SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, October 20, 2014

[E-NOVEL] : BILA TIBA WAKTUNYA BAB 32 & 33

Assalamualaikum u ollssss....


Lagi dua bab untuk minggu ni.  By the way minggu depan masuk dua bab terakhir untuk di blog. Blog cik writer akan sunyi sepi buat waktu sementara menunggu entry Dia Pemburu Cinta di publish. Paling awal pun bulan nov paling lambat bulan dis . Buat masa ni cik writer sedang sibuk mengedit kembali Alahai Miss Blur. Terima kasih singgah dan baca ya.. :)


                                      
                                              





BAB TIGA PULUH DUA


    ZIYAD keluar dari bilik air. Dia mengelap wajahnya dengan tuala kecil. Di tilik jam di dinding yang sudah pun menunjukkan pukul empat empat puluh lima pagi. Hari ni adalah hari pertama seluruh umat islam bersahur dan memulakan ibadah puasa untuk tahun ini.  

    “Ziyad dah bangun belum? Waktu sahur dah ni.” Datin Huwaidah mengetuk pintu bilik Ziyad untuk mengejutkan anak lelaki keduanya itu.

    “Ya mama. Ziyad dah bangun. Sekejap lagi Ziyad turun sahur.” Jawab Ziyad sewaktu menyidai tualanya. Dia kemudian melangkah dengan perlahan menuju ke pintu. Kunci di buka dan pintu biliknya di tarik dengan perlahan-lahan.

    “Abang Long dah bangun ke mama?” Soal Ziyad sewaktu Datin Huwaidah ingin turun ke tingkat bawah.

    “Semua dah ada dekat bawah. Puteri pun ikut bangun juga nak sahur. “ Jawab Datin Huwaidah lalu berjalan seiringan menuruni anak tangga.

     Ramadhan tahun ini tidak dapat Ziyad untuk menyambutnya bersama arwah Nurul. Dia sedar semuanya sudah tertulis jadi dia tidak boleh untuk terus bersedih. Ini sudah takdir hidupnya dia perlu terima. Namun jauh di sudut hati Ziyad dia masih bersyukur kerana dia masih lagi dapat menyambut Ramadhan dengan ahli keluarganya.

     “Mama semua dah terhidang. Bolehlah kita sahur sama-sama.” Ujar Washfa sewaktu membawa air minuman untuk mereka sekeluarga.

    “Semua dah ada. Bolehkan kita sahur. Alhamdulilah kita masih lagi berkesempatan untuk menyambut ramadhan tahun ini.” Ucap Datuk Zahir pula sewaktu dia menarik kerusi untuk duduk. Puteri sedang menongkat dagu di meja makan. Matanya sungguh mengantuk. 

     “Puteri mengantuk? Pergilah tidur sayang. Puteri kecil lagi tak boleh puasa lagi.” Sapa Ziyad lalu mengucup dahi anak buahnya. Puteri menggelengkan kepalanya.

     “Puteri nak juga bangun sahur. Abang long tak kejut pun dia tadi tapi dia sendiri yang bangun.” Jelas Zikri pula . Tersenyum melihat wajah mengantuk puteri kesayangannya.

    “Tak apalah. Kalau puteri nak sahur juga kita sahur sama-sama ya.” Giliran Datuk Zahir pula tersenyum melihat telatah satu-satunya cucu kesayangan dia. Puteri hanya anggukan kepala saja langsung tidak bersuara. Ziyad menarik kerusi lalu duduk bersebelahan dengan puteri.  Mereka sekeluarga mula menjamu selera.

      Selepas menunaikan solat subuh berjemaah, Ziyad menghabiskan masanya di ruang tamu sambil menonton siaran pagi. Sempena bulan ramadhan al – Mubarak tahun ini banyak program yang di tayangkan di televisyen. 

     “Ziyad abang long nak cakap sikit boleh?” Sapa Zakri . Dia meletakkan songkoknya di atas meja lalu duduk bersebelahan dengan adiknya.

    “Along nak cakap apa?” Ziyad sudah memberikan tumpuannya pada Zikri.

    “Macam mana dengan memori Ziyad?” Soal Zikri. Dia tahu adiknya kini cuba untuk mengingati memorinya bersama Adah. Kedengaran Ziyad mengeluh dengan berat sekali.

    “Entahlah along. Semuanya masih samar-samar lagi. Sukar untuk di jelaskan. Apa yang di tulis oleh arwah Adah buat Ziyad banyak berfikir . Dia menunggu Ziyad datang berjumpa dengannya tapi Ziyad tak muncul. Kejamkan Ziyad ?” Luah Ziyad dengan jujur. 

    “Ziyad jangan salahkan diri sendiri. Sekarang ni tenangkan diri dan fikiran. Jangan terlalu memaksa untuk ingat. Along tahu bukan mudah Ziyad hadapi ini. Yalah arwah Adah sudah tiada . Seandainya dia masih ada mungkin dia boleh membantu memori Ziyad.  Dalam diari dia tak ada ke dia ceritakan tempat yang dia selalu pergi dengan Ziyad?” . 

    “Ada tapi Ziyad tak nampak apa-apa dalam fikiran Ziyad bila membacanya.” Jawab Ziyad. Kasihan adik aku. Desis hati Zikri. Memang dia tak sangka ujian hidup adiknya berbeza sekali dengan dia.  Ujian dia lebih kepada Alifah manakala Ziyad pula masih menjadi tanda tanya. Semuanya masih samar lagi buat Ziyad.

    “Apa kata kalau Ziyad bawa diari arwah dan pergi ke tempat yang dia ceritakan dalam diarinya itu. Mana tahu bila sampai di tempat tu Ziyad boleh mengingati sesuatu walaupun hanya secebis. Memori kita ni umpama puzzle juga Ziyad. Kita perlu cantumkan setiap cebisan tu jadi pasti kita akan temui jawapannya” Zikri memberikan cadangan pada adiknya.

     “Betul juga apa yang abang long kamu cadangkan tu . Boleh di cuba cara itu. Manalah tahu kot-kot membantu. Papa sebenarnya susah hati bila tengok Ziyad banyak termenung sana sini.” Datuk Zahir menyampuk . Dia bersama isterinya serta menantunya turut serta di ruang tamu tersebut. Washfa mengambil tempat duduknya di sebelah suaminya.

    “Siapa nama perempuan tu Ziyad?” Soal Washfa ingin tahu. Dia hanya mendengar cerita dari suami dan mertuanya tetapi dia masih lagi tidak mengetahui nama orang tersebut.

     “Nama dia Wardah Kak long.” Jawab Ziyad. Washfa menganggukkan kepala. Namun Washfa masih lagi tidak dapat tangkap nama Wardah itu . Dia tidak sedar yang Wardah yang Ziyad kenali itu adalah adik yang dia cari. Langsung tak terlintas di dalam kepala Washfa tentang nama yang sama itu ketika ini.

        PAGI itu Alifah bangun agak lewat sekali. Jam sudah berginjak ke angka sembilan setengah pagi. Tekaknya mula terasa haus. Sebaik saja selesai mencuci wajahnya terus dia melangkah turun ke tingkat bawah. Dia perlu bersarapan. Tekaknya haus dan perutnya juga sudah berbunyi-bunyi minta di isi. Malam tadi dia tiba di rumah tepat jam dua belas tengah malam. Nasib baik mama dan papanya sudah di buai mimpi .

     Sebaik saja tiba di dapur terus Alifah menuju ke peti ais. Dia menariknya lalu melihat makanan yang ada di dalam peti sejuk tersebut. Sebaik saja ternampak kotak air orange terus dia membawa keluarnya lalu di tuang ke dalam gelas sebelum meneguknya dengan rakus sekali.

     “Efa kamu tak puasa ke ? Hari ni kan hari pertama kita berpuasa?” Sapa Puan Suraya dari belakang. Terkejut melihat anak perempuannya meneguk air orange. Dia baru saja selesai mengemas di halaman rumah. Dia ke dapur untuk mencuci tangannya yang di cemari dengan tanah. 

     “Purrr..” Habis tersembur air yang di berada di dalam mulutnya. Terbeliak terus mata Alifah apabila mamanya menyebut tentang puasa. Puan Suraya terkejut melihat anaknya yang tetiba saja tersedak.

      “Mama ni buat Efa terkejut sajalah. Oh hari ni dah puasa ke mama? Efa manalah tahu lagi satu Efa memang tak boleh puasa sebab tengah period ni. Baru dua hari lepas Efa bendera merah.” Jawab Alifah dengan selamba. Puan Suraya terkejut lalu mengelengkan kepalanya.

     “Apa kamu cakap tak tahu yang hari ni dah mula puasa. Efa apa yang kamu tahu? Itulah berkawan dengan orang entah apa-apa. Jangan lalai dengan keseronokan dunia saja Efa. Cubalah kamu alert sikit dengan perkara penting macam ni. Kamu ingat benda macam ni main-main ke Efa. Cubalah sedar sikit. Mama pening kepala tau dengan sikap kamu ni Efa. Bila nak berubah?” Luah Puan Suraya tida puad hati. Bukan main selamba lagi anak gadisnya itu menjawab. Alifah menjungkit bahunya lalu menyambung meneguk kembali lagi separuh aur yang berada di dalam gelas tersebut.

    “Mama dah ketuk pintu bilik kamu untuk bangun sahur tapi senyap sunyi saja. Ini kamu betul-betul period atau kamu buat-buat period? Manalah tahu kot-kot ada niat lain ke?” Puan Suraya menuju ke sinki lalu di cuci tangannya dengan sabun.

    “Mama ni tak percaya dekat Efa ke? Memang tengah period mama. Kalau mama tak percaya mama boleh periksa.” Bidas Alifah lalu meletakkan kembali kotak air orange ke dalam peti sejuk.

    “Bukan tak percaya tapi ragu-ragu. Bukan Efa selalu bercakap bohong dengan mama ke sebelum ni? So macam mana mama nak percaya pada Efa. Kalau betul period tak mengapalah.” Selesai mengelap tangan terus Puan Suraya meninggalkan anak gadisnya. Dia menuju ke ruang tamu untuk berehat seketika.  Selepas itu Alifah  terus melangkah menuju ke tingkat atas untuk bersiap. Dia mahu keluar.

    “Efa kamu nak keluar ke mana-mana ke hari ni?” Soal Puan Suraya sebaik saja melihat anak perempuannya turun dengan bergaya sekali. Rambut di biarkan lepas. Mata Puan Suraya menjeling pada pakaian yang di pakai oleh anaknya ketika ini.

     “Efa nak keluar sekejap. Ada kerja sikit. Kenapa mama bosan ke duduk rumah sorang diri?” Soal Alifah dengan selamba. Dia membawa keluar cermin dan juga lipstick.

     “Kamu tak ada pakaian lain ke nak pakai Efa. Yang singkat rupa itu juga yang kamu pilih. Apa nak jadi dengan kamu ni Efa berpakaian macam ni di bulan puasa. Tak rasa malu ke? . Papa kamu pesan suruh duduk rumah hari ni.  Dia nak kita semua berbuka puasa sama-sama lagi satu petang nanti Armand sampai. Kamu jangan nak pergi mana-mana.” Alifah mendengus geram.

    “Efa keluar sekejap je la mama. Lagi pun berbuka puasa lama lagi. Efa nak keluar jumpa kawan sekejap ya. Sekejap je. Armand tu balik cuti ke?” Soal Alifa acuh tak acuh apabila mendengar nama Armand.

    “Itulah masalah kamu Efa. Suka merayap sampaikan perihal adik sendiri pun tak tahu. Armand dah habis belajar. Selepas ini papa nak dia gantikan papa.” Jawab Puan Suraya dan menanti reaksi dari anaknya.

    “What. Armand nak ambil alih kerja papa. Mama jangan bergurau. Kalau Armand yang ambil alih habis elaun Efa macam mana? Mama tahukan yang Efa dengan Armand tak sebulu?” Marah Alifah tidak puas hati. Tidak jadi terus untuk memakai lipstick di bibirnya.

    “Papa patut bagi pada Efa tanggungjawab tu bukan Armand. Efa adalah kakak Armand. Mana boleh macam tu mama. Efa tak setuju.” Bantah Alifah lagi.

    “Setuju ke tidak bukan Efa yang buat keputusan tapi papa. Mama sokong kalau Armand yang ambil alih. Sekurang-kurangan dia tak akan menjahanamkan usaha papa kamu bangunkan business dia.” Alifah mengetap bibir dengan geram. 

    “Papa dan mama memang pilih kasih. Sayangkan Armand lebih dari Efa.” Marah Alifah sambil hentak kaki.

    “Cuba Efa renungkan diri Efa dan juga Armand. Apa perbezaan antara korang berdua. Kenapa papa nak bagi pada Armand. Mama rasa Efa tahu sebabnya. Kalau tak puas hati sendiri cakap dengan papa. Mama tak nak masuk campur.” Jawab Puan Suraya. Saja dia nak mengajar anaknya yang semakin hari semakin memeningkan kepala.

     “Efa tetap bantah. Efa tetap tak bersetuju dengan hal tersebut. Efa keluar dulu.” Dengan pantas Alifah memanjangkan langkah. Sakit hatinya bila mengetahui yang Armand akan dapat kerusi papanya. Dulu dia pernah berangan nak jadi big bos di situ tetapi nampak gayanya impian itu tidak akan kesampaian. Armand sudah berjaya merampas darinya.

    “Tak akan aku nak minta elaun dengan Armand selepas ni? Itu memang kerja gila.” Bentak Alifah lalu masuk ke dalam keretanya. Baru saja dia ingin memandu telefon miliknya sudah bergetar. Dengan pantas dia menjawabnya.

     “Hah kau dah buat apa yang aku suruh?” Soal Alifah di talian.

     “Bagus. Sekejap lagi aku jumpa kau dan nakkan maklumat tersebut. Kau ingat aku tak  ada duit nak bayar ke? Jumpa nanti aku bayarlah upah kau tu. Okey bye.” Alifah mematikan talian sebelum mencampak telefon miliknya itu di tempat duduk sebelah.

      “Buat kerja sikit dah minta upah. Macamlah aku tak pernah bayar dia sebelum ni. Aku harap apa yang aku jangka itu tak berlaku. Nahas aku kalau sesiapa tahu tentang perempuan tu. Walaupun aku mungkin tak dapat Zikri sekurang-kurangnya aku dapat buat salah seorang dari ahli keluarganya menderita. Sorry la Ziyad perempuan tu dah mati. Bodohlah kau Nurul jatuh cinta dengan Ziyad yang amnesia tu. Apa-apa pun terima kasihlah Nurul sebab kau aku boleh balas dendam untuk Zikri dan Ikram serentak. Sekali aku dapat peluang aku tak akan lepaskannya.” Bebel Alifah sendirian sebelum dia memecut keretanya dengan laju sekali. Bibirnya mengukir senyuman yang sungguh sinis.

    Alifah apa lagi yang kau akan lakukan selepas ini? Bahagiakah kau membuat hidup orang lain menderita di sebabkan sikap dendam kau. Dendam pada Zikri yang berkahwin dengan Washfa. Dendam kau pada insan bernama Ikram lagi. Apa niat kau yang sebenarnya Alifah lakukan semua ini? Kenapa Ziyad yang menjadi mangsa sedangkan dendam kau pada Zikri dan Ikram. Mengapa kau sanggup perjudikan nasib sepupu sendiri demi kepentingan dirimu sendiri. Kata sayang pada arwah Nurul tapi derita yang kamu berikan pada arwah .

      ARMAND tersenyum sewaktu melangkah menuju ke meja makan. Sekejap lagi mereka akan berbuka puasa bersama. Sudah lama dia merindui saat berpuasa bersama keluarga. Beberapa tahun di perantauan membuatkan Armand merindui suasana Ramadhan di negara sendiri. 
      “Armand duduklah.” Berseri-seri wajah Puan Suraya dan Encik Zain hari ini apabila anak lelaki mereka sudah pulang. Terubat rindunya pada Armand.

      “Kak Efa mana mama? Dia tak berbuka bersama kita ke?” Soal Armand . Semenjak dia tiba tengahari tadi batang hidung kakaknya langsung tidak kelihatan. 

      “Sekejap lagi dia baliklah tu. Mama dah cakap dengan dia yang kita berbuka puasa sama-sama dan kamu balik.” Jawab Puan Suraya sewaktu menyendukkan nasi ke dalam pinggan Armand.

        “Efa tu keras kepala dan degil. Papa dah tak tahu nak buat macam mana. Papa malu dengan keluarga Datuk Zahir dengan perangai kakak kamu tu.” Encik Zaik pula bersuara. Pinggan nasi di hulur pada isterinya.

        “Kak Efa masih berperangai seperti dulu lagi ke?” 

         “Makin teruk. Nantilah mama dan papa cerita pada kamu apa yang dah berlaku sepanjang kamu tak ada dekat sini. Sekarang ni kami boleh bergantung harap pada kamu saja Armand.  Kamu dan Efa saja yang kami ada. “ Puan Suraya duduk setentang dengan anak lelakinya. Ketika itu pintu utama di kuak.  Alifah sudah pulang . Semua mata memandang kepadanya. Alifah langsung buat tidak tahu. Sempat dia bertembung mata dengan Armand tanpa secebis senyuman. Dia memang tidak suka pada Armand. 

      “Efa cepat sikit. Sekejap lagi dah nak berbuka. “ Arah Encik Zain. Alifah menarik nafasnya dalam –dalam sebelum melangkah menuju ke meja makan.

      “Hai sis apa khabar?” Sapa Armand dengan senyuman. Alidah menarik kerusi bersebelahan dengan Armand lalu di henyakkan punggungnya dengan kasar.

      “Kau tak nampak ke aku sihat ni?” Armand menggelengkan kepalanya. Nampak gayanya perangai kakaknya masih seperti dulu. Alifah memang tidak menyukai Armand. 

      “Efa..” Tegur Encik Zain . Tajam matanya merenung wajah Alifah ketika ini. Namun dia membuat lagak selamba.

     “Abang…” Puan Suraya mengusap lengan suaminya lalu menggelengkan kepala. Dia tahu suaminya tidak suka dengan jawapan yang di berikan oleh Efa sebentar tadi. Azan maghrib sudah kedengaran. Encik Zain menarik nafasnya sebelum memandang wajah anak lelakinya.

      “Armand baca doa.” Arah Encik Zain. Armand menganggukkan kepala lalu menadah tangan. Alifah langsung tidak menoleh pada adiknya.  Apa sebenarnya berlaku antara Armand dan Alifah sehinggakan Alifah langsung tidak menyukai adiknya itu kembali dari menuntut pelajaran.
     
    
       
    ****************************************

BAB TIGA PULUH TIGA

    SELEPAS selesai menunaikan solat terawih di masjid , Armand pulang ke rumahnya dan duduk bersantai di kerusi luar rumahnya. Dia meletakkan songkoknya di atas ribanya dan bersandar di kerusi lalu melihat ke dada langit. 

     Kak Efa bilalah nak berubah ni? Sampai bila dia nak bermusuh dengan aku sedangkan aku langsung tak nak bermusuh dengannya. Kasihan mama dan papa pasti mereka susah hati dengan perangai Kak Efa. Semoga suatu hari nanti Kak Efa berubah menjadi lebih baik. Ya Allah kau bukakanlah pintu hati kakak aku untuk berubah ke arah kebaikan. Aku tidak sanggup melihat dia terus berada dalam keadaan sekarang ini. Armand menitipkan doa buat Efa. Dia menghela nafasnya dengan berat sekali.

    Armand tahu kakaknya itu tidak sukakan dia hanya satu sebab iaitu Washfa. Pertemuan Zikri dan Washfa sebelum ini adalah sebab Armand. Dia buat begitu kerana dia tidak mahu melihat Zikri terus-menerus menunggu kakaknya sedangkan kakaknya itu langsung tidak menyukai dan mencintai Zikri. Apa guna kalau dia terus membiarkan seorang lelaki yang baik menanti kakaknya yang langsung tidak tahu menghargai sebuah erti cinta dan kasih sayang.

    “Armand jauhnya termenung. Teringat dekat buah hati ke?” Sapa Puan Suraya dengan senyuman manis sewaktu menyentuh bahu anaknya dengan lembut.

    “Hisy mama ni Armand mana ada buah hati. Armand fikirkan tentang Kak Efa.” Jelas Armand sewaktu mendongak pada mamanya. Puan Suraya duduk di sebelah anaknya.

   “Janganlah Armand ambil hati dengan Kak Efa tu. Armand pun tahu macam mana perangai dia kan. Efa tu masalah dia cuma satu je dia tidak boleh nak terima kenyataan. Benda yang dah lepas dia langsung tak boleh nak lupakan. Tengok sajalah hubungan korang berdua bukan setahun dua jadi macam ni tapi seingat mama dah banyak tahun  . Tengok sajalah usia puteri sekarang ni tapi Kak Efa Armand langsung tak ada tanda-tanda nak berubah atau terima hakikat. Baru-baru ni mama dan papa baru dapat tahu sesuatu tentang Kak Efa. Dia dah buat sesuatu pada Ziyad demi arwah Nurul.” Terang Puan Suraya dengan penjang lebar. Dia memandang wajah anaknya. Armand merenung mamanya dengan pelik.

   “Apa yang Kak Efa buat pula kali ni mama?” Soal Armand ingin tahu. Dia membetulkan duduknya.

    “Kak Efa kamu bomohkan Ziyad demi arwah Nurul.”  Riak wajah Armand terus berubah. Terkejut sakan dia di kala ini.

    “Apa mama cakap? Dia guna bomoh. Kak Efa tu dah hilang akal ke apa mama sampaikan dia boleh terfikir gunakan cara macam tu untuk Ziyad? Apa ni mama? Kalau macam ni memang Kak Efa dah semakin teruk. Tak kan kita nak biarkan Kak Efa terus macam tu mama.” Armand sudah tidak senang duduk. Rupa-rupanya kakaknya itu buat perangai lagi.

    “Mama pun pening kepala Armand. Papa apatah lagi. Naik angin. Semua ni sebab video yang Nurul rakam untuk Ziyad. Dia minta maaf tentang hal itu. Arwah Nurul pun terkejut juga bila dapat tahu yang Kak Efa kamu tu buat macam tu untuk dia. Video tu ada dalam handphone papa. Nanti mama tunjuk pada Armand. Bila Armand balik sini mama rasa lega sikit sekurang-kurangnya Armand boleh juga pantau dan tolong kami . Mama dan papa tak nak Kak Efa kamu terus hanyut begini. Berbuih mulut mama dan papa nasihat tapi satu pun tak pakai. Lama-lama macam ni mama dengan papa boleh kena serangan jantung tahu dengan perangai kakak kamu tu.” Luah Puan Suraya. 

     Armand mengeluh panjang. Dia kemudiannya mengusap tangan mamanya . Armand tahu mamanya susah hati sekarang ini. 

    “Mama jangan susah hati. InsyaAllah Armand akan cuba untuk membantu Kak Efa.  Armand pun tak ingin tengok dia terus begini mama. Kak Efa tu sorang sajalah kakak yang Armand ada. Armand pelik dan tak faham dengan pendirian Kak Efa tu. Dulu beria-ria dia tolak cinta Zikri lepas tu bila Armand kenalkan Zikri dengan Washfa sehinggakan mereka tu berkahwin Kak Efa mulalah naik angin nak marah. Lepas tu pula dia buat arwah Kak Nurul macam tu sedangkan kita semua tahu yang dia memang sangat sayangkan arwah Kak Nurul. Selalu lindungi arwah Kak Nurul . Memang Armand tak faham mama. Kasihan Ziyad . Apa motif dia lakukan semua tu pada Ziyad mama?” Soal Armand ingin tahu.

    “Sebabnya dia takut bila memori lama Ziyad kembali , Ziyad akan tinggalkan arwah Nurul. Itu katanya. Mama tak tahu sama ada apa yang di perkatakan oleh Efa tu betul ke tidak. Kita tak boleh nak jangka apa yang dia lakukan Armand. Efa memang sukar untuk di kawal. Mungkin ini semua salah mama dan papa kot tersalah mendidik dia.” Kedengaran Puan Suraya mengeluh berat.

     “Mama dan papa tak salah apa pun dalam mendidik Armand dan Kak Efa. Dalam hidup kita ni ma tak semua yang kita ajar itu akan di turuti.  Iman seseorang tak dapat di warisi mama. Apa yang kita boleh buat sekarang adalah terus menasihati kak Efa dan juga berdoa agar suatu hari nanti dia akan berubah . “ Jawab Armand dengan tenang. Puan Suraya tersenyum bangga dengan Armand. 
 Alhamdulilah syukur ya Allah sekurang-kuranganya Armand boleh membantu aku dan suami .

     “Anak mama ni dah ready ke nak masuk kerja?” Soal Puan Suraya dengan tiba-tiba setelah lama mereka berdiam diri dan masing-masing memandang ke langit.

     Armand tersenyum . “ InsyaAllah . Armand dah sedia. Lagi pun sekarang ni Armand nak papa rehat dekat rumah. Sudah tiba masanya untuk papa berehat. Armand tahu mama dan papa sudah banyak bersusah- payah untuk membesarkan Armand dan Kak Efa.”

     “Alhamdulilah. Kalau macam tu legalah hati mama. Terima kasih ya Armand. Mama dan papa bersyukur sangat ada anak sebaik Armand yang sentiasa menyenangkan hati kami. Mama dan papa sayangkan Armand .” Pipi Armand di usap. Puan Suraya dan Armand saling berbalas senyuman.

    “Terima kasih untuk mama dan papa juga kerana mendidik Armand menjadi orang berguna. Armand mungkin tak mampu nak jadi anak yang soleh buat mama dan papa tapi Armand akan cuba untuk jadi anak yang baik untuk orang tua Armand.” 

       DURANI pulang dari kerja lebih awal dari biasa. Sepanjang bulan ramadhan ini sememangnya waktu kerja agak berubah sikit. Hari ni dah masuk hari ketiga umat islam menunaikan ibadat puasa. Durani menuju ke keretanya bersama Fifie.

      “Sorry Dura susahkan kau hantarkan aku balik hari ni. Kereta aku esok baru boleh ambil.” Ujar Fifie sewaktu berada di dalam kereta. Durani menoleh lalu tersenyum.

     “Tak apalah Fie. Hari ni hari kau susah esok lusa mana tau giliran aku pula. Kau kawan aku apa salahnya aku tumpangkan kau balik. Macamlah tak biasa.” Enjin kereta di hidupkan. Fifie tersengih pada temannya itu.

     “Eh macam mana dengan cerita cinta arwah kakak kau tu Dura?” Soal Fifie dengan tiba-tiba. Dia teringat yang Durani ada membawa Ziyad pergi ke pusara arwah Adah baru-baru ni.

     “Macam tu la. Ziyad masih tak ingat pada arwah kakak aku. Kasihan juga aku tengok dia waktu aku bawa dia pusara kakak aku. Nampak sangat yang dia binggung. Aku akan cuba bantu apa yang boleh . Masalah memori ni mungkin kedengarannya agak biasa tapi sebenarnya ianya  bukanlah sesuatu perkara yang mudah bagi pesakit. Aku tahu Ziyad tengah tertekan sekarang ni. Dia nak sangat ingat tentang arwah kakak aku tapi dia tak boleh. Aku berdoa sangat supaya memori dia akan kembali pulih sedia kala.” Jawab Durani.

    “InsyaAllah suatu hari nanti aku percaya masanya akan tiba. Ingatan dia pasti akan kembali pulih. Aku lupa nak tanya kau pasal Azlan. Dia ada hubungi kau lagi ke?” Soal Fifie lagi. Fifie memang mengetahui semua cerita tentang Durani dan begitu juga dengan Durani mengetahui latar belakang Fifie. Tak semua orang akan berpeluang dapat seorang sahabat yang baik yang boleh ada dengan kita di kala susah mahu pun senang. Bak kata orang teman waktu senang memang ramai tetapi teman waktu susah sukar untuk di cari.

     “Selepas hari tu tak ada pula. Agaknya dia dah fahamlah tu. Sekarang ni aku tak fikir pun pasal nak cari penganti Fifie. Aku hanya fokus pada misi aku dulu. Selepas selesai semuanya barulah aku fikirkan tentang diri aku ni.  Arwah Mikhail sentiasa ada dengan aku.” Jawab Durani. Fifie menganggukkan kepalanya.

     “Kau nak pergi bazaar ramadhan tak?” Soal Durani dengan tiba-tiba.

     “Eh awal lagi kot tak akan kau nak pergi bazar dah?” Durani tersenyum.

      “Memanglah awal lagi. Bukan sekaranglah cik Fifie oii. Sekarang ni apa kata kau ikut aku beli barang sikit nak tak?” Kening Durani mula bertaut. Fifie menganggukkan kepalanya lalu tersenyum.

     “Cantik juga tu. Boleh shopping. Boleh aku cari baju raya ke? Kalau beli dekat-dekat nak raya memang kelam kabutlah tambahan pula dengan jalan yang sesak. Orang-orang dekat bandar tu mula balik ke kampung. Eh Dura kau tempah biskut raya dekat mana tahun ni?”

     “Biskut raya? Aku tempah dengan kakak ipar Ziyad. Masa hari pertama puasa hari tu aku terserempak dengan keluarga dia lepas tu Ziyad adalah bagitau yang kakak iparnya tu bila tiba ramadhan memang dia akan buat business cookies.” Jawab Durani . Keretanya berhenti di traffic light.

     “Wah dia buat dekat mana? Aku nak tempah jugalah kalau macam tu. Bolehkan?” Soal Fifie dengan teruja. Dia juga seperti Durani langsung tak sempat nak bakar biskut raya. Malam sibuk dengan terawih lepas tu pula bila bulan ramadhan tiba masing-masing tidur awal kerana keletihan bekerja siang hari. Dua hari nak raya barulah mereka mula bercuti. Mana sempat nak buat biskut raya bagai. Kalau setakat ketupat lemang tu bolehlah mereka buat.

     “Dekat KL. Kalau kau nak aku boleh tempahkan untuk kau. Dua tiga hari nak raya diorang baliklah sini nanti aku hantarlah biskut tu semua dekat rumah kau? Macam mana ?” Durani meneruskan pemanduannya.

     “Bolehlah kalau macam tu. Kau bagi aku list biskut yang dia buat eh nanti aku pilih. Thanks Dura. Dah selesai masalah biskut raya tahun ni.” Sengih Fifie dengan gembira. 

    Telefon Durani berdering seketika. Fifie mengambilnya lalu di lihat nama yang tertera dekat skrin.
    “Siapa yang call Fie?”  Durani menoleh pada temannya.

     “Ziyad.” Jawab Fifie sambil menayangkan nama Ziyad yang tertera di skrin.

    “Kau buat loud speaker”. Arah Durani. Fifie menyuakan telefon pada Durani.

     “Ya Ziyad. Ada apa ya?” Sapa Durani di talian. Matanya terus di fokuskan pada jalan raya.

    “Ada masa free tak? Saya nak ajak awak berbuka puasa dekat suatu tempat. Tempat yang di ceritakan oleh arwah Adah di dalam diarinya.” Jawab Ziyad di sebelah sana.

    “Bila tu ?” 

    “Kalau esok macam mana?”  Fifie menganggukkan kepalanya pada Durani. Teruja pula dia dengar suara Ziyad. 

    “Okey kita jumpa esok. Awak bagilah alamat tempat tu nanti saya pergi sana.” 

    “Esok petang saya datang jemput awak dekat rumah ya.” Balas Ziyad sebelum mematikan talian. 
    “Ziyad..” Durani tidak sempat menolak. Dia menarik nafasnya dalam-dalam.

    “Kenapa Dura?” Soal Fifie. Durani memandang pada Fifie.

    “Aku nak pergi sendiri tak mahulah dia jemput. Aku tak nak nanti orang kampung mengata aku keluar dengan anak orang kaya pula. Kau tahu sajalah dekat kampung aku tu ramai reporter bergerak tambah-tambah Mak Nab.” Fifie terus menganggukkan kepalanya tanda faham.

    “Abaikan kata orang. Kau keluar dengan Ziyad bukannya pergi bercinta atau bermadu asmara. Kau juga cakap dengan aku yang kau nak bantu Ziyad dapatkan memori dia kembali.  Orang nak cakap apa pasal kau keluar dengan dia lantaklah Dura asalkan kau tahu niat kau apa.” Ujar Fifie.

    “Aku tak nak orang salah faham nanti Fie. Mulut orang Fie memang berbisa sikit.” Jawab Durani.

     “Dah nama pun mulut orang Dura. Abaikan saja. Kita dah sampai pun. Daripada kau dok fikir apa kata orang ada baiknya kau fikir benda lain. “ Tambah Fifie dengan selamba. Durani tersenyum sebelum mematikan enjin . Keretanya sudah pun berada di dalam petak parking.

     WASHFA selesai mengaminkan doa. Dia baru saja selesai menunaikan solat asar. Dalam doanya tidak putus-putus dia mengharapkan yang tahun ini dia akan bertemu dengan adiknya. Dia juga berharap yang ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan dan kegembiraan buat dirinya dan keluarga. 

    “Alangkah indahnya Ya Allah seandainya aku dapat bertemu dengan adik yang aku cari di bulan penuh keberkatan ini.” Luah Washfa sendirian. Dia masih lagi berada di atas sejadah. 

    “Mama..Mama..” Jerit puteri membuatkan Washfa terkejut lalu menoleh. Puteri berlari menuju ke arahnya sebelum duduk di atas ribanya.

    “Ya sayang kenapa ni?” Soal Washfa lalu mengusap kepala anaknya.

    “Papa balik.” Puteri bertepuk tangan dengan gembira. Washfa menoleh ke pintu .

    “Sayang okey tak hari ni? Pagi tadi bukan ke sayang demam? Kalau tak kebah lagi abang bawa ke klinik ya.” Soal Zikri sewaktu masuk ke dalam bilik tidur mereka. Washfa bangun lalu manarik dengan perlahan tudung yang di pakai sebelum di lipat. Zikri meletakkan briefcase di atas katil sebelum mendekati isterinya lalu meraba-raba dahi Washfa. Puteri sudah melompat naik ke atas katil dengan mainannya.

     “Panas ni. Malam nanti kita ke klinik ya.” Pujuk Zikri. Pagi tadi Washfa nampak sungguh letih sewaktu menyediakan sahur. Washfa tersenyum. Seharian kepalanya berdenyut-denyut. Dia sendiri tidak tahu mengapa badannya agak letih dari biasa.

    “Ikut abanglah. Washfa turun dulu nak sediakan juadah berbuka nanti.” Jawab Washfa. 
     “Kalau tak larat kita berbuka dekat luar sajalah ya. Pagi tadi abang dah pesankan kalau rasa tak tahan buka puasa.”

     “La buat apa nak berbuka dekat luar. Janganlah risau. Washfa bukannya sakit teruk abang. Washfa boleh sediakan juadah berbuka. Abang pergilah mandi dulu ya. “ Washfa mengukir senyuman manis sebelum berlalu menuju ke tingkat bawah. Walaupun  dia merasakan tak sedap badan tetapi dia tetap juga nak masak.  Zikri menggelengkan kepalanya. Washfa sakit macam mana sekalipun tetap juga nak buat itu ini. 

    “Puteri teman mama dekat bawah ya. Sekejap lagi papa turun temankan puteri dan mama ya.” Ziyad menyapa anaknya yang sedang terbaring sambil memegang mainan. Puteri terus bangkit dan berlari mengejar mamanya yang sudah pun keluar .

     “Mama..” Jerit puteri memanggil mamanya. Ziyad melihat telatah puteri dengan senyuman.

     “Ya sayang. Jom ikut mama ke dapur.” Sayup-sayup kedengaran suara Washfa menyahut . Zikri terus mencapai tuala dan bergegas masuk ke dalam bilik air. Dia masih belum menunaikan solat asar lagi.

Bersambung....

NotaTersepit: Masa terlalu mencemburui cik writer sejak kebelakangan ini. Hehehehe.. Semoga semuanya berjalan seperti yang di rancang. Harap2 minggu ni berjaya siap edit Alahai Miss Blur. Dah lama cik writer stop menulis DPC ..

No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D