Selamat berhujung minggu.Sambungan DMS ..Hehhehe.Selamat membaca.. :D
NotaKecik : Perempuan yang cantik kat atas ni nama dia shaznida merupakan salah sorang model Radiusite.Comelkan dia.Inilah Amani dan juga Syed Rafique dalam imaginasi Ayra Zahra .Hehehhe.
BAB 17
SELESAI
sudah kuliah untuk pagi ni.Aku menarik nafas lega.Sudah dua minggu kuliah
bermula.Sepanjang dua minggu ni semuanya berjalan dengan lancar.Subjek sem ni
pun boleh tahan berat juga.Susah payah macam mana sekalipun aku harus
berusaha.Usaha itu kan tanda kejayaan.
“Hoi
yang kau dok termenung lagi kenapa?” Aku tersentak apabila Alia menepuk bahu
aku.
“Mana
ada termenung.” Tingkah aku sambil mengemas nota dan buku .
“Ye
la sangatkan.Macamlah aku tak kenal kau.Kau fikir apa?Encik Kamarul ke?Am or Rafique?”
Soal Alia bertalu-talu.
“Apa
kaitan mereka bertiga dengan aku?” Soal aku dengan pelik.
“Eleh
kura-kura dalam perahu pula kau ni.Mari aku teka mesti kau teringat dekat mamat
perasan tu kan.Rafique.” Alia sudah mula membuat andaian yang bukan-bukan.Suka
hati dia je.
“Kau
jangan nak buat spekulasi macam abang aku pula.Apa kejadahnya aku nak ingat
mamat perasan tu.Dah jom.” Ujar aku lalu bangun untuk keluar dari dewan kuliah
.
“Manalah
tahu.Ada cerita sensasi ni aku nak
cerita ni.Kau tahu tadi aku dengar si Mazlyn tu dok sebut pasal Encik
kamarul.” Tambah Alia lagi.
“Amboi
sejak bila kau jadi reporter bergerak ni cik Alia?” Soal aku.
“Ala
baru je aku dapat job jadi reporter bergerak ni.” Dengan selamaba je si Alia ni
menjawab.
“Kau
jangan nak jadi reporter sangatlah.Baguslah kalau Mazlyn dengan Encik kamarul
tu.Aman hidup aku ni.Lega aku sem ni sebab encik kamarul tak mengajar
kita.Perhh aman hidup aku.” Jawab aku sambil tersenyum puas.
“Ye
tak ye juga ye.Kau kan dah ada si Am dengan si Rafique.Buat apa nak fikir encik
Kamarul.Eh kejap kelas kita dah habiskan untuk hari ni.?”
“Amboi
kemain.Ye la kelas hari ni kan dua je.So dah habislah.Jom balik rumah.” Aku
sudah menarik tangan Alia.
“Amani
nak ke mana tu?” Kedengaran suara memanggil nama aku.
“Weh
Amani..Itu bukan encik Kamarul ke?” Ujar Alia sewaktu menoleh ke kirinya.
“Adoyai.Ni
masalah dah datang dah.”Aku berbisik pada Alia sambil memicit dahi.
“Eh
encik Kamarul, lama tak nampak.” Tegur aku sambil memaniskan muka.Ini semua
plastik betul.Senyum paksa nama ni.
“Ye
la sem ni saya tak mengajar korang memanglah jarang nampak.So awak berdua apa
khabar?Ada kelas lagi ke?Kalau dah tak ada kelas boleh la kita borak
sekejap.”Ujar Encik Kamarul .Alia sudah menyiku aku.
“Erk
..encik Kamarul……”
“Eh
eh encik Kamarul.Lama tak nampak.Encik Kamarul sihat?” Tu dia dari mana minah
ni muncul ni.Tetiba saja dah terpacak di depan aku ni.
“Saya
sihat je Mazlyn.Awak apa khabar?” Soal Encik Kamarul sambil tersenyum.
“Eh
saya macam biasa je , sihat.” Balas Mazlyn.Ohoi fesyen apa pula ni si Mazlyn
pakai ni.Bila masa pula minah ni pergi make over jadi gini ni.Alahai
Mazlyn.Dengan mekap yang tebal.Berapa lapis foundation dia pakai pun aku tak
tahulah.
“Lain
muka awak sekarang Mazlyn.” Tegur encik Kamarul lagi sambil membuang pandang
pada Mazlyn dengan pelik.
“Ye
ke.Nampak cantik ke encik Kamarul.”
“Cantiklah
sangat.Tebal berapa inci entah mekap dia.Buang tabiat betul la sepupu kau ni
Amani.” Bisik Alia perlahan.
“Syhhh..diamlah
.Karang minah tu dengar mahu haru biru kita.” Aku menyiku Alia.Dengan selamaba
si Alia hanya mencebik bibir.
“Erk
boleh tahan la.” Jawab encik Kamarul .Dahi kemain lagi berkerut.
“Oklah
encik Kamarul saya minta diri dulu ye.Saya dengan Alia ada hal.Ok Mazlyn jumpa
lagi.” Ujar aku pada mereka berdua.
“Bye
Amani. Alia..” Mazlyn sudah melambaikan tangan.
“Eh
Amani nanti dulu..”
“Lain
kali ye encik Kamarul.Saya nak cepat ni ada hal penting.” Dalih aku sambil melangkah.Lagi lama aku kat sini
memang cari nahas.karang tak pasal-pasal si Mazlyn ni mengamuk.Kata-kata
Firdaus tempoh hari masih lagi terngiang di cuping telinga aku.Parah juga ye
kalau dah jatuh hati dekat seseorang ni ye.Aku harap Mazlyn tak mengharap
sangatlah.Dibuatnya encik Kamarul memang tak ada hati dengan dia macam
mana.Patah hati la nanti.
“Eh
kita ada hal penting ke hari ni?” Soal Alia sewaktu berjalan beriringan dengan
aku.
“Luruslah
kau ni.Bab lain kemain laju lagi kepala kau ni tangkap.Aku tipulah.Tak kuasa
aku nak layan dua orang tu.Aku tak nak cari pasal dengan diorang.” Ujar aku.
“Owh
pandai menipu ye sekarang “. Usik Alia pada aku.
“Tipu
sunat beb.Kalau aku tak buat macam tu aku tak tahulah nak dalih apa.Kau tahu je
la perangai encik Kamarul macam mana, tambah pula karenah si Mazlyn yang sejak
masuk sem baru ni aku tengok lain macam je.Pelik pon ada.Buat baik dengan aku
ada makna je.” Balas aku lagi sambil menarik nafas panjang.
“Yang
tu aku perasan.Apa pun kita tengoklah macam mana nanti.” jawab Alia.
“Pin..pin….”
kedengaran bunyi hon kereta di belakang kami berdua .
“Eh
Maya..” Ujar Alia sambil melambaikan tangan pada Maya.
“Korang
jom balik.Kelas aku pagi ni dah setel.Petang nanti baru ada kelas.” Terjengkul
muka Maya di tingkap kereta .
“Aku
baru nak mesej kau tanya.Ok jom balik.” Tingkah aku dengan senyuman sewaktu
memandang Maya.Aku dan Alia terus memasuki kereta Maya .
“Kau
ok ke Amani?” Tanya Maya sewaktu dalam kereta.
“Kenapa
Maya?” Soal aku pelik.
“Muka
kau muram je.Ada apa-apa yang terjadi ke hari ni?” Soal Maya lagi.
“Alah
Maya kalau muka si Amani muram macam orang hilang laki ni mestilah pasal encik
Kamarul tu haa .” Sampuk Alia .
“La
kenapa.Encik Kamarul bukan tak ajar korang ke sem ni?” Maya bertanya
lagi.Matanya terarah pada jalan di hadapan.
“Memanglah
dia tak ajar , tapi adalah terserempak dengan dia.Rimaslah aku Maya macam ni.”
Tingkah aku sambil berpaling pada Maya yang sedang memandu.
“Susah
juga ye kau Amani.Kalau aku dekat tempat kau pun aku rimas juga kot.” Tingkah
Maya lagi .
“Tu
la pasal.Encik Kamarul tu syok sangat kat Amani kot.” Usik Alia sambil ketawa.
“Banyklah
kau punya syok Alia.Aku yang rimas adalah.Huh bosan betul la.Pergilah kacau
Mazlyn,yang dia nak kacau aku tu kenapa.” Aku mula membebel.
“Nak
buat macam mana.Kalau hati dah suka.” Jawab Maya pula.Aku hanya mendiamkan diri
saja.
“AMANI ….sekejap aku
nak cakap dengan kau.” Mazlyn tetiba muncul di depan aku sewaktu aku berada di
tepi koridor dewan kuliah.
“Kenapa Mazlyn?” Soal
aku pula.Alia dah cabut lari ke toilet.Entah apa yang dia makan sampaikan asyik
sakit perut je hari ni.
“Erm tak ada
apa-apa.Takkanlah aku tak boleh bercakap dengan sepupu aku kot.” Tingkah
Mazlyn.
“Bukan tak boleh Cuma
aku pelik.Kau kan jarang sangat cari aku.Ni mesti ada hal penting ni kan.”
Tambah aku lagi.
“Haaa kau memang bijak
Amani.Aku sebenarnya ada hal penting ni nak minta tolong kau.” .Tingkah Mazlyn lagi.
“Kau nak tanya pasal
apa?” Aku sudah mula mengeluh.Aku dah kata dah kalau tak ada benda penting
takkan la si minah ni nak mencari aku.
“Macam mana eh.Aku nak
minta tolong kau satu benda ni.” Jawab Mazlyn lagi.Dari riak mukanya aku pasti
mesti nak minta benda yang bukan-bukan ni.
“La cakaplah kau nak
aku tolong apa?”
“Kau tolong cakap
dengan family aku yang aku tak boleh balik minggu ni.”
“Dah kenapa pula aku
nak kena bagitahu mereka.Kau bagitahu sendirilah.Ni yang kau nak suruh aku
bagitahu diorang tu kenapa?” Soal aku pelik.
“Aku sebenarnya dah
janji dengan seseorang nak keluar.Aku cakap dekat family aku yang kelas kita
ada buat majlis.Kalau kau yang cakap confirm mak aku percaya”
“Oooo kau nak suruh aku
menipu?macam tu?” Soal aku.Mazlyn sudah tersengih dan anggukan kepala.
“Tak nak aku.Kau
sendiri cari pasal kau settle la sendiri.Aku tak nak masuk campur.”
“Eh kau ni aku suruh
tolong cakap je kot, tu pun susah sangat ke?Kau ni memang sepupu yang tak boleh
di harap langsunglah.Patutlah mak kau bu….
“Amani jomlah , kata
nak pergi library tadi.” Belum sempat si Mazlyn makin hamun aku Alia sudah tiba
di sebelah aku.
“Kau cakap apa tadi?”
Soal aku dengan pelik.
“Erk tak ada
apa-apa.Dahlah aku pergi dululah.Minta tolong sikit pun susah.Huh.” Mazlyn
terus beredar.
“Weh kenapa minah tu
datang jumpa kau?” Soal Alia sambil megerut dahi.
“Entahlah.Dia nak minta
tolong aku.” Mata aku sudah terkebil-kebil pada Alia.
“Tolong apa?” Soal Alia
lagi.
“Tolong call mak cik
aku cakap yang kelas kita ada buat majlis,Mazlyn tak boleh nak balik.”
“Eh kelas kita ada buat
majlis ke?” Ujar Alia sambil menggarukan kepalanya.
“Majlis apanya.Dia nak
suruh aku menipu mak cik aku .Dia tak nak balik rumah hujung minggu ni ,
katanya nak jumpa seseorang.Aku tak tahulah siapa.” Tambah aku lagi sambil
menghela nafas.
“Pelik aku tengok
Mazlyn sekarang ni.” Tingkah Alia lagi
“Haaaa kan.Kau nampak
dia pelikkan.Aku ni lagilah pelik tengok dia sejak akhir-akhir ni.” Tingkah aku
lagi.Ada sesuatu yang menganggu fikiran aku.Apa yang Mazlyn cuba sampaikan
tadi.Kenapa dia sebut pasal mak?kenapa dengan ibu aku?
“Hoi berangan lagi.Kau
ni kenapa?” Alia menepuk aku lalu tangannya meraba-raba dahi aku.
“Aku tak sakitlah.Mana
ada aku berangan.Kau ni ada-ada je.Dah jomlah kita pergi library.Aku nak pinjam
buku.” Tingkah aku sambil menepis tangan Alia yang meraba dahi aku tadi.
“Ye la tu.Entah-entah
kau dah mula di serang penyakit angau.” Usik Alia lalu ketawa.
“Amboi tak sayang mulut
nampak.” Aku cuba untuk menepuk bahu Alia namun cepat je dia elak.
Aku dan Alia
menghabiskan masa di perpustakaan.Kelas kitaorang belah petang pula.Daripada aku balik rumah baik aku
lepak dekat perpustakaan ni .Bolehlah juga aku baca buku dan buat assignment
sikit.Tak adalah aku buang masa nanti.Masa itu ibarat emas dan paling penting
kita memang tak sempat nak mengejar masa sebabnya masa bergerak dengan pantas
tanpa menunggu kita walaupun sesaat.
Sedang aku dengan Alia
ralit dengan mengadap assignment ada sekuntum bunga ros merah beserta kad di
letakkan di atas kertas assignment milik aku.Dengan pantas aku mendongakkan
kepala melihat siapakah yang memberi bunga ros ni.
“Faizal apa ni?” Soal
aku pelik.
“Eh jangan salah faham
pula.Bukan aku yang bagi.Aku tolong sampaikan je ni.” Ujar Faizal sambil
mengeluh.
“Siapa yang bagi?” Soal
Alia pula dengan pelik.
“Korang berdua ni
macamlah tak tahu siapa yang bagi bunga ni.” Faizal sudah mula main teka
tekuk.Memang aku ketuk baru tahu.Main-main pula mamat ni.
“Siapa yang bagi ni?”
Soal aku lagi dengan mengerut dahi, lalu aku mengambil bunga ros itu lalu
tangan aku membelek kad yang ada di situ.
“Sekuntum je
bagi.Kedekutnya.Kalau nak bagi bunga bagilah sejambak.” Tingkah Alia sambil
tersengih.
“Ish kau ni Alia boleh
tahan juga mulut tu.” Balas Faizal sambil tersenyum.
Aku membaca isi yang
ada dalam kad tersebut.Dah buang tabiat gamaknya pensyarah aku ni.Kenapalah
suka sangat kacau hidup aku.Bebel aku sendirian dalam hati sewaktu membaca kad
yang di tulis oleh encik Kamarul.
Amani..
Sehingga
kini ku masih terbayang wajahmu
yang
sentiasa di hati .
Encik
K
“Bak sini aku nak baca
apa benda yang di tulis dalam kad tu.” Tingkah Alia sambil meminta kad itu dari
aku.
“Wow ayat kemain lagi
ye.Jiwang juga pensyarah kita ni ye.So Amani ko nak buat apa?” Soal Alia
sewaktu membaca kad tersebut.
“Entahlah Alia.Aku tak
tahu.Rimaslah.” Tingkah aku tidak puas hati.
“Amani aku rasakan baik
kau hati-hati sikit dengan encik Kamarul tu.Si Mazlyn pun syok sakan dekat
dia.Aku takut Mazlyn buat hal je dekat kau nanti.Kau juga yang susah Amani.” Ujar Faizal.
“Betul aku setuju tu
Faizal.Kau kena hati-hati Amani.” Tokok Alia lagi.
“Thanks korang berdua.”
Jawab aku sambil menghela nafas lalu aku menongkat dagu.Edisi termenunglah ni .
“Aku pergi dululah.Aku
nak pergi jumpa awek aku jap.” Jawab Faizal sambil tersengih.Aku dengan Alia
terkejut
“Hah awek?Siapa?sejak
bila kau ada awek ni Faizal?” Soal Aku lagi.Terus tak jadi nak termenung.
“Aaah la siapa ?” Ujar
Alia sambil berkerut dahi.
“Ala budak kelas kita
jugalah.Aku dengan Yati sekarang.”Jawab Faizal sambil tersenyum manis.Amboi
melalui senyuman dia pun aku boleh tahu yang hati Faizal sudah di curi .Dalam
hati ada bunga-bunga yang sedang mekarlah tu.Aku sudah tersenyum pada Faizal.
“Ececece…Berseri muka
bila sebut nama Yati.By the way congrat ye.” Tingkah aku sambil mengusik
Faizal.
“Wah class kau
Faizal.Dalam diam main cinta dengan Yati.” Usik Alia pula sambil tersengih.Kedengaran
pula telefon aku bergetar di atas meja .Ada mesej masuk.Aku mencapai telefon
lalu membuka .
Amani
awak dah terima ke bunga ros merah?
Boleh
saya jumpa awak petang ni?
“Alia masak aku kali ni
encik Kamarul mesej aku.”Aku menayangkan mesej dari encik Kamarul pada Alia dan
kemudian Alia menghulurkan pada Faizal pula yang turut duduk di kerusi
bersebelah dengan Alia.
“Mak aih.Biar betik
encik Kamarul ni.” Ujar Alia.Aku sudah memicit dahi.
“Kau cakap je yang kau
ada hal Amani.Jangan di layan sangat.” Tingkah Faizal pula sewaktu menghulurkan
semula telefon kepada aku.
“Kalau aku tak balas
mesej dia tak apakan.” Ujar aku dengan cuak.
“Ala tak apa.Kau
biarkan je mesej tu.” Tingkah Alia.Faizal pula hanya mengiakan saja cadangan
Alia.
“Oklah korang.Aku pergi
dulu.Kesian pula nanti Yati tunggu aku.” Ujar Faizal sambil bangun dari kerusi
tadi.
“Ok nanti kau kirim
salam dekat Yati ye.” Ujar aku sambil tersenyum.Faizal turut tersenyum .
“InsyaAllah.Aku gerak dulu.”. Ujar Faizal sambil
melambaikan tangan pada aku dan
Bersambung....
NotaHujungKaki : Semalam sudah berehat menulis.hari ni kembali menulis.Moga2 DMS siap awal dan tak lari tarikh yang Ayra Zahra rancang.
NotaHujungKaki : Semalam sudah berehat menulis.hari ni kembali menulis.Moga2 DMS siap awal dan tak lari tarikh yang Ayra Zahra rancang.
SaLaM KaSiH
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D