SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, December 5, 2013

[E-NOVEL] : BIARKAN CINTA ITU PERGI BAB 33 @ INDAH ANUGERAH CINTAMU

Assalamualaikum u oll..

Pejam celik pejam celik dah hari khamis.Bila khamis je adalah entry dekat blog ni kan.Ok bab seterusnya BCIP..Hayyan sebenarnya tak tahu langsung yang Reen adalah setiausaha Hadif.Bila dia akan tahu?Masanya akan tiba nanti..Hehehe.Mekasih singgah dan baca... :D




                                 




                                          



BAB TIGA PULUH TIGA




    PAGI itu Reen hanya banyak mendiamkan diri di tempat kerjanya.Dia sendiri terasa malu dan segan untuk bertembung dengan Hadif. Reen sendiri tidak mengetahui mengapa dia perlu merasa segan pada bosnya itu selepas Datin menyuarakan hasratnya.

   Takkanlah aku ni nak kena kahwin paksa.Ish minta jauh la kahwin paksa bagai macam ni.Omel Reen sendirian sambil menggelengkan kepalanya.

   Aargh tak payah nak fikir.Datin dah pesan dia tak paksa.Buat aku aku nak fikir lebih-lebih.Buat kerja lagi bagus.Gerutu Reen lagi di dalam hatinya.Selepas itu Reen menilik kerjanya yang terbengkalai dari tadi.

    “Oit Safi, kenapa aku tengok sejak kebelakangan ni Reen banyak diamkan diri saja.Dia ada masalah ke?” Soal Tasha apabila melihat ke meja Reen.

    “Aaah masalah besar.”Jawab Safi dengan selamba.
    “Masalah apa?Kau mesti tahukan.” Soal  Tasha lagi sewaktu menoleh pada Safi.

    “Alamak aku tak sempat nak tanyalah Tasha apa masalah Reen tu.Biarkanlah dia.Tahulah dia selesaikan sendiri.”Dalih Safi.Dia bimbang jika Tasha ingin mengorek apa yang sedang Reen alami ketika ini.Safi sudah berjanji dengan Reen perkara itu biarlah mereka berdua saja yang tahu tak perlu untuk berkongsi pada orang lain.

   “Ada masa nanti aku tanyalah Reen.”Ujar Tasha sambil tersenyum.Safi menganggukkan kepalanya lalu bangun dari tempat duduknya dan menuju ke arah meja Hajar.

   Hadif Fakhri baru saja masuk ke ruang legar Aspirasi.Dia kemudiannya melangkah menuju ke biliknya.Sebaik saja sampai di meja Reen , Hadif berhenti seketika.Reen sedang khusyuk membuat kerja langsung tidak sedar akan kehadiran Hadif di situ.

   “Reen masuk sekejap.Ada hal penting saya nak bincang dengan awak.” Hadif memberi arahan.Terpelanting pensil yang berada di tangan Reen pada ketika itu dek kerana terkejut.

   “Ya Allah Tuan Hadif , buat saya terkejut saja.Bila masa Tuan berdiri depan saya ni?” Soal Reen dengan pelik.

    “Itulah berangan lagi.Masuk sekarang.” Arah Hadif dengan muka yang serius.Reen hanya menganggukkan kepalanya sambil melihat Hadif masuk ke dalam pejabatnya.

   “Apa kena pula dengan Tuan Singa hari ni?Mood tak berapa baik saja hari ni.Habislah kau Reen.” Sempat lagi tu Reen membebel seorang diri lalu bangun dan melangkah memasuki pejabat Hadif.

   “Ya Tuan Hadif.Ada apa-apa yang boleh saya tolong?” Soal Reen yang sedang berdiri di depan Hadif.Di tangan Reen pula sudah bersedia pen untuk mencatitkan sesuatu di diari office miliknya.

   “Duduk dulu Reen.” Pelawa Hadif.Reen kemudiannya menarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan Hadif.

    Harap-harap datin tak ada bercerita apa-apalah pada Tuan singa ni.Malu aku nanti.Omel Reen di dalam hatinya.

   “Tuan Hadif nak bincang hal apa ya?Projek yang mana ye?” Soal Reen.
    “Ini bukan soal projek mahupun hal berkaitan dengan pejabat ni.” Reen sudah menelan air liurnya.Reen mula merasakan tidak sedap hati .

    “Hal apa tu Tuan Hadif?” Soal Reen dengan lurus.Walaupun ketika ini dia rasa panas semacam saja.

    “Hal kita berdua.”Jawab Hadif dengan selamba.Reen tersentak..
     “Errkk..Hal…Hal kita berdua.?Apa maksud Tuan Hadif.?”Soal Reen .Namun dalam diam Reen sudah dapat menangkap maksud kata-kata dari Hadif Fakhri ketika ini.

    “Mama saya sudah ceritakan pada saya tentang awak dan juga saya.”Balas Hadif.Di bibirnya langsung tidak terukir senyuman.Reen menelan air liur berkali-kali.

   Apa aku nak jawab ni.Adoyai mati aku macam ni.Desis hati Reen dengan resah dan gelisah.
   “So apa pendapat awak?” Soal Hadif lagi.Matanya merenung Reen di depan matanya.

    “Saya tak tahulah nak kata apa Tuan Hadif.” Jawab Reen dengan resah.Memang dia sendiri tidak tahu apa yang harus di katakan di kala ini.Mengapakah Datin membuat dirinya berada dalam situasi sebegini.Reen buntu seketika.

    “Saya pun tak tahu juga nak kata apa Reen.Permintaan mama saya ni agak berat untuk saya dan saya pasti ianya juga berat untuk diri awak jugakan.” Ujar Hadif lalu menarik nafas dengan perlahan.

   “Itulah Tuan.Saya sebenarnya serba salah pun ada. Permintaan datin tu berat Tuan Hadif.Saya ni tak layak untuk jadi sebahagian dari keluarga Tuan Hadif.Saya datang ke mari untuk bekerja Tuan Hadif bukan nak cari calon suami.”Jawab Reen dengan tenang.

   “Kalau awak rasa serba salah apatah lagi saya Reen.Saya tak pernah terfikir untuk cari pengganti dalam masa terdekat macam ni.Sekarang ni Aspirasi yang menjadi keutamaan saya.Hal kahwin tu nombor dua dalam hidup saya Reen.Lagi satu antara kita tak ada apa-apa perasaan pun .” Ujar Hadif .Reen menganggukkan kepalanya.

   “Habis tu macam mana Tuan Hadif.Apa yang perlu saya dan Tuan Hadif buat?”Soal Reen sambil menggarukan dahinya.

   “Errmmm..Biar saya fikir sekejap.”Jawab Hadif sambil memikirkan sesuatu.Di tilik wajah Reen di depan matanya.

   Aku tak terasa apa-apa pun melihat Reen ketika ini seperti mana aku rasa sewaktu dengan Khay dahulu.Adakah pintu hati aku sudah tertutup untuk perempuan?Soal Hadif di dalam hatinya.

   DATIN Khadijah menghulurkan air minuman untuk suaminya yang sedang berada di meja bulat yang berada di luar rumah mereka.Datuk Ismail sedang bersantai sambil menghirup udara di waktu petang.Buku yang di bacanya tadi di letakkan ke tepi lalu dia bangun dan melihat pokok-pokok yang di tanam hidup dengan subur sekali.

   Sekali tengok sudah seperti taman di bahagian tepi kediaman milik Datuk Ismail.Ini semua hasil Datin Kahdijah.Dia sememangnya menjadi suri rumah sepenuh masa jadi apa lagi aktiviti yang boleh di buat apabila ada waktu lapang .Datin Khadijah memang sukakan taman jadi di bina sebuah taman kecil di halaman rumahnya yang penuh dengan pelbagai kenis bunga kesukaannya.

   “Bang minum.” Panggil Datin Khadijah sebaik saja sampai di meja tersebut.Datuk Ismail menoleh dan tersenyum pada isterinya.

   “Terima kasih.” Ujar Datuk Ismail sebaik saja isterinya menghulurkan secawan kopi untuknya.
   “Datuk , Datin jemput makan.”Ujar Mak Biah yang muncul sedang sepingan cempedak goreng.Buah kesukaan Datuk Ismail.

   “Terima kasih Kak Biah.”Jawab Datin Khadijah.
   “Kak Biah dengan bibik pun makanlah nanti.”Pesan Datin Khadijah.Datuk Ismail sudah tersenyum.

   “Yalah.Kak Biah masuk dulu.”Balas Mak Biah dengan senyuman sebelum berlalu masuk menuju ke dalam rumah.

    “Makan bang.”Ujar Datin Khadijah lalu menghulurkan pinggan cempedak goreng pada suaminya.

     “Awak dah fikir masak-masak ke Ijah tentang hal Hadif tu?” Soal Datuk Ismail.

     “Ijah dah fikir bang.Ijah memang suka kalau Reen jadi menantu kita tapi kalau mereka tu tak berjodoh tu nak buat macam mana.Kita ni boleh merancang saja.Kalau saya tak buat macam ni anak teruna abang tu tak akan ambil peduli.Abang tak tengok semenjak saya cakap calon untuk dia adalah Reen kemain lagi dia termenung.” Jawab Datin Khadijah dengan tenang.

   “Sukar untuk Hadif dan juga Reen dengan rancangan awak ni Ijah.Abang tak nak mereka tu terpaksa menerima diri masing-masing.Salah tu.Cinta bukan  boleh di paksa.” Ujar Datuk Ismail sambil mengunyah cempedak goreng.

   “Abang..Keputusan adalah dari mereka berdua bukan dari kita.Saya hanya memberikan cadangan sahaja.Kita tunggu dan lihat sajalah nanti.Lagi satu saya kasihan Reen.Dia budak baik bang.Susah nak cari perempuan seperti dia sekarang ni.” Tambah Datin lagi.

    “Awak ni Ijah semuanya tahu.Saya ni yang bagi kerja Reen tak tahu hal dia sebanyak mana yang awak tahu.”Usik Datuk Ismail lalu ketawa kecil.

     Datuk Ismail memang masak dengan perangai isterinya.Kalau dia mahukan sesuatu pasti dia akan selidik sampai ke akar umbi.

  “Mestilah bang.Kalau nak seribu cara kita boleh buatkan.” Jawab Datin Khadijah sambil tersenyum.

   “Amboi mama dengan papa kemain lagi rancaknya bersembang.Ada cerita best ke petang-petang ni?” Soal Hayyan yang baru saja muncul.

   “Eh bila masa kamu balik Hayyan?” Soal Datin Khadijah dengan pelik.Dia memang tidak nampak kelibat Hayyan balik dari pejabat.

    “Dia balik masa awak buatkan air untuk abang.” Jawab Datuk Ismail bagi pihak Hayyan.Sejurus selepas itu Hayyan turut melabuhkan punggungnya ke kerusi .

   “Mama dengan papa bersembang apa.Hayyan tengok dari jauh kemain rancak saja.” Soal Hayyan lalu menyuapkan cempedak goreng ke dalam mulutnya.

    “Tuan Hayyan mau air ngak?” Soal bibik yang muncul dengan tiba-tiba.
     “Bik bawakan ais kosong sajalah eh.” Balas Hayyan pada bibik.
     “Baik Tuan Hayyan.” Balas bibik lalu berlalu menuju ke dapur.

     “Tak ada sembang apa pun Hayyan.Mama kamu ni la sibuk sangat nak carikan isteri untuk Hadif.” Ujar Datuk Ismail.

    “Wow interesting.Siapa calonnya mama?” Soal Hayyan dengan teruja.

     “Calonnya adalah setiausaha Hadif sendiri.”jawab Datin Khadijah sambil tersenyum penuh mama.

    “Mama biar betul?Hadif setuju ke?” Soal Hayyan dengan pelik.
    Peliklah kenapa mamanya memilih setiausaha Hadif sebagai calon  isteri untuk Hadif.Mamanya kenal rapat ke dengan setiausaha Hadif tu.?

   “Tak tahu lagi.Mama suruh dia fikirkan.” Jawab Datin Khadijah.
    “Ini airnya Tuan Hayyan.”Ujar bibik lalu meletakkan ais kosong yang di minta oleh Hayyan sebentar tadi.

    “Terima kasih bik.”Ujar Hayyan.

     “Nak ke Hadif mama?Hayyan tengok sejak dia putus dengan Khay ni dia macam susah ke nak percayakan pada perempuan.” Tingkah Hayyan.

    “Itu papa setuju.Papa pun nampak yang Hadif susah nak percayakan perempuan.”Balas Datuk Ismail.Dia memang menyokong kata-kata dari Hayyan.

   “Thay why  la mama yang carikan calon untuk Hadif .Hayyan nak calon jugakah?Mama boleh tolong carikan.” Usik Datin Khadijah dengan selamba.

   “Eh Hayyan pula yang kena.Macam ni la, apa kata mama biarkan Hadif kahwin dulu nanti baru giliran Hayyan pula.Macam mana papa ok tak?” Soal Hayyan pada papanya merangkap bapa saudaranya.

    “Ok sangat.” Balas Datuk Ismail lalu di naikkan ibu jarinya lalu di tunjukkan pada Hayyan.
     “Apa ni makan tak ajak Hani pun kan.Sampai hati tahu .” Ujar Hani yang baru saja muncul dengan gaya muncung bibir.

      “La mama ingatkan Hani tidur.Mama dah ketuk pintu bilik Hani tapi tak berjawab.”Balas Datin Khadijah lalu menepuk bahu anak bongsunya dengan lembut sebaik saja Hani duduk di sebelahnya.

    “Dah tak payah nak muncung nanti abang Hayyan ikat dengan getah baru tahu.” Usik Hayyan.Hani apa lagi mulalah nak naik angin.

     “Jangan nak bergaduh dekat sini pula.Korang berdua ni kalau duduk macam ni mulalah nak bergaduh.” Datin Khadijah memberikan amaran pada Hani dan Hayyan.Mereka berdua hanya tersengih pada Datin Khadijah.

Bersambung...

NotaTersepit : Cerita ni banyak sangat sandiwara kan kan kan..Hehehe.Ya sandiwara dunia, sandiwara cinta.



4 comments:

  1. hopefully adif dan reen ikut saja permintaan datin.. from there ..cuba utk buka hati masing masing..dan paling penting buat sembahyang istiharah..minta petunjuk..agar apa yg dibuat ada keberkatan nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhee..Tunggu ye entry seterusnya..Mekasih Ida singgah dan baca :D

      Delete

Tq sudi komen.:D