Alhamdulilah. Sedar tak sedar kita dah masuk tahun baru 1436H. Semoga tahun baru ini memberikan rahmat dan hidayah buat kita semua . Marilah kita sama-sama tingkatkan keimanan . Sepeti yang cik writer war-warkan sebelum ini yang hari ini adalah enrty last untuk kisah BTW di blog. Terima kasih buat pembaca kesayangan cik witer yang mengikuti kisah Ziyad dan Durani dari awal sehinggalah bab hari ini. InsyaAllah kalau ada rezeki untuk di terbitkan akan di bagitahu kelak. Di sini juga cik writer nak minta maaf sebab kisah baru Dia Pemburu Cinta mungkin akan di publish di blog bermula Disember nanti ya. Kalau dapat publish dalam bulan nov cik writer akan bagitahu di page fb Ayra Zahra . Mekasih :D
BAB TIGA PULUH EMPAT
BALIK dari klinik senyuman di bibir Zikri tak pernah lekang. Dia menoleh pada isterinya di sebelah yang baru saja terlelap. Masih terngiang-ngiang lagi ucapan doktor yang merawat Washfa tadi. Ya dia dan isterinya akan mendapat cahaya mata baru. Syukur Alhamdulilah Washfa di sahkan hamil dua bulan. Zikri tidak henti-henti mengucap syukur. Berita gembira ini akan di kongsi dengan keluarganya esok. Zikri menguak anak rambut Washfa. Lena sungguh isterinya di kala ini. Baru saja Zikri ingin mengucup isterinya Washfa terus tersedar dan mula rasa sesuatu.
“Kenapa sayang?” Soal Zikri apabila melihat isterinya bangun tergesa-gesa. Washfa berlari menuju ke bilik air sambil menutup mulut.
Sampai saja di sinki terus dia muntah. Zikri bergegas ke bilik air dan mengusap belakang isterinya. Washfa berkumur berkali-kali.
“Sayang okey tak ni?” Soal Zikri dengan penuh risau. Nampak gayanya isterinya itu mengalami alahan. Sewaktu mengandungkan puteri dulu Washfa tak mengalami alahan langsung.
“Okey bang.” Jawab Washfa lalu memandang suaminya dengan senyuman. Zikri memapah isterinya dengan perlahan-lahan menuju ke katil mereka.
“Sayang kena banyak berehat lepas ni. Doktor pun dah pesankan. Abang rasa sayang batalkan semua tempahan biskut raya tu ya. Abang nak sayang dan baby rehat saja .” Mendengar saja batalkan tempahan biskut raya Washfa terus menggelengkan kepala.
“Abang mana boleh Washfa buat macam tu. Kesian nanti dekat diorang lagipun tahun ni Washfa tak ambik banyak pun tempahan. Adalah dalam lima belas orang saja. Washfa nak juga siapkan tempahan tu. Bolehlah bang. Washfa dan baby baik-baik je. Abang janganlah risau. Please bang.” Mohon Washfa sambil mengusap jari suaminya.
Zikri menghela nafasnya dengan berat. Dia bukan apa kasihan dengan isterinya. Kandungan Washfa masih baru dan isterinya turut mengalami alahan. Itu yang dia bimbangkan. Kesihatan isterinya adalah keutamaannya.
“Tapi sayang …”
“Abang percayalah Washfa boleh buat. Macamlah Washfa mengandung kali pertama . Inikan anak kita yang kedua. Abang jangan risau. Washfa janji semuanya akan baik saja. Kesihatan Washfa dan baby kita akan di utamakan.” Washfa mengangkat tangannya tanda janji. Zikri akhirnya menganggukkan kepalanya.
“Tapi kalau abang tengok kesihatan sayang tak mengizinkan abang nak sayang batalkan semua ya. Abang bimbangkan kesihatan sayang dan baby kita ni.” Zikri mengusap lembut perut isterinya yang masih lagi leper.
“Terima kasih bang. Sayang abang.” Washfa tersenyum puas sebelum merebahkan kepalanya di dada bidang suaminya.
“Sama-sama. Sudahlah sekarang ni abang nak sayang tidur. Rehat. Sahur nak bangun masak pula kan?” . Washfa membetulkan duduknya lalu merebahkan kepalanya di atas bantal. Zikri pula bersandar di kepala katil. Matanya masih lagi belum mengantuk.
“Washfa harap kali ni kita dapat anak lelaki pula.” Ujar Washfa sewatu mengusap perutnya yang masih kempis. Dia sangat teruja untuk menunggu anak keduanya. Zikri menoleh pada isterinya yang sedang tersenyum.
“InsyaAllah sayang. Abang pun nak anak lelaki pula kali ini. Apa yang paling penting adalah sayang dan baby selamat dan sihat. Terima kasih ya sayang sebab muncul dalam hidup abang dan berikan abng kebahagiaan yang abang sendiri tak pernah jangka. I love you .” Zikri menghadiah sebuah kucupan di dahi isteri tercinta.
“Sama-sama dan terima kasih juga untuk abang. Kita kena ucapkan terima kasih pada Armand. Dialah yang mempertemukan kita.” Jawab Washfa. Zikri menganggukkan kepalanya.
“Kalau tak salah abang Armand dah balik dan dia akan mengambil alih business Encik Zain.”
“Ye ke bang. Baguslah kalau macam tu. Encik Zain tu dah patut bersara. Anak dia kan ada untuk ambil alih. Bagus juga dia bagi dekat Armand. Kalau dia bagi dekat Efa maknanya abang akan jumpa dia selalulah.” Jawab Washfa dengan selamba.
“Isteri abang ni cemburu ya? Sejak bila ni pandai cemburu . Selalunya kalau hal Efa sayang biasa je.” Usik Zikri. Washfa mencebikkan bibirnya.
“Entah mungkin sebab mengandung kot.” Jawab Washfa dengan selamba lalu tersengih.
“Kasih sayang cinta abang untuk sayang dan anak-anak kita. Efa sejarah lama abang . Abang harap yang Efa tak akan ganggu kita atau Ziyad lagi. Cukuplah dengan apa yang di buat sebelum ni.”
“Washfa doakan sangat yang suatu hari nanti Efa tu dapat terima hakikat dan berubah. Dia tu ada rupa bang tapi sayang sikap dia tu yang telah tenggelamkan sinar wajah polos dia. Washfa yakin yang Efa tu sebenarnya baik cuma dia saja yang membuat pilihan yang salah.” Zikri mengucup tangan isterinya pula.
“Sama-samalah kita berdoa. Abang kalau boleh tak nak pun bermusuhan dengan dia. Baik buruk dia tetap sepupu kepada arwah adik ipar kita.” Washfa mengangguk tanda setuju.
“Jom tidur.” Zikri menutup suis lampu lalu di rebahkan badannya lalu mengiring ke arah isterinya.
“Selamat malam bang.” Ucap Washfa sebelum memejam mata.
“Selamat malam sayang.” Balas Zikri lalu mengucup dahi isterinya sebelum dia turut memejamkan mata. Lagi beberapa jam mereka akan bangun untuk bersahur pula.
MAK Nab melihat kereta milik anak lelaki Datuk Zahir masuk ke perkarangan rumah Durani. Dari jauh Mak Nab berlari-lari anak untuk mengintip. Dia melihat Ziyad keluar dari kereta dan memberi salam .
“Budak tu kenapa asyik jumpa Dura je. Aku rasa budak berdua ni mesti ada skandal ni. Bulan-bulan puasa ni nak pergi mana berdua rupa itu?” Soal Mak Nab sambil menggarukan lengannya yang di gigit nyamuk. Dia menyorok di sebalik pokok bunga . Sudahlah hari petang nyamuk mulalah berkeliaran waktu itu. Dia melihat Durani keluar bersama orang tuanya.
“Nak pergi mana ya Dura tu. Eii tak padan betul. Inilah namanya janda gatal. Ada hati nak mengorat anak datuk. Tak sedar diri betullah Dura tu. Macamlah anak Datuk Zahir tu pandang dia sangat. Elok sangatlah tu sorang duda sorang janda. “ Mak Nab ketawa kecil.
“Hoi mak buat apa mengendap orang petang-petang ni?” Sergah Wida. Apa lagi terperanjatlah orang tua tu.
“Ohoii janda .” Latah Mak Nab lalu menoleh ke belakang. Di ketap bibirnya dengan geram.
“Hey Wida kamu tu kalau tak terkejutkan aku tak boleh ke?” Mak Nab melepaskan amarahnya . Dia bercekak pinggang. Wida mencebik.
“Yang mak ni terhendap-hendap intai siapa. Hari dah petang mak. Juadah nak berbuka Wida dah beli tadi.” Jawab Wida . Dia masih lagi tidak mengerti tingkah laku ibunya itu.
“Itu haa aku mengendap si Dura tu. Tengok tu nampak gayanya dia nak keluar dengan anak Datuk Zahir. Ke mana agaknya diorang nak pergi ya. Mak tengok baru-baru ni dia keluar dengan Dura juga. Diorang ni mesti ada skandal ni.” Mata Wida terus melihat ke arah yang di tunjukkan oleh Mak Nab.
“Biarlah mak si Dura tu nak keluar dengan siapa pun. Dia pun bukan ada laki. Yang mak sibuk sangat pasal dia tu kenapa?” Soal Wida pelik.
“Yalah. Sebelum ni mana pernah anak Datuk Ziyad tu nak datang sini. Mesti ada apa-apa ni.”
“Mak ni janganlah fikir bukan-bukan. Sah-sahlah diorang tu nak keluar buka puasa. Daripada mak buat dosa mengata si Dura tu ada baiknya kita masuk. Hal dia buat apa kita nak masuk campur?” Wida menarik lengan ibunya.
“Hey kamu ni Wida tak ada perasaan ke? Itulah hari tu mak suruh kamu ngorat budak tu kamu tak nak.” Marah Mak Nab lalu di rentap tangannya.
“Mak ni Wida dah cubalah dia yang tak nak layan. Buang masalah mak oiii. Baik Wida tangkap orang lain . Lagipun bukan ke si Ziyad tu sakit? Ish tak nak la Wida dapat laki sakit rupa itu. Di buatnya laki mati hari kahwin tak ke naya mak oii. Nak ke mak tengok anak mak ni jadi macam Dura tu?” Soal Wida dengan geram.
Dia memang tak suka bila dengar nama Ziyad. Mamat tu memang sombong dengan dia. Dasar anak orang kaya. Dia dapat tahu Ziyad sakit pun melalui cakap-cakap orang. Penyakit amnesia katanya. Apa sakitnya Wida tak tahulah. Dia bukannya tahu sangat bab-bab sakit ni. Tak kuasalah kepala otak dia nak fikir.
“Hoi mulut kamu ni Wida bukan main bisa lagi. Nak sangat jadi macam Dura ke? Aku cili juga mulut kamu tu nanti.” Mak Nab mencubit lengan anaknya.
“Aduh sakitlah mak. Salah ke apa yang Wida cakap tu. Dahlah mak jomlah naik. Banyak nyamuklah dekat luar ni. Daripada mak baik hati dermakan darah mak tu pada nyamuk ada baiknya derma dekat orang yang memerlukan.” Perli Wida lalu meninggalkan ibunya.
“Hey Wida.. Geram betul aku dengan budak ni la. Kalau menjawab bukan main lagi dia. Ikut siapa la perangai tu.” Omel Mak Nab sebelum melangkah masuk ke rumahnya.
Mak Nab oiii ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Sah-sahlah perangai Wida tu mengikut perangai Mak Nab sekali. Dah nama pun anak dan mak.
DURANI dan Ziyad masuk ke perkarangan restoran tersebut. Awal-awal lagi Ziyad sudah membuat tempahan . Durani dan Ziyad sama-sama keluar dari perut kereta. Durani melihat persekitaran tempat tersebut. Sungguh unik dan cantik. Seingatnya dia masih lagi jejakkan kaki ke sini. Dulu dia ada berhajat nak datang ke sini tetapi selalu saja ada halangan.
“Jomlah kita masuk.” Pelawa Ziyad. Durani menganggukkan kepala. Sebaik saja masuk situ terus Ziyad menuju ke meja yang telah di tempah. Di meja sudah tertera namanya. Dia berjalan seiringan dengan Durani. Selepas itu mereka sama-sama duduk .
“Apa awak rasa sebaik saja kita jejakkan kaki ke sini?” Soal Durani . Ziyad memandang Durani.
“Kosong Dura.” Jawab Ziyad lalu mengeluh panjang. Mata Ziyad kemudiannya melihat ke kanan dan kiri.
“Menurut diari yang di tulis oleh arwah Kak ngah saya , di sinilah tempat awak dan dia selalu datang. Dia kata sini tempatnya damai dan makanannya pun sedap.” Jawab Durani. Dia masih ingat lagi apa yang tertulis di dalam diari tersebut.
“Maafkan saya. Tempahan encik dah siap. Lama encik tak datang ke sini. Mana buah hati encik yang dulu. Ini buah hati yang baru ke?” Sapa seorang pekerja yang bertugas. Dia datang membawa makanan yang telah di pesan oleh Ziyad untuk berbuka puasa nanti.
“Awak masih mengenali pelanggan awak ke? Saya sakit dan buah hati yang saya pernah bawa dulu dah meninggal.” Jawab Ziyad. Terkejut orang itu.
“Innalilah .. Maafkan saya Encik. Kali terakhir buah hati encik datang dulu seorang diri . Dia sedang bersedih saja waktu tu. Saya ada juga menyapanya tetapi dia hanya tersenyum tanpa menjawab pertanyaan saya. Sudah tentu saya ingta encik dan dia pelanggan tetap kami. Dia meninggal sebab apa?” Soal lelaki itu lagi. Durani terkejut.
“Sakit.” Jawab Durani dan Ziyad serentak. Lelaki itu menganggukkan kepalanya.
“Selamat berbuka puasa ya Encik.” Lelaki itu kemudiannya meninggalkan Durani dan Ziyad sebaik saja menghidangkan makanan.
“Bila masa arwah kakak saya datang ke mari? Dia tak ada bagitahu saya pula.” Durani cuba ingatinya sekiranya arwah kak ngahnya ada mengajaknya untuk ke sini. Ziyad sedang merenung sesuatu. Durani melihat telatah Ziyad yang sedang memejam mata dengan pelik.
“Ziyad..” Durani memanggilnya dngan perlahan. Mungkinlah Ziyad sedang cuba mengingati sesuatu .
“Saya sebenarnya ada hal nak bagitahu awak.”
“Awak nak bagitahu apa pada saya?”
“Saya sebenarnya sukakan awak dan saya nak hubungan kita ni lebih serius . Saya sayangkan awak.”
“Awak……”
Azan maghrib sayup-sayup kedengaran menyapa telinga Ziyad. Dengan pantas Ziyad membuka matanya. Apa yang muncul di dalam fikirannya tadi terus hilang dalam sekelip mata. Durani hanya memerhati lagak Ziyad yang bingung.
“Awak dah azan. Sekarang kita berbuka dulu ya?” Durani melambaikan tangannya . Ziyad memandang Durani lalu menganggukkan kepalanya.
“Awak ada ingat sesuatu ke Ziyad?” Soal Durani sewaktu mereka sedang menjamu selera. Ziyad memandang Durani dan dia menarik gelasnya lalu menyedut air minuman.
“Saya ada ingat sesuatu Dura . Saya rasa tempat ini adalah tempat di mana saya luahkan perasaan saya untuk dia kali pertama. Tapi saya tak dapat nak ingat sepenuhnya. Mengapa saya jadi sampai begini. Kenapa begitu payah sekali saya nak dapatkan ingatan saya kembali. Saya rasa nak hantuk kepala dekat dinding.” Luah Ziyad . Durani menyedut air minumannya.
“Sabar Ziyad. Hantuk kepala dekat dinding bukannya boleh selesai masalah ingatan awak pun. Saya pun tak tahu nak tolong awak macam mana lagi. Kalau saya di tempat awak pastinya turut terfikir untuk lakukan sebegitu tapi itu bukan caranya.” Pujuk Durani.
“You know what, saya ada pergi tempat lain yang arwah tulis dalam diari tapi bila saya pergi seorang diri dekat situ saya tak dapat apa-apa tapi bila awak ada dengan saya pasti saya boleh nampak memori lama saya walaupun ianya samar-samar. Kenapa ya? Adakah ini pertunjuk atau takdir ?” Soal Ziyad. Durani tersedak sewaktu menyedut air minuman. Ziyad menghulurkan tisu pada Durani.
“Are you sure ? Kebetulan je kot.” Jawab Durani dengan pelik. Kenapa pula dia nak kaitkan dengan adanya aku? Omel Durani sebelum dia dapat tangkap sesuatu.
“Itu saya tak pasti Dura. Itu yang saya rasa .” Jawab Ziyad lalu menyambung semula makan.
“Kejap-kejap. Saya rasa saya tahu sebab apa.” Durani memandang wajah Ziyad dengan serius. Dia terfikir sesuatu.
“Sebab apa?” Soal Ziyad ingin tahu. Terus terbantut niatnya untuk menyuapkan nasi ke dalam mulut. Durani mengetap bibirnya dengan perlahan.
“Mungkin sebab secebis hati arwah Kak ngah ada dengan saya.” Jawab Durani . Ziyad tidak berkelip memandang Durani. Dia hampir terlupa tentang perkara itu. Mungkin betul apa yang di katakan oleh Durani. Walaupun arwah sudah tiada di dunia tetapi cebisan hatinya ada dalam diri Durani. Sedikit sebanyak iainya turut memberi kesan sama ada sedar atau pun tidak.
PUAN Haryati duduk di beranda rumah anak yatim sinar harapan. Dia melihat anak-anaknya sedang bersiap-siap untuk berbuka puasa sebentar nanti.
“Ita di manakah kau berada. Puas aku dan Washfa mencari kau tapi kenapa sukar sekali untuk menemui kau Ita. Setiap kali mendapat maklumat tentang keberadaan kau aku pergi tetapi semuanya hampa. “ Luah Puan Haryati sendirian. Dia menarik nafas dalam-dalam.
“Ini semua salah aku kerana berikan Wardah untuk Ita jaga. Kalaulah aku tidak memisahkan mereka waktu kecil dulu sudah pastinya Washfa tidak perlu menanggung rindu pada adiknya . Semuanya salah aku. Maafkan umi Washfa. Ini semua salah umi.” Tambah puan Haryati dengan pilu. Setiap kali teringat pada Washfa hatinya menjadi sebak.
Usahanya selama ini masih lagi belum membuahkan hasil. Adakah ramadhan tahun ini mereka tidak juga berkesempatan untuk menjumpai di mana keluarga Ita berada.
“Umi ada panggilan. Telefon umi dari tadi lagi berbunyi.” Sapa seseorang pada Puan Haryati dengan membawa telefon.
Puan Hayati menoleh pada anaknya dengan senyuman. “ Terima kasih ya Intan.” Banyak sungguh panggilan tidak di jawab. Puan Haryati melihat nama yang tertera.
“Washfa.” Soalnya . Baru saja dia ingin menghubungi semula Washfa , telefonnya itu terlebih dahulu berdering. Dengan pantas dia menjawabnya.
“Betul ke ni? Alhamdulilah. Tahniah dari umi. Jaga kandungan kamu elok-elok ya jangan buat kerja berat tau.” Wajah Puan Haryati terus ceria sebaik saja mendengar khabar dari Washfa . Doanya untuk Washfa di makbulkan. Cucunya akan bertambah.
“Habis tu Washfa nak buat juga ke kuih raya tahun ni. Kalau ada alahan tak payahlah buat nak. Kesihatan yang penting.” Puan Hayati mula risau apabila dapat tahu yang Washfa mengalami alahan untuk kandungan kali kedua ini.
“Umi janganlah risau. Washfa sihat. Alahan tu biasa je . Umi masih tak ada khabar lagi ke dari auntie Suria ?” Soal Washfa dengan harapan. Kali ini dia memang menaruh harapan yang tinggi berita dari auntie Suria.
“Belum lagi sayang. Mungkin dia lupa agaknya nanti umi cuba hubungi dia dan bertanya ya. Umi pun menantinya juga. Besar harapan umi kali ini. Moga-moga kita dapat bertemu dengan kawan umi yang jaga adik kamu.” Jawab Puan Hayati. Dia dapat mendengar yang Washfa menghela nafasnya dengan berat.
“Sama-sama kita berdoa ya sayang. Bulan ramadhan bulan penuh keberkatan. InsyaAllah dengan izinnya pasti kita akan dapat mencari mereka.” Pujuk Puan Hayati.
“Umi dekat mana auntie Suria tinggal?. Apa kata kita pergi saja ke rumah dia daripada tunggu dia telefon kita.” Tiba-tiba saja Washfa memberi cadangan begitu. Puan Hayati berfikir sejenak.
“Cadangan yang bagus tu. Apa kata Washfa bincang dulu dengan Zikri. Kalau dia setuju dan beri keizinan kita pergi ke rumah auntie Suria.” Washfa mula mengukir senyuman. Dia yakin yang suaminya itu akan memberi persetujuan dan keizinan.
**************************************
BAB TIGA PULUH LIMA
DURANI dan orang tuanya keluar dari surau yang berdekatan dengan rumah mereka. Solat sunat terawih untuk malam ini sudah pun selesai. Selipar di sarung di kaki sebelum Durani menoleh pada ibunya yang sedang bersembang dengan orang kampung. Durani hanya menghadiahkan senyuman manis buat mereka.
“Dura dah nak balik ke?” Sapa Datin Huwaidah sebaik saja ternampak Durani yang sedang berdiri menunggu ibunya. Dia baru saja menyapa ibu Durani sebentar tadi.
“Ya datin.” Jawab Durani dengan senyuman.
“Dura berapa kali auntie nak cakap jangan panggil datin. Panggil auntie pun dah cukup. Datin tu terlalu formal sangatlah. Auntie ni pun orang kampung biasa je Dura.” Datin Huwaidah mendekati Durani.
“Sorry auntie . Sorang je ke? datuk tak datang sekali ke?” Soal Durani.
“Uncle kamu dengan Ziyad datang juga. Adalah tu diorang tunggu auntie dekat pagar surau ni.” Jawab Datin Huwaidah. Selepas itu ibu Durani Puan Yusnita mendekati anaknya.
“Jomlah Dura kita balik. Ayah kamu mesti dah tunggu dekat luar tu.” Ujar Puan Yusnita dengan senyuman.
“Alang-alang nak balik tu bolehlah kita jalan sama.” Datin Huwaidah memberi cadangan.
“Haa elok sangatlah tu Kak Idah.” Puan Yusnita menyokong. Durani pula menganggukkan kepala. Mereka bertiga berjalan seiringan.
“Dura auntie nak ucapkan terima kasih sebab sudi bantu Ziyad . Kalaulah arwah Adah masih hidup agaknya dah lama kita berbesan kan Ita?” Soal Datin Huwaidah sewaktu melangkah.
“Sama-sama auntie. Dura tolong apa yang Dura mampu. Lagipun memang Dura nak tau sangat tentang percintaan mereka. Mana tau kot-kot lepas ni kita boleh tahu siapa yang santau arwah Kak Ngah dulu. Sampai ke hari Dura tertanya-tanya siapa orangnya.” Jawab Durani.
“Apa boleh buat Kak Idah. Takdir Allah menentu segalanya. Kita sendiri pun tak tahu yang anak-anak kita bercinta sebelum ni. Yalah arwah Adah tak pernah nak kenalkan pada kami begitu juga dengan Ziyad..” Jawab Puan Yusnita.
“Saya pun nak tahu juga siapa orangnya. Kasihan arwah dia telah banyak menderita. Dia menderita Ziyad tak datang jumpanya lepas tu pula menderita dengan sakit buatan orang. Orang yang tak bersalah seringkali menjadi mangsa . Saya cukup sedih dengan apa yang berlaku pada arwah. Ziyad pula masih lagi mencari memorinya dengan arwah dulu. Saya harap bila Ziyad ingat balik tentang arwah dia boleh terimanya dengan hati yang terbuka.” Terang Datin Huwaidah dengan panjang lebar.
“Sama-samalah kita berdoa auntie. Dura yakin suatu hari nanti kita akan tahu juga siapa punya angkara. Sekarang ni kita sama-sama bantu Ziyad untuk ingat balik .” Durani tersenyum pada Datin Huwaidah.
“Papa tu pun mama.” Ziyad menunjukkan pada papanya. Datuk Zahir tersenyum apabila melihat isterinya sedang menuju kea rah mereka.
“Patutlah lama je. Rupanya bersembang.” Ujar Encik Idris pula. Mata Ziyad tidak lepas memandang wajah Durani dalam telekung. Sungguh indah dan berseri wajahnya. Durani tersenyum sebaik saja melihat mereka.
“Apa yang ibu kamu buat dekat dalam tu Dura lama sangat? Bersembang ke?” Usik Encik Idris.
“Abang ni mulalah tu nak mengata saya. Tadi bertegur sapa dengan Bedah. Dia bertanyakan tentang hal Dura dan Ziyad.” Jawab Puan Yusnita. Durani dan Ziyad saling berpandangan.
“Kenapa pula ibu? Ada yang tak kena ke?” Soal Durani pelik. Ziyad menanti jawapan dari mulut ibu Durani. Puan Yusnita menghela nafasnya seketika.
“Tak ada Dura. Mak Nab kamu tu la pergi buat mulut yang kononnya kamu dengan Ziyad ni ada skandal. Macam-macamlah diorang ni. Katanya Bedah , Mak Nab kamu nampak Ziyad datang jemput kamu dekat rumah untuk berbuka puasa hari tu. “ Terang Puan Yusnita.
“Biarlah mak cik diorang nak cakap apa pun. Bukan diorang tahu pun apa yang kita sedang hadapi ketika ini. Mulut orang bukan boleh tutup. Lama-lama nanti senyaplah dia.” Jawab Ziyad. Durani memandang Ziyad lalu menganggukkan kepalanya. Setuju dengan kata-kata Ziyad.
“Betul tu Ita. Biarlah orang nak kata apa pun . Apa yang Ziyad dan Durani buat kita tahukan. Jadi abaikan saja cakap-cakap orang.” Jawab Datin Huwaidah pula.
“Kalau di biarkan boleh jadi fitnah juga Idah. Yalah Ziyad dan Dura sama-sama solo. Mata orang memandang memanglah akan fikir yang bukan-bukan.” Sampuk Datuk Zahir pula.
“Betul apa yang datuk cakap tu. Memang tak manis bila Ziyad dan Dura seringkali keluar berdua.” Encik Idris turut setuju dengan kata-kata Datuk Zahir.
“Habis tu macam mana? Ziyad keluar dengan Dura bukannya buat perkara tak senonoh tetapi Dura hanya membantu Ziyad dalam mencari kembali memori Ziyad yang hilang. Tambahan pula kami adalah kawan. Tak kan kawan tak boleh bertemu dan keluar bersama?” Soal Ziyad . Kedua-dua tangannya di masukkan ke dalam poket baju melayu.
“Senang-senang korang berdua kahwin. Mama yakin yang tak akan ada lagi orang bercakap-cakap tentang kamu Ziyad , Dura.” Terkejut Durani dan Ziyad dengan apa yang di katakan oleh Datin Huwaidah.
“Awak ni Idah ke situ pula. Hal nikah kahwin ni bukan boleh di buat main-main. Lagipun mereka berhak untuk membuat pilihan . Janganlah buat Dura dan Ziyad rasa tak selesa pula nak berkawan.” Tegur Datuk Zahir . Durani menundukkan kepalanya.
“Mama dengan papa tak usahlah nak risau. Mak cik dan pak cik pun sama . Biarlah orang nak kata apa pun tentang kami asalkan kami tahu apa yang kami lakukan. Seandainya antara kami ni ada jodoh Ziyad tak akan menolak.” Jawab Ziyad dengan tenang lalu tersenyum. Durani mendongakkan kepala lalu memandang Ziyad dengan pelik.
“Baguslah kalau kamu fikir macam tu Ziyad. Pak cik ni tak kisah dah biasa dah dengan tomahan orang. Masa Dura kehilangan arwah Mikhail macam-macam mereka tuduh Dura tapi pak cik pekakkan saja telinga. Mereka bolehlah bercakap sesedap rasa sebab bukan mereka yang berada di tempat Dura.” Jawab Encik Idris sewaktu menepuk bahu Ziyad.
“Eh tak kan kita nak terus berdiri dekat sini saja. Jomlah gerak balik. Sambil jalan pun boleh sembangkan?” Soal Puan Yusnita.
“Betul tu Ita. Lampu surau pun dah di tutup. Orang lain pun dah balik. Jomlah kita balik.” Tambah Datin Huwaidah pula. Mereka mula melangkah . Yang tiga perempuan berjalan di hadapan manakala yang tiga lelaki ini pula mengekori mereka dari belakang.
HARI minggu itu selepas bersahur dan menunaikan solat subuh Durani banyak menghabiskan masa di dalam biliknya. Sekejap lagi dia ingin menziarah pusara suaminya. Sepanjang bulan ramadhan ini , Durani masih lagi tidak berkesempatan untuk ke sana. Sudah lama dia tidak menziarahi pusara itu. Bulan ramadhan bakal berginjak ke pertengahan. Pejam celik pejam celik dah hampir separuh ramadhan telah meninggalkan mereka.
Sementara menunggu cerah , Durani membawa kotak kecil ke atas katilnya. Dia membukanya lalu melihat rantai yang masih lagi di simpan olehnya. Di usap dengan perlahan.
“Ke mana lagi harus aku mencari mereka. Iklan dalam surat khabar sudah kami buat suatu ketika dulu, bertanya sana sini pun sudah.” Durani menggaru kepalanya. Selepas itu Durani menilik jam di dinding yang baru saja menunjukkan angka enam suku pagi.
“Aku terlupa nak tanya pada Ziyad adakah Ziyad tahu tentang arwah Kak Adah mencari keluarganya?” Soal Durani dengan tiba-tiba.
“Eh kejap-kejap. Apalah kau ni Dura. Kalau kau tanya pun sah-sahlah Ziyad tak tahu. Dia mana ingat lagi .” Durani menepuk dahi sendiri sebelum dia merebahkan kepalanya ke bantal. Rantai milik arwah kak ngahnya masih di pegang dan di tiliknya.
Durani yakin sedikit sebanyak Ziyad ada mengetahui cerita tentang arwah kakaknya dan keluarga angkat yang terputus hubungan. Isu ini tidak pernah lekang dari bibir arwah kakanya itu sejak dulu lagi. Setiap detik setiap masa fikirannya memikirkan tentang kakaknya yang ingin sekali dia jumpa. Wardah memang merindui kakak kandungnya.
Dalam pada berfikir itulah , mata Durani semakin memberat kerana mengantuk. Beberapa detik selepas itu , Durani mula terlelap dengan rantai yang di genggam olehnya.
“Apa yang awak menungkan tu Ita?” Sapa Encik Idris sewaktu melihat isterinya sedang termenung di dalam bilik tidur mereka. Encik Idris baru saja pulang dari surau . Dia menunaikan solat subuh berjemaah di surau. Puan Yusnita langsung tidak menoleh pada suaminya. Encik Idris mula pelik lalu mendekati isterinya.
“ Ita . Ita . Kenapa dengan awak ni? Saya tegur senyap je. Jauh betul awak termenung. Apa yang menganggu fikiran awak sekarang ni?” Soal Encik Idris sewaktu mengusap bahu isterinya dengan perlahan. Kali ini barulah Puan Yusnita memandang suaminya.
“Abang bila balik. Ita tak perasan pun.” Jawab Puan Yusnita.
“Macam mana nak perasan kalau awak asyik termenung saja. Abang panggil awak tak bagi tindak balas langsung. Apa yang awak menungkan tadi. Jauh betul awak mengelamun Ita. Fikirkan apa pula kali ni?” Soal Encik Idris lalu duduk bersebelahan dengan isterinya.
“Fikikan tentang Yati bang.” Jawab Puan Yusnita dengan jujur. Encik Idris menghela nafasnya dengan berat. Dia menanggalkan kopiah yang berada di atas kepala.
“Macam mana ada dapat apa-apa maklumat dari kawan lama awak tu?” Soal Encik Idris. Puan Yusnita geleng kepala hampa.
“Dia langsung tak jawab panggilan saya bang. Jangan-jangan diorang main-main saja tak?” Soal Puan Yusnita .
“Awak ni janganlah fikir yang bukan-bukan. Buat apa diaorang nak main-mainkan kita? Apa yang diaorang akan dapat buat macam tu. Mungkin kawan awak tu tengah sibuk ke? Mana kita tahukan. Sabarlah. Awak cubalah nanti lagi. Mana tau kali ini kawan awak tu angkat.”
“Abang lupa ke yang kawan saya Ramlah tu pernah nak berbesan dengan kita dulu. Dia nak rekomenkan anak gadis dia pada Lukman dulu?” Soal Puan Yusnita pada suaminya.
“Ita cubalah awak jangan fikir yang bukan-bukan. Kita ni dah tua dan dia pun sama mustahillah dia nak tipu atau main-mainkan awak. Dia sendiri yang cakap dia ada pernah nampak Yati baru-baru ni. Kalau betul dia nak main-mainkan awak tak ada maknanya dia telefon awak bagitahu Puan Yusnita oii.. Sudahlah jangan nak fikir yang bukan-bukan. Itu kawan awak tau. Ini Durani mana? Dia kata nak ke kubur.” Soal Encik Idris.
“Dura ada dekat bilik dia. Abang sunyi pula rumah kitakan bila Irfan tak ada. Lukman dah bawa balik anak dan isterinya ke Melaka. Rindu pula saya dekat diorang. Yana nak ikut balik sana kasihan dekat Lukman nanti . Yalah bulan puasa pula tu.”
“Raya nanti cucu awak tu baliklah. Janganlah nak sedih sangat. Oh ya sebelum abang terlupa. Malam ni datuk Zahir ajak kita sekeluarga berbuka puasa di rumah mereka.”
“Buka puasa dekat sana?” Soal Puan Yusnita pelik. Suaminya menganggukkan kepala sebelum bangun dan menukar pakaian.
“Jangan lupa bagitau pada Dura.” Pesan Encik Idris lagi.
WASHFA tersenyum puas apabila perkara yang dia ingin tahu sudah pun dia perolehi. Sebentar tadi auntie Suria sendiri menelefonnya selepas dia menunaikan solat isyak. Washfa terasa ingin menangis apabila auntie Suria memberitahu di mana lokasi adiknya berada.
“Terima kasih banyak-banyak auntie. Washfa tak tahu nak kata apa. Lama Washfa tunggu saat macam ni.” Jelas Washfa dengan sebak di talian.
“Sama-sama. Auntie minta maaf sebab lambat bagitahu . Ini pun auntie baru teringat sewaktu bercakap dengan suami auntie. Washfa nak pergi bila ke sana?” Soal auntie Suria.
“Secepat mungkin, tambahan pula dari alamat ini orang yang Washfa cari ada dekat dengan rumah mertua Washfa. Terima kasih sekali lagi auntie.” Ujar Washfa dengan wajah yang sungguh gembira dan ceria sebelum mematikan talian.
Washfa mundar mandir di dalam biliknya. Di toleh pada puteri yang sudah terlelap sebentar tadi di atas katilnya. Dia tidak sabar menunggu kepulangan suaminya. Baru dia rancang nak ke rumah auntie Suria lusa tetapi hari ni auntie Suria terlebih dahulu menelefonnya. Uminya juga sudah di hubungi. Washfa duduk di birai katil. Dia terkejut juga sewaktu menulis alamat tersebut.
Bunyi enjin kereta milik suaminya membuatkan Washfa makin tersenyum lebar. Dia menunggu suaminya di dalam bilik. Kalau ikutkan hati mahu saja dia turun ke tingkat bawah tetapi memandangkan puteri sedang tidur dia tidak sampai hati pula tinggalkan anaknya sorang diri di tingkat atas.
“Sayang tak tidur lagi?” Sapa Zikri sebaik saja melihat Washfa sedang menunggunya di birai katil. Washfa terus berdiri lalu mendekati suaminya.
“Abang..abang. Auntie Suria dah telefon Washfa tadi dan dia dah bagitahu di mana tempatnya. Abang tahu tak menurut alamat yang di bagi mereka ada dekat kampung mama. Mereka ada dekat sana bang.” Jelas Washfa dengan teruja. Zikri terkejut mendengarnya.
“Serius?” Soal Zikri. Washfa menganggukkan kepalanya lalu menunjukkan kertas yang di coretkan alamat yang di berikan oleh auntie Suria padanya.
“Ini memang dekat kampung kita. Abang rasa macam pernah tengok saja alamat rumah ni.” Jelas Zikri dengan kerutan di dahi. Dia cuba mengingati alamat rumah itu.
“Abang kita balik kampung. Please bang. Washfa nak cari mereka.” Mohon Washfa. Zikri tersenyum lalu menganggukkan kepalanya.
“Boleh sayang. Esok lepas sahur kita bertolak balik sana ya. Umi dah tahu belum?” Soal Zikri. Dia gembira melihat isterinya yang sungguh teruja di saat ini. Mahu tak teruja bertahun-tahun mereka cuba mencari di mana keberadaan adik Washfa yang dia sendiri tidak kenali.
“Umi dah tahu. Sekejap lagi Washfa mesej umi cakap kita balik sana selepas sahur. Terima kasih bang.” Jawab Washfa lalu memeluk suaminya. Matanya mula berkaca. Lama dia menunggu saat ini. Bagaikan mimpi . Dia hampir-hampir saja mahu berputus asa dengan penantian itu.
“Sayang. Alhamdulilah. Pencarian kita bakal sampai ke penghujung. Abang juga teringin nak lihat wajah adik ipar abang tu.” Ujar Zikri sewaktu melepaskan pelukan. Bibir Washfa tidak lekang dengan senyuman. Tidak sabar dia menanti hari esok. Doanya untuk bertemu adiknya sudah termakbul.
Bagaimana agaknya reaksi Washfa nanti bila mengetahui yang adik yang di carinya itu sudah tiada di dunia ini. Bolehkah dia menerima takdir ini? .
Bersambung....
NotaTersepit: Masih lagi berperang dengan editing mss Alahai Miss Blur. Siap editing ni barulah boleh cik writer kembali menulis DPC yang dah tertangguh. Tak boleh nak buat serentak nanti habis tertukar plot dan nama watak. Hehehe.. Jangan lupa tunggu kemunculan DPC dekat blog ya . :D
Bila nk sambung lagi kak??
ReplyDeleteNana mekasih singgah dan baca. Hanya sampai bab ini saja yang akak share dekat blog. Mss ni dh di hantar utk di nilai.. :)
Delete