selamat pagi aku ucapkn.OK hari ni aku akan update 2 bab DMS.seperti yang di janjikan hari ni aku update bab 28 dan juga teaser special.Lepas ni aku tak update dah DMS.Selepas ni giliran ADU lak..Mekasih ya kepada yang follow cerita Dirimu Satu Dari awal.
NotaKecik : Perempuan yang cantik kat atas ni nama dia shaznida merupakan salah sorang model Radiusite.Comelkan dia.Inilah Amani dan juga Syed Rafique dalam imaginasi Ayra Zahra .Hehehhe.
BAB
28
ALHAMDULILAH malam tadi aku boleh tidur
juga tidak seperti malam sebelumnya.Namun begitu hati aku masih tertanya-tanya
siapakah ibu kandung aku.Lega sikit kepala aku rasa apabila aku mengetahui
bahawa aku ni bukan ‘anak pungut’ seperti yang di war-warkan oleh Mazlyn tempoh
hari.
Jam di dinding sudah pun berginjak ke angka
sepuluh pagi.Selepas bersarapan tadi aku naik ke bilik .Mata aku pun dah tak
boleh nak tidur jadi aku mengemas la sikit blik aku.Buku-buku dan novel yang
berada di atas meja aku susun di rak kecil yang tersedia di tepi dinding
berdekatan dengan pintu bilik aku.
Aku mendengar telefon bimbit aku berbunyi.Dengan
pantas aku mencapai dan melihat siapakah gerangan yang menelefon aku pagi-pagi
ni.Aku sudah tersenyum melihat nama yang tertera.
“Assalamualaikum mama.Apa khabar?” Mama angkat aku yang call.Sudah agak lama aku
tidak menjenguk mereka sekeluarga.
“Waalaikumusaalam.Alhamdulilah mama
sihat.Anak dara mama ni sihat tak?” Soal mama angkat aku di talian.
“Amani sihat mama.” Balas aku lagi.
“Amani tengah cuti kan.Ni mama nak jemput
Amani datang rumah mama.Tok wan dengan nek wan ni ada buat makan sikit.Ala
makan-makan ahli keluarga je.Amani datang ye bawa sekali family .Boleh kita
berkenalan ?Mama rindukan Amani.” Kedengaran suara mama angkat aku memujuk.
“Memang Amani tengah cuti mama.Ye la Amani
nanti dalam satu jam lagi ke Amani sampai sana.Amani pun rindu dengan nek wan,
tok wan dan juga Zarith.” Tingkah aku pula.Memang tak dinafikan aku merindui
suasana di rumah mereka.
“Datang tahu.Mama tunggu ni.” Ujar mama
angkat aku lagi.
“Ye Amani datang.Jumpa nanti ye
mama.Assalamualaikum..” Tokok aku pula sambil tersenyum.
“Mama ..mama.ada je..” Bebel aku sendirian.
Apa-apa pun aku kena minta kebenaran dari
ibu dan abah aku dulu untuk ke rumah auntie Zalida.
“Adik dah siap belum?” Laung abang
aku.Tersentak aku sewaktu menyemburkan sedikit minyak wangi jenama Enchanteur
Paris Mon Amie.
“Ye adik dah siap dah.” Sahut aku pula.Aku
mengambil beg tangan lalu berjalan menuju ke bawah.
Kali ni aku pergi dengan abang aku.Ibu dan
abah kata aku pergi dengan abang aku je la memandangkan ibu dan abah aku nak
keluar ke tempat kenduri juga katanya.Aku tak tanya pula kenduri di mana.Erm
tak apalah abang Amar ada boleh temankan aku hari ni.Lagipun si Rafique tu dah
siap jemput abang aku.Abang Amar dengan Rafique sememangnya kawan rapatkan.
“Rumah auntie Zalida tu dekat mana
dik?Abang tak pernah pergi lagi rasanya.” Tingkah abang aku sewaktu dia sedang
memandu keretanya.
“Owh rumah dia dekat Kota Kemuning.Eh bukan
Rafique tinggal situ ke?Tak kan abang tak pernah pergi kot.” Ujar aku pula.
“Itu bukan rumah tok wan dia ke?” Balas
abang aku dengan blur.Alahai slow pula abang aku ni.
“La memanglah, Rafique memang tinggal
dengan tok wan dia.Mummy dengan Daddy dia bukan dekat oversea ke?” Aku menoleh
kea rah abang aku yang sedang khusyuk memandu.
“Eh eh tahu je adik bakal mummy dengan daddy
tinggal mana.Dah tak lama tu.” Usik abang aku.Apa lagi aku hadiahkan satu
jelingan tajam.
“Abang jangan nak cari pasal eh.Karang orang
lain makan nasi abang makan pinggan dekat rumah Rafique.” Aku sudah memberi
amaran keras pada abang aku namun dengan selamba badaknya dia tersengih.Apa dia
ingat mood aku dah ok ke?Aku masih lagi keliru dan di belenggu siapakah ibu
kandung aku.Ermm nampak gayanya malam ni aku kena tanya ibu dengan abah aku lagi.Aku
nak tahu siapakah ibu kandung aku .Ibu yang melahirkan aku di dunia ini.?
“Alah gurau sikit tak boleh.Adik dah ok
belum ni?” Soal abang aku sambil memandang aku sewaktu berhenti di lampu
isyarat.
“Entahlah bang.Adik tak tahu.Sekarang ni yang
menganggu fikiran adik siapa ibu kandung adik.”Ujar aku dengan mengeluh.
“Sampai rumah auntie Zalida nanti jangan
mengeluh macam ni.Kita nak pergi makan-makan jangan adik sedih pula.Kesian
diorang nanti.” Ujar abang aku lagi.
“Ye adik tahu.InsyaAllah adik ok.” Jawab aku
sambil tersenyum tawar.
Aku dah ok ke? atau aku masih lagi dalam
keadaan K.O ? Aku sendiri tidak pasti.Entah mengapa hari ni perasaan aku tidak
menentu.Mengapa perasaan aku terasa galau.
“Assalamualaikum mama.” Aku memberi salam
di pintu utama sewaktu tiba di banglow milik keluarga tok wan.
“Waalaikumussalam.Haa sampai pun anak angkat
kesayangan mama ni.Jemputlah masuk.Ni siapa Amani?” Aku bersalaman dengan mama
kemudian aku menoleh ke belakang pada abang aku.
“Ok kenalkan .Ini abang Amani mama.Nama dia
Amar Mikhail.” Aku memperkenalkan abang Amar pada mama.
“Apa khabar auntie.” Ujar abang aku sambil
bersalaman dengan mama angkat aku.
“Alhamdulilah sihat.Eh tak payahlah panggil
auntie.Amani pun panggil mama.Amar pun boleh panggil auntie dengan panggilan
mama.Orang kata lagi mesrakan.” Tingkah mama aku pula.Aku dan abang saling
berpandangan dengan senyuman terukir di bibir.
“Eh jemputlah masuk.Mereka ada dekat dalam.”
Tokok mama angkat aku lagi.
“Tok wan dengan nek wan apa khabar?” Soal
aku sebaik saja tiba di rumang tamu di mana di kala itu mereka berkumpul di
situ.
“Haa sampai pun cucu angkat nek wan .Mari
sini Amani.” Ujar nek wan sambil menggamit aku ke arahnya.Aku terusa saja
mendekati mereka lalu bersalaman .
“Sampai hati Kak Amani.Tegur tok wan dengan
nek wan je.Zarith dekat sebelah sini tak nampak pun.” Rajuk Zarith.Aku terus
menoleh .
“La Zarith ada juga rupanya.Mana Kak Amani
perasan kalau dah duduk landing rupa itu.”Usik aku pula.Zarith sudah tersengih
.
“Kenalkan ni abang Kak Amani.Nama dia Amar
Mikhail.” Aku memperkenalkan abang aku pada Zarith.Mereka berdua bersalaman
selepas itu aku melihat abang Amar
menuju ke arah tok wan untuk bersalam.
“Rafique tak ada ke?” Soal abang aku pada
tok wan.
“Kamu kenal Rafique ke Amar?” Soal tok wan
pula.
“Kalau tok wan nak tahu abang ni dengan
Rafique memang kawan baik di sekolah menegah tapi sekejap je lepas tu dah
terpisah baru-baru ni je dia jumpa dengan kawan dia tu.” Belum sempat abang aku
buka mulut aku sudah menjawab terlebih dahulu.Tok wan sudah tersenyum.
“Itu pun sebab Amani juga tok wan.”
Kedengaran suara seseorang di belakang aku.Yang pasti suara itu milik tunang
palsu aku , siapa lagi kalau bukan Rafique.Aku menoleh ke belakang.Rafique tersenyum
manis pada aku.Handsome pula dia hari ni.Wake up Amani.
“Amar dah lama ke kau sampai?” Ujar Rafique
pada abang aku yang berada disebelah aku.
“Baru je lagi.Kau pergi mana baru sampai?”
Soal abang Amar pula.
“Aku pergi belakang kejap.Bagi makan pada
kucing aku kat belakang tu hah.”Tingkah Rafique pula.Oh baru aku tahu mamat ni
suka pada kucing.Jarang ni lelaki sukakan kucing selalunya perempuan yang suka
dengan kucing ni.
“Eh sejak bila kau jadi pembela kucing ni?”
Soal abang aku dengan pelik.
“Dah lama dah.Sewaktu habis sekolah dulu.”
“Amboi borak je.Makanan dah terhidang
dekat meja ni tak nak makan ke?” Kedengaran suara mama angkat memanggil kami .
“Mak Jah mari makan sekali.” Ujar mama
sewaktu mak jah sedang menatang dulang yang berisi gelas-gelas kaca.
“Eh tak apalah.Korang makanlah.” Tolak mak
jah pula.
“Makan sekali Jah.Mari duduk makan sekali
dengan kami.” Ujar nek wan pula.Kali ni mak jah sudah tidak boleh menolak lagi
apabila nek wan sendiri mempelawanya.
“Ye
la kak.” Balas mak jah pula sambil tersenyum.
SETELAH selesai makan-makan kami berkumpul
di ruang tamu lagi sambil berborak panjang.Yang lelaki sibuk dok membincangkan
hal bola dan juga kereta.Bagi yang perempuan pula bercerita tentang resepilah dan
juga hal anak dan cucu.
“Haa zarith tak ada buah hati ke mama?” Soal
aku apabila mereka menyebut perihal Zarith.
“Apa ni sebut nama Zarith.Mengumpat Zarith la
tu kan.?” Soal Zarith sewaktu dia menoleh pada kami.Dengar saja namanya
disebut.
“Dengar je telinga dia kan mama.” Usik aku
lagi.Selepas itu aku mula mengeluh perlahan.
“Amani kenapa?Hari ni mama tengok Amani
tidak seceria seperti selalu.Muram je mama tengok.” Tingkah mama sambil menepuk
paha aku.Alamak mama perasan muka aku ke?
“Erk
tak ada apa-apalah mama.Biasa je.Mungkin penat kot.”Dalih aku pula sambil
tersenyum.
“Tapi hati mama berkata Amani ada masalah
je.Amani tak nak kongsi dengan Mama ke?” Soal mama angkat aku lagi.
“Amboi kemain rancak lagi berborak.”
Kedengaran suara seorang lelaki yang baru saja muncul di ruang tamu.
“Pak Su marilah sini.Sembang dengan
kitaorang,Belah situ orang perempuan punya part.Lelaki punya part sebelah
sini.” Tingkah Rafique sambil tersengih.
Terlupa pula aku nak kenalkan siapakah pak
su Rafique ni.Pak su Rafique ni merupakan suami kepada mama angkat aku
merangkap papa angkat aku.
“Papa tak payah join sana.Baik join dengan
kitaorang banyak gossip.” Ujar aku sambil tersengih.Sempat lagi aku mengangkat
kening pada Rafique.Dia pula hadiahkan aku satu kenyitan mata yang nakal.Cis !
“Abang jangan layan sangat budak berdua
ni.Amani dengan Rafique ni memang suka bertekak sikit.Rafique ni suka sangat
mengusik Amani.” Mama angkat aku pula menyampuk.
“Aah yang tu memang betul, dia suka
menyakat Amani.” Tambah aku sambil menoleh padanya.Rafique tersenyum.
“Diorang berdua memang selalu macam tu.”
Tambah abang aku pula.Mereka yang lain hanya ketawa memandang aksi aku
menjeking pada Rafique.Dari ekor mata aku perasan yang tok wan kemain lagi
lebar senyumnya.Amboi tok wan.
“Assalamualaikum…” Kedengaran orang memberi
salam.Tak apa Ida , Man biar ayah yang pergi tengok siapa yang datang.
Aku terjenguk-jenguk melihat siapakah
tetamu yang bertandang ke mari.Sebaik sahaja tetamu tersebut menuju ke ruang
tamu aku membeliakkan mata aku.Ibu dengan abah?Diorang kata tak nak datang
tadi.
“Ibu .. abah..” Aku memanggil kedua ibu
bapa aku dengan terkejut.Bagaimana ibu dengan abah tahu rumah tok wan ni.Pelik
pula.Abang aku juga menoleh melihat ibu dan abah aku di depan mata.
“Eh ibu
dengan abah kata tadi ada kenduri.”Ujar abang aku pula dengan pelik.Aku
memandang abang aku dan abang aku juga turut memandang aku sambil menjungkit
bahu.
“Abang….” Kedengaran mama angkat aku pula
yang bangun memandang abah dan ibu aku silih berganti.
Aik sejak bila mereka berkenalan?Setahu aku
mama angkat aku tak pernah jumpa pun ibu dengan abah aku sebelum ni?Ke mereka
dah kenal sebelum ni.Mungkin juga mama angkat aku kawan mereka berdua ke.
“Kamu Hisham.” Kedengaran suara nek wan pula
.Aku melihat nek wan membetulkan cermin mata yang di pakainya.
“Eh sekejap.Nek wan dengan mama kenal ke ibu
dengan abah Amani?” Soal aku dengan pelik.Lagi pelik sewaktu aku melihat muka
terkejut mama angkat aku dan juga nek wan.Kenapa dengan diaorang ni?
“Adik mari dekat abah.” Ujar abah aku.Aku
berlalu menuju ke arah abah aku.Abang dan Rafique serta Zarith sudah pun berdiri melihatnya.
“Adik dengar baik-baik apa yang abah nak
cakapkan dengan adik.Ingat tak malam tadi abah ada janji dengan adik kan untuk
beritahu siapa ibu kandung adik?” Ujar abah aku lagi .Aku sudah mengerut
dahi.Apa maksud abah?
“Ye semalam abah cakap nanti abah ceritakan
pada adik.Siapa ibu kandung adik?” Soal aku dengan pelik.Semua mata tertumpu
pada aku.
“Adik sebenarnya orang yang adik panggil
mama tu la mama kandung adik.Dia yang lahirkan adik.”.Ujar abah aku menyebabkan
semua yang berada di situ terkejut kecuali tok wan.Aku memandang abah
berkali-kali.Aku melihat mama aku pula yang sudah jatuh terjelepuk.
“A…aapaa maksud abah?” Soal aku dengan
tersekat-sekat.Mata aku sudah berkaca.
“Ya Allah abang..”Mama aku sudah pun
meraung.Papa sudah memeluk bahu mama aku.
“Ye Amani.Amani adalah cucu kandung tok
wan .Itu memang mama kandung Amani.” Tambah tok wan pula.Matanya juga
memerah.Air mata aku sudah pun menitis sebaik saja mendengar kata-kata dari tok
wan.
“Abang apa semua ni?” Tingkah nek wan
dengan muka keliru.
“Maafkan abang Mun.Memang abang dengan
Hisham sengaja rahsiakan hal ini dari semua orang.” Jawab tok wan dengan jujur.
“Abang ..Amani anak Ida..Anak Ida..Ariana Imani.Ya Allah anak aku.” Raung
mama aku di dalam pelukan papa.
“Ye..Sabar Ida..” Pujuk papa lagi.Aku
melangkah dengan longlai menuju ke arah mama kandung aku,Ye dia mama kandung
aku.Aku terjatuh depan mama aku air mata semakin lebat membasahi pipi.
“Maamaa…” Aku memanggilnya..Mama aku
mendongak lalu memegang kedua belah pipi aku .Terus saja dia memeluk aku erat
“Ya Allah..Amani anak mama.” raung mama aku
sambil memeluk erat aku seperti tidak mahu melepaskan aku lagi.Selepas itu dia
mencium pipi aku semahu –mahunya.Aku memegang tangan mama sambil mencium tangan
seorang ibu.Ibu kandung aku.Ibu yang melahirkan aku.Ya Allah.Terima kasih
kerana kau telah menemukan aku dengan ibu kandung aku.
“Ida abang minta maaf sebab rahsiakan yang
Amani masih hidup.Abang terpaksa buat begini.” Tingkah abah aku.Ibu aku juga
turut basah dengan air mata.
“Kenapa abang buat Ida macam ni.Abang tahu
tak betapa seksanya Ida , sakitnya Ida kehilangan satu-satunya anak Ida?Sampai
hati abang.Abang kejam.” Luah mama aku sewaktu dia melepaskan aku dari
pelukannya.
“Ida , ayah minta kamu jangan sesekali
menyalahkan Hisham.Apa yang dia buat demi keselamatan kamu dan juga
Amani.Percayalah Hisham juga tidak sanggup untuk berpisah dengan kamu dulu.Apa
yang terjadi ada sebabnya.Hisham dah banyak berkorban untuk kamu dan Amani.”
Tingkah tok wan dengan panjang lebar.Mereka yang lain masih lagi terkejut.masing-masing
mendiamkan diri.
“Apa maksud ayah?Ida tak faham?” Soal mama
aku pula sambil menyapu air mata yang baru saja gugur.
“Apa maksud abang ni?Mun tak faham.” Ujar
nek wan pula.Aku melihat tok wan memandang abah aku.Kemudian tok wan menarik
nafas dalam-dalam.
“Baiklah , ayah akan ceritakan apa yang
menyebabkan kamu terpaksa berpisah dengan Hisham dan juga anak kamu Amani atau
Ariana Imani.Hisham mari duduk dulu.”Ujar tok wan sambil menghenyakkan badannya
ke sofa.Abah aku juga turut melabukan punggung di sebelah tok wan.Ibu aku pula
mendekati aku lalu memeluk bahu aku.Aku menghamburkan tangisan di dada ibuku
pula.
“Sabar Amani.Dengar apa yang abah dengan tok
wan Amani nak cerita.Inikan yang Amani nak tahu kan semalam.” Pujuk ibu aku
pula.
Ya memang aku nak tahu semuanya.Apa yang
berlaku dua puluh empat tahun dahulu.Perpisahan yang menyakitkan hati .
Mekasih kerana membaca DMS ...
NotaHujungKaki..:Entry lagi satu aku update Teaser special DMS..:D

Fuhhh.. dah dekat dahhhhhh.
ReplyDeletehahahhahaa....kan kan kan..tp x update dh pasn..:D
ReplyDelete