SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, April 10, 2014

[E-NOVEL] : ALAHAI MISS BLUR BAB 29

Assalamualaikum u ollsss..

Sambungan bab seterusnya Awa dan Hadif. Rindu tak pada Reen dan Hayyan? Kalau rindu jangan lupa tunggu sambungan kisah AMB ni next week sebab next week ada cik writer selitkan kisah mereka. Jeng jeng jeng.. Terima kasih singgah dan baca ..:D

                                                 
                                         

BAB DUA PULUH SEMBILAN




    HUJUNG minggu itu, Awa telah mempelawa bosnya untuk makan malam bersama keluarganya tanda terima kasih kerana telah membawanya ke hospital tempoh hari. Pada mulanya Hadif memang menolak pelawaan dari Awa.

   “Bos saya nak belanja bos makan malam nak tak?” Soal Awa sewaktu berdiri di meja Hadif.
   “Belanja makan malam ?” Soal Hadif dengan pelik. Awa menganggukkan kepalanya dengan muka yang sangat comel sekali.

   “Saya kan dah janji nak belanja bos makan sebagai tanda terima kasih. Kalau bos tak datang hari tu saya tak tahu apa yang akan jadi.” Sengih Awa. Hadif mengerdipkan matanya dua kali sebelum membetulkan duduknya sambil merenung Awa berdiri di hadapannya.

   “Saya dah bagitahu awak yang saya ikhlas dan lagi satu saya nak ingatkan pada awak yang awak  adalah tanggungjawab saya di sini. Awak orang terpenting tau. Remember that.” Jawab Hadif.

    “Ya saya tahu bos saya ni penting dekat sini. Saya tak kira bos kena juga datang rumah saya makan malam di rumah saya malam esok. Mummy dengan Daddy saya yang suruh saya jemput bos .Kalau bos tak nak datang bos pergi cakap sendiri dengan mummy dengan daddy saya. Ada berani?” Soal Awatif dengan selamba sambil menaikkan kedua-dua keningnya.

   “Awak ugut saya ke Awa?” Soal Hadif . Dia cuba mengikut rentak Awatif.

   “Mana ada ugut saya cakap je bos. Saya keluar dulu ya bos. Jangan lupa datang ya . Kalau tak datang nanti saya tak nak datang kerja. Baru padan muka bos.” Sengih Awa penuh makna sebelum kakinya melangkah pergi meninggalkan Hadif.

   “Ish budak ni ikut suka dia je.” Hadif menggelengkan kepalanya sebelum menghela nafasnya dan menumpukan semula pada kerjanya.

   “Jemput masuk bos.” Pelawa Awatif . Hadif tersenyum sewaktu menjejakkan kakinya ke dalam rumah milik keluarga Awa.

   “Terima kasih.” Jawab Hadif lalu berjalan seiringan dengan Awa dan menuju ke ruang tamu.
  “Cookie duduk sini ya sayang.” Sewaktu melihat cookie sedang bersantai di sofa Awa terus mengalihkannya ke sofa yang berada di sebelahnya.

   “Maaflah bos. Cookie ni suka landing atas sofa.” Awa tersenyum pada Hadif.

   “Tak mengapa. Saya tak alah pada kucing.” Hadif menghenyakkan punggungnya dengan perlahan. Sejurus selepas itu Encik Fathudin dan Akid turun dan menuju ke ruang tamu.

   “Bos duduk dulu tau. Saya nak ke dapur sekejap.” Awa meminta diri . Mata Hadif meneliti segenap ruang tamu . Dia terpegun melihat suasana  dan keindahan susun atur barang-barang yang terdapat di dalam rumah ini.

   “Tetamu kita dah sampai rupanya.” Tegur Encik Fathudin dengan senyuman. Akid pula berada di belakang daddy nya. Hadif terus bangun dan bersalam dengan Encik Fathudin dan Akid.

   “Apa khabar uncle. Terima kasihlah jemput saya makan malam di sini.” Tingkah Hadif sewaktu mereka sama-sama duduk di sofa.

   “Alhamdulilah. Kami sekeluarga sihat. Uncle yang patut berterima kasih dengan Hadif. Terima kasih sebab sudi datang makan malam di rumah kami dan juga terima kasih kerana menolong Awa tempoh hari.” Balas Encik Fathudin.

   Mata Akid terarah pada cookie. Dia hampir-hampir terduduk di atas cookie tadi. Akid mencuit bahu daddy nya sambil menunjukkan cookie.

   “Awa.. Ambil cookie ni.” Encik Fathudin memanggil anak gadisnya apabila melihat wajah Akid sebentar tadi.

   “Sekejap daddy.” Sahut Awa sambil membantu mummy nya menghidangkan lauk pauk di atas meja makan.

   “Awa ambil cookie letak dalam sangkar dia tak pun letak dia dalam bilik Awa.” Arah Puan Fauziah pula.

   “Baiklah mummy.” Awa terus berlari menuju ke ruang tamu.

   “Cookie jom ikut mummy naik atas.” Ujar Awatif pada cookie. Hadif leka melihat Awa bercakap dengan kucing kesayangannya.

  “Ish Kak Awa ni tak habis-habis cakap dengan kucing.” Akid mencebik. Awa menjeling tajam pada adiknya dan sewaktu cookie berada di dalam pelukannya Awa terus mendekati Akid dan menyuakan cookie pada Akid.

  “Daddy..” Jerit Akid sambil mengundurkan ke belakang.

   “Tau takut.” Marah Awa sebelum membawa cookie menuju ke tingkat atas.

    “Akid berapa kali daddy nak pesan jangan menyakat Kak Awa. Akid pun satu suka buat Kak Awa bengangkan.” Tegur Encik Fathudin. Hadif yag melihat adegan itu hanya mampu tersenyum.

    Maaflah Hadif. Awa dengan Akid memang suka sangat menyakat antara satu sama lain.” Tambah Encik Fathudin sewaktu menoleh pada Hadif.

   “Tak apa uncle.” Jawab Hadif. Karenah Awa di pejabat dan rumah memang tiada beza. Hadif sendiri tidak tahu kenapa dia merasakan selesa dengan sikap Awa yang sentiasa mencuit hatinya.

   “Abang makan malam dah siap. Jemput tetamu makan bang.” Kedengaran suara Puan Fauziah memanggil. Awa yang baru saja turun terus menuju ke ruang tamu.

   “Jomlah. Makan malam dah siap.” Awa mempelawa bosnya yang baru saja bangun bersama daddy da Akid.

   “Jemput makan semua.” Sengih Awa selepas selesai mengaminkan doa.
    “Jangan malu-malu Hadif. Makan sampai kenyang.” Ujar Puan Fauziah pula sambil tersenyum. Awa duduk bersebelahan dengan mummy nya manakala Hadif pula duduk bersebelahan dengan Akid dan setentang dengan Awa.

     “THANKS .”  Ucap Hadif sewaktu Awa meletakkan lauk ke dalam pinggannya. Akid memerhati gerak geri kakaknya dengan senyuman penuh makna.

      “Terima kasih kerana jemput saya makan malam di sini. Uncle dan auntie , Hadif minta diri dulu.” Hadif serta keluarga Awa mula bergerak ke pintu utama.

     “Sama-sama. Ada masa jemputlah ke rumah kami ni.” Encik Fathudin tersenyum sambil menepuk bahu Hadif dengan lembut. Selepas itu Hadif mula bersalaman dengan keluarga Awa . Selepas itu Awa berjalan seiringan menghantar bosnya itu ke kereta.

   “Bos terima kasih ya.” Awa tersenyum manis. Hadif menoleh seketika pada Awatif. Matanya leka merenung Awa.

   “Bos .. Bos..” Awa melambaikan tangan pada depan wajah Hadif.

   “Apa dia?” Soal Hadif dengan terkejut. Ish macam mana pula aku boleh leka tengok Awa ni? Desis hati Hadif. Dia menggarukan kepalanya lalu menekan alarm kereta.

   “Bos ni sejak bila suka berangan? Saya cakap terima kasih sebab datang rumah saya ni.” Sengih Awa.

   “Sama-sama. Kalau saya tak datangkan ada pula yang merajuk. Susah saya nanti.” Jawab Hadif dengan selamba. Awa seperti biasa tayang muka blur.

   “Ada yang merajuk? Siapa?” Soal Awa dengan dahi yang berkerut.

    “Adalah..”Jawab Hadif sambil mengenyitkan matanya dengan nakal pada Awa sebelum masuk ke dalam kereta.Awa pula mengerdipkan matanya dua tiga kali membuatkan Hadif tersenyum penuh makna.

   “Saya balik dulu. Jumpa nanti.” Hadif menghidupkan enjin kereta. Awa menganggukkan kepalanya sambil melambaikan tangan pada Hadif. Mummy dan daddy Awa sudah pun masuk ke dalam rumah dan hanya tinggal Akid saja yang duduk tercegat di muka pintu sambil memerhati gelagat kakaknya itu. Sebaik saja kereta Hadif keluar dari perkarangan rumah Awa , Akid melangkah dengan perlahan-lahan menuju ke arah kakaknya.

   Hadif tersenyum sambil mengangkat tangan pada Akid sebelum menekan pedal minyak . Kereta Hadif hilang dari pandangan dan Awa mula menoleh ke belakang.

   “Ya Allah terkejut Kak Awa tau. Akid ni bila masa berdiri belakang Kak Awa ni. Kalau Kak Awa ada sakit jantung memang pengsan sini terus.” Ujar Awatif dengan muka yang terkejut sambil mengurutkan dadanya. Akid dengan selamba badaknya tersengih seperti kerang busuk.

   “Alah terkejut sikit je. Bukan Kak Awa pengsan pun.” Jawab Akid sambil tersenyum penuh makna.Awa mencebik.

   “Jom masuk.” Awa menutup pagar rumahnya terlebih dahulu. Akid terus mengekori kakaknya ke pagar. Awa mengerutkan dahinya dengan pelik lalu berpaling pada Akid.

   “Ini kenapa ni? Ada yang tak kena ke?” Soal Awa lalu bercekak pinggang sambil merenung tajam pada adiknya.

   “Kak Awa ni macam tahu-tahu je kan. “ Sengih Akid tersengih.

   “Cuba bagitahu Kak Awa apa sebenarnya yang Akid nak ni?” Soal Awa . Pintu pagar sudah pun berkunci. Awa mula melangkah menuju ke pintu utama. Akid di biarkan tercegat di situ.

   “Kak Awa suka dekat abang Hadif eh?” Soal Akid. Awa memberhentikan langkah dan menoleh pada Akid yang berada di belakangnya.

     “Suka apa ni?” Soal Awa dengan blur. Sebaik saja nampak wajah blur Awatif , Akid menepuk dahi.

      “Dah datang dah blur dia.” Ujar Akid dengan perlahan.

       “Akid.. Awa buat apa lagi dekat luar tu. Masuk.” Arah Encik Fathudin yang tercegat di depan pintu. Bila masa Encik Fathudin berada di situ pun tidak pasti. Awa dan Akid menoleh pada  daddy mereka.

    “Yes daddy.” Jawab Awa dan Akid serentak.

   SAFI sedang bersantai di ruang tamu sambil menunggu suaminya pulang dari kerja. Suaminya sudah memberitahu yang malam ni dia pulang lewat dari biasa kerana ada urusan yang perlu di siapkan sebelum esok hari. Safi mengusap perutnya sambil tersenyum. Kala itu juga teringat pada temannya Reen. Tidak lama lagi Reen akan bersalin. Safi dan keluarganya memang gembira sekali apabila mendapat tahu yang Reen mengandung. Dia sedar itu adalah impian Reen sejak berkahwin dengan bekas suaminya Aqil.

   Sekarang Aqil dan Sarah juga sudah menerima cahaya mata yang pertama. Tiada lagi persengketaan antara keluarga Aqil dan juga Reen. Masing-masing sudah ada kehidupan yang harus mereka jalani.

   “Apa khabar agaknya Reen. Lama aku tak jumpa dia.” Soal Safi sendirian. Tangan kanannya leka dengan mengusap perut. Namun dengan tidak semena-mena fikiran teringat pada Tasha. Apa yang dia lihat sekarang ini Tasha yang dulu dan Tasha yang kini memang berbeza. Ya memang Tasha orang yang sama tetapi sikapnya sudah banyak berubah.

   “Kenapa Tasha berubah? Semakin hari semakin lain. Dia bukan lagi Tasha yang dulu. Apa yang menyebabkan Tasha boleh berubah dengan ketara. Aku tak faham betullah dengan Tasha?”  Safi berfikir sejenak.

   “Assalamualaikum..” Kedengaran seseorang memberikan salam dari luar. Safi terus bangkit dari sofa . Pintu di tolak dari luar dan Safi melihat suaminya sedang tersenyum di muka pintu.

   “Waalaikumussalam abang..” Jawab Safi lalu mendekati suaminya dengan senyuman.

    “Sayang tak tidur lagi?” Soal Zuhairi sewaktu memaut pinggang isterinya. Safi menggelengkan kepalanya .

    “Belum lagi tunggu abang balik .” Sengih Safi.

    “Abang dah makan belum? Kalau belum Safi hidangkan.” Soal Safi sewaktu mereka sama-sama duduk di sofa.

    “Boleh juga . Abang pergi naik mandi dan solat isyak sekejap ya. Sayang dah solat isyak belum?” Soal Zuhairi.

   “Mestilah dah. Abang pergilah naik dulu . Safi nak ke dapur hidangkan makan malam untuk abang.” Safi terus bangun dan menuju ke dapur manakala Zuhairi pula menuju ke biliknya.

Bersambung...

NotaTersepit: AMB ni x byk konflik mn pun. Dalam IACM dah byk konflik so smbungannya ni cik writer kurangkan la sikit dan konflik biasa2 je. Tak tahulah bagaimana reaksi u oll nanti bila baca dari A-Z nanti. Hehehe.AMB tunggu masa untuk di hantar  nilai :D




4 comments:

Tq sudi komen.:D