SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Monday, December 15, 2014

[E-NOVEL] : DIA PEMBURU CINTA @ KTAC BAB 3

Assalamualaikum u olllsssss...


Ini dia sambungan DPC bab yang ke 3. Terima kasih ya pada yang singgah dan baca. Pertemuan pertama kali Amani dan Rafique.. Weehooooo.. :D



Tajuk ini mungkin berubah kelak... :)
Mss Asal: Dirimu Satu - Jangan konpius ya-


BAB TIGA

             SYED Rafique  sedang bersandar di kereta miliknya sambil menikmati panorama petang hari. Keretanya sengaja di berhentikan di bahu jalan. Duduk di rumah neneknya membuatkan Syed Rafique jadi lemas dan rimas. Tak habis-habis nak ungkit perihal dua tahun yang lalu. Jauh sekali pandangan Rafique ketika ini. Dia melarikan diri dua tahun dulu bukanlah suka-suka tetapi apa yang dia lakukan adalah sebab dia tidak mahu di kahwinkan dengan gadis kampung yang dia langsung tidak kenali. Neneknya dengan mudah sekali menyuruhnya berkahwin ketika itu. 

           Sewaktu sedang mengelamun itulah, datangnya sebuah kenderaan lalu berhenti di hadapan kereta Rafique. Seorang jejaka yang baru saja keluar dari keretanya lalu menuju ke arah Rafique. Dia mendekati Syed Rafique .

            “Rafique. Jauhnya kau mengelamun ya.” Ujar lelaki itu. Dia adalah kawan baik kepada Rafique. Orang yang di maksudkan adalah Encik Kamarul.

             “Eh Kamarul. Kau sihat?” Sapa Syed Rafique dengan senyuman sebaik saja menoleh pada Encik Kamarul.

           “Alhamdulilah aku macam ni la. Sihat. Kau ke mana menghilang dua tahun tanpa khabar berita. Aku terkejut bila kau call aku semalam cakap yang kau dah balik Malaysia. 
Pergi tak bagitahu aku pun.” Jawab Encik Kamarul . Syed Rafique mengukir senyuman.

            “Aku larikan diri ke luar negara selama dua tahun untuk tenangkan diri dan lari dari masalah untuk seketika. By the way thanks la kau sudi datang jumpa aku ni. Hari bekerja pula tu.” Jawab Rafique. 

             “Kau ni kata je kawan baik tapi masalah kau langsung tak nak share dengan aku kan?” Apa yang terjadi ni? Bila aku tanya orang tua kau diorang senyap je tak bagitahu aku apa-apa pun. Soal Kamarul lagi.

               “Masalah keluarga akulah. Masalah dengan nenek aku la. Dia memandai je nak jodohkan aku dengan gadis kampung mana entah. Aku langsung tak mengenali pun budak tu. Tetiba je aku tahu yang aku akan bernikah dengan dia. Aku mana lagi bersedia . Jadi di sebabkan tu la aku tinggalkan Malaysia. Kalau aku stay juga maknanya aku kena paksa kahwin. Aku tak nak. Aku tak bersedia pun lagi nak kahwin. Nenek aku je yang memandai. Mummy aku pula setuju macam tu je. Mana boleh perasaan aku langsung mereka tak peduli. Kalau kau jadi aku apa yang kau akan buat?” Soal Rafique. Encik Kamarul terdiam seketika. Syed Rafique tidak memberitahu pada sahabatnya itu sebab lain mengapa dia meninggalkan Malaysia begitu saja. Dia masih belum bersedia untuk bercerita soal itu pada Encik kamarul.

             “Pasal kahwin rupanya. Aku ingatkan pasal apalah yang kau bawa diri ke luar negara tu. Kau ni Rafique belajar tinggi sampai ke peringkat Phd tetapi masalah kecil macam ni kau tak boleh nak handle. Come on Rafique. Kalau aku jadi kau kan aku akan jumpa dulu dengan perempuan tu. Tengok dia dulu macam mana . Rupa dia, akhlak dia dan sebagainya lepas tu kau nilailah sendiri sebelum buat keputusan. Ini tidak kau pergi macam tu saja.” Encik Kamarul menggelengkan kepalanya dengan perlahan.

             “Siapa nama perempuan tu?” Soal Encik Kamarul lagi.

            “Entah aku tak pernah nak ambil tahu. Bila aku dapat tahu yang keluarga aku nak kahwinkan aku dengan dia terus aku buat keputusan untuk tinggalkan Malaysia. “ Jawab Syed Rafique.

            “Itulah kau . Pergi macam tu je sepatutnya kau fikir dulu nak buat macam mana. Jadi bila kau lari dan kembali semula ke sini masalah tu akan selesai?” Syed Rafique menggelengkan kepalanya.

             “Tak. Nenek aku dah bising suruh aku pergi jumpa keluarga perempuan tu dan minta maaf. Mereka berhajat nak satukan aku kembali dengan perempuan tu. ”  Syed Rafique menghela nafasnya dengan berat.

             “Apa lagi inilah masanya kau nak mengenali dia. Pergi aje lah.” Jawab Encik Kamarul.

             “Kau pula apa cite sepanjang dua tahun ni?” Dalih Syed Rafique. Sungguh sekarang ini dia masih lagi tiada jawapan pada soalan itu. 

            “Aku macam ni la. Bekerja sebagai pensyarah. Kahwin je belum tak ada jodoh lagi.” Sengih Encik Kamarul.

               “Kau tu yang memilih sangatkan. Dulu adik aku syok dengan kau tapi kau tak layan.” Sengih Rafique. Encik Kamarul tersentak.

               “Kau sebut pasal adik kau Emelyn. Dia dekat mana sekarang ni?” Soal Encik Kamarul.

                “Dia pun bawa diri juga. Frust dengan kau katanya.” Jawab Rafique dengan selamba. Encik Kamarul terkejut.

               “Serius ke? Dia ke mana?” Soal Encik Kamarul ingin tahu.

               “Dia tak ke mana pun. Lepas dia balik dari bercuti tahun lepas dia buka galeri lukisan. Kau pun tahukan adik aku tu suka melukis. Sekarang ni dia tak ada pergi mengembara cari inspirasi katanya untuk lukisan-lukisan yang baru. Mungkin sebulan dua lagi dia kembali ke tanah air.” Jawab Rafique.

             “Rindu pula aku pada dia.” Ucap Encik Kamarul dengan perlahan. Rafique memandang temannya dengan pelik.

            “Rindu. Eh kata tak suka dekat adik aku. Kenapa pula kau nak rindu bagai. Kau pun dah lama tak jumpa dia kan?” Soal Rafique lagi. Dia memandang wajah Encik Kamarul.

           “Rindulah . Dia tu kan aku dah anggap macam adik.” Jawab Encik Kamarul.

           “Tak payahlah. Nanti adik aku bersedih lagi. Dia tu sayang sagat dekat kau Kamarul.”  Encik Kamarul menghela nafasnya dengan berat. Ya dia tahu hati Emelyn terluka kerananya namun apakan daya cinta tidak boleh di paksa. Dia menyanyangi Emelyn sebagai adik tak lebih dari itu.

            “Aku harap aku dapat jumpa dia nanti. Dia dah jumpa ke pengganti aku?” Soal Encik Kamarul ingin tahu. Rafique menggelengkan kepalanya.

            “Adik aku tu jenis yang setia. Bukan mudah dia nak lupakan kau Kamarul. InsyaAllah mungkin suatu hari nanti dia jumpalah pengganti kau .” Jelas Rafique. Kamarul mula merasa serba salah. 

            Emelyn maafkan abang Kamarul. Tak terniat pun nak menolak cinta Emelyn dulu tetapi abang Kamarul hanya anggap Emelyn sebagai adik. Semoga Emelyn akan menemui pengganti abang suatu hari nanti. Hati Encik Kamarul berbicara. Hatinya kini untuk Amani namun dia sendiri tidak pasti dengan jawapan Amani.  

          HUJUNG minggu itu, Amani menghabiskan masa bersama-sama Alia dan Maya. Mereka menuju ke mall yang berdekatan untuk membeli buku. Memandangkan baucer buku telah mereka terima tiga hari yang lepas jadi mereka membuat keputusan untuk keluar shopping buku pada hari ini.  Dalam kepala mereka sudah ada buku yang ingin di beli. 

             “Korang cepatlah . Aku dah tak sabar ni nak masuk kedai buku popular tu. Inilah tempat yang paling aku suka sekali.” Ujar Amani sebaik saja tiba di pintu masuk kedai buku popular. Mata Amani memandang pada banner yang tergantung. Dia mula teruja melihat buku-buku yang ada di dalamnya.

            “Kau tengok Maya. Amani ni gila pada buku. Tengoklah tahun lepas berapa jam kita duduk dalam kedai buku. Punyalah lama. Excited sungguh si Amani ni kalau tengok buku mengalah rasa teruja bila tengok barang kemas .” Alia menggelengkan kepalanya dengan perlahan. 

            “Kau ni Alia macamlah tak kenal Amani. Bukan dia je yang excited aku pun sama weh. Aku dah bawa list tau nak beli hari ni. Harap-harap adalah buku yang aku nak. Selalunya kalau time dapat baucer buku memang banyak buku yang habis .” Jawab Maya. Dia dan Alia mendekati Amani sebelum mereka melangkah masuk ke dalam.

            Amani sudah tidak perduli pada Alia dan Maya. Ketika ini matanya hanya fokus pada buku-buku yang tersusun cantik di rak. Dari satu rak ke satu rak di rondanya. Bakul bewarna merah di ambilnya sewaktu melintasi pintu masuk sebentar tadi . Amani mula rambang mata. Banyak buku yang baru di pasaran.

             Amani mendapatkan beberapa buah buku yang di cari termasuklah buku pelajarannya. Dia kemudiannya menuju ke peralatan alat tulis lalu membeli keperluan yang di perlukan. Bakul Amani mula penuh dengan buku dan alat tulis akan tetapi bakul milik Maya dan Alia masih lagi banyak ruang kosong.

             “Amani cepat gila kali kau cari buku. Selalunya lama betul kau berdiri depan rak buku tau.” Soal Alia. 

              “Dah aku nampak dan jumpa buku yang aku cari apa lagi ambil je la. Aku dah survey dekat website la semalam.” Jawab Amani. 

               “Patutlah laju semacam je.” 

              “Alia sini sekejap. Aku dah jumpa buku yang kau cari.” Maya memanggil Alia. 

              “Serius? Jap-jap.” Alia terus melangkah pergi mendapatkan Maya. Pada ketika itu telefon milik Amani berdering. Dia lihat nama yang tertera lalu dia tersenyum.

              “Waalaikumussalam.  Abang Amar dekat mana? Kata nak jumpa Amani hari ni?” Soal Amani dengan wajah gembira.

              “Abang dekat belakang Amani la.” Sengih Amar. Amani terkejut lalu menoleh sebelum dia mendekati abangnya.

               “Macam mana abang tau Amani dekat kedai buku?” Soal Amani ingin tahu. 

                “Dah sebelum datang sini tadi Amani cakap nak beli buku . Abang terus ke sinilah.” Jawab Amar lalu memasukkan handphone miliknya ke dalam poket seluar. Amani menghulurkan tangan lalu bersalam dengan abangnya.

               “Banyak beli buku?” Soal Amar sebaik saja terpandangkan bakul adiknya. Amani tersengih.

               “Macam biasalah bang. Jangan lupa belanja kitaorang makan sekejap lagi. Abang dah dapat gajikan .” Sengih Amani penuh makna.

               “Mana ada. Belum masuk lagi. Amani je la yang belanja abang hari ni.” Seloroh Amar. Amani mencebik.

               “Ni semalam ibu ada pesan. Dia minta kita pergi ziarah nek Pah. Kita pergi ya?” Amar memandang wajah adiknya yang ceria tadi terus berubah.

              “Amani tak nak pergilah. Abang pergi je la sorang-sorang eh.” Amani terus melangkah . Sebut saja tentang keluarga nek Pah Amani pasti akan berdalih. Amar menghela nafasnya dengan berat. 

            “Amani tak kesian dekat nek Pah ke? Dia nak sangat jumpa Amani tau.” Amar mengekori adiknya dari belakang. Namun Amani hanya mengambil langkah berdiam diri. Dia bukan tidak kasihan pada nek Pah tetapi dia belum lagi bersedia untuk menemui nek Pah. 

           SELESAI memborong buku-buku di kedai popular, Amani serta rakan-rakannya mengikuti Amar dari belakang. Abangnya sudah berjanji untuk belanja makan mereka bertiga. Amar seringkali keluar bersama adiknya serta dua lagi rakan adiknya itu. Jadi sudah biasa dengan karenah mereka .

         “Orderlah apa lagi. Amani kata lapar sangat .” Arah Amar . Dia menilik menu di tangannya. Amani tersengih lalu menyiku teman-temannya.

          “Korang nak makan apa. Order cepat. Abang Amar belanja jangan risau.” Amani memandang Alia dan Maya yang sedang menilik menu yang tertera. 

         “Seganlah aku. Asyik abang kau je yang belanja. Kita bila pula nak belanja dia makan?” Soal Alia. Amar terus memandang Alia.

          “La tak apalah. Lagipun korang ni kan masih pelajar. Tunggulah korang kerja barulah belanja abang Amar. Sekarang ni makan dulu. Kita isi perut dulu lepas tu bolehlah jalam lagi.” Jawab Amar. 

          “Tak yah nak malu-malu. Hari ni bolehlah nak paw abang aku.” Sengih Amani pada Maya dan Alia.

           Sementara menunggu makanan yang di pesan tiba, Amani menuju ke toilet bersama Maya. Tinggallah abangnya dengan Alia di meja makan.

          “Amani abang kau tu baikkan. Untung kau ada abang. Aku jugalah yang tak ada abang. Aku ni anak tunggal.” Ujar Maya sewaktu mencuci tangan di sinki. Ketika itu Amani baru saja keluar dari bilik air. Amani menuju ke sinki lalu di cuci tangannya. Sempat Amani membetulkan shawl yang di pakainya.

       “Alhamdulilah. Abang Amar aku tu memang baik. Aku pun bertuah sebab ada abang sebaik dia. Cumanya abang aku tu tak nak kahwin je lagi. Katanya selagi aku tak kahwin selagi tu la dia tak nak kahwin.” Jawab Amani.

       “Tengok betapa sayangnya abang Amar kau tu pada kau. Sanggup tu membujang tak nak kahwin selagi kau tak kahwin.” 

      “Aku kahwin? Tak naklah. Aku malas nak fikir. Cukuplah apa yang jadi dulu. Aku rasa seriklah. Jomlah kita keluar makan. Perut aku dah lapar ni.” Jawab Amani. Maya memahami apa yang di rasai oleh Amani. Ada peristiwa yang cukup pahit Amani tanggung suatu ketika dulu sewaktu dia baru je tamat dari matrikulasi. Maya dan Amani berjalan seiringan menuju ke luar.

          Apa yang terjadi pada Amani dulu cukup melukakan hatinya. Dia tidak mahu lagi mengungkit perkara itu. Bila dia mendapat tawaran sambung ijazah terus dia buat keputusan. Dia meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke sini untuk menuntut ilmu. Pada masa yang sama juga dia mahu melupai peristiwa yang berlaku dulu. Walaupun Amani sedar bukannya mudah untuk dia lupakan peristiwa yang terjadi dulu. Kerana peristiwa itulah dia di umpat dan di keji oleh orang kampung sedangkan dia sendiri tidak tahu apa salah dirinya. Selepas peristiwa itu juga Amani langsung tidak mahu bertemu dengan keluarga nek Pah lagi walaupun di pujuk berkali-kali oleh keluarganya. Perasaan sakit hati dan masih lagi bertapak di dalam dirinya sehingga hari ini . 

         Sewaktu menuju ke meja makan, Amani langsung tidak perasan yang di melintasi kawasan licin.  Dia langsung tidak perasan akan papan kuning yang di letakkan di situ.  Dia hampir-hampir tersunggur namun sempat di tarik oleh seseorang.

        “Hati-hati.” Sapa suara seseorang. Maya menoleh ke belakang. Dia tidak perasan yang Amani tiada di sisinya. Matanya hanya di halakan pada meja makan di mana waktu itu makanan yang mereka pesan baru saja tiba. Amani mendongakkan kepalanya lalu memandang pemilik suara itu.

         “Sorry dan terima kasih.” Ujar Amani lalu menarik tangannya dari pegangan lelaki tersebut.

        “Amani kau okey ke? Apasal kau ni ikut situ. Kau mengelamun eh tadi?” Soal Maya sewaktu mendekati Amani.

          “Ye kot. Aku tak perasan. Fuh nyaris-nyaris nak tersungkur. Lantai licin aku tak perasan langsung .” Jawab Amani sewaktu memandang wajah Maya .

          “Tu la berangan lagi.” Maya geleng kepala.

          “Amani.. Kenapa ni?” Soal Amar yang muncul di situ. Alia hanya menunggu di meja makan. Dia melihat dari jauh .

          “Tak ada apa la abang. Amani nak terjatuh tadi sebab tak perasan langsung lantai dekat sini licin. Jomlah makan.” Jawab Amani lalu menarik lengan abangnya.

          “Terima kasih ya Encik….” Soal Amani sewaktu memandang lelaki yang menariknya sebentar tadi. 

            “Just call me Rafique.” Senyuman manis di hadiahkan pada Amani.

            “Terima kasihlah Encik Rafique. Adik saya ni memang suka mengelamun sikit.” Jawab Amar. Rafique menyambut salam yang di hulurkan oleh Rafique.

            “Sama-sama. Kebetulan saya nak ke toilet. Lain kali hati-hati ya cik.” Jawab Rafique lalu melangkah pergi. Amani juga turut melangkah bersama-sama abangnya dan juga Maya . 

            “Lain kai hati-hati sikit Amani. Mata tengok depan jangan asyik nak mengelamun je. Kalau terjatuh tadi lagi malu tau.” Ujar Maya.

             “Yalah cik Maya. Cik Amani minta maaf ye. Aku tak perasan la tadi. Jomlah makan .” Jawab Amani lalu menarik kerusi dan terus duduk di situ. 

            “Handsome kan mamat tu tadi.” Sengih Maya. Amani mencebik.

            “Kau ni Maya pantang nampak lelaki handsome betul.” Marah Amani.

            “Sudahlah tu. Rezeki depan mata ni kita makanlah dulu.” Arah Amar pula. Dia sudah menarik pinggannya.  Mereka mula menjamu selera tanpa mempedulikan orang sekeliling.

             Saat itu, Syed Rafique yang baru saja keluar dari toilet melihat gadis tadi sedang menjamu selera. Tanpa di sedari bibir Rafique mengukir sebuah senyuman manis sebelum dia meninggalkan restoran tersebut. Dia baru saja selesai makan bersama Acad sebentar tadi.  Sekarang ini pasti Acad sedang menunggunya di kereta. 



Bersambung...

NotaTersepit : Dah dua hari mss ni x berjalan... x da mood nak menulis katanya... Sob3.. Mencari kembali mood yang hilang. Dalam masa yang saja juga cuba senaraikan tajuk2 yg sesuai untuk di pilih sebagai tajuk akhir untuk manuskrip ni.. ;)

No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D