SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, December 1, 2014

[E-NOVEL] : DIA PEMBURU CINTA @ KTAC BAB 1

Assalamualaikum u ollssss...


Rasanya dah sebulan lebihkan blog ni sunyi dan sekarang ianya akan kembali beroperasi. Hehehe.. Okey kali cik writer nak share cerita baru yang telah di ubah 100%. Sesiapa yang pernah baca Dirimu Satu sebelum ni janganlah keliru ya. Cik writer baiki balik mss ni. Memandangkan banyak kekangan dalam menyiapkan mss ni jadi ianya akan di update satu bab dalam seminggu. Di publish setiap hari isnin seperti biasa ya.. Mekasih u ollssss... :D




Tajuk ini mungkin berubah kelak... :)





BAB SATU



            “ASTAGFIRULLAHALAZIM. Aku dah lambat pergi kelas. Jam tiga empat biji ada tapi satu pun tak boleh nak kejutkan aku. Masak aku. Pagi ni kelas dengan Encik Kamarul.  Ya Allah macam mana boleh tak sedarkan diri ni.” Amani melompat dari katilnya lalu bergegas keluar mencari bilik air.  Rambut yang panjang kusut masai di biarkan. Yang dia tahu sekarang ni dia sudah terlambat untuk ke kelas.

            Amani mandi kambing pagi itu. Kembali saja ke biliknya terus dia mencapai baju kurung yang tergantung di dalam almari. Dia menyarungkan baju kurung bewarna unggu muda dengan pantas.  Sesekali matanya melirik pada jam di telefonnya yang sudah pun menunjukkan pukul lapan empat puluh minit.

         “Apasal aku selalu lambat masuk kelas Encik Kamarul tu. Asal kelas dia je mesti aku lambat. Encik ulat bulu tu pun satu hal suka sangat bagi assignment yang banyak . Tengok sebabkan aku bersengkang mata nak siapkan  kerja yang dia bagilah ni jadi macam ni.” Bebel Amani seorang diri di hadapan cermin. Dia menempek sedikit bedak ke wajahnya sebelum dia mencapai tudung lalu di sarungkan ke kepalanya.

           Siap je terus Amani mengambil beg sandang serta fail bewarna merah jambu  dan tidak ketinggalan juga telefon pintarnya. Amani mencapai sandle miliknya lalu di sarungkan ke kaki. Dengan ribut Amani berlari menuju ke kelas.  Termegah-megah dia sebaik saja sampai di hadapan pintu kelas. Badannya di bongkokkan sedikit akibat kepenatan. Penat dia berlari mendaki bukit untuk ke kelas.  Pagi ni kelasnya di bangunan yang berada di atas bukit.

          “Ya ampun penat gila aku lari. Macam mana aku nak masuk ni? Kalau masuk sah-sah aku kena marah dengan Encik Kamarul tu. Kalau aku tak masuk rugi pula kehadiran aku hari ni. Ish tak boleh jadi ni. Nak masuk ke tak?” Amani membetulkan shawl nya. Fail bewarna merah jambu di peluk erat.

          “Amani tarik nafas dulu. Relax jangan risau Encik Kamarul tak makan kau punya.” Amani bermain dengan lekuk bibirnya agar tersenyum . 

          “Go Amani. Bismillah…” Dengan perlahan-lahan Amani menolak pintu dewan kuliah. Dengan sengihan Amani masuk ke kelas.

          “Assalamualaikum dan selamat pagi. Encik Kamarul maafkan saya sebab terlambat masuk kelas hari ni.” Amani tersengih pada pensyarahnya. Lelaki yang bernama Encik Kamarul menoleh dan memandang pelajar kesayangannya.

           “Haaa waalaikumussalam. Good morning. Saya ingatkan awak dah lupa kelas saya hari ni. Asal kelas saya je awak yang lewat. Kenapa ya Amani? Ada masalah yang saya tak tahu ke?” Jawab Encik Kamarul dengan senyuman manis. Keningnya di naikkan. Amani mengerdipkan matanya berkali-kali.

       “Sorry Encik Kamarul. Saya janji yang saya cuba untuk tidak datang lewat ke kelas Encik Kamarul ya. Saya tahu saya yang salah tapi nak buat macam mana memang saya terlewat bangun pagi ni sebab siapkan kerja yang Encik Kamarul bagilah.” Amani menjawab dengan tenang sambil menunjukkan fail bewarna merah jambu pada pensyarahnya.

           “Awak ni Amani kalau menjawab memang pandai. Apa jam yang saya bagi awak tempoh hari tu tak boleh nak kejutkan awak juga ke?” Soal Encik Kamarul lagi. Amani menggelengkan kepalanya dengan selamba.

           “Encik Kamarul, Amani ni kalau bom meletup pun belum tentu lagi dia sedar.” Ada kalangan pelajar lelaki yang mengusik Amani. Mencerlung mata Amani memandang lelaki itu siap tunjuk penumbuk lagi pada budak tu. Uishh ganas juga Amani ni ya.

           “Jam tu dah rosak dah hari tu.” Jawab Amani selamba.

          “Apa rosak? Macam mana boleh rosak Amani? Apa awak dah buat dengan jam tu? Jangan-jangan awak baling dekat dinding tak?” Encik Kamarul menggelengkan kepalanya.

           “Mana ada. Dia rosak sendirilah.” Ringan saja mulut Amani menjawab.

           “Nampak gayanya lepas ni saya kenalah call awak pagi-pagi sebelum kelas saya bermula ya tak? Saya bagi jam pun tak menjadi. Kita cuba cara yang ni pula la.” Encik Kamarul memberikan cadangan baru. Amani tersentak.

            Eleh macamlah aku tak tahu niat sebenar Encik Kamarul tu. Omel Amani di dalam hatinya. Dia sudah masak dengan karenah pensyarahnya yang ni. Bukan dia tidak tahu yang Encik Kamarul ni spesis ulat bulu juga dengan pelajar perempuan.  Tahulah muka Encik Kamarul tu handsome tapi kalau spesis ulat bulu buat apa. 

          “Tak yah call saya. Kalau telefon bunyi lagilah saya tak dengar.” Dalih Amani . 

          “Encik Kamarul senang-senangkan Encik kahwin je dengan Amani ni habis cerita. Hari-hari Encik boleh kejutkan dia yang liat nak bangun tu.” Ada suara lain menyampuk. Amani memandang dengan geram.

          “Encik Kamarul tak nak bagi saya duduk ke? Kaki dah lenguh ni berdiri tau. Dahlah nak datang kelas ni saya berlari . Penat tau. Boleh tak kita sambung lain kali je pasal ni.” Amani sudah menunjukkan pada kakinya. 

           “Hmmm. Pergilah duduk Amani. Okey class kita sambung semula topik yang kita pelajari hari ni. Oh ya Amani. Awak dah tertinggal beberapa slide. Kalau tak faham awak boleh tanya pada saya lepas kelas nanti.” Encik Kamarul bersuara. Dia menekan tetikus untuk menukar slide yang seterusnya. 

          “Terima kasih Encik Kamarul.” Amani terus bergegas menuju ke tempatnya. Fuh nasib baik aku berjaya alihkan topik. Tak kuasa telinga aku nak dengar pasal isu kahwin ni tambah-tambah dengan Encik Kamarul. Minta jauhlah Ya Allah. Kalau aku nak berlaki pun biarlah dapat yang baik hati yang boleh bimbing aku yang paling penting tak berperangai macam Encik ulat bulu tu. Gerutu Amani sendirian. Sempat lagi dia mengata pensyarahnya.

          “Aku call kau langsung tak berangkat Amani. Kau telan ubat tidur ke apa semalam?” Bisik Alia di telinga Amani.

           “Aku langsung tak sedar beb. Serius aku tak dengar langsung telefon aku berdering. Aku tidur lambat sebab siapkan assignment Encik ulat bulu tu la” Jawab Amani dengan perlahan. Alia ingin ketawa setiap kali mendengar nama manja yang di berikan oleh Amani pada Encik Kamarul.

            “Kau ni kesian tau dekat Encik Kamarul tu. Dia tu memang syok gila dekat kau. Tengok sajalah dia selalu ambil berat pasal kau. Siap bagi kau jam lagi tau .” Perli Alia sambil menutup mulutnya menahan dari ketawa.

             “Cik Alia sayang mohon jangan bagi cik Amani berangin pagi-pagi ni ya.  Dahlah fokuskan mata dekat skrin depan tu . Di buatnya Encik ulat bulu tu perasan kita dok berbisik macam ni tak ke naya nanti.”  Alia menganggukkan kepalanya. 

              “Amani.. Alia apa yang korang berdua buat tu siap angguk kepala lagi.  Awak berdua faham tak apa yang saya cakap tadi?” Sapa Encik Kamarul membuatkan Amani dan Alia saling berpandangan.

              “Faham Encik Kamarul.” Jawab mereka serentak. Entah apa yang Encik Kamarul terangkan tadi .

              “Good.” Encik Kamarul menyambung kembali kuliahnya . 

               Dasar Encik ulat bulu nampak je apa aku dengan Alia buat. Agaknya mata dia ada banyak kot. Jangan-jangan dia bela saka tak? Amani berteka-teki sendirian .

              “Weh fokus dekat depanlah. Karang Encik ulat bulu kau tu tegur lagi.” Bisik Alia. 

               “Ya aku tahulah.” Amani mengeluarkan buku notanya lalu mencatat sedikit info yang tertera di slide.

               TENGAHARI itu Amani dan Alia ke kafetaria untuk makan tengahari. Amani dan Alia sememangnya rapat sejak hari pertama mereka berkenalan di university ini. Bermula detik itu hubungan Amani dan Alia semakin akrab.

             “Perut aku ni dah bergendang pelbagai jenis lagu Alia. Dah bercampur aduk semua genre tau. Serius lapar sangat. Kita nak duduk mana ni? Macam penuh je .” Amani bersuara sambil mengusap perutnya yang berbunyi. Matanya pula mencari tempat duduk yang kosong.

           “Aku pun. Eh kita duduk sanalah. Tu diorang dah bangun tu. Jomlah.” Alia terus menarik lengan Amani. Hampir-hampir tersungkur Amani di tarik oleh Alia.

            “Kau ni Alia nasib baik aku tak jatuh tau. Kalau tak buat malu je la.” Marah Amani sambil gelengkan kepala.

           “Sorry la beb.” Sengih Alia. Mereka terus menuju ke tempat duduk yang berdekatan dengan makanan.

          “Kau tak rasa stress ke kebelakangan ni. Assignment projek banyak betul yang nak kena siapkan. Itu belum lagi masuk dengan nak test la kuiz la. Pening kepala fikir.” Alia membebel sewaktu makan tengahari . Amani menarik gelasnya lalu di sedut air sirap limau.

           “Tau tak apa. Aku ni double stress tau. Di tambah pula dengan karenah Encik ulat bulu tu. Bilalah sem ni nak habis weh. Jemu dah aku nak tengok muka Encik ulat bulu tu tau.” Marah Amani. Alia tergelak kecil.

           “Dah Encik Kamarul tu sukakan dekat kau nak buat macam mana. Apasal kau tak terima je cinta dia tu. Encik Kamarul handsome apa?” Soal Alia membuatkan bibir Amani terus mencebik.

          “Memanglah dia handsome tapi dia tu spesis ulat bulu. Aku tak sukalah. Lagi pun macam tak kena je la. Dia tu pensyarah kita ni pelajar dia. Tak nak aku.” Amani menggelengkan kepalanya berkali-kali.

          “Kasihan kau kan Amani. Nak kena berdepan dengan Encik Kamarul tu. Eh aku sebenarnya kan musykil tau apasal kelas dia je yang kau lambat eh?” Soal Alia . Sudah lama dia ingin tanyakan perihal itu. Amani memandang temannya dengan senyuman penuh makna.

          “Aku pun tak pasti. Agaknya niat aku sebelum tidur kot nak masuk lambat kelas dia. Aku sebenarnya malas nak melayan karenah dia. Kalau dia ternampak aku jalan kaki nak pergi kelas confirm dia akan panggil aku. Itu yang aku tak suka. Ini kampuslah . Banyak mata-mata yang memandang.  Aku tak selesa dengan dia la. Rimas tau. Semuanya dia nak tahu. Sejak-sejak dia tahu aku punya phone number lagilah makin rimas.  Siang malam nak hantar mesej dekat aku tanya aku buat apa? Apa kejadahnya nak tahu semua. Abang aku pun tak ada macam dia tau.” Bebel Amani lalu menyambung kembali menyuapkan nasi ke dalam mulut.

         “Baru aku teringat kau dah jumpa ke cerita yang aku nak tu?” Soal Amani dengan tiba-tiba. Tersedak Alia waktu yang sedang menyedut air minumannya.

         “Kau ni Amani buat aku terkejut je la. Cerita apa pula ni?” Soal Alia . Bibirnya di lap dengan tisu.

         “Sorry Sorry. Cerita korea la. Cerita baru pelakon pujaan hati aku tu la.” Jawab Amani. Dahi Alia berkerut.

          “Siapa pula pelakon pujaan kau ni?” Alia menyambung menyuapkan nasi ke dalam mulut.

           “Siapa lagi kalau bukan Lee Dong Wook Oppa.” Sengih Amani. Alia geleng kepala berkali-kali.

            “Kau ni memang peminat tegar Lee Dong Wook gamaknya. Cerita baru dia yang bertajuk Hotel King tu ke? Aku dah tanyakan dekat budak bilik aku. Dia ada cerita tu. Kalau kau nak bagi la hard disk kau nanti aku masukkan cerita tu untuk kau lepas tu kan kau tilik dan tenunglah puas-puas pelakon pujaan kau tu.” Wajah Amani terus menjadi teruja.

             “Ni yang aku sayang kau Alia. Terima kasih. Petang nanti aku pergi bilik kau eh ambil cerita tu. Apa kata kau tengok drama tu juga confirm kau akan jatuh hati dengan hero pujaan aku tu tau. Kau tau tak betapa handsome dan comelnya Lee Dong Wook tu. Kalaulah dapat suami sebiji macam rupa Lee Dong Wook tu kan best.” Amani mula berangan. Alia memandang Amani yang tengah tersengih-sengih.

           “Berangan je la cik Amani . Senang-senang kau ajak je Lee Dong Wook tu kahwin dengan kau kan senang.” 

            “Kan. Agak-agak kau la kan Alia. Kalau aku ajak dia kahwin dengan aku dia nak ke tak?” Soal Amani selamba. 

             “Confirm dia tak nak dekat kau beb.” Alia ketawa. Amani mencebik. 

             “Malam minggu nanti bolehlah aku tengok drama tu. Bolehlah aku berangan mimpikan lelaki macam Lee Dong Wook tu kan. Apasallah dia tu handsome sangat.” Amani bersuara lagi.

              “Parah betul kawan aku ni. Weh jangan nak beranganlah Amani. Cepatlah makan. Kita pergi surau dulu solat lepas tu masuk kelas Puan Hidayah pula. Kau jangan lupa pula hari ni ada kuiz tau.”  Mata Amani terus terbeliak.

               “Hah kuiz? Bila dia bagitahu? Aku tak ingat pun.” Amani mula kelam kabut.  Nasi di dalam pinggan sudah pun licin. Dia menghabiskan air sirap limaunya.

                “Itulah asyik ingat pada Lee Dong Wook kan sampai kau lupa kuiz hari ni. Puan Hidayah dah bagitahu minggu lepaskan. Dia kata kuiz tu bab yang kita dah belajar sebelum ni.” 

                “Ya Allah. Aku terlupa.  Tak apalah kejap lagi aku study apa yang patut.” Amani mengeluh dengan perlahan. Selepas itu mereka meninggalkan kafetaria.  Kelas Puan Hidayah akan bermula pada tiga petang. Maknanya dia masih ada masa untuk study.

                 LAPANGAN terbang antarabangsa agak sibuk pada hari ini. Ramai yang sedang menunggu flight masing-masing. Seorang jejaka yang berkaca mata hitam sedang melangkah seorang diri. Di tarik luggage miliknya.  Dia mula menuju ke arah pintu keluar. 

                  “Encik Rafique.” Sapa seseorang. Lelaki yang berkaca mata hitam tadi terus tersenyum lalu melambaikan tangannya pada lelaki yang memanggilnya sebentar tadi.

                  “Selamat pulang.” Ucap lelaki itu lagi lalu bersalaman dengan jejaka yang bernama Rafique.

                 “Terima kasih Acad. Sihat?” Soal Rafique lalu memeluk lelaki tersebut.

                “Alhamdulilah saya sihat Encik Rafique. Macam mana flight tadi?” Soal lelaki yang bernama  Acad lalu mengambil bagasi milik Rafique dan di masukkan ke dalam bonet kereta.

                 “Alhamdulilah. Semuanya baik saja.” Jawab Rafique . Selepas itu dia terus menarik pintu kereta lalu memboloskan dirinya ke dalam perut kereta. Sebaik saja bonet kereta di tutup  Acad menuju ke tempat pemandu .

                 “Encik Rafique nak balik rumah terus atau nak ke rumah Puan Sharifah Maimun?” Soal Acad sebaik saja dia menarik seatbelt. Rafique yang berada di tempat duduk belakang terus menarik kaca mata hitamnya. Dia menghela nafasnya dengan berat sekali.

                “Balik ke rumah je la Acad. Saya belum bersedia untuk berhadapan dengan nenek. Dia pasti masih marahkan saya tentang hal  dulu.” Jawab Rafique. Acad menganggukkan kepalanya.

               “Sudah dua tahun berlalu , saya yakin yang kemarahan nenek Sharifah sudah reda Encik Rafique. Kebelakangan ni nenek Sharifah seringkali sakit.” Ujar Acad lalu memandu kereta. Sesekali matanya melihat Rafique melalui cermin. 

                 “Saya tau Acad. Mummy ada call dan bagitahu tentang kesihatan nenek. Kalau ikutkan hati saya memang tak mahu balik tapi mummy dengan daddy dah bising. Nak tak nak saya kenalah balik sini.” Jawab Rafique. Matanya di halakan ke luar . Dia melihat keindahan yang dia rindui. Dia meninggalkan bumi Malaysia selama dua tahun pun bersebab.  Walaupun dua tahun dia berada di luar negara namun hatinya tidak pernah lupa tentang negara sendiri. Dia merindui segala-galanya yang ada di Malaysia. Acad hanya mampu mendiamkan diri dan membiarkan saja Rafique melayan perasaannya. Dia tahu apa yang berlaku pada Rafique dua tahun yang lalu.

              Sedang asyik Rafique melayan perasaannya itu, telefon miliknya berdering. Di lihat  nama yang tertera. Dengan bermalasan dia menjawab panggilan tersebut.

             “Assalamualaikum Syed Rafique Iskandar. Kamu dekat mana? Nenek nak kamu singgah ke rumah nenek dulu bolehkan. Lagi  satu mummy dan daddy kamu pun ada di sini. Datang sini dulu jangan terus balik ke rumah daddy kamu.” Arah Puan Sharifah Maimun di talian.

            “Waalaikumussalam nek. Hmmm yalah..” Jawab Rafique . Selepas itu dia terus mematikan talian.

             “Acad . Kita singgah rumah nenek dulu.” Arah Rafique pada pemandunya.

             “Baiklah Encik Rafique.” Jawab Acad. Dia menambahkan kelajuan kereta yang di pandunya. Arahan dari Puan Maimun tiada siapa  mampu bantah tetapi Syed Rafique Iskandar sudah pun membantah dua tahun dulu. Permintaan neneknya yang telah membuatkan Rafique menghilangkan diri ke luar negara.


NotaTersepit: Masalah kesihatan dan kerja lain menjadi kekangan untuk menulis sekarang ni. Mudah-mudahan berjaya siapkan mss ini kerana ada lg satu mss yang tergendala.. Hehehe.. Uishhh tamaknya cik writer.. :P

p/s : untuk mss AMB, BTW dan IACM di harap pembaca cik writer semua bersabar ya. InsyaAllah kalau ada rezeki akan ke versi cetak. Sama2 kita tunggu okey... ;)



No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D