SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, March 21, 2013

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 20

Assalamualaikum u oll..

Minggu ni update awal sikit sambungan DMS memandangkan hari ahad ni sibuk dengan shooting.Hhehehee.Ahad ni kena masuk opis.Ok ni dia sambungan DMS .Selamat membaca  dan terima kasih kerana membaca DMS - Ayra Zahra 



NotaKecik  : Perempuan yang cantik kat atas ni nama dia shaznida merupakan salah sorang model Radiusite.Comelkan dia.Inilah Amani dan juga Syed Rafique  dalam imaginasi Ayra Zahra .Hehehhe.




BAB 20


HARI ni dah hari ahad.Seperti biasalah kalau dah hari ahad aku kenalah balik ke rumah sewa aku di Shah Alam tetapi tidak pada minggu ni kerana Esok aku masih lagi cuti memandangkan kelas hari isnin sudah di batalkan.Apa lagi aku kemain la bersorak bila dapat mesej pasal kelas esok akan di tangguhkan ke suatu tarikh.Pensyarah aku pula ada hal katanya.

Sepatutnya hari isnin aku ada dua kelas pada belah pagi dan petang.Kelas petang sudah cancel sebab pensyarah aku yang tu ada kursus.Jadi bolehlah aku keluar jalan-jalan cuci mara hari ni, yang menjadi masalahya aku nak keluar dengan siapa?Alia ?Alia mengikut Maya.Malas pula aku nak kacau diorang berdua.Sedang aku berfikir tetiba terlintas di kotak fikiran aku sesuatu.Aku sudah menyengih la kan.Aku mengambil telefon milik aku terus mendail nombor seseorang.

“Hello..Assalamualaikum kak .” Ujar aku sewaktu talian sudah berjaya aku tembusi
“Waalaikumussalam.Eh Amani..”

“Kak  Sya sibuk ke hari ni?Jomlah kita keluar.Amani bosanlah duduk rumah ni.” Ujar aku di talian lagi.

“Alahai sorry la Amani akak sibuklah hari ni.Kenapa Amani tak ajak abang Amar keluar?” Soal Kak Sya di sebelah sana.

“Ala abang tu bukan reti dok rumah.Merayap je kerja dia.Adalah tu keluar dengan geng dia.Ingatkan dia pergi dating dengan akak hari ni.” Usik aku sambil ketawa mengekek.
“Ish dating apanya.Kak Sya ada dekat Kuantan ni.Ada kursus .” Ujar Kak Sya lagi.
“La ye ke?Sorry la kak Amani kacau.Oklah nanti kita borak lain kali eh.”

“Ok kirim salam dekat family Amani ye.Assalamualaikum.”

“InsyaAllah kak, Waalaikumussalam kak..” Setelah itu aku menekan punat merah.
“Erm , nampak gayanya aku kena keluar soranglah.” Aku membebel sendirian sambil mengeluh.Aku terus menuju ke almari untuk menukar pakaian.Bosan duduk rumah.Asyik mengadap TV je yang asyik dok ulang tayang cerita yang sama je.Adoyai.Dah kenapa aku nak salahkan siaran TV lak ni?

Aku sudah mula merayau-rayau sekitar SACC Mall .Aku berjalan sana sini sampai lenguh kaki ni haa.Nak kata aku shopping tak mana pun.Jalan2 cuci mata je.Nasib baik abah dengan ibu bagi kebenaran dekat aku untuk keluar sorang-sorang tapi dengan bersyarat kena balik awal.Ingat senang ke abah dan ibu aku nak bagi kebenaran keluar sorang-sorang?Tak ada maknanya.Korang pun tahu kan dunia sekarang ni macam-macam benda boleh jadi.Penjenayah sana sini berkeliaran dengan pendatang asing yang agak ramai jugalah.

Tidak dinafikan , ada juga di kalangan warga asing ni yang jadi penjenayah.Maklum sajalah dunia sekarang duit yang menjadi keutamaan.Sampaikan manusia boleh buta mata sebab duit sehingga hilangnya peri kemanusian.

Aku berhenti berjalan apabila terdengar bunyi gegar dalam beg yang aku bawa.Terus saja tangan aku meraba-raba di dalam beg lalu membawa keluar handphone miliknya.Ada mesej yang masuk , aku menekan icon sampul surat untuk membaca mesej entah dari siapa.

Adik dekat mana?Kenapa keluar sorang-sorang?

Aku mula menaip mesej untuk membalas.

Adik ada dekat SACC Mall.Adik keluar sorang je.Janganlah risau.Sekejap lagi adik baliklah.Hehehehe…

Aku terus menekan butang send.Telefon sekarang kan dah canggih main touch screen.Teknologi masa kini.Amboi promote ke cik Amani?Aku tersenyum sendirian.

Kalau tahu adik nak keluar tadi , abang suruh Rafique temankan.Hehehe

Terbeliak mata aku sewaktu membaca mesej dari abang aku.Ish tak habis-habis dengan nama mamat perasan tu.Suka sangat kenakan aku dengan mamat perasan tu.Tak suka betul la aku.

Abang jangan nak mengada-ngada suruh Rafique datang sini.Sekejap lagi adik balik.Jangan risau ok.

Selesai menaip mesej terus aku hantar sambil mengeluh sendirian.

Ye la, ingat jangan balik lewat.

Errmm agak tegas sedikit ayat belakang tuh bila baca.Aku tahu abang Amar memang sayang sangat pada aku.Aku kan satu-satunya adik yang dia ada.

Ok adik balik awal.Janji.Heehhe..Oppa I Love You .

Aku sudah tersengih sewaktu menghantar mesej  pada abang aku.


“AMANI…” Aku terus berpaling apabila terdengar ada orang yang memanggil nama aku.
“Eh eh. Auntie Zalida .Apa khabar auntie ?” Soal aku dengn senyuman, lalu aku menghulurkan tangan untuk bersalaman.

“Alhamdulilah auntie sihat, Amani sihat?Amani sorang je ke ni?” Soal auntie Zalida sambil melilau matanya mencari siapa entah.

“Yup sorang je auntie.Bosanlah duduk rumah.Esok baru balik rumah sewa.Auntie sorang je ke?” Ujar aku lagi 

“Aah auntie sorang je.Amani busy tak?auntie dah nak balik ni.Kalau tak keberatan marilah ikut auntie ke rumah auntie.Boleh juga kita borak panjang.” Ujar auntie Zalida yang dari tadi sememangnya matanya terarah pada aku.Lama betul auntie Zalida ni pandang aku.Muka aku comot ke?Aku meraba-raba pipi .

“Tak busy pun auntie, erk pergi rumah auntie?Eh tak naklah seganlah Amani.” Tingkah aku sambil menolak pelawaan auntie Zalida.

“Janganlah macam tu, jomlah ikut auntie.Boleh juga auntie kenalkan  ayah dengan mak auntie .Zarith dah balik asrama dia tadi.” pujuk auntie zalida lagi.

Serba salah pula aku nak menolak.Karang kalau auntie zalida kecil hati lagi susah.Aku mula menganggukkan kepala setelah berfikir

“Tapi Amani kena bagitahu ibu dengan abah Amani dulu .Kalau diorang benarkan barulah Amani ikut auntie.Nanti ibu dengan abah Amani risau pula tadi Amani dah janji nak balik awal.” Jawab aku dengan muka serba salah.Agak-agak ibu dengan abah aku bagi ke aku ke rumah auntie zalida.
“Amani call lah diorang minta izin dulu.Kalau diorang izinkan bolehlah ikut auntie balik.Rumah auntie pun bukan jauh sangat.Rumah auntie dekat Kota Kemuning.” Tokok auntie zalida lagi.

 “Sekejap eh auntie Amani try call ibu Amani dulu tanya.” Terus saja aku mendail nombor telefon ibuku.

“Wah besarnya rumah auntie.” Ujar aku sewaktu melihat banglo milik auntie  zalida.
“Ish kamu ni , mana ada besarnya.” Jawab auntie zalida sambil menepuk bahu aku.Selepas mendapat kebenaran dari ibu aku terus mengikuti kereta auntie zalida dari belakang.
“Eh betullah Amani cakap.Besar rumah auntie ni.Cantik halaman rumah ni.” Tambah aku lagi sambil tersenyum manis pada auntie zalida.

“Dahlah tu,mari kita masuk.Sekejap lagi auntie kenalkan dengan family auntie.Mari masuk .” Tingkah auntie zalida lalu menarik tangan aku  .Aku terus membuntuti  auntie zalida mata aku tidak lepas mamandang segenap ruang di dalam rumah tersebut.Anak orang kaya agaknya auntie zalida ni.Aku bermonolog sendirian .

“Amani jemput duduk dulu ye.Auntie pergi dapur kejap buatkan air.” Auntie zalida menepuk bahu aku .Terus saja aku tersentak dan seperti biasa aku tersengih la apa lagi kan.

“Eh auntie tak payahlah susah-susah.Amani dah minum air dah tadi.” Tingkah aku sewaktu auntie zalida menuju ke dapur.

“Ala tadi Amani minum  sana sekarang ni Amani minum dekat sini pula.Amani tak sudi ke ?” Soal auntie zalida . Keruh saja muka auntie zalida selepas berkata-kata tadi.
Alamak aku tersalah cakap ke tadi.Aku mengarukan kepala  yang tidak gatal.Sempat lagi aku membaiki tudung  yang aku pakai.

“Eh auntie bukan tak sudi.Amani tak nak menyusahkan auntie je.” Tingkah aku sambil memujuk auntie zalida.

“Tak susah pun buat air Amani.Dah Amani duduk dulu nanti sekejap lagi auntie kenalkan dengan keluarga auntie ok.” Ujar auntie zalida lagi .Wajah yang keruh tadi kembali ceria.
“Ok auntie.”Aku terus menghenyakkan diri  ke sofa yang tersedia ada di ruang tamu.

“Jemput  minum Amani.Jangan malu-malu.Buat macam rumah sendiri.” Auntie Zalida sudah pun menuangkan fresh orange ke dalam gelas.Aku tersenyum.Hilang sudah lamunan aku sebentar tadi.Dari tadi lagi aku melihat frame gambar yang berada di tepi TV LCD.

“Terima kasih auntie.Errmm kalau Amani tanya sikit boleh?” Soal aku sewaktu memegang gelas yang berisi air tadi.

“Amani nak tanya apa?” Soal auntie Zalida dengan pelik.
“Tak dari tadi , Amani tengok gambar dalam frame ni.Siapa baby kecil ni auntie?” Ujar aku sewaktu bangun lalu mengambil frame gambar yang berada di sebelah Tv.

“Oh ni.Ni la anak auntie  yang perempuan.Nama dia Ariana Imani.” Jawab auntie zalida sewaktu mengambil frame gambar baby itu dari tangan aku.Terus saja auntie zalida mengusap frame gambar tersebut.

“Maaf auntie kalau pertanyaan Amani buat auntie rasa sedih.”  Ujar aku dengan muka serba salah.
“Tak apalah Amani.Tapi naluri auntie tetap yakin yang  Ariana Imani masih hidup.” Jawab auntie zalida lagi.matanya masih tidak berkalih dari frame gambar tersebut.

“Apa maksud auntie ? Boleh Amani tahu , macam mana anak auntie ni?”Soal aku dengan dahi berkerut seribu.

“Auntie dapat peluk dia selama dua minggu  je.Selepas tu dia dah tak ada.Bekas suami auntue larikan dia .” Jawab auntie Zalida .matanya sudah berkaca.
“Maafkan Amani auntie sebab banyak tanya.” Ujar aku sambil memeluk bahu auntie zalida.Aku tahu auntie zalida sedih.Ibu mana yang tidak sedih  apabila kehilangan seorang anak.Tapi menagapa bekas suami auntie Zalida melarikan anaknya.

Auntie Zalida  menoleh ke pada aku sambil menganggukkan kepalanya sambil mengukir satu senyuman.

“Eh ada tetamu rupanya.” Kedengaran suara wanita .Aku dan auntie zalida  terus menoleh ke belakang  .

“Mak.Ini Ida kenalkan Amani.” Auntie Zalida menarik tangan aku menuju ke arah wanita tersebut.
“Apa khabar..” Ujar aku sambil menyambut salam dari wanita tersebut.Aku menundukkan kepala lalu mencium tangan wanita tersebut.

“Oh Amani.Alhamdulilah nenek sihat.” Ujar wanita itu lagi.Wanita itu membahasakan dirinya nenek.

“Amani , mak mari kita duduk dulu.” Auntie zalida sudah memaut lengan nenek lalu membawanya ke sofa.

“Duduklah Amani.” Ujar nenek lagi sambil membetulkan cermin matanya.
“Mak , ayah mana tak turun ke?” Soal auntie zalida .Dikala itu auntie zalida sudah pun  melabuhkan punggungnya di sofa bersebelahan dengan orang yang aku panggil nenek tadi.
“Sekejap lagi turunlah tu dia.Kamu macam tak kenal ayah kamu kalau dah dapat buku tu macam mana.” Jawab mak auntie zalida.Aku sudah tersenyum.

“Amani makan sini ye.” Ujar auntie zalida dengan penuh harapan.
“Eh tak apalah auntie.” Jawab aku sambil tersengih.

“Janganlah macam tu.Amani makan sini ye.Boleh temankan nenek .” Pujuk nenek lagi.Haa sudah dilema pula aku.Kalau tolak nanti kecil hati pula.Aku mengianya je la.
“Ok Amani makan sini, tapi biar Amani tolong auntie masak boleh?Kalau tak Amani cabut lari balik.”Tu dia aku siap ugut lagi.Auntie zalida sudah ketawa bersama nenek selepas aku selesai berkata.

“Amboi ugut ye ?Boleh je kalau Amani nak tolong.Boleh juga sembang-sembang nanti.” Ujar auntie zalida sambil tersenyum manis.

Ruang dapur yang besar menjadi hingar bingar dengan suara aku, nenek , auntie zalida dan juga orang gaji yang auntie dan nenek sudah anggap seperti saudara sendiri yang aku berkenalan sebentar tadi .Mak Jah baik orangnya.Peramah pula tu.

“Nenek ni sportinglah Amani sukalah..” Tingkah aku sewaktu mengupas kulit bawang besar, merah dan juga putih.

“Ye ke.Amani tak ada nenek ke?” Soal nenek  yang membuat aku tersentak.
“Ermm dulu Amani ada Nek Wan dengan Tok Wan tapi mereka dah meninggal.” Jawab aku dengan perlahan.

“Maaf nenek tak tahu.Apa kata nenek jadi nenek Amani?” Ujar nenek sambil tersenyum memandang aku .

“Betul ke nek?Boleh ke?” Tingkah aku pula dengan teruja.
“Apa pula tak bolehnya.Zarith panggil nenek  nek wan , Amani pun panggilah nek wan juga.Boleh?”

“Betul tu cakap nek wan.Lagipun auntie tak ada anak perempuan , nek wan pun tak ada cucu perempuan.Apa salahnya kalau Amani jadi cucu angkat nek wan.” Tingkah auntie Zalida yang sedang berada di sinki .

“Saya setuju tu Kak Mun .Meriah juga rumah ni ada cucu perempuan.” Tokok mak Jah sambil tersenyum .

“Kalau macam tu Amani nenek  dengan panggilan nek wan la ye.” Tingkah aku sudah tersengih.
“Lagi mesra kalau Amani panggil auntie dengan panggilan mama.Ye la auntie tak ada anak perempuan.” Ujar auntie zalida dengan sebak.

“Auntie janganlah macam ni.Baiklah apa kata kalau Amani jadi anak angkat auntie boleh?” Tingkah aku lalu memeluk mesra bahu auntie zalida.

“Kalau macam tu Amani kena panggil mama la.” Usik nek sambil tersenyum.Berseri-seri aku melihat wajah nek wan dan juga auntie zalida.
“Ok Amani panggil auntie zalida mama lepas ni.” Jawab aku sambil tersengih.Mak jah sudah tersenyum puas melihat kerenah aku.

“Haaa macam tu la.” Tingkah mak Jah sambil menepuk mesra bahu aku.
“Amboi riuh semacam je dapur ni. Sampai ke luar dengar riuh rendahnya.” Kedengaran suara seorang lelaki yang sedang berjalan menuju ke arah kami.

“Tak ada apa-apalah bang,ni haa Mun dok mengusik cucu angkat kita Amani ni.” Ujar nek wan pada lelaki tersebut.

“Cucu angkat?” Soal lelaki tersebut sambil mengerut dahi.
“Amani kenalkan , ini ayah mama.Amani boleh panggil dia tok wan.” Mama pula bersuara sambil menarik tangan aku ke meja makan.

“Oh Amani.Apa khabar?” Soal tok wan pada aku.
“Alhamdulilah sihat.”Balas aku sambil bersalaman dengan tok wan.
“Ye la bang, Mun jadikan dia cucu angkat kita  dan juga…”

“Dan juga anak angkat pada Ida ayah.” Mama angkat aku mencelah terlebih dahulu sebelum nek wan .

“Bagus juga tu.Ceria sikit rumah ni.” Tingkah tok wan  dengan senyuman.
“Assalamualaikum nek wan?” Kedengaran seseorang memberi salam di luar.
“Waalaikumussalam .” Nek wan menjawab salam .
“Siapa yang bagi salam mama?” Soal aku dengan pelik.

“La ramai rupanya kat dapur ni.” Belum sempat mama angkat aku menjawab sudah berdiri di dapur  orang yang memberi salam tadi.

“Awak lagi?” ujar aku dan  orang yang memberi salam tadi serentak.

“Korang  berdua dah kenal ke?” Tingkah tok wan  sewaktu melihat reaksi muka aku dengan orang tu.Orang tu adalah si Rafique atau  nama glamour dia mamat perasan.Menyibuk je dia ni, tau je aku ada sini.Namun begitu sempat lari aku tayang muka sengih depan mereka semua .


 Bersambung ....

NotaHujungKaki. My housemate request untuk buat Dirimu Satu versi Raya.Ahaaaa cadagan yang bagus sekali.InsyaAllah kalau tak ada apa2 halangan DMS berkemungkinan besar siap pada bulan April ini.Hehehe.Tak sabar nak habiskan DMS .Selepas itu akan buat sambungan DMS versi raya untu Raya Puasa Tahun ni.Hhehehe.Settle yang tu baru akan memberi tumpuan penuh pada TCK - Dian dan Aryan.

 SaLam KaSiH



No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D