Ini dia sambungan bab seterusnya BCIP .Terima kasih singgah dan baca karya ini..Bab kali ini ada sedikit watak Hayyan .Harap2 dapat mengubati penantian u oll dengan kemunculan Hayyan.Hehehhe..
BAB
DUA PULUH DUA
SARAH Aqila baru saja selesai menunaikan
solat isyak.Sarah melipat telekung miliknya.Sarah juga merenung jari jemarinya
yang merah dan juga cincin yang sudah tersarung di jari manisnya.Dia sudah pun
bergelar isteri kepada Nurhan Aqil.Tiada kata-kata yang dapat di luahkan
melainkan perasaannya sangat gembira.Impiannya untuk bergelar isteri kepada
Aqil kini sudah termakbul.Sarah tersenyum sendirian.
Pintu biliknya terkuak.Wajah Aqil yang
serius di pintu.Aqil menutup pintu bilik lalu menuju ke katilnya.Aqil terus
merebahkan dirinya di atas tilam.Matanya pula di pejam.Tangan kanannya pula di
letak di atas dahi.Sarah hanya memandang wajah suaminya.Sebaik saja meyidai
telekungnya Sarah bergerak dengan perlahan menuju ke arah suaminya.
“Abang nak makan ke?” Soal Sarah dengan
lembut.Namun Aqil langsung tidak menjawab hanya berdiam diri.Pura-pura tidur.
Sarah menyanggul rambutnya.Kemudian di
dekati suaminya lagi.Sarah meletakkan tangannya di atas lengan milik suaminya.
“Abang..” Panggil Sarah dengan lembut.Aqil
mengeluh kecil.
“Apa dia?” Soal Aqil .Matanya sudah celik.
“Sarah tanya abang nak makan ke?” Soal
Sarah lagi.
“Abang tak nak makan.Perut tak rasa lapar
lagi.Abang nak rehat.Jangan ganggu abang.” Balas Aqil dengan muka serius.Aqil
menukar posisi membelakangkan isterinya .Aqil memejam matanya semula.Sarah
hanya diam melihat suaminya.
Sarah akui Aqil memang begitu.Sejak bercerai
Aqil sudah tidak peramah seperti dulu.Sarah berusaha sebaik mungkin untuk
mengambil hati Aqil namun masih tetap sama.Sarah sedar dia kena banyak bersabar
dengan Aqil.Suaminya berubah begitu sebab bekas isterinya dahulu.
Tak perlulah nak rasa sedih Sarah.Sebelum
kahwin kamu sudah tahu kedudukannya.Aqil memang sayangkan Reen namun apa boleh
buat benda sudah jadi.Pandai-pandailah Sarah kamu nak pikat hati suami kamu
itu.
Maafkan Sarah Kak Reen.Rintih hati Sarah
sewaktu memandang suaminya .
Kenapa pula Sarah nak minta maaf.Apa yang
dia sudah buat pada Reen.?
“Kamu jangan susah hati Sarah , biar mak
long uruskan semuanya.Apa yang mak long nak adalah Aqil kahwin dengan kamu.Mak
long akan lakukan apa saja untuk kamu dan Aqil.Tunggulah nanti , mak long akan
pastikan dia di ceraikan.” Ujar Puan Salmah pada ketika itu.Mereka sedang duduk
di ruang tamu.
“Betul ke apa yang kita buat ni mak long?”
Soal Sarah .Dahinya berkerut-kerut.
“Betul salah itu tak perlu kita ambil kira,
yang penting mak long nak mereka tu bercerai.Mak long tak sukakan Reen.Dia tak boleh
berikan mak long cucu.” Balas Puan Salmah lagi.Sarah hanya diam tidak
berkutik.Demi cintanya pada Aqil dia akan lakukan apa saja untuk dapatkan Aqil.
“Kalau
abang Aqil tak percaya macam mana?” Soal Sarah lagi.
“Mesti Aqil percaya.Mak long kenal sangat
anak mak long tu.Dia tu mudah juga naik angin tambah-tambah bila dia
tertekan.Kamu tak perlu risau.Apa yang kamu kena buat siapkan saja apa yang mak
long suruh tu.Jangan bagitahu pada ibu kamu pula.Ini hal kita berdua saja.Kamu
sayangkan Aqil kan.?” Tingkah Puan Salmah.
“Memang Sarah sayangkan abang Aqil mak
long.Tapi…” Belum sempat Sarah habis bercakap Puan Salmah cepat-cepat potong.
“Tak payah kamu nak bertapi-tapi.Ikut saja
apa yang mak long cakap.”Balas Puan Salmah lagi.
“Kasihan dekat Kak Reen nanti mak long.”
Ucap Sarah lagi dengan tidak senang hati.
“Tak payah kamu nak kasihankan dia.Kamu nak
Aqil ke tak?” Soal Puan Salmah dengan wajah serius.
“Mestilah nak.” Jawab Sarah.
“Kalau nak ikut saja.Jangan banyak
songeh.” Puan Salmah lalu bangun dari sofa dan menuju ke dapur.Sarah masih lagi
di situ berfikir.
“Betul ke apa yang aku buat ni?” Soal
Sarah sendirian.Kepalanya ligat berfikir.
Aku memang menyintai abang Aqil tapi tak
akan aku nak pisahkan abang Aqil dengan Kak Reen pula.Kak Reen pula baik
orangnya.Kejam ke aku kalau runtuhkan rumahtangga orang?Desis hati Sarah
sendirian.
Cik Sarah Aqilah bukan setakat kejam malah
berdosa lagi kalau runtuhkan rumahtangga orang.Seramai-ramai lelaki dalam
Malaysia ni , Aqil juga yang kau nak.Apalah istimewa sangat Aqil di depan mata
kamu Sarah?
“Sarah..Aqil kenapa tak turun makan?” Jerit
Puan Salmah dari tingkat bawah.Sarah terkejut dan kembali semula di alam
nyata.Sarah menoleh pada suaminya yang sedang lena tidur.
“Ya mak.Sarah nak turunlah ni.” Balas Sarah
.
“Abang ..Bangun.Mak dah panggil makan.”
Sarah mengejutkan suaminya dengan perlahan.
“Abang bangun makan..” Aqil menggeliat
kecil.
“Sarah pergilah makan.Abang nak tidur.”
Jawab Aqil dengan mata yang tertutup.Perutnya memang tidak merasa lapar.Aqil
rindukan Reen.Sarah hanya mengeluh lalu bangun dan menuju ke pintu.
“Anak menantu aku ni lambat pula nak makan
malamnya.Apa yang di buat dekat atas tu.Lepas ni dapat cuculah aku.” Bebel Puan
Salmah dengan senyuman penuh makna di meja makan.Nasi dan lauk sudah terhidang.
HAYYAN Azri baru saja balik dari
berjoging.Hayyan terus masuk ke dalam apartment yang di dudukinya.Dia menuju ke
arah peti sejuk lalu di bawa keluar orange juice . Setelah menuangkan orange
juice ke dalam gelas , Hayyan terus menuju ke tingkap rumahnya.Hayyan melihat
kanak-kanak yang baru saja keluar dari rumah masing-masing untun ke sekolah.
“Mummy ..Daddy.. Tak lama lagi Hayyan akan
kembali semula di Malaysia.Hayyan akan terus menetap di sana.” Ujar Hayyan
sendirian.Ketika ini dia merasa sungguh rindu sekali dengan arwah mummy dan
juga Daddy nya. Mummy nya merupakan adik kepada Datin Khadijah yang bernama
Khuzaimah.
Khuzaimah berkahwin dengan jejaka yang
menetap di sini yang bernama Alex atau nama islamnya Muhammad Aalif Bin
Abdullah .Mereka bertemu secara tidak sengaja di Malaysia pada ketika
dahulu.Pertemuan yang membawa kepada kebahagiaan untuknya.Khuzaimah berkahwin
dengan Aalif dan mereka di kurniakan seorang anak lelaki bernama Hayyan.Selepas
berkahwin mummy dan daddy Hayyan memang menetap di London kerana daddy nya ada
business di sini.
Dari
jauh Hayyan ternampak kelibat seorang gadis yang berasal dari Malaysia.Gadis
itu tinggal di kawasan yang sama dengannya.Setiap kali melihat gadis tersebut
akan membuatkan Hayyan teringat pada gadis yang di jumpainya dulu.
“Qaireen Imanina..Apa khabar agaknya dia di
sana.Siapa gadis tu sebenarnya ya.Kenapa aku sering kali teringat akan
wajahnya?” Soal Hayyan sendirian.
Pertemuan pertama dengan Qaireen membuatkan
Hayyan seringkali teringat pada seraut wajah itu.Wajah yang penuh dengan
kelembutan.Senyuman yang memikat.
“Kau ni dah gilalah Hayyan.Boleh pula
teringat dekat Reen yang baru jumpa hanya sekali tu.Ish mengarut betullah.”
Bebel Hayyan sendirian lalu menilik jam di pergelangan tangannya.
Hayyan meletakkan gelasnya di atas meja
lalu menuju ke biliknya untuk bersiap.Dia harus ke pejabat arwah daddy nya.Ada
lagi urusan yang perlu di selesaikan olehnya sebelum balik ke Malaysia.Dia mahu
semuanya berjalan dengan lancar.Granny Hayyan juga tidak menghalang dia untuk
menetap terus di Malaysia.Hayyan boleh menjengguknya pada bila-bila masa
saja.Granny Hayyan memang seorang yang baik dan memahami.
Sebaik saja selesai bersiap , Hayyan terus
menghidupkan enjin kereta miliknya.Hayyan membetulkan baju yang di pakai
olehnya.
“Hello Hayyan.Good morning..” Soal seorang
lelaki yang sudah berusia yang sedang melintasi kawasan rumah Hayyan.
“Hai uncle Tony.Good morning.” Balas Hayyan
sambil melambaikan tangan pada uncle Tony.
“Drive carefully Hayyan.” Pesan uncle Tony
lagi dengan senyuman.Hayyan hanya menganggukkan kepala pada uncle Tony sebelum
masuk ke dalam kereta.
“REEN masuk bilik saya sekejap.” Hadif
sudah memanggil setiausahanya masuk .Adalah tu yang dia nak tu.
“Baik Tuan Hadif.” Balas Reen sambil
menggarukan kepalanya.
Apa pula Tuan Hadif ni nak ni.Desis hati
Reen .Dia kemudian bangun dan melangkah ke pintu pengarah urusan.
“Masuk..” Ujar Hadif sebaik saja mendengar
pintu biliknya di ketuk dari luar.
“Ada apa ya Tuan Hadif?” Soal Reen sebaik
saja berada di depan Hadif yang di kala ini sedang sibuk meneliti sesuatu di
mejanya.
“Sekejap lagi awak ikut saya.Kita pergi ke
Astana Holding sekejap.Saya ada kerja sikit nak buat dekat sana.” Arah Hadif
pula.
“Astana Holding.?Company siapa tu Tuan
Hadif?Tak pernah dengar pun.” Soal Reen dengan pelik.
“Astana
tu milik sepupu saya.Awak ikut saja nanti.Saya ada kerja sikit kena buat di
sana.Sepupu saya tak ada dekat Malaysia.” Balas Hadif.Matanya langsung tidak
memandang Reen di hadapannya.Reen pula menganggukkan kepalanya.
“Baiklah Tuan Hadif.Ada apa-apa lagi ke?”
Soal Reen.
“Ermm tak ada..Eh ….”Belum sempat Hadif
menyudahkan katanya pada Reen muncul pula Khay di dalam pejabatnya.
“Yang you ni datang main masuk je ni
kenapa?” Soal Hadif.Riak wajahnya sudah berubah.
“I nak jumpa you la.” Balas Khay dengan
senyuman.
Datang lagi perempuan gedik ni haaa.Tak
boleh jadi ni aku kena bagitahu Datin ni.Desis hati Reen sendirian.
“I sibuk.” Balas Hadif dengan selamba.
“Tuan Hadif saya keluar dululah ya.” Reen
meminta diri.Malas dia nak campuri urusan cik Khay gedik ketika ini.
“Pukul tiga nanti kita gerak ke sana.”
Sempat lagi Hadif menitip pesanan pada Reen.Khay pula yang terpingga-pingga.
“Baik Tuan Hadif.” Balas Reen lalu melangkah
keluar dari bilik pengarah urusan.
“You nak keluar dengan dia ?You nak pergi
mana Hadif.I ada dekat sini kan?” Soal Khay tidak puas hati.
“Yang you ni sibuk sangat nak tahu
kenapa.You nak buat apa lagi dekat sini.Projek tu dah dapat dekat I.So
what.Jangan ganggu I lagi.”Balas Hadif dengan geram.
“I bukan datang sebab projek tu la.I nak
jumpa you sebab I rindukan you Hadif.Kenapa you langsung tak beri I peluang
untuk I ceritakan kenapa I baik dengan Tan Sri Herman.?” Soal Khay tidak puas
hati lagi.
“Tak perlulah you nak cerita.I tahu
semuanya sebab duit.Sudahlah Khay.You kahwin dengan Tan Sri lagi bagus.Pergi
balik sebelum I halau you .I banyak kerja dan malas nak melayan karenah you
ni.Jangan bagi I naik angin.” Jelas Hadif lagi.
“Habis you nak pergi mana dengan budak tu?”
Soal Khay.
“Tak payah nak sibuk hal I .” Bidas Hadif
.Matanya di tumpukan dia atas kertas yang teruusun di atas meja kerjanya.Khay
menghentakkan kakinya dengan geram.
“I sayangkan you Hadif.I akan berusaha
untuk dapatkan cinta you kembali.” Pesan Khay sebelum keluar dari bilik Hadif.
Khay menghempas pintu bilik Hadif dengan
kuat.Terperanjat Reen yang sedang khusyuk membuat kerja.Bukan saja Reen yang
terkejut malahan ada dua tiga orang staff yang lalu lalang di situ terkejut dan
terus menoleh pada Khay.
“Apa tengok-tengok.Sibuk je.” Marah Khay
pada dua orang staff yang memandangnya.Reen hanya diamkan diri langsung tidak
pandang pada Khay.
“Hey perempuan.Kau jangan nak cuba baik
sangat dengan Hadif.” Pesan Khay sambil menunjukkan jari telunjuknya ke muka
Reen.
“Apa ni cik Khay.Saya ni bekerja untuk Tuan
Hadif.Cik Khay cemburu ke?” Soal Reen.Pelik dengan perangai perempuan gedik
ni.Setiap kali dia datang ke Aspirasi Reen yang akan jadi mangsanya.
“Apa yang bising-bising ni?” Soal Datin
Khadijah yang baru saja muncul di depan mereka berdua.Khay terus
menoleh.Wajahnya terus berubah melihat Datin Khadijah.
“Eh Datin, nak jumpa Tuan Hadif ke?” Soal
Reen dengan senyuman.
“Khay buat apa dekat sini?Kenapa ganggu anak
auntie lagi?”Soal Datin Khadijah.Matanya menilik Khay dari atas ke bawah.
Pakaian apa yang Khay pakai ni.Bagus
sangatlah tayang badan dekat orang.Baju tak cukup kain juga yang dia nak
pakai.Gerutu Datin Khadijah di dalam hatinya.
“Erm..Ermm..Eh auntie..Apa khabar?” Soal
Khay lalu menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Datin Khadijah.
“Alhamdulilah sihat.Kenapa datang ke
mari?Khay dengan Hadif tak tak ada apa-apa hubungankan.Mana Tan Sri Herman?”
Soal Datin Khadijah lagi.Khay sudah tidak senang duduk.
“Saja nak jumpa Hadif.Lama tak jumpa.Errmm
auntie , Khay balik dululah.Khay ada hal ni Jumpa lagi ya auntie.” Khay
tersengih sambil meminta diri.Datin Khadijah hanya merenung tajam.Reen ingin
ketawa melihat muka Khay ketika ini.
Sejurus selepas itu, Khay terus berjalan
menuju keluar dari Aspirasi.Datin Khadijah hanya memandang sambil menggelengkan
kepalanya.
“Silakan Datin.Tuan Hadif ada dekat dalam.”
Ujar Reen lalu berdiri si sebelah Datin Khadijah.
“Ye la.Terima kasih sebab mesej saya bagitahu tadi.Saya memang dalam
perjalanan ke mari ada urusan sedikit.” Balas Datin Khadijah dengan senyuman.Di
tepuk bahu Reen dengan lembut.Reen tersenyum.
“Sama-sama Datin.” Balas Reen .
Bersambung...
NotaTersepit : Mudah-mudahan manuskrip kali ini dapat siap pada tarikh yang di jangkakan siap.Hehehe.Lepas ni AMB.Sambungan kisah Hadif dan juga mungkin akan ada sedikit sambungan utk Reen dan Hayyan.Semuanya dlm perancangan.
mekasih baby mio singgah ke mari :D
ReplyDeleteLike it .. ^_^
ReplyDeletemekasih Anis singgah dan baca :)
Delete