Ini sambungan BCIP bab seterusnya..Boleh ke Reen dengan Hadif ini bersatu agaknya?..Hmmm..bagaimana pula dengan Hayyan lepas ni..Hehehe..Semuanya bakal terjawab nanti.Mekasih singgah dan baca .. :D
BAB TIGA PULUH SATU
DATIN Khadijah memandang suaminya sambil menghantar isyarat mata .Datuk Ismail pula menganggkat keningnya .Datin Khadijah menunjukkan supaya suaminya memandang anak terunanya Hadif yang sedang ralit memandang laptop miliknya.Hadif bawa kerja balik rumah.Hadif sedang meneliti sesuatu di depan laptopnya.Hadif berada di meja manakala mama dan papanya pula berada di sofa.
“Kenapa?” Soal Datuk Ismail tidak faham dengan isyarat mata yang di berikan oleh isterinya.Datin Khadijah mengeluh denga perlahan.
“Abang tengoklah anak abang tu.Dia bawa balik kerja dekat rumah.Apa nak jadi dengan Hadif ni bang.Dalam kepala dia hal kerja saja yang di fikir.Hal diri sendiri dia tak mahu ambil peduli.” Balas Datin Khadijah tidak puas hati.Datuk Ismail menoleh pada anak bujangnya yang sedang ralit dengan laptopnya.
“Adalah tu kerja penting dia kena buat.”Jawab Datuk Ismail.
“Hal kerja cukup-cukuplah bang dekat pejabat.Rumah ni tempat nak berehat.” Tambah Datin Khadijah tidak puas hati.Datuk Ismail menggelengkan kepalanya melihat isterinya.
“Hadif.Mari sini sekejap.Papa nak cakap sikit.” Tingkah Datuk Ismail sewaktu menoleh pada Hadif.Datin Khadijah diamkan diri.
“Sekejap ya papa.” Balas Hadif.
“Abang tengoklah tu.” Tegur Datin Khadijah apabila melihat anak bujangnya langdung tidak bergerak lagi.
“Ada apa papa?” Soal Hadif sebaik saja bangun dan berjalan menuju ke arah mama dan papanya berada.Selepas itu Hadif terus melabuhkan punggungnya di sofa dengan senyuman.
“Kenapa bawa balik kerja dekat rumah?” Soal Datuk Ismail .
“Oh sikit je papa.” Balas Hadif dengan selamba.
“Mama tak suka Hadif bawa kerja balik rumah.Hadif tahukan rumah tempat untuk berehat.Cukup-cukuplah dari pagi sampai ke petang duduk pejabat.Hadif patut fikir hal keluarga .”Jawab Datin Khadijah.Hadif memandang wajah papanya.
“Kita ada masalah keluarga ke mama papa?” Soal Hadif sambil menggarukan kepalanya.
“Itu kamu tanyalah mama kamu.”Jawab Datuk Ismail dengan selamba.Bertaut kening Hadif.
“Apa masalahnya mama?” Soal Hadif .Datuk Ismail pula sudah tersenyum pada isterinya.
“Masalah sekarang ni Hadif bukan mama atau papa.”Balas Datin Khadijah.
“Hadif?” Soal Hadif sambil menunjukkan jari telunjuknya pada diri sendiri.
“Maksud mama?” Tambah Hadif lagi.
“Mama rasa dah tiba masanya untuk Hadif kahwin.” Datin Khadijah melihat reaksi anaknya.Hadif mengerutkan dahinya.
“Kahwin mama?Hadif nak kahwin dengan siapa.Hadif tak ada calon lagi.Tiba masa dan waktunya nanti Hadif kahwinlah mama.Janganlah risau.”Jawab Hadif dengan selamba.
“Kalau mama kata mama dah ada calon untuk Hadif macam mana?”Soal Datin Khadijah sambil tersenyum penuh makna.Jelas sekali Hadif terkejut.
“Mama dah ada calon?Siapa?” Soal Hadif .
“Qaireen Imanina.”Jawab Datin Khadijah dan Datuk Ismail serentak.Apa lagi terkejut beruklah Hadif mendengar nama Reen.
“Reen?Setiausaha Hadif?” Soal Hadif
“Ya la.Berapa orang nama Qaireen Imanina yang kamu kenal?” Soal Datin Khadijah pula.Hadif termenung seketika.
“Kenapa termenung Hadif?”Soal Datuk Ismail pula.
“Kenapa Reen mama, papa?” Soal Hadif seperti tidak puas hati.
“Simple saja jawapannya.Mama dengan papa sukakan Reen.Dia budak baik lagipun dia tu setiausaha Hadif jadi senanglah dia nak jaga Hadif dekat pejabat.Mama tak sukalah Khay datang cari Hadif.Hubungan korang berdua dah lama putus.Mama nak Hadif kahwin kelak Khay tak akan lagi mendekati Hadif.”Jawab Datin Khadijah.Hadif kebinggungan seketika.
“Reen tahu ke hasrat mama ni?”Soal Hadif dengan tiba-tiba.
Kenapa mama aku memilih Reen?Apa istimewanya Reen tu?Aku tengok biasa saja seperti perempuan-perempuan yang lain .Gerutu Hadif sendirian.
“Hadif mama kamu ni memang express.”Balas Datuk Ismail sambil tersenyum.
“Maksud papa?” Soal Hadif tidak mengerti.
“Reen dah tahu dah tentang hasrat mama kamu tu.Baru-baru ni mama kamu dah pergi jumpa Reen untuk berbincang.”Jawab Datuk Ismail.Datin Khadijah menganggukkan kepalanya.Hadif melopong mendengarnya.
“Mama tak boleh buat macam ni.Hadif tak bersedia lagi.Hadif tak ada apa-apa perasaan pada Reen dan Hadif yakin Reen juga tidak menaruh apa-apa perasaan untuk Hadif.Dia tu bekerja sebagai setiausaha Hadif mama , tak terfikir pun untuk Hadif berkahwin dengan dia.”Balas Hadif.
“Hadif memandang Reen pada kerjaya mahupun darjat macam tu?” Soal Datin Khadijah .Riak wajahnya juga berubah.
“Bukan itu maksud Hadif.”Dalih Hadif sambil berselindung.Hadif sebenarnya lebih berhati-hati untuk mencari cinta.Dia tidak mahu kecewa seperti dulu.Dia tidak sanggup melihat wanita yang mendekatinya hanya di sebabkan duit.
“Reen jawab apa?” Soal Hadif.
“Reen juga mengatakan yang dirinya tidak layak untuk kamu dan juga keluarga ini.Dia kata akan mencemarkan nama keluarga kita saja, tetapi mama tahu Reen adalah wanita yang baik.Mama suruh Reen fikir dahulu.” Balas Datin Khadijah.
Aduh ini kerja gila ni mama buat.Bagaimana aku nak berdepan dengan Reen nanti?Kahwin dengan Reen.Ini tak masuk akal langsung.Desis hati Hadif Fakhri.
“Kamu fikir-fikirkanlah cadangan mama ni.Mama tak paksa kalau tak suka tapi kamu sendirilah yang kena bagitahu Reen kalau kamu tak suka.”Balas Datin Khadijah selamba.Hadif mengerdipkan matanya tanpa sebarang senyuman.Sengaja Datin Khadijah membuat anaknya merasa serba salah.Datuk Ismail sudah mengerling pada isterinya dengan senyuman penuh makna.
Mereka cuba untuk menyatukan Reen dan Hadif.Sekiranya ada jodoh antara mereka pasti akan bersatu tetapi kalau itu bukan jodohnya tidak perlulah menyalah sesiapa kerana jodoh itu rahsia Allah.Dia yang menentukan segala-galanya di dunia ini.Tidak semua pertemuan itu berakhir dengan kegembiraan.Adakalanya suatu pertemuan itu adalah petunjuk kepada sesuatu yang kita sendiri tidak mengetahuinya sehinggalah kita menyedarinya.
QAIREEN Imanina duduk bersila di atas katilnya , di ribanya pula di letakkan sebiji bantal.Reen meraupkan mukanya berkali-kali.Sesak fikirannya memikirkan hasrat Datin Khadijah.
“Macam manalah aku nak berdepan dengan Tuan Hadif nanti?Tetiba aku rasa janggal..” Ujar Reen sendirian lalu menarik nafasnya dengan perlahan. Sesiapa saja yang berada di tempat Reen pasti merasa janggal.
“Reen..Oh ..Reen..” Sayup-sayup kedengaran suara Safi memanggil Reen.
“Macam mana eh?” Soal Reen sendirian.Suara Safi yang memanggilnya langsung tidak di dengarinya.
“Reen..Oh..Reen..Apa di buat Reen dekat dalam bilik tu?Betapa agaknya.Orang panggil pun tak di jawab.”Bebel Safi yang sedang mendaki tangga menuju ke bilik Reen.
“Macam mana dengan Tuan Hadif?”. Reen bercakap seorang diri lagi.
“Cik Qaireen Imanina .Kau betapa ke apa dekat dalam bilik ni?” Soal Safi sambil mengetuk pintu bilik Reen.Apalagi tersentaklah Reen lalu di pandang pintu biliknya.
“Masuklah Safi.Pintu tak berkunci pun.” Balas Reen lalu di betulkan duduknya.Safi menolak pintu dengan perlahan-lahan.
“Kau ni kenapa Reen.Aku panggil dari tadi tapi kau tak menyahut.Kau fikir apa ni?” Soal Safi lalu melangkah dengan perlahan-lahan menuju ke katil Reen.
“Ye ke.Sorry lah Safi aku betul-betul tak dengar kau panggil aku.Kenapa kau panggil aku?” Soal Reen sambil tersengih.
“Kau boleh tanya kenapa?Hallo cik Reen kau lupa ke yang kita nak keluar sekejap lagi.Kau jugakan yang ajak aku keluar nak makanlah apalah.Lupa ke.Perut kau tak terasa lapar ke?” Soal Safi sambil bercekak pinggang.
“Terlupa pula aku.Sekejap biar aku bersiap dulu.”Jawab Reen dengan selamba lalu bangun menuju ke almari pakaian.
“Aku tunggu kau dekat bawah.Jangan lambat pula.”Balas Safi lalu berlalu keluar dari bilik Reen dan menutup pintu bilik Reen sebelum dia bergerak te tangga.Reen hanya bersiap ala kadar sahaja.
Mereka berdua hanya makan di Mc Donald yang berdekatan dengan kawasan rumah mereka.Sebaik saja dapat apa yang di pesan mereka berdua terus berjalan dan mencari meja untuk di duduk.Pada malam hari suasana di Mc Donald sememangnya ramai.
Selalunya dekat sini bolehlah tengok segelintir pelajar university yang melepak di sini membuat assignment bersama atau membuat study group bersama sambil makan-makan.Reen menoleh ke kiri memandang satu meja yang di penuhi dengan pelajar yang sedang berbincang sesuatu mungkin berbincang kertas kerja mahupun projek .Reen tersenyum pada mereka.Rindu rasanya untuk belajar kembali.
InsyaAllah Reen kalau ada rezeki kau nanti dapatlah kau sambung belajar kembali.Desis hati Reen lalu duduk di kerusi.Safi pula ke tempat mengambil sos cili dan juga straw.
“Reen kau ok tak ni?” Soal Safi apabila melihat Reen mendiamkan diri dari tadi.
“Aku ok saja.”Balas Reen.
“Ya la tu.Kau jangan nak tipu akulah Reen Aku kenal sangat kau ni.Apa yang merunsingkan kepala kau sekarang ni sampaikan kau boleh senyap je kalau tak mulut kau tu mulalah potpet potpet sana sini.”Dengan selamba Safi berkata sambil membuka mulutnya seluas yang boleh untuk makan burger.
“Kau ni tahu je kan Safi.Ermm.Aku fikir pasal Datin lah.” Jawab Reen dengan jujur.
“Aku dah agak dah.Ini mesti pasal hal hari tu kan.Sesuai apa kau dengan Tuan Hadif tu.” Safi cuba mengusik Reen.
“Banyak kau punya sesuai.Aku ni mana layak untuk dia.Kau tau tak kita ni tak setaraf dengan dia lepas tu pula aku ni janda.Tuan Hadif tu majikan kita Safi.”Balas Reen sambil mengunyah fries.
“Kau tu je yang kata tak layak.Datin ok saja.Janda itu hanya status Reen.Zaman sekarang ni orang dah tak kisahlah janda ke anak dara ke semuanya sama je.Manusia biasa yang ada hati dan perasaan.”Jawab Safi dengan selamba.
“Kau ni Safi kalau bab menjawab memang nombor satu.” Balas Reen.Safi menjungkit bahunya.
“Tahu tak apa.” Sengih Safi.Reen sudah menggelengkan kepalanya sambil makan burger.
“Abang Hayyan kita drive tru sekejap dekat McD.Hani nak makan aiskrim Mc Flurry .” Ujar Hani sebaik saja ternampak papan tanda Mcd.
“Ok boleh saja.” Jawab Hayyan lalu membelokkan keretanya.Mereka berdua menuju pulang ke rumah.Hayyan menemani adik sepupunya malam ni.
“Terima kasih abang Hayyan.”Jawab Hani dengan manja.Hayyan hanya menganggukkan kepalanya .Kemudian kereta milik Hayyan terus menuju ke bahagian drive thru.
Sebaik saja selesai mengambil asikrim , Hayyan terus memandu keretanya dengan perlahan untuk keluar dari kawasan Mcd .Namun tidak semena-mena matanya ternampak wajah Reen dan juga Safi yang sedang menjamu selera.Hayyan melihat mereka dari cermin kaca.
“Eh abang Hayyan buat apa berhenti dekat parking ni?Kitakan nak balik rumah?” Soal Hani dengan pelik lalu di suapkan aiskrim ke dalam mulutnya.
“Abang Hayyan ternampak Reen dengan Safi dekat dalam tu.Kita jumpa diorang sekejap ya.”Ujar Hayyan lalu mematikan enjin kereta.
“Alah abang jomlah kita balik, nanti mama bising lambat balik.”Dalih Hani .Matanya mencari-cari juga kelibat Reen dan juga Safi.
“Kita jumpa sekejap saja.Susah tahu nak jumpa diorang.Ini kebetulan terserempak di sini jadi tak salah kalau abang Hayyan nak pergi tegur mereka.”Jawab Hayyan lalu membuka pintu kereta.Hani mendengus geram lalu membuka pintu kereta di sebelahnya.
“Ish macam manalah boleh terserempak dengan mereka berdua dekat sini.Kalaulah tak singgah Mcd tak akan jumpa mereka.Abang Hayyan pun satu kalau terserempak dengan Reen tu mulalah.”Bebel Hani lalu menutup pintu kereta.
“Hani cakap apa tadi?” Soal Hayyan apabila terdengar Hani bercakap sebentar tadi namun dia tidak berapa jelas mungkin juga suasana bising ketika itu memandang ada sebuah kereta yang boleh tahan bunyinya.
“Tak ada apa-apa.”Sengih Hani dengan selamba lalu mengekori Hayyan dari belakang.
Ini semua salah aku sebab gatal sangat nak singgah sini.Kalau aku tahu Reen ada dekat sini memang aku tak singgah tadi.Gerutu Hani sambil menyuap aiskrim ke dalam mulutnya.Aiskrim yang sejuk itu pun belum tentu boleh meredakan perasaan Hani ketika ini.
NotaTersepit : Errmm cik writer dapat idea untuk buat lagi satu cerita.Kali ini cerita realiti bukannya fantasi..Tak pasti lagi berjalan atau tidak cite tu.Tengoklah macam mana nanti..
hayyan mmmg dah lama kenal reen ker?
ReplyDeleteconfius jap~~~ hehhe...
Hayyan dan Reen pernah bertemu sewaktu Hayyan mahu ke London.Waktu itu kereta Safi dan Reen rosak di tepi jalan.Di situlah mereka berkenalan..Kisah itu ada di bab2 yg awal dulu..Mekasih singgah dan baca..:)
DeleteTak sabar nak tunggu sambungan.. *lompat lompat*
ReplyDeletehehehe mekasih Ezara singgah dan baca.Sabar ya,Entry seterusnya pada isnin dan khamis depan.. :)
DeleteI hope u cpt2 noktahkan bcip ni babe ;) seriously.......teruja hokayyyyyy! :)
ReplyDeletehehehee..sedang berusaha beb..InsyaAllah kalu semuanya berjalan dgn lancar akan siap bln ni..:)
Delete