Saya tahu ramai yang menanti kemunculan Hayyan kan.Untuk entry minggu depan Hayyan akan kembali ke Malaysia.Bab ari isnin atau ari khamis.Tunggu ya..Hari ni di update bab yang seterusnya.Terima kasih kerana singgah dan baca. :D
BAB
DUA PULUH LIMA
“ABANG Hayyan ..Bila nak balik Malaysia?Hani
rindu dengan abang Hayyan tahu.Sudah lama kita tak jumpa tahu.”Jerit Hani
Nazirah sebaik saja mendengar suara
abang sepupunya di talian.Sewaktu turun ke tingkat bawah tadi, Hani terdengar
mamanya sedang bercakap telefon.Apabila mengetahui si pemanggil adalah abang
sepupunya makinlah Hani excited.
“Assalamualaikum Hani.Abang akan balik
mungkin dalam dua minggu lagi.” Jawab Hayyan dengan senyuman.Hani tersengih
malu.
“Ops sorry..Hani tak sempat nak bagi salam
tadi.Excited nak cakap dengan abang.Balik la cepat abang Hayyan.Hani masih
bercuti lagi ni.Kalau Hani dah balik sana susahlah kita nak jumpa borak-borak
.”Tingkah Hani dengan suara yang sedih.
“Alahai kasihannya adik sepupu abang Hayyan
ni.InsyaAllah kalau semuanya settle lagi dua minggu abang Hayyan akan kembali
ke Malaysia.Abang Hayyan pun rindukan keluarga di sana.”Balas Hayyan dengan senyuman
sambil melihat panorama di luar tingkap.
“Rindunya Hani dekat abang.Cepat balik
tahu.Hani tunggu abang dekat sini.”Ucap Hani dengan senyuman.Hatinya
berbunga-bunga mendengar suara abang sepupu yang di rinduinya.Memang sejak dulu
lagi Hani menyukai dan menyimpan perasaan pasa Hayyan Azri, namun Hayyan
langsung tidak pernah akan perasaan adik sepupunya itu.
“Ya abang balik nanti.Jangan risau.Balik
Malaysia nanti abang Hayyan nak Hani belanja abang boleh?” Gurau Hayyan sambil
tersenyum sendirian sambil meneguk air fresh orange.
“Untuk abang Hayyan kesayangan Hani mestilah
boleh.Cepat balik tahu.” Ucap Hani lagi sambil memintal rambutnya yang panjang.
“Hani bercakap dengan siapa tu Ijah?” Soal
Datuk Ismail sebaik saja kakinya menjejakkan ke ruang tamu.
“Dengan Hayyan bang.Hayyan call bagitahu
Ijah kalau tak ada apa-apa halangan lagi dua
minggu dia balik ke marilah.” Balas
Datin Khadijah sewaktu mendongakkan kepalanya ke arah suaminya.
“Patutlah.Kalau dengan Hayyan memang
rancaklah Hani bersembang tambah-tambah lama tak jumpa.Itu belum jumpa depan
mata lagi.Kalau dah jumpa depan mata mulalah si Hani mengekor Hayyan ke sini
sana.” Balas Datuk Ismail dengan selamba.Selepas itu Datuk Ismail mengambil
bantal kecil yang terselit di tepi sofa lalu di angkat sebelum di labuhkan
punggungnya di sofa bersebelahan dengan isterinya.
“Biarlah bang.” Balas Datin Khadijah dengan
senyuman.
“Abang nak tanya sikit ni hal Hani.”
Tingkah Datuk Ismail lalu membetulkan duduknya.
“Hal Hani.Hal apa tu bang?” Soal Datin
Khadijah dengan pelik.
“Hani itu sukakan Hayyan ke?Abang tengok
Hani seperti menyimpan perasaan pada Hayyan saja.” Soal Datuk Ismail.Datin
Khadijah sudah mengerutkan dahinya.
“Ish abang ni tak akanlah Hani menyimpan
perasaan pada Hayyan kot.Hayyan dengan Hani tu dah seperti adik beradik
bang.Tak kan la Hani suka pada abang sepupu dia pula.” Dalih Datin
Khadijah.Datuk Ismail berfikir sejenak.Matanya ralit melihat Hani yang sedang
ketawa bercakap dengan Hayyan.
“Abang cakap saja Ijah.Kalau Hani suka kita
tak boleh nak halangkan.Mereka berdua tu sepupu boleh berkahwin.”Balas Datuk
Ismail.
“Memanglah bang, tapi kalau memang jodoh
mereka berdua kita tak boleh nak halang.Tak payahlah kita peningkan kepala
fikirkan hal itu.Hani kan masih belajar lagi.Sekarang ni kalau nak fikir kita
kena fikir hal berkaitan dengan Hadif tu.” Ujar Datin Khadijah lagi.
“Nak fikir apa?Hadif tu dah besarkan.Lagipun
abang tengok dia boleh handle Aspirasi dengan baik sekali.” Balas Datuk
Ismail.Matanya kini tertumpu arah televisyen pula.
“Ini bukan soal boleh handle Aspirasi ke tak
bang.Ini berkaitan dengan soal jodoh.Anak bujang kita tu dah patut kahwin
bang.” Ucap Datin Khadijah.Datuk Ismail sudah tersenyum pada isterinya.
“La soal kahwin rupanya.Sabarlah
Ijah.InsyaAllah adalah jodoh untuk anak teruna awak tu nanti.”Balas Datuk
Ismail dengan selamba.
“Memanglah bang, tapi bila?Ijah tengok lepas
putus tunang Hadif tu tak nak bagi komitmen langsung soal jodoh.Dalam kepala
Hadif tu kerja sepanjang masa.Abang tak nak tengok ke Hadif kahwin ?” Soal
Datin Khadijah.
“Hadif berhati-hati mencari pasangan.Awak
kena faham perasaan anak awak tu.InsyaAllah adalah tu yang boleh buka pintu
hati Hadif kembali.” Datin Khadijah menganggukkan kepalanya.
“Saya berkenan sangat dengan budak Reen tu
bang.Kalaulah Reen boleh jadi sebahagian dari keluarga kita kan bagus.Budak
Reen tu jujur bang.Suka terus terang.”Datin Khadijah tersenyum.Datuk Ismail
sudah faham maksud tersirat yang di sampaikan oleh isterinya.
“Kalau
awak dah berkenan bagitahulah pada Hadif.” Jawab Datuk Ismail dengan
selamba.Datin Khadijah tersenyum penuh makna.Keningnya juga terjungkit naik.Dalam
masa yang sama juga terukir senyuman penuh makna di bibir Datuk Ismail.
“Kirim salam pada keluarga kita ya.Abang
kena keluar sekejap ada hal.Lain kali abang call lagi.” Balas Hayyan Azri
sebaik saja menilik jam di pergelangan tangannya.
“Ok abang Hayyan.See you soon.” Balas Hani
dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.
“Assalamualaikum..” Tambah Hayyan lagi
sebelum mematikan talian.
“Waalaikummussalam.” Jawab Hani
pula.Selepas itu Hani terus menuju ke tempat mama dan papanya berada.
“Mama ..Papa abang Hayyan kirim salam.”
Ujar Hani lalu menghulurkan handphone milik mamanya .
“Waalaikumussalam.” Jawab Datin Khadijah dan
Datuk Ismail dengan serentak.Handphone yang di hulurkan oleh Hani di ambil oleh
Datin Khadijah .
“Dah nak naik ke Hani?” Soal Datin Khadijah
sebaik saja melihat anak bongsunya menoleh ke arah lain.
“Belum lagi mama.Hani nak pergi dapur
sekejap.Cari makanan yang boleh di makan.Mulut Hani ni rasa nak makan.” Jawab
Hani dengan selamba.Datin Khadijah menggelengkan kepalanya.
“Bab makan nombor satu.”Balas Datin
Khadijah.Hani sudah pun melangkah menuju ke dapur sambil memanggil bibik.
“Biarlah .Balik Malaysia jarang-jarang
sekali.Biar dia lepas gian.” Tingkah Datuk Ismail pula.Datin Khadijah menepuk
paha suaminya.
HADIF Fakhri termenung sendirian di dalam
bilik tidurnya.Hadif menyandarkan kepalanya di kepala katil.Malam ini entah
mengapa susah sangat untuk dia tidur Jam di dinding juga sudah menunjukkan
angka dua belas tengah malam.Hadif merenung jam di dinding lalu mengeluh dengan
perlahan.
Fikirannya terganggu sekali dengan Khay
yang sering kali menganggu hidupnya sejak akhir-akhir ini.Hadif tahu Khay cuba
untuk kembali padanya namun baginya tiada peluang untuk Khay lagi.Perasaan
sayangnya pada Khay dulu kini sudah tiada lagi.
“Hadif .Berilah I peluang.I sayangkan you.I
tak nak Tan Sri Herman.I nak you sorang saja.”Ujar Khay sewaktu di
restoran.Hadif ada temu janji dengan client namun sebaik saja selesai urusan
dengan tiba-tiba saja Khay muncul di situ.Atas urusan apa Khay berada di situ
Hadif sendiri tidak pasti kerna dia sudah tidak lagi mengambil tahu tentang
Khay.
“I baik dengan Tan Sri Herman tu bersebab
sayang.I tak nak pun kahwin dengan dia.”Tambah Khay lagi lalu mengusap tangan
milik Hadif.Dengan pantas Hadif menarik tangannya dari di usap oleh Khay.
“You kahwin ke tak dengan Tan Sri Herman itu
bukan urusan I Khay.Antara kita dah tiada apa-apa hubungan.You kena sedar hal
itu.”Balas Hadif lalu bangun dari tempat duduknya.Hadif mahu pulang ke
pejabat.Banyak lagi urusannya di Aspirasi.Client yang di jumpanya tadi adalah
client dari Astana.Hayyan yang meminta tolongnya handle kan Astana buat
sementara waktu .
“Hadif
tunggulah dulu.Hadif..” Panggil Khay sebaik saja Hadif melangkah keluar
dari tempat itu.Hadif membiarkan saja namanya di panggil.Dia kemudiannya masuk
ke dalam kereta sebaik saja pintu kereta di buka dari luar.Khay pula menongkat
dahu di meja sambil menghela nafasnya dengan berat.
Hadif tersedar dari lamunan sebaik saja
mendengar handphone miliknya berbunyi dengan nyaring sekali.Matanya terus
mencari handphone miliknya.Di bibirnya terus mengukir senyuman sebaik saja
melihat nama Hayyan yang tertera di situ.Dengan laju Hadif menjawab panggilan
tersebut.Mereka berborak seketika.
“Hadif macam mana kau jumpa denga client siang tadi.Semuanya
berjalan dengan lancar ke?” Soal Hayyan di sebelah sana.
“Semuanya berjalan dengan lancar.Kau janganlah risau bro.Aku akan tolong
kau.Cepatlah balik Malaysia.Aku rindukan kau ni.” Tingkah Hadif dengan
senyuman."
“Tak lama lagi aku balik.Aku pun rindu
sangat dengan keluarga di sana.” Ucap Hayyan lagi.Hadif menganggukkan
kepalanya.
“Lagi satu kau jangan lupa belikan aku
ole-ole.” Gurau Hadif dengan selamba.
“Ole-ole?Kau nak aku carikan awek ke
sorang bawa balik dekat kau?” Soal Hayyan sambil ketawa kecil.
“Awek aku tak naklah.Aku nak benda lain.”
Bidas Hadif.Sudah tahu yang Hayyan mahu mengusiknya.
Puas bergelak ketawa dan berbincang
akhirnya Hadif meletakkan telefonnya di sisi meja sebaik saja taliannya di
tamatkan.Hadif membetulkan kedudukkan sebelum cuba memejamkan mata untuk tidur.
“EH Khay.Kau dah makan ke?Kenapa tak tunggu
aku?” Soal Camelia yang baru saja tiba di situ.Sebaik saja ternampak kelibat
Khay terus Camelia menuju kearah Khay.
“Ish kau ni buat aku terperanjat sajalah.Aku
tak makan lagi.Ini Hadif punya tadi.” Jawab Khay dengan selamba.Terbuntang
terus mata Camelia sebaik saja mendengar nama Hadif.Camelia melabuhkan
punggungnya ke kerusi.
“Kau dah baik dengan Hadif ke?Macam mana
korang boleh makan bersama pula ni.Bukan Hadif tak suka keluar dengan kau ke
Khay?”Soal Camelia dengan pelik.
“Kebetulan aku jumpa dia di sini.Dia jumpa
client dia tadi.Susahlah aku nak pujuk Hadif tu balik semula dengan aku.Dia tak
mahu aku lagi.” Tingkah Khay lalu memandang wajah temannya Camelia.
“Kalau aku jadi Hadif pun aku akan buat
benda yang sama juga.”Jawab Camelia dengan selamba.
“Apa kau cakap tadi?” Soal Khay lalu
merenung Camelia dengan tajam.
“Tak aku cakap nak order sama dengan makanan
Hadif yang ni.” Balas Camelia lalu tersengih.Khay hanya menjeling tajam saja
pada Camelia.
“So apa plan kau?” Soal Camelia sewaktu
mereka berdua sedang makan bersama-sama.
“Plan apa?” Soal Khay sebelum meneguk air.
“Plan balas dendam kau tu la.” Ujar
Camelia.Khay menganggukkan kepala tanda faham.
“Sabarlah.Semuanya masih berjalan lancar
seperti sedia kala.”Jawab Khay dengan senyuman bangga.
“Sudah-sudahlah Khay kau nak
berdendam.Cubalah kau buat benda lain selain berdendam dengan orang tua
tu.”Camelia memberikan secebis nasihat pada Khay.
“Aku
akan berhenti apabila aku berjaya dapatkan hak aku dan keluarga aku semula.Aku
nak Tan Sri tu sedar akan kesilapan yang dia telah buat.”Jawab Khay .Masih
tersimpan kukuh di kotak ingatannya ini.Camelia hanya menggelengkan kepala lagi
sebaik saja mendengar jawapan dari mulut Khay ketika ini.
Camelia tahu yang Khay memang
berdendam.Jauh di sudut hatinya , dia tidak langsung menyalahkan seratus
peratus pada Khay.Kadangkala apa yang berlaku kita tak mampu nak jangkakan.Lain
yang di rancang lain pula yang jadi.
Khay menarik nafas perlahan-lahan selepas
terkenang apa yang berlaku pada siang tadi.Khay memandang telefonnya.
“Bagaimana caranya untuk aku dapatkan Hadif
kembali.Susah untuk cari lelaki seperti Hadif yang setia tapi apa yang berlaku semunya
berpunca dari diri aku sendiri.” Bebel Khay sambil menilik handphone nya.Lamunannya
tadi berlalu pergi .
Dia di kejutkan dengan bunyi telefon. Khay
melihat nama yang tertera di skrin.Khay tersenyum dengan gembiranya.Mahu tak
gembira kalau Tan Sri Herman yang menghubunginya.
“Sayang kenapa you tak datang tadi.Lama I
tunggu.” Tingkah Tan Sri Herman .Khay sudah membuat aksi ingin loya sebaik saja
mendengar suara Tan Sri Herman.
“Sorry.I ada kerja yang tak dapat di
elakkan.Errmm kita jumpa esok sajalah ya sayang.” Balas Khay dengan aksi bosan.
“Sure ni?” soal Tan Sri Herman lagi.
“yup sure.Oklah sayang I nak tidur dulu
mata dah mengantuk.Esok kita jumpa ya.”Tingkah Khay dengan memaniskan mukanya
walaupun hakikatnya Tan Sri tak nampak riak wajahnya pada ketika ini.
“Ok sayang.You pergi rehat.See you
tomorrow.Good night.” Ucap Tan Sri Herman lagi.
“Night .” Balas Khay dengan
bermalasan.Sebaik saja mematikan talian terus Khay meletakkan handphone nya ke
tepi.
“Huh dasar orang tua tak sedar diri.Gatal
miang semua ada.” Bebel Khay sendirian .
Bersambung...
NotaTersepit : Owh Yeah Hayyan akan kembali next week.Ecece aku pula yang excited.Ngeee...
DUA-DUA SAMA AJE MIANG.
ReplyDeleteLEPAS GERAM SEKEJAP JANGAN MARAH YA.
hehehe..x pe ..lepaskan je geram tuh..mekasih baby mio singgah dan baca..:D
Deleteala! lama tu nk tunggu next week...
ReplyDeleteheheheh...sabar ya...mekasih singgah dan baca :D
Delete