Selamat berhujung minggu .Ini sambungan Dirimu Satu.Terima kasih kerana baca karya yang serba serbi kekurangan ini.Alhamdulilah manuskrip penuh Dirimu Satu sudah siap.Tarik nafas lega tapi nak kena review and check balik.Hhehehe..Lepas tu baru boleh mengadap mss yang kedua iaitu Tak Cuba Kembali.Yang ke tiga pun dah ada idea tunggu masa nak menaip juga.

Apakah ini yang di namakan cinta.
SELEPAS
solat zohor dan juga makan tengahari aku dan Alia kembali menuju ke kelas yang
seterusnya.Kalau ikutkan memanglah penat namun sebagai pelajar kenalah tabah
harungi setiap cabaran.Tinggal kelas ni satu je lagi lepas ni boleh balik rumah
dan berehat.Petang ni kelas Dr Farah.
Aku dan Alia mempercepatkan langkah menuju
ke dewan kuliah yang terletak tidak berapa jauh dari surau yang kami berhenti
tadi untuk menunaikan solat zohor.Walau sesibuk mana pun kita jangan sesekali
lupa untuk solat .
“Amani kau agaklah kan Dr Farah tu kan jadi
ke eh dia nak buat kuiz hari ni?” Soal Alia sewaktu kami berdua sedang menaiki
tangga menuju ke tingkat dua dewan di mana bilik kuliah kami berada di situ.
“Entahlah aku tak pasti.Minggu lepas dia ada
cakap nak buat kuiz.Kau ni macamlah tak tahu Dr Farah kan suka buat pop kuiz
ni.Kus semangat suka wat kuiz kejutan.” Tingkah aku.
Memang tak di nafikan pensyarah aku yang
ni baik orangnya namun dalam baik itu ada tegasnya.Aku selesa dengan cara yang
di ajar oleh Dr Farah.Mudah fahamlah orang kata.
“Betul-betul aku setuju.Dia suka buat pop
kuiz ni.” Tambah Alia lagi .
Akhirnya sampai juga kami ke dewan
kuliah.Aku menarik nafas lega lalu memulas tombol pintu dan masuk ke dalam
dewan lalu mengambil tempat di bahagian depan.Bahagian tengah dan belakang
memang dah penuh.Biasalah nama pun pelajar memang dah jadi kemestian dan juga
tabiat bila berada dalam kelas suka sangat duduk di bahagian tengah dan
belakang.
Kalau dah duduk tercorok dekat belakang
tu maknanya adalah mesyuarat ahli tingkap.Maklum sajalah kuliah dua jam.Sejam
pertama memang boleh lagi bagi tumpuan tapi apabila jam bergerak menunjukkan
masuk ke jam kedua semua dah rasa panas punggung.Mulalah mengantuklah, nak
bergosiplah apalah.Semua adalah.
“Amani apa cerita kau dengan encik
Kamarul?” Soal Faizal yang muncul depan aku.
“Nantilah ada masa aku cerita dekat kau.Ni
kau dengan yati apa cerita?” Usik aku pula lalu mengeluarkan nota untuk bab
yang akan dia ajar hari ni.
“Aku dengan dia ok saja.” Tingkah Faizal
sambil menaikkan ibu jarinya kearah aku.
“Woit Faizal kau dah study ke untuk kuiz
hari ni?” Soal Alia dengan tiba-tiba.
“Dah study dah sikit malam tadi.Macam
biasalah aku ni kalau mengadap nota round pertama ok lagi masuk round ke dua
aku tidurlah.” Ujar Faizal yang membuat aku dan Alia tergelak.Aku dan Alia dah
masak benar dengan perangai Faizal.Dia memang macam tu tapi aku tengok result
dia gempak juga.
Setiap orang ada cara belajar yang berlainan
.Ada yang suka belajar secara senyap dan sunyi dan juga ada yang lebih selesa
belajar dalam keadaan yang bising.Itu semua terpulang pada setiap individu.
“Huyooo rajinya cik Amani kita ni mengadap
nota.” Kedengaran satu suara di belakang aku.Aku buat tidak dengar.malas nak
layan.Tak perlu menoleh ke belakang pun aku dah tahu suara siapa tu hah.Suara
sepupu aku tu la si Mazlyn.
“Oit Mazlyn kau nak study ke.Hari ni Dr
farah nak bagi kuiz.” Kedengaran teman
Mazlyn yang bernama Fiqa yang bertanya.
“Ala relax lah kuiz je pon.Tak payahlah nak
study sangat.” Ujar Mazlyn dengan angguh.
“Kau ni Mazlyn langsung tak risau apa-apa
kan.Dahlah sekarang ni kau dah malas nak buat assignment.Semuanya nak harapkan
aku je.” Rozi pula menambah.
“Hah kau jangan nak mengungkit pula.Dengan
kawan baik pun berkira ke?” Tingkah Mazlyn lagi .Aku menoleh ke belakang
sewaktu itu Mazlyn sedang mengadap compact powder .Entah apa yang dia nak buat
pun aku tak tahu.Selepas itu aku terus menoleh ke depan kembali.
“Oit Amani sepupu kau tu kenapa?Aku dengar
si Rozi yang buat assignment dia?Untungnya dia ye.” Bisik Alia pada aku.
“Aku pun tak tahulah.Sejak bila pula dia
jadi malas buat assignment ni?Pelik juga aku.Setahu aku walaupun perangai dia
macam tu tapi dalam belajar mesti dia dahulukan.” Bisik aku pada Alia pula.
Ye memang pelik.Sebelum ni Mazlyn tak pernah
lagi menyuruh orang lain buatkan kerja dia.Kenapa Mazlyn jadi macam tu ye.Sejak
bila Mazlyn berubah menjadi begitu.Dah satu kerja pula aku nak memikirkan
karenah Mazlyn.Kalau pak ngah tanya aku
nanti macam mana aku nak jawab? Ish masalah betul la si Mazlyn ni.Kalau
tak menyusahkan aku tak apalah juga.Buruk-buruk pun tu sepupu aku juga.Aku
mengeluh sendirian.
Suasana
dewan kuliah yang sebentar tadi mengalahkan pasar kini kembali sunyi sepi
apabila ternampak kelibat Dr Farah yang baru saja muncul di muka pintu utama
dewan.Dengan automatiknya pelajar senyap lalu membuka nota.Dr Farah terus masuk
dan menuju ke mejanya.
“Assalamualaikum dan Selamat petang.Dah
ready ke untuk topic kita hari ni?” Ujar Dr Farah sewaktu tangannya lincah di
skrin computer.Sekejap lagi sesi kuliah bakal bermula.
“Kami dah ready .” Kedengaran suara-suara
kami semua dengan serentak.
“Ok Good.” Tingkah Dr Farah sambil
tersenyum lalu memulakan kuliah pada petang ini.Tidak dinafikan kelas petang
memang mengantuk.Sebab itu jugalah aku dan Alia sudah siap sedia dengan
gula-gula untuk menghilangkan rasa mengantuk.
Selesai pun kuliah untuk hari ni.Ya Allah
penatnya tak terkata.Kelas dari jam lapan pagi sampailah pukul empat
petang.Rehat satu jam.Penat , lenguh kaki tangan semu adalah.Aku dan Alia sudah
pun berjalan keluar dari dewan kuliah untuk balik.
“Amani..sekejap.” Aku mendongak ke depan
melihat siapakah gerangan yang memanggil aku.
“Amani aku tak salah nampakkan?” Alia sudah
menggosokkan matanya berkali –kali.
“Aduhai bala apa pula yang datang ni Alia.”
Aku menoleh pada Alia di sebelah.Alia hanya menggelengkan kepalanya.
“Encik Kamarul ada apa ye?Saya nak balik
ni.” Dengan sopan aku menyapa encik Kamarul.
“Dah nak balik ke?Mari saya hantarkan .” Ujar
encik kamarul.
“Maaflah encik Kamarul.Saya balik dengan
Alia dan juga housemate saya sorang lagi.Terima kasih ye.” Aku mula menarik tangan Alia untuk berlalu
dari tempat itu.
Encik Kamarul ni dah kenapa.Dah lupa ke
aku ni tunang orang.Di ulang ye tunang orang.Jangan cakap yang mamat penyibuk
ni tak percaya.Naya aku macam ni.
“Eh tunggulah dulu.” Halang encik Kamarul.
“Encik Kamarul kami ni dah penat nak balik
rumah.Amani jap lagi nak jumpa tunang dia.Encik Kamarul tak perlulah nak kacau
Amani lagi.Dia ni kan tunang orang.” Tingkah Alia dengan geram dan sengaja dia
tekankan perkatan tunang tu pada encik Kamarul.
Melihat air muka Alia pun memang dia nampak
bengang.Mahu tak bengang kalu sehari suntuk dah penat tetiba pula muncul orang
ni.Kalau sebelum ni boleh lagi la dia tahankan dengan kerenah mamat ni tapi
tidak hari ni.Sejak tadi lagi Alia mengadu pada aku yang dia rasa sakit kepala.Mungkin
sebab cuaca yang agak panasa hari ni.
“Saya tak percayalah Amani awak dah
bertunang.Awak jangan tipu sayalah Amani.” Tingkah Encik Kamarul tidak puas
hati.
“Ya Allah.. Encik Kamarul nak suruh saya
cakap bagaimana lagi?Kalau encik Kamarul tak percaya sekejap ye saya call dia
suruh datang sini.” Bidas aku dengan geram .Haish kalau dah selalu begini mahu
aku tak angin.Janganlah bagi aku hilang hormat pada dia ni! .
Aku
terus mendail nombor Rafique.Wahai Rafique tolonglah angkat telefon.Saya
perlukan khidmat awak sekarang ni.Terkejut encik Kamarul melihat reaksi
aku.Baru dia tahu aku tak menipu biarpun hakikatnya memang itu satu
penipuan.Terpaksalah aku guna cara begini.
“Assalamualaikum Rafique.Boleh datang
kampus saya tak?Encik Kamarul ni masih tak percaya yang saya ni tunang awak.”
“Hah mamat tu kacau awak lagi ke.?”
Soalnya disebelah sana.
“Ye la.Datang ye.” Ujar aku separuh
merayu.Alia sudah tersenyum pada aku .
“Ok
sekejap lagi saya sampai.” balas Rafique pula.
“Saya tunggu awak dekat sini.Saya dengan
Alia.Ok jumpa nanti.” Ujar aku lagi lalu mematikan talian.
“Encik Kamarul sekejap lagi tunang saya
sampai.Puas hati encik Kamarul?” Soal aku sambil tersenyum.
Oh Rafique awaklah hero saya.Cepatlah awak
sampai Rafique.
“Encik Kamarul nak tunggu dekat sini
atau encik Kamarul nak suruh tunang saya tu jumpa dekat bilik encik kamarul?”
Tokok aku lagi.
“Erm tak apalah.Lain kalilah saya jumpa
dia.Saya pergi dulu ada hal.” Tingkah
encik kamarul lalu berlalu pergi.
“Weh habis tu sekejap lagi Rafique sampai
macam mana?” Soal Alia pada aku sewaktu
melihat encik kamarul yang sedang berlalu pergi menuju ke keretanya.
“Aah la kan.Menyusahkan dia pula ,tadi dia
dah kata sekejap lagi dia sampai.Errm tak apalah biarlah dia datang nanti aku
pergi jumpa dia.” Ujar aku pada Alia yang sedang memicitkan kepala.
“Eleh cakap je la yang kau nak dating
dengan Rafique.” Usik Alia.Sempat lagi tu dalam sakit kepala mengusik aku.
“Sakit kepala kau dah ok ke?” Soal aku lagi
pada Alia.
“Mestilah sakit lagi dan makin
berdenyut-denyut bila aku tengok muka encik Kamarul tadi.Aku rasa nak lempang
je.Ye la menyibuk betul halang laluan kita.Pelik betul aku dengan encik Kamarul
tu tak pernah berputus ada tu tackle kau.” Tokok Alia lagi.
“Amboi sakit-sakit pun mulut kemain lagi.”
Aku menepuk bahu Alia.
“Kepala yang sakit mulut tak.” kemain lagi
si Alia ni menjawab.
“Hah Amani kat sini rupanya kau.Dari tadi
lagi aku cari kau.” Tersentak aku dengan Alia apabila di sergah oleh Mazlyn.
“Kau ni Mazlyn tak reti nak bagi salam dulu
ke?” Marah Alia pada Mazlyn.
“Aku nak cakap dengan kau Amani.Tadi aku
nampak encik kamarul bercakap dengan kau.Apa dia nak.Patutlah tadi aku panggil
encik Kamarul dia buat tak dengar je..Sakit betul hati aku .” Ujar Mazlyn tidak
puas hati.
“Kau ni dah kenapa Mazlyn tetiba muncul
depan aku nak naik angin je.Kau tolong cakap dengan encik kamarul tu jagan
kacau aku lagi boleh tak?Rimas dan lemas aku dengan dia.” Aku membidas pada
Mazlyn.
“Yang kau pergi layan mamat tu kenapa.Kau
kan tahu yang aku ni memang suka sangat dengan encik kamarul.Aku tak sukalah
tengok dia asyik kejar kau sana sini.Aku yang depan mata dia ni tak pula dia
nampak.Apa aku ni tak cukup bagus ke dekat mata dia?” Soal Mazlyn pada aku.
“Kau tanya aku ?manalah aku tahu.Kau tanyalah
dia sendiri.Aku tak kuasa la nak melayan dia.Serabut kepala aku ni haaa.Dah la
aku nak balik.Jom Alia.” Aku sudah menarik tangan Alia namun dengan pantas
Mazlyn menghalang laluan aku dan Alia.
“Mazlyn
apa lagi ni?Aku dahlah sakit kepala ni.Tepilah kitaorang nak balik ni.”
Tingkah Alia.Kesian pula aku tengok
muka Alia yang dari tadi menahan sakit kepalanya.
“Aku bukan nak bercakap dengan kau Alia.Aku
nak bercakap dengan sepupu aku Amani.Kalau dah sakit kepala tu pergilah balik.”
Tingkah mazlyn lagi.
“Memang kitaorang nak balik pun.So kau
janganlah halang laluan kitaorang ni.Aku nak hantar Alia balik rumah.Dahlah
Mazlyn.Tak perlu la kau nak jealous aku dengan encik kamarul tu.Aku seribu kali
tak nak dekat dia.Aku rimaslah macam ni.Kalau kau suka sangat pergilah dekat
dia ambil hati dia ke apa ke.Jangan kacau aku.” Ujar aku dengan panjang lebar.
Si
Mazlyn ni tak faham bahasa lagi ke?Dia nak suruh aku cakap bahasa apa lagi
ni?Berapa kali aku nak cakap yang aku tak suka encik kamarul.Diulang lagi
sekali tak suka.
“Amani kau dengar sini.Selepas ni aku tak nak
tengok lagi kau jumpa encik kamarul.Aku tak suka.Jangan sampai aku bongkarkan
rahsia kau nanti.” Ugut Mazlyn pada aku.
“Hah bongkarkan rahsia?Rahsia apa pula ni
Mazlyn.Sejak bila aku ada rahsia dengan kau ni?” Soal aku sambil mengerut dahi.
“Eh Amani rahsia apa kebenda pulak ni?”
Soal Alia.Aku sudah menggelengkan kepala pada Alia.
“Aku pun tak tahu Alia.Mazlyn apa maksud
kau?” Soal aku lagi.
“Kalau kau nak tahu sangat kau ni
sebenarnya anak……”
“Amani…”Aku menoleh ke belakang.Rafique dah
sampai.
“Eh Amani, Rafique dah sampailah.” Ujar
Alia sambil menyiku aku.Sempat lagi dia tersengih dekat aku.
Aku melambaikan tangan pada Rafique yang
sedang berjalan ke arah aku.Terukir satu senyuman manis di bibir aku.
“Kau
cakap sebenarnya apa tadi Mazlyn?” Soal aku kembali pada Mazlyn.
“Erkk..erkk tak ada apa-apalah.Ingat pesan
aku.Selagi lagi aku nampak kau jumpa encik Kamarul aku tak teragak-agak
bocorkan rahsia lama kau.” Mazlyn memberi amaran keras pada aku.
“Rahsia lama?Aku tak faham.” Tingkah aku
pada Mazlyn.
“Dahlah aku pergi dulu.Ingat !!!...” Sekali
lagi Mazlyn memberi amaran kerasa pada aku lalu dia berlalu pergi meninggalkan
aku yang masih terkebil-kebil memandangnya dengan seribu kerutan di dahi.Apa
yang Mazlyn cuba sampaikan ni?.
“Sorry lama ke tunggu?Mana Kamarul?” Soal
Rafique yang baru saja tiba di depan aku sambil melalilau matanya mencaei
kelibat encik Kamarul.
“Eh taklah.Kitaorang baru habis kelas tadi.”
Aku mendongak pada muka Rafique.
“ Encik Kamarul dah blah la Rafique.Awak
lambat sampai.” Dengan selamba saja si Alia ni membidas.
“Ye ke?Sorry jalan sesak tadi.Awak ok tak
Amani?” Soal Rafique lagi.Alia di sebelah aku sudah tersengih.Alia nak mengusik
aku lah tu.Aku mengetap bibir pada Alia.
“Tak apalah.Sorry saya buat awak kelam
kabut petang ni.Tak pasal-pasal awak kena datang sini.Maafkan saya Rafique.”
Tingkah aku dengan serba salah.
“La tak apalah.Kebetulan tadi saya jumpa
client.Waktu awak call tu saya dah ada dalam kereta nak balik.” Ujar Rafique
sambil tersenyum lalu membuka kaca mata hitam miliknya.Wow handsomenya
Rafique.Tidak berkelip aku memandangnya.
“ So awak berdua nak kemana ni?” Soal Rafique
lagi.Aku dengar tapi mata masih lagi tidak berganjak memandang Rafique.
“Weh Amani..Rafique tanya kau tu.Boleh pula
kau berangan masa ni.” Alia menyiku aku.
“ Hah apa
dia?” Soal aku dengan terkejut.
“Tu la berangan lagi.Adoyai member saya ni
Rafique memang kuat berangan.” Tokok Alia lagi sambil memicit kepalanya.Aku
menepuk bahu Alia.
“Saya tanya awak berdua nak kemana ni?” Soal
Rafique lagi sekali.
“Oh saya dengan Alia nak bali rumah sewalah.Awak
nak jumpa encik kamarul ke?” Ujar aku lagi.
“Kalau nak balik mari saya hantarkan.Lain
kalilah saya jumpa encik Kamarul.Nanti saya bagi warning dekat dia jangan
ganggu tunang saya lagi.” Ujar Rafique dengan selamba.
“Apa kata korang hantar aku balik.Lepas tu
Amani kau temanlah cik abang kau ni merangkap ‘tunang’ kau tu pergi makan ke
sekejap.Susah payah dia datang tadi.” Dalam sakit sempat lagi aku mengenakan
aku dengan Rafique.
“Bagus juga cadangan awak tu Alia.” Tingkah
Rafique pula sambil tersenyum pada Alia.
Haaaa sudah Rafique ni pun satu ikut je apa
cadangan si Alia ni. Ish Alia ni pula sengaja nak kenakan aku dengan
Rafique.Kemain lagi dia ketawa semalam bila aku cakap yang aku minta tolong
Rafique jadi tunang palsu aku depan encik Kamarul.Pelbagai idea muncul dalam
kepala si Alia ni bila tahu aku kononya jadi tunang Rafique.
“Jomlah saya hantarkan awak berdua bailik.”
Ujar Rafique lagi.
“Terima kasih.Maaf sebab saya susahkan awak
petang ni.” Tingkah aku lagi.
“Tak apa.Awak kan tunang saya.Apa saja untuk
awak Amani saya sanggup.” Jawab Rafique lagi Alia tersengih manakala aku pula
terkedu.
“Untung kau Amani dapat tunang macam ni.”
Bisik Alia dengan perlahan sempat aku hadiahkan satu cubitan kecil di lengan
Alia.Nasib baik Rafique tak dengar tadi.Kalau tak malu aku.Akhirnya kami
bertiga terus bergerak menuju ke kereta milik Rafique .
“Ish
Diamlah kau.Nanti Rafique dengar.” Bisik aku pada Alia.Dengan selambanya Alia
sengih dan mengenyitkan mata pada aku.Aku cubit lagi lengan tu baru tahu.
Bersambung...
NotaHujungKaki :Manuskrip Penuh Dirimu satu sudah selesai.Lega rasanya.DMS mungkin akan di update sampai bab sampai 30 sahaja di blog ini.Lepas ni menumpukan perhatian pada mss Tak Cuba Kembali pula.. :D
SaLaM KaSiH

No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D