SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, October 21, 2013

[E-NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 20 DAN 21

Assalamualaikum u oll...

Untuk entry kali ini special sedikit kerana cik writer publish dua bab serentak.Ini kerana minggu ini cik writer akan sibuk dengan urusan konvo.Majlis konvo bakal berlangsung pada 27 oct ini di Melaka.Bagi menyenangkan cik writer minggu ini jadi di publish dua terus.Entry ini juga autopublish memandangkan esok cik writer ada urusan sikit di Kota Bharu.Minggu depan punya entry akan kembali seperti biasa tapi entry hari isnin depan juga autopublish blh di baca bermula jam 10 pagi.Terima kasih singgah dan baca. 


                         
                                                





BAB DUA PULUH


    “AQIL barang-barang hantaran semua dah siap, siang tadi Kak Sue kamu datang hantar.Kamu jangan nak buat muka malas apalah.Beberapa hari lagi kamu dah nak kahwin jangan kamu nak buat perangai.” Ujar Puan Salmah sebaik saja melihat kelibat anak lelakinya yang baru saja pulang dari kerja.

   Aqil hanya memandang barang hantaran yang sudah siap di atas meja makan .Ibunya sedang menyusun.Aqil langsung tidak berminat untuk melihat.Baginya perkahwinan ini adalah paksaan ibunya.Hatinya langsung tidak rela untuk berkahwin dengan Sarah.Dia menyanyangi Reen.

   Sebagai seorang anak Aqil tiada pilihan lain selain mengikut kehendak ibunya.Kalau di bantah di kata anak derhaka pula.Aqil buntu .Antara kebahagiaan dirinya atau kebahagian ibunya.

    “Kamu dengar ke Aqil apa yang mak cakap ni?” Soal Puan Salmah apabila melihat anaknya mendiamkan diri di sofa.

   “Ya mak .Aqil dengar.Mak yang nak suruh Aqil kahwinkan jadi mak buatlah semua ikut suka hati mak.Aqil tak nak peduli.Aqil naik dulu nak rehat penat dengan kerja.”Balas Aqil lalu bangun menuju ke tangga.

    Memang dia kepenatan.Kepenatan memikirkan hal kerja , hal kahwin dan juga hal Reen.Kepalanya sunggug berserabut sekali ketika ini.Itu belum lagi masuk dengan kerenah Sarah yang tak habis-habis call dia di pejabat.Semua benda nak tanya.

    “Abang rasa nak pelamin kita tema apa?” Soal Sarah di talian.Aqil sungguh malas sekali untuk ambil tahu.Tangannya sedang lincah menekan tetikus.Sibuk dengan kerja.

   “Suka hati Sarah.Abang banyak kerja ni.” Balas Aqil acuh tak acuh.Dia langsung tidak berminat untuk berbincang hal kahwin.

   “Oklah, Sarah pilih apa yang Sarah suka.Sarah harap abang suka nanti.” Balas Sarah pula di sebelah sana.Aqil menggarukan dahinya.

   Bila di ingat tentang hal Sarah sememangnya membuatkan Aqil rimas.Ya rimas apabila seringkali Sarah bertanya pendapatnya tentang persiapan kahwin.Sarah pula tidak pernah rasa jemu untuk call dirinya walhal dia tahu yang Aqil sibuk.

   Biasalah nama pun perempuan.Orang perempuan ni kalau nak kahwin mestilah dia mengimpikan sebuah perkahwinan yang terindah.Bagi perempuan juga perkahwinan adalah sekali dalam seumur hidupnya.Begitu jugalah dengan Sarah dia inginkan persiapan perkahwinan berjalan lancar dan ingin jadikan perkahwinan dia dan Aqil adalah kenangan paling terindah dalam hidupnya.

   “Aqil kamu yang nak kahwin patutnya kamu yang handle semuanya.” Tambah Puan Salmah.
  “Bukan Aqil yang nak kahwin tapi mak yang paksa.” Jawab Aqil dengan perlahan namun masih di dengari oleh Puan Salmah.

   “Apa kamu cakap Aqil?” Soal Puan Salmah lalu merenung anaknya dengan tajam.Aqil langsung tidak menoleh dia hanya terus mendaki tangga dan menuju ke dalam biliknya.Letih denga semua ini.

   “Dah pandai melawan budak si Aqil ni.Semua ni pasal budak Reen tu la.” Bebel Puan Salmah sendirian sambil membetulkan kedudukan barang-barang hantaran yang sudah siap di gubah.

   Reen juga yang di persalahkannya.Kasihan Reen.Bila orang dah tak suka beginilah.Bila suka di puji bila dah tak suka di keji.Apa boleh buat dunia memang begini.

   “Hello bro apa cerita?” Soal Hadie di talian.Sebentar tadi selepas selesai mandi Aqil mendail nombor telefon teman baiknya.  

   “Banyak kau punya cerita.Kepala aku berserabut.Balik rumah lagi bertambah serabut kepala aku.” Balas Aqil lalu di rebahkan badannya ke tilam.

   “Errm aku dah tahu dah ini mesti hal kahwin kau dengan Sarah kan.” Tembak Hadie.Aqil mengeluh dengan berat.

   “Pasal tu la.Kalau ikutkan hati aku ni Hadie aku nak lari tahu.Aku tak nak kahwin dengan Sarah tapi aku tak boleh buat macam tu.” Luah Aqil pula.

  “Haa tau tak apa.Sudahlah Aqil kau dah nak kahwinkan.Kau jangan nak peningkan kepala kau.Ikut saja kehendak mak kau.Dia cuba nak buat yang terbaik untuk kau.Hal kau dan Reen sudah berlalu.Jodoh kau dengan Reen sampai di situ saja.Berilah Reen untuk kecapi hidup dia pula.” Hadie meneguk air di depannya.

   “Kau cakap senang sebab bukan kau yang berada di tempat aku.Kau tahukan yang aku sayangkan Reen.Aku tahu aku silap sebab aku bodoh percaya bulat-bulat apa yang mak aku kata sekarang aku dan Reen dah jauh.Reen tak nak rujuk dengan aku.” Luah Aqil lagi sambil memicit kepalanya.

   “Itulah kau.Kau ni mudah sangat naik angin.Benda  tak tahu salah ke betul kau dah nak beri hukuman.Ini kiranya pengarajaran dekat kau agar lepas ni kau tak akan mengulangi kesilapan itu.Kau kahwin saja dengan Sarah.Dia boleh bahagiakan kau seperti mana Reen pernah bahagia kau dulu.” Balas Hadie lagi.

   “Entahlah Hadie.Aku tak tahu nak kata apa.Dalam hati aku ni kan kosong.Aku tidur dululah kepala aku pun dah sakit ni.” Ujar Aqil.

    “Kau jangan nak fikir banyak sangat.Kau tu selalu migraine.Karang lain pula jadinya.Pergilah berehat.Ada masa free nanti kita jumpa ok bro.Selamat malam.” Ujar Hadie pula sebelum mematikan talian.Aqil meletakkan telefonnya di tepinya lalu di pejam matanya.Kepalanya ketika ini berdenyut-denyut.

       HADIF masuk ke pejabat petang itu dengan muka merah.Mahu tak merah muka kalau menahan marah.Ini semuanya gara-gara Tan Sri Herman.Hadif langsung tidak menoleh kiri dan kanan dia terus berjalan menuju ke biliknya.Hatinya panas di kala ini.

     Reen yang sedang menekan papan kekunci terus terkejut melihat wajah Tuan Hadif di kala ini.Hadif terus masuk ke biliknya tanpa sepatah kata.Reen berfikir sejenak.

    “Tuan Hadif ni marahkan siapa pula.Jangan-jangan marah dekat cik Khay kot.” Teka Reen sambil menongkat dagunya di meja.

    “Ish tak mungkinlah.Cik Khay tak ada datang lagi dekat pejabat ni minggu ni.Adalah tu yang tak kena tu.Sudahlah Reen jangan nak menyibuk hal orang.Fokus pada kerja itu lebih bagus.”Ujar Reen sendirian lalu menyambung semula kerjanya.

    Hadif menghenyak punggungnya dengan kasar sekali di kerusi.Tali leher yang tergantung di lehernya di longgarkan .Kot hitam yang di pakainya tadi sudah di buka dan di letak di atas sofa sebelum dia duduk di kerusinya.

    “Hai Hadif.Lama tak jumpa you.” Ujar Tan Sri Herman sebaik saja mereka bertembung di pintu lif.Di kala itu mereka menuju ke tingkat atas untuk perbincangan siapakah yang akan dapat tender .

    “Ya Tan Sri .Memang dah lama kita tak berjumpa.” Balas Hadif lalu mempamerkan satu senyuman yang langsung tidak ikhlas kepada Tan Sri Herman.

     “You apa khabar?” Soal Tan Sri Herman.
      “Alhamdulilah I sihat.Tan Sri?” Soal Hadif pula.
     “I baik saja .Makin sihat.” Balas Tan Sri Herman dengan bangga sekali.
     “Baguslah.” Ujar Hadif lalu mendonggak kepalanya ke atas melihat nombor yang tertera pada lif.

     “Pasal tender tu I rasa company I yang akan dapat nanti.” Ujar Tan Sri dengan megah sekali.Amboi Tan Sri kemain confident.

     “Tak tahu lagi rezeki milik siapa tender tu.Hari ini kita akan tahu siapa yang berhak dapat projek tu.Just wait and see.” Balas Hadif.Wajah Tan Sri di sebelahnya langsung tidak di pandang.Dia datang ke mari dengan satu tujuan iaitu untuk mendapatkan projek tersebut.

    “Rasanya mereka akan bagi pada I sebab you pun tahu yang I ni memang banyak pengalaman dalam bidang ini .”Ujar Tan Sri lagi.Bangga diri nampak Tan Sri ni.

    “Oh really.Kalau you pakai perempuan untuk dapatkan projek ni memang you akan dapatlah kot.” Hadif berkata  dengan sinis.Tan Sri tersentak.

    “Apa maksud you?” Soal Tan Sri dengan pelik.
    “I tahu you yang hantar Khay datang ke office I kan.I tahu you sengaja gunakan Khay untuk kepentingan you.”Balas Hadif .Sejurus kemudian pintu lif berbunyi.Mereka sudah sampai di tingkat sepuluh.Hadif terus keluar dari perut lif dan menuju ke bilik mesyuarat.

   “You tuduh I tu Hadif.I tahulah you cemburu pada I sebab I dapat Khay.Dia pilih I berbanding dengan you.Khay tu senang saja nak tarik perhatian dia semuanya perlukan duit.Manjakan dirinya dengan duit.”Ujar Tan Sri sambil tersenyum sinis.

    “Duit yang kita ada ni Tan Sri tak bawa ke mana.Kalau kita mati pun bukan kita boleh bawa pun.I pun tak nak pada Khay.Jangan Tan Sri yang di permainkan oleh Khay nanti sudahlah.Dia tu bukan sebarang perempuan juga.Jangan hanya pandang kecantikan luaran semata-mata kalau hati tak secantik itu.” Bidas Hadif dengan selamba membuatkan Tan Sri terus berhenti dari melangkah.

    “Tahniah untuk Aspirasi.Projek ini akan berada di bawah Aspirasi.”Ujar Tan Sri Rahim sambil berjabat tangan dengan Hadif.

     “Terima kasih Tan Sri kerana memberikan kepercayaan pada Aspirasi.InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar.” Ujar Hadif dengan senyuman lebar.Tan Sri Herman yang masih berada di tempat duduknya hanya berdiam diri.Dia sudah kalah dengan Hadif.Projek itu jatuh ke tangan Aspirasi.

    Itulah Tan Sri, tadi kemain confident sekarang tengok apa dah jadi.Jangan nak bangga sangatlah.Bukan rezeki milik Tan Sri la tu.

    “Aspirasi memang layak dapat projek ini. Saya kenal dengan papa awak bukan sehari dua Hadif.Kami dah lama dalam dunia perniagaan.Saya tahu bagaimana hasil dari Aspirasi.Good luck Hadif.” Ujar Tan Sri Rahim dengan senyuman.

     “Mudah-mudahan Tan Sri.”Balas Hadif dengan senyuman.Tan Sri Rahim menepuk bahu Hadif sebelum keluar dari bilik mesyuarat itu.

     “I balik dulu tan Sri.InsyaAllah lain kali adalah rezeki untuk Tan Sri .” Ujar Hadif lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengannya namun Tan Sri Herman tidak langsung menyambut.Tan Sri Herman merenung wajah Hadif dengan tajam sekali.Dia sungguh tidak sangka yang dia tidak berjaya untuk dapatkan projek tersebut.

    Khay memang tak boleh di harap.Gerutu Tan Sri Herman sendirian.
    “You jangan berlagak sangat Hadif.Walaupun you dah berjaya dapatkan perojek ini tak bermakna you akan berjaya menyiapkannya.” Ujar Tan Sri Herman.

    Hadif menoleh dan berfikir sejenak.Apa yang di maksudkan oleh Tan Sri Herman.
    “Maksud Tan Sri?” Soal Hadif.

     “You ingat I akan biarkan Aspirasi berjaya siapkan projek ini.Ini Tan Sri Herman .I akan gagalkan apa yang Aspirasi akan buat nanti.” Balas Tan Sri dengan sinis sekali.

    “Oh ya.Terima kasih kerana memberitahu I tentang rancangan Tan Sri itu.Aspirasi akan mengambil langkah berjaga-jaga nanti.Ada baiknya Tan Sri jaga saja company Tan Sri dan juga Khay itu.Jangan sampai Khay mengkhianati Tan Sri suatu hari nanti.”Ujar Hadif lalu berlalu keluar dari bilik mesyuarat tersebut.

    “Huh Tan Sri Herman memang tidak berpuas hati dengan keputusan Tan Sri Rahim.” Ujar Hadif sendirian.

     “Aku tak akan sesekali membiarkan Tan Sri Herman menganggu Aspirasi.” Tambah Hadif.Hatinya sakit apabila mendengar Tan Sri akan cuba merosakkan kerja-kerja yang akan di jalankan oleh Aspirasi.

    Seandainya itu terjadi, Hadif tidak akan berdiam diri.Namun begitu Hadif tidak boleh membuat keputusan sesuka hatinya.Dia perlu berbincang dengan papanya Datuk Ismail.

   “Kau nak Khay sangat ambillah .Aku langsung tidak berminat dengan perempuan itu.Dia akan menyusahkan hidup aku saja.” Luah Hadif dengan geram.

   “Reen ..Masuk ke bilik saya sekarang..” Jerit Hadif di intercom.Reen yang sedang menaip ketika itu terkejut mendengar intercom.

   “Baik Tuan Hadif.” Balas Reen lalu mengambil diari dan juga pen lalu menuju ke bilik Hadif.
    “Masuk..”

     “Ya Tuan Hadif.” Ujar Reen sebaik saja dirinya terpacak di depan Hadif Fakhri.
     “Esok saya akan adakan mesyuarat jadi saya nak awak inform pada beberapa orang staff kita yang penting.Ini list staf yang saya nak mereka ada di bilik mesyuarat esok pagi.Kita perlu bincang tentang projek baru yang Aspirasi baru dapat.” Ujar Hadif dengan tegas sekali.

    “Baik Tuan Hadif.Meeting esok Tuan Hadif nak adakan pukul berapa ya?” Soal Reen sambil melihat nama-nama yang terlibat dalam mesyuarat esok pagi.

    “Ermm mesyuarat pukul sepuluh pagi.Inform pada mereka dan jangan sesiapa pun lambat.Faham.” Tambah Hadif dengan tegas.

    “Baik Tuan Hadif.Ada apa-apa lagi ke?” Soal Reen.
    “Tolong buatkan coffee untuk saya.” Hadif memberikan satu lagi arahan.Reen menganggukkan kepalanya.

    “Ok saya keluar dulu Tuan Hadif.” Balas Reen lalu mengundur ke belakang dan menuju ke pintu .Hadif hanya anggukan kepalanya saja.Matanya pula tertumpu pada fail yang berada di atas mejanya.Fail yang di berikan oleh Tan Sri Rahim tadi.

 *******************************************************************************
BAB DUA PULUH SATU

   KHAY sedang bersantai di tepi laut.Kali ini dia datang bercuti untuk merehatkan diri dan juga minda.Khay duduk di atas kerusi dengan pernuh gaya sekali.Di matanya pula tersangkut cermin mata hitam.Khay mengenakan baju lengan pendek .Terselit topi di kepalanya.

   Khay tersenyum manis sambil menghirup udara segar pada ketika itu.Khay tidak langsung mempedulikan orang yang lalu lalang.Rata-rata pengunjung datang untuk bercuti.Ramai daripada pengunjung adalah warga asing.Pakaian mereka ketika ini tak usah cakaplah semuanya penuh dengan seksi dan gayanya.

    “Hoi perempuan jauh benar kau mengelamun.Ingat dekat Tan Sri ke?” Tembak seorang gadis yang baru saja muncul.Di tangannya pula ada dua gelas minuman yang di bawa olehnya.
    “Kau ni Camelia buat terkejut aku saja.Apa kelas aku nak ingat orang tua tak sedar diri tu.”Jeling Khay.Camelia mencebik lalu menghulurkan gelas minuman pada Khay.

    “Eleh apa kelas la konon , habis tu yang kau gila sangat melayan Tan Sri tu pasal apa.Dah tahu tua nak juga.Dulu elok-elok bertunang lepas tu putus.Kau ni Khay tolak tuah betul.Hadif tu baik tahu kalau di bandingkan dengan Tan Sri Herman yang sudah semestinya playboy.” Balas Camelia lalu melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan Khay.

   “Kau ingat aku gila sangat ke nak dekat orang tua tu.Kau pun tahukan  kenapa aku dekat dengan orang tua tu.Aku nak balas dendam.Sebab orang tua tu buat aku kehilangan family aku dan juga harta keluarga aku.Orang tua tu memang tak sedar diri.” Ujar Khay dengan perasaan marah.Sudah lama hatinya membengkak menahan sabar untuk membalas dendam pada Tan Sri Herman.

   “Khay ..Khay sampai bila kau nak berdendam dengan Tan Sri tu.?Aku tengok kau dengan Tan Sri tu dah lama tapi tak ada pun kau nak balas dendam lagi.” Tingkah Camelia lagi.Khay terus menoleh pada Camelia.

    “Kau ni sabarlah sikit.Aku nak balas dendam dengan perlahan-lahan.Pertama aku nak hancurkan business dia terlebih dahulu.” Balas Khay dengan senyuman sinis.

    “Kau jangan buat kerja gila Khay.Kalau apa-apa jadi nanti macam mana?” Soal Camelia.
    “Hal itu kau janganlah risau.Aku tahu apa yang aku buat.Aku nak rampas balik apa yang dia dah ambil dari keluarga aku.” Balas Khay lagi.Camelia menggelengkan kepalanya.

    “Kau ni tak serik ya walaupun Puan Sri datang serang kau dulu.Bukan sekali dia serang kau Khay banyak kali tapi kau buat selamba sajakan.” Camelia menghela nafasnya.

   “Apa nak takut dengan Puan Sri tu.Aku nakkan Tan Sri tu haaa. Bini dia buat apa.Mereka tiada kena mengena dengan aku.Kau jangan risau aku tak akan musnahkan keluarga dialah.Aku nak musnahkan Tan Sri saja.” Ujar Khay lagi.

   “Memanglah target kau tu Tan Sri tapi masalahnya ini juga akan memberi kesan kepada keluarga dia termasuklah Puan Sri.Kau tak rasa bersalah ke Khay?” Soal Camelia lagi.

   “Buat apa aku nak merasa bersalah kalau Tan Sri dulu tidak pernah pun rasa bersalah dengan apa yang dia lakukan kepada keluarga aku.Semuanya masih kukuh di ingatan aku.Aku kehilangan kedua orang tua aku sewaktu mereka dalam perjalanan untuk mengambil aku di sekolah.” Balas Khay lagi..

   Dia masih ingat lagi apabila di beritahu oleh neneknya yang kedua ibu bapanya meninggal dalam kemalangan sewaktu mengambil dia di sekolah.Hari itu merupakan hari yang bermakna bagi Khay kerana dia berjaya memperolehi result yang cemerlang namun kegembiraan yang ingin di kongsikan dengan keluarganya musnah.

   Pada mulanya Khay redha dengan kepergian ibu bapanya .Namun Khay berubah apabila mendapat tahu yang ada orang yang merancang di sebalik kemalangan itu..Kini Khay hanya tinggal dengan Camelia.Neneknya juga sudah meninggal dua tahun yang lalu kerana sakit tua.

   “Khay .. Nenek harap Khay boleh tunaikan permintaan terakhir nenek ini.” Ujar nenek Khay yang sedang bersandar  lesu di atas katil.Waktu itu Khay baru saja tamatkan pengajiannya.
   “Permintaan apa nenek?Khay perlukan nenek.Khay hanya ada nenek sorang saja .” Balas Khay dengan deraian air mata.Dia hanya mempunyai neneknya saja.

   “Dapatkan semula apa yang menjadi milik Khay dulu.” ujar neneknya.
   “Apa maksud nenek?” Soal Khay.Neneknya tersenyum tawar.

   “Ibu bapa Khay meninggal dulu memang sebab kemalangan tapi ada dalangnya.Orang yang bertanggungjawab atas apa yang terjadi adalah Herman.Dia telah rampas syarikat yang ayah kamu bangunkan dulu.Oleh kerana sifat dengki Herman sanggup buat begitu pada rakan kongsinya.” Ujar nenek Khay lagi.Khay mengerut dahi tanda tidak faham.

     “Khay tak faham nek.Siapa Herman?” Soal Khay.
     “Dengar sini Khay.Nenek akan ceritakan semuanya pada Khay.Bukan niat nenek untuk rahsiakan ini semua dari Khay.Nenek hanya menunggu masa yang sesuai untuk beritahu Khay.Sekarang ni la masanya.Dengar apa yang nenek nak ceritakan tentang mak ayah kamu dan juga Herman.” Balas neneknya lagi.Khay menganggukkan kepalanya dan menadah telinga mendengar cerita dari neneknya.

     “Itu aku tahu,kau pernah ceritakan pada aku.Tak boleh ke kau buang sifat dendam kau tu.Aku bukan sebelahkan Tan Sri tu Cuma aku bimbangkan kau saja Khay.”Ujar Camelia.Khay masih lagi mengelamun jauh.Apa yang di katakan oleh Camelia langsung tidak memasukki gegendang telinganya.

   “Hoi Khay kau dengar tak apa yang aku cakap ni?” Soal Camelia lalu di tepuk lengan Khay.Sejurus lepas itu Khay menoleh dengan terpinga-pinga.

   “Hah apa dia?” Soal Khay lalu d betulkan kaca mata hitamnya.
    “Boleh pula kau berangan ya.Penat mulut aku cakap.Sudahlah.Aku nak pergi swimming pool sekejap.Aku nak main air.Kau duduklah sini berangan sorang-sorang,” Rajuk Camelia lalu bangun.

    “Hai merajuk ke cik Camelia.Tak payahlah nak merajuk bagai.Buruk sangat muka kau tu haa.Aku bukan berangan la Cuma aku teringatkan pesanan arwah nenek aku saja tadi.Kau nak pergi swimming.Aku nak ikutlah.”Balas Khay pula.Camelia tidak jadi melangkah.Dia menoleh kembali pada Khay.

   “Aku bukan merajuklah Khay.Penatlah cakap dengan kau ni .Aku cakap bukan kau nak fokus pun.Jomlah pergi berendam dekat swimming pool.” Ujar Camelia sambil bercekak pinggang.
   “Ok jom.Puas main air nanti kita pergi makanlah lepas tu kita keluar jalan-jalan nak tak?” Soal Khay pula lalu di angkat keningnya pada Camelia.

     “Shopping..” Ujar Camelia dan Khay serentak sebelum mereka ketawa.
      “Jom.Aku suka kalau bab shopping ni.” Balas Camelia dengan teruja.Alahai perempuan manalah boleh lari dengan shopping ni.Sudah menjadi hobi dah shopping.

     “REEN..Kau dah siap belum.Cepatlah.” Jerit Safi dari tingkat bawah.Waktu itu Reen baru saja selesai bersiap.Hari ni merupakan hari minggu.Reen dan Safi ingin keluar berjalan sambil membeli barang dapur.

    “Ya ..Ya ..Aku dah siap dah ni.Sekejap ya..” Giliran Reen pula menjerit.
     “Cepat sikit ..” Balas Safi lalu membuka pintu utama rumahnya.Safi menuju ke kereta Myvi miliknya lalu di buka pintu keretanya sebelum menghidupkan enjin kereta.

      “Ok jom..Aku dah siap ni.” Reen sudah terpacak di depan muka pintu siap tersenyum manis lagi pada Safi.

      “Jom kita gerak.Kau tolong bukakan pagar eh.” Arah Safi sambil tersengih manja.
       “Ok jap aku buka pagar .” Balas Reen lalu menuju ke pagar.Sebelum itu Reen sempat mengunci pintu rumah milik mereka sebelum melangkah menuju ke pagar.

       “Kau nak pergi jalan ke mana ni?” Soal Reen sewaktu memakai seatbelt.Safi di sebelah sudah tersenyum.

       “Apa kata kita jalan-jalan dekat jusco dahulu.Selepas tu baru kita beli barang dapur nak tak?” Soal Safi.Matanya kini di tumpu pada jalan di kawasan perumahan milik mereka.

     “Aku tak kisah.Ikut kau saja.Paling penting kau kena singgah dekat kedai buku .” Ujar Reen pula.

   “Itu tak ada hal.Aku tahu kau ni hantu kedai buku.Eh apa cite cik Khay tu Reen.Minggu ni rasanya aku tak ada nampak muka dia datang dekat pejabat.”Soal Safi.

   “Kau ni mengalahkan si Tasha pula.Tasha pun sama suka sangat tanya aku hal cik Khay tu haa dekat pejabat.Aku tak tahulah.Dia sibuklah kot.Aku ni kerja dengan Tuan Hadif bukan kerja dengan Cik Khay yang gedik tu.” Balas Reen dengan selamba.Safi tersengih.

    “Sebab kau kerja dengan Tuan Hadif tu la yang aku tanya.Kalau Tasha tu tak usah cakaplah memang dia akan tanya.Kau pun tahu kan Reen si tasha tu ada menaruh hati pada Tuan Hadif kita tu.” Ujar Safi  .Matanya masih melekat di atas jalan raya.

   “Apa la yang buat Tasha tu berkenan sangat dengan Tuan Hadif.Dia tu selalu angin saja.” Balas Reen lagi.

    “Kau nak tahu sebab apa?” Soal Safi.
     “Sebab apa?” Soal Reen dengan lurus.
     “Sebab Tuan Hadif tu handsome dan juga kaya.” Jawab Safi dengan selamba.Ree mengerutkan dahi.

    “Ermm.Aku dah agak dah.Jangan si Tasha tu frust nanti sudahlah.” Reen menoleh pada Safi.
    “Itu aku setuju.Harap-harap si Tasha tu tak adalah menaruh hati sangat pada Tuan Hadif.Karang dia frust menonggeng nanti kita juga yang susah nak kena dengar luahan hatinya.” Balas Safi.Reen sudah tergelak.

    “Kau ni Safi kemain mengata si Tasha kan.” Tingkah Reen sambil menggelengkan kepala.
     “Apa pula mengatanya.Aku cakap benda yang betulkan.” Bidas Safi dengan selamba.
      Siapa tak kenal Tasha.Seorang yang ramah dan juga suka berceloteh.Ada saja cerita yang akan di sampaikan oleh Tasha.Boleh di katakan Tasha ni reporter pejabat jugalah.Tahu je dia .Orang tu nak kahwinlah.Orang ni bercintalah.Orang ni nak pergi holiday .Namun begitu orang suka berkawan dengan dengan Tasha.Begitu jugalah dengan Reen dan juga Safi.Orang kata  berkawan biarlah beribu.

    “Aku tengok Tuan Hadif sekarang makin handsome.” Ujar Safi setelah lama mereka melayan perasaan mendengar lagu di corong radio.

     “Handsome ke?Aku tak perasan pun.” Balas Reen.
      “Ish kau ni nama saja setiausaha tapi tak tahu padahal hari-hari kau tilik wajah dia kan.” Bebel Safi lagi.Reen mengerutkan keningnya.

     “Tugas aku buat kerja saja cik Safi hoi.Aku tak ada masalah nak menilik orang.Banyak lagi kerja lain aku nak buat.” Reen membetulkan kedudukannya.

    “Apa kata ada masa free kau tilik bos kita tu lama-lama.Mana tahu lepas ni kau pula yang jatuh cinta dengan Tuan Hadif.” Seloroh Safi sambil tersengih.

   “Apa dia Safi?Ulang sekali lagi.Gegendang telinga aku ni tak berapa nak dengar.” Balas Reen lalu di dekatkan telingannya ke arah Safi.

    “Oh maaf tiada siaran ulangan untuk kau hari ni.Terima kasih.” Jawab Safi sambil tersenyum.Reen menggelengkan kepalanya.

     Reen dan Safi menghabiskan masa dengan berjalan sekitar jusco.Bukan saja buku yang Reen beli malahan ada beberapa helai pakaian  yang sempat di beli olehnya.Sekali sekala keluar shopping lepas gian begini gamaknya.Safi juga tidak kurangnya.Dari tadi menilik pakaian-pakaian yang di jual di situ.

   “Kau nak beli baju untuk siapa tu Reen?”Soal Safi apabila melihat Reen yang ralit melihat pakaian yang tergantung .

   “Aku nak belikan dekat opah ,lepas tu nak belikan untuk mak dengan ayah sekali.Bila balik kampung nanti aku kasilah dekat diorang.” Balas Reen sewaktu menoleh pada Safi yang berada di sebelahnya.Safi menganggukkan kepalanya.

    “Bagus juga tu.Aku pun nak beli juga.” Balas Safi.

     “Safi lepas ni kita singgah makan dulu eh baru kita shopping barang dapur.”Tingkah Reen

  “Ok no problem.” Ucap Safi pula.Matanya masih ralit melihat pakaian yang tergantung.Perempuan baju penuh satu almari pun masih belum cukup lagi tambah-tambah kalau sudah bekerja.

    “Perhh banyak pula kita shopping hari ni Safi.” Ujar Reen sewaktu mereka menolak troli keluar .Reen melihat trolinya penuh.Matanya berkelip-kelip.

    “Itulah pasal.Dua troli .Biar betul.” Jawab Safi lalu bercekak pinggang.
    “Mahu tak banyak.Kita shopping barang masing-masing dah satu hal lepas tu shopping barang-barang dapur pula.Banyak barang dapur dekat rumah kita dah tak ada cik Safi oit.” Tingkah Reen lalu menolak kembali troli menuju ke tempat parking.


    “Ya tak ya juga.Barang dapur kita banyak jugakan.Jomlah kita balik.Kaki aku pun dah lengguh ni berjalan.” Ujar Safi mengikut Reen dari belakang.Sebaik saja di tempat parking , Reen dan Safi memasukkan kesemua barang yang mereka beli ke dalam bonet .Selepas itu barulah mereka memboloskan diri ke dalam perut kereta menuju ke rumah.

Bersambung .....

Nota Tersepit : Hari rabu ni ke Melaka. Hari ahad ni konvo.Semoga semuanya berjalan dengan lancar nanti.InsyaAllah. 

2 comments:

Tq sudi komen.:D