SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, May 16, 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 10

Assalamualaikum u oll..

selamat pagi semua dan juga selamat hari guru kepada semua guru yang mengajarku  dari zaman tadika sehinggalah Universiti.Jasamu akan di kenang sampai bila2..Mekasih cikgu.Ok hari ni akan di update sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu.Mekasih yang singgah dan baca karya ayra zahra..Selamat membaca..=)








BAB SEPULUH




    MAJLIS pertunangan antara Dian Batrisya dan juga Zafran Nufail berjalan dengan lancar.Dian Batrisya mengenakan jubah moden berwarna  mint di penuhi pula dengan manik-manik yang cantik menaburi jubah tersebut.Di kepala Dian pula di kenalan dengan salendang warna yang sedondon dengan baju.Dian Batrisya sungguh ayu dan cantik hari ni apabila di mekap sedikit di wajahnya.

     Dian Batrisya tersenyum manis di saat jari manisnya di sarungkan sebentuk cincin emas .Cincin itu menandakan cincin pertunanganya dengan Zafran Nufail.Cincin emas itu di sarung oleh ibu Zafran Nufail iaitu Puan Aishah .Selepas itu Dian Batrisya mengucup tangan bakal ibu mertuanya .Kemudian giliran Dian Batrisya pula menerima kucupan di kedua belah pipinya oleh Puan Aishah.

    Puan Sakinah berada di sebelah Dian Batrsiya sudah tersenyum lebar.Dhiya’ Batrisya yang berada di sebelah Puan Sakinah juga turut tersenyum manis apabila melihat Dian telah selamat bertunang.
     “Alhamdulilah.Semuanya berjalan dengan lancar.” Tingkah Encik Yusuf dengan senyuman.matanya melirik kepada anak gadisnya Dian Batrisya.

     “Alhamdulilah.” Balas Encik Sulaiman pula.Ayah kepada Zafran Nufail sambil menepuk bahu Encik Yusuf.Mereka berdua saling tersenyum memandang upacara sarung cincin sebentar tadi.

     Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mengikat tali pertunangan antara Dian Batrisya dan juga Zafran Nufail selama enam bulan sahaja.Lagi cepat mereka berdua di satukan lagi bagus.Itulah harapan kedua-dua buah keluarga.Semoga ikatan silatulrahim yang akan terjalin nanti akan kekal selamanya.InsyaAllah .
     “Tahniah Dian.Cantik sangat Dian hari ni.” Ujar Dhiya’ sambil mengucup kedua-dua belah pipi kembarnya.

     “Terima kasih Dhiya’.Dian menunggu giliran Dhiya’ pula selepas ini.” Jawab Dian sambil menepuk lengan Dhiya’ Batrisya.

    “Ish apa pula Dhiya’.Tak sabarnya nak tengok Dian berkahwin nanti.” balas Dhiya’ dengan senyuman manis di bibirkan.Dhiya’ sudah berangankan suasana majlis perkahwinan Dian dan juga Zafran enam bulan selepas mereka bertunang.

    “Haah berangan lah tu.” Tingkah Dian Batrisya sambil menepuk paha Dhiya’.Dhiya’ terkebil –kebil sambil tersenyum penuh makna.

    “Eh Dhiya’.Lupa Dian nak tanya tadi.Hana datang tak?Dian tak nampak kelibat di lagi ni?” Soal Dian Batrisya sambil melilau matanya mencari kelibat teman baiknya Hana Yasmin.

    “Dian jangan risaulah.Hana datang .Mungkin dia ada dekat luar kot makan.Kalau tak silap dia datang dengan kawan dia.Nama dia Tasha kot.Tadi Dhiya’ sempatlah juga berkenalan dengan kawan dia.” Balas Dhiya’ pula.

    “Baguslah kalau dia datang.Zafran datang tak?” Soal Dian sambil tersengih.
     “Amboi dah cari encik tunang nampaknya.Zafran datanglah.Dia duduk dekat luar sana.Mana boleh masuk  waktu mereka berbincang tadi.” Jawab Dhiya’ dengan selamba.Dian pula sudah tersengih.
     “Ish Dhiya’ ni. Dian tanya je.” Tingkah Dian sambil mencebik pada Dhiya’.
      “Dian nak suruh Dhiya’ panggilkan bakal abang ipar Dhiya tu ke?” Soal Dhiya’ sambil tersenyum penuh makna.

       “Hai Dian..Tahniah ..”Dian dan Dhiya’ mendongak ke atas melihat siapakah gerangannya.
        “Hana..Tasha.Korang berdua dah makan ke?” Soal Dian dengan gembira.
         “Dah makan dah.Tahniah Dian.Wow cantiknya Dian hari ni.” Tingkah Tasha sambil duduk bersimpuh di hadapan Dian dan juga Dhiya’.

          “Mana ada cantik Tasha.Biasa ja.” Tingkah Dian dengan senyuman.
           “Dian kau cantik sangat hari ni.Patutlah si Zafran gila baying dengan kau Dian.” Usik Hana Yasmin pula.Dian hanya tersenyum langsung tidak memahami maksud yang tersirat apa yang di perkatakan oleh Hana Yasmin.Tasha sudah menjeling ke arah Hana Yasmin namun tidak di endahkannya.

          “Lepas ni giliran kau pula Hana?Kau bila lagi?” Soal Dian kepada Hana.
           “Aku?Entahlah Dian.Aku pun tak tahulah.”Jawab  Hana Yasmin dengan sinis.
           “Aku punyakan kau dah ambil.” Sindir Hana Yasmin dengan perlahan.

          “Apa kau cakap tadi Hana?Aku tak berapa jelas.” Jawab Dian sambil memandang Hana dengan senyuman.

          “Aku cakap aku tak tahu bila .”jawab Hana sambil memaniskan mukanaya di hadapan Dian Batrisya.
         “Oh .Aku ingat kau cakap apa tadi.” Balas Dian dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.
           Namun Hana Yasmin langsung tidak menyedari bahawasanya Dhiya’ Batrisya sudah pun mendengar apa yang di ungkapnya sebentar tadi.Bukan saja Dhiya’ malah Tasha juga turut mendengarkannya.
         Dhiya’ memandang Tasha  , begitu juga dengan Tasha memandang Dhiya’ .Hanya mata mereka berdua saja yang berbicara.

         Adakah Hana juga turut menyukai Zafran Nufail?Desis hati Dhiya’ Batrisya.Itulah persoalan yang sedang bermain di kotak fikirannya sebaik saja mendengar apa yang keluar dari mulut Hana Yasmin sebentar tadi.
       Hana ni dah kenapa?Berapa kali dah aku pesan sebaik sampai di rumah Dian.Boleh tak kawal emosi sikit.Marah Tasha di dalam hatinya.

     “Korang berdua tunang berapa lama Dian?”Soal Tasha kepada Dian
     “Family kitaorang tetapkan yang kami berdua bertunang selama enam bulan saja.Mereka kata tak elok kalau di tangguhkan perkara yang baik.Tempoh enam bulan kenalah menyiapkan semua keperluan untuk majlis perkahwinan kami nanti.”Jawab Dian sambil membetulkan selendangnya yang terletak di atas kepala.
     “Enam bulan dah tak lama dah tu.Pejam celik pejam celik dah enam bulan.” Jawab Tasha pula.

    “Hana kau kenapa?Senyap je aku tengok dari tadi.Kau tak happy ke tengok aku bertunang hari ni?” Soal Dian Batrisya sewaktu matanya terarah pada raut wajah Hana Yasmin yang muram.

    “Eh mana ada.Aku gembira tahu tengok kawan aku.Aku happy sangat-sangat tengok kau dengan Zafran bertunang hari ni.” Jawab Hana Yasmin sambil mempamerkan senyuman yang tidak ikhlas langsung.
     Banyaklah kau punya happy Hana.Aku dah dengar tadi apa yang kau cakap.Aku tak akan biarkan kau menyakiti hati kakak kembar aku.Sakit Dian sakitlah aku.Tingkah Dhiya’ di dalam hati.

      “Dian diorang nak ambil gambar kamu.” ujar Puan Sakinah yang baru muncul di tempat mereka berada.
      “Boleh saja  mak.” Balas Dian.Sewaktu itu juga matanya terpandang kepada tunangnya Zafran yang di kala ini juga turut memandang Dian.Terlukis senyuman manis di bibir Zafran sewaktu melihat tunangnya Dian Batrisya yang sungguh ayu hari ini.

      “Boleh kita ambil gambar kenangan majlis pertunangan korang hari ni.Tadi aku dah ambil sewaktu sarung cincin.Sekarang aku nak ambil gambar kau dengan Dian pula Zafran.” Ujar kawan lelaki di sebelah Zafran Nufail.

     “Boleh je.Nanti boleh buat montage bila nak kahwin nanti.” Balas Zafran Nufail dengan senyuman yang lebar.

     Sebaik saja mendengar kata-kata dari mulut Zafran Nufail, Hana Yasmin terus bangun dan berdiri di satu sudut.Dari jauh dia melihat Dian dan Zafran bersembang dengan mesra sambil ketawa di depan cameraman.
     “Hai Hana..” Tegur Dhiya’ kepada Hana yang sedang bersandar di dinding.

      “Eh Dhiya’ .” Balas Hana dengan senyuman plastik.
       “Cantikkan Dian hari ni.” Dhiya’ cuba memancing Hana Yasmin.Sempat lagi matanya melirik pada Hana Yasmin di sebelahnya.

      “Aaah cantik.Dian tu memang cantik sejak dulu lagi.Sama macam Dhiya’. juga.” Balas Hana Yasmin.Pujian yang langsung tidak ikhlas.

      Selepas selesai sesi bergambar bersama keluarga semua maka berakhir sudahlah majlis pada hari ni.Keluarga Zafran sedang bersembang dengan keluarga Dian di ruang tamu.

     “Zafran..Ingat jaga kakak saya dengan baik.Kebahagian Dian adalah kebahagiaan Dhiya’ juga.Jangan pernah menyakiti Dian.” Ujar Dhiya’ sambil memberikan amaran kecil kepada Zafran.
     “Dhiya’ jangan risau.Zafran kan sayangkan Dian.”Balas Zafran dengan senyuman manis.Dian juga turut tersenyum pada Zafran.

     “Mudah-mudahan.Amin.” Balas Dhiya’ sambil memeluk bahu Dian.Walaupun di hatinya tidak tenang selepas terdengar kata-kata dari Hana tadi tapi di sorokkannya.Di pujuk agar tidak berprasangka buruk pada Hana.Hana adalah teman rapat Dian.Bagaimana seandainya Hana mengkhianati Dian suatu hari nanti?Soalan itu mula menerjah di kepalah Dhiya’ sejak tadi.

    DHIYA’ termenung di dalam biliknya.Di dalam kepalanya berfikir tentang hal siang tadi.Dhiya’ berkalih dari kanan kemudian berkalih ke kiri.Tidak senang duduk Dhiya’ .Dari baring kemudian Dhiya’ bangun dan duduk bersila di atas katilnya.

    “Agak-agak Hana ni memang betul ke ada perasaan dekat Zafran.Kalau betul dia ada hati pada Zafran mestilah dia sakit hati tengok Dian bertunang hari ni.Kalau dia tak sakit hati kenapa dia cakap rupa itu siang tadi?Apa motif dia?Nasib baik Dian tak dengar.Kalau Dian dengar lagi haru jadinya.” Dhiya’ membebel sendirian.

     Dhiya’ memintal-mintal telinga bear yang menemaninya tidur  sambil berfikir .Susah malam ni nak lelap mata begini rupa.Desis hati Dhiya’ .

     “Dhiya’ dah tidur belum?” Soal Dian di luar pintu bilik sambil mengetuk pintu bilik Dhiya’.
      “Belum lagi.Masuklah Dian.Pintu tak kunci pun.” Balas Dhiya’ dari dalam.Kemudian terjenggul kepala Dian di sebalik pintu.

       “Dhiya’ buat apa tak tidur lagi ni?” Soal Dian sambil duduk di birai katil milik Dhiya’.
        “Dhiya’ tak mengantuk lagilah.Dian kenapa tak tidur lagi?” Soal Dhiya’ dengan sengihan nakal.
     “Dian pun tak mengantuk lagi.Bosan dekat bilik sorang-sorang so Dian datanglah skodeng bilik Dhiya’ sekejap mana tahu kot-kot Dhiya’ tak tidur lagi.”Balas Dian pula.

     “Amboi tahulah dah betunang siang tadi.Tak kan dah bertunang pun tak lena nak tidur.Encik tunang Dian tak telefon ke malam ni?” Usik Dhiya’ dengan selamba.

     “Kesitu pula Dhiya’ ni.Bukan tak boleh tidur pasal bertunanglah, tapi mata Dian ni haa degil tak nak tidur lagi.Encik tunang?Mestilah dah telefon cakap selamat  malam dekat Dian.” Balas Dian dengan selamba.

     “Hah tengok , kemain lagi.Mentang-mentanglah dah tunang.” Usik Dhiya’ sambil tersenyum.
     “Kalau nak bahagia macam Dian, Dhiya’ kenalah cari calon suami juga.” Balas Dian.
      “Uish tak naklah.Ilham tetap di hati.” Jawab Dhiya’ dengan selamba .

      “Dian..Dian..Dhiya’ nak tanya sikit boleh?” Soal Dhiya’ dengan tiba-tiba.
       “Tak boleh.” Balas Dian dengan selamba.Terus saja tangan Dhiya’ menepuk paha Dian yang sedang ketawa.

     “Ish Dian ni..Tak kira Dhiya’ nak juga tanya.” Balas Dhiya’ pula
     “Dhiya’ nak tanya hal apa?” Soal Dian pula.
     “Ermmm Dhiya’ nak tanya pasal encik tunang Dian.”

    “Kenapa dengan encik tunang Dian?” Soal Dian dengan pelik.
      “Dian sayangkan Zafran sepenuh hati Dian tak?” Soal Dhiya’ .Mata Dhiya’ terkebil-kebil menunggu jawapan dari Dian.

          “Dhiya’ , Zafran tu dah jadi tunang Dian.Mestilah Dian sayangkan Zafran.Kenapa Dhiya’ tanya macam tu?Ada yang tak kena ke dengan Zafran?” Balas Dian dengan kerutan di wajahnya.
           “Eh bukan bukan bukan.Saja je Dhiya’ nak tahu.Dhiya’ nak Dian bahagia dengan Zafran je.”Balas Dhiya’ dengan senyuman manis di bibir.

           “InsyaAllah Dhiya’.Dian juga doakan benda yang sama.Semoga hubungan kami kekal.”Balas Dian pula sambil tersenyum.Melihat senyuman di bibir Dian , terus saja Dhiya’ membuang perasaan prasangkannya terhadap Hana Yasmin sebentar tadi.

       “Bestnya  bilik Dhiya’ ni.” Tingkah Dian dengan sengihan.
       “Nak tidur dengan Dhiya’lah tu kan kan kan?” Soal Dhiya’
       “Aaah Dian rasa malam ni nak tidur dengan Dhiya’ la pula.Bolehkan.” jawab Dian dengan senyuman mekar di bibir.

        “Mestilah boleh.Dian pun dah lama tak melepak di bilik Dhiya’.nanti kalau Dian dah kahwin nanti Dhiya’ keseorangan la.” Usik Dhiya’ dengan sengihan.

      “Amboi kemain mulut Dhiya’ sekarang ni kan.” Balas Dian sambil membalingkan bantal kecil yang di peluknya kepada Dhiya’.

    “Eh betullah apa yang Dhiya’ cakap tu.” Jawab Dhiya’ tidak mahu mengaku kalah.
    “Tak ada.Tak betul.” Jawab Dian sambil menutup matanya.

     Dian pura-pura tidur ya.Tidak mahu dengar Dhiya’ mengusik ya.Mereka berdua suka sangat menyakat antara satu sama lain , tetapi juara menyakat memang milik Dhiya’ lah.Itu memang menjadi hobi kegemaran Dhiya’.

Bersambung....

NotaTersepit : Kembali menulis selepas berehat 2 hari kerana kesihatan dan juga kepala blank.Piung piung piung . Bersemangat ok .Fighting .. Ngeee..:)

2 comments:

Tq sudi komen.:D