SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, May 20, 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 11

Assalamualaikum u oll...

Selamat pagi dan selamat hari isnin.Ok hari ini akan di update sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu.Terima kasih kerana singgah dan baca...=)


                                    




BAB SEBELAS




      DIAN BATRISYA sampai ke pejabat hari ini agak lewat memandangkan kesesakan lalu lintas hari ni yang luar biasa.Hal ini di sebabkan oleh kemalangan kecil yang berlaku di tengah-tengah jalan. Dian sampai ke pejabat lambat lima belas minit sahaja.

      “Dian kenapa lambat hari ni?” Soal Kak Hanim sewaktu Dian melintasi di depan meja Kak Hanim.
       “Jalan Jamm kak.Datuk Khalid dah masuk ke kak?” Soal Dian dengan gelisah.
       “Belum lagi.Datuk masuk lambat sikit hari ni.Dia ada urusan sikit pagi ni dekat Putrajaya.” Jawab Kak Hanim.Dian menarik nafas lega.

      “Fuh selamat Dian.” Tingkah Dian sambil melapkan peluhnya di dahi  dengan tisu.Mahu tidak berpeluh kalau Dian berlari sebaik saja keluar dari pintu kereta.

      “Kak Hanim , Dian pergi buat kerja dulu ya.?” Dian meminta diri dari Kak Hanim dengan senyuman.
      “Ya la.Dian..Selamat bertunang .Maaflah Kak Hanim tak dapat datang.” Ujar Kak Hanim pada Dian.
      “Tak mengapa Kak Hanim.Terima kasih ya.Dian minta diri dulu ye.” Jawab Dian sambil tersenyum manis pada Kak Hanim.

       “Morning Dian.Amboi berseri-seri wajah pagi ni.Dian tahniah ya dah selamat bertunang dengan Zafran.” Usik Suzie pula sewaktu Dian melintasi mejanya.

        “Terima kasih Suzie..” Jawab Dian dengan senyuman yang tidal lekang di bibir.
        “Tahniah Dian.” Ujar Farid pula.
        “Terima kasih.” Balas Dian dengan senyuman.
        “Morning Dian..” Tingkah Zafran Nufail sambil tersenyum dan berdiri di depan meja Dian.Waktu ni Dian sudah pun duduk di tempatnya.

        “Morning Zafran.Awak dah sarapan ke?” Soal Dian sambil tersenyum.
        “Dah sarapan dah.Ini sarapan saya belikan untuk awak.Makan tahu.By the way jangan senyum macam tu pada lelaki lain tahu.Saya cemburu.”Sengih Zafran Nufail kepada Dian Batrisya.
      “Ish awak ni.Apa yang awak nak cemburu Zafran.Kitakan dah bertunang.”Jawab Dian pula sambil menyambut plastik yang berisi sarapan pagi .

       “Sorry.Lupa pula kita dah tunang.Tak sabarnya saya nak kahwin dengan awak Dian.” Tingkah Zafran Nufail dengan tiba-tiba.

     “Hah apa dia?Amboi tak sabar ya?Karang saya tak nak kahwin  dengan awak baru awak tahu.”Menbuntang mata Dian seketika.

     “Ala saya gurau je.Janganlah marah.” Gelak Zafran Nufail.
     “Dah pergilah buat kerja.Orang tengok tak manislah .Apa pula nanti diorang akan cakap.Tak pasal-pasal keluar gossip Dian Batrisya berkepit ‘mesra’ bersama tunangnya Zafran Nufail.Nak macam tu?” Soal Dian pada Zafran Nufail.

    “Eh ok apa?nanti lelaki dekat sini dan luar sana tak boleh mengorat Dian sebab Dian kepunyaan Zafran.” Balas Zafran dengan selamba.

    “Zafran Nufail…” Dian sudah mengetap bibir.
    “Ok ..ok gurau je.Jumpa nanti ok.Bye sayang.” Ujar Zafran Nufail dengan perlahan.Dian Batrisya apa lagi membesarkan matanya pada Zafran.Namun Zafran hanya tersenyum lalu menuju ke ruang kerjanya.
     “Hana kau dah nak balik ke?” Tegur Dian pada Hana Yasmin yang kelam kabut keluar .

     “Aah aku nak kena balik dulu.Aku ada hal penting sikit.Aku ambil half day hari ni.Aku pergi dulu Dian.Bye.” Balas Hana Yasmin lalu bergegas keluar dari pejabat.
     Dian hanya memandang dengan kerutan di dahi.Mengapa dengan Hana hari ni kelam kabut semacam je aku tengok.Harap-harap tak ada apa-apalah. Bicara hati Dian .

    “Kak Hanim dah nak keluar lunch ye?” Tegur Dian kepada Kak Hanim yang sedang mengeluarkan kunci keretanya dari beg tangan yang di bawanya.

    “Ya Dian.Singgah ambil anak Kak Hanim dekat tadika dulu .Dian tak keluar makan tengahari ke?Zafran mana?” Ujar Kak Hanim sambil memandang Dian.

    “Sekejap lagi Dian keluar makan.Zafran ada hal sikit dekat luar.So Dian keseorangan la kot hari ni.”Jawab Dian sambil tersengih.

    “Alahai kesiannya.Hana pula tak ada .Dia minta half day dengan Datuk hari ni.Ada hal penting katanya.” Balas Kak Hanim.

   “Tak apalah .Sekejap lagi Dian keluar beli dekat seberang jalan sana.Apa susah tapau je bawa balik pejabat.” Jawab Dian dengan selamba.

   Dian mengajak Dhiya’ untuk makan tengahari bersama tetapi Dhiya’ ada meeting dengan client di luar.Tak mengapalah Dian.Sorang pun soranglah.

    “Hati-hati tahu Dian.Kak Hanim pergi dulu .Kalau Dian nak suruh Kak Hanim tapaukan pun boleh.”Tingkah Kak Hanim lagi.

    “Tak mengapalah Kak Hanim.Jangan risau.Sekejap lagi Dian pergi makan dekat kedai seberang jalan tu nanti.”Jawab Dian dengan senyuman.

    Kemudian Kak Hanim terus saja bergegas keluar dari pejabat.Sempat lagi tangannya menilik jam di pergelangan tangan sebelum bergerak menuju ke tempat parking kereta.

   Dian mengemas mejanya seketika.Selepas itu Dian mencapai beg tangannya yang berada di bawah meja lalu di bawa keluar dompetnya.Dian melangkah keluar dari Khalid Group untuk mengisi perutnya yang sedang berkeroncong.

    Pada mulanya Dian ingin tapau saja makanan ke pejabat namun sebaik saja sampai di restoran yang berdekatan dengan Khalid Group , Dian terus membatalkan niatnya.Setelah selesai mengambil makanan Dian mengambil di tempat duduk yang paling hujung dan berdekatan dengan kipas.

    Dian membasuhkan tangannya lalu membaca doa sebelum makan.Untuk mengisi perut di kala tengahari Dian mengambil nasi campur.Nasi putih, ayam berempah ,sayur kailam dan juga sedikit ulam.Dian makan tanpa mempedulikan orang-orang yang lalu lalang di depannya.

     “Dian Batrisya?” Kedengaran satu suara yang memanggil Dian.
      “Ya saya.” Jawab Dian lalu mendongak wajahnya lalu memandang siapakah pemilik suara yang memanggilnya itu.Sebaik saja melihat wajah orang yang memanggil namanya sebentar  yadi Dian terus mengerutkan dahi.

     Apa hal pula mamat ni ada dekat sini?. Desis hati Dian sendirian .
    “Ingat saya lagi?” Soal Orang tu lagi pada Dian, manakala Dian hanya menganggukan kepalanya.
    “Ingat.Doktor Rafiqi Aryan.” Balas Dian dengan selamba.
     “Sorang je ke?” Soal Doktor Rafiqi lagi sambil tersenyum.
    “Eh taklah saya berdua.Ada je orang di sebelah saya ni.” Jawab Dian dengan ramah sambil menunjukkan orang yang di maksudkannya itu.

    Doktor Rafiqi sudah tergelak melihat Dian.Mahu doktor Rafiqi tak tergelak kalau orang yang di maksudkan Dian yang menemani dia makan adalah gelas air yang berisi air minuman yang berada betul-betul di tempat duduk sebelah Dian.

   “Nakal juga awak ni ya Dian.”Jawab doktor tu.Dian tersenyum tawar.
    Ish doktor ni , bila masa aku buat lawak.?Pelik betul aku dengan mamat ni.Entah macam mana boleh terserempak dengan dia hari ni.

    “Doktor Rafiqi dah makan ke?” Soal Dian pula dengan ramah dan sempat lagi wajahnya mengukir senyuman untuk doktor Rafiqi.

   “Belum.Baru nak makanlah ni.Boleh saya duduk sini.Bosanlah makan sorang.”Jawan doktor Rafiqi Aryan.Dian mengangkat keningnya lalu menganggukkan kepalanya.
    “Silakan duduk doktor.” Jawab Dian sambil mempelawa doktor Rafiqi Aryan duduk di hadapannya.
   Takkanlah aku tak nak bagi dia duduk pula kot.Hari tu dia juga yang rawat aku waktu aku deman.Bebel Dian sendirian di dalam hatinya.

   “Jemput makan doktor.” Ujar Dian lagi sambil tersenyum lalu menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
    “Dian tak payahlah panggil saya doktor.Rasa formal pula.Panggil saya Rafiqi atau Aryan.” Ujar Doktor Rafiqi pula dengan senyuman.Nasi goreng yang di order sudah pun sampai si meja .

    “Ok .Terima kasih sebab rawat saya waktu saya demam hari tu.” Balas Dian sambil memandang doktor Rafiqi.

    “Sama-sama.Itukan dah memang tugas saya sebagai doktor.” Jawab doktor Rafiqi Aryan sambil menyuapkan nasi gorengnya ke mulut.Dalam pada itu sempat doktor Rafiqi melihat wajah Dian yang sedang tersenyum yang menampakkan lesung pipit kanan dan kiri.Terpukau seketika doktor Rafiqi sewaktu melihat senyuman manis Dian.Nasib baik Dian tidak perasan yang dirinya di perhatikan.
   “Awak kerja mana Dian.?” Ujar doktor Rafiqi lagi.

    “Saya kerja dekat depan tu haa.Dekat Khalid Group.Doktor buat apa dekat area ni.Klinik doktor bukan di sini kan.” Balas Dian pula sambil memandang doktor Rafiqi.
   “Kan saya dah cakap tadi, panggil saja Rafiqi.” Tingkah doktor Rafiqi.
    “Alamak lupa pula.Sorry.Rafiqi.” Jawab Dian sambil menepuk dahinya.Tingkahnya yang comel mencuit hati doktor Rafiqi Aryan.

     “Saya ada hal tadi dekat sini.Sekejap lagi baru saya balik ke klinik.”Jawab doktor Rafiqi dengan senyuman .Dian pula hanya anggukan kepala sambil menyambung makan .Begitu juga dengan doktor Rafiqi.
     Berselera sungguh doktor Rafiqi makan.Maklum sajalah dapat cuci mata sekali kan.Mahu tak berselera kalau Dian berada di depan matanya.Terlukis lagi senyuman di bibir  doktor Rafiqi.

    Doktor Rafiqi sila berhati-hati sikit.Di depan awak itu tunang orang ya,.Jangan tersuka pula.Diri sendiri juga yang merana .

    Petang itu Dhiya’ mengambil Dian di hadapan Khalid Group seperti biasa.Sewaktu Dhiya’ sampai di perkarangan Khalid Group , Dian sudah terpacak di tepi koridor.Sebaik saja melihat kereta yang di pandu oleh Dhiya’ , terus Dian menuruni tangga lalu berjalan menuju ke kereta.

   “Hai Dian..Zafran dah balik ke?” Soal Dhiya’ kepada Dian sebaik saja Dian menutup pintu kereta.
    “Zafran?Dia dah balik dah.Dia ada meeting dekat luar hari ni.Dia keluar dekat-dekat waktu lunch lepas tu dah tak masuk dah.Biasalah tengah banyak kerja sekarang ni.”Jawab Dian sambil memakai tali pinggang keledar.Dhiya’ hanya memandang Dian dengan pelik.

    Maknanya Dian tidak mengetahui Zafran keluar dengan seseorang.Kasihan Dian.Kenapa pula Zafran menyorokkan dari Dian.?Desis hati Dhiya’ sendirian.Sewaktu dia berjumpa dengan client nya bersama bos dan juga dua orang lagi staff dia ternampak kelibat Zafran Nufail dengan seseorang.Yang pasti adalah perempuan.Cuma Dhiya’ tidak nampak wajah perempuan yang berada di depan Zafran Nufail.

   Memang tak salah itu Zafran Nufail.Tak akan mata aku rabun kot.Aku yakin itu Zafran Nufail .Apa sebenarnya berlaku ni?Aku harus siasat ni .Zafran Nufail.Zafran Nufail aku akan cari kebenaran sampai ke lubang cacing.

    “Dhiya’ tak nak gerak balik lagi ke?” Soal Dian dengan tiba-tiba.Kereta yang di pandu oleh Dhiya’ tidak bergerak langsung.kemudian Dian memandang Dhiya’ di sisinya.
     “Dhiya’ ..Tak nak balik ke?” Ujar Dian lagi sambil menepuk bahu Dhiya’ .Dhiya’ yang sedang ralit memandang ke depan terus terkejut.

     “Hah apa dia?” Soal Dian sambil menggarukan kepalanya sewaktu menoleh pada Dian.
      “Ni tak lain tak bukan beranganlah ni kan?” Soal  Dian sambil menggelengkan kepalanya.
       “Eh mana ada.Jomlah kita gerak balik rumah.”Jawab Dhiya’ sambil tersengih kepada Dian.Kemudian kereta yang di pandu oleh Dhiya’ terus bergerak.

     “Dhiya’ jangan buat selalu berangan tu.” Tingkah Dian sambil menjeling Dhiya’ yang berada di sebelahnya.

    “La Dian ni, mana ada Dian berangan.Cuma tadi Dhiya’ terfikir sesuatu je la.Apalah Dian ni.”Dalih Dhiya’ sambil menumpukan sepenuh perhatian pada pemanduannya.

    Sama sekali Dhiya’ tidak akan bercerita pada Dian apa yang di lihatnya siang tadi.Bimbang Dian akan terluka.Dhiya’ sangat memahami Dian.Dian adalah seorang gadis yang bijak dalam semua hal tetapi satu kalau bab cinta memang Dian slow sikit,Lurus sangat kalau melibatkan hati dan perasaan.

    Nampak gayanya selepas ini Dhiya’ akan menjadi detective la untuk menyiasat tentang Zafran Nufail.Dhiya’ tidak akan berpuas hati sampailah dia mengetahui semunya.Cik Dhiya’ Batrisya a.k.a Detective Dhiya’ akan membuka file yang di beri nama  ‘Rahsia Zafran Nufail’.

    Dhiya’ sudah tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.Di capai kaca mata hitam lalu di suakan ke matanya.Dhiya’ memandang Dian yang sedang ralit melayan lagu di corong radio.Lagu yang sedang di mainkan sekarang ini. adalah dari kumpulan Pria Band yang menyanyikan lagu Kasih Jangan Kau Pergi.
   
 Bersambung....

NotaTersepit : Sekarang ni aku sedang mengalami tekanan dlm menyiapkan manuskrip ini..Uwaaa..Biasalah kan.Semoga semuanya berjalan dengan lancar...Chaiyok3.... 


6 comments:

  1. Hahaha. Gelas! Comelss pulakk. Ekekeke

    ReplyDelete
  2. hahhahahaa....lepas ni pertemuan demi pertemuan la..:D

    ReplyDelete
  3. hoyeeee!!! my hero dh kluar...

    ReplyDelete
  4. hehehe..bersabar yaaa..watak hero akan byk kuar apabila masuk bab 20 dan keatas..Tunggu ya...byk dugaan tuk DIan tempuhi... mekasih baca..:)

    ReplyDelete
  5. baby mio mekasih singgah ke mari..Sabar ya..Novel ini akan di update 2 kali seminggu..:)

    ReplyDelete

Tq sudi komen.:D