku.Punyalah aku dengan Maya tunggu kau online tapi hampa kot.Mana
kau pergi?” Soal aku bertalu-talu.
“Sorry
la Amani.Aku bukan tak nak online tapi tu la
line streamyx rumah aku buat hal.kau tahu tak kabel telefon dekat area
rumah aku tu kena curi macam mana line streamyx nak jalan.Manusia mana yang
pergi curi.Padahal dekat dunia ni banyak kot kerja yang halal tapi kerje yang
tak elok tu juga la yang diorang nak buat.Tak faham aku dengan kerenah manusia
ni.” Alia sudah berleter.
“Tu
dia ..rindu aku nak dengar kau membebel macam ni Alia.” Usik aku sambil
tersengih.
“Amboi
cik Amani perli cik Alia ke tu?” Balas Alia sambil mencebik bibir.
“Bukan
perli tapi aku mengata.”Tingkah aku pula.
“Alia..Amani..”
Kedengaran suara Maya pula kedengaran.Aku dan Alia sudah melambaikan tangan ke
arah Maya yang sedang berjalan sambil mengheret beg roda miliknya .Dikeleknya
patung beruang di belah kiri.
“Sampai
pun kau Maya.Rindunya aku dekat kau.” Balas Alia sambil memeluk Maya.
“Kau
memang balik kampung tak ingat dah aku dengan Amani dekat sini.Sampai hati
kau.” Jawab Maya sambil mempamerkan muka
merajuk.
“Alah
janganlah merajuk.Bukannya aku menyepi.Aku tahulah kau bukan rindu aku sangat
tapi rindu suara aku membebel kan kan kan?” Soal Alia.
“Eh
macam tahu-tahu je kau Alia.”Usik aku pula.
“Korang
memang.”Cebik Alia pula.
“Alahai
hari ni sesi mengemas rumah baru la gamaknya.” Aku mula memandang bangunan
apartment yang kami sewa ni.
“Ala
relax la.Kita kemas sama-sama ok.” Balas Alia sambil tersengih.
“Betul-betul.”
Tingkah Maya pula.
“Eh
Amani mana ibu kau?tak datang ke?” Soal Alia sambil melilau mata mencari
kelibat ibu aku.
“Adalah.Ibu
aku datang tadi.Ibu aku ada dekat bilik aku kot.Dah jomlah jumpa ibu dengan abah aku.Haaa lagi satu abang Amar pun
ada sekali.Kau jangan nak lebih-lebih tenung abang aku eh.Dia baru je tunang
tu.” Ujar aku sambil mengusik Alia.
“Eleh
kau ni tahu je aku nak ushar abang Amar tu.” Tingkah Alia sambil cebik bibir.
“Ehem..”
Kedengaran ada orang berdehem.Terus kami bertiga memandang.Alamak abang aku
rupanya.
“Eh
Amani.Abang Amar dengar ke aku sebut nama dia tadi.Alahai malulah aku kalau dia
tahu aku nak ushar dia.Nak menyorok
bawah meja la macam ni.” Bisik Alia dengan perlahan.Aku menjungkit bahu tanda
tidak tahu.
“Eh
abang, ibu dengan abah mana?” Soal aku pada abang Amar yang sudah tersenyum
kearah kami.
“Ibu
ada dekat dalam tu haa.Pergilah kemas bilik adik.Bila siap kemas nanti kita
semua keluar makan ok? hari ni abang belanja makan.” Tingkah abang Amar.
“Wow
abang Amar belanja.Bestnya.” Amboi kemain si Alia ni dengan selamba badak je
dia berkata-kata.
“Ala
sekali sekala abang Amar belanja.Hari tu masa abang Amar tunang Alia tak
ada.Amani dengan Maya je yang ada.” Tambah abang aku lagi.
“Amboi
abang ambil berat pasal Alia nampak.Ingat sikit abang tu dah jadi tunang
orang.” Usik aku sambil mengecilkan kelopak mata.
“Ala
Alia dengan Maya pun dah macam adik abang juga kan.Tak gitu Alia? “
“Betul-betul.”
Tambah Alia sambil tersengih.
“Ni
bila nak kemas rumah ni kalau asyik duduk bersembang ni?” Suara ibu aku pula
kedengaran.
“Eh
mak cik apa khabar? “ Alia sudah pun bergerak menuju ke ibu aku lalu bersalam.
“Alhamdulilah
mak cik sihat.Kamu sihat ?Family semua macam mana?” Soal ibu aku .
“Alhamdulilah
.Alia sihat family dekat kampung pun sihat.” Balas Alia sambil tersengih.
“Adik,
Maya, Alia dah kemas dulu rumah kamu ni.Lepas tu baru kita keluar makan.”
Tingkah ibu aku lagi.’
“Baik
bos.Ibu ..abah pergi mana?” Soal aku sewaktu mencari-cari kelibat abah aku.
“Abah
kamu pergi toilet sekejap.Nanti kejap lagi keluarlah dia tu.” jawab ibu aku
lagi .Aku anggukan kepala lagi sambil tersenyum pada ibu aku.
“Ok
kawan-kawan.mari kita berkemas.Apa yang penting?” Aku sudah mencapai penyapu
yang tesandar pada dinding tadi.
“Kerjasama”.
jawab Maya dan Alia serentak. Petikan dari cerita kartun yang di minati oleh kanak-kanak iaitu cerita wonderpet yang di
tayangkan di TV9.
Akhirnya
kami semua memulakan sesi membersihkan kawasan rumah sewa tersebut.Apartment ni
memang ada tiga bilik.Memandangkan aku , Alia dan Maya hanya bertiga jadi
bolehlah ambil bilik sorang satu.Nama je ada tiga bilik sekali time tidur
tiga-tiga tergolek dekat satu bilik.
Dari
menyapu, mengelap , mop lantai semua kami buat bersama.Nasib baik ada abang
Amar boleh la tolong panjat tempat-tempat yang tinggi.Maklum sajalah kami
bertiga ni sememangnya tak cukup ketinggian sangat.Ahaks.
Rumah
sewa yang aku dengan kawan aku sewa ni sebenarnya dah ada perabot seperti meja
belajar, katil, peti ais, dapur, kipas , rak kasut semua tu.Rumah ni sesuai
untuk tinggal enam orang tapi memandangkan kitaorang tidak jumpa lagi rakan
untuk sewa bersama jadi aku , Alia dan Maya je la yang menetap dulu.
“Kita
nak cari housemate ke nanti?” Alia menyoal aku.
“Entahlah.Kalau
nak cari susah juga.Kalau dapat housemate yang ok tak apa , tapi kalau dapat
housemate yang banyak memberikan masalah mahu pening kepala kita nanti.” Ujar
aku sambil memandang sekeliling rumah yang sudah bersih.
“Betul
tu Amani.Sekarang susah nak cari housemate.Orang sekarang ni macam-macam ragam
dan kerenah.Susah nak dapat yang betul-betul baiklah orang kata.” Tingkah Maya
pula.
“Tengoklah
macam mana.Kalau rasa nak cari housemate kita carilah.Aku rasa baik kita
bertiga je.Senang nak jaga rumah ni.Ramai-ramai nanti susah pula nak jaga.Kalau
dapat yang pemalas lagi la menyusahkan kita nanti.” Tambah aku lagi.
“Ye
tak ye juga tu.Kalau dibuatnya dapat
yang pengotor alahai macam kandanglah aku rasa rumah ni nanti.” Alia pula
menambah.
“Adik
dah siap belum?Kalau dah jomlah siap-siap.Kita keluar pergi makan.” Ujar abang
Amar sewaktu muncul di depan aku.
“Dah
siap dah.Jomlah.Perut adik pun dah berbunyi ni.” Aku sudah tersenyum.Sebut
makanan terus senyum ye cik Amani.
“Korang
bertiga pergilah bersiap.Ibu dengan abah tunggu
adik dekat bawah ye.Abang jom turun dulu.” Ujar ibu aku pula sewaktu berjalan dengan
abah menuju ke arah tempat aku , abang Amar dan kawan-kawan aku berada.
“Baik
ibu.Nanti kitaorang turun.” Ujar aku tersenyum manis.
BERSAMBUNG
NotaHujungKaki : Kesibukan melanda minggu lepas.Arap2 minggu ni menyambung semula menulis.Fighting Ayra Zahra ..=)
SaLaM KaSiH
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D