SELAMAT DATANG KE BLOG AYRA ZAHRA.TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG SUDI MELAWAT KE BLOG INI.SEBARANG COPY PASTE TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.THANKS

Followers

Thursday, November 8, 2012

[NOVEL] : DIRIMU SATU BAB 4

Assalamualaikum u oll....


Bencilah seseorang sewajarna karena suatu saat seseorang yang kamu benci mungkin akan menjadi seseorang yang penting dalam hidup mu

GAMBAR DARI PAKCIK GOOGLE  


BAB 4.



  SEPERTI biasa.Setiap minggu aku akan menghabiskan masanya di library.Aku lebih suka duduk library kerana tiada ganguan untuk aku belajar.Sejak akhir-akhir ni fikiran aku terganggu sedikit bukan kerana hal pelajaran tapi semuanya tentang Encik Kamarul a.k.a Encik penyibuk.Tak habis-habis nak try tackle aku.Beribu-ribu student dekat sini aku juga yang dia nak.Apa famous sangat ke aku nih?Haip perasan betol cik Amani ni.

Cubalah cari orang lain.Rimas aku.Mana tak rimasnya.Semalam sewaktu aku ke pejabatnya untuk hantar assignment dia sediakan aku sejambak bunga ros merah.Haish susah bebenar cakap dengan orang yang kurang faham ni.Nak tak nak aku kena la ambil juga.Serba salah aku jadinya.Apalah yang dia pandang pada aku ni nak kata cantik tak ada pun tapi kalau comel tu memang la.Ahaks.

Setiap kali dia cuba menarik perhatian aku setiap kali itu juga aku akan berusaha untuk melarikan diri padanya.Aku bukan benci pada dia.Tidak sama sekali.Cuma aku langsung tak ada perasaan pada dia.Perasaan bukannya boleh dipaksakan.Lagipun belum tiba masanya lagi untuk aku bercinta.Paling utama sekarang ini adalah untuk mendapatkan segulung ijazah.Itu janji aku dengan ibu dan abah.

“Oit kau study ke kau berangan ni Amani?”.

“Cik Amani Qalessya.Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?”.Alia menyiku tangan Amani yang sedang khusyuk itu.

“Haaa apa dia?Bila masa kau sampai Lia?”

“Sah kau berangan kan.Ni bukan kau study buku tapi buku yang study  kau kan Amani.Aku dekat sebelah ni kau tak perasan.Patutlah aku tanya tak berjawab.Berangan rupanya”. Lia menggeleng kepala .

“Sorry Alia, aku langsung tak perasaan kau dekat sebelah ni.Sorrylah fikiran aku melayan entah kemana pun aku tak tahu.”

“Ye la sangatkan.Aku kenal kau Amani.Aku rasa ni mesti kes bunga yang Encik Kamarul kasi dekat kau semalam kan?Betul tak?”.Alia sudah mula menembak.

Terkena beb tembakan si Alia tu .Minah sorang ni memanglah.Boleh baca apa yang ada dalam kotak fikiran aku ni.

“Kau ni ahli nujum ke apa.?Tahu aja kau ye?”.Alia sudah tersengih
“Well  you know me”.Balas Alia dengan bangga .
“Ceh kau jangan nak perasan ok cik Alia?”

“Ceritalah dekat aku apa masalahnya kau dengan Encik Kamrul a.k.a Encik Penyibuk kau tu?”

“Aku rimaslah Lia,Kau pun tahu kan aku tak sukalah dengan Encik Kamarul tu.Aku hanya hormatkan dia sebagai pensyarah aku tapi Encik penyibuk tu buat-buat tak tahu saja.Malu aku bila pensyarah lain tengok aku bawa bunga yang dia bagi semalam.”

 “Amani aku pun tak tahulah nak kata macam mana.Sekarang ni aku minta kau bersabar je .Tinggal beberapa minggu lagi kita bakal menamatkan semester ini.Lepas habis exam, kau jumpa dengan Encik Kamarul cakap elok-elok dengan dia yang kau hanya anggap dia sebagai pensyarah saja dan tak lebih dari itu.” Panjang lebar Alia berkata-kata menasihati aku

“Aku cuba Lia,aku harap sangat dia tak ganggu hidup aku lagi lepas ni.Aku rimas Lia macam ni.Aku nak study pun tak senang hati”. Hurrmm aku mengeluh perlahan.

“Sabar ok my dear friend.Janganlah moyok macam ni.Tak cunlah muka kau kalau macam ni.Sekarang ni nak kau ajarkan aku subjek ni boleh.Kesian aku tak faham bab yang Puan Hidayah ajar semalam.Kau pun tahu otak aku ni kalau banyak mula la traffic jam dan beku.” Dalih Alia.

“Kau ni ada-ada aja kan.Ye la mari sini aku terangkan.Tapi lepas ni kita pergi makan ok?Aku lapar ni.Boleh eh ?” .Aku mula tersengih sambil mengerdipkan kedua-dua mata aku berkali-kali

“Dah mula dah buat muka sengal kau tu kan.Ye nanti kita pergi makan.Janji kau ajarkan subjek ni ok?”.

“Ok .Meh sini nak ajar.kau dengar betul-betul apa yang aku nak terangkan ni.Fokus .”
“Baiklah Cik Amani”.Ujar Alia matanya mula focus pada nota yang terbentang diatas meja.Aku pula mula menerangkan satu persatu .

“FAHAM tak apa yang telah kita bincangkan di depan ni tadi?Kalau ada sesiapa yang tidak faham atau ada masalah dengan topic kita hari ni boleh angkat tangan dan bertanya.”. Soal Encik Kamarul setelah habis menerangkan topic berkaitan dengan Business Financial.
“Faham “.Jawab pelajar-pelajar jurusan Business Management.

“Oh ye Amani awak faham tak topic yang kita bincangkan hari ni?”. See asal kelas dia je memang tak boleh kalau tak sebut or panggil nama aku.Serius memang aku tak berapa nak suka bab-bab panggil or menyoal  macam ni.

“Faham Encik Kamarul.” Aku jawab dengan muka blur.Alia di sebelah aku dah tersengih-sengih.Sengajalah tu nak naikkan angin aku.Aku menjeling tajam kearah Alia namun tidak diendahkannya.

“Are you okey Amani?” Soal Encik penyibuk tu lagi sewaktu aku berkemas-kemas untuk keluar dari bilik kuliah tersebut.

“Encik nampak saya tak ok ke?” . Tanganku lincah memasukkan buku dan nota kedalam beg.Alia sudah pun siap tunggu aku je.

“Tak adalah dari tadi saya tengok awak stress je.Kenapa ? Boleh saya tahu?” .Kenapalah dengan dia ni suka sangat nak tahu hal aku.Menyibuk betul.Haish bila nak berkat ilmu di dada aku macam ni kalau asyik mengumpat pensyarah sendiri.Apa punya student la aku ni kan.Kalau korang kat tempat aku korang tak terasa rimas ke?Semua benda nak tahu.Haaa jangan tak tahu facebook aku pun dia add tau.Maklum sajalah facebook kan salah satu laman social yang paling popular sekarang ni.

Kalau ikutkan hati memang aku tak nak approve tapi disebabkan aku hormatkan dia as a my lecturer kan aku approve je la.By the way aku offline chat untuk dia.Hahhahaa.Bijak tak aku?So tak adalah dia mengacau aku sangat.Haaa tu kira bagus dari aku block facebook dia.Amani Amani apa nak jadi dengan kau ni.

“Saya baik-baik saja Encik Kamarul.Saya minta diri dululah Encik Kamarul.Saya ada kelas lagi ni jap lagi.Minta diri dulu ye.” Dengan penuh lembut dan sopannya aku bercakap dengan dia walaupun dalam hati dok mengutuk dia.Walaweh buat dosa kering je aku dok mengutuk dia.Belum dia soal siasat aku dengan detail lagi ada baiknya aku cabut lari.
“Amani kita dah lambat ni.Jomlah gerak .” Alia sudah mula bersuara.Kemain dia tengok drama sebabak antara aku dan Encik Penyibuk.

“Jom Jom..” Aku mula menilik kearah jam tangan aku.Mak aihh aku dah lewat lima minit.Haish Encik penyibuk punya pasal la ni.Aku pun satu yang gatal pergi layan  dia bercakap tu dah kenapa.Haish.Dengan pantas aku menarik tangan Alia dan terus melangkah keluar dari bilik kuliah tersebut.

“Amani sekejap.Saya belum habis cakap lagi dengan awak.”  Encik Penyibuk sudah memanggil namaku lagi.Aku terus cabut lari untuk ke kelas.

“Lain kalilah Encik Kamarul.Saya ada kelas ni.” Sempat lagi aku menoleh kebelakang bagitahu dia.

Actually Encik Kamarul ni boleh dikategorikan handsome la juga kan.Walaupun handsome namun hatiku tidak tertarik padanya.Keras juga hatiku ni ye.Ahaks.Orang kata cinta datang dari hati.Kalau kita bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi tapi kalau dibuatnya jodoh aku dengan Encik Kamarul macam mana?

“Kemain kau berborak dengan Encik Kamarul tadi.Apa yang dia soal siasat kau?” Soal Alia kepada aku sewaktu kami berdua berada dalam perut lif .

“Aah kau macam tak tahu dia tu .Rimas aku.”.

“Untunglah kau ada peminat.Peminat kau tu dah bukan calang-calang orang tau.” Ujar Alia sambil tersengih.Nak kenakan aku lah tu.

“Peminat la sangatkan.Apa kata kau je yang tackle Encik Kamarul tu.Aku tengok kau dengan pun sepadan je.” Aku gelak sakan lepas cakap gitu.Saja nak usik cik Alia nih, apalagi cik Alia bagi jelingan paling tajam woo kat aku.

“Dah kenapa aku nak kena tackle dia?Ish tak nak aku.” Alia mengelengkan kepalanya berkali-kali.

“Kalau kau nak aku boleh tolong.Kalau kau dengan dia aman sikit hidup aku lepas ni.Dia tak kacau aku lagi.” Hehehe gelak lagi aku.Best pula usik si Alia ni ye.Merah muka Alia .Malu ke cik Alia?

“Banyak cantik muka kau.Senang-senang je kau nak gunakan aku untuk melarikan diri dari Encik Kamarul tu.” Marah Alia

“Ala apa salahnya Alia,kau pun single kan.Best gak kalau kau dengan Encik Kamarul.Wow pasangan yang serasi gitu.” Aku mula meletakkan jari telunjuk ke bibir sambil tersengih-sengih.

“Kau jangan nak mengarutlah Amani.Dah jom masuk kelas.” Balas Alia sambil melangkah keluar dari perut lif.Alia ni la kawan aku dan juga musuh aku.Dia yang paling rapat dengan aku dekat Universiti ni.

“UNTUNGLAH orang tu dapat sejambak bunga semalam.Kau mampu nak beli bunga yang cantik tu.Tengok hanya orang-orang tertentu saja yang boleh dapat macam tu.Untunglah ada orang minatkan.Bukan calang-calang orang kot.Kau ada nak dapat macam tu”.Nyaring sungguh suara perempuan yang berkata-kata itu sewaktu aku membuka pintu masuk ke dewan kuliah.Mereka yang lain berada di dalam kelas itu ketawa selepas mendengar kata-kata dari perempuan itu.Agak-agak korang siapalah mulut macam tu.Owh aku tak perkenal lagi ye .

Sini aku kenalkan.Kalau korang nak tahu ni la Mazlyn satu course dengan aku at the same time dia ni sepupu aku.Mak dia dengan Abah aku tu adik beradik.Mulut minah ni kadang-kadang memang laser sikit.Aku pun tak tahulah kenapa dari kecik sampailah ke university ni haa asyik tak puas hati dengan aku.Memang malang betul nasib aku bila satu kelas dengan dia.Ada je ayat nak menyakitkan hati.

“Cik Amani oit, Encik Kamarul tak kacau kau ke hari ni?”. Soal si Mazlyn sambil tersenyum sinis kearah aku.

“Kau Mazlyn kenapa tak puas hati dengan Amani.Kau jealous eh Encik Kamarul cuba mengorat Amani.Kau pun ada hati dengan Encik Kamarul juga ke?” .Kedengaran satu suara lelaki  merangkap classmate aku Faizal yang baru melintasi depan Mazlyn.Aku dan Alia memandang mereka berdua sambil menjongkit bahu.Malas aku nak cakap dengan Mazlyn ni.Buat sakit hati je.Baik aku diam lagi bagus .

“Excusme .Tolonglah tak kuasa aku nak jatuh hati dekat Encik Kamarul tu.” Bidas Mazlyn kepada Faizal.

“Dah tu kenapa kau asyik bercakap pasal Encik Kamarul je.Hari-hari datang kelas asyik bergosip pasal Encik Kamarul aja.Naik bernanah telinga aku ni haa.Kalau kau suka dekat Encik Kamarul aku boleh tolong kau.” Soal Faizal sambil mengangkat keningnya kearah Mazlyn.

“Aku yang jealous ke atau kau yang jealous sebab Encik Kamarul cuba merapati Amani.Bukan kau suka Amani ke Faizal ?”. Soal Mazlyn lagi

“Kalau aku kata ye kau nak kata apa Mazlyn?” . Gila ke apa si Faizal ni cakap rupa itu.Wah-wah kemain budak berdua ni mengumpat aku.Mengumpat depan-depan pula tu.Apa tak nampak ke aku depan mata ni ?

“Habislah kau Amani.Encik Kamarul dah ada pesaing sekarang ni.Sejak bila si Faizal tu suka dekat kau eh?Aku tak tahu pun.” Dah mula dah si Alia ni.

“Banyak la kau punya pesaingnya.Kau ingat aku ni bahan mainan ke apa?Lantak kau la Faizal nak suka aku ke apa ke malas aku nak ambik tahu.Tak kuasa aku nak layan Encik penyibuk dan juga Mamat perasan ni sorang.Walaweh boleh migraine aku macam ni.” Aku dah mula tunjuk muka bosan dan muak dengan karenah si Mazlyn dan juga Faizal.

“Sabar la Amani.Susah juga ye jadi orang famous macam kau ni kan.Yang sana minat yang sini pula suka.Kalau aku jadi kau pun rimas la.” Bisik Alia sambil menepuk bahu aku.

“Haaa tau tak apa.Biarlah diorang bertekak  kat depan tu.Malas aku nak masuk campur.Lama-lama senyap la tu”. Aku mula membuka nota di dalam fail .Alia juga turut sama mengeluarkan nota miliknya.Sedang asyik membelek nota-nota yang akan di bincangkan hari ni  muncul seorang perempuan di pintu dewan.Tu dia Puan Intan dah sampai.Maka amanlah telinga aku dari dengar suara dari mulut Mazlyn dan juga Faizal.Asyik bertekak je budak dua orang tu.Sekali korang berdua tu berjodoh haaaaa macam mana?Orang kata jodoh datang tanpa di duga.


SaLaM KaSiH

No comments:

Post a Comment

Tq sudi komen.:D