SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, January 23, 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 7

Assalamualaikum u ollss...

Finally Awa sudah jejakkan kaki ke Aspirasi untuk bertugas. Apalah yang Awa buat mula2 masuk Aspirasi ya. Mekasih singgah dan baca :D


                                                  
                                    





BAB TUJUH




    AWATIF dan Akid sudah pun memasukkan beg pakaian mereka di dalam bonet kereta. Hari ini mereka berdua sudah mahu pulang ke Kuala Lumpur. Dua hari lepas Awatif mendapat panggilan telefon dari pihak Aspirasi yang mengatakan bahawa dia telah di terima bekerja. Awatif gembira yang dia sudah mendapatkan pekerjaan itu. Selepas ini dia tidak perlu lagi menjadi penganggur terhormat dekat rumah.

   “Awa ingat nasihat atok pesan tu.” Tingkah Haji Taib sewaktu Awatif menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya.
   “Nasihat yang mana atok?” Soal Awatif dengan muka yang blur. Akid sudah menggelengkan kepalanya.

   “Haish dah mula dah perangai blur dia .” Akid menyampuk dari belakang Awa. Dengan geram Awa menoleh dan menyepetkan matanya sambil mengetap bibir pada Akid.

   “Bila kamu dah masuk kerja nanti buatlah kerja sebaik yang mungkin. Ingat jujur dalam melakukan sesuatu dan lagi satu atok nak pesan jangan nak blur sangat nanti. Kamu tu dah la blur lurus pula tu nanti mudah orang nak kenakan kamu Awa. Perut manusia ni macam-macam jenis ada dekat dunia ni.” Pesan Haji Taib pada cucunya. Awatif tayang muka blur sambil berfikir sesuatu.

   “Atok bukan ke perut manusia ni sama aja dekat dalam ni. Bentuk sama rupa pun samakan? Kenapa atok cakap yang perut manusia ada macam-macam jenis. Awa tak fahamlah tok.” Tu dia si Awa dah buat hal lagi. Akid menepuk dahinya. Haji Taib mengeluh dengan perlahan.

   “Wahai anak perempuan kesayangan mummy maksud atok kamu tu perangai manusia. Atok pesan bila dah kerja nanti berhati-hati sikit . Dalam dunia ni ada ramai pelbagai jenis karenah manusia. Ada yang baik ada yang jahat ada yang ambil kesempatan dalam kesempitan. Semua ada. Anak mummy faham tak?” Soal Puan Fauziah . Awa tersengih lalu berfikir sejenak. Sejurus selepas itu barulah Awa menganggukkan kepalanya tanda faham.

   “Abah tak tahulah kenapa anak kamu sorang ni macam ni . Risau hati abah memikirkan si Awa ni.” Luah Haji Taib kepada anak perempuannya.

   “Atok ni Awa bukannya budak kecil janganlah risau sangat. Awa tahu jaga diri Awa. Jangan bimbang eh.” Jawab Awa dengan senyuman.

  “Aaah tok, Kak Awa ni memang dah besar tapi kepala dia tu haaa yang kurang besar.Itu yang selalu blur.” Bidas Akid dengan selamba.

   “Eh kalau kepala Kak Awa besar nanti jadi tak stabillah.Kalau rupa itu memang Kak Awa langsung tak boleh berdirilah asyik jatuh ke belakang sebab kepala lagi besar dari badan.” Jawab Awatif dengan selamba. Akid menepuk dahinya lagi.

   “Masak aku ada kakak yang begini. Semoga Allah temukan jodoh yang baik untuk Kak Awa. Kalau dapat lelaki yang kurang baik habislah kakak aku ni.” Bebel Akid dengan perlahan .

   “Sudahlah tu. Akid pergi salam dengan atok , kita sudah nak gerak balik ni.” Arah Encik Fathudin pula. Akid menoleh pada daddy nya lalu mendekati atoknya dan menghulurkan tangan untuk bersalam .

   “Kamu jangan asyik nak buli Kak Awa kamu je.” Pesan Haji Taib pada cucu lelakinya. Akid hanya menganggukkan kepalanya sabil tersengih.

   “Daddy harap Awa buat kerja elok-elok nanti. Zaman sekarang ni susah nak dapat kerja. Kalau dah dapat tu gunalah peluang yang ada dengan sebaik yang mungkin.” Encik Fathudin memberikan nasihat sewaktu mereka sekeluarga berada di highway.

   Awa yang sedang menoleh ke kiri terus memandang ke depan sambil tersenyum.
   “InsyaAllah daddy. Awa akan cuba buat yang terbaik . Mummy, Daddy Awa ingatkan bila dah kerja Awa nak kumpul duit lepas tu kan Awa nak sambung belajar lagi. Bolehkan Mummy, Daddy ?” Soal Awatif sambil memandang kedua orang tuanya yang berada di tempat duduk hadapan.

   Puan Fauziah dan Encik Fathudin memandang sesama sendiri dengan senyuman.
  “Mummy tak kisah Awa. Kalau Awa rasa nak sambung belajar lagi mummy dengan daddy akan sokong yang penting sekarang ni Awa kena kerja dulu cari pengalaman. Bila dah kerja banyak yang Awa akan belajar lagi.” Jawab Puan Fauziah.

    “Terima kasih mummy daddy kerana sentiasa sokong Awa dari belakang.” Jawab Awatif dengan senyuman manis. Itu memang impiannya. Dia ingin bekerja terlebih dahulu dan satu hari nanti dia ingin kembali menyambung pelajarannya .

  “Mummy bila nak shopping barang sekolah? Akid dah tak sabar nak masuk sekolah balik ni.” Soal Akid dengan tiba-tiba.

   “Esoklah kita pergi beli. Haa Akid dah tak boleh banyak main. Ingat Akid dah nak masuk tingkatan lima. Akid akan berdepan dengan SPM. Kalau Akid nak berjaya jangan main-main.” Pesan Daddy nya pula.

  “Mestilah daddy. Akid kan nak jadi doktor. Akid akan berusaha untuk jadikan impian Alid bergelar doktor akan tercapai satu hari nanti.” Jawab Akid dengan bersemangat. Itu adalah cita-citanya.

   “Boleh Kak Awa tahu kenapa Akid nak jadi doktor?” Soal Awatif dengan tiba-tiba. Akid menoleh sambil tersenyum penuh makna.

   “Kak Awa nak tahu kenapa?” Soal Akid. Awatif menganggukkan kepalanya sambil memandang wajah satu-satu adik yang dia ada.

   “Akid nak jadi doktor sebab Akid nak rawat otak Kak Awa tu yang selalu blur. Manalah tahu kot-kot ada wayar yang putus ke dekat kepala Kak Awa tu yang sampaikan Kak Awa selalu blur.” Jawab Akid dengan selamba sambil tergelak kecil. Awatif mengetap bibir sambil meluku kepala adiknya.

   “Amboi suka hati je mengata Kak Awa blur.” marah Awatif .
   “Akid tak baik cakap Kak Awa begitu. Dia blur ke sengal ke lembab ke lurus ke itu adalah sifat semulajadinya. Kurniaan Allah pada dia. Jangan sesekali kita mempertikaikan anugerah yang Allah bagi kerana setiap yang Allah bagi itu ada sebabnya.” Tegur Puan Fauziah. Akid yang baru ingin buka mulut untuk mengusik kakaknya terus diam.

   “Sorry Kak Awa.” Akid menundukkan kepalanya. Awatif hanya tersenyum pada adiknya sambil menggosokkan kepala Akid.

   “Mummy susah ke jadi setiausaha ?” Soal Awatif apabila teringat dengan jawatan setiausaha. Dia bukanlah belajar dalam jurusan itu , jadi sememangnya Awa tidak mengetahui tugas seorang setiausaha.

   “Jadi setiausaha ni boleh di katakan susah jugalah. Apa yang penting lakukan sesuatu kerja itu dengan jujur dan ikhlas.” Jawab Puan Fauziah.

   “Kak Awa bos dekat situ muda ke tua?” Soal Akid . Encik Fathudin yang mendengar pertanyaan Akid terus menggelengkan kepalanya. Adalah tu dia nak menyakat Awatif.

   “Manalah Kak Awa tahu. Hari tu masa interview bukannya bos dekat situ ada pun orang lain yang interview Kak Awa. Bila Kak Awa dah masuk kerja nanti Kak Awa tahulah siapa bos Kak Awa.” jawab Awatif. Akid menganggukkan kepalanya.

  AWAL pagi itu Awatif bersiap-siap di depan cermin. Hari ini dia mengenakan sepasang baju kurung bewarna biru air yang di taburi dengan bunga-bunga yang bewarna merah jambu. Dia membetulkan shawl yang di pakainya. Awatif kemudiannya mengambil brooches yang berbentuk bunga rose yang bewarna pink lalu di letakkan di bahagian tepi belah kanan shawl. Selepas itu dia mengambil lipstick lalu di calitkan sedikit di bibirnya.

   Setelah puas mengadap cermin dan melihat penampilan dirinya dia akhirnya berpuas hati. Awatif mengambil tas tangan yang di belikan oleh mummy nya semalam sebagai hadiah kerana telah dapat kerja. Awatif kemudiannya mencari kotak kasut yang tersusun di satu almari lalu di bawa keluar sebelum dia melangkah menuju ke tingkat bawah.

   “Good morning mummy daddy.” Tegur Awatif di meja makan.
    “Comelnya anak mummy.” Ujar Puan Fauziah sebaik saja melihat anak gadisnya yang sedang berdiri di meja makan. Encik Fathudin tersenyum gembira.

    “Cantik anak daddy hari ni.” Puji Encik Fathudin pula.
     “OMG  Kak Awa comel gila hari ini.” Sengih Akid yang baru saja muncul di depan Awatif. Apa lagi tersenyum gembiralah Awatif pagi ini.

   “Thank  you.” jawab Awatif lalu menarik kerusi dan bersarapan. Dia memang rasa teruja dan gementar untuk memulakan kerja barunya hari ini. Selesai mereka sekeluarga bersarapan Awatif menuju ke Aspirasi di hantar oleh daddy nya. Awatif merasa debaran di dadanya.

   “Relax Awatif. Mulakan dengan Bismillah.” Ujar Awatif dengan senyuman lalu melangkah masuk ke pintu utama Aspirasi.

    Mata Awatif melilau-lilau di sekitar Aspirasi.Dia melihat staff-staff Aspirasi sedang berada di meja masing-masing. Mereka sudah bersiap sedia menjalankan tugas agaknya. Fikir Awatif sebelum dia menoleh ke arah jam tangannya yang sudah pun berginjak ke angka lapan tiga puluh minit pagi. Awatif melangkah setapak demi setapak. Dia menghadiahkan senyuman manisnya pada staff Aspirasi yang bertembung mata dengannya.

   “Awatif kan?” Soal Safi sebaik saja melihat seorang gadis yang comel berdiri di tengah-tengah ruang Aspirasi. Awatif bingung tidak tahu ke mana arah ingin di tuju ketika itu. Awatif menoleh pada suara tersebut apabila mendengar namanya di panggil.

   “Ya saya Awatif. Kalau tak silap saya kakak ni yang interview saya hari tu kan?” Soal Awatif dengan senyuman. Safi menganggukkan kepalanya.

  “Yup . Sebelum tu biar kakak kenalkan diri dulu. Nama akak Saffiyah , Awatif boleh panggil Kak Safi.” Ujar Safi lalu menghulurkan tangan dan bersalaman dengan Awatif.

   “Oh Kak Safi. Saya Nurain Awatif akak panggil saja saya Awa.” Sengih Awatif sewaktu menyambut tangan Safi.

   “Pertama sekali Kak Safi nak ucapkan tahniah dan juga selamat datang ke Aspirasi. Seperti yang Awa tahu yang Awa akan memegang tugas sebagai setiausaha Tuan Hadif Fakhri. Dia adalah pengarah urusan Aspirasi ni. Sekejap lagi dia masuk , Kak Safi akan kenalkan Awa dengan bos Awa tu.” Ujar Safi.

   “Safi.. Siapa ni?” Soal Tasha sambil memandang Awatif dari atas sampai ke bawah. Safi menoleh lalu memandang Tasha yang sedang melangkah ke arahnya dan juga Awa.

   “Aku kenalkan ini Nurain Awatif. Dia adalah orang yang akan memegang jawatan setiausaha kepada Tuan Hadif kita. Dia lapor diri hari ini.” Jawab Safi.

   “Oh ya , Awa ini Kak Safi kenalkan Tasha. Awa boleh panggil dia Kak Tasha.” Safi memperkenalkan Tasha kepada Awatif. Selepas itu Awa menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Tasha.

   “Hello kau ingat aku dah tua ke Safi nak suruh dia panggil aku kakak? Euuww kakak tua lah. Awak boleh panggil saya Tasha saja tak yah letak kakak di hadapan ya.” Ujar Tasha . Safi menggelengkan kepalanya.

   “Baiklah. Boleh Awa tahu umur Tasha berapa?” Soal Awatif. Tasha mengerutkan dahinya.
   “Umur Tasha sudah masuk dua puluh lapan tahun.” Jawab Tasha.

   “Umur Tasha muda lagi tu tapi kenapa Awa tengok wajah Tasha ni nampak tua sikit je.” Tingkah Awatif dengan selamba. Safi tergamam manakala Tasha mengetap bibir dengan geram.Belum pernah lagi orang mengatakan wajahnya tua. Berani sungguh Awatif berbicara.

   “Ish Awa mana ada muka Tasha nampak tua. Tasha ni belum kahwin pun lagi .” Jawab Safi apabila melihat wajah Tasha sedikit bengang ketika ini.

   “La tak kahwin lagi ke? Awa ingat Tasha dah anak sorang dua.” Lagi sekali mulut Awa menjawab.  Awatif  memang suka cakap banyak dan paling utama dia suka cakap jujur. Tasha cuba mempamerkan senyuman pada Awa. Safi menepuk dahinya dengan perlahan.

   “Okey jom Awa , Kak Safi tunjukkan tempat Awa. Tasha aku tunjukkan tempat duduk dia dulu.Sekejap lagi Tuan Hadif akan sampai susah pula nanti.” Ujar Safi lalu mengehret tangan Awatif dengan perlahan.

   “Ish tak guna punya budak , ada ke patut cakap aku dah tua lepas tu cakap aku dah ada anak sorang dua. Mulut budak ni boleh tahan juga. Geram pula aku dengan budak baru ni.” Tingkah tasha dengan tidak puas hati. Dia menghela nafasnya seketika sebelum menoleh ke belakang dan menuju ke meja kerjanya.

   “Ini tempat Awa.” Safi menunjukka ruang kerja Awatif.
    “Terima kasih . Errmm Kak Safi , Awa harapa Kak Safi sudi bagi tunjuk ajar pada Awa. Jujur Awa kata Awa tak pernah lagi buat kerja sebagai setiausaha ni. Awa tak tahu sangat. Awa belajar benda lain sewaktu belajar dulu. Kalau Awa ada buat salah ke Kak Safi jangan segan tegur tau. Awa ni memang blur dan lambat pick up sikit.” Ujar Awatif dengan jujur. Dia memberitahu kelemahan dirinya pada Safi.

   “Jangan bimbang, kalau Awa tak faham apa-apa Awa boleh tanya saja pada Kak Safi. Meja Kak Safi dekat depan sana tu. Dari sini pun boleh nampak tempat Kak Safi bekerja.Lagi satu Kak Safi nak pesan kalau Tuan Hadif nak minum kopi pastikan Awa buat kopi itu kurang manis tau. Tuan Hadif memang tak suka manis-manis.” Pesan Safi pada Awatif.

   “Ok Kak Safi , Awa faham. Kak Safi boleh Awa duduk dekat kerusi ni?” Soal Awatif sambil menunjukkan kerusinya .

   “Sudah tentulah boleh. Mulai hari ini tempat duduk ni milik Awa. Okeylah Kak Safi nak kena pergi buat kerja. Bila Tuan Hadif sampai nanti dia akan panggil Awa dan dia akan terangkan kerja yang Awa kena buat nanti.”

  Awa menganggukkan kepalanya tanda faham. Safi kemudiannya meninggalkan Awa di situ dan dia menuju ke meja kerjanya. Hari ini dia boleh menarik nafas dengan lega kerana dia tidak lagi perlu membuat dua kerja dalam satu masa.

   Awatif kemudiannya meletakkan tas tangannya di tepi . Dia kemudiannya menghenyakkan punggungnya di kerusi dan tangannya melihat sekeliling meja itu. Dia melihat sebuah diari yang terletak di situ. Awa membelek diari tersebut. Awa mengerti di dalam diari tersebut tercatatnya temujanji dengan client dan juga perkara-perkara penting yang lain.

    “Good morning Tuan Hadif.” Ujar guard yang bertugas di pintu utama Aspirasai. Hadif tersenyum pada pekerjanya itu.

   “Good morning.” Jawab Hadif lalu melangkah menuju ke pejabatnya.
   Sebaik saja ternampak kelinbat seorang jejaka tampan Awatif terus bangun. “Siapa pula mamat handsome ni?” Soal Awatif sendirian.

   Dia menilik lelaki tersebut. “ Aku rasa aku pernah nampaklah muka ni tapi dekat mana ya?” Soal Awatif sendirian lalu berfikir sejenak. Wajah itu seperti pernah di lihat sebelum ini .Awatif menggarukan kepalanya sambil berfikir. Hadif Fakhri makin dekat dengan dengan meja Awatif.

    “Awak ni PA baru saya ya?” Soal Hadif sebaik saja melihat seorang gadis di meja setiausaha. Awatif mendongakkan kepalanya lalu memandang wajah Hadif dengan muka yang berkerut-kerut.

   “Haaaa saya dah ingat.Kita pernah jumpa sebelum ini. Awak ni Encik Kreatif kan?” Soal Awatif dengan senyuman. Haish ingat pula si Awatif ni ya selalunya kepala dia lambat pick up sikit. Hadif tergamam.

   “Encik Kreatif awak panggil saya?” Soal Hadif Fakhri dengan pelik. Awatif menganggukkan kepalanya sambil tersenyum.

   “Betulkan nama awak Encik Kreatif?” Soal Awatif sekali lagi.Hadif merenung wajah polos di depan matanya. Selepas itu Hadif teringat sesuatu. Dia mengetap bibirnya dengan geram.

   “Banyaklah awak punya Encik Kreatif. Awak masuk bilik saya sekarang.” Arah Hadif Fakhri dengan tegas sekali. Terkejut Awatif lalu dia menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Hadif terus masuk ke pejabatnya.

   “Apa halnya? Aku salah cakap ke? “ Soal Awatif sendirian lalu melangkah menuju ke bilik Encik Kreatif.

Bersambung...

NotaTersepit : wah2 dalam sibuk buat AMB ada idea br datang. Itu cite projek 2015 la gamaknya. Tahun ni target 2 cerita aja yg siap iaitu AMB dan juga CST. 


4 comments:

  1. nama sedap-sedap hadif...jadi kreatif pulak...awa...awa...blur sangat...kelakar la awa ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. suka ati dia je nk panggil encik kreatif. Mekasih Salmi singgah dan baca :)

      Delete

Tq sudi komen.:D