Bab seterusnya pula di update.Sambungan seterusnya BCIP.Rata2 dah tahukan Hero sebenar dlm BCIP adalah Hayyan tetapi watak Hayyan cik writer x keluarkan lagi.Sabar ya.Hadif memainkan peranan penting dalam menyatukan Reen dan Hayyan.Jgn bimbang kisah Hadif kerana kisah dia akan bersambung dalam Alahai Miss Blur.Harap2 pembaca blog Ayra Zahra berpuas atilah dengan hero dlm BCIP.Terima kasih kerana singgah dan baca..Cik writer x dpt nak buat sinopsis dan paparkan dekat blog kerana bimbang ianya berubah sewaktu menulis mahupun editing nanti.Hehehe. =)
Bila ada depan mata tak nak hargai.Bila dah tak ada depan mata mula mencari dan merindui.
BAB
TUJUH BELAS
“HADIF .. mari makan.?” Panggil Datin
Khadijah sebaik saja melihat wajah anak terunanya yang baru saja pulang dari
kerja.Raut wajah Hadif jelas sekali kepenatan.Hadif menghenyakkan punggungnya
di sofa.Tali leher yang di pakainya siang tadi terus di longgarkan dan di
tariknya sebelum di letakkan di atas meja.
“Papa mana mama?” Soal Hadif.
“Sekejap lagi papa kamu turunlah.Mama tengok
sejak dua tiga hari ni kerap kamu balik malam.Pukul lapan lebih baru sampai
rumah.Banyak kerja sangat ke dekat pejabat?” Soal Datin Khadijah sambil
menyusun lauk pauk di atas meja dan di bantu oleh Mak Biah dan juga bibik.
“Aah ma.Banyak kerja dekat
pejabat.Sekarang ini kan ada projek besar .Hadif cuba dapatkan projek itu dari
saingan kitalah.”Balas Hadif sambil mengurut lehernya.
“Hadif dah lama ke kamu balik?” Soal Datuk
Ismail pula yang baru saja tiba di ruang tamu.
“Baru saja papa.Pergilah mandi dulu pastu
kita makan malam sama-sama.Kak Huda dengan abang Syah kamu nanti datanglah
sekejap lagi.”Balas Datuk Ismail lagi.
“Ye la.Hadif naik mandi dulu.” Balas Hadif
lalu bangun dan menuju ke tingkat atas.Tali leher dan juga briefcase di bawa
naik sekali.
“Ijah kasihan tengok Hadif tu bang.Sibuk
sangat dekat pejabat.” Ujar Datin Khadijah sewaktu menuju kea rah suaminya.
“Nak buat macam mana.Kerja.Tambah-tambah
ada projek macam ni memanglah akan sibuk.Hadif sedang berusaha buat yang
terbaik untuk dapatkan projek ni.” Balas Datuk Ismail lalu duduk di sofa sambil
menonton televisyen yang sedang menayangkan buletin utama di tv3.
“Kali ni siapa pula pesaingnya?” Soal
Datin Khadijah lalu duduk bersebelahan ddengan suaminya.
“Tan Sri Herman.” Balas Datuk Ismail lalu
melihat reaksi isterinya.
“Tan Sri Herman?Patutlah anak teruna
saya tu kelihatan tertekan dan patutlah si Khay tu datang pejabat datang cari
anak abang tu.” Jawab Datin Khadijah.Datuk Ismail mengerutkan dahinya.
“Khay datang pejabat?Bila?Dari mana awak
tahu ni?” Soal Datuk Ismail
keliru.Isterinya pula tersenyum penuh makna.
“Ijah pasang spy dekat pejabat abang tu.”
Balas Datin Khadijah lalu tersenyum pada suaminya.
“Spy?siapa yang jadi spy awak ni?” Soal
Datuk Ismail.
“Setiausaha Hadif.Budak yang nama Reen
tu la.Dia sorang saja yang sesuai untuk saya jadikan spy sebab dia yang banyak
mengetahui apa yang berlaku sehari-hari dekat anak abang tu.” Ujar Datin
Khadijah.Datuk Ismail tersenyum.
“Pandai awak pasang spy ya.Anak awak tu
tahu ke tak?” Soal Datuk Ismail.
“Mestilah dia tak tahu.Abang jangan
bagitahu dia pula.Seperti yang saya katalah nak pantau Hadif .Saya tak
percayakan si Khay tu.Mesti ada apa-apa dia nak baik semula dengan
Hadif.Entah-entah pasal projek besar tu .” Datuk Ismail menoleh kepada
isterinya.
Datuk Ismail berfikir sejenak apa yang di
katakan oleh isterinya itu.Sebelum ni tidak terfikir pula kenapa Khay cuba mendekati
anaknya kembali.Apa benar tekaan isterinya tentang hal itu.Tidak mustahil kalau
ianya melibatkan tentang projek.Jangan-jangan ini adalah rancangan Tan Sri
Herman.
“Assalamualaikum…”Kedengaran orang
memberi salam di luar rumah.Bibik terus berjalan menuju ke pintu utama .
“Waalaikumussalam..” Sahut Datuk Ismail
dan Datin Khadijah serentak.Mereka menoleh ke arah pintu .
“Huda dengan family dia dah sampai
bang.” Ujar Datin Khadijah dengan senyuman.
“Bibik tolong angkat beg ni ya bawa
masuk.” Ujar Huda dengan senyuman.Huda mendukung anaknya.
“Baik Puan Huda.” Balas bibik lalu
mengambil beg pakaian milik anak Huda.
“Syifa tidur ke Huda?” Soal Datin Khadijah .
“Aaah mama.Bagi susu terus tidurlah si
kecil ni.”Balas Huda pula lalu membawa anaknya ke sofa.
“Tok ma..Tok pa..” Jerit cucu Datuk
Ismail yang bernama Syarif di muka pintu.
“Meh sini Syarif.Panggil Datuk Ismail
.Syarif mendekati atuk dan neneknya lalu bersamalam .Sebaik saja selesai
bersalaman Syarif di peluk dan di cium oleh datuknya.Syarif ketawa mengekek
apabila Tok Pa nya menggeletek di perutnya.
“Mama dengan Papa sihat?” Soal Syahiran
lalu bersalaman dengan kedua-dua mertuanya.
“Alhamdulilah.Kami sihat.Macam mana
dengan business kamu?” Soal Datuk Ismail.
“Alhamudlilah pa.Semuanya berjalan
dengan lancar.” Balas Syahiran sambil tersenyum lalu duduk di sofa berhadapan
dengan mertuanya.
“Baguslah kalau macam tu.”Balas Datuk
Ismail pula.
“Abang ni , Kalau ada Syahiran mulalah
nak bercakap hal business.” Bebel Datin Khadijah.Huda sudah tersengih.Faham
benar dengan sikap mamanya.
“Abang tanya saja Datin Khadijah oi..”
Usik Datuk Ismail.
“Ma ..Pa ..Mana Hadif?Huda tak nampak
pun?” Soal Huda.
“Sekejap lagi dia turunlah.Tadi dia
naik mandi dulu.” Balas Datin Khadijah .Gilirannya pula memeluk Syarif yang
kini sudah pun berusia empat tahun.
“Datin..Makanan malamnya udah siap kok.”
Panggil bibik sebaik saja dia mendekati ruang tamu.
“Ok.Terima kasih bik.” Balas Datin
Khadijah.
“Kalau macam tu marilah kita makan
dulu.Cucu Tok Pa ni lapar tak?” Soal Datuk Ismail kepada Syarif.Cucunya hanya
menganggukkan kepalanya.
“Anak mama lapar ye?Itulah tadi mama
suruh makan dulu tak nak.” Ujar Huda pula sambil mengusap kepala anak
lelakinya.
“Syarif nak makan dengan Tok pa dan Tok
ma.” Jawab Syarif dengan petah sekali.Datuk Ismail dan Datin Khadijah tergelak
mendengar jawapan cucunya.
“Cucu tok pa tak makan lagi ya.Jom kita
makan dulu.” Balas Datuk Ismail.
“Hadif mari turun makan.” Panggil Datin
Khadijah pula dari tangga.
“Ya ma.Hadif turun ni.” Balas
Hadif.Rambutnya sudah bersikat.Hadif terus memulas tombol pintu biliknya lalu
menuju ke tingkat bawah.
“Daddy…”Jerit Syarif lalu berlari menuju
ke arah Hadif sebaik saja melihat Hadif menuruni tangga.Hadif sudah tersenyum
melihat anak buahnya.
“Syarif jangan lari, nanti jatuh.”
Syahiran menegur anak lelakinya sewaktu
menuju ke meja makan.
“Hey hero daddy sihat?Jom kita makan dulu.”
Balas Hadif lalu mendukung Syarif dan di bawa ke meja makan.
Syarif sememangnya memanggil Hadif dengan
panggilan daddy.Hadif yang ingin di panggil sebegitu.Menurut Hadif senang dan
mesra.Hadif memang sayangkan anak-anak buahnya Syarif dan juga Syifa.
“Kak Huda dengan abang Syah dah lama ke
sampai?” Soal Hadif sewaktu menarik kerusi untuk makan malam.
“Baru je sampai Hadif..” Balas Kak Huda
nya lalu menyendukkan nasi ke dalam pinggan suaminya dan juga pinggan Hadif.
“Cucu tok ma nak lauk apa?” Soal Datin
Khadijah kepada cucunya.
“Syarif nak ayam upin-ipin.” Jawab Syarif
lalu menunjukkan paha ayam di dalam pinggan.
“Ayam upin ipin yang di panggilnya.”
Ujar papa kepada Syarif sambil tersenyum melihat keletah anaknya.
“Ini mesti hero daddy ni banyak tengok
cerita upin dengan ipin ni kan.” Usik Hadif pula sambil mencuit pipi Syarif.
“Hantu upin dan ipin si Syarif ni.Suka
sangat dia tengok cerita tu.Berapa puluh kali ulang pun tak apa.Sampaikan dia
boleh hafal dah skrip dalam cerita upin dan ipin tu.” Balas Huda pula. Mereka
yang ada di situ ketawa melihat keletah Syarif .
PUAN Salmah mundar-mandir di ruang tamu
menunggu kepulangan anaknya.Jam di dinding sudah berginjak ke angka sepuluh
malam,namun kelibat Aqil masih lagi tidak kelihatan.
“Ke manalah budak Aqil ni tak balik lagi.”
Bebel Puan Salmah .Dia mundar-mandir di ruang tamu.Sekejap-sekejap matanya
beralih pada jam yang tergantung di dining.
Beberapa minit kemudian,kedengaran deruman
enjin kereta di luar rumah.Puan Salmah terus menuju ke pintu lalu di
bukanya.Puan Salmah menarik nafas lega apabila melihat wajah anak lelakinya
yang baru saja keluar dari kereta.
“Aqil ke mana?Pukul sepuluh malam baru
balik?” Soal Puan Salmah.Aqil bermalasan masuk dan menghenyakkan dirinya ke
sofa.
“Banyak kerja.” Jawab Aqil dengan
selamba.Padahal dia memang sengaja pun balik lambat.Telinganya sudah panas
mendengar ibunya berbicara tentang hal kahwin yang bakal tiba.Aqil rimas sekali
dengan hal itu.Dia tidak mahu berkahwin dengan Sarah.
“Kalau ye pun banyak kerja telefonlah mak
dulu.Tak adalah hati mak ni risau semacam Aqil.Kamu tu dah nak kahwin tak lama
lagi.Janganlah kamu sibuk sangat sampai lupa hal nak kahwin.” Puan Salmah
mengingatkan hal kahwin lagi.
Asal balik rumah saja tak habis-habis hal
kahwin yang berbangkit.Desis Aqil lalu membuat muka bosan depan maknya.
“Kamu dengar tak pa yang mak cakap ni Aqil.” Puan Salmah
menepuk lengan anaknya.
“Aqil dengar mak.Aqil naik dulu, nak rehat
.Penat sangat ni.” Balas Aqil lalu bergegas naik ke tingkat atas.Ada baiknya
dia naik atas dari terus mendengar ibunya bercakap tentang hal kahwin.
Selagi Aqil tidak berkahwin dengan Sarah
sekali itulah hati Puan Salmah tidak tenang.Dia bimbang Aqil akan mencari dan
cuba mendapatkan bekas isterinya Reen.Bukan Puan Salmah tidak mengetahui yang
Aqil terlalu sayangkan Reen.
“Kamu tak nak makan ke?” Soal Puan Salmah
sewaktu Aqil mendaki tangga.Aqil menoleh ke belakang.
“Aqil dah kenyang mak.Aqil dah makan
dekat pejabat tadi.” Balas Aqil dengan selamba lalu menapak semula menuju ke
biliknya.Badannya terlalu letih bahkan kepalanya juga letih memikirkan cara
untuk berbaik semula dengan Reen.Pening kepalanya bila fikir bagaimana cara
yang harus di lakukan untuknya untuk dapatkan Reen semula.
Sebaik saja masuk ke bilik Aqil terus
merebahkan dirinya ke tilam.Setiap kali dia pulang kerja mahupun bangun pagi
dia terbayang wajah isterinya yang sering ada di depan matanya.Aqil melihat
kamarnya yang tidak seceria dulu.Suasana di dalam bilik ini membuatkan dia
tidak boleh lupa raut wajah isterinya.Selama tiga tahun berkahwin mana pernah
mereka berpisah.
Sudahlah Aqil.Tak perlulah nak melayan
perasaan sedih ke rindu ke.Ini semua kau sendiri yang pinta.Kau sendiri yang
buat keputusan.Sekarang kau kena terimalah apa yang sudah berlaku.
Aqil mengeluh dengan perlahan sebelum
bangun dan mengambil tualanya lalu berlalu menuju ke bilik air.
Bersambung...
NotaTersepit : Cuba untuk buat kisah yang terbaik dalam BCIP.Semoga karya ke 3 ini juga berjaya di siapkan akhir tahun ini.InsyaAllah.. =)
nak Hayyan...hu hu hu
ReplyDeletesabar ya..Hayyan lambat sikit keluar.Hero lambat sikit..Mekasih singgah dan baca..:)
DeleteSaya jumpa cite ni memang tak sengaja tapi dah melekat dah. Tak sabar tunggu hayyan kuar. Tunggu hadif pun blh la..
ReplyDeletehehhee,,iye ke.Mekasih Ezara singgah dan baca.Tunggu entry seterusnya. :)
ReplyDelete