Ini pula sambungan bab 4 DPC. Rasanya u ollss dah boleh agakkan hubungan antara Syed Rafique dengan Amani dua tahun lalu.. Jeng jeng jeng... Mekasih u olls sudi singgah dan baca kisah mereka.. :D
Tajuk ini mungkin berubah kelak... :)
Mss Asal: Dirimu Satu - Jangan konpius ya-
BAB EMPAT
SESEKALI mata Acad melirik pada majikannya Rafique yang berada di tempat duduk belakang. Dia melihat senyuman Syed Rafique. Dahinya berkerut semacam.
Ish pelik betullah Encik Rafique ni pagi tadi bukan main moody sekarang dah tersenyum sorang-sorang pula. Haish apalah nak jadi dengan bos aku ni. Sejak balik tempoh hari makin pelik aku tengok. Gerutu Acad sendirian sambil memandu.
“Encik Rafique okey ke?” Sapa Acad . Syed Rafique menoleh ke depan.
“Saya okey je. Kenapa awak nampak saya tak okey ke Acad?” Soal Syed Rafique dengan selamba.
“Tak adalah. Pagi tadi bukan main Encik Rafique moody sekarang ni pula dah tersenyum sorang-sorang.” Soal Acad. Ketika itu sekali lagi Syed Rafique tersenyum.
“Tak adalah. Saya senyum sebab teringat dekat budak perempuan tadi. Main jalan je sampaikan tak nampak lantai licin. Entah apa yang dia mengelamun pun tak tahulah.” Jelas Rafique. Dia teringat pada wajah manis milik Amani.
“Dekat mana tu Encik Rafique jumpa dia?” Soal Acad.
“Dalam restoran yang kita makan tadi tu la.” Acad tersenyum.
“Mesti budak tu comelkan? Kalau tak tak adalah Encik Rafique tersenyum je tengok dia.” Seloroh Acad.
“Comellah juga.” Jawab Syed Rafique dengan selamba lalu membawa keluar telefon pintarnya.
“Tak tanya ke nama dia?” Soal Acad lagi. Rafique terdiam seketika dan cuba mengingati nama budak perempuan yang comel tadi.
“Kalau tak salah saya nama dia Amani. Itu pun terdengar sebab kawan dan abang dia panggil.” Jawab Syed Rafique lalu menunduk merenung telefon pintarnya. Ada mesej masuk lalu dia di bukanya.
“Acad dua tahun lepaskan awak pernah jumpa ke perempuan yang sepatutnya menjadi isteri saya?” Soal Syed Rafique dengan tiba-tiba. Dia menghela nafasnya dengan berat apabila membaca mesej dari neneknya yang ingin dia bertemu dengan keluarga perempuan tersebut dan meminta maaf.
“Saya tak pernah jumpa pun dia. Yalah saya selalu tunggu Tuan Zainal dekat kereta. Saya tak pasti bagaimana rupa dia. Nama dia pun saya dah lupa. Kenapa Encik Rafique tanya ni?” Soal Acad dengan pelik. Setahunya Syed Rafique langsung tidak mengambil peduli tentang perempuan tersebut .
“Nenek bising lagi minta saya jumpa keluarga perempuan tu.” Jawab Syed Rafique.
“Encik Rafique tak nak jumpa dia ke?” Acad memandang majikannya melalui cermin. Kereta yang di pandu olehnye berhenti di hadapan lampu isyarat merah.
“Entahlah. Nanti-nantilah saya jumpa mereka.” Acad menggelengkan kepalanya.
“Encik Rafique tahu tak apa yang jadi dekat sini selepas Encik Rafique terbang ke luar negara? Apa yang jadi dengan keluarga Encik Rafique dan keluarga perempuan tu?” Acad cuba memancing Rafique.
“Saya tak tahu dan saya tak nak ambil tahu langsung ketika itu. Yang saya tahu saya harus pergi .”
“Untuk pengetahuan Encik Rafique pada hari yang Encik Rafique pergi itu adalah hari pernikahan Encik Rafique dengan perempuan yang di carikan oleh Puan Sharifah Maimun.” Jelas Acad.
“What. Hari yang saya naik flight tu adalah hari pernikahan saya? Awak biar betul Acad. Saya tak tahu menahu langsung pun tentang ni?” Soal Syed Rafique dengan terkejut.
“Saya tak tipu Encik Rafique. Betul. Memang nek Pah nak bagitahu Encik Rafique pada keesokkannya tetapi Encik dah pun menghilangkan diri. Encik langsung tidak jawab panggilan dari kami dan tahu-tahu je Encik sudah sampai sana.” Acad mula membuka peristiwa yang berlaku dua tahun yang lalu. Dia mahu Syed Rafique berfikir dengan apa yang telah dia lakukan dua tahun yang lalu.
“Habis tu apa jadi dengan pernikahan tu? Sewaktu saya tiba di sana saya sudah katakan pada mummy jangan sesekali berceritakan tentang soal majlis perkahwinan itu lagi. Saya ingatkan yang nenek dan mummy baru je merancang ketika itu tapi tak sangka pula yang majlisnya berlangsung pada hari itu.” Jelas sekali wajah Syed Rafique terkejut. Jadi baju melayu yang di letakkan di atas katilnya dulu adalah pakaian untuk akad nikahnya.
“Panjang ceritanya. Saya pun tak tahu dengan detail sangat. Ada baiknya Encik Rafique tanyakan sendiri pada nenek Encik Rafique. Dia tahu apa yang terjadi pada keluarga perempuan tersebut.” Jelas Acad lagi.
“Jadi sebab itulah nenek nak saya pergi jumpa keluarga dia dan minta maaf?” Soal Rafique. Acad menganggukkan kepalanya. Rafique mula teringat pada permintaan nenek yang beria-ria minta dirinya pergi berjumpa dengan perempuan itu dan keluarganya .
“Sampai ke hari ni kami semua masih tertanya-tanya kenapa Encik Rafique buat keputusan melulu dengan melarikan diri jauh ke negara orang. Kalau Encik Rafique tak setuju dengan penjodohan tersebut Encik Rafique boleh bawa berbincang tetapi awal-awal lagi Encik Rafique dah pergi jauh. Kenapa tak nak berikan peluang pada diri Encik Rafique?” Soal Acad. Sudah lama dia memendam soalan tersebut. Dia kenal Rafique. Dia menghilangkan diri bukan saja sebab kerana perkahwinan itu saja tetapi pasti ada sebab yang lain.
Soalan yang di tanyakan oleh Acad langsung tidak di jawab oleh Rafique. Memang dia akui dia membawa diri ke luar negara bukan saja kerana penjodohan yang di rancang oleh neneknya itu malah ada sebab lain yang menyebabkan dia mengambil tindakan tersebut. Jawapannya ada pada Syed Zarith Aiman. Sepupu kepadanya. Acad mengeluh hampa apabila dia tidak berjaya mengorek apa sebab utama Syed Rafique meninggalkan mereka ketika itu.
AWAL pagi lagi Amani bersiap-siap. Shawl sudah pun berada di kepalanya lalu di pinkan. Dia harus keluar awal pagi ini memandangkan dewan kuliahnya pagi ni agak jauh sikit dari asramanya.
“Amani.. kau dah siap belum. Jomlah kita gerak sekarang.” Panggil Alia di luar sambil mengetuk pintu bilik Amani.
“Ya sekejap. Aku dah siap ni. “ Jerit Amani. Dia mengambil beg serta failnya. Dia menilik jam di pergelangan tangan yang sudah menunjukkan angka lapan pagi. Kelas mereka bermula jam sembilan pagi namun mereka keluar awal untuk ke bangunan yang agak jauh sikit dan pada masa yang sama juga mereka perlu mengisi perut awal pagi memandangkan kelasnya agak padat sikit hari ini.
“Maya .. Maya… Aku nak pergi kelas ni. Bangunlah. Kau ada kelas nanti pukul sepuluh. bangun tau.” Amani mengejutkan teman sebiliknya Maya. Dengan bermalasan Maya menyahut.
“Hmmm ya ya.. Nantilah aku bangun. Aku mengantuk ni siapkan assignment malam tadi. Lepas subuh baru aku tidur tau.” Ujar Maya dengan mata yang terpejam. Jenuh dia mengadap laptop miliknya menyiapkan assignment yang melibatkan coding. Banyak eror yang keluar dan perlu dia baiki.
“Ya aku tahu. Tapi jangan lupa bangun jangan sampai kau terlepas pergi kelas pula. Aku pergi dulu.” Tambah Amani. Ketika itu Maya membuka sedikit matanya lalu memandang Amani.
“Okey Amani. Terima kasih kejutkan aku.” Maya menenyehkan matanya berkali-kali. Kepalanya turut terasa berat. Namun dia tetap bersyukur kerana assignment nya sudah siap dan hari ini dia hanya ada satu kelas saja . Balik kelas nanti bolehlah dia qadha kembali waktu tidurnya. Maya merupakan pelajaran jurusan Teknologi Maklumat manakala Amani dan Alia pula mengambil jurusan perniagaan.
“Sama-sama. Bye.” Amani menuju ke pintu keluar. Dia memulas tombol lalu melihat Alai yang sedang bersandar di tepi tangga .
“Alia jomlah.” Panggil Amani. Alia yang sedang ralit membelek nota terkejut lalu memasukkan nota tersebut ke dalam fail. Dia kemudiannya mendekati Amani dan mereka berjalan seiringan menuju ke bangunan yang terletak di atas bukit sana.
“Maya dah bangun belum?” Soal Alia. Amani tersenyum.
“Aku dah kejutkan dia tadi. Kasihan dia lepas subuh baru tidur siapkan assignment. Nasib baik hari ni dia satu kelas je . Balik nanti bolehlah dia qadha tidur balik. Mata dia punyalah lebam tak cukup tidur.” Jawab Amani.
“Hidup sebagai pelajar macam ni la Amani. Nak berjaya kenalah usaha lebih. Tidur ke tak tidur tu sudah menjadi perkara biasa hidup sebagai mahasiswa dan mahasiswi.” Jawab Alia pula.
“Be….” Belum sempat Amani berbicara kedengaran bunyi hon yang mengejutkan mereka dari belakang. Amani dan Alia terus berhenti melangkah dan menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang berani bunyikan hon pada mereka.
“Amani, tu pensyarah kesayangan kau Encik ulat bulu kau tu . Nampak je dia kita dekat sini.” Alia menyiku Amani. Dengan geram Amani mengetap bibir lalu merenung Alia dengan tajam.
“Good morning Amani, Alia. Awal hari ni. Awak berdua nak ke mana ni?” Soal Encik Kamarul sebaik saja menurunkan cermin keretanya. Amani dan Alia mempamerkan senyuman manis pada pensyarahnya.
“Nak pergi kelaslah Encik Kamarul. Kami dah lewat ni. Pergi dulu ya.” Jawab Amani lalu berkira-kira menyambung langkahnya kembali .
“Ye ke. Kelas korang dekat mana? Lagi satu dah sarapan pagi ke belum ni?” Soal Encik Kamarul dengan ramah sekali.
“Ini yang aku tak suka ni. Kalau keluar awal pagi mesti terserempak dengan Encik ulat bulu ni.” Ujar Amani dengan perlahan.
“Apa awak cakap Amani? Saya tak dengarlah.” Sapa Encik Kamarul.
“Amani cakap kelas kami dekat bangunan atas bukit sana. Sarapan pagi dah tadi. Maaf ya Encik Kamarul minta diri dulu takut lambat.” Jawab Alia bagi pihak Amani.
“La kalau macam tu biar saya hantarlah ke sana. Boleh kita sarapan pagi sama-sama.” Encik Kamarul mula menawarkan diri.
“Tak apalah Encik Kamarul. Jangan nak susahkan diri. Pergi dulu ya. Assalamualaikum.” Jawab Amani lalu menarik lengan Alia. Dia perlu bergegas dari situ. Malas dia nak melayan karenah Encik Kamarul pepagi ni.
“Kalau macam tu hati-hati ya.” Jerit Encik Kamarul. Alia menoleh lalu tersenyum. Amani langsung tidak menoleh. Dia meneruskan langkahnya dengan cepat sekali.
“Mazlyn kau tengoklah tu Encik Kamarul. Kalau dengan Amani bukan main lagi dia. Kalau dengan kau ada dia minta nak tolong hantarkan kau?” Soal seseorang pada perempuan yang bernama Mazlyn. Matanya masih leka melihat telatah Encik Kamarul sebentar tadi.
“Kau ni saja nak panaskan hati aku ke Wina?” Soal Mazlyn denga geram. Dia mula menyusup keluar dari celahan pokok bunga. Wina terus mengekori Mazlyn dari belakang.
“Mana ada aku panaskan hati kau. Aku cuma cakap je Mazlyn. Kau tu yang syok dekat Encik Kamarul. Dekat kampus kita ni ramai student lelaki yang handsome pasal apa yang kau berkenan dengan Encik Kamarul tu. Kau pun tahu yang dia ada hati pada Amani.” Bebel Wina membuatkan Mazlyn terus berhenti melangkah. Dia menoleh dan merenung tajam pada Wina.
“Apa tak betul ke yang aku cakap?” Soal Wina dengan lurus.” Mazlyn kemudiannya memandang ke depan kembali sebelum melangkah pergi. Soalan Wina di biarkan sepi. Malas dia menjawabnya. Salahkah dia menaruh hati pada pensyarahnya sendiri? Tambahan pula Encik Kamarul masih lagi solo dan berkerjaya.
ENCIK Hisham baru saja pulang dari kebunnya dengan menaiki motorsikal. Di tempat duduk belakang motornya ada setandan pisang baru baru saja masak di kebunnya. Dia kemudiannya memberhentikan motorsikalnya di tepi pintu dapur lalu turun. Selepas itu barulah dia membuka ikatan pisang tersebut lalu di angkat turun dan di letakkan di tepi pintu dapur.
“Bang air.” Ujar Puan Sa’adah lalu di hulurkan segelas air masak untuk suaminya.
“Terima kasih. Tak lama lagi masaklah buah-buahan kita dekat kebun. Balik Amani dengan Amar nanti mulalah diorang berebut nak makan.” Jawab Encik Hisham lalu menyambut gelas yang berisi air minuman. Selepas membaca Bismillah terus dia meneguk air tersebut. Dahaga sungguh tambahan pula keadaan cuaca yang panas sekarang ini.
“Alhamdulilah. Menjadilah buah-buahan kita tahun ni bang.” Jawab Puan Sa’adah dengan senyuman.
“Alhamdulilah. Rezeki Allah. Pisang ni jangan lupa buatkan lepat pisang untuk abang.” Encik Hisham menghulurkan gelas tadi kepada isterinya.
“Yalah bang. Nanti saya buatkan lepat pisang kesukaan abang tu.” Encik Hisham kemudiannya mengibas-ngibas wajahnya dengan tuala kecil. Selepas ini boleh dia naik untuk membersihkan diri.
“Mak Pah ada hubungi awak lagi ke?” Soal Encik Hisham dengan tiba-tiba. Puan Sa’adah tersentak.
“Saya ada hubungi dia bang tanya khabar. Yalah dengar kata tempoh hari dia tak berapa sihat. Dia asyik bertanyakan tentang Amani bang. Bagaimana keadaan Amani sekarang ni.” Jelas Puan Sa’adah pada suaminya.
“Amani pula macam mana?” Soal suaminya.
“Amani macam tu la bang. Asal saya buka cerita pasal nek Pah mulalah dia nak mengelak. Saya pun tak tahulah nak buat macam mana. Abang rasa macam mana? Kalau berterusan begini susahlah bang. Mak Pah datang sini pun dia tak nak jumpa apatah lagi kalau kita ke rumah mereka.” Jelas Puan Sa’adah.
“Amani masih terkilan lagi tu. Yalah anak kita tu kena keji dan di cemuh sebab peristiwa tu. Mana mungkin Amani boleh lupa. Macam ni la. Abang rasa awak bagitahu pada Mak Pah yang Amani akan balik cuti semester nanti. Jadi inilah masanya untuk Mak Pah jumpa Amani. Suruh saja mereka ke mari. Biar diorang duduk dekat sini dua tiga hari ke. Amani tak boleh nak mengelak dah waktu tu.”
“Lagipun kita perlu jenihkan semula hubungan Amani dengan Mak Pah. Mereka tak bersalah. Yang salah adalah cucunya yang menghilangkan diri waktu tu. Kalau memang Amani dengan cucu Mak Pah tu berjodoh pasti mereka akan bersatu tetapi kalau tak ada jodoh nak buat macam mana. Sekurang-kurangnya kita telah berusaha. Bukan kita yang menentukan jodoh mereka. Kita ni boleh merancang saja Dah.” Terang Encik Hisham panjang lebar.
“Nanti saya bagitahu pada Mak Pah. Memanglah kalau ikutkan hati, perasaan marah dulu masih bertapak di dalam hati saya bang tapi nak buat macam mana. Benda dah jadi. Mulut-mulut orang pun dah berhenti mencemuh dan bercerita tentang Amani bang. Saya terkilan juga dengan tetangga kita yang menuduh yang bukan-bukan pada anak perempuan kita. Amani tu anak yang baik mengikut je kehendak kita dan juga arwah nenek dia.” Jawab Puan Sa’adah. Rindu pada anak perempuannya.
“Orang yang tak tahu cerita sebenar bolehlah nak mencemuh sana sini. Biarlah mulut orang nak cakap apa pun. Dah lumrah kehidupan kita atas dunia ni tak selalunya senang. Yang kaya tak semestinya akan hidup bahagia hingga ke akhirnya begitu juga dengan yang miskin tak semestinya hidup dengan aman hingga ke akhirnya. Ujian sentiasa akan datang menguji kita. Abang tetap bangga dengan Amani. Dia anak yang tabah dan kuat. Biar di cemuh biar di keji tetapi Amani hanya mengambil langkah mendiamkan diri.” Tambah Encik Hisham lagi sebelum dia bangun dan menuju ke dalam. Dia ingin menyegarkan dirinya terlebih dahulu sebelum berehat .
“Abang.. Lupa pula nak bagitahu. Tadi Haji Man datang ke mari. Dia minta abang ke balai raya nanti. Ada mesyuarat katanya esok petang.” Ujar Puan Sa’adah sewaktu melihat suaminya yang baru saja menolak pintu bilik air.
“Yalah. Nantilah abang pergi.” Encik Hisham terus masuk ke dalam bilik air manakala Puan Sa’adah pula meletakkan gelas tadi di sinki sebelum dia berpatah kembali menuju ke pintu dapur untuk membawa pisang tadinya ke dalam. Esok bolehlah dia buatkan lepat pisang untuk suaminya.
Bersambung....
NotaTersepit: Musim banjir. Duduk bertapa dalam rumah sambil mengadap mss. Itu pun kalau ada mood tuk menulis.. Aisey banyak nau perkara yang menganggu fikiran sekarang ni... Bab kata Kang Gary Stressss... Hahahaha.. :D
Sila sambung lg ye cik penulis ku syg ;)
ReplyDeleteMwahhhh! ;)
Hanah Rishas : Sudah tentu. Esok sambungannya akn kembali seperti biasa.. :)
Delete