Selamat pagi semua dan selamat hari selasa.Ok sementara aku menunggu untuk wat kerja dekat opis ni maka aku update la sambungan DMS .Aku akan update sampai bab 29 saja d blog ni .Hehehhe.Terima ksih kerana membaca DMS ye...:D
NotaKecik : Perempuan yang cantik kat atas ni nama dia shaznida merupakan salah sorang model Radiusite.Comelkan dia.Inilah Amani dan juga Syed Rafique dalam imaginasi Ayra Zahra .Hehehhe.
AKU meletakkan kembali naskah Al-Quran di
rak yang telah tersedia berdekatan dengan tingkap di rumah sewa aku.Aku baru
selesai menunaikan solat isyak dan juga baru selesai mengaji .Selepas itu aku
terus membuka telekung yang aku pakai tadi lalu aku sidai telekung dan sejadah
di tempat yang telah aku khaskan untuk telekung dan sejadah yang terletak
berdekatan dengan penjuru meja belajar aku.
Setelah itu aku berganjak ke cermin lalu
mencapai sikat dan menyikat rambut ala-ala hantu kak limah ni haa.Bukan senang
nak jaga tahu.Enam tahun kot aku simpan untuk panjang mengurai rupa ini.Ibu
kata muka aku tak sesuailah kalau rambut pendek.
“Korang lapar tak?”Soal Maya sewaktu aku
keluar dari bilik .
“Mestilah lapar .Lainlah orang tu dah
kenyang siang tadi dah pergi dating.” Usik Alia sambil memandang aku.Maya sudah
tergelak.Sah Maya dah tahu pasal Rafique ni.Biasalah diorang berdua ni kalau bab mengenakan aku memang juara.
“Amboi
cik Alia perli cik Amani ke?” Soal aku sambil tersengih.
“Alia cemburulah kot.” Usik Maya pula.
“ Oit agak-agaklah.Tak kuasa aku nak cemburu
ni haa.Aku bukan seperti Mazlyn ok.” Ujar Alia sambil menarik muncung.
“Ala
kitaorang gurau je la.Aku tau korang berdua sahabat baik aku selalu ada dengan aku.”
Pujuk aku pula.
“ Haaa tau tak apa.Korang jomlah
makan.Kesian perut aku asyik nyanyi je dari tadi.” Alia mempamerkan muka
sedih.Aku dan Maya sudah tergelak melihatnya.
“Kau memang bab makan nombor satu.” Tokok
Maya pula..
“Eleh cakap orang kau pun samalah cik Maya
oit.” Bidas Alia lagi sambil memfokuskan matanya pada skrin televisyen.
Kemain lagi mata Alia mengadap skrin
televisyen yang sedang menunjukkan iklan syampu Pantene.
“Oit tak payahlah kau nak berangan rambut
macam model dekat tv tu hah.Nak makan tak?Pergilah bersiap cik Alia..” Maya
menepuk bahu Alia yang sedang ralit menonton televisyen.
“Ish kau ni.Ye la aku pergi siap.” Tingkah
Alia lalu bangun dan menuju ke kamarnya.
“Dah tak payah nak bertekak.Jomlah bersiap.Kita
keluar makan.Aku pun lapar ni.” Aku pula bersuara sambil mengusap perut yang
sememangnya lapar.
Siang tadi aku keluar dengan Rafique pergi
minum je.Waktu tu perut tak terasa lapar lagi.Kalau tak dah boleh aku paw si
Rafique tu banyak sikit.Biasalah bab makan aku memang tak boleh tolak ansur
tapi tu la perut aku siang tadi kenyang lagi.Keluar minum dan borak-borak je la
dengan Rafique.Ye la dah la susah payah dia datang kampus sebab aku.Kalau tak
ada Rafique tak tahulah aku macam mana rupa nak hadap muka encik Kamarul yang
suka menyibuk hal orang tu.Huh Bosan dan merimaskan.
Malam itu selepas menyiapkan tugasan aku
terus bergolek di atas tilam.Fikiran aku melayang-layang sambil melihat kipas yang sedang berputar.Aku
teringat kembali tentang Mazlyn.Apa maksud Mazlyn tentang rahsia lama.Rahsia
apa ye agaknya? Takkan la aku tak tahu
menahu apa-apa pun.
“Cik koala kau agakkan apa sepupu aku cuba
sampaikan pada aku siang tadi?Aku tak fahamlah cik koala.Aku rasa macam sesuatu
saja.Ada yang tak kena saja.” Aku membebel sambil menepuk patung koala yang
dihadiahkan oleh abang Am.
“Ish dah satu hal pula aku nak kena fikir
.Aduhai Amani baik kau tidurlah dari fikir
pasal Mazlyn.Buang masa sajalah.Aku harap satu hari nanti Mazlyn dan aku
boleh jadi rapat seperti mana aku rapat dengan sepupu aku yang lagi sorang
siapa lagi kalau bukan Kak Sofea.
“Kau ni tidur ke berangan?” Tetiba terjengkul
muka si Alia dengan rambut diikat dua kiri dan kanan.Kanak-kanak ribena tengok
pun kalahlah.Bantal di kepit sebelah kananya.
“Kau
ni Alia buat terkejutkan aku je.Eleh cakap
orang yang kau tu tak tidur lagi kenapa?Dah buang tabiat ke malam-malam
ni?” Ujar aku namun aku masih lagi berbaring di atas bantal sambil memeluk
koala.
“Sorry beb aku tak boleh tidurlah.Susah pula
mata aku ni nak lelap, nak kata perut aku kenyang sangat tak ada la juga.Kalau
kenyang mesti lagi senang aku nak tidurkan.” Alia bermonolog sendirian lalu
menghenyakkan diri di sebelah aku.
“Kesian.Kau teringat dekat siapa malam-malam
ni.Takkan la kau teringat dekat mamak yang jual roti canai tadi kot.”Usik aku
pula sambil tersengih.
“Amboi kau Amani tak sayang mulut ke?Malaslah
nak layan kau.Aku nak tumpang tidur dekat sini boleh?”Ujar Alia sambil
menepuk-nepuk bantalnya di sebelah bantal aku.
“Ala tidur je.Ada juga aku teman malam ni.”
“Amboi korang tidur sekali tak ajak
aku.Merajuk ah macam ni.” Ujar Maya sambil tersengih.Bantal dikeleknya sebelah
kanan , teddy bear nya pula di kelek sebelah kiri.
Maya
terus saja masuk kebilik aku lalu berdiri tegak di tepi tilam aku.
“Jomlah Maya kita serang bilik Amani malam
ni.Aku tak boleh tidurlah.” Ujar Alia sambil melambaikan tangan menyuruh Maya
tidur sekali.
“Dah tak payah kau nak berdiri dekat
situ.Tidur sini sebelah aku.”Tingkah aku sambil menepuk tilam aku.Maya tidur di
sebelah kiri aku manakala Alia pula tidur di sebelah kanan dan aku pula berada
di tengah-tengah mereka.
Maya terus menghenyakkan dirinya ke tilam
aku lalu berbaring di sebalah aku sambil memeluk teddy bear kesayangan dia.
“Alia kau tak terasa ke nak cari boyfriend
ke sorang?” Ujar Maya matanya berkelip-kelip memandang kipas yang berpusing.
“Hah
boyfriend? Ish tak nak la aku.Belajar tak habis lagi.” Tingkah Alia.
“Ye la nanti Amani asyik berkepit dengan
Rafique la selepas ni.Habis tu kita macam mana ?nak berkepit dengan siapa.”
Balas Maya lagi kini matanya sudah memandang Alia sambil tersengih.
“Amboi korang berdua ni sukalah kan kenakan
aku.Bila masa aku berkepit dengan Rafique hah.Jangan nak buat cerita.” Ujar aku
sambil memasamkan muka.
“Ala Maya apa susah kau berkepit je la
dengan aku.” Ujar Alia sambil tersengih.
“Eeeee tak naklah aku.Mulut kau tu dah la
macam murai tercabut ekor.” Usik Maya pula.
“Tak sayang mulut nampak.” Tingkah Alia
pula.Aku sudah tersenyum melihat gelagat mereka berdua ni.
“Korang berdua ni datang bilik aku ni nak
tidur ke nak bertekak?” Bidas aku pula.
“Dua-dualah.” Alia sudah tersengih.
“Malaslah aku nak melayan korang berdua .Aku
nak tidur.Kalau korang nak tidur sila tutup lampu ye .” Tingkah aku lagi sambil
memejam mata dan memeluk koala.
“Ye
la tuan puteri .Silalah beradu.” Maya bangun lalu menutup lampu.
“Selamat malam korang.” Balas aku sambil
mata terpejam.
“Selamat malam.” Ujar Alia dan Maya
serentak.
PEJAM
celik pejam celik dah sampai nak sampai ke pertengahan semester dah.Ini
bermakna minggu depan cuti pertengahan semester la.Kalau bab cuti memang aku
suka.Ye la boleh relax sekejap tak payah nak fikir assignment yang berlambak,
tak payah nak fikir projek itu projek ini dan juga hidup aku akan aman dari
encik Kamarul.Itu yang pasti.Hati aku melonjak kegembiraan hari ni memandangkan
hari ni hari akhir kuliah sebelum bermulanya cuti pertengahan semester.
Awal-awal pagi lagi aku bersiap sambil
bernyanyi-nyanyi gembira.Pagi ni kelas berjalan seperti biasa.Apa-apa pun aku
gembira kerana kelas hari ni sampai ke tengahari saja.Kalau ikutkan hati petang
nanti aku dah boleh lari balik ke rumah tapi aku malas nak balik hari ni
memandangkan Alia juga ingin turut serta bercuti seminggu di rumah aku dan
Maya.Kiranya tiga hari di rumah aku dan tiga hari di rumah Maya.Baru adil kata
Alia.
Kalau ikutkan hati Alia memang dia nak
balik kampung tetapi tak jadi balik kerana keluarganya tiada di rumah kerana
pergi ke Perak ada kenduri kahwin sedara katanya.Alia tak nak ikut sebabnya dia
kata nanti kalau dia ikut sedara mara dia mulalah bertanya
“Alia
bila nak kahwin,umur makin meningkat.” Ajuk Alia pada malam semalam sewaktu
kami bertiga menghabiskan masa berada di depan televisyen.Aku dan Maya apa lagi
tergelaklah.
“Bosan betul tahu asal balik je orang tanya
rupa itu.Mama dengan abah aku ok je sebab dia tahu anak dia macam mana. Yang
menjadi masalahnya orang-orang sekeliling ni haa asyik nak mengusik aku tanya
tu tanya ni.Alahai rimas la weh..” Luah Alia tidak puas hati.
“Biasalah Alia.Cuba kau kira umur kau , aku
dan Maya dah berapa tahun ni.Memanglah orang akan bertanya.Apa susah kau tak
tahu je.Sampai jodoh nanti kahwinlah.” Ujar aku sambil tersengih.
“Tu la .Aku pun selalu cakap rupa itu.Aku
malas nak pergi kenduri dekat perak sebab tu la.Karang tak pasal-pasal pula
diorang carikan jodoh untuk aku dekat Perak.Ish tak naklah aku.Biar aku cari
sendiri hero pujaan hatiku.”Tingkah Alia lagi.
“Dah mulalah tu nak berangankan.” Usik Maya
pula.
“Kacau je la kau ni.Aku baru berangan muka
Lee Min Ho.” Alia menyambung kembali berangan sambil tersengih-sengih.
Ish
Lee Min Ho juga yang dia nak.Ada ke orang yang tak kenal siapa Lee Min Ho
tu?Kalau anak remaja zaman kini mustahillah tak kenal siapa Lee Min Ho
tu.Pelakon drama korea yang berlakon dalam cerita Boys Over Flower, Personal
Taste tu la.Haa baru-baru ni pula dia ada berlakon dalam drama apa namanya.Aku
dah ingat dah nama drama tu Faith.Kalau nak tahu cerita Faith tu senang je
tanya saja pak cik google.Dia ada jawapannya.Ahaks.
“Ohoi pepagi buta kau dah berangan ke cik
Amani.” Terkejut aku dengar suara nyaring Alia.Kus semangat.Hilang terus
lamunan aku tadi.Pengacau betul la minah sorang ni.Suka sangat main sergah.
“Kau ni Alia suka sangat terkejutkan
aku.Nasib baik aku tak ada sakit jantung tahu.Kalau tak aku rasa terus masuk
IJN kena sergah macam ni.”Bebel aku sambil mengurut dada.
“Kau jangan nak salahkan aku ye cik
Amani.Aku panggil kau dari tadi tak menyahut pun.Rupa-rupanya berangan dekat
depan cermin .Tahulah mood holiday dah mai tapi janganlah asyik berangan rupa
itu.Apa kau berangan kau kahwin dengan Rafique ke?” Tu dia sekali Alia buka
kemain panjang lagi bebelnya.
“Amboi nama Rafique juga yang kau
sebut.Apa kahwin-kahwin, karang ada juga aku telefon mak kau suruh carikan kau
carikan calon menantu.Nak?” Ugut aku pula.Alia hanya mencebikkan bibir.
“Telefonlah
tak takut pun.” Tingkah Alia sambil berjalan menuju ke arah aku.
“Maya mana ?Dah siap belum?” Soal aku pula
sambil meletakkan tudung di atas kepala.
“Walawei
aku dengan Maya dah siap dari tadi lagi ok.Tunggu kau la ni lambat
sangat.Berangan je kerja.Ish kau ni Amani.Cepatlah.Nanti kita tak sempat nak
sarapan pagi dekat kafe nanti.” Ujar Alia lagi sambil menggelengkan kepala pada
aku.
“Ye tengah siaplah ni.Ish kau ni membebel
macam mak nenek.” Usik aku pula.Alia tersengih.
“Mak nenek ke, mak ke apa aku kisahkan.Dahlah
aku tunggu kau dekat depan.Cepat tahu.” Ujar Alia sambil berlalu menuju keluar
dari bilik aku.
“Baiklah mak nenek.Sekejap ye.” Tokok aku
sambil tersenyum nipis sewaktu aku sedang pinkan tudung aku.
Selepas keluar keluar tadi aku tersenyum
puas.Walaupun bakal bercuti seminggu namun ada juga kerja yang perlu aku
siapkan dalam cuti ini.Alia menarik tangan aku dengan tiba-tiba.
“Kau ni dah kenapa tarik tangan aku macam ni
rupa.” Soal aku pada Alia.
“Syyhh kau tahu tak tadi nyaris-nyaris
encik Kamarul nak nampak kau.Kalau dia nampak kau habislah dah la sekejap lagi
si Mazlyn tu keluar sekali.Tak pasal-pasal bom atom meletup karang kau dengan
aku juga yang susah.Kau macam tak kenal sepupu kau yang baik hati tu macam mana
rupa.” Ujar Alia denga panjang lebar.
Sebaik saja mendengar nama encik Kamarul aku
terus berselindung di sebalik tiang.Aduhai waktu macam gini juga ke nak
terserempak dengan mamat atau encik penyibuk ke?Dibuatnya Mazlyn nampak encik
Kamarul datang dekat aku mahu tak mengamuk .Karang tak pasal-pasal pula Mazlyn
terkam aku seperti harimau lapar.Siapa nak jawab?
“Mana encik Kamarul?Aku tak nampak pun.”
Soal Aku dengan mata melilau-lilau ke depan mencari kelibat encik Kamarul.
“Awak berdua cari saya ke?” Aku dan Alia tersentak
lalu berpandangan sesama sendiri.Aku membuat muka tidak puas hati.Macam mana
encik penyibuk tu boleh ada dekat belakang kitaorang ni?Pelik aku.
“Eh eh encik Kamarul.Apa khabar?” Soal Alia
sambil tersengih sewaktu menoleh ke belakang.Aku pula buat senyuman paksa
sambil mengaru dahi yang jelas sekali tidak gatal.
“Saya sihat je.Kebetulan pula ye kita jumpa
dekat sini.”Ujar encik Kamarul lagi.
“Banyaklah kebetulan.padahal dia mengekori
aku.” Tingkah aku dengan perlahan.Alia dengar sempat lagi dia menjeling arah
aku.
“Awak cakap apa Amani?Saya kurang jelas?” Soal
encik Kamarul .Aku mendongak dan pamerkan satu sengihan.
“Eh tak ada apa-apalah encik Kamarul.Saya
cakap kebetulan terjumpa encik Kamarul di sini.” Tingkah aku .Padahal dalam
hati kemain lagi aku sumpah seranah.menyibuk betul.Suka sangat cari aku.Ish
menyampahnya aku.Cepatlah dia blah dari sini.Sakit mata aku tengok.
“Jangan-jangan kita berjodoh tak?” Usik encik
Kamarul dengan selamba.Alia sudah buat gaya terbatuk kecil.Aku mengetap bibir
pada Alia.
“Maaf
terbatuk pula saya.Baru baik dari demam katakan.”Dalih Alia dengan selamba.
“Encik Kamarul buat apa dekat sini?” Soal
aku .
“Saya datang cari awaklah.” Terlopong
sekejap aku.
“Cari saya ?Ada hal apa ye?” Soal aku
dengan sopan lagi.Bila dia nak pergi ni.Aku menarik nafas sedalam-dalamnya.
“Saja rindukan awak Amani.” Tingkah encik
Kamarul sambil tersenyum penuh makna.
“Maaflah ye encik Kamarul.Daripada encik
Kamarul buang masa rindu saya ni yang sememangnya menjadi tunangan orang baik
tak payahlah.Carilah orang lain yang lagi sesuai dengan encik Kamaru;Ada orang
lain yang sukakan encik Kamarul.Tak perlulah encik Kamarul untuk terus menerus
mengejar saya ni.Lagipun tak lama lagi saya bakal berkahwin.Saya harap
sangatlah encik Kamarul faham situasi saya.Tolong ye encik Kamarul.”Tokok aku
dengan lembut tanpa melukakan hati dia.Sebaik mungkin aku menolak.
“Apa kurangnya saya Amani?” Soalnya lagi.
“Encik Kamarul tak kurang apa-apa , Cuma
dalam hati saya ni tak ada ruang untuk encik Kamarul.Ruang itu saya dah bagi
pada tunang saya Rafique.” Betul ke aku yang cakap rupa itu.Ya Allah ampunilah
dosa aku kerana menipu encik Kamarul.Aku tiada pilihan lain buat masa
ni.Ampunkan aku.Aku menunduk ke lantai.Alia mengusap tangan aku sambil
mengangukkan kepalanya pada aku.
“Cintakan boleh di pupuk.” Tingkahnya
lagi.Nampak gayanya encik Kamarul masih tidak berputus asa ni.
“Maaf sekali lagi.Hati saya hanya ada satu
dan dia adalah milik Syed Rafique Iskandar.” jawab aku dengan selamba.Gila la
kau Amani .Sejak bila hati kau untuk mamat perasan tu?Ah lantaklah janji aku
boleh lepaskan diri dari makhluk depan aku ni.
“Encik Kamarul maaf ye saya nak menyampuk
sedikit ye.Saya rasa ada baiknya encik Kamarul cari orang lain yang boleh
bahagiakan encik Kamarul.Amani ni tunang orang kot.Tak baik kita cuba
meruntuhkan perhubungan yang baru saja terbina ini.” Ujar Alia .Sekali tengok
dah rupa bagi ceramah pula Alia ni.
“Erm tak apalah.Kalau macam tu saya minta
diri dululah.Ada masa nanti kita jumpa lagi.” Tingkah encik Kamarul sambil
memandang muka aku dan Alia silih berganti.
Aku dan Alia sekali lagi berpandangan
sesama sendiri lagi.Macam mana nak lepaskan diri dari mamat ni ye?
“Hati-hati ye encik Kamarul.” Tingkah Alia
sambil tersengih.Aku menarik nafas lega bila melihat encik Kamarul sudah
berjalan ke depan.
“Fuhhh lega aku dah pergi encik penyibuk
ni.Aduhai macam mana lagi aku nak buat ni supaya dia tak ganggu aku lagi.”
Tingkah aku sambil mengelap peluh dengan tisu.Sampai berpeluh aku di buatnya.
“Lega tak lega.Tu haa lagi satu bala muncul.”
Alia menyiku aku .
“Hah bala apa pula ni Alia?” Soal aku pada
Alia.
“Tu haaa dah datang sepupu kau yang baik
sangat tu.Mahu jap lagi taufan atau ribut yang melanda.” Aku menoleh ke depan.
“Masak aku macam ni.Yang tu dah pergi yang
ni pula yang datang.” Bebel aku sendirian.
“Bersiap sedia my dear.Dia dah datang tu.kalau
nak lari pun memang tak sempat sebab dia dah nampak kita dekat sini.” Tambah
Alia lagi.
“Ermm Amani , Alia kenapa korang tak balik
lagi ni?” Soal Mazlyn sewaktu tiba di hadapan kami berdua.
“Aku nak balik la ni.Kau ada nak cakap
apa-apa ke?Kalau tak ada hal penting ke tak ada hal nak cakap aku nak balik
ni.” Jawab aku dengan selamba.
“Erm cepatnya nak balik.Tadi kemain lagi aku
tengok korang berdua berborak dengan encik Kamarul tu.Kau ingat aku tak
nampak?” Mazlyn sudah bercekak pinggang.
“Oh tadi kebetulan encik Kamarul lalu
sini.Dia tegurlah kitaorang.Tak kan lah tegur pun tak boleh.Lagipun dia tu kan
pensayarah kita.kenalah hormat sikit.” Sampuk Alia dengan selamba.
“Oh kebetulan ke?Bukan sengaja ke?” Dalih
Mazlyn lagi.
“Mazlyn kitaorang balik dulu la.Hari nak
hujan dah ni.” Kedengaran suara Lina yang melaung .Terus Mazlyn menoleh ke
belakang.
“Ok korang baliklah dulu.Aku ada hal sikit
dan settle dengan cousin aku.” Ujar Mazlyn sambil melambaikan tanganya pada
Lina, Fiqa dan juga Rozi.
“Jomlah Amani balik,hari nak hujan dah ni.”
Alia sudah mula menarik tangan aku.
“Eh kejap-kejap.Hal kita belum settle
lagi.” Tingkah Mazlyn sambil menghalang laluan aku dan Alia.
“Kau nak cakap apa sebenarnya ni Mazlyn.Aku
nak balik.Hari nak hujan ni.Aku lupa bawa payung hari ni.” Dalih aku
pula.padahal ada je payung dalam beg aku ni haa saja je cakap rupa itu .Ini kes
nak melarikan diri dari Mazlyn la.Aku bukan apa malas nak bertekak dengan dia.
“Kau ni Amani lupa ye apa yang aku pesan
hari tu kalau kau jumpa encik Kamarul.” Ujar Mazlyn sambil bercekak
pinggang.Aku mengerut dahi.
“Apa pula ni.Aku tak fahamlah Mazlyn.Cuba
kau cakap dengan jelas sikit.” Aku mengeluh dengan perlahan.Cepatlah aku nak
balik ni.
“Kau ni memang tak sedar dirikan.Hari tu aku
dah pesan jangan nak dekat atau mengedik depan encik Kamarul tapi kau degil.”
“Hello cik Mazlyn , bila masa aku menggedik
ni?” Soal aku tidak puas hati.Ewah suka hati dia je mengata aku.Ingat aku nak
sangat ke encik Kamarul tu.bagi percuma aku tak naklah.
“Habis tu yang dia selalu cari kau tu
kenapa?Kau ni kan tak padan dengan anak pungut,Suka rampas hak orang.Tak sedar
diri betullah kau ni.” Ujar Mazlyn dengan marahnya.
“Wait apa kau cakap tadi?Ulang sekali lagi”.
Tingkah aku tidak puas hati.
“Aku cakap kau ni anak pungut.Kau tu yang
tak sedar diri.Kau tahu tak kau tu anak pungut je.Anak siapalah kau ni agaknya
ye.” Lantang sekali suara Mazlyn berbicara .Aku terkejut.
“Apa maksud kau Mazlyn?” Soal aku tidak puas
hati.Apa maksud Mazlyn.
“Hei kau ni kenapa bengap sangat.Setiap sem
kemain dekan tapi dalam hal macam ni boleh pula kau buat rupa itu.Aku cakap kau
anak pungut.Puas hati.” Tingkah Mazlyn.Aku tergamam
“Mazlyn apa semua ni.Kau jangan nak buat
cerita pula.” Alia sudah menyampuk apabila ternampak mata aku berkaca-kaca.
“Aku anak pungut?” Aku melurut jatuh ke
lantai.Alia terus memegang aku.Mata aku yang tadi berkaca sudah pun mengalir di
pipi.
“Lepas ni sedarlah diri tu sikit.” Tambah
Mazlyn sambil tersenyum sinis sewaktu aku mendongak melihatnya.
“Amani jangan macam ni.Jangan percaya
kata-kata Mazlyn.Aku tahu dia saja buat cerita.” Pujuk Alia pada aku.Hanya air
mata saja yang mengalir di pipi.Aku tak mampu untuk bersuara.Betulkah aku ni
anak pungut?Abang, abah ibu betul ke adik anak pungut.
“Amani jom kita balik.”Pujuk Alia lagi.
“Hello Maya tolong ambil aku dengan Amani
depan fakulti kitaorang ni.Tolong Maya , Amani ..Amani menanggis ni.” Ujar Alia
sewaktu menghubungi Maya.
“Bangun Amani.Mari kita balik dulu.” Alia
memapah aku selepas meletakkan telefon miliknya di dalam beg.Aku berdiri dan
memandang langit .Hujan sudah pun turun sama seperti air mata aku yang
mengalir.Apa maksud semua ni Ya Allah….
Bersambung .....
NotaHujungKaki. :Manuskrip DMS dah siap sepenuhnya.DMS sudah di hantar untuk di nilai...=)
SaLaM KaSiH

No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D