SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Sunday, March 17, 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 19

Assalamuaalikum u oll...

Selamat berhujung minggu .Ok ni sambungan DMS .selamat membaca.Thanks  pada yang baca karya Ayra Zahra ni.


NotaKecik  : Perempuan yang cantik kat atas ni nama dia shaznida merupakan salah sorang model Radiusite.Comelkan dia.Inilah Amani dan juga Syed Rafique  dalam imaginasi Ayra Zahra .Hehehhe.



BAB 19




MALAM itu aku menghabiskan masa dengan bergolek-golek di atas katil sambil mengadap laptop kesayangan aku.Bila tak ada kerja tangan aku ni memang gatal nak buka facebook la twitter la .Aku sampai rumah pun agak lewat sikit , mahu tak lewat kalau si Rafique yang sengal tu tak habis-habis nak membuli aku.

“Handsome juga si mamat perasan tu .Kalau aku puji dia depan-depan ni confirm perasan tak ingat dunia, dah nama pun mamat perasankan.Suka sangat puji diri sendiri nasib baik kau handsome.” Bebel aku sendirian , tangan kanan aku kemain lagi bermain dengan tetikus yang turun  naik ni.
“Adik buat apa tu?”

“Opocot jatuh anak tikus aku.” Terus aku menekup mulut.Cik Amani sejak bila kau melatah ni?Aku terus berpaling pada orang yang mengejutkan aku .
“Tak reti nak bagi salam ke Encik Amar Mikhail ?” Tingkah aku dengan mencuka.Abang aku ni suka sangat peranjatkan aku.

“Ooopsss sorry.Lupa pula nak bagi salam.Assalamualaikum Cik Nur Amani Qalessya Binti Hisham .Abang sebut nama penuh lagi tu.” Usik abang aku sambil tersengih lalu menapak masuk ke dalam bilik aku.

Suka hati dia je sengih rupa itu.
“Waalaikumussalam Encik Mohd Amar Mikhail .Ingatkan tak tahu bagi salam baru nak ajar tadi.” Ujar aku sambil mencebik bibir pada abang aku.

“Adik buat apa tu?” Soal abang aku sambil melompat ke atas katil aku.
“Tengah bagi anak tikus makan abang.” Aku tersengih.

“Sejak bila adik pelihara tikus.Eeee gelinya tikus.” Ujar abang aku sambil membuat aksi geli.Meletus ketawa aku melihat aksi abang aku.Kalau nak tahu abang Amar aku ni penakut dengan spesis tikus.

Pernah sekali sewaktu aku di sekolah menengah, aku beli hamster nak pelihara la kononya.Sekali abang aku tengok kemain lagi dia geli.Siap ugut aku lagi suruh aku hantar semula hamster aku beli tu pada tauke kedai yang menjual hamster.Entah apa yang abang aku geli sangat pun tak tahu.Hamster aku punyalah  comel  dan  montok berwarna keperangan-perangan.Geram aku tengok.Rasa nak picit-picit je hamster tu tahu.

“Hellloooo…Berangan je keje budak ni.” Abang Amar melambaikan tangannya pada muka aku.Apa lagi tersentak la aku.

“Bila masa adik berangan.Adik cuma teringat peristiwa orang tu yang takut dengan hamster.Geli katanya.” Aku membidas abang aku.

“Haaa jangan nak buka cerita tu.Jangan gatal nak bela hamster lagi.Abang tak izinkan.” Tingkah abang aku dengan serius.

“Yang abang fobia dengan spesis tikus ni kenapa?Adik nak juga tahu.” Ujar aku sambil membetulkan duduk daripada meniarap terus duduk bersila depan abang aku.

“Panjang ceritanya..Lain kalilah abang cerita eh.Sorry abang tak dapat ambil adik dekat rumah sewa adik siang tadi.” Sengajalah tu nak alihkan topik abang aku ni.
“Amboi tukar topik nampak.” Tingkah aku sambil berteleku dagu.

“So macam mana dengan Rafique siang tadi?Apa cerita?” Soal abang aku sambil tersengih nakal.Ada makna tu sengihan dia tu.Ni tak lain tak bukan edisi nak mengenakan aku ni.
“Rafique?macam tu la.” Jawab aku dengan selamba lalu aku mengangkat laptop kesayangan aku dan letakkan di atas riba aku.Aku berpura-pura mengadap facebook.

“Ye ke ni?Best tak makan dengan Rafique.Saja je abang bagi peluang untuk adik berdating dengan Rafique.” Usik abang aku lagi , dengan selamba abang aku baring beralaskan koala kesayangan aku.Ewah suka hati dia je buat koala aku jadi bantal.

“La dah nama pun makankan.Mestilah sedap chicken chop tu.Nyummy.” Aku tersengih sambil melihat chicken chop di ruang mata aku.

“Haaaa berangan makananlah tu.” Abang aku menepuk bahu aku.Mati terus imaginasi aku pasal chicken chop.Haish kacau je abang aku ni.

“Adik abang tanya ni macam mana kawan abang tu Rafique.Ok tak dia?” Soal abang aku.Mata aku kini kembali fokus padanya.Kenapa tetiba saja abang aku ni tanya pasal Rafique, agaknya sebab Rafique ni kawan baik dia kot.

“Dia ok je.Seorang yang suka buli adik, suka perasan , suka cari pasal, apa lagi eh.?” Ujar aku sambil berfikir.Lagak aku tak ubah fikir nak jawab soalan peperiksaan akhir.Ish satu kerja pula aku nak fikirkan mamat perasan tu.Tolonglah.!.

“Amboi  macam tak puas hati je adik ni dengan Rafique.” Tingkah abang aku sambil tersenyum penuh makna.

“Memang tak puas hati.Abang tahu tak kawan baik abang tu suka hati dia je perkenalkan adik sebagai bakal isteri dia dekat kawan dia yang nama Dr Aryan tu.Geram betul.” Ujar aku tidak puas hati.Ye memang aku tak puas hati.Baru ingat nak ushar Dr Aryan tu sekali si Rafique dah tutup laluan jalan aku yang pada mulanya terang benderang terus berubah menjadi kegelapan.

Abang aku kemain dengan selamba badaknya ketawa.
“Yang abang ketawa ni kenapa.Orang tengah serius ni?” Ujar aku sambil mengecilkan kelopak mata.

“Tak adalah muka adik tu yang merah semacam tu kenapa.Malu eh? Eleh nak cover line la tu.Abang setuju je kalau Rafique jadi adik ipar abang.”Ujar abang Amar sambil ketawa .Muka aku makin merah dah gamaknya.Bukan merah sebab malu ni marah sebab geram dengan abang aku.
“Abang..Orang cakap betul dia gelak pula.” Aku hadiahkan penyepit ketam dekat lengan abang aku.Padan muka siapa suruh gelak rupa itu.

“Aduh ada ketam sepit lengan abanglah adik.Tolong ..tolong…Ada ketam gigit abang.” Tingkah abang aku .Sempat lagi dia pamerkan muka yang kesakitan.

“Ish mengada betul.Dah-dah pergi keluar.Adik nak tidur.” Aku sudah  pun turun dari katil lalu bercekak pinggang.Abang aku terus bangun .

“Ye la tuan puteri silalah beradu ye.Kekanda minta diri dulu.Jangan lupa mimpikan kanda Rafique ye.” Abang aku terus cabut lari dari bilik aku.Haaa tahu takut.Takut kena cubit dengan akulah tu , baru tahu berbisanya penyepit ketam cik Amani ni.Aku tergelak melihat reaksi abang aku yang buat adegan berlari-lari anak kononya.

“SELAMAT pagi ibu…” Ujar aku , namun mata masih terpejam rapat.Biasalah dah nama pun hari minggu kan.Korang pun tahukan aku ni kalau hari minggu memang liat sikit nak bangun pagi tambah-tambah bila tengah bendera merah.Lagilah aku liat nak bangun awal.

“Banyaklah paginya.Adik tak tengok jam ke dah pukul berapa.Abah suruh ibu kejutkan adik.”Ujar ibu aku sewaktu aku membuka mata .Mendengar saja ibu aku menyebut abah terus aku bangun.
“Dah pukul berapa ni ibu?” Soal aku sambil meraba-raba mencari telefon aku.Alahai masa ni jugalah tak jumpa telefon aku.Aku terus mencari-cari jam di terpampang di dinding bilik aku.Terbeliak mata aku melihat jam menunjukkan dah pukul dua belas tengahari, diulang ye dua belas tengahari.Ya Allah lamanya aku tidur.Rambut panjang ala-ala pontianak sememangnya nampak kusut dan juga serabai apabila bangun tidur.

“Ibu dah pukul dua belas.” Aku menepuk paha ibu aku.Berkali-kali aku mengerdipkan mata aku.
“Tahu pun pukul dua belas.Abah dah bising dah tadi tanya mana adik.Abang cakap dia dah ketuk pintu bilik adik sewaktu dia lalu depan pintu bilik adik sebelum turun bawah.”Tambah ibu aku lagi.
“Habislah kau Amani kena ceramah free nanti dengan abah.” Aku sudah cuak sempat lagi aku mengarukan kepala yang sememangnya tidak gatal.

“Dah bangun pergi mandi,lepas tu turun makan.Kalau nak makan tengahari pun dah boleh tapi kena tolong ibu masak.Apa ni anak dara bangun tengahari buta.macam mana nak kahwin kalau macam ni.” Ibu aku sudah memberi ceramah free.Sila tadah telinga Amani.

“Sorry ibu, tidur lena sangat kot sampaikan tak tersedar langsung.Malam tadi adik tidur lambat sikit kot.” Aku tersengih manja pada ibu aku.

“Buatlah selalu macam tu.Kita ni perempuan tak elok bangun  lewat macam tu.” Tambah ibu aku lagi.

“Baik ibu, adik pergi mandi dululah.Cakap dekat abah adik oversleep .” Ujar aku sewaktu mengambil tuala di penyidai.

“Cepat sikit mandi tu, ibu turun dulu.” Ibu aku sudah pun melangkah keluar dari bilik aku.Aku hanya menganggukkan kepala lalu melangkah masuk ke dalam bilik air.

“Wahai adinda kesayangan kekanda baru ingat nak bangun ke?Kenapa tak bangun petang je.” Usik abang aku sewaktu kaki aku menuruni tangga.

“Sebab bonda dah kejutkan adinda , maka adinda pun terpaksalah bangun.Kalau tidak berkemungkinan besar juga adinda akan tidur sampai ke petang.” Tingkah aku sambil mencebik bibir.

“Bagus sangatlah kalau adinda buat perangai rupa itu.Wahai adinda kesayangan kanda janganlah buat perangai rupa itu.” Tu dia dalam mengusik aku sempat lagi abang aku bagi menyindir.Memang salah aku pun.

“Baiklah wahai kekanda kesayangan adinda.Lepas ni adinda Nur Amani Qalessya tidak akan membuat kesilapan itu lagi.” Ujar aku.Haip abang aku punya kerja la ni bercakap kekanda dan adinda.Dah macam cerita zaman dulu kala .
“Adik nak ke mana pula tu?”

“Nak ke dapurlah, nak tolong ibu masak tengahari.” Ujar aku lalu menapak menuju ke dapur.
“Wow rajinya adik abang.masak sedap-sedap tahu.Beruntung Rafique nanti dapat isteri yang pandai masak.” Ujar abang aku dengan perlahan , namun masih dapat didengari oleh telinga aku.Sengajalah tu nak naikkan darah aku tengahari buta ni.Ahh biarlah malas nak layan.Kalau aku menjawab mesti panjang pula jadinya.

“Ibu nak masak lauk apa hari ni ?” Soal aku sewaktu aku melabuhkan punggung ke kerusi .
“Ibu ingat hari ni nak masak tomyam , telur dadar  dan juga sayur kailam pencuci mulut  buah tembikai.”Ujar ibu aku sewaktu memotong bawang merah, besar dan bawang putih.

“Ok adik potong ayam kecil-kecil dengan potong sayur eh ibu.?” Aku sudah pun bangun melangkah ke sinki .Aku  mengambil pisau yang terletak dekat dengan sinki .

Dalam masa itu mata aku sempat lagi menangkap ketangkasan ibu aku dalam memasak.Huyoo laju je ibu aku ni kalau bab masak ye.Ke hulu ke hilir aku melihatnya.Kalau macam tu aku nak jadi macam ibu jugalah pandai masak.

“Adik tolong off kan suis periuk nasi tu.Nasi dah masak dah tu.” Ujar ibu aku sewaktu tangan ibu sedang ligat mengacau tomyam yang berada di atas dapur.

“Baik ibu.Erk ibu nak buat air apa ni?Biar adik buatkan.” Tokok aku lagi.
“Air sirap sedap juga ni minum tenghari ni.” Tambah ibuku lagi sewaktu berpaling pada aku.
“Ok .Adik buatkan air sirap.” Ujar aku lalu menuju ke rak untuk mengambil jag air  dan mengambil botol sirap yang berada di dalam peti sejuk.Dengan pantas aku membuat air sirap .

Tak sampai sepuluh minit pun dah siap.Aku biarkan air sirap itu dulu, sekejap lagi baru aku masukkan ais .Kalau masukkan awal-awal ais dalam jag air sirap tu nanti cair dan bila cair air yang aku buat tu menjadi tawarlah.Keluarga aku memang tak suka manis sangat .

“Adik ibu terlupa pula telur dadar tak masak lagi.Adik tolong buatkan telur dadar sekejap boleh?” Ujar ibu sewaktu aku sedang menyusun gelas di atas dulang yang berada di atas meja dapur.
“Boleh aja ibu,mari sini adik tolong gorengkan.” Tokok aku lalu aku menapak ke  bahagian cabinet dapur lalu aku mencapai mangkuk yang berisi telur yang telah siap di pukul.

“Ibu , abah dah panggil nak sembahyang jemaah.” Kedengaran suara abang aku yang baru muncul di muka pintu dapur .Di kepalanya sudah berkopiah untuk menunaikan waktu zohor.
“Ye ibu nak naiklah ni.” Ujar ibu aku yang sedang membasuh tangan di sinki.

“Haaa adik apa lagi tercegat tu?Jomlah.” Tingkah abang aku sewaktu melihat aku yang sedang memasukkan telur tadi ke dalam kuali.

“Ish abang pergi je la.Jangan kacau adik.Adik cutilah.Pergi sana jangan nak menyibuk dekat dapur ni.”

“Laaa cuti ke?Sorry la mana abang tahu.” Ujar abang aku sambil tersengih.Lempang kan baru tahu.Tersengih-sengih pula dia.

“Yang abang dok tersengih rupa itu kenapa?” Pergi naik atas solat.Lepas tu kita makan.Perut adik dah lapar ni.” Tingkah aku lagi sambil memfokuskan mata pada telur yang di atas dapur.
“Ye la nak naiklah ni.Tu la orang kejut pagi tadi tak nak bangun.” Ujar abang aku sambil menapak keluar dari dapur.Amboi sempat lagi dia membebel dekat aku.

Setelah itu aku mengambil  pinggan lalu aku susun di atas meja.Ais dalam peti ais aku keluarkan lalu aku masukkan ke dalam jag.

“Sedap pula aku tengok sirap ais ni.” Aku membebel sendirian sambil melihat jag yang berisi air sirap.

“Haaa tu dah kenapa tersengih-sengih .Teringat dekat Rafique ke?” Usik abang aku.
“Oh air sirap aku …..Ish abang ni lain kali boleh tak bagi salam dulu ke terperanjatkan orang je la.” aku tarik muka masam sambil mengurut dada.Abang aku selamba badak ketawa.

“Tu la berangan lagi.Abang terpacak kat situ adik boleh tak nampak.?Adik ..adik…” Ujar abang aku lalu menarik kerusi di meja makan .

“Mana ada orang berangan?Abang jangan nak buat cerita pula.” Tingkah aku sambil mencebik bibir.

“Ye la tu.Berangan tak nak mengaku.” Usik abang Amar aku lagi.Matanya melilau melihat lauk pauk yang sudah aku hidangkan.

“Mana ibu dengan abah ?” Aku memanjangkan leher mencari kelibat ibu dengan abah aku.
“Sekejap lagi ibu dengan abah turunlah.Tahulah perut adik lapar.” Tingkah abang aku sambil tersengih.

“Amboi kemain mengata.Padahal perut abang tu pun laparkan.Adik dengar lagu Hindustan dalam perut abang tu haa..” Aku bercekak pinggang sambil mengerutkan dahi.
“Ye ke.Nampak sangat eh?” Abang aku menyengih lagi.Nak buat iklan  ubat gigi ke abang aku ni .
“Ye la.” Balas aku sambil ketawa.

“Ehem ..ehem…” Abah aku sudah berdehem.Bila masa abah aku terpacak dekat meja makan ni.Bukan tadi aku dah skodeng ke abah aku tadi.

“Abah jomlah makan.” Aku sudah menghenyakkan punggung aku dengan perlahan  ke kerusi.
“Jomlah makan.Adik lepas ni abah nak cakap sikit.” Tu dia abah aku nak cakap apa ?Mesti pasal aku bangun lambat.Jap lagi memang tadah telinga dengar ceramah .Salah aku juga terbabas tidur sampai ke tengahari, mahu ibu dengan abah aku tak marah.Padanlah muka kau Amani.

“Abah adik minta maaf sebab lambat bangun tadi.” Aku sudah menundukkan wajah aku.
“Dah tak payah adik nak tayang muka sedih.Abah bukan nak cerita pasal tu.Abah nak tanya hal lain.Dah mari kita makan.Abang baca doa makan.” Tokok abah aku sambil tersenyum.

“Abang baca doa.Kesian ibu tengok adik lapar tu.” Ujar ibuku pula, manakala abang aku sudah menganggukkan kepalanya lalu menadah kedua-dua belah tangannya.

 Bersambung...

NotaHujungKaki : By the Way DMS dah siap 50%. Syukur Alhamdulilah.Semoga semuanya berjalan dengan lancar.Rasanya bekemungkinan besar DMS siap bulan 5 nanti.Tak sabarnya nak hbskan DMS ni.Hehehehe..TQ housemate ku Kuya and TiQa selalu support di kala aku kebuntuan.

SaLaM KaSiH

No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D