SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, January 27, 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 8

Assalamualaikum u ollss...

Hari ini sambungan Bab ke 8 pula. Bermulalah kisah Awatif dan Hadif di Aspirasi. Tengoklah apa si Awa buat sewaktu hari pertama masuk kerja ya.Cik writer sendiri pun geleng kepala sewaktu menulis part ni dan gelak sendiri. .Mekasih singgah dan baca :D


                                      
                                                  



BAB LAPAN




   “SIAPA nama awak?” Soal Hadif sebaik saja melihat Awatif berdiri di mejanya. Awatif tersenyum .

   “Nama saya Nurain Awatif Encik Kreatif.” Jawab Awatif dengan selamba.

    “Nurain Awatif. Awak dengar baik-baik ya apa yang saya nak cakap dengan awak ni ya. Sekali lagi saya nak ingatkan awak yang nama saya bukan Encik Kreatif tetapi nama saya adalah Hadif Fakhri. Sekali lagi saya ulang nama saya adalah Hadif Fakhri. Awak faham tak?” Soal Hadif pada Awa dengan tegas.

   Dia ingat inilah budak perempuan yang dia dan mamanya pernah berjumpa di shopping mall hari itu. Ish budak ni pekak atau sewel. Hari tu aku dah cakap nama aku Hadif bukan kreatif. Gerutu Hadif sendirian di dalam hatinya.

   “Hadif Fakhri ?” Awatif menyebutnya . Hadif menganggukkan kepalanya.

    “Yup . Ingat nama saya faham. Ini tengok dekat sini bagaimana ejaan nama saya.” Tingkah Hadif Fakhri dengan geram lalu menunjukkan tanda namanya yang terletak di meja kerjanya. Awatif menundukkan kepalanya lalu melihat setiap abjad yang berada di situ.

   “Baik Encik Hadif Fakhri. Saya faham. Saya minta maaf ya.” Ujar Awatif dengan senyuman.

   “Baguslah kalau faham. Silakan duduk saya nak terangkan tentang kerja yang awak perlu buat. Buka telinga seluas yang mungkin dan dengar apa yang saya nak cakap.” Hadif membetulkan duduknya.Awatif duduk bertentangan dengan bosnya itu.

   “Telinga saya tak boleh nak luas dah. Lubang telinga saya kecil tu je bos. Saya minta maaf sebab memang saya tak boleh nak buka telinga saya ni.” jawab Awatif dengan selamba. Hadif menggarukan dahinya.

   Masak aku ada PA rupa ini. Manalah si Safi jumpa budak blur ni. Gerutu Hadif dengan selamba.
   “Ish awak ni kan Awatif .. Haish geram pula aku.” Bebel Hadif dengan perlahan.

   “Bos panggil saja saya Awa. Orang memang panggil saya dengan panggilan tu.” Jawab Awatif dengan senyuman.

  Hadif mengeluh kecil sebelum memberitahu Awatif tentang kerja yang perlu di lakukan olehnya sebagai setiausaha . Awatif merenung wajah bosnya di kala ini. Hadif yang baru saja selesai menerangkan perihal kerja sebentar tadi memandang wajah Awatif.

   “Yang awak tenung muka saya tu kenapa?” Soal Hadif Fakhri. Awatif tersengih apabila di soal sebegitu.

   “Sorry bos. Itu haaa dekat pipi bos tu ada jerawat kecil. Gunalah oxy bos?” Awatif memberikan idea. Alahai si Awatif ni ingatkan tenung muka handsome Hadif tetapi tenung jerawat di muka Hadif. Nampak je mata si Awa ni.

   Hadif membesarkan matanya lalu meraba pipinya. Ya dia merasakan pipinya berjerawat. Budak ni kan nampak je jerawat dekat muka aku ni. Ish. Gerutu Hadif sendirian.

   “Muka awak licin awak guna oxy ke?” Soal Hadif dengan tiba-tiba. Awatif tersengih sambil meraba pipinya yang licin.

   “Bos saya tak guna oxy tapi saya guna fair & lovely .” Jawab Awatif dengan selamba.
   “Fair & Lovely?” Hadif mengerutkan dahi.

    “Yalah Fair & Lovely yang iklan dia macam ni. Fair & Lovely pembersihan muka seminit bermula sekarang. Bulatan penuh sekali bulatan separuh sekali membersihkan kotoran dan sel mati , lepas ini kita silang silang silang bintik hitam pun hilang . Di wajah buatkan bulatan vitamin membersih dan mencerahkan . Pembersihan muka seminit selesai.” Ujar Awatif . Dengan selamba badaknya dia menyanyi dan menunjukkan aksi dari iklan fair and lovely. Hadif tergamam melihat kerenah PA barunya itu.

   Aduhai Awatif apahal dengan budak ni sorang. Suka hati dia je nak buat apa. Cik Nurain Awatif di depan awak tu pengarah Urusan Aspirasi bukan juri audition iklan.

   “Pening kepala saya dengan karenah awak ni Awa. Hari ni first day awak kerja dekat sini dah begini rupa awak. Awak jangan nak mengarut dekat sini. Sekarang ni saya nak awak pergi buat kerja awak dekat luar sana. Kalau ada apa-apa saya akan panggil awak. “ Jelas Hadif sambil bersandarkan kepalanya di kerusi.

   Awatif menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Aku salah cakap lagi ke? Soal Awatif  sendirian. Dia kemudiannya bangun dan melangkah keluar dari bilik bosnya .

   “PA aku ni banyak terpengaruh dengan televisyen ni. Nasib baik comel kalau tak aku dah halau keluar dari bilik ni tadi.” Tingkah Hadif sendirian sebelum dia meneliti kerja di hadapannya.

   Ehem.. Hadif cakap Awatif comel. Amboi sejak bila pula pengarah urusan Aspirasi ni pandai memuji perempuan? . Hadif teringat gaya dan nyanyian Awatif tadi terus dia tergelak besar.

   “Lawak betul PA aku.” Tingkah Hadif sambil tersenyum seorang diri. Masih jelas karenah Awatif sebentar tadi di ruang matanya.

   TASHA memerhati gerak geri Awatif dari jauh. Dia tidak tahu kenapa dia tidak menyukai Awatif bekerja di situ. Sakit telinganya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Awatif dua hari yang lepas.

   “Menyampah pula aku tengok budak ni.” Bebel Tasha sambil merenung tajam pada Awatif yang sedang ralit membuat kerjanya.

   “Comelkan budak baru tu. Aku sukalah tengok muka dia. Kalau tak silap aku rupa dia tu ada iras-iras selebriti korea.” Ujar Adam dengan tiba-tiba sewaktu melintasi meja Tasha.

   “Apa kau cakap?” Soal Tasha lalu merenung Adam dengan tajam sekali.
    “Aku cakap PA baru Tuan Hadif tu comel.” Sengih Adam penuh makna.

    “Comel apa kebenda rupa itu.Aku lagi vogue dari dia.” Tasha memuji dirinya sendiri sambil mencebik pada Awatif dari jauh.

   “Hai kau cemburu ke aku puji dia comel?” Soal Adam lalu merenung Tasha.

    “Hello tak kuasa aku nak cemburukan dengan budak tu. Dia tu siapa aku ni siapa. Kau jangan nak bandingan aku dengan budak mentah tu.” Bebel Tasha .

   “Ye ke?” Soal Adam sengaja mahu menyakat Tasha. Dia tahu yang Tasha memang bengang dengan gadis yang bernama Awatif itu.

   “Kau jangan nak menyibuk dekat meja aku.Pergi buat kerja.” Tasha menghalau Adam yang berdiri di depan mejanya.

  “Uish marah nampak. Aku nak pergi buat kerjalah ni tapikan sebelum tu aku nak pergi tegur budak comel tu.” Sengih Adam penuh makna. Sengaja nak menyakitkan hati Tasha. Adam meninggalkan meja Tasha dan menuju ke meja Awatif.

   “Hai gadis comel. Sibuk ke?” Soal Adam sewaktu tiba di meja Awatif.
    “Awak ni siapa?” Soal Awatif sebaik saja mendongakkan kepalanya melihat seorang jejaka yang berdiri di mejanya.

   “Oh lupa pula saya nak kenalkan diri. Nama saya Adam.” Dengan senyuman manis Adam memperkenalkan dirinya.

    “Oh Adam. Nama saya Awatif panggil saja Awa.” jawab Awatif sambil membalas senyumann Adam.

   “Saya dah tahu nama awak. Safi yang bagitahu.” Tingkah Adam.
    “Awak nak apa ni?” Soal Awatif

     “Saya nak berkenalan dengan awaklah.” jawab Adam dengan selamba. Awatif anggukan kepalanya.

   “Awak nak berkenalan dengan saya ni tak ada kerja nak buat ke?” Soal Awatif namun tangannya lincah membuat kerja.

   “Ada je  tapi saja nak tegur awak yang comel ni.” Adam mula mengayat.
    “Terima kasih sebab cakap saya comel.”

     Tasha panas hati melihat Awatif tersenyum pada Adam. Apa yang di bualkan pun Tasha tidak pasti. Tasha kemudiannya mengambil cermin kecil yang berada di dalam kaci meja. Dia kemudiannya menunjukkan cermin kecil yang bulat itu ke arah wajahnya.

    “Apa wajah aku ni tua ke? Aku guna product mahal lagi tau nak kasi wajah ni cantik dan sentiasa muda dan berseri-seri. Suka hati budak tu je cakap rupa aku nampak tua.Huh” Bebel Tasha di cermin.

   “Hoii Tasha kau dah buang tabiat ke apa dok cakap dengan cermin?” Soal Safi mengejutkan Tasha.

   “Kau ni janganlah terkejutkan aku .” Marah Tasha apabila Safi menegurnya sebegitu rupa.Dia menoleh kanan dan kiri namun masing-masing sibuk dengan kerja. Safi ketawa mengekek melihat Tasha .

   “Bila masa aku kejutkan kau? Itulah cakap lagi sorang diri dengan cermin. Jangan nak berangan seperti kisah dongenglah. Kau ni tak habis nak berangan kan?” Safi menggelengkan kepalanya.

  “Diamlah kau. Buat kerja lagi bagus.” Jawab Tasha lalu menyambung semula kerjanya. Safi turut menyambung kerjanya.Sempat juga Safi menoleh pada meja Awatif yang sedang sibuk mengadap komputer.

   AWATIF menuju ke pantry sebaik saja menerima arahan untuk sediakan air kopi untuk bosnya. Sebaik saja sampai si pantry Awatif terus mencapai sebiji mug . Dia kemudiannya tercari-cari bekas gula namun dia langsung tidak menjumpainya.

   “Mana pula bekas gula ni? Semalam ada je dekat sini. Siapa pula yang ambil?” Soal Awatif sendirian . Dia menunduk mencari balang yang berisi gula. Di buka satu persatu laci namun langsung tidak di jumpainya.

   “Awa cari apa tu?” Soal Tasha sambil berpeluk tubuh di pintu pantry.
   “Kak Tasha.. Awa cari balang gula tapi tak jumpa.Kak Tasha ada nampak tak?” Soal Awatif pada Tasha.

   “Jangan panggil kakak , panggil Tasha saja cukup. Berapa kali Tasha nak ingatkan Awa?” Soal Tasha dengan wajah masam. Awatif tersengih.

   “Opss sorry tak sengaja tapi umur Kak Tasha lagi tua dari Awa sebab tu la Awa kena panggil Tasha dengan panggilan Kak Tasha.” Jawab Awa dengan jujur.Tasha bertambah bengang apabila di sebut tentang umur.

   Budak ni memang nak kena dengan aku. Gerutu Tasha dengan geram. Dia kemudiannya mendekati Awatif yang masih lagi tercari-cari balang gula.

   “Nah ini gula.” Tingkah Tasha lalu menghulurkan balang berisi gula kepada Awatif. Dia mengambil balang tersebut di laci atas . Awatif tersenyum lalu menyambut balang tersebut.

   “Terima kasih kak Tasha.” Awatif tersenyum lalu mengambil gula dan masukkan ke dalam mug. Tasha tersenyum penuh makna.

  “Sama-sama.” Jawab Tasha lalu dia meninggalkan Awatif seorang diri di pantry.
   “Kau rasalah jap lagi.” Ujar Tasha dengan perlahan sewaktu menoleh seketika kepada Awatif yang sedang mengacau air kopi.

   Selepas selesai menyediakan air kopi tersebut, Awa membawa mug itu menuju ke bilik Hadif Fakhri. Awa mengetuk pintu bilik bosnya terlebih dahulu sebelum di suruh masuk. Awa tersenyum manis sewaktu masuk ke bilik Hadif Fakhri.

Bersambung....

NotaTersepit : Harapan minggu ni kepala x blank lagi. Uwaaa mcm mn nk menulis kalau kepala blank ? 




6 comments:

Tq sudi komen.:D