Pejam celik pejam celik dah hari khamis.Seperti biasa hari ini di update sambungan BCIP bab seterusnya.Mekasih singgah dan baca..Maaf entry td cik writer dh delete. Yg td bab 16 bukan bab 15.Tersilap publish.Sorry sekali lagi.16 ari isnin ni ya..
“Kadangkala apa yang kita suka dan sayang tak semestinya akan kekal dengan kita untuk selamanya."

“KAU kenapa Reen.Aku tengok muka kau hari ni
macam ayam berak kapur je.Ada masalah ke?Tuan singa marahkan kau ke hari ni?”
Soal Safi bertalu-talu sewaktu mereka berdua makan tengahari bersama.
Reen memandang wajah Safi yang sedang
khusyuk makan.Safi kalau bab makan tak usah nak cakaplah.Laju yang amat.Tak peduli
dah dekat orang lain .
“Bukan pasal tuan singa la.Pasal Aqil.”
Jawab Reen dengan perlahan.Selepas itu baru Reen menyuapkan makanan ke dalam
mulut.
“Aqil?Kenapa pula dengan si Aqil?Dia ganggu
kau ke?” Soal Safi dengan pelik.
“Semalam dia telefon aku.Dia cakap nak
rujuk balik dengan aku.” Ujar Reen.Sebaik saja mendengar hal rujuk balik terus
Safi tersedak.Di capai gelas air minumannya lalu di sedut dengan rakus sekali.
“Apa dia.Kau ulang sekali lagi.Aku tak
salah dengarkan?” Soal Safi.Matanya membuntang memandang Reen.
“Aqil nak rujuk balik dengan aku.”Ulang
Reen sekali lagi.
“Habis tu kau terima?” Soal Safi dengan
penuh debaran.Safi tahu hati Reen ni lembut.Kalau kena gayanya tak mustahil
Reen akan rujuk balik dengan bekas suami dia.Bukan Safi tak suka kalau Reen
rujuk balik tapi Safi tidak mahu Reen kecewa lagi dengan sikap Aqil.Reen
memandang wajah Safi sambil menongkat dagu.
“Mestilah tak.Aku tolak.Aqil kan dah nak
kahwin.Kalau aku rujuk balik dengan Aqil mahu bekas mak mertua aku tu datang
serang aku.Kau bukan tak tahu dia bencikan aku.” Balas Reen pula.Safi menarik
nafas lega.
“Baguslah kalau kau fikir macam tu.Aku nak
tanya pada kau ni.Kau masih sayangkan Aqil ke?” Soal Safi.Reen terdiam
seketika.
“Tipulah kalau aku kata aku tak sayang
dia.Aqil pernah jadi suami aku Safi.Mestilah perasaan sayang dan cinta tu masih
ada.Kau ingat senang-senang ke aku nak buang perasaan sayang dan cinta
tu.”Balas Reen sambil menghirup air.
Siapa yang tidak sayangkan suami.Kalau
hari-hari melihat wajah suami.Orang yang berkahwin secara paksa pun akan terbit
perasaan sayang sama ada lambat atau cepat inikan pula orang yang bercinta sebelum kahwin lagi.Safi
hanya berdiam diri dan menyambung semula makan.
“Aku tak akan balik semula pada Aqil.Aku
nak dia bahagia dengan orang lain Safi.Aku tak mampu buat dia dan juga mak dia
bahagia.Lagipun mak mana yang tak mahu lihat anaknya bahagiakan.Aku tahu apa
yang mak mertua aku buat untuk kebaikan anak dia juga pada masa hadapan.” Tingkah
Reen setelah lama mereka berdua mendiamkan diri.
“Aku bangga dengan kau sebab kau berfikiran
positif.Kau berkorban untuk beri kebahagian kepada bekas suami kau Reen.Aku
tahu bukan mudah kau nak buatkan.” Ujar Safi sambil tersenyum pada Reen.
“Kadangkala apa yang kita suka dan sayang
tak semestinya akan kekal dengan kita untuk selamanya.Ia sama dengan kehidupan
kita di atas dunia ni yang di mana kita tak akan kekal pun di atas dunia ni
tiba masanya kita semua akan pergi mengadap Pencipta kita.Safi kehidupan kita
di atas dunia ini adalah bayangan belaka yang kekal adalah di akhirat sana.Aku
selalu ingatkan diri aku dengan itu sebab tu la aku boleh hadapi benda ini
walaupun aku rasa sakit.” Balas Reen dengan panjang lebar.
“Aku setuju tu Reen.Kadang-kadang kita
sebagai manusia sering kali terlupa tentang itu.Kita sering kali terbuai dengan
nikmat dunia kadang kala lupa yang apa yang kita ada semuanya bersifat
sementara.” Ucap Safi pula.Reen menganggukkan kepalanya.
“Eh
Reen lupa aku nak tanya kau.Pagi tadi Datin Khadijah datang kan.Dia cari anak
bujang dia ke ?Aku tengok dia banyak soal siasat kau saja.Kau pergi mana dengan
datin ?” Soal Safi.Tiba-tiba dia teringat yang dia nak tanya perkara itu pasa
Reen.Dia melihat Reen mengekori Datin dari belakang menuju ke bilik meeting.
“Aah dia datang cari Tuan Hadif tapi dia
tak ada .Tuan Hadif ke putrajaya katanya ada hal.Aku pun tak tahulah hal
apa.Lepas tu Datin ajak aku bersembang seketika di bilik meeting.” Ujar Reen
.Masih teringat lagi pertemuan dengan ibu kepada Tuan Hadif.
“Kamu ni Reen kan.Setiausaha Hadif
Fakhri.?” Soal Datin Khadijah sebaik saja berdiri di meja milik Reen.
“Ya saya Reen Puan.Setiausaha kepada Tuan
Hadif.Puan ni siapa ya?Boleh saya bantu Puan?” Soal Reen dengan senyuman sambil
mendongak kepada wajah Datin Khadijah.
“Saya mama Hadif.” Jawab Datin Khadijah
dengan senyuman.Sebaik saja mendengar perkataan Mama Hadif terus Reen berdiri
dan riak wajahnya turut berubah.
“Ma..Ma..Maafkan saya datin.Saya tak tahu
Datin ni mama kepada Tuan Hadif.Maafkan saya datin: Ujar Reen dengan perasaan
bersalah.
Ish Reen apa nak jadi dengan kau ni
langsung tak kenal Datin Khadijah.Isteri kepada Datuk Ismail dan juga mama
kepada Tuan Hadif Fakhri.Gerutu Reen sendirian.Reen tidak tahu apa yang harus
di lakukan ketika ini.Datin Khadijah pula memandang Reen dari atas ke bawah
tanpa secalit senyuman.Sengaja nak buat Reen tak senang duduk.Hendak menguji
Reen sebenarnya tu.
“Tak mengapa.Saya tahu anak saya tak ada
dekat dalam.So saya nak jumpa awak sekejap boleh Reen.Ada hal sikit saya nak
bincang dengan awak.Boleh?” Soal Datin Khadijah sambil tersenyum melihat wajah
Reen yang tertunduk.
Reen ..Reen..sifat kamu mencuit hati
saya.Desis hati Datin Khadijah .Dia tahu dia tidak silap orang kali ini.
“Boleh Datin.Silakan.Kita ke bilik meeting
la ya datin ke datin nak bincang dekat mana?” Soal Reen.
“Ok dekat bilik meeting.Saya tunggu di sana
sekarang ya.”Ujar Datin Khadijah lagi.
“Baik Datin.Kalau macam tu datin pergi dulu
saya buatkan datin air dulu.Sekejap lagi saya menyusul ke sana.”Balas
Reen.Datin Khadijah menganggukkan kepalanya.
“Ya la.”Balas Datin Khadijah lalu menuju ke
bilik meeting.Staff di Aspirasi Berjaya Holding terkejut dengan kehadiran Datin
Khadijah.Setahu mereka Datin Khadijah memang jarang sekali datang ke
pejabat.Mereka tertanya-tanya juga mengapa Datin datang ke mari siap nak jumpa
Reen lagi.
“Reen kenapa tu?” Soal Tasha kepada Reen
sewaktu Reen berada di pantry.
“Datin nak bincang perkara penting.Tak
tahulah hal apa.Mungkin hal kerja kot.”Balas Reen sewaktu menyediakan air untuk
Datin Khadijah.
“Pelik.Datin selalunya jarang nak datang
dekat pejabat ni.” Ujar Tasha dengan pelik.
“Ye ke.Reen pun tak tahulah dia nak
bertanya hal apa.Takut juga Reen.” Ujar Reen dengan jujur.Memang itu yang dia
rasa.Bimbang kalau-kalau dia ada buat salah dan silap yang dirinya sendiri
tidak perasan.
Reen membawa cawan yang sudah berisi air
dan menuju ke bilik meeting di mana Datin Khadijah berada.
“Reen pergi dulu ya Tasha.” Ujar Reen
sebaik saja kakinya melangkah keluar dari pantry.Tasha anggukan kepalanya
sambil berfikir apa motif Datin Khadijah datang ke pejabat hari ini.
“Ish satu hal pula aku nak kena fikir.Tak
payah nak menyibuk hal oranglah Tasha.”Ujar Tasha sendirian .
Cik Tasha bimbang apa sebenarnya?Bimbang
kalau-kalau Datin berkenan pada Reen untuk buat calon menantu.Kalau itu terjadi
apa Tasha akan buat sebabnya Tasha memang ada menaruh hati pada bosnya.Siapa
tidak tertarik dengan Hadif Fakhri yang kacak itu.
“Jemput minum datin.” Pelawa Reen sewaktu dia
meletakkan secawan the panas di hadapan Datin Khadijah.
“Terima kasih.Duduk Reen.” Balas Datin
Khadijah pula.Reen menarik salah sebuah kerusi lalu di duduknya.
“Ada hal apa datin nak bincang dengan saya
ya?” Soal Reen .Jantungnya berdebar-debar pula.
“Macam mana ni baru-baru ni saya dengar
Khay ada datang cari Hadif dekat pejabat ni.Jadi saya nak awak jadi saya punya
assistant atau pun mata-mata saya untuk Hadif.Saya kalau boleh tak mahu Khay
datang pejabat ni ganggu Hadif.Awak kenal siapa Khay yang saya maksudkan?” Soal
Datin Khadijah.Reen menggarukan kepalanya cuba mengingati nama Khay di dalam
memorinya.
Pernah dengar je nama Khay tu .Dekat mana
eh?Soal Reen sendirian.
“Please Khay.You jangan nak mengada-ngada
dekat office I.Lagi satu mana nak cari orange juice dekat sini?Reen awak keluar
dulu.” Reen sudah ingat.
“Oh cik Khay hari tu dia ada datang jumpa
Tuan Hadif Datin.Saya tak tahulah cik Khay tu siapa dengan Tuan Hadif.” Balas
Reen legas.Datin nak bertanya tentang Khay rupa-rupanya.
“Khay tu sebenarnya bekas tunang
Hadif.Saya tak suka dia ganggu Hadif lagi.Di sebabkan dia jugalah Hadif berubah
.Kalau Khay ada datang lagi ke pejabat ni saya nak awak hubungi saya dan
bagitahu saya.”Arah Datin Khadijah.
“Tapi Datin.Ini melibatkan hal peribadi
Tuan Hadif.Saya tak nak campur tangan.Kalau apa-apa jadi nanti saya yang kena
marah dengan Tuan Hadif.Saya takut kalau dia naik angin nanti.” Balas Reen
dengan jujur.
Sejujurnya dia memang tidak ingin langsung
campur tangan dalam urusan Hadif Fakhri.Dia datang ke pejabat ini adalah untuk
mencari rezeki dan kumpul duit untuk sambung belajar lagi.
“Hal itu awak jangan risau.Hal ini hanya
kita berdua saja.Orang lain tak perlu tahu.Saya buat ini semua untuk anak saya
Reen.Saya tak mahu Khay ganggu anak saya lagi setelah apa yang dia telah buat pada
Hadif.Satu hari nanti awak juga akan kenal siapa sebenarnya Khay.Anak lelaki
saya Hadif sorang saja Reen.Jadi saya tahu awak boleh tolong saya.” Balas Datin
Khadijah.
“Datin percayakan saya?” Soal Reen sambil
mengerut dahi.
“Ya saya percayakan awak Reen.Lagipun
saya tahu semua latar belakang awak Reen.”Balas Datin Khadijah lagi lalu
menghirup air teh yang di buat oleh Reen.
“Datin tahu latar belakang saya?” Soal Reen
dengan pelik
“Ya saya tahu semuanya tentang awak
termasuklah hal rumahtangga awak.”Balas Datin Khadijah .
“Datin tahu?Kenapa datin nak suruh saya
jadi mata-mata untuk Datin?” Soal Reen lagi.Tidak faham kenapa datin Khadijah
memilihnya .
“Sebab awak adalah setiausaha Hadif.Hal
berkaitan dengan Hadif mesti awak akan tahu.Saya perlukan pertolongan awak
Reen.Saya tak nak lihat anak saya terpedaya dengan bekas tunang dia dulu.Khay
tu bukan sebarang gadis.” Ujar Datin Khadijah lagi.
Sebagai seorang ibu dia juga mahukan yang
terbaik untuk anaknya.Telinga Datin Khadijah sudah panas mendengar orang
mengata yang bekas tunang anaknya tu sedang berusaha untuk berbaik semula
dengan Hadif.Dia tahu Khay tidak akan balik pada Hadif kalau tiada sebab yang
kukuh.
Khay seorang gadis yang pentingkan harta
benda.Dia akan pergi pada orang yang boleh memberikan dia kesenangan.Kalau dulu
Khay tergila-gilakan Tan Sri Herman sebab Tan Sri Herman merupakan salah
seorang jutawan.Khay pula pandai mengambil hati seorang lelaki.Dengan
kecantikkan yang di miliki bukan payah untuk dia membuat lelaki tertawan
padanya.Khay juga boleh di kategorikan dalam gadis pisau cukur.Apa yang ada
dalam matanya adalah wang.Bagi Khay wang adalah segala-galanya dalam kehidupan
ini.
“Awak setuju?”Soal Datin Khadijah.Waktu itu
Reen terdiam memikirkan apa yang harus di jawabnya nanti .
“Saya takut datin.Kalau Tuan Hadif tahu
saya jadi spy datin naya saya datin.Saya datang ke mari nak cari rezeki.” Ujar
Reen dengan muka bimbang.
“Hal itu awak jangan risau.Hadif tak akan
tahu tentang hal itu.Saya buat ini untuk Hadif .Awak Cuma buat apa yang saya
suruh saja.” Balas Datin Khadijah.
Reen
berfikir sejenak.Apa yang di minta oleh Datin Khadijah bukanlah kerja yang
susah.Dia hanya minta pantau Tuan Hadif dan pastikan Khay tidak ganggu Tuan
Hadif di pejabat.
“Errmm..Baiklah Datin.Saya akan buat
seperti mana yang datin suruh.” Balas Reen.Jawapan Reen membuatkan Datin
Khadijah tersenyum lebar.
“Bagus.Terima kasih Reen.” Balas Datin
Khadijah dengan senyuman.Reen hanya menganggukkan kepalanya.
“Hoi jauhnya kau termenung.Aku tanya pasal
Datin kau senyap pula.” Sergah Safi.Tersentak Reen lalu memandang wajah teman
baiknya di depannya.
“Sorry..” Balas Reen sambil tersengih.
“Kau sembang apa dengan Datin?” Soal
Safi.
“Tak ada apa.Dia tanya pasal aku.Ok tak
kerja dekat sini.Dia katalah anak dia tu kepala angin sikit dia bimbang juga
kalau Tuan Hadif buat hal.”Dalih Reen dengan selamba.Reen tidak boleh
memberitahu Safi permintaan Datin.Dia bimbang nanti akan dapat di hidu oleh
orang-orang lain di pejabat ini terutama Tasha.
“Oh macam tu bagus Datin tu kan.Siap ambil
berat pasal kau lagi.Cepatlah makan.Dah nak pukul dua ni .Kita nak kena masuk
pejabat balik ni.”Ujar Safi lalu menyudahkan makanannya.Reen pula menilik jam
di pergelangan tangannya lalu dengan cepat-cepat dia menghabiskan makanan di
dalam pinggannya.
NotaTersepit :Haiyaaaa mcm mn blh tersalah publish tadi.Ada yg dah baca ke bab 16 td.heheeh.Sorry cik writer x perasan td fikiran melayang pasal konvo la ni.Muahaha..Y_Y

No comments:
Post a Comment
Tq sudi komen.:D