Selamat berhujung minggu .Selamat membaca bab seterusnya...Tq kerana membaca DMS .
NotaKecik : Perempuan yang cantik kat atas ni nama dia shaznida merupakan salah sorang model Radiusite.Comelkan dia.Inilah Amani dan juga Syed Rafique dalam imaginasi Ayra Zahra .Hehehhe.
BAB
18
HARI
minggu datang lagi.Cepat je kan seminggu berlalu.Seperti biasalah minggu ni aku
balik rumah aku.Aku ajak Alia ikut sekali.Ye la tak kan lah aku nak tinggal si
Alia sorang-sorang dekat rumah sewa bahaya kot, tapi Alia ikut Maya balik
rumahnya.Kata Alia gilir-gilirlah.Aku mengiakan je.Asal dia tak duduk sorang
dekat rumah sewa kami tu sudahlah.
Aku
bersiap ala kadar saja petang ni.Sekarang tunggu abang aku sampai je ni.Dekat
sebulan juga aku tak jumpa family aku.Rindunya.Aku memeluk beruang koala yang
di hadiahkan oleh abang Am pada aku.Apa khabar agaknya abang Am dan keluarganya
ye? aku tersenyum.Aku tersentak apabila terdengar lagu sahabat nyanyian najwa
latif.Aku mengambil handphone milik aku lalu menekan punat bewarna hijau.
“Assalamualaikum
abang.Dah sampai ke?” Soal aku di talian sebaik saja aku menekan punat yang
bewarna hijau.
“Waalaikumussalam
.Adik sorry abang tak dapat ambil adik petang ni.Bos abang call ada hal
penting.Abang minta tolong Rafique ambil adik tahu.Abang dah call dia tadi.Sekarang
ni dia dah on the way ke rumah adik.” ujar abang disebelah sana.
“Pulak
dah.Kenapa abang suruh Rafique.Kalau abang tak boleh ambil adik balik naik bas
je la.Apa susah.” jawab aku pula.Ish abang aku ni dah kenapa suruh mamat
perasan yang datang ambil aku.
“Jangan
nak mengada-ngada.Abang dah suruh Rafique datang ambil.Sekejap lagi dia sampai
dia call adik.Abang dah bagi no handphone adik dekat dia.” Tingkah abang aku
lagi.
“Hah
abang bagi no handphone adik dekat dia buat apa.?” Ujar aku tidak puas hati.Adoyai
abang aku ni sesuka hati dia je nak bagi no telefon aku dekat mamat perasan
tu.Dah tak ada orang lain ke yang boleh ambil aku selain dia?
“Laa kalau tak bagi macam mana dia nak contact
adik.Jangan bagi banyak alasan.Abang dah
minta tolong dia.Abah tak boleh ambil adik .Kalau abang nak minta tolong Am pun
dia baru je sampai rumah.Baru balik.Kesian pula dia tu yang abang minta tolong Rafique.Alah
macamlah adik tak biasa dengan Rafique.Bukannya adik tak kenal dia pun.” Bebel
aku panjang.Boleh tahan juga telinga aku ni nak mendengar dia membebel.
“Erm
ye la..ye la.Suka hati abanglah.Adik ikut je.” Jawab aku sambil
mengeluh.Ikutkan je la karang makin berjela pula abang aku tu membebel.Kalah
mulut aku membebel.Aku tersenyum sendirian.
“Oklah
adik nanti kita jumpa dekat rumah.Assalamualaikum..” Ujar abang aku sebelum
mematikan talian.
“Errmm
waalaikumussalam .” Ujar aku lalu aku menekat punat bewarna merah.
“Cik
Koala , nampak gayanya hari ni aku kena balik dengan mamat perasan tu je.Eee
tak suka betullah aku.” Ujar aku pada beruang Koala.
Hello
cik Amani kau dah gila ke apa cakap dengan patung.Jangan nak buang tabiatlah
cik Amani oit.
“Amani
abang kau mana?Aku dah nak gerak balik ni.” Suara Maya mematikan lamunan aku.
“Sekejap
lagilah dia datang.kalau kau dengan Alia nak gerak dulu pergilah.Abang aku pun
dah nak sampai dah tu.” Dalih aku.Sengaja aku tak cakap bukan abang aku yang
ambil tapi si mamat perasan tu.Kalau aku cakap si Rafique ambil mahu dua orang
tu tercegat menunggu .Dua orang ni kalau pasal Rafique memang laju je.Baik aku diamkan
je.
“Betul
ni?”Ujar Maya lagi sambil memandang aku.
“Ye
betul.Kau jangan risaulah.Abang aku dah nak sampai dah pun.” Tingkah aku lagi.
“Kalau
abang kau lambat lagi biarlah aku dengan Alia temankan kau dulu.” Tambah Maya
lagi.
“La
tak apalah.Kau dengan Alia pergi la dulu, nanti lambat pula sampai.Kesian atok
kau dah tunggu dekat rumah tu.” Tokok aku lagi.Kebetulan minggu ni atok Maya
datang ke rumahnya.Sebab tu lah si Maya ni excited nak balik.
“Sure
?” Soal Maya lagi.
“Yes
Sure.Dah jangan risaulah.” Ujar aku sambil mengenyitkan mata pada Maya.Akhirnya
Maya mengangguk juga.
“Ok
kalau ada apa-apa nanti cepat-cepat tahu call aku.”
“Iye.Jangan
risaulah.” Ujar aku sambil tersenyum.Maya pula sudah tersengih.
“Alia
kau dah siap belum?Aku nak gerak dah ni?” Laung Maya pada Alia yang masih lagi
berada di dalam biliknya.
“Jap
weh.Aku tengah pinkan tudung.Bagi aku
dua minit.” Alia pula yang melaung dari dalam biliknya.
“Si
Alia kalu bersiap kemain lama.Kalah aku.” Aku memandang ke arah pintu bilik
Alia yang terbuka luas.Dari sudut tempat aku duduk aku nampak kelibat Alia yang
sedang bediri di depan cermin.
“Biasalah
dia.Kau macam tak tahu si Alia tu.” Maya menambah secukup rasa.
“Amboi
mengumpat aku ke tu?” Kedengaran suara Alia baru saja muncul di depan aku dan
maya sambil tersengih.
“Eh
tak mengumpatlah cuma aku mengata je.” Aku sudah tergelak memandang Alia yang
sudah bercekak pinggang.
“Amboi
amboi korang berdua ni.” Alia sudah mengigit bibirnya.Aku dengan Maya sudah
menjungkit bahu sesama sendiri.
“Oklah
Amani kitaorang gerak dululah.Apa-apa hal call aku tahu.” Ujar Maya sewaktu
ingin membuka pintu utama rumah sewa kami.
“Ok
hati-hati tahu bawa kereta.” Aku juga melangkah ke arah pintu utama rumah.Alia
juga turut mengikut langkah aku di belakang.
Setelah
bersalaman dengan mereka berdua aku kembali menutup pintu lalu berjalan semula
ke tempat duduk tadi.Aku mencapai cik Koala lalu aku rebahkan diri di atas
permaidani sambil menonton TV.Bilalah agaknya si Rafique ni nak sampai.Aku dah
la lapar.Baru ingat nak paw abang aku tadi tapi begini pula jadinya.
Sedang
aku ralit menonton iklan di TV , kedengaran telefon aku berbunyi lagi
menandakan ada mesej baru masuk.Dengan pantas aku mencapai lalu membuka peti
masuk telefon milik aku.Siapa pula yang hantar mesej dekat aku ni.?
Salam Amani
saya tunggu awak dekat bawah - Rafique
Hah
mamat ni dah sampai ke? Aku mula bermonolog sendirian , dengan sepantas kilat
aku bangun dan berlari menuju ke bilik untuk memakai tudung.
Tunggu sekejap boleh?
Saya tengah pakai tudung.
Sempat
lagi aku membalas mesej Rafique tadi.Aku mencapai tudung yang telah siap aku
gosok lalu aku menyarung ke kepala..
Boleh je.
Dah siap nanti turunlah.
Aku
membaca mesej yang telah dibalas oleh Rafique tadi.Akhirnya setelah siap pinkan
tudung, aku tersenyum memandang cermin lalu mengambil beg dan juga cik koala
aku.Aku mencapai kunci rumah yang terletak di atas meja belajar aku lalu
bersiap sedia untuk keluar dengan Rafique atau lebih mesra dengan panggilan
mamat perasan.
“Sorry
lah kalau awak tunggu lama tadi.” Ujar aku sewaktu berada di dalam kereta
Rafique.
“Eh
tak apalah.Tak ada hal.Awak dah makan belum ni?” Ujar Rafique sewaktu berhenti
di traffic light.
“Terima
kasihlah sebab tolong ambilkan saya di sini.Abang saya tu memang selalu je ada
hal.Mestilah lapar, ingat tadi nak makan dengan abang Amar.Sekali dia ada hal
pula.Sabar je la wahai perut.” Jawab aku dengan selamba.Rafique tersenyum ke arah
aku.
“Sama-sama.Kalau
macam tu apa kata kita pergi makan dulu nanti awak lapar nanti tak pasal-pasal
awak kena gastric pula.Siapa yang susah?Saya juga kan.” Tingkah Rafique sambil memandu .
“Erkk
boleh ke?” Tanya aku lagi.Haish sejak bila aku baik dengan mamat perasan
ni.Amboi cik Amani mentang-mentanglah mamat perasan tu sebut hal makanan kau
laju je eh. Aku membebel seorang diri .
“Untuk
awak apa pun boleh.” Jawab Rafique dengan selamba.Aku apa lagi kan tergamam
sekejap.
“Awak
nak makan dekat mana ni?” Soal Rafique lagi sambil berpaling ke arah aku.
“Bukan
makan dekat mulut ke?” Tu dia aku sudah mula dah buat perangai gila-gila.
“Memanglah
makan dekat mulut takkan makan dekat hidung pula.” Tingkah Rafique sambil
tesengih.Aku ada salah cakap ke?Kemain lagi mamat ni tersengih.
“Kenapa?”
Soal aku dengan pelik.
“Kenapa
apa pula ni?” Rafique memandang aku dengan muka blur.
“Erm
tak ada apa-apalah.Saya tak kisah makan dekat mana janji perut saya kenyang .”
Aku menjawab dengan selamba.Mata aku tertumpu pada jalan di depan aku di mana berbarisnya banyak kereta sewaktu tiba di persimpangan lampu isyarat.
Aku menjawab dengan selamba.Mata aku tertumpu pada jalan di depan aku di mana berbarisnya banyak kereta sewaktu tiba di persimpangan lampu isyarat.
“Betul
ni?” Soalnya lagi.Aku hanya mengiakan saja.
SEWAKTU
sedang menikmati makanan yang terhidang di atas meja ni aku langsung tidak
berkutik.Lapar sangat gamaknya.Makan pun kemain lagi berselera.Jangan tak tahu
si Rafique ni belanja aku makan chicken cop.Haaaa lepas ni boleh la aku paw dia
bab makan.Kau mampu nak buat gitu Amani.Aku sudah tersenyum sendirian.
“Hai
kemain lagi awak senyum.Kenapa?” Soal Rafique.
“Tak
kan saya tak boleh senyum kot.” balas aku dengan selamba sambil menyuap ayam ke
mulut.
“Bukan
tak boleh, cuma pelik je.Sedap tak makanan ni.Saya selalu lepak sini dengan
abang awak.” Ujar Rafique lagi .
“Ye
ke?Maknanya awak dengan abang saya selalu keluar lepaklah eh?” Tingkah aku
lagi.Mata Rafique terus memandang ke mata aku.Dah kenapa mamat ni tenung
aku.Dengan pantas aku melarikan mata memandang
ke arah makanan.
“Kenapa
awak tunduk?malu ke saya tenung awak?”
Soal mamat perasan tu lagi sambil
tersenyum penuh makna.
“Hah
tak ada maknanya saya nak malu.Kalau saya malu dengan awak saya tak adalah
makan semeja dengan awak.” Ujar aku lalu mencebik bibir namun mata aku masih
lagi memandang chicken chop yang terhidang di atas meja. Chicken chop yang aku
makan ni lagi handsome dari mamat ni kot.Ahaks.
“Eleh
ye la tu.By the way mak su saya yang awak panggil auntie Zalida kirim salam
.”Rafique sudah meletakkan garpu dan pisau .Terus matanya memandang pada aku di
mana di kala itu aku mendongak melihatnya.Sekali lagi kami berdua berbalas
pandangan.
“Ye
ke.Waalaikumussalam.Nanti awak kirim salam dekat auntie Zalida dan juga
Zarith.Lama tak jumpa diorang.” Tambah aku sambil tersenyum manis pada
Rafique.Kali pertama kami duduk berdua begini tanpa bertengkar.Terasa pelik
sikit bila tak ada bertekak mulut dengan mamat perasan nih.
“Nanti
saya sampaikan.Dekat saya tak ada apa-apa pesanan ke?” Rafique sudah tersengih.
“Hah
pesanan apa?” Dengan blur aku bertanya sambil membetulkan duduk.
“Ye
la dekat mak su saya awak kirim salam.Untuk saya kirim apa pula?” Tingkah Rafique sambil menyambung semula
makan.
“Dekat
awak saya kirim jalanlah.” Mulut aku ni kemain lagi kalau bab menjawab.
“Kirim
jalan je?Kenapa tak kirim sekali beruang koala awak tu.” Usik Rafique lagi.
“Eh
beruang koala tak boleh.Itu abang Am yang bagi hadiah dekat saya.Jauh tu dia
beli.” Jawab aku dengan selamba.Terus saja Rafique meletakkan kembali garpunya.
“Siapa
Am?” Soal Rafique dengan pelik.Berkerut wajahnya.
“Owh
abang Am tu jiran sebelah rumah saya.Dia tu kerja pilot.Terbang sana terbang
sini.Hari tu dia belilah beruang koala untuk saya.” Ujar aku lagi sambil
tersenyum.Rafique terus senyap dan menganggukkan kepalanya.Wajah Rafique tak
seceria tadi.Kenapa pula mamat ni?
“Awak..awak…”
Aku melambaik-lambai tangan pada Rafique.
“Haa
kenapa?” Soal Rafique.
“Awak
ok ke?” Soal aku.
“Saya
ok je.So Am tu pakwe awaklah eh?” Soal Rafique sambil tersenyum tetapi bukan
senyuman yang manis tadi.Mana perginya senyuman manis dia.Handsome juga si
mamat perasan ni kalau dia senyum.Kau dah kenapa ni Amani.Jangan nak
beranganlah.Aku menggelengkan kepala pada Rafique.
“Eh
taklah.Dia tu pun dah macam abang saya, tapi kalau nak jadi calon suami saya
pun boleh juga tu.” Aku tersenyum sendirian .
“Kalau
saya kata tak boleh macam mana?” Tingkah Rafique.Dengan automatiknya mata aku
terus memandang dia.
“Kenapa
tak boleh ?” Soal aku pelik.
“Suatu
hari nanti awak akan tahu sebabnya.” Ujar Rafique sambil membalas pandangan
mata aku.Dari matanya aku dapat rasakan si Rafique cuba menyampaikan sesuatu
pada aku tapi masalahnya aku ni haaa yang blur tak faham apa yang Rafique cuba
sampaikan.
“Apa
maksud awak?Saya tak fahamlah .” Tokok aku lagi tidak puas hati.
“Awak
nak tahu ke?” Soalnya lagi pada aku sambil tersenyum penuh makna.Aku hanya
mengiakan saja.Mata aku tidak berkalih memandang muka mamat perasan ni.Alahai
dah kenapa aku asyik nak tenung muka dia ni.
“Sebab
saya…”
“Eh
Rafique lama tak jumpa kau.” Belum sempat si Rafique nak bagitahu aku ada pula
orang yang datang menyibuk dekat sini.Aku sudah mencuka.
“La
kau ke Aryan.Lama tak jumpa kau.Sihat?” Soal Rafique sambil berdiri lalu
bersalam dengan lelaki yang bernama Aryan tu.Aku hanya senyum saja memandang
orang yang bernama Aryan.
“Alhamdulilah
aku sihat je.Kau apa cerita.Ni siapa?Tak nak kenalkan ke?” Soal Aryan tu lagi.
“Aku
macam ni la.Kenalkan ni Amani.My future wife.” Aku tersedak lalu mencapai jus
oren yang berada di atas meja.Gila ke apa si Rafique ni kata aku bakal isteri
dia.Ada juga nak kena hempuk dengan aku.
“Are
you okay sayang.” Rafique bersuara lagi .Aku tersedak lagi sekali.Si Aryan dah
tersenyum manis.Cis dia panggi aku sayang?tetiba aku rasa nak pengsan dekat
meja ni.Gila punya Rafique.
“Saya
ok je.” Jawab aku .Mata aku terus terarah pada Rafique sambil melepaskan amarah
melalui mata.
“Cantik
Amani.By the way korang berdua memang sepadan.Oklah aku kena gerak dulu.Aku nak
kena jumpa orang ni.” Jawab Aryan sambil terssengih pada Rafique.
“Cepatnya.Kau
nak jumpa awek ke?” Soal Rafique sambil menepuk bahu sahabatnya yang bernama
Aryan.
“Banyaklah
kau punya awek.Ni haa aku ada dapat pesakit baru, tapi orang yang aku nak jumpa
ni family dia.Biasalah jadi doctor kesana kemari la.”.Ujar Aryan lagi.
Huyooooo
doktor rupanya si Aryan ni.Dr Aryan.
“Biasalah
la beb dah namanya doktor.Jangan asyik kerja je ye.Doktor pun nak kena kahwin
ada keluarga juga.” Usik Rafique pada temannya.
“Aku
tahulah.Sampai masa nanti aku kahwinlah.Aku tunggu kau dengan Amani kahwin
dulu.” Jawab si doktor yang boleh tahan kacaknya.Cuci mata aku hari ni boleh
tengok orang kacak ye.Aku tersenyum dalam hati.
“Doakanlah
kami berdua cepat kahwin ye.”Tingkah Rafique sambil membuang pandang arah aku.Sempat lagi dia hadiahkan aku
kenyitan mata yang agak nakal .Siapa nak kahwin dengan dia entah.Perasan
betul.Jaga kau encik perasan.
“Aku
minta diri dululah ye.Bye Amani.” Lambai Dr Aryan sewaktu melambaikan tangan
pada aku.
“Bye
Dr Aryan.” Jawab aku dengan senyuman manis di bibir.
“Encik
Rafique kenapa awak cakap dekat Dr Aryan yang saya ni bakal isteri awak?” Ujar
aku sewaktu Rafique melabukan punggungnya di kerusi tadi.Aku mengetap
bibir.Dari tadi lagi aku geram nak marah mamat perasan ni.Suka hati dia je .
“La
betullah tu.Awak tak nak ke jadi isteri kepada lelaki kacak seperti saya ni.”
Jawab Rafique dengan selamba.
“Eee
perasannya..” Aku sudah buat aksi tangan dekat bahu.
“Eleh
saya tahulah awak suka saya kan.” Usik Rafique sambil tenung ke mata aku.
“Hello
jangan nak perasan ye Encik Rafique.Tak kuasa saya nak suka dekat awak yang
bajet kacak tu.” Aku mengetap bibir sambil menjeling geram pada mamat perasan
ni.Ada juga mamat perasan dalam dunia ni ye.Over betul si Rafique ni.
“Betullah
tu.” Usiknya lagi sambil tersengih nakal.Sempat lagi aku hadiahkan satu
penumpuk padanya tapi tak adalah aku nak tumbuk dia.Gila ke apa karang tak
pasal-pasal pula orang tuduh aku minah gangster.
“Dah-dah.Jangan
awak nak mengarut lagi.Tolong hantar saya balik sekarang.” Tingkah aku dengan
serius.Makin lama aku dekat sini makin panas hati melayan karenah si mamat
perasan yang terlebih mesra hari ni.Mimpi berjumpa puteri gunung ledang
gamaknya semalam.
“Habiskan
makan dulu, lepas tu saya hantar awak balik.Cik Amani tak elok membazir.” Tu
dia si Rafique dah bagi ceramah percuma dekat aku.Aku hanya diam lalu mencapai
semula garpu dan menyudahkan makan chicken chop tadi yang tinggal lagi sikit
dalam pinggan aku.Si Rafique apa lagi tersenyum nakal la melihat aku tarik
muncung.Lantak kau la encik perasan.Cepatlah aku nak balik ni.
Bersambung....
NotaHujungKaki : Minggu lepas aku sibuk dan juga kesihatan tak berapa nak baik.Sob-sob.Apa2 pon hari ni sudah ada mood kembali untuk menulis.By the way aku dh lepas gian membeli 9 biji novel baru dan juga beberapa lagi buah buku agama.Apabila aku mula mengadap buku2 tu bermaknanya aku x menulis.Hheheh.Apa2 pon baru 2 buah aku baca.Sekarang ni nak menumpukan pada manuskrip....
SaLaM KaSiH
No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D