Tinggal beberapa bab saja lagi cite BCIP atau tajuk barunya INDAH ANUGERAH CINTAMU akan di publish dekat blog.Mss ini sudah pun siap dan cik writer sedang mengedit mss ini sebelum di hantar.Untuk kali ini x tau lg nk anta mn.Tengoklah macam mana nanti.Ini sambungan bab seteusnya..Mekasih u oll singgah dan baca... :D
BAB TIGA PULUH EMPAT
HANI sudah menarik bagasinya.Dia sudah pun berada di Lapangan Terbang.Hari ini flight dia ke UK.Hani berat hati sebenarnya hendak tinggalkan bumi Malaysia.
“Ini kenapa anak mama muram saja?Hani tak nak balik UK ya?”Soal Datin Khadijah sambil memegang pipi anak gadisnya yang sejak dari tadi banyak berdiam diri saja.Hani menganggukkan kepalanya sebelum memeluk erat mamanya.
“Sayang..Tak lama kan Hani dah nak habis belajar. Janganlah sedih macam ni mama susah hatilah tengok macam ni.”Pujuk Datin Khadijah.Hani tersenyum pada mamanya.
“Pejam celik pejam celik dah habis dah Hani belajar nanti. Janganlah sedih. Habiskan pelajaran Hani dengan cemerlang.Abang Hayyan sentiasa doakan Hani.”Ujar Hayyan dengan senyuman manis sambil mengusap kepala Hani.
“Ya lah.Hani akan pastikan Hani berjaya tamatkan pelajaran Hani di sana.”Balas Hani dengan senyuman.
“Abang Hadif akan rindukan Hani nanti.”Ujar Hadif pula.Hani tersenggih pada abangnya.
“Mama..Papa nanti kirim salam pada Kak Huda dan Abang Syah ya.” Pesan Hani lagi.Datin Khadijah menganggukkan kepalanya dengan senyuman.
“Kak Huda kamu memang nak datang hantar tapi itulah Syifa demam pula. Dia bawa Syifa ke klinik dulu tadi.”Ujar Datuk Ismail pula.
“Kasihan Syifa.” Tambah Hani pula apabila teringat seraut wajah comel milik Syifa.
“Oklah mama papa Hani dah kena masuk dalam ni.” Ujar Hani lalu mencium tangan mama dan papanya sebelum beralih kearah Hadif dan juga Hayyan.
“Jaga diri baik-baik.Apa-apa hal telefon abang.” Pesan Hadif pula. Hani menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.
“Jangan nakal-nakal.” Pesan Hadif pula. Hani tersengih.Selepas itu mereka melambai-lambai tangan pada Hani dan Hani juga turut membalasnya dengan senyuman manis pada keluarganya.
“Bye abang Hayyan.Tunggu Hani balik .” Ujar Hani sebaik saja berada di dalam perut kapal terbang.Pada ketika itu kapal terbang yang di naiki itu sudah pun berada di langit biru.
Hani yakin yang dia akan merindui Hayyan. Hatinya memang menyanyangi Hayyan tanpa pengetahuan Hayyan.
KHAY termenung di tepi kolam renang di rumahnya. Fikirannya melayang entah ke mana. Dia sudah pun memakai pakaian renang untuk berenang di dalam kolam namun dia hanya duduk berjuntai di kolam.Kakinya saja yang basah .Di goyang-goyang kakinya yang berada di dalam air.
“Khay..Khay..Khay..Kau dekat mana?Ke mana pula perempuan ni pergi pagi-pagi ni?” Soal Camelia sambil bercekak pinggang. Di intai bilik Khay namun tiada. Camelia terus menuruni tangga cuba mencari Khay di bawah pula.
“Khay..Khay..”Panggil Camelias lagi sambil tercari-cari di semua sudut.
“Khay..Khay..” Camelia terlihat Khay di kolam renang.Dia menggelengkan kepalanya lalu menapak menuju ke arah Khay.
“Dekat sini kau .Aku panggil langsung tak bersahut.Kau ni kenapa Khay termenung depan kolam renang pagi-pagi ni?” SoalCamelia lalu menepuk bahu Khay.
“Eh Camelia..” Ujar Khay dengan tersentak.
“Kau kenapa Khay?Ada masalah ke?” Soal Camelia.Khay mengeluh seketika.Camelia duduk di sebelahnya.
“Aku dengar cerita Hadif nak kahwin tak lama lagi.”Ujar Khay dengan perlahan.Semalam dia mendapat tahu dari Tan Sri Herman yang mengatakan Hadif akan berkahwin tidak lama lagi.Khay sangat sedih kerana dia bakal kehilangan Hadif tidak lama lagi.
“La pasal Hadif rupanya.Kau nak sedih pasal apa dia bukan boyfriend kau atau tunang kau lagi.Biarlah dia.”Balas Camelia dengan selamba.
“Kau tahukan aku sayangkan Hadif tapi demi nak balas dendam pada Tan Sri Herman aku sanggup tinggalkan dia.” Tingkah Khay lagi.
“Kau yang pilih jalan itu kan.Dulu aku dah cakap tak payah nak berdendam kau tak nak dengar cakap aku.Kau tengok sekarang Hadif akan bahagia dengan orang lain sedangkan kau dengan Tan Sri Herman tu tak tahu ke mana lagi.” Tambah Camelia lagi.
“Ini semua sebab Tan Sri yang gatal tu.Aku akan pastikan dia papa kedana nanti.” Luah Khay tidak puas hati.
“Sudahlah Khay.Kau buangkan saja perasaan dendam kau tu.” Pujuk Camelia lagi sambil memegang bahu Khay.
“No Camelia.Selagi aku tak dapat balik apa yang orang tua tu rampas dari aku selagi itu akan akan berusaha, tak lama lagi dia akan tahulah akibatnya.”Balas Khay lalu di genggam kedua-dua belah tangannya dengan erat sekali.
“Suka hati kaulah Khay. Aku tak tahu dah nak kata apa.”Balas Camelia lalu bangun dan masuk semula ke dalam rumah.Khay pula terus terjun ke dalam kolam renang.
HAYYAN menunggu seseorang di sebuah restoran. Hayyan menilik jam di pergelangan tangannya. Mata Hayyan kemudiannya beralih arah pada pintu masuk restoran yang dia berada. Dia tercari-cari kelibat seseorang .
Beberapa ketika kemudian sampailah seorang gadis yang memakai skirt labuh bewarna hitam dan juga blous merah jambu berjalan masuk ke dalam restoran tersebut. Hayyan waktu itu memandang ke arah lain.
“Assalamualaikum..Maaf terlambat.”Ujar Reen yang sedang berdiri di depan meja Hayyan duduki.
“Waalaikumussalam.Reen jemputlah duduk.Safi mana?” Soal Hayyan dengan senyuman sebaik saja menoleh pada Reen.
“Safi ada dekat luar sana.Dia dengan tunang dia berjalan-jalan.”Jawab Reen lalu menarik kerusi dan duduk di hadapan Hayyan.
“Terima kasih Reen sebab sudi keluar dengan saya hari ini.Ujar Hayyan
“No problem.Kitakan kawan.Eh Hani tak ikut sekali ke hari ni?” Soal Reen sebaik saja teringat tentang Hani.Selalunya tiap kali mereka bertembung mesti Hani ada bersama Hayyan.
“Hani dah balik UK.Dia kan belajar sana.”Balas Hayyan pula.
“La ye ke.Jauhnya dia belajar.” Jawab Reen .
“Kita order dulu ya.” Ujar Hayyan lagi.
“Ok apa yang best dekat sini?” Soal Reen lalu di belek buku menu yang di berikan oleh waiter yang bertugas pada hari itu.
“Haaa yang tu Reen kenalah tengok sendiri menunya.Lain orang lain citarasanya ya tak?” Hayyan tersenyum pada Reen.
Reen juga turut membalas senyuman Hayyan sambil menganggukkan kepalanya.Di tilik menu yang ada di dalam buku tersebut.
Sebaik saja makanan yang di pesan oleh mereka sampai terus saja mereka berdua menjamu selera . Adakalanya mereka bersembang tentang makanan yang ada di hadapannya.
“Reen saya dah lama nak tanya awak sesuatu.” Tingkah Hayyan dengan tiba-tiba.
“Awak nak tanya apa tu?” Soal Reen sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut.
“Reen sebelum ni dah ada yang punya ke?” Soal Hayyan.Reen tersenyum mendengar soalan dari Hayyan.
“Kalau saya cakap nanti awak jangan terkejut pula ya.Sebenarnya saya pernah berkahwin sebelum ni Hayyan.” Balas Reen.
“Serius?Habis tu mana suami Reen sekarang?” Soal Hayyan separuh terkejut.
“Kami berdua dah bercerai beberapa bulan yang lalu.”Balas Reen lagi.
“Boleh saya tahu kenapa.Itu pun kalau awak tak keberatan untuk berceritalah.” Soal Hayyan ingin tahu.
“Senang cerita jodoh kami setakat itu saja , lagipun ini juga melibatkan soal anak dan juga bekas mertua saya.” Jawab Reen dengan jujur.
“Kasihannya awak Reen.Soal anak pun jadi isu ya?” Soal Hayyan.
“Mestilah.Setiap orang yang berkahwin pasti inginkan zuriatkan.Saya pun sama Cuma rezeki untuk saya tu tak ada lagi nak buat macam mana.Soal anak ni bukan kita yang tentukannya.Semuanya ketentuan dari Allah.” Balas Reen dengan senyuman.Hayyan pelik Reen sungguh tabah dan boleh senyum dengan ikhlas .
“Berapa lama awak kahwin Reen?” Soal Hayyan lagi.
“Adalah dalam tiga tahun macam tu.” Jawab Reen.
“Maafkan saya Reen bertanyakan kisah awak.Habis tu sekarang macam mana?Awak dah jumpa pengganti?” Soal Hayyan.Reen tersentak seketika.
“Saya tak tahulah nak kata apa sekarang ini.Kalau nak kata ada pun tak boleh nak kata tiada pun tak boleh.Entahlah pening kepala saya sekarang ni.Awak pula Hayyan macam mana dengan Hani?” Soal Reen.
“Hani?” Soal Hayyan dengan pelik.
“Ya lah awak dengan Hani. Saya tengok awak dengan dia mesra dan rapat saja.”Balas Reen dengan senyuman.
“Sebenarnya saya dengan Hani tiada apa-apa hubungan istimewa pun .Hani tu kan adik sepupu saya yang saya dah anggap seperti adik sendiri.” Balas Hayyan dengan senyuman.Reen menganggukkan kepalanya.
“Rapat juga awak dengan Hani.Mesti keluarga dia dan awak rapat sangatkan.”Soal Reen dengan tiba-tiba.Hayyan menaikkan keningnya.
“Saya menumpang kasih sayang dari mama dan papa Hani semenjak kedua ibu bapa saya meninggal dulu.”Jawab Hayyan.Reen tersentak.
“Maafkan saya.” Ujar Reen dengan serba salah.
“Tak mengapa.Benda tu dah lama dah.Reen masih ada ibu dan bapa?” Soal Hayyan sambil merenung wajah Reen yang sedang mengunyah makanan.Reen menggelengkan kepalanya.
“Sama seperti awak bezanya saya dibesarkan oleh opah saya.Opah saya adalah segala-galanya dan saya juga menumpang kasih dari ibu bapa Safi.Mereka tu jiran saya dan memang hubungan kami rapat.” Balas Reen dengan ceria sebaik saja menyebut tentang opahnya. Hatinya digamit perasaan rindu yang menggebu pada opahnya.
“Kita samalah ya.” Ujar Hayyan.
“Tapi tak serupa .” Jawab Reen , lalu mereka ketawa kecil.
“So selepas ni awak nak ke mana?” Soal Hayyan .
“Saya ingat nak pergi kedai buku.Itu tempat kegemaran saya.”Sengih Reen dengan teruja.
“Wow Reen hobi kita samalah.”Ujar Hayyan dengan penuh kegembiraan.
“Ya ke?Apa yang awak suka baca?” soal Reen.
“Pelbagai jenis buku.Kalau novel saya suka karya Ramlee Awang Murshid.” Reen menaikkan keningnya.Itu salah satu penulis novel yang di gemarinya.
“Iye?Saya pun suka baca karya Ramlee Awang Murshid.” Jawab Reen pula.Hayyan tersenyum manis tidak sangka Reen turut meminati membaca.
“Apa kata saya temankan Reen ke kedai buku sekejap lagi.Boleh kita cari buku sama-sama. Bolehkan?” Soal Hayyan dengan debaran.Kalau boleh dia ingin berkongsi minatnya dengan Reen memandangkan Reen juga meminati buku.
“Boleh tak ada masalah.” Jawab Reen.Hayyan tersenyum puas.Selepas itu telefon milik Reen berbunyi menandakan mesej baru masuk.Reen terus membuka tas tangannya lalu mengambil telefonnya lalu melihat mesej yang tertera.
Reen .. Aku tunggu kau tempat biasa dalam pukul lima petang nanti ya. Balik sekali tahu kau jangan balik dengan Hayyan pula. Hehehehe..
Reen tersengih sebaik saja baca mesej yang tertera. Ada saja si Safi ni.Desis hati Reen.
“Kenapa Reen?” Soal Hayyan dengan pelik.
“Safi yang mesej cakap dia tunggu saya nanti.” Balas Reen lalu memasukkan semula telefonnya ke dalam tas tangan.
“Ohh.Awak nak balik pukul berapa?” Soal Hayyan.
“Dalam pukul lima nanti.” Jawab Reen lalu mencapai gelas minumannya.
“Biar saya hantarkan awak sajalah nanti.” Pelawa Hayyan.
“Eh tak apalah.Kasihan Safi nanti drive sorang-sorang.Tunang dia pun bawa kereta sendiri sebab tunang dia akan terus pergi ke Perak nanti atas urusan kerja.” Jawab Reen.Hayyan hanya menganggukkan kepalanya.
“Lain kali awak dan Safi tak boleh tolak kalau saya nak hantarkan eh?” Gurau Hayyan.Reen ketawa kecil sambil menganggukkan kepalanya.
Bersambung...
NotaTersepit : Sekarang ni musim banjir dah.Berhati2 ye semua.AMB dulu yg akan di publish dekat blog InsyaAllah kalau x da apa2 halangan mungkin bulan Januari 2014 ni.Apa-apa pun tunggu sajalah nanti.Kalau dah ada dekat blog cik writer akan war2 kan..:)
Best.
ReplyDeletemekasih baby mio :D
Delete