Sorry lambat publish sambungan Indah Anugerah CintaMu hari ini.Cik writer sudah pun balik dari ipoh . Hajat di hati mahu menyambung menulis AMB hari ini.InsyaAllah mudah-mudahan semuanya berjalan dngan lancar. Minggu depan adalah last entry kisah Hayyan dan Reen. Selepas itu pula hujung bulan ini tiada entry lg di blog ini. Entry Alahai Miss Blur akan berada di blog bermula januari 2014. Mekasih singgah dan baca.. :D
BAB TIGA PULUH ENAM
HAYYAN memandu keretanya dengan kelajuan yang sederhana di atas jalan raya.Pagi ini seperti biasa dia menuju ke tempat kerjanya di Astana. Pagi-pagi begini jalan raya sememangnya akan sesak.Orang keluar nak pergi kerja dan juga sibuk menghantar anak ke sekolah.
Hayyan mendengar saja DJ radio hotfm yang sedang berceloteh pada pagi ini.Sekejap-sekejap Hayyan tersenyum sendirian mendengar lawak dari hotfm amcrew.Pada masa yang sama juga Hayyan juga teringat pada seraut wajah milik Reen.Hayyan bangga dengan Reen kerana tabah dalam menghadapi hidupnya. Dia sendiri tidak menyangka yang Reen sebenarnya sudah berkahwin sebelum ini.
“Reen bukan sebarang gadis.Seorang yang tabah dan kuat semangat.” Ujar Hayyan dengan sendirian.Semalam Reen datang dalam mimpinya.
“Saya mana ada tabah dan kuat semangat Hayyan.” Jawab Reen.Ketika itu mereka berada di sebuah taman . Hayyan terkejut melihat Reen.Dia datang seorang saja di taman ini.
“Bagaimana awak boleh berada di sini Reen?” Soal Hayyan dengan wajah yang berkerut.
“Dalam fikiran awak sekarang ni ada nama saya sebab tu la saya muncul sekarang ni.” Jawab Reen degan selamba.Hayyan menggarukan kepalanya.Dia tidak faham situasi sekarang ini.
“Saya tak faham?” Ujar Hayyan .Matanya masih tertumpu kepada Reen yang sedang berdiri di hadapannya.
“Apabila hati dan fikiran awak hanya ada nama saya maknanya awak akan mimpikan saya.” Jawab Reen dengan senyuman.
“Mimpi?” Soal Hayyan sambil memandang sekeliling.
“Ya mimpi..” Jawab Reen. Baru saja Hayyan ingin berfikir kedengaran telefon miliknya berbunyi nyaring sekali.Dengan berat Hayyan membuka matanya dan meraba-raba mencari telefonnya.Dia menilik jam di handphone miliknya yang sudah menunjukkan ke pukul enam pagi.
“Reen..Reen..” Hayyan memanggil nama Reen lalu menoleh ke kanan dan kiri.Hayyan kebinggungan sebelum menepuk dahinya.Sah aku bermimpi Reen .Desis hati Hayyan .Selepas itu terukir senyumannya di bibir.
Adakalah aku telah jatuh cinta pada Reen? Soal Hayyan di dalam hatinya.Sejak akhir-akhir ini wajah Reen yang selalu terbayang di ruang mata.
Hayyan berjalan masuk ke dalam Astana dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya.Ada beberapa orang staff yang melihat pelik dengan kelakuan bos mereka pada hari ni..
“Eh Salwa kenapa bos kita tu.Aku tengok senyuman dia semacam je hari ni.Dia jumpa siapa tadi?” Soal Ika dengan pelik kepada teman sekerjanya.
“Entahlah Ika.Aku tak tahulah .Mungkin dia jumpa bidadari kayangan kot.” Jawab Salwa dengan selamba.
“Banyaklah kau punya bidadarinya Salwa.Pagi-pagi ini bidadari dari mana nak datang?” Soal Ika.Salwa pula mengjungkit bahunya.
“Aku cakap saja manalah tahu ada bidadari yang jatuh dari langit ke tadi. Kita mana tahu.” Dengan selamba Salwa membalas.Ika sudah menggelengkan kepalanya.
“Ada-ada je kau ni.” Balas Ika lalu menyambung semula kerjanya.
Hayyan masuk ke dalam biliknya lalu duduk dan bersandar ke kerusinya.Matanya memandang komputer lalu di tekan butang on untuk menghidupkannya.Hayyan melihat beberapa fail yang tersusun di atas mejanya.Hari ini dia perlu semak fail-fail tersebut sebelum di luluskan.
Baru saja Hayyan ingin membuat kerja telefon miliknya sudah menjerit minta di angkat.Hayyan mengambil telefonnya lalu melihat nama yang tertera.Hadif yang membuat panggilan kepadanya.Hayyan sudah tersenyum.
“Assalamualaikum bro..” Ujar Hayyan.
“Waalaikumussalam… Awal kau pergi kerja hari ni tak sarapan sekali dengan aku pun.” Tingkah Hadif di sebelah sana.
“Sorry bro.Aku banyak kerjalah hari ni dekat pejabat.Kau call aku ni kenapa tak akan rindu aku kot.” Usik Hayyan dengan selamba.Tangan kanannya membelek satu fail di hadapannya.Di tilik fail tersebut seketika.
“Banyaklah kau rindu.Ini aku nak pesan sikit.Malam ni kau balik awal ya.Ada tetamu nak datang malam ni dekat rumag kita.” Ujar Hadif.Hayyan pula menaikkan keningnya sedikit.
“Siapa bro?” Soal Hayyan.
“Bakal menantu mama la.Malam ni mama jemput setiausaha aku datang makan malam bersama keluarga kita.Kau tahu sajalah mama tu macam mana.Aku tak bagi apa-apa jawapan lagi mama sudah panggil datang ke rumah.Alahai apa aku nak buat ni?” Soal Hadif.
“La pasal itu ke.Malam tu kan aku dah cakap.Kau cubalah dulu untuk kenali dia. Kalau kau rasa ok dengan dia kau teruskan sajalah kalau kau rasa tak ok kau putuskan dengan cara baik.” Hayyan memberikan cadangan seperti hari tu.
“Cakap senang bro tapi aku yang alami semua ni.Kalau susah-susah sangat aku suruh saja mama jodohkan kau dengan dia. Habis cerita.” Jawab Hadif dengan selamba.
“Eh aku pula yang kena.Masalah sekarang ini mama nak suruh kau yang kahwin bukan aku.”Sengih Hayyan saja nak mengenakan Hadif ketika ini.
“Ermm ya la ya la.Kalau bercakap dengan kau ni Hayyan memang tak akan menang.Sepatutnya kan kau ni jadi lawyer je dulu.” Luah Hadif tidak puas hati.Hayyan ketawa kecil.
“Aku tak minatlah jadi lawyer.Oklah bro kita jumpa malam nanti.Aku nak kena semak beberapa fail ni.Malam ni jangan lupa pakai lain dari yang lain tahu biar nampak kekacakan kau tu.Pandai-pandailah kau nanti.” Usik Hayyan lagi.Hadif mendengus dengan perlahan.
“Oh jadinya aku ni tak kacaklah ya?” Soal Hadif.Hayyan ketawa lagi.
“Bukan tak kacak tapi kalau aku duduk sebelah kau nanti aku yang akan menyerlah nanti.” Hayyan memuji diri sendiri.
“Ceh perasan tahap gaban kau ni.Oklah aku sambung buat kerja dulu.Malas nak cakap dengan kau.” Ujar Hadif dengan geram.Ada saja Hayyan mahu menyakatnya.
“Ok bro.Assalamualaikum..” Hayyan tersenyum gembira dapat mengusik Hadif.
“Waalaikumussalam.” Balas Hadif lalu mematikan talian telefon.
Amboi Hayyan boleh lagi mengusik Hadif ya.Dia tak tahu siapa setiausaha Hadif tu.Apa rekasinya nanti apabila mereka bertemu pada malam nanti?
“REEN kamu jangan terlambat pula datang malam ni.Makan malam dengan keluarga saya.” Pesan Datin Khadijah.Tengahari itu Datin menelefon Reen di pejabat untuk menginggatkan tentang makan malam mereka bersama.
“Ya Datin.Saya ingat.Saya boleh bawa Safi datang sekali dengan saya kan datin?” Soal Reen .Datin Khadijah sudah tersenyum di sebelah sana.
“Ya Reen.Boleh sangat.Saya tahu awak tinggal serumahkan. Datanglah bawa dia sekali.Kalau awak nak saya suruh Hadif datang ambil pun boleh.” Tambah Datin Khadijah lagi.Reen terkejut.
“Eh tak mengapa Datin.Biar saya datang dengan Safi .Apa kata Datin berikan saya alamat rumah Datin.Saya tak nak susahkan Tuan Hadif datang ambil saya.” Ujar Reen lagi sambil menconteng sesuatu di atas kertas .
“Ikut awaklah.Sediakan kertas saya bagitahu alamat.” Datin Khadijah terus memberikan alamat rumahnya kepada Reen.Tangan kanan Reen lincah menulis alamat yang di beritahu oleh Datin Khadijah.
“Terima kasih datin.” Ujar Reen dengan senyuman sebelum mematikan talian.Reen melihat alamat yang tertera di atas kertas.Selepas itu dia mencari kelibat Safi namun Safi tiada di meja kerjanya.
“Alahai ke mana pula si Safi ni menghilang?” Soal Reen sendirian.
“Reen masuk ke bilik saya sekejap.” Intercom milik Reen sudah berbunyi.Hadif Fakhri sudah memanggilnya.
“Ya Tuan Hadif.” Balas Reen lalu bangun dari tempat duduknya dan menuju ke pintu bilik Hadif.
“Ada apa Tuan Hadif?” Soal Reen sebaik saja berdiri di hadapan meja Hadif.
“Mama saya dah call awak?” Soal Hadif sewaktu memandang Reen.
“Ye , Datin baru saja sekejap tadi call saya.Kenapa Tuan Hadif?” Soal Reen.Hadif menganggukkan kepalanya.
“Awak nak saya jemput awak ke malam ni?” Soal Hadif. Dia juga ragu-ragu untuk bertanya namun mamanya sudah berpesan kepadanya tadi.
“Eh tak mengapalah Tuan Hadif. Saya pergi dengan Safi.Datin pun dah berikan alamat rumah Tuan Hadif.” Tambah Reen.
“Oklah kalau awak dah kata macam tu saya tak boleh buat apalah.Jangan lupa datang malam ni.Kalau awak tak jumpa rumah saya tu awak call saja saya terus nanti saya tunggu awak dekat mana-mana.” Tambah Hadif lagi.
“Baiklah Tuan Hadif.Errmm ada apa-apa lagi?” Soal Reen dengan senyuman.Hadif melihat fail di atas meja dan komputernya terlebih dahulu.
“No .Itu saja.Thanks.” Ujar Hadif.Reen menganggukkan kepalanya dan ingin keluar dari bilik tersebut.Hadif menggaru-garukan kepalanya.Bagaimana dia ingin memberitahu Reen.
“Sekejap Reen.” Panggil Hadif sebaik saja Reen ingin memulas tombol pintu.
“Ya Tuan Hadif?” Soal Reen sebaik saja menoleh.Tangannya terus tidak jadi memulas tombol pintu.
“Duduk sekejap.Saya ada hal nak bincang sikit dengan awak berkaitan dengan hal kita berdua.” Ujar Hadif.Reen diam tidak terkata lalu menapak semula ke meja yang diduduki oleh Hadif.
“Macam ni Reen.Saya dah fikir masak-masak.” Reen menunggu dengan penuh debaran.Kepala Reen sebenarnya sudah kusut memikirkan hal ini.Dia juga tidak tahu apa yang harus di lakukan olehnya.Reen cuba bereaksi selamba di hadapan bosnya.
“Tuan Hadif nak suruh saya buat apa?” Soal Reen .Matanya melihat wajah Hadif ketika ini.Seperti Hadif juga , Reen langsung tidak merasai apa-apa pun perasaan pada Hadif melainkan perasaan hormat kepada majikannya.
“Saya rasa … Errmm…Apa kata..Kita berdua..Kita berdua…Errmmm..”
“Kita berdua apa Tuan Hadif?” Soal Reen sambil mengerutkan dahinya.Apa yang sebenarnya cuba di sampaikan oleh Hadif pada ketika ini? Hadif menarik nafasnya dalam-dalam sebelum menjawab pertanyaan Reen.
“Apa kata kita berdua cuba terlebih dahulu?” Hadif memberikan sadangan.
“Maksud Tuan Hadif?” Soal Reen memohon kepastian.Dia sudah dapat menangkap maksud Hadif ketika ini.
“Kita cuba mengenali hati budi masing-masing dulu.Kalau kita berdua rasa ada keserasiaan kita teruskan hubungan ini.Apa pendapat awak Reen?” Soal Hadif sambil bersandar di kerusi.Reen terdiam sejenak lalu berfikir apa jawapan yang harus di jawab pada ketika ini.
“Errrmm..Baiklah.Saya setuju.Kita kenal hati budi masing-masing terlebih dahulu.Kalau ada jodoh antara kita pasti akan bersatu.” Ujar Reen setelah agak lama mendiamkan diri. Hadif pula memberikan ruang untuk Reen berfikir.
“Betul tu.Kalau memang awak jodoh saya pasti tak ke mana Reen.Saya harap saya boleh mengenali hati budi awak dengan lebih baik lagi selepas ini.” Balas Hadif dengan senyuman .Reen juga turut tersenyum pada Hadif.
“InsyaAllah Tuan Hadif. Kita cuba selami hati budi masing-masing.” Balas Reen sambil menunduk.
“Terima kasih Reen .Saya yakin mama saya mesti sudah ceritakan pada awak tentang hal saya dengan Khay dulukan.” Soal Hadif.Reen memandang wajah Hadif lalu menganggukkan kepalanya.
“Saya ada sesuatu nak bagitahu Tuan Hadif.Saya tak tahu sama ada Tuan Hadif dah tahu ke belum , kalau datin dengan datuk sememangnya sudah tahu tentang status diri saya sebelum ini.” Ujar Reen.Kalau boleh dia tidak mahu merahsiakan apa-apa pun dari Hadif. Dia mahu Hadif menerima dirinya seadanya.
“Status apa?” Soal Hadif dengan mengerutkan keningnya.
“Status yang saya sebenarnya adalah seorang janda, sebab itulah saya cakap dengan Tuan Hadif yang saya ni tak layak untuk Tuan .Saya juga sudah khabarkan pada datin tentang hal ini tapi sebelum saya buka mulut datin sudah tahu.Saya tak nak keluarga Tuan Hadif malu dengan status yang saya pegang.Orang dekat luar sana mempunyai persepsi yang berbeza.” Terang Reen .Hadif menaikkan keningnya sedikit langsung tidak terkejut dengan apa yang di dengarinya itu.
“Oh kalau pasal itu memang saya dah tahu.Saya baru saja tahu.Mama saya yang ceritakan pada saya .Cumanya nanti saya nak tahu kisah sebenar awak dulu dengan bekas suami awak dari mulut awak sendiri. Ada masa nanti awak ceritakan pada saya tapi bukanlah hari ini.” Ujar Hadif lagi.
“Terima kasih Tuan Hadif.” Balas Reen sambil menunduk.
“Oklah awak pergi sambung kerja dulu.Jangan lupa temujanji kita malam ni.” Tingkah Hadif.Reen memandang wajah Hadif lalu menganggukkan kepalanya sebelum bangun dan berlalu keluar dari bilik Hadif Fakhri.
“Terima kasih Reen kerana berterus –terang dengan saya.” Ujar Hadif dengan perlahan.Dia memang tahu status Reen selepas Hayyan memberikan nasihat untuknya agar siasat dahulu latar belakang Reen.Dia mencari-cari maklumat dalam fail staff yang bekerja di Aspirasi dan balik rumah Hadif bertanyakan sendiri pada mama dan papanya.Mereka sudah menceritakan tentang kisah Reen yang di ketahuinya.Pada mulanya Hadif agak sukar menerima namun setelah mendengarnya Hadif faham apa yang berlaku pada Reen adalah satu kes penganiayaan dari seorang mertua kepada menantunya.
Pernah juga Hadif bertanya pada mamanya jikalau mereka berdua berkahwin nanti apakah mereka akan di kurniakan anak memandangkan bekas mertua Reen dulu menyuruh anaknya menceraikan Reen semata-mata kerana zuriat.
“Mama memilih Reen bukan kerana mahukan cucu tapi mama melihat keperibadian Reen yang boleh membahagiakan Hadif kelak.Zuriat itu adalah anugerah Allah.Bukan kita yang menentukannya.Orang dekat luar sana kahwin sampai sepuluh tahun baru dapat anak tapi mereka bahagia walapun mereka sentiasa di ajukan soalan tentang bila nak dapat anak dan sebagainya.Setiap yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.Kita hanya boleh merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. ” Ujar Mamanya pada ketika itu.
Masih terngiang-ngiang lagi di telinga Hadif tentang perkara itu.
NotaTersepit : dah balik kampung dua ari, kena cari mood dulu sebelum sambung menulis AMB ..Hhehee.. :D
menanti saat pertemuaan reen bersama hayyan nanti...
ReplyDeleteall the best sis..
hehehe mekasih singgah dan baca.. Pertemuan mereka ada di bab 37 pada hari khamis ini... :D
DeleteNape nk stop writer? Nk buat buku ke? Ala, t mesti rindu kat hayyan, reen and hadif.. Ottokhae?
ReplyDeletehehehe.. Ezara mss ni dah di hantar ke pihak penerbitan untuk di nilai. InsyaAllah kalau ada rezeki adalah kalau x da rezeki mungkin akan di publish semua bab dlm blog ni.. Mekasih ya singgah dan baca :D
DeleteTak sabar nak tahu ending.. Moga murah rezeki and novel ni diterbitkan.. amin..
DeleteInsyaAllah kalau ada rezeki. Kita tunggu saja keputusannya nanti. Terima kasih Ezara kerana menyokong Ayra Zahra :D
Delete