SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, June 3, 2013

[NOVEL] : AKU DITAKDIRKAN UNTUKMU BAB 15

Assalamualaikum u oll..

Good morning dan selamat hari Isnin..Ok hari ini akan di update sambungan Aku Ditakdirkan Untukmu.mekasih kerana singgah dan baca..=)

                                 



BAB LIMA BELAS


    HARI ini , Encik Yusuf dan juga Puan Sakinah mengadakan satu  jamuan makan untuk mengeratkan lagi silatulrahim dengan bakal besannya.Puan Sakinah yang beria-ria untuk membuat majlis makan-makan untuk mengenali dengan lebih rapat lagi keluarganya Zafran Nufail.Encik Yusuf memang menyokong apa yang di buat oleh isterinya.Bak kata Encik Yusuf tak kenal maka tak cinta.

    Dian dan juga Dhiya’ pada hari itu sibuk membantu Puan Sakinah di dapur.Mereka bertiga bertungkus-lumus menyediakan makan tengahari untuk keluarga Zafran Nufail.Bukan saja kedua ibu bapa Zafran yang datang malah adik beradik kepada Zafran juga turut datang .

    “Amboi kemain sibuk lagi orang dekat dapur ni.Ayah bagi salam dekat luar langsung tidak berjawab.” Ujar Encik Yusuf sebaik saja menjengah ke dapur.
    “Eh abang dah balik.Maaflah tak perasan .Ada tak barang yang Kinah pesan tadi?” Balas Puan Sakinah sebaik saja memandang wajah suaminya.

     “Ni , abang dah belikan barang yang awak kirim tadi.”Tingkah Encik Yusuf lagi sambil menghulurkan plastik bewarna merah kepada isterinya.

     “Terima kasih bang.Sekejap saya ambilkan air untuk abang.” Ujar Puan Sakinah sebaik saja melihat barang yang di belikan oleh suaminya.Tadi Puan Sakinah meminta suaminya membelikan buah-buahan dan juga barang dapur yang habis seperti Kicap dan juga sos cili.

    Puan Sakinah bergerak menuju ke rak lalu di capainya mug dan  menuangkan ais kosong ke dalamnya.Hari ni panas terik sikit.Basahkan tekak dengan ais sejuk memanglah terasa nikmat.
    “Bang minum ..”Ujar Puan Sakinah sambil menghulurkan mug di tangannya kepada suaminya.
   “Terima kasih .” Balas Encik Yusuf pula lalu membasahkan tekaknya yang sedang haus.

     “Ayah nak  sunquik ais tak?Dian dah siapkan air tu.” Tingkah Dian pula sewaktu membuka peti sejuk untuk mengambil ais untuk di masukkan ke dalam jag yang terisi dengan air sunquick.

    “Tak mengapalah Dian.Makan nanti ayah minum air tu.Sekarang ni ais kosong ni yang boleh menghilangkan dahaga.”Jawab Encik Yusuf kepada anak gadisnya.Dian pula memandang ayahnya sambil anggukan kepalanya.

    “Dhiya’ nak air tak?” Soal Dian pada Dhiya;’ yang sedang membasuh sayur kubis .Dhiya’ menoleh kepada Dian sambil tersenyum.

   “Nak nak.Sedapnya Dhiya’ tengok air sunquick tu.” Jawab Dhiya’ sambil membasuhkan tangannya.Kemudian Dhiya’ berjalan menuju  ke meja makan yang dimana Dian juga turut berada di situ sambil menuangkan air ke dalam gelas.Air itu telah pun di sejukkan dalam peti .Selepas itu Dian bawa keluar dari peti ais lalu menambahkan sedikit ais ke dalam jag tersebut.

  “Sedap tak air yang Dian buat.” Ujar Dian sambil mengangkat keningnya pada Dhiya’
   “Ermm sekejap.Biar Dhiya rasa dulu.” Ujar Dhiya’ sambil menyuakan gelas yang sudah berisi air ke mulutnya.

    “Secukup rasa tak? Soal Dian pada Dhiya’.
    “Errrmm.Air ni tak berapa sedaplah.Kurang sesuatu.”Tingkah Dhiya’ yang membuatkan Dian berkerut seribu.Apa pula yang kurang?Dia sudah masukkan semua.Gula pun dah cukup manis.Desis hati Dian sambil menggarukan dahinya.

   “Apa yang kurang Dhiya’ ? Gula ke?” Soal Dian pula.
    “Bukan kurang gula, tapi kurang senyuman dari cik Dian Batrisya hari ni.” Usik Dhiya’ .Dian sudah menjeling tajam kepada Dhiya’.

     “Dhiya’ main-mainkan Dian ya.Tak nampak ke hari ni senyuman Dian berseri-seri.” Jawab Dian dengan selamba.

     “Eleh berseri la sangat.Tahulah bakal suami dan juga bakal mertua nak datang.” Usik Dhiya’ sambil mencebik bibirnya pada Dian.Sengajalah tu nak cari pasal.Siapa tak kenal Dhiya’ bab mengusik memang power.

     “Haaaa tau pun.Haruslah berseri nak jumpa bakal laki dengan bakal family mertuakan.”Jawab Dian sambil menyengih pada Dhiya’ yang sedang mencebik padanya.

     “Apa lagi yang tak masak ni?” Soal Encik Yusuf kepada anak kembarnya.
   “Tinggal sayur ni je ayah nak goreng.Lepas tu dah boleh hidanglah.”Jawab Dian pula.
     “Baguslah kalau macam tu.Keluarga Zafran tu gerak pukul berapa?” Soal Encik Yusuf lagi kepada Dian.

     “Zafran bagitahu Dian  yang dia akan bertolak ke mari selepas solat zohor.” Balas Dian lagi .
     “Ok juga tu.Lagipun mereka tinggal bukan jauh sangat pun.Dalam empat puluh minit sampailah ke rumah kita ni.” Tingkah  Encik Yusuf lagi.

     “Sekejap lagi dah nak masuk zohor, nanti kita jemaah sama-sama.” Tambah Encik Yusuf lagi kepada anak-anaknya yang sedang menggoreng sayur dan juga mencuci bekas Tupperware.
     “Baiklah ayah.” Jawab Dian dan Dhiya’ sambil tersenyum kepada ayah mereka berdua.

      Setelah selesai menunaikan solat zohor berjemaah bersama keluarganya Dian bersiap-siap .Dian mengenakan baju kurung moden bewarna cream dan di kepalanya pula sudah tersarung tudung. Dian melangkah keluar dari bilik dan menuju ke bilik Dhiya’ yang terletak di sebelah biliknya.

    “Dhiya’… dah siap belum?” Ujar Dian sambil mengetuk pintu bilik Dhiya’ dengan perlahan-lahan.
      “Dhiya’ dah siap ni.” Ujar Dhiya’ di dalam bilik.Di badan Dhiya’ pula tersarung baju kurung moden berwarna coklat cair.Dhiya’ melangkah lalu memulas tombol pintu biliknya.

      “Dah siap jomlah turun.” Balas Dhiya’ lagi sambil tersenyum kepada Dian sebaik saja pintu biliknya terbuka dengan luas.

       “Jomlah.”Jawab Dian dengan senyuman lebar .
        Amboi cik Dian Batrisya mentang-mentanglah bakal suami dan juga bakal keluarga mertua nak datang hari ni kemain lagi senyum lebarnya.Berseri-seri wajah Dian.

    Keluarga Dian menyambut kedatangan keluarga Zafran sebaik saja keluarga Zafran tiba di perkarangan rumah mereka.Dian orang pertama yang keluar dan menyambut kedatangan keluarga tunangnya Zafran.Selepas itu mereka bersalaman antara satu sama lain.

    Zafran Nufail dan keluarganya sangat terharu dengan layanan yang di berikan oleh keluarga Dian.Pelbagai jenis masakan yang terhidang di atas meja.Dian tanpa rasa segan silu melayan karenah bakal adik iparnya iaitu Zarul dan juga Fira.

    “Terima kasih Kak Dian.” Ujar Fira sewaktu Dian menghulurkan sepiring buah anggur kepadanya sebagai pencuci mulut sewaktu mereka sekeluarga sedang bersembang di ruang tamu.
   “Sama-sama.Janganlah malu..Zarul nak tak buah ni?” Balas Dian sambil mengulurkan kepada Zarul pula.Zarula tersenyum lalu mengambik buah yang berada di dalam pinggan.

   “Terima kasih Kak Dian.” Ujar Zarul pula.
    “Dekat tunang sendiri tak nak bagi ke?” Tingkah Zafran Nufail yang berada di sebelah Zarul.
    “Eleh abang long ni mengada betul.Mulalah tu nak miang dengan Kak Dian.” Usik Fira pula sambil mencebik bibir pada abangnya.

    “Mestilah nak bermanja dengan tunang sendiri.Janganlah Fira cemburu pula.”Balas Zafran Nufail dengan selamba.

   “Cemburu?Tak ada maknanya.” Jawab Fira sambil membuat aksi tangan di atas bahu.Dian sudah tergelak kecil memandang Fira.

   Dari tadi lagi Dhiya’ memerhati gelagat Dian dan juga Zafran.Tumpuan matanya memang di fokuskan pada Zafran Nufail.Dhiya’ melihat cara layanan Zafran Nufail kepada kakak kembarnya.

   Errmm dia layan Dian dengan baik sekali?Habis tu siapa perempuan yang dia jumpa hari tu?Tak kanlah aku yang salah nampak kot.Mata aku tak rabun lagi tu.Desis Dhiya’ sendirian di dalam hatinya.

   “Amboi rancaknya korang bersembang.” Tegur Dhiya’ sebaik saja kakinya berhenti di sofa di mana kakak kembarnya Dian berada.Dian di kala itu  yang sedang bersembang dengan Fira , Zarul dan juga encik tunangnya Zafran Nufail.

    “Dhiya’ tak nak join ke?” Soal Dian sambil tersengih.
     “Kak Dhiya’ pula bila nak kahwin?” Soal Fira pula.Dengan senyuman terlukis di bibir Dhiya’ menjawab.
   “Alah Kak Dhiya’ lambat lagi.Kak Dhiya’ bagi dekat Kak Dian dulu kahwin.Kak Dhiya’ mana boleh langkah bendul.” Jawab Dhiya’ dengan selamba.Mereka sudah ketawa.

   “Oh tak boleh langkah bendul eh?” Soal Fira sambil menggarukan dahinya.
    “Janganlah Fira percaya cakap si Dhiya’ ni.Jangan tak tahu Kak Dhiya’ ni kalau bab mengusik orang memang dialah juara.Habislah Fira nanti kalau datang angin nak membuli orang.”Tingkah Dian dengan selamba.

    “Ish mana ada.Kak Dhiya’ adalah orang yang paling baik tahu.Mana ada Kak Dhiya buli orang.” Sengih Dhiya’ pula.

     “Ye ke Kak Dhiya’ Baru Zarul ingat nak ajak Kak Dhiya’ membuli Fira ni.” Tingkah Zarul pula.Fira sudah menjeling tajam pada Zarul.

    “Hah nak buli Fira ke?Eh boleh je.Kak Dhiya’ on je.” Jawab Dhiya’ dengan selamba.
     “Amboi Dhiya’ nak membuli pula.Jangan ok.” Balas Dian sambil mempertahankan Fira.
     “Sayang Kak Dian lebih la macam ni.”Tingkah Fira dengan senyuman.

      “Amboi siap ada geng nak membuli pula.”Ujar Zafran Nufail pula yang diam sebentar tadi.
     “Hai Encik Zafran Nufail nak join sekaki juga ke?” Soal Dian sambil memandang tunangnya.Zafran Nufail hanya anggukan kepala sambil tersengih .
       “Kena pilih la nak masuk group mana.?” Ujar Dhiya’ dengan selamba.
        Siap dengan kumpulan bagai ya bila nak membuli ni eh?Dhiya’ nampaknya dah ready untuk membuli dan juga menyakat kumpulan yang di wakilkan oleh Dian.Dah kenapa dengan tiba-tiba siap ada kumpulan bagai nih.?

       “Mestilah pilih untuk join group yang di wakilkan oleh tunang saya Dian Batrisya.” Jawab Zafran dengan selamba.

       Dhiya’ dan Zarul saling berpandangan sesama sendiri sebelum mereka berdua menjungkitkan bahu sambil mencebik pada kumpulan Dian.

   Petang itu, Dhiya’ mencucikan kereta miliknya.Dhiya’ memandikan keretanya yang telah kotor .Sudah sebulan lebih Dhiya’ tidak mandikan keretanya itu.Bukan tak nak mandikan tetapi di sebabkan kemalasan itulah yang menjadi rupa itu.

    Nak basuh kereta pun  nak kena ada mood dan kerajinan juga ke?
    Dhiya’ teringat kembali di kala tengahari tadi sewaktu mereka makan dan bersembang dengan keluarga Zafran Nufail.Dhiya’ dapat merasakan yang Zafran Nufail itu seorang yang baik tetapi hatinya masih tidak akan tenang dan tidak akan puas jikalau tidak mengetahui lagi dengan siapakah Zafran Nufail keluar pada hari itu.

     Dhiya’ tiba di restoran tersebut bersama bosnya Encik Khairul dan bersama setiausaha Encik Khairul dan juga salah sorang staff yang turut serta dalam perjumpaan dengan client .Sewaktu Dhiya’ sedang memberikan tumpuan sepenuhnya pada perbincangan antaranya dengan client itulah yang dia ternampak Zafran yang duduk di suatu sudut.

    “Dhiya’ melihat berkali-kali untuk memastikan yang di lihatnya itu adalah bakal abang iparnya dan juga tunang kepada kakaknya Dian.Dhiya’ sudah tidak dapat fokus pada perbincangan yang sedang di jalankan.Matanya hanya memandang pada Zafran dan juga seorang gadis yang duduk bertentangan  dengan Zafran Nufail.

   Siapa pula Zafran jumpa ni.Desi hati Dhiya’ Batrisya.
    Dhiya’ terus-terusan memandang pada Zafran yang sedang bercakap dengan seorang perempuan.Tempat duduk Dhiya’ yang strategic itu menyebabkan Zafran Nufail langsung tidak sedar bahawasanya kembar Dian ada di restoran itu juga.

    “So bagaimana Encik Umair ?Setuju?” Soal Encik Khairul kepada client nya yang bernama Umair itu.
    “Of course saya setuju.”Jawab Encik Umair sambil membelek-belek kertas kerja yang di tangannya itu.
   “Dhiya’, you take note .” Ujar Encik Khairul kepada Dhiya’ namun langsung tiada balasan dari Dhiya’ .Sekarang ini Dhiya’ seolah-olah berada di dalam dunianya sendiri.

   “Dhiya’..” Panggil Encik Khairul lagi sambil melambaikan tangan ke muka Dhiya’.Namun tiada tindak balas dari Dhiya’.
    Kemudian setiausaha Encik Khairul iaitu Afida mencuit bahu Dhiya’ berkali-kali sehinggalah Dhiya’ tersedar dan memandang Afida yang duduk di sebelahnya.Kemudian Dhiya ‘ memandang bosnya Encik Khairul sebelum beralih ke client mereka yang bernama Encik Umair.

  “Errk maafkan saya Encik Khairul, Encik Umair.” Tingkah Dhiya’ dengan muka bersalah.
   Ish ini Zafran punya pasallah ni sampaikan aku tak fokus pada perbincangan.Bebel Dhiya’ sendirian sambil menundukkan kepalanya.

   “Awak ok tak ni Dhiya?” Soal Encik Khairul sambil mengerutkan dahi.
   “Saya ok Encik Khairul.Jangan risau.” Jawab Dhiya’ sambil tersenyum.
    “Cik Dhiya’ jangan selalu berangan ye.” Tingkah Encik Umair sambil tersenyum manis pada Dhiya’. Kemudian Dhiya’ memandang Afida sambil tersengih.Afida juga turut tersengih.Rakan seperjuangan Dhiya’ yang bernama Azwan juga turut tersengih kepada Dhiya’.

   “Hallo cik Dhiya’ Batrisya awak cuci kereta ke awak berangan ni?” Tegur  Dian yang sudah pun terpacak di depan Dhiya’ yang sedang ralit menyiram keretanya.Langsung tidak bergerak ke tempat lain.
   “Hah apa dia?” Soal Dhiya’ sebaik saja dia tersentak.Kemudian dia menoleh pada Dian di sebelahnya.
   “Beranganlah lagi.Dhiya’ ni basuh kereta pun sempat lagi ke berangan.” Ujar Dian sambil menggelengkan kepala.

    “Mana ada Dhiya’ berangan.” Dalih Dhiya’ sambil sambil memancutkan air ke bahagian tayar kereta pula.
    “Ada tadi Dian panggil, Dhiya’ langsung tak respon.”Jawab Dian dengan selamba.
    “Mana ada, Dhiya’ tak dengar kot.” Dalih Dhiya’ lagi sambil membela diri.
     “Tak kira juga.Ada tadi.ada..ada..ada..” Jawab Dian .Sengaja nak mengusik Dhiya’

      “Tak ada..tak ada..Nak ambil ni.” Dhiya’ menyimbahkan sedikit air ke kaki Dian..Apa lagi menjeritlah Dian memanggil Dhiya’.

    “Dhiya’……Basahlah Dian macam ni.” Jerit Dian sambil bercekak pinggang.Dhiya’ sudah ketawa.
    “Siap Dhiya’.Main kasar ya.Tunggu..” Jawab Dian lalu mengejar Dhiya’ dengan air sabun yang berada di dalam baldi kecil. Dhiya’ lari pusing keretanya. 

   “Tahu takut.” Sergah Dian sambil membuat aksi untuk menyimbahkan air sabun pada Dhiya’.
    “Ok..Ok…Sorry..Dhiya’ minta maaf.” Jawab Dhiya’ sambil memohon maaf pada Dian.Dhiya’ sudah tidak larat berkejaran dengan Dian.


    “Ok Maaf di terima.” Jawab Dian sambil tersenyum .

Bersambung....

NotaTersepit : Manuskrip Aku Ditakdirkan Untukmu sudah pun 50%.Lagi 50% ..Hhehehe.InsyaAllah kalau tak ada aral siap raya ni..:)


2 comments:

Tq sudi komen.:D