Untuk hari ini entry autopublish. Ini sambungan BCIP.Semua tertunggu-tunggu watak Hayyan.Di dalam bab ini ada sedikit watak Hayyan.Sabar ya.Tidak lama lagi Hayyan kembali dan akan bertemu semula dengan Reen..Mekasih singgah dan baca ya.. :)
BAB
SEMBILAN BELAS
HADIF memandu kereta miliknya dengan tenang
sekali.Dia kini dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.Sampai si satu simpang
kereta Hadif berhenti kerana lampu isyarat bewarna merah yang sedang
menyala.Sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau sempat juga Hadif
melayan lagu yang sedang berkumandang di corong radio ketika ini nyanyian Hafiz
iaitu Bahagiamu Deritaku.
Sejurus selepas itu, mata Hadif memandang
ke arah tingkap di sebelah kananya.Alangkah terkejut Hadif apabila melihat
tunangnya yang berada di kereta BMW di sebelahnya.Di tepi Khay pula duduknya
Tan Sri Herman.Hari itu Tan Sri Herman sendiri yang memandu keretanya.Hadif
merenung tajam.Khay masih belum perasan yang dia mereka bersebelahan.Kala itu
Khay sibuk bergelak ketawa dengan Tan Sri Herman.
Berbulu mata Hadif Fakhri apabila melihat
Khay mencuit pipi milik Tan Sri Herman.Kalau ikutkan hatinya sekarang ni juga
dia mahu keluar dari kereta dan bersemuka dengan Tan Sri Herman namun keadaan
pada ketika ini memag tidak mengizinkan.Mereka berada di depan traffic light.
Hadif menarik nafasnya dengan perlahan.Selepas
itu Hadif sengaja membunyikan hon keretanya.Cermin keretanya juga di turunkan
.Khay pada kala itu memandang sebelah kirinya dengan muka terkejut.
“Hadif..” Ujar Khay dengan perlahan.Wajahnya
sudah bertukar pucat.Tan Sri Herman hanya memandang Hadif lalu di angkat
tangannya dengan senyuman.Makin terbakar hati Hadif Fakhri.
Wah Tan Sri Herman tak rasa bersalah
langsung ke keluar dengan tunang orang.Haish dah ada dua bini dekat rumah masih
tak cukup lagi ke Tan Sri sampaikan nak kebas tunang orang.
Hadif menghantar mesej pada Khay supaya
berhenti di depan sana.Dia ingin buat perhitungan dengan mereka berdua.Khay
menelan air liur berkali-kali sebaik saja membaca mesej dari Hadif.Sejurus
selepas itu Khay terus menoleh pada Hadif .Mata Hadif terus merenung Khay
dengan tajam sekali kemudian Hadif menunjukkan jarinya ke depan.Khay hanya
mendiamkan diri.Mengangguk tidak menggeleng pun tidak.
“Kenapa Khay?” Soal Tan Sri Herman.
“Hadif minta kita berhenti di depan sana.”
Ujar Khay .
“Berhenti?Kenapa?” Soal Tan Sri Herman
dengan pelik.Khay hanya menjungkit bahunya saja.
Selepas itu lampu isyarat sudah bertukar
ke warna hijau.Hadif terus menekan pedal minyak menuju ke depan.Hadif
memberhentikan keretanya di bahu jalan .Hadif menunggu kereta milik Tan Sri
Herman.
Sebaik saja Hadif melihat kereta milik Tan
Sri Herman berada di belakang keretanya barulah Hadif keluar dari
keretanya.Hadif menarik nafasnya sedalam-dalam yang mungkin.
“Hai Hadif.Ada apa ni?” Soal Tan Sri Herman
tanpa rasa bersalah langsung.
“Hai Tan Sri .Sorry I ganggu you dating.”
Jawab Hadif dengan sinis sekali.Waktu itu Khay sedang menutup pintu kereta
tersentak mendengar apa yang di katakan oleh Hadif.
“Oh itu tak ada hal.Buah hati I ni memang
sporting.You nak bincang tentang urusan business ke?Kalau hal business you kena
buat appointment dulu dengan PA I nanti dia akan uruskan.” Ujar Tan Sri Herman
sambil bersandar di kereta milik Hadif.
“I bukan nak bercerita tentang hal business
Tan Sri.I just nak tahu macam mana you boleh keluar dengan Khay ni?” Soal Hadif
sambil merenung Khay dengan tajam sekali.Khay hanya menundukkan kepalanya.
“Oh Khay ni orang kesayangan I Hadif.You
kenal ke dia?Khay ini akan jadi isteri I nanti.” Ujar Tan Sri Herman dengan
senyuman.
“Oh really.Wah congratulation.Ini bakal
isteri ketiga ya Tan Sri.Puan Sri izinkan ke?” Soal Hadif dengan sinis sekali.
“Puan Sri tak tahu.Jangan risaulah.I tahu
macam mana nak handle.You asyik tanya hal peribadi I saja ni kenapa ya?”Soal
Tan Sri Herman sambil mengerut dahinya.
“I memang tak nak ambil tahu Tan Sri , tapi
sekarang ni I perlu sangat ambil tahu.Tan Sri tahu tak siapa Khay ni?” Soal
Hadif lalu menunjukkan jarinya pada Khay.
“Of course la I kenal Khay.Kami dah lama
kenalkan darling.” Ujar Tan Sri Herman .Loya tekak Hadif mendengar Tan Sri
memanggil Khay dengan panggilan darling..
Dasar orang tua tak sedar diri ni
namanya.Gerutu Hadif sendirian di dalam hatinya.Khay sudah tidak senang duduk.
“Untuk pengetahuan Tan Sri la kan, orang
yang Tan Sri panggil darling ni sebenarnya tunang I.” Ujar Hadif .Perkataan
tunang sengaja di tekankan .Apa lagi terkejut beruk la Tan Sri Herman bila
mendengar perkataan tunang.
“What?tunang?Khay betul ke you ni tunang
Hadif.?” Soal Tan Sri dengan muka merah.Khay hanya menganggukkan kepalanya pada
Tan Sri Herman.
“Khay , Serously I tak sangka yang you ni
ada hubungan dengan Tan Sri di belakang I.You tu bakal isteri I tahu.Kita dah
nak kahwin bulan depan tapi you curang belakang I.Apa yang I tak bagi pada you
selama ni?Kasih sayang?cinta?tak cukup lagi ke Khay?” Soal Hadif dengan
getaran.Dia cuba untuk menahan perasaa marahnya pada ketika ini.
“I minta maaf Hadif.I ..I..” Balas Khay
pula.
“Kenapa I tak pernah tahu yang korang
berdua dah bertunang?” Soal Tan Sri Herman dengan tidak puas hati.
“Pertunangan kami di buat secara
kecil-kecilan saja Tan Sri.Kahwin nanti baru keluarga I nak buat besar-besaran
tapi I tak sangka yang dia ada skandal dengan you Tan Sri.Dalam dunia ni ramai
lagi gadis-gadis yang cantik yang boleh Tan Sri pilih kenapa tunang I juga yang
Tan Sri nak?” Soal Hadif sambil memeluk tubuh.
“Hadif jangan salahkan Tan Sri.I yang
salah.I minta maaf.” Ujar Khay .Sempat lagi tu dia membela Tan Sri.Uish sayang
sangat Khay pada Tan Sri tu haaa.
“Sorry Hadif.I tak tahu yang Khay ni tunang
you.Dia tak pernah cerita pun yang dia dah bertunang.I tak boleh nak halang
dia.Khay yang datang cari I Hadif.So I tak bersalah dalam hal ini.” Balas Tan
Sri dengan selamba.Hadif menghela nafasnya dengan berat sekali.
“I tak sangka you buat I macam ni
Khay.Kenapa you jadi macam ni?I kecewa dengan sikap you Khay.Kalau macam ni la
sikap you kan memang you ni tak layak untuk jadi isteri I.Lepas ni you tunggu masa
untuk kita putus tunang.” Balas Hadif dengan geram.Hatinya sakit melihat Khay
bersama Tan Sri Herman.
“Hadif you tak boleh buat I macam ni.Apa
yang I buat ni bersebab.Kita jumpa nanti I akan terangkan pada you.Please
Hadif.Jangan putuskan pertunangan kita.I sayangkan dekat you Hadif.” Pujuk Khay
lalu mencapai tangan Hadif.
“Jangan cakap sayang kalau you tak ada
perasaan sayang untuk I.Habis tu kalau you sayangkan I bagaimana pula dengan
Tan Sri?” Soal Hadif.Tidak sempat Tan Sri nak bertanya Hadif terlebih pantas
bertanya.
“Hadif..Please, nanti I terangkan pada
you.” Ujar Khay lagi.
“Khay ..You ni sayang siapa sebenarnya.I
atau Hadif?” Soal Tan Sri Herman.Khay mendiamkan diri.
“I balik dulu Tan Sri.Khay rasanya tak ada
apa dah kita nak bincang lagi kan.Semuanya dah jelaskan.Kalau Tan Sri nak
sangat dekat Khay ni Tan Sri ambillah.I tak nak perempuan ini jadi isteri I.”
Ujar Hadif.Khay terkejut.
“Hadif tunggu dulu.I akan terangkan pada
you.” Jerit Khay namun Hadif terus masuk ke dalam keretanya.
“Sudahlah Khay.Benda dah jadikan.I ada
kerja ni.Kalau you nak ikut I baik you naik kereta sekarang.” Ujar Tan Sri
Herman lalu memboloskan dirinya ke dalam perut kereta.Khay hanya menuruti saja.
Tan Sri Herman tidak merasa marah sama
sekali pun pada Khay.Tan Sri Herman sememangnya terkenal dengan gelaran playboy
jadi apalah sangat kalau dia mengetahui yang Khay sebenarnya tunang orang.Khay
yang mencari dirinya.Tan Sri Herman tahu Khay menyukai hartanya.
Khay..Khay..Aku pun tak ingin nak jadikan kau
isteri aku.Kau hanyalah untuk mainan aku saja.Ah perempuan sama saja.Dunia hari
ini wang adalah segala-galanya.Gerutu Tan Sri Herman sendirian.Dia memandang
Khay di sebelahnya yang muram.Tan Sri Herman tersenyum sinis lalu memfokuskan
dirinya pada pemanduan.Setiap kali dia ingin berjumpa dengan Khay sememangnya
dia akan memandu sendiri keretanya bimbang isteri pertamanya mengamuk. Hai Tan
Sri takut bini ke?
HADIF menutup buku yang di bacanya.Buku ke
mana fikiran ke mana.Hadif berada di alam nyata kembali.Buku di letakkan di
atas meja.Hadif berjalan lalu menuju ke biliknya.Jam di dinding sudah pun
menunjukkan angka dua belas tengah malam.
Khay bersandar di kepala katilnya.Khay
menarik nafas dalam-dalam sebaik saja mengingati kisah dia dan juga Hadif.Balik
dari pejabat Hadif siang tadi dia terus balik ke rumah .Tan Sri Herman
menelefonnya langsung tidak di angkat.Khay hanya termenung dan memikirkan kisah
lalu.Dia sedar semuanya kerana dendam.Kalau bukan sebab dendam dia tidak akan
kehilangan Hadif.Sifat untuk membalas dendam lebih menguasai dirinya dari sifat
kasih sayang dan juga cinta Hadif.
Hadif menghenyakkan punggungnya ke
tilam.Bantalnya pula di tepuk-tepuk.Baru saja dia ingin merebahkan dirinya ke
tilam telefonnya sudah menjerit minta di angkat.
“Siapa pula yang call aku malam-malam buta
ni?” Soal Hadif lalu mencapai i-phone miliknya.
“Hello.. May I speak to Mr Hadif Fakhri
Datuk Ismail?” Seseorang di talian bertanya.Hadif sudah mengukir senyuman.Dia
kenal dengan suara itu.
“Hayyan..Kau apa khabar?” Soal Hadif dengan
ceria sekali.
“Alah kau ni Hadif.Aku baru nak menyamar
tapi kau boleh cam pula suara aku.Kemain lagi aku kepit suara aku ni .Aku
sihat.Kau pula macam mana bro?” Soal Hayyan pula.Hadif sudah tergelak.
“Tak payah la nak menyamar dengan aku.Suara
kau tu aku akan kenal juga walaupun kau kepit macam mana sekali pun.Aku
sihat.Kau bila nak balik Malaysia?” Soal Hadif lalu membetulkan duduknya.
“Aku tak pasti lagi bila dapat balik Paling
awal pun dalam dua bulan lagi kot.Mama dengan papa sihat?Aku nak call dekat
handphone mama tapi waktu begini dia dah tidur.” Ujar Hayyan lagi.
“Mama dengan papa sihat Alhamdulilah.Mama
dengan papa kalau waktu begini memang dah tidur.Mama rindukan kau asyik
menyebut nama kau saja.”Balas Hadif pula.
“Aku pun rindu juga keluarga kita tapi nak
buat macam mana urusan aku belum selesai lagi.Kau tak nak datang ke London ke?”
Soal Hayyan .
“Aku nak ke London?tak bolehlah bro.Sekarang
ni aku tengah sibuk nak dapatkan projek baru .Kali ni pesaing aku Tan Sri
Herman.” Ujar Hadif .
“What?Tan Sri Herman.?Lelaki yang skandal
dengan tunang kau dulu? Biar betul.” Ujar Hayyan dengan terkejut.
“Yup.Dialah Tan Sri Herman.Aku akan
berusaha untuk dapatkan projek tu dari dia.” Balas Hadif lagi.Projek itu juga
amat bermakna buat Hadif kerana ini kali pertama Hadif untuk mengendalikan
projek naungan sendiri.Selalunya papanya Datuk Ismail yang handle dia hanya
bantu apa yang patut saja.
“Aku doakan kau berjaya dapatkan projek
tu.Tan Sri tu suka cakap besar sikit.Serously aku tak suka dengan dia.” Hayyan
pula berkata.
“Haa tau pun kau macam tu jugalah aku tak
suka sebab dia tu memang berlagak lebih.InsyaAllah kalau rezeki aku projek tu
akan jadi milik Aspirasi la.” Balas Hadif sambil menggaru dahinya.
“Oklah bro, aku tahu time ni masa untuk kau
tidurkan.Kirim salam dekat semua dan cakap aku rindu dekat semua .InsyaAllah
kalau tak ada aral melintang lagi dua bulan aku akan kembali semula ke Malaysia
untuk meneraju Astana kembali.Buat masa ni kau macam biasalah tolong
tengok-tengokkan Astana untuk aku ya.” Tambah Hayyan lagi.
“Tak ada hal bro.Aku akan tengokkan Astana
kau tu.Esok pagi aku akan sampaikan salam rindu kau dekat diorang.Oklah bro aku
tidur dulu esok nak kerja.Kau jaga diri baik-baik cepat balik ke mari.Semua
orang rindukan kau.” Hadif tersenyum sendirian.
“Ok good night my cousin.See you
soon.Assalamualaikum..” Ujar Hayyan
“Waalikumussalam..”Jawab Hadif sebelum
talian di matikan.Selepas itu Hadif meletak semula I-Phone miliknya di atas
tepi meja.Matanya sudah mengantuk.Hadif mematikan lampu lalu merebahkan dirinya
ke tilam.
Hadif dan Hayyan bukan saja hubungan
sebagai sepupu malahan sebagai kawan rapat.Hadif menjadi rapat dengan Hayyan
sebaik saja Hayyan tinggal bersama dengan keluarganya selepas kematian mummy
dan juga daddy Hayyan.Bagi Hadif , Hayyan sudah di anggap seperti adik beradik
sendiri walaupun umur mereka sebaya.
Hadif sememangnya tidak mempunyai adik
lelaki jadi Hayyan la yang menjadi teman baiknya .Datin Khadijah dan Datuk
Ismail sememangnya menyayangi Hayyan seperti anak sendiri.Mereka hanya di
kurniakan seorang anak lelaki saja jadi Datin Khadijah memang sayangkan Hayyan
seperti mana dia menyayangi Hadif.Bagi Hayyan pula di hanya menumpang kasih
dengan ibu dan bapa saudara setelah pemergian Mummy dan daddy dia dulu.
Bersambung...
NotaTersepit : Hero sebenar selalu kuar lambatkan.Ngeee.. Sabar ya cik writer pun tak sabar tau nak tunggu Hayyan muncul.Macam2 benda akan jadi pasni.. :D
BEST...
ReplyDeletemekasih baby mio yg selalu singgah ke mari.. :)
DeleteSpt biasa.......bcip tak penah menghampakan.best darling :D hihi
ReplyDeletehehehe mekasih beb.. Penyokong setia bcip.. :D
Delete