Selamat berhujung minggu.Ok hari ni di update sambungan cerita Dirimu Satu.Owhh ye karya Dirimu Satu hanya diupdate sampai bab 28 sahaja.Terima kasih banyak2 kerana baca karya pertama Ayra Zahra yang serba serbi kekurangan.Mencari mood untuk menulis karya seterusnya yang bertajuk Tak Cuba Kembali tetapi tajuknya sudah berubah menjadi AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU .

Kebenaran yang menyakitkan ......
“AMANI..buka pintu ni.Jomlah kita makan
.Balik tadi kau tak jamah apa-apa pun lagi.Bukalah pintu ni Amani.” Pujuk Alia
sambil mengetuk pintu bilik aku bertalu –talu.
Ya selepas balik dari kampus tadi aku terus
mengurung diri di dalam bilik Aku tak tahu nak fikir apa yang pasti aku hanya
menanggis.Betul ke aku ni anak pungut?Soalan itu yang bermain di fikiran aku
ketika ni.Kalau betul mengapa semua orang merahsiakan daripada kau.Macam mana
Mazlyn mengetahui hal aku.Siapa keluarga kandung aku.?Apabila soalan demi
soalan menerjah ke dalam fikiran hanya dengan menanggis saja aku melepaskannya.
“Kenapa ibu , abah dan abang rahsiakan semua
ni?Kalau aku anak pungut kenapa nama ayah aku sama dengan abang Amar.Apa semua
ni.?ke memang nama ayah kandung aku sama seperti abah?Pelbagai soalan menerjah
di kepala aku.
Aku memicit kepala yang sedang
berdenyut.Dari petang tadi aku menyembamkan muka ke bantal sambil
menanggis.Mata aku pun dah bengkak.Aku kecewa , sedih yang amat.Mengapa baru
sekarang aku mengetahui.Mengapa bukan sejak dulu lagi?
“Amani buka pintu ni.Tolong Amani.”
Kedengaran suara Maya pula memanggil aku.Aku hanya memandang lesu pintu bilik
yang tertutup.
“Amani buka pintu ni.Kalau kau tak nak buka
pintu ni aku call abang kau tak pun aku call Rafique biar dia datang sini.”
Alia cuba menggugut aku.
Sebaik saja mendengar nama Rafique aku terus
bangun lalu menuju ke pintu bilik aku dan memulas tombol pintu.Aku tak nak
Rafique tahu tentang ini.Aku tak nak menyusahkan sesiapa lagi.
“Ya
Allah Amani.Bengkaknya mata kau.” Ujar Alia sewaktu aku membuka pintu
bilik seluas-luasnya.Aku hanya diam membisu.
“Amani janganlah macam ni.Kita tak tahu
kesahihan cerita dari mulut Mazlyn.Kau percaya ke dengan kata-kata Mazlyn?”
Tingkah Maya sambil menarik lengan aku lalu di bawanya ke ruang tamu.Aku hanya
mengikut saja.
“Aku..aku…” Aku sudah teresak lagi
sambil menyapu air mata yang jatuh membasahi pipi aku.
“Amani kau kena kuat.Kita tak tahu kisah
sebenar lagi.Kau jangan fikir yang bukan-bukan.Mana tahu semua itu tak
betul.Membazir je air mata kau tu.Tak pasal-pasal kau kekurangan air dalam
badan.” Ujar Alia sambil memujuk aku.Sempat lagi dia nak mengusik.Aku tengah
sedih dia boleh pula buat rupa itu.
“Aku..aku buntu Alia, Maya.Aku tak tahu,
tapi hati aku mengatakan bahawa apa yang Mazlyn cakap siang tadi betul.Aku
sedih aku kecewa kalau benar mengapa mereka harus merahsiakan dari
aku.Kenapa?Aku ni tak ada hak langsung ke nak tahu.?” Soal aku bertalu-talu
pada mereka berdua.Alia dan Maya berpandangan sesama sendiri.
“Amani kau dengar sini.Semua jawapan pada
persoalan kau tu ada pada abah dan ibu kau.Kau tanya diaorang.Jangan macam
ni.Esok balik rumah kau tanya.Esok aku tidur rumah kau dulu ok.” Tingkah Alia
sambil mengusap bahu aku.
“Betul aku setuju dengan Alia.Esok kau
balik kau tanya kisah sebenar .Mereka
pasti ada jawapan untuk segala persoalan
yang sedang bermain di fikiran kau di kala ini.Percayalah.” Tambah Maya pula.
“Alia ..aku rasa kau ikut Maya balik
dulu.Biar aku balik sorang dulu.Biar aku selesaikan masalah aku ni dulu
Alia.Bolehkan.Maafkan aku Alia.” Ujar aku air mata terusan membasahi pipi.Aku
buntu sekarang ni.Aku rasa nak tenangkan fikiran .Kepala aku berserabut.Ya
Allah berikanlah aku petunjukMu.
Alia berat hati pada mulanya tetapi
apabila aku memohon supaya bagi aku ruang untuk bersendirian akhirnya Alia
bersetuju.Aku tahu mereka berdua risaukan aku tapi buat masa ni aku rasa biar
aku bersendirian buat sementara waktu.
“Ye la Amani, tapi janji dengan aku yang
kau tak boleh jadi selemah ni.Kalau tak aku dengan Maya tak teragak-agak pergi
ke rumah kau.Aku dan Maya akan campur tangan sekali kalau keadaan kau makin
teruk.” Sempat lagi Alia mengugut aku.
“Aku
setuju Alia.” Tokok Maya pula.
“Sekarang ni aku tak kira , aku nak kau makan dengan kitaorang sekali.”
Alia sudah pun menarik aku bangun menuju ke meja makan.
“Aku tak ada selera nak makan Alia.” Tingkah
aku sambil menarik tangan aku dari Alia.
“No ..no ..no ..Kau kena makan juga.Kalau kau
sakit nanti siapa yang susah.” Marah Alia pula apabila melihat kedegilan aku.
“Kalau kau degil aku paksa kau makan juga.Aku
tak kira..” Maya pula menambah lalu menarik tangan aku dan membawa aku menuju
ke meja makan.Dari ekor mata aku nampak Alia sudah tersenyum melihat gelagat
aku dan Maya.
Sewaktu Alia dan Maya sedang menyuapkan
makanan ke dalam mulut aku masih lagi termenung di meja makan sambil berteleku
memandang makanan.Tadi Maya keluar membeli makanan.Nasi Goreng Daging Merah aku
pandang saja.
“Amani kenapa tak makan lagi?Kalau kau tak
nak makan aku suap nak?” Tingkah Alia dengan tiba-tiba .Maya yang sedang
menyuapkan nasi ke dalam mulut terus terhenti dan mengalihkan pandangannya pada
aku.
“Amani makanlah.Kesian nasi tu.Dia pun
menanggis juga sebab kau tak nak makan dia.” Ujar Maya ada nada untuk mengusik
aku disitu.Namun aku hanya memandang saja sambil mengeluh dengan perlahan.
“Aku..aku tak ada selera nak makan.”Jawab aku
dengan jujur.
“Please Amani makan sikit.Kalau kau sakit
macam mana?” Soal Alia pula.
Tanpa berlengah Alia sudah mencapai sudu
yang sudah berisi nasi lalu disuakan ke mulut aku.Aku memandang Alia tanpa
berkelip.
“Amani kau ingat lagi tak sewaktu aku
menanggis dulu.Apa kau cakap dekat aku.Kau kata semua orang ada masalah.Suka ke
tak suka ke memang kena hadapinya.Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.”
Ujar Maya satu persatu.Memang betul itu kata-kata aku pada dia dulu sewaktu dia
menanggis dan sepahkan bilik kami.
“Makanlah Amani.Please.” Alia menyua
lagi sudu yang berisi nasi tadi ke mulut aku.Kali ni aku tidak mampu menolak
lagi.
“Terima kasih Alia , Maya..” Ujar aku sambil tersenyum tawar.
Pada malam itu aku tidak dapat tidur
.Berkali-kali aku tukar posisi tidur.Pusing kanan salah.Pusing kiri pun
salah.Aku memandang kipas yang berputar.Aku melihat jam di telefon aku.Jam
sudah menunjukkan pukul tiga pagi namun mata aku masih juga tidak boleh
lelap.Maya dan Alia mestilah sudah dibuai mimpi.Dari baring aku bangun dan
bersandar di kepala katil sambil memeluk koala.Selepas itu aku memandang ke
meja bersebelahan aku lalu aku mengambil frame gambar yang besar.Di dalam frame
ni gambar aku bersama keluarga aku.Gambar sewaktu hari raya tahun lepas.Aku
memeluk frame gambar tersebut.Sekali lagi air mata aku berguguran.
Akhirnya aku meletakkan kembali frame
gambar tersebut ke tempat asalnya lalu aku bangun menuju ke bilik air untuk
mengambil wuduk .Setelah itu aku
menunaikan solat sunat hajat dan selepas itu aku mengaji Al-Quran.
Selepas sembahyang subuh tadi aku tidak
menyambung tidur. Selepas mengaji aku terlelap sekejap di atas sejadah selepas
itu aku dah tak sedar apa-apa melainkan aku terkejut sewaktu jam penggera di
telefon aku berbunyi nyaring menunjukkan pukul enam setengah pagi.
AKU memulas tombol dengan perlahan.Jam di dinding baru
menunjukkan pukul lapan pagi.Aku menjenguk pintu bilik Maya dan Alia yang masih
lagi rapat.Aku berjalan menuju ke ruang tamu dengan perlahan lalu aku
menghenyakkan diri di situ.Aku tidak tahu apa yang aku harus buat.
Aku memandang setiap penjuru
rumah.Fikiran aku berserabut.Aku bangun lalu menuju ke ruangan dapur lalu
mengambil penyapu.Aku menyapu di sekeliling rumah termasuk dengan bilik
aku.Dari menyapu sampailah ke mop lantai.Aku buat seorang diri.Ke hulu le hilir
aku ulang alik membersihkan kawasan rumah.
“Amani kau buat apa pagi-pagi buta ni?”
Soal Alia sewaktu terjengkul di pintu biliknya.Alia menggulungkan rambutnya
lalu di sepit di atas .Tualanya juga
sudah berada di atas bahunya.Alia menggosokkan matanya berkali-kali memandang
aku.
“Amani kau buat sorang-sorang semua ni?”
Ujar Alia sambil berpusing melihat ruang tamu yang berkilat.Aku hanya
menganggukkan kepala saja.
“Amani kau tidur ke tak malam tadi?” Soal
Alia lagi sewaktu melihat mata aku yang sembab .
“Aku tak boleh tidur.”Ujar aku pada Alia.
“Kenapa kau tak kejutkan aku.Kalau tak aku
dengan Maya boleh temankan kau Amani.” Tingkah Alia tidak puas hati.
“Aku tak nak susahkan korang berdua.” Jawab
aku sambil menundukkan kepala ke lantai.
“Amani kitakan kawan baik.Kau sahabat
aku.Kalau kau sakit aku juga merasainya.Aku tahu kau tengah runsing dan juga
berserabut fikirkan hal yang Mazlyn ungkapkan.Aku nak kau tahu yang aku dengan
Maya sentiasa ada di belakang kau.Jangan pendam seorang diri Amani.” Ujar Alia
dengan tegas.
“Aku tahu tapi aku tak nak bebankan korang
berdua dengan masalah aku.” Tingkah aku lagi sambil memandang Alia.
“Janganlah cakap macam tu.Kitakan dah lama
kawan.Kau ingat aku boleh bersuka ria ke bila tengok keadaan kau lagu ni rupa?”
Ujar Alia lagi sambil memeluk bahu aku.
“Morning korang.” Kedengaran suara Maya
pula yang baru saja muncul di depan pintu biliknya.
“Morning Maya.” Jawab Alia.
“Eh kejap kenapa aku tengok lantai ni
berkilat sangat.Kau mop lantai ke Alia?” Soal Maya pada Alia.
“Bukan akulah , ni haa Amani punya
kerja.Kau tengoklah mata dia sembab ni.Malam tadi entah tidur entah tidak.Bukan
nak kejutkan kita.”Bebel Alia pula.
“Kenapa kau tak kejutkan kitaorang
Amani.Janganlah macam ni.Kitaorang kan kawan kau.Apa guna kawan kalau tak boleh
ada sewaktu kawanya susah.” Tingkah Maya pula.Pagi-pagi lagi gegendang telinga
aku terpaksa menahan nasihat dan ceramah percuma dari mereka berdua.
Ye mereka berdua memang sahabat baik
aku, tapi kalau boleh aku tak nak menyusahkan mereka berdua.
“Aku tak nak susahkan korang berdua.”
Jawab aku pula.
“Ermm Amani..Amani..Ingat Amani walau besar
mana pun masalah kita kena hadapinya juga.” Bebel Alia lagi.Aku mengeluh dengan
perlahan.
“Ni macam mana kau nak balik rumah.Jomlah
aku hantarkan.” Ujar Maya sewaktu aku sedang berbaring di dalam bilik aku.
“Tak apalah.Korang baliklah dulu.” Tingkah
aku.Sememangnya hari ni aku terasa tawar hati untuk balik ke rumah.Kalau dulu
akulah orang nak cepat balik rumah tapi
tidak hari ni.Mood aku entah hilang pergi ke mana.
“No ..no aku takkan biarkan kau dekat
sini.Kita hantar Amani dulu Maya.Selagi Amani tak masuk ke dalam rumah dia kita
pun jangan juga berganjak.” Alia sudah memberi amaran .Ada sedikit ketegasan di
situ.
“Betul aku setuju.Kalau kau tak nak ikut
aku dengan Alia juga tidak berganjak dari rumah ni juga.” Kini giliran Maya
pula mengugut aku..Aku mengeluh lagi melihat kerenah mereka berdua.Tiada cara
lain ke selain mengugut aku.?Protes aku
tidak puas hati.
“ Ermm ye la.Tunggu sekejap aku bersiap.”
Ujar aku pula .Aku pandang muka Alia dan maya yang kini sedang tersenyum.Adakah
aku cukup kuat untuk hadapinya?
Sepanjang perjalanan menuju ke rumah aku banyak mendiamkan diri.Hanya mendengar
celoteh DJ di radio hot fm.Aku hanya melayan perasaan yang entah melayang ke
mana aku sendiri tidak pasti.Aku memandang beruang koala yang aku letakkan di
sebelah aku.Selepas itu mataku pula aku alihkan mengadap panorama sekitar jalan
raya dan juga aku memandang ke langit melihat awan yang sedang berarak.Fikiran
aku terasa kosong.
Selepas bersalaman dengan Alia dan Maya aku
terus membuka pintu pagar rumah aku.Jenuh juga telinga aku mendengar bebelan
Alia dan Maya yang tidak habis menasihati aku .Aku tahu mereka berdua risaukan
aku dan sebenarnya aku memang bertuah kerana memiliki teman seperti mereka
berdua.
Aku
memulas tombol pintu dengan perlahan-lahan sambil memberikan salam.
“Assalamualaikum…” Mana pergi ibu dan abah
aku ni.Senyap saja ruang tamu.Aku mula menjenguk ke ruang dapur.Beg roda aku
letakkan di tepi tangga.
“Abang risau Pah.Abang takut adik marahkan
kita tentang hal ibu kandung dia.Awak tahukan yang saya sangat sayang dengan
anak saya tu.Dia sorang saja anak yang saya ada.” Tergamam aku seketika
mendengar perbualan abah aku di dapur.
“Saya pun risaukan dia juga bang.Saya
takut adik merajuk dan marah dengan kita.”
“Abang buat semua ni demi keselamatan adik
dan juga ibu kandung dia.Nyawa mereka berdua ibarat nyawa abang.” Tokok abah
aku lagi.
Jadi betullah aku ni anak pungut.Sampai hati
ibu dengan abah rahsiakan dari adik.Apa salah adik ?Aku berselindung di sebalik
dinding .Airmata yang tadi sudah kering kini jatuh kembali membasahi pipi
aku.Ya Allah apakah maksud ini semua.Kuatkan semangat aku Ya Allah untuk
menerima semua ini.
“Kita tak boleh rahsiakn hal ini bang.Makin
lama kita simpan makin adik terluka.Kita dah melukai dua hati bang.Hati ibu dia
dan juga hati adik bang.Apa akan jadi kalau satu hari semua ni terbongkar
bang?” Soal ibu aku lagi pada abah aku.
“Entahlah itu yang merunsingkan kepala
abang sejak akhir-akhir ni.Abang bimbangkan adik..Dia satu-satunya anak
abang.Walaupun Amar tu hanya anak tiri abang tapi abang dah anggap Amar seperti
anak sendiri.Abang sayang Amani dan juga Amar.”. Tambah abah aku lagi.Mata ibu
aku sudah berkaca.Aku menutup mulut.Abang Amar anak tiri abah?Kenapa aku baru
tahu hari ni?Apa semua ni? Ya Allah..
“Pah salah ke abang nak melindungi anak
abang adik dari orang yang dah menghancurkan rumahtangga abang dengan ibu adik
dulu.Abang juga tidak sanggup untuk berpisah tapi abang tiada pilihan di kala
itu.Nyawa adik dan nyawa ibunya dalam bahaya ketika itu.” Luah abah aku lagi.
Apa maksud abah?Siapa ibu kandung aku yang
abah sebutkan ?Aku memicit kepala yang terasa berdenyut dengan tiba-tiba.Apa
semua ni?Aku tak faham..
“Abang tak salah.Abang seorang ayah dan
seorang suami yang sangat baik,Abang cuba melindungi anak dan isteri
abang.Keadaan yang memaksa abang lakukan itu semua.” Luah ibu aku pula sambil
mengusap bahu abah .
“Abang risaukan Amani dan bekas mertua
abang pula risaukan bekas isteri abang .Apa akan jadi apabila dia tahu yang
anaknya masih lagi hidup.?” Soal abah aku pada ibuku.
“Sabar bang.InsyaAllah semuanya akan
terungkai tidak lama lagi.Apa yang kita lakukan adalah demi kebaikan Amani dan
ibunya.Pah yakin kalau di takdirkan suatu hari nanti semua ini terbongkar adik
boleh terima.” Pujuk ibuku pula.
“Kalau hal ini terbongkar , maka Amani dan
ibu dia boleh berada dalam keadaan bahaya.Tiada sesiapa yang mengetahui hal
adik melainkan bekas ayah mertua abang.Kalau hal ni berlaku abang kena
bertindak untuk melindungi adik.” Ujar abah aku sambil memandang sayu pada
ibuku.
“Tapi abang kata yang Syukri dah meninggal
dua tahun lepas sebab sakit jantungkan.?”Soal ibuku dengan tiba-tiba.
“Memang dia dah meninggal, tapi abang tetap
risau.Kita tak tahu apa bakal terjadi masa depan Pah.” Jawab abahku pula.
Siapa Syukri?Apa kaitan dengan semua ni?Mata
aku rasa berpinar-pinar.Apa maksud semua ni?Aku tak faham apa yang abah dan ibu
bincangkan.
“Adik bila sampai?Kenapa bersembunyi tepi
dinding tu?” Soal abang aku dengan tiba-tiba membuatkan aku tersentak lalu
mendongak ke arahnya.Bila masa abang aku sampai?
“Ya Allah bang.Adik dah balik ke?” Kedengaran
suara ibu aku di dapur.
“Adik..adik..” Kedengaran suara abah aku pula
memanggil aku.
Aku
sudah terduduk di lantai di tepi dinding yang aku bersandar tadi.Aku terasa
lemah longlai .
“Adik kenapa ni?” Soal abang aku .Berlari
dia menuju arah aku.
“Adik …adik..” Aku pandang abah aku yang
baru saja tiba disisi aku.
“Ibu ..abah kenapa dengan adik ni.Kenapa adik
menanggis ni?” Soal abang Amar bertalu-talu pada ibu dan abah aku.Aku hanya
mendiamkan diri,Hanya air mata yang terusan mengalir tanpa henti.Aku memejam
mata dan selepas itu aku tidak tahu apa yang terjadi.
bersambung ....
NotaHujungKaki : Watak Utama untuk cerita Aku Ditakdirkan Untukmu - Dian Batrisya,Dhiya' Batrisya , Rafiqi Aryan, Zafran Nufail , Hana Yasmin. sejak selesai manuskrip DMS aku byk hbskan masa dengan membaca buku .Harap2 next week aku akan memulakan menulis ADU lak..Ngeeee..:D .Target ADU siap dalam hujung tahun ni.Hehehhe..U can do it ..:D
SaLaM KaSiH

Eeee.. Mazlyn cam hampagas nyamuk bedebah tauuuu. Amani bukan anak pungut hokayyyyyy
ReplyDeletekan..Tapi tu la suka hati dia je .Sebabya cemburu ..Haish..
ReplyDelete