Hari khamis dah..Sambungan Indah Anugerah Cintamu bab yang ke 35.. Mekasih singgah dan baca.. Semua cover baru ooo... Cover CST je aku x publish.Covernya dah siap tp biarlah dulu tunggu turn cite tu baru cik writer letak.. Ada 2 atau 3 bab saja lagi cite ni pastu dah tak ada dah giliran AMB pula :D
BAB TIGA PULUH LIMA
“JAUH termenung Hadif. Kau ada masalah ke?” Soal Hayyan yang baru saja muncul dengan dua gelas mug yang berisi dengan air milo panas.Hadif melepak di luar rumah.Hujan yang tadinya lebat kini sudah reda.Hadif terseyum pada Hayyan sebaik saja Hayyan menghulurkan secawan milo panas untuknya.
“Boleh di katakan masalah jugalah bro.Aku serba salah jadinya .” Luah Hadif lalu menghirup air milo itu dengan perlahan-lahan.Hayyan duduk bertentangan dengan Hadif.
“Cuba kau ceritakan pada aku, manalah tahu aku boleh tolong ke. Kalau kau cerita dengan aku nanti kau juga yang rasa lega.” Ujar Hayyan sambil menghirup air milonya.
“Mama dengan papa tak ada cakap apa-apa ke dekat kau?” Soal Hadif . Hayyan mengerutkan dahinya.
“Soal apa tu?” Soal Hayyan kembali.
“Soal jodoh untuk aku?”Ujar Hadif dengan selamba.Hayyan teringat sesuatu.
“Oh yang mama dengan papa nak jodohkan kau dengan setiausaha kau tu eh?” Soal Hayyan dengan selamba. Hadif menganggukkan kepalanya.
“Betullah tu. Kau rasa macam mana?” Soal Hadif meminta pendapat dari sepupunya merangkap sahabat baiknya juga.
“Itu hak kau.Kau kena tanya hati dan perasaan kau sendiri.” Jawab Hayyan.
“Sekarang ni ada lagi ke orang kahwin paksa. Aku tengok dekat televisyen je yang kahwin paksa ni tak sangka dalam realiti kehidupan aku ni pun ada juga .”Luah Hadif sambil membetulkan duduknya.Di sandarkan badannya ke kerusi.
“Kau masih sayangkan Khay ke?” Soal Hayyan dengan pelik.Dahinya juga berkerut seketika.
“Khay?Aku rasa perasaan sayang tu dah lama pergi untuk dia.”Jawab Hadif dengan selamba.
“Jangan-jangan kau dah tutup pintu hati kau pada perempuan tak?”Usik Hayyan. Bertaut kening Hadif memandang Hayyan.
“Mungkin jugalah.Entahlah Hayyan.Selepas Khay aku macam tak boleh nak percaya pada perempuan. Permintaan mama tu agak berat.Aku dengan setiausaha aku tu mana ada apa-apa.Dia dengan kerja dia dan aku pula dengan kerja aku.” Hadif meneguk air milo di depannya.
“Kau dah siasat latar belakang dia?” Soal Hayyan
“Siasat buat apa?Papa yang ambil dia kerja maknanya papa dah tahulah latar belakang dia.”Jawab Hadif dengan selamba.Hayyan menggelengkan kepalanya.
“Ish kau ni Hadif cubalah siasat sikit latar belakang dia . Kalau kau tahu dia macam mana senang sikit kau nak menilai diri dia. So apa keputusan kau?.Setiausaha kau pula macam mana?” Soal Hayyan.
“Entahlah . nanti-nantilah aku siasat.Aku sibuklah sekarang ni uruskan Aspirasi tu. Aku tak tahu lagi apa keputusan aku. Kau rasa apa yang patut aku buat?” Soal Hadif.Hayyan menghela nafas.
“Kalau pendapat aku la kan, kau teruskan saja niat mama tu. Kau dengan setiausaha kau tu saling kenal-mengenali dengan lebih rapat lagi. Korang kenal hati budi masing-masing. Cinta itu boleh datang kemudian ya tak? kalau kau rasa dia tak sesuai dengan kau tak payahlah teruskan.B incang elok-elok dengan dia. Mama tu bukan apa dia nak kau kahwin cepat dan lagi satu dia tak nak Khay tu cari kau lagi.” Terang Hayyan dengan panjang lebar.
Hadif berfikir sejenak cadangan yang di berikan oleh sepupunya itu.
“Khay tu datang cari aku sebab projek . Ini Aspirasi dah dapatkan projek tu maknanya dia tak akan ganggu aku lagi la.”Ujar Hadif dengan tenang.
“Kau yakin ke sebab projek itu saja bukan sebab lain?” Soal Hayyan.
“Maksud kau?” Soal Hayyan kembali.
“Ya la mana tahu dia cuba untuk dapatkan kau kembali. Sekarang ni kan kau dah jadi pengarah urusan Aspirasi. Kau juga yang cakap Khay tu kan suka lelaki berharta , banyak duit.”Ujar Hayyan.Hadif terdiam sejenak.
Ada benar juga apa yang dikatakan oleh Hayyan itu. Sebelum ni Hadif sudah tahu tentang sifat Khay yang itu sejak pertunangan mereka putus.
“Walau apa pun yang jadi aku tak akan kembali pada Khay. Tiada lagi ruang untuk dia di hati aku.” Tingkah Hadif.
“Astana macam mana?”Soal Hadif dengan tiba-tiba.
“Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar. Aku pun gembira.” Hayyan menghirup air milonya sampai habis.
“Baguslah kalau macam tu.Aku tak sempat nak singgah dekat Astana lagi.Ada masa nanti aku singgahlah lepak dekat Astana sekejap.” Sengih Hadif.Hayyan menganggukkan kepalanya.
“CUCU opah ni singgah ke mana tadi? lama opah tunggu tak juga kamu berdua sampai. Risau hati opah dibuatnya.” Ujar opah sebaik saja melihat Reen dan juga Safi bersalaman dengannya.
“Kami tak singgah mana-mana pun opah, masa balik tadi hujan lebat jadi Safi bawa kereta perlahanlah sikit.Jalan raya kan licin kenalah hati-hati.”Jawab Reen dengan senyuman sambil memeluk lengan opahnya.
“Betul opah. Hujan lebat sangat sampaikan tak nampak jalan .Selepas tu kami berhentilah sekejap.Safi nak bawa kereta pun bimbang tadi. Kami berhenti dekat stesen minyak saja tadi.” Balas Safi pula.
“Iya ke.Tak apalah.Asalkan kamu berdua selamat sampai sini. Pergilah naik rehat dulu.”Ujar opahnya lagi.
“Opah . Safi balik dulu ya.Kasihan mak dengan ayah mesti tunggu Safi juga tu.” Tingkah Safi.Opah hanya menganggukkan kepalanya dengan senyuman.
“Iyalah.Kamu balik rehat dulu nanti opah masakkan untuk kamu berdua. Boleh kita makan ramai-ramai nanti.Bagitahu mak dengan ayah kamu sekali.”Pesan opah.
“Ya lah opah.Reen aku balik dulu nanti aku datang lagi.” Ujar Safi lalu menuruni tangga dan menuju ke kereta.
“Ok. Kirim salam dekat mak dengan ayah, bagitahu diorang nanti aku datang.” Jerit Reen.Safi mengangkat tangan sambil tersenyum.Safi terus masuk ke dalam kereta.Rumahnya dekat saja dengan Reen beberapa langkah .Safi memandu keretanya lalu di masukkan dekat garaj kereta yang telah di buat oleh ayahnya.
Setelah siap berkemas, Reen menuju ke luar rumah. Safi dan keluarganya sudah pulang sebentar tadi.Opahnya pula sedang berehat.Malam itu mereka makan malam bersama dengan keluarga Safi. Reen duduk di kerusi.
Reen melihat di dada langit yang di penuhi dengan bintang yang berkelipan.Selepas itu Reen memandang ke arah pokok kelapa yang tinggi berada di belah sana.Reen melihat cahaya yang menerangi pokok itu. Bulan penuh pada malam itu. Bulan purnama menerangi malam yang gelap gelita.
Opahnya baru saja keluar dari biliknya sambil membawa gelas minuman di tangan.Selepas makan tadi opah Reen makan ubat pula. Opahnya ternampak Reen yang sedang duduk di atas kerusi sambil memandang ke langit. Opahnya berjalan dengan perlahan-lahan menuju kea rah Reen.
Eheem.Ehem..” Opahnya berdehem dengan perlahan.Reen menoleh lalu di hadiahkan satu senyuman pada opahnya.
“Opah dah makan ubat?” Soal Reen. Opahnya kemudian duduk bersebelahan dengan Reen.
“Opah dah makan dah.Reen buat apa termenung dekat luar ni?” Soal Opahnya.
“Itu ..Reen tengok bulan purnama. Cantikkan opah.” Reen menunjukkan bulan yang mengambang kepada opahnya.
Opahnya mendonggakkan kepalanya ke langit melihat bulan.
“SubhanaAllah.Betapa indahnya ciptaan Allah.” Ujar Opahnya.Reen menganggukkan kepalanya .
“Reen ada masalah ke?” Soal opahnya apabila melihat Reen mendiamkan diri.Matanya langsung tidak berkalih melihat bulan purnama.
“Entahlah opah.Reen pun tak tahu.”Jawab Reen.
“Cuba cerita dengan opah Reen .” Ujar opahnya lalu diusap-usap rambut milik Reen.
“Opah..Reen serba salah sekarang ini opah. Reen tak tahu nak kata apa.” Ujar Reen lalu di lentokkan kepalanya di bahu opah.
“Serba salah apanya.Cuba terangkan pada opah dengan jelas.” Ujar opahnya. Reen mengangkat kembali kepalanya lalu menoleh pada opah. Reen menarik nafas dalam-dalam terlebih dahulu sebelum menceritakan pada opah apa yang sedang bermain di dalam fikirannya ketika ini.
Opah Reen mendengar dengan tenang saja tanpa berkata apa-apa.
“Opah rasa macam mana?” Soal Reen sambil menggenggam erat tangan opahnya.
“Terpulanglah pada Reen.Hanya Reen yang ada jawapan itu.” Jawab opah dengan tenang.
“Reen buntu opah.Reen tak tahu nak bagi jawapaan apa. Reen tak nak hampakan Datin tapi dalam masa yang sama juga Reen tak bersedia untuk melaluinya kali kedua.” Terang Reen lalu di lentokkan kembali kepalanya pada bahu opahnya.
“Minta petunjuk dari Allah Reen.”Jawab opahnya lalu tersenyum .
“Terima kasih opah.” Ujar Reen dengan senyuman.
“Sama-sama.Sudahlah pergi masuk tidur. Pukul berapa dah ni tak elok termenung dekat luar malam-malam ni. Mari kita masuk.”Ujar opah lalu menepuk bahu cucunya.Reen tersenyum.
“Baik opah.”Balas Reen lalu bangun bersama dengan opahnya serentak.
Sejurus selepas itu Reen mengekori opahnya dari belakang kemudian Reen mengunci pintu utama rumahnya dengan rapat. Reen menutup lampu di ruang tamu terlebih dahulu sebelum menuju ke bilik tidurnya.Opahnya sudah pun masuk bilik untuk berehat.
Sebaik saja masuk bilik mata Reen masih lagi tidak boleh lelap maka dengan itu Reen mengambil sebuah buku yang berada di atas rak lalu di bawa ke katil. Reen merebahkan kepalanya ke bantal sebelum membuka buku tersebut dan memulakan pembacaannya.
PUAN Salmah baru saja turun.Sarapan pagi sudah pun terhidang.Sarah sudah menyediakan sarapan pagi untuk mak mertua dan juga suaminya.
“Morning mak.Jemput makan.” Pelawa Sarah dengan senyuman sewaktu melihat wajah mak mertuanya yang berada di meja makan.
“Sarah masak apa pagi ni?” Soal Puan Salmah lalu menarik kerusi.
“Sarah masak mee goreng je . Mak makan dulu ya. Sarah nak panggilkan abang sekejap.”Ujar Sarah lalu menuju ke tangga. Puan Salmah tersenyum lebar.Dia gembira melihat Sarah bahagia bersama anaknya.
“Abang sarapan dah siap.”Ujar Sarah sebaik saja memasukki biliknya.Suaminya sedang menyikat rambut di meja solek.
“Sekejap lagi abang turun.” Balas Aqil. Sarah tersenyum lalu turun semula ke tingkat bawah.
“Aqil mana?” Soal Puan Salmah apabila melihat menantunya turun keseorangan.
“Dia tengah sikat rambut, sekejap lagi dia turunlah mak.”Jawab Sarah dengan senyuman.
“Sarah bahagia dengan Aqil?” Soal Puan Salmah dengan tiba-tiba.
“Mak jangan risau. Sarah bahagia dengan abang Aqil.”Jawab Sarah .Aqil yang baru saja turun pada ketika itu turut mendengar.
“Duduk bang..” Pelawa Sarah.Aqil merasa bersalah pada isterinya. Kejamkah aku pada isteri aku?Soal Aqil di dalam hatinya.
“Makan Aqil. Sedap mee goreng hari ni.” Puan Salmah memuji masakan menantu kesayangannya.
“Aqil jangan sibuk dengan kerja saja, ada masa pergi jengguk ibu kamu.Bukan jauh pun.”Tegur Puan Salmah apabila teringat pada adiknya merangkap besannya.
“InsyaAllah mak.”Jawab Aqil lalu menyuap mee goreng ke dalam mulut sebelum menghirup air teh .
Aqil menuju ke arah rak kasut untuk mengambil kasutnya. Sarah pula mengekori dari belakang. Sarah memandang suaminya pelik seperti ada sesuatu yang kurang.Sarah menoleh kembali pada meja makan dan terlihat tali leher suaminya belum lagi pakai. Dia pergi mengambilnya lalu mendekati suaminya yang sedang memakai kasut untuk pergi kerja.
“Abang lupa sesuatu.”Tegur Sarah.Tali leher suaminya di sorok di belakangnya.
“Lupa apa?” Soal Aqil dengan pelik sambil merenung wajah isterinya.
“Ini.” Sarah menunjukkan tali leher Aqil. Selepas itu Aqil meraba-raba kolar baju kemejanya. Sah dia lupa pakai tali leher. Sebaik saja Aqil berdiri , Sarah mendekati suaminya lalu di ikat tali leher tersebut. Aqil hanya memandang saja tingkah laku isterinya.
Setelah selesai mengikat tali leher , Sarah menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan suaminya seperti biasa. Aqil mengusapkan kepalanya. Aqil kemudian melangkah dua tapak ke hadapan menuju ke kereta namun dia memusingkan badannya kembali pada isterinya yang masih lagi tercegat di pintu.Aqil mendekati isterinya lalu menghadiahkan satu ciuman di dahi Sarah.
Terbuntang mata Sarah seketika. Aqil terus menuju ke kereta dan masuk ke dalam perut kereta. Sarah meraba-raba dahinya dengan senyuman yang gembira. Sukar di gambarkan perasaannya pada ketika ini. Sarah terasa dirinya di hargai.
Bersambung...
NotaTersepit : Cik Writer nk buat AMB dl sebab cik writer dah nampak dia punya ending mcm mana.Hehehe..Semoga AMB blh buat lg baik dari mss sebelum ini..Dah 3 mss cik writer kan.Alhamdulilah. :D
NotaTersepit : Cik Writer nk buat AMB dl sebab cik writer dah nampak dia punya ending mcm mana.Hehehe..Semoga AMB blh buat lg baik dari mss sebelum ini..Dah 3 mss cik writer kan.Alhamdulilah. :D
Sebenarnya x puas hati dgn Sarah. Adil patut tau yg Sarah berkomplot dgn mak dia pisahkan adil dgn Reen. W/pun nampak Mcm Sarah ok...tp dia masih sanggup runtuhkan rmh tgga org...so Sy mmg x suka Sarah....Aqil pun patut lebih tegas...x mudah maafkan Sarah ye....
ReplyDeletehehehe..memang betul.Perbuatan Sarah memang x dapat di maafkan .Dia juga terlibat dlm kes penceraian Aqil. Mekasih singgah dan baca :D
Deletebest....
ReplyDeletemekasih baby mio :D
ReplyDelete