Mekasih kerana setia menunggu.Diingatkan bahawa teaser specil ini bukanlah Ending cerita ni.Masih jauh lagi perjalanannya.Aku letakkan teaser ni tuk mereka yg setia membaca Dirimu Satu.Selepas ni dah x update dah Dirimu Satu..Jangan marah dan jagan terbakar bila baca part ni ye..Hhehehehe...Teaser ini mengubat rindu korang pada Rafique dan AMani okeh..Hheheehe...Ok bab last aku update dekat blog ni adalah sampai bab 28 boleh baca di sini DIRIMU SATU BAB 28
NotaKecik : Perempuan yang cantik kat atas ni nama dia shaznida merupakan salah sorang model Radiusite.Comelkan dia.Inilah Amani dan juga Syed Rafique dalam imaginasi Ayra Zahra .Hehehhe.
TEASER SPECIAL DIRIMU SATU
MAJLIS resepsi aku dengan Rafique serta
abang Amar dengan Kak Raisya berjalan dengan lancar.Majlis resepsi kami pada
hari ini bertemakan kontemporari - garden wedding yang dimana menggabungkan
tema garden wedding bagi pihak aku manakala moden kontemporari bagi abang aku
pula.Pelamin untuk aku di hiasi dengan bunga gabungan pink biru.Untuk pelamin
bagi abang aku dan kak Raisya pula berwarna putih di hiasi dengan bunga-bunga
bewarna putih dan juga purple.
Aku mengenakan busana pengantin yang
bewarna pink dan biru sedondon dengan Rafique.Manakala abang aku dan kak Raisya
pula mengenakan busana pengantin bewarna purple turquoise .Photographer pula
sudah bersiap sedia merakam gambar kami berempat.Kemain lagi abang aku ni
posing.
Rafique pula tak habis-habis nak mengusik
aku.Dah la tenung muka aku tak ingat dunia.Tahulah muka aku macam tepung gomak
bila dah kena make up.Punyalah seksa tahu kena make up.Terpaksalah make
up.Berkali –kali aku minta juru make up tu jangan make up tebal sangat.
“Hai sayang jauh termenung.Fikirkan apa?”Soal
Rafique dengan tiba-tiba.
“Eh mana ada saya termenung.”Balas aku
dengan selamba.Aku sedang ralit melihat Kak Sya yang memang cantik hari ni.
“Dari tadi abang tengok sayang tenung Kak
Sya je.” Ujarnya lagi.Haip sejak bila si Rafique ni bahasakan diri abang? Aku
mengerut dahi.
“Erkk ye ke.Kak Sya cantik sangat hari ni.”
Balas aku dengan selamba.
“Sayang abang ni lagi cantik tahu.Kalau
boleh abang nak tenung je muka sayang hari ni.”Usik Rafique dengan selamba.Ish
gatal pula si laki aku ni.
“Mana ada cantikTak nampak ke macam tepung
gomak ni.” Aku menunjukkan muka aku padanya.Singgah satu kucupan di pipi
aku.Aku tersentak.
“Apa ni ambil kesempatan pula.”Ujar aku.Muka
aku sudah merah menahan malu.Depan photographer pula tu dia buat aksi macam ni.
“Mana ada ambil kesempatan.Amani hak
abang.Suka hati abanglah nak buat apa.”Aku sudah menjeling ke arahnya.
“Haa cantik gaya pose tadi Fiq.Amani , Fiq
buat pose yang manja sikit boleh?” Ujar photographer yang bernama Rizal itu.
“Pose
macam mana?” Soal aku dengan blur.
“Fiq buat aksi romatik sikit pun
boleh.Kalau nak buat banyak tunggu malam karang ye.” Usik si photographer
lagi.Aku hempuk juga si photographer ni.Suka hati dia je nak suruh pose manja
dan romantik.Meremang pula bulu roma aku mendengarnya.
Rafique menarik pinggang aku rapat ke
dadanya.Manakala veil yang aku pakai di angkat lalu di hamparkan ke kepala
Rafique seolah-olah berlindung di bawah veil yang sama.Aku rasa berdebar-debar
dan tak boleh pandang ke depan.Aku terdengar suara-suara yang mengusik yang
membuat aku semakin tidak keruan dan muka aku rasanya dah setebal tiga inci.
Aku pandang ke depan.Terkejut aku di kala
itu melihat bibir Rafique termuncung-muncung laksana ikan lemas di atas daratan
,Dengan spontan dan bersahaja tangan aku
menghadiahkan satu tamparan kecil ke pipinya.Rafique mengaduh kecil perbuatan
aku itu dan mendapat usikan daripada orang yang melihat termasuk dengan
photographer .Aku malu sendiri.Ya Allah .Apa kena dengan laki aku ni dah buang
tabiat ke apa.Jantung aku makin berdegup kencang.Aku mendegus geram pada
Rafique tapi dia hanya mempamerkan muka senyum.
“Hai Fiq dah tak sabar nak peluk Amani ke?”
Usik Daddy yang menyebabkan ahli keluarga aku yang lain turut tergelak.
“Daddy..”Tingkah aku pula.
“Lebih kurang la daddy.” Itu jawapan
Rafique.Aku menghadiahkan satu cubitan di lengannya.
“Sabar Fiq.” Usik abang aku pula dengan
selamba.Mereka yang lain lagilah ketawa.Alia dengan Maya kemain lagi
ketawanya.Geram pula aku tengok budak berdua.Nasib baiklah diorang tak duduk
depan aku kalau tak dah lama dah aku kerjakan si Alia dengan Maya.
“Nice pose Fiq.” Tingkah photographer yang
bernama Rizal lagi sewaktu matanya memandang pada kamera yang di pegangnya itu.
“Hari ni anak mama kena buli ye.” Ujar
mama aku yang sedang tersenyum pada aku.
“Mama tengoklah Rafique ni.” Aku sudah
bergerak menuju ke arah mama.
“Eh tak apalah.Rafique kan dah jadi suami
Amani.” Ujar mama aku lagi sambil mengusap pipi aku.
“Tak
eloklah pengantin buat muka macam ni.”Tegur ibu aku pula.
“Ibu tengoklah apa yang Rafique buat
tadi.Malulah adik.”Tingkah aku pula tidak puas hati.Aku bukan apa sebenarnya
malu sangat.Rasa nak menyorok bawah meja.Tak tahu nak letak muka dekat mana.Dah
la ramai orang yang pandang.
“Amani sambung pose lagi.”Ujar
photographer tu lagi.Aku menoleh ke belakang.Rafique sudah terduduk di atas
pelamin.
“Dah pergi selesaikan bergambar tu
dulu.Kejap lagi kita makan.Tak elok buat muka macam ni pengantin.” Ujar mama
aku lagi.
“Betul cakap mama adik tu.Dah pergi sana
selesaikan urusan bergambar tu.” Tambah ibu aku pula.Aku menarik nafas lalu
melangkah semula ke pelamin yang hanya tiga empat langkah dari tempat aku
berdiri.
Aku sudah bergerak menuju ke arah
Rafique.Kemain lagi dia sengih.Jantung aku berdegup kencang lagi.Masak aku
macam ni.Dah kenapa asyik berdebar-debar semacam je ni.
“Rizal boleh tak kalau aku nak ambik posing
yang sayang aku ni duduk di atas ribaan aku ni.”Ujar Rafique dengan selamba
sambil menepuk pahanya .Aku tersentak dan terkejut.Terbeliak mata aku mendengar
permintaannya.Mujur tidak terkeluar dari soket mata aku ni haaaa..
Bila aku melihat photographer itu mengangguk
setuju aku merasakankan jantung , hati , limpa bagaikan melompat keluar.Sebal
aku lihat mukanya beriak selamba, menepuk-nepuk pahanya lalu memanggil aku
dengan suara yang lembut romantiklah kononya, lalu meminta aku duduk di atas
pahanya.
“Sayang come.Duduk sini.Abang pangku
sayang.Cepatlah.” Rafique tayang muka sengih.Ish pangku la sangat aku paku
dekat kepala tu nanti baru padan muka..Ish sabar Amani ingat sikit Rafique ni
dah jadi suami kau Amani.Sabar Amani.Aku menahan sabar .Dengan susahnya aku
cuba menggerakkan otot-otot mukaku untuk membentuk senyuman seikhlas mungkin
walaupun senyuman itu adalah senyuman plastik semata-mata.Ini ke laki aku.Sewel
betullah mamat perasan ni.Hoi Amani yang kau dok mengutuk laki kau tu pasal
apa?Buat dosa sajalah.Gerutu aku di dalam hati.
Aku melabuhkan punggung aku ke riba
Rafique.Aku tiada pilihan lain memandangkan semua mata sedang tertumpu pada aku
dengan Rafique.Siaplah dia lepas ni.Aku cubit sampai lebam tangan tu
nanti.Gatal sungguh.
“So sweet.” Tingkah photographer itu lagi
sambil tersenyum.
Sweet la sangat.Aku rasa nak baling je bunga
dekat tangan aku ni dekat photographer tu hah.Kemain lebar lagi dia senyum.Si
laki aku pun satu hal dok tersengih-sengih buat iklan ubat gigi gamaknya.
Paling aku sakit hati si Rafique sengaja
mengambil kesempatan.Kemain lagi dia memeluk pinggang aku dengan mesra.Aku pula
tahan sajalah.Dah tu nak buat macam mana lagi.Tahan dan paksa senyum.Ish tak
sukalah macam ni.
“Sayang jangan tarik muka.Nanti abang cium
nak.” Ugut Rafique dengan selamba sewaktu aku memeluk erat lehernya dan
bertentang mata dengannya.
“Awak jangan cari pasal eh.Sekejap lagi
saya cubit awak cukup-cukup.” Jawab aku dengan perlahan.
“Tak takut pun.Abang rasa sayang abang ni
yang takut nanti.”Ujarnya dengan selamba lagi.Aku pula yang blur.
“Kenapa pula?” Soal aku padanya.
“Adalah…”Jawab Rafique sempat lagi dia
kenyitkan matanya.
“Fiq kiss dahi wife kau.” Photographer tu dah
start balik dah Sengaja betul nak suruh si Rafique ni buat adengan kiss.
“Boleh saja.Dahi je ke?” Soal Rafique pula
sambil memandang pada Rizal.
“Kau nak up sikit pun boleh.Ala bukan orang
lain bini kau juga.”Selamba saja si Rizal ni menjawab,Geramnya aku.
Rafique membuat gaya yang di pinta oleh
Rizal.Aku hanya tersenyum manis di saat Rafique mengucup dahi aku.Sekali lagi
jantung aku terasa ingin melompat keluar.Selepas itu pula tanpa isyarat Rafique
membuat lagi satu adengan yang membuat mata aku lagi sekali terbeliak apabila
bibirnya begitu hampir dengan bibir aku.Aku ingin mengelak namun tangannya
sudah melingkari pinggang aku.Tidak dapat aku melarikan diri.Apa aku nak buat
ni.Aduh sewel punya laki aku ni.buat malu je.Sudah pasti muka aku merah lagi.
“Huyooo Fiq agak-agaklah sikit.Depan orang
kot.” Tingkah abang aku dengan selamba.
“Ala kalau kau nak buat dekat Kak Sya tu pon
boleh .Buatlah.” Tingkah Rafique sambil mengangkat keningnya.
“Aku rasa nak buat pose macam kau
jugalah.Nampak romatik gitu.” Selamba badak abang Amar aku menjawab.Sekali
dapat habuan dari kak Sya.Apa lagi Kak Sya cubit la lengannya.Padan muka.Adik
ipar dengan abang ipar sama naik.Dua-dua kepala gila-gila.
“Fiq lagi sekali buat pose seperti
tadi.”Ujar Rizal.Apa mencerlung mata pada Rafique yang sedang tersengih.
“Bukan salah abang sayang.Rizal yang
minta.Jangan risau abang tak akan kiss la bibir sayang tu depan orang ramai
macam ni.”Usik Rafique.Aku sudah mendengus geram.Tak habis-habis nak menyakat
aku.Si Rizal ni pun satu suka sangat nak rakan adengan rupa itu.Aku hempuk kang
baru tahu.Gerutu aku lagi.
Sekali lagi aku terpaksa menahan muka
apabila muka Rafique berada rapat dengan aku.Bukan rapat tapi tersangat
rapat.Aku dan Rafique bertentang mata lagi.Berdegup kencang lagi dada aku
ni.Haish.Kenapa pula ni?.
“Cantik. Good job korang.” Tingkah Rizal
sambil tersenyum.Aku memandang abang aku dengan Kak Sya yang sedang leka
bergambar.Kemain lagi diorang.Aku jugalah yang yang rasa sesak nafas tiap kali
kena posing.Bila nak habis sesi bergambar ni.Lenguh dah kaki tangan aku ni.
SELEPAS menunaikan solat isyak berjemaah
bersama abah tadi aku terus masuk bilik aku.Sekarang ni bilik ni bukan milik
aku sorang dah tapi aku kena berkongsi dengan Rafique.Aku berjalan ke hulu ke
hilir.Tak senang duduk aku macam ni.Sekejap aku berdiri sekejap aku duduk.Resah
gelisah aku malam ni.Aku kena kongsi tidur sekatil dengan Rafique.Gulp aku
telan air liur berkali-kali.Macam mana ni.Aku rasa seram dan takut pula.Apa aku
nak buat ni.Haaa aku ada idea..Apa kata kalau aku buat-buat pengsan je dekat
atas katil.Logik tak?Aku mengerut dahi sambil tersenyum.
Sebaik saja aku mendengar ada orang
memulas tobol pintu terus aku berlari dan melompat ke atas katil yang terhias
indah.Aku terus buat aksi pengsan la kononnya.Habislah aku.Laki aku dah masuk
bilik.Alamak!....
“Hai sayang dah tidur ke?” Soalnya sambil
duduk bersebelahan aku .Aku sudah memejam rapat mata .
“Sayang bangun.Kalau tak nak bangun abang
kiss nanti.”Ugut suamiku .Apa lagi terus membulatlah mata aku.Dengan sepantas
kilat aku bangun dan duduk bersandar di kepala katil.Aku melihat suami aku
ketawa.Sakit betul hati aku.Main kotor betul.Kantoi pula nak buat pengsan.Ish..
“Saya nak tidur.” Jawab aku lalu meletakkan
kembali kepala ke bantal.
“Sayang pandanglah sini sekejap.” Ujar
suamiku lagi.
“Awak nak apa lagi ni.Saya penatlah nak
tidur.”Tingkah aku dengan perlahan sambil menoleh kepadanya.
“Abang nak sayanglah.Mulai malam ni abang
tak nak bersaya awak lagi.Abang nak sayang panggil abang dengan pangilan abang
.Ok ?” Soalnya pada aku dengan nakal.
“Kalau saya tak nak panggil abang macam
mana?”Soal aku padanya sambil mengangkat kening.
“Kalau sayang tak nak panggil macam tu
abang akan buat macam ni.”Ujar Rafique sambil mendekatkan wajahnya pada wajah
aku.Makin lama makin dekat .Jarak kini tinggal seinci saja.Apa laki aku nak
buat ni.Aku terus menekup bibir aku.
“Ish apa ni?” Tingkah aku lalu bangun .Aku
mnejarakkan diri aku dengan dirinya.
“Nak panggil abang ke tak?Kalau tak abang
kiss .”Ujar suamiku lagi.Geramnya aku suka sangat mengugut aku.Terus aku
menarik muka masam.
“Ye la.Ye la.Saya panggil awak abang.Puas
hati.Dah saya nak tidur.”Tingkah aku
lalu ingin baring semula namun Rafique sudah menyambar tangan aku.Aku
menoleh padanya.
“Apa lagi abang sayang.” Perli aku pula.
“Sayang ikhlas ke kahwin dengan abang?” Soal
Rafique dengan tiba-tiba.Aku tersentak.
“Kenapa abang tanya macam tu?”Soal aku pula
dengan pelik.
“Ye la.Abang tengok sayang tak ikhlas
je.Layan abang pun tak nak je.” Ujarnya dengan perlahan.Alamak laki aku jenis
yang sensitif juga ke?
“Saya dah..”
“Tak ada saya-saya.Abang nak sayang
bahasakan nama sayang dengan abang.” Tingkahnya belum sempat aku menyudahkan
kata-kata tadi.
“Amani dah cakapkan.Amani ikhlas dengan
semua ni cuma Amani perlukan masa untuk biasakan diri dengan semua ni.Amani
minta maaf kalau abang ada terasa apa-apa ke?” Tingkah aku dengan perlahan dan
aku menunduk ke bawah.Salah aku juga.Aku terlupa yang Rafique adalah suami aku
sekarang.Aku dah tak boleh nak layan dia
seperti dulu.Sekarang syurga aku di bawah tapak kakinya.Aku tak nak di
gelarkan isteri derhaka.
“Sayang pandang muka abang.” Tingkahnya
sambil mengusap pipi kanan aku.Aku mendongak dan memandangnya.Mata aku sudah
berkaca.
“Amani minta maaf.”Ujar aku lalu aku
mengucup tangannya.Rafique terus menarik aku dalam pelukannya.
“Abang tak marahlah.Saja je abang nak test
tadi.” Ujar Rafique sambil tersengih.Apa lagi dapatlah habuan dari aku
.Penyepit ketam.
“Adoi lebam la kalau hari-hari macam ni.Ya
sayang abang tahu sayang ikhlas.Abang akan tunggu pintu hati sayang terbuka
untuk abang,Satu je yang abang nak sayang tahu yang abang cintakan dan
sayangkan sayang sorang saja.Hanya dirimu satu yang menjadi ratu di hati
ni.”Ujar Rafique lagi.Mata aku sudah berkaca.Terharu aku mendengarnya.Ya Allah
izinkan aku untuk menyintai lelaki yang sudah bergelar suami aku ini.Bukakanlah
pintu hati aku untuk menerima cintanya.
“Abang…”
“Hey janganlah nanggis macam ni.Abang ada
sesuatu nak bagi dekat sayang.Sepatutnya abang bagi masa abang sarung cincin
dengan gelang sewaktu akad nikah semalam
tapi susah sangat.Ni untuk sayang.Abang belikan satu set.” Ujar Rafique
sambil menunjukkan seutas rantai di tangannya,
Rantai emas yang berbentuk hati.Di atasnya
tertera huruf R & A.Aku tersenyum memandang suamiku di kala ini.Rafique
sedang memakaikan rantai tersebut di leher aku.Aku memegang rambut yang aku
lepaskan tadi sewaktu Rafique sedang memakaikan rantai tersebut.Aku memegang
rantai tersebut sambil tersenyum.
“Terima kasih abang.Bila abang beli?Bukan
kita pergi beli cincin je ke hari tu.” Tingkah aku lagi.
“Abang dah tempah sekali dengan cincin hari
tu sewaktu sayang tengah ralit tengok barang kemas yang lain.”Ujar Rafique
matanya masih lagi terlekat pada leher aku.
“Abang pandang apa khusyuk sangat tu?” Ujar
aku sambil menepuk pahanya.
“Abang pandang leher sayang tu.Geram je
abang tengok.”Usik Rafique sambil tersengih. Haaa sudah ulat bulu dah naik
daun.
“Abang kan dah janji.Bencilah macam
ni.”Tingkah aku sambil memuncungkan bibir.
“Ye abang tahu.Saja je nak usik.Sayang
benci abang makin sayang sayang sayang.”
Tingkah Rafique lagi .Sempat lagi dia menghadiahkan satu kucupan di pipi
aku.Aku menjerit dengan perlahan.
“Abang…” Rafique sudah ketawa.Nakal sungguh
suami aku ni.Aku mencubitnya dengan geram.
-------Jangan marahkan kita yaaa sebab update sampai sini saja..----
NotaHujungKaki : Confirm si pororo bengang ni dengan entry ni.Sorry beb aku hanya update sampai sini saja.Mekasih sebab support Dirimu Satu...Mekasih semua yg baca Dirimu Satu...Hhehehe ..^_^

Hahahaha. Rafique Amani just like Ajibonnn dan Hajar. Kahkah. terbayang2 aku tauuuu. Wakakakaka
ReplyDeletehahahahhahaa...lawak kan..:D
ReplyDeleteso sweetttt♥ hihi
ReplyDeleteIzaty: Mekasih singgah dan baca ;)
Delete